Tuesday, July 30, 2019

KVKT: Lata Kolam Air Deru Eco-Park, Besut Terengganu.

Family Day 2019 Kelab Volkswagen Klasik Terengganu

Gembira bercampur teruja, itu lah yang diungkapkan sebab dalam plot kali ini MCo dapat mengfokuskan 2 in 1, pertama mengenai aktiviti KVKT 2019 dan kedua ialah pengenalan tempat baru yang MCo tak pernah jejak lagi. Mungkin ini promosi secara tidak langsung.
apa-apa pun pada masa ini, fokus utama MCo ialah pada Lata Kolam Air Deru Ecopark, Besut Terengganu. 
 

Gambar: Pintu masuk ke Lata Kolam, dan pondok kutipan bayaran masuk.


Sebagaimana yang di rancang dan telah menjadi aktiviti tahunan bagi Kelab Volkswagen Klasik Terengganu dalam merapatkan ukhwah sesama ahli selalu mengadakan dan menganjurkan Hari Keluarga, dan kali ini Lata Kolam Air Deru Eco Park di Besut menjadi destinasi, setelah 2 tahun berturut-turut dilaksanakan di Hutan Lipur Chemerong.
kalau nak detail boleh klik sini untuk baca Chemerong 2017
dan tahun 2018 trip kedua baca di sini Chemerong kali 2

Berkonsepkan konvoi dan hari famili, maka itinerary perjalanan perlu disusun dengan rapi agar tidak timbul kekecelaruan dan kelam kabut. Semua atucara adalah sama seperti yang lepas-lepas.

 KVKT Family Day 2019

Tarikh : 30 Julai 2019 (Selasa - Cuti Umum)
Lokasi : Lata Kolam Air Deru Eco Park, Besut

▪Potluck - harap masing2 bawa makanan dan kelengkapan yg perlu..tikar, bekas mkanan, gelas, cawan, sudu, gerpu dan sebagainyer.

▪Cabutan bertuah - harap masing2 bawa satu hadia i.e. hamper atau apa2 barangan hadiah untuk cabutan bertuah.

Program
7.30 am   Berkumpul di Caltex Bkt Jong
8.00 am   Bertolak ke Lata Kolam Air Deru

Senarai Peserta..
1- Hj Ya ND: Pngerusi: Pulut, santan, nissang & santan) Durian kite pakat holor samah seria kite beli tengah jalan..
2- Hj Rameli TB:  Seperti biasa..nasi dagang no 1 in Losong.
3- Yie KB : Tea o Ais satu jag + makanan

4- Bokehs BU

Kali ini agak mendukacita sikit kerana penyertaan tidak mendapat sambutan tetapi aktiviti tetap akan diteruskan, dan jentera VW hanya 4 biji sahaja, iaitu 2 kombi dan 2 kure. Penyertaan termasuk sanak saudara hampir dalam 20 orang juga termasuk kanak-kanak.

Walaubagaimana pun, aktiviti ini di anggap berjaya juga di laksanakan cuma sedikit tidak mencapai matlamat. 

 
Inilah kenderaan utama yang selalu mengikuti program KVKT ni... (satu lagi parking di tempat lain)... jentera femes ni... tuan presiden hj zakaria, kereta kuning hj ramli dan kombi tu abg yie.... manakala kenderaan bokehs ada kat lain.

Seperti biasa tempat berkumpul di Caltex sebelum highway, Bukit Jong.. kelihatan kombi Cikgu Yusri, dia hanya menyertai sarapan pagi sahaja di sini.

awal-awal dah sessi bergambar....
MCo dah Abg Yie... dia pilot sebenar kombi oren tu.. MCo duk sebelah je... one day trip tak rungsing mana... dan ini bukanlah kali pertama MCo bersama dia... kalau dia drive solo, MCo tumpang ja.
Alang-alang dah drive, kena snap satu photo... kata dia... jangan lupa photo driver ni... hahaha.. kan nampak friendly sikit.
Gambaran penuh jentera dalam kombi ni... aaeehh kena kejar bokehs ni...dia pun bawa laju tu..., ni time nak balik dah... 2 kombi pun dah cukup untuk konvoi balik.
Sebagaimana post post MCo yang lepas.. beginilah kena kental, dan menjadi rutin kalau drive jauh sikit, kena check minyak engine dan topup kalau kurang... ini macam dah menjadi satu kewajiban setiap pemilik volkswagen klasik ini.
Special angle picture... konvoi masa nak pergi... kombi oren ni lead...

Ini lagi satu rutin, bila dah sampai destinasi atau pick stop, angkat lah "bonet" belakang tu bagi sejuk sikit engine kereta tu... lagi pun ini day trip je.

Ini adalah sebahagian peserta yang join hari keluarga KVKT 2019 ini... Abg Yie, famili hj Zakaria, hj Ramli dan Bokehs se famili....

.... dan MCo... last sekali, tu pun ambil selfie....

Acara bersantai, lepak-lepak, makan.... makanan pun bawa banyak, maklum lah, target 100 orang...tapi yang hadir hampir 20 orang sahaja...


Ni 3 orang otai... sedang sembang... hala tuju KVKT akan datang, dan sambutan yang hambar daripada semua orang kot...hehehe... atau plan next trip konvoi....


tempat yang diganti oleh pihak pengurusan Eco Park ini agak kurang selesa, tetapi ok lah.. sebenarnya KVKT telah buat tempahan dan pihak pengurusan telah menyediakan tempat terbaik bagi kita, malangnya tempat yang di khaskan untuk KVKT ni telah di ambil oleh pihak lain (secara free) tetapi pihak penganjur tidak sampai hati untuk minta pihak berkenaan pindah... jadi kami pasrah sahaja dengan tempat yang di sedia ini... dan pihak pengurusan akan kembalikan wang yang telah di bayar. eerrmmm harap-harap pihak pengurusan lebih peka keadaan ini demi menjaga semua pihak.


aktiviti musim durian.... jadi rebutlah makan durian.... dapat lah beli masa dalam perjalanan... dapat RM8.00 satu kilo... total sekali dalam RM80.00.
 Tengok Hj Ya...lepas mandi terus nak makan durian...kepanasan kot..hehehe

kalau tengok nung jauh di belakang, yang ada pondok-pondok kecil bercanvas biru tu... itu lah tempat sebenar yang telah di reserve untuk KVKT tapi apakan daya kan.. kita merancang sahaja tapi Allah yang menentukan.
 Abg Yie yang bahagian kopek buah durian ni, buah pun not bad.... tengok cekoh buah dengan rasa tak sabar merasa durian tu...
sesuai untuk kanak-kanak mandi dengan pengawasan orang dewasa.... air yang tak berapa dalam dan arus yang tidak deras membuatkan ia selesa untuk mandi manda, walaupun sesetengah orang lebih gemar jika ada air terjun.
... itu lah... kalau dah datang tempat begini, rugi kalau tak ambil peluang untuk merasai kesejukan dan bermandi manda...atleast boleh cerita pada orang lain...

masa untuk berlibur..hilangkan stress... jom mandi...
 MCo pun lama dah tak mandi sungai ni... jadi ambil peluang, merasai kehijaun pokok, kesejukan air dan ketenangan fikiran... sambil tutup mata...nak berfikir dan berilham untuk berblog lagi untuk cerita kali ini... tapi apa-apa pun, datang sini jangan fikir pasal masalah.

Oleh kerana tak ramai yang join aktiviti kali ini, maka kurang lah aktiviti semasa, dan kurang lah juga gambar-gambar ahli group. gambar kereta yang konvoi pun tiada. jadi access untuk MCo mendapatkan gambar-gambar daripada yang lain adalah terhad, yang ada ini pun hanya daripada lensa MCo sendiri.


Lata Kolam Air Deru Eco-Park

Bagi sesiapa yang sukakan sukan air lasak, bolehlah menjadikan Lata Kolam ini salah satu destinasi pilihan. Bukan sahaja dengan kehijauan hutan sekeliling malah air yang mengalir cukup menenangkan. Kalau dikira lokasinya, ia terletak di daerah besut yang merupakan bersempadanan dengan Terengganu Kelantan, malah ia dikelilingi oleh kawasan pelancongan dan rekrasi tempatan seperti Air Terjun Lata Tembakah, Air Panas Kg. La (La Hot Spring), Lata Belatan, Gunung Tebu bagi yang suka hiking.

Di sini memang dilengkapi kemudahan air bersih, surau, malah warung-warung kecil, tapak perkhemahan, parking yang luas (tapi sedikit berselerak), tandas, bekalan elektrik, dan yang lebih utama ialah kawasan rekrasi kolam air yang luas dan tidak begitu dalam yang mana tidak lah merbahaya sangat kepada kanak-kanak (tapi perlu pengawasan orang dewasa juga)

Bagi MCo lah, bagi nak buat team building, atau hari keluarga tu, agak sesuai lah di sini, kerana kemudahan yang disediakan, malah bagi yang suka aktivit lasak seperti flying fox, explorade, water abseiling, ice breaking, ATV, mountain bike, hiking, boating, memanah dan latihan di air....


Kredit Photo: FB LKADEP - Aktiviti memanah.
 Kredit Photo: FB LKADEP - water confirdent dan boating.
 Kredit Photo: FB LKADEP - aktiviti perkhemahan, cantik kalau aktiviti sekolah-sekolah sebab khemah2 ni boleh je disewa di sini.
 Kredit Photo: FB LKADEP - Menunggang APV dan mempunyai 3 pakej dengan kadar bayaran RM40 (Normal), nak lebih mencabar dalam RM50, dan kalau nak lebih advanture dengan pakej bayaran RM60-rm80... yang mungkin habis satu pusingan memakan masa dalam 1jam 30 minit (lebih kurang).
Kredit Photo: LKADEP - teambuilding dan motivasi dan aktiviti hari keluarga seperti ini boleh dilaksanakan di sini.

Lain-Lain Gambar daripada Lensa Camera MCo










Dengan jarak 124km daripada bandar Kuala Terengganu yang kebiasaan memakan masa 2jam lebih kurang perjalanan, Melalui jalan utama, pastikan menuju ke laluan Besut.
Antara jalan yang dilalui untuk ke Lata Kolam ini... jalan agak sunyi dan cuaca pun baik pada hari ini....
Laluan yang memang indah dan kiri kanan terbentang sawah padi, agak nya lebih menarik jika musim menuai atau musim pokok padi yang matang.

Jalan yang kelihatan lengang...sunyi tapi mengasyikan juga... permandangan menghijau kiri dan kanan yang jauh daripada arus pembangunan... sesuai dengan tempat yang dituju.
Pastikan betul destinasi nak pergi, sambil-sambil tengok map, jangan lupa juga tengok signboard.. kalau yang berwarna coklat ini, menunjukan kawasan pelancongan dan rekreasi. tu tuju ke kolam air panas La.. atau Lata Tembakah.

.... dan jangan leka sebab signboard ke Lata Kolam ini hanya sekadar banner... dan melalui ladang kelapa sawit...
Ke Lata Kolam dengan jalan tidak berturap serta melalui di tengah tengah ladang kelapa sawit...

Jarak daripada jalan utama ke Lata Kolam tu....lebih kurang 1km juga... dan tidak boleh bawa laju.

Tidak perlu rasa was-was jalan ini betul atau tidak... kerana dah ada sign macam ini..kalau lalu juga tapi tak jumpa sign seperti ini... better pusing balik, sebab mungkin salah lorong..hehehe...
Bukan calang-calang juga tempat ini.. pada mula-mula tidak kelihatan kereta, semakin hampir dengan kawasan Lata Kolam ini, makin jem pula jalan....hehehe, tengok orang pun dah nak beratur nak masuk kawasan dan parking.

SELAMAT DATANG ke Lata Kolam Air Deru Ecopark... dah masuk 'muka' depan tempat rekreasi ini... pondok kat depan tu... untuk masuk parking dan bayaran sekali... di kira "per head" bukan harga sebuah kereta.
Hah...dah nak masuk tu.... dah ada orang tunggu nak collect duit masuk.

Ruangan parking yang berselerak sikit, dan kawasan parking ni sebenarnya agak besar juga, jadi kena pandai-pandai lah, cuma perlu berhati-hati kereta yang lowerd kerana jalan yang tidak rata dan ada sesetengah tempat ada batu yang agak besar.
Nung jauh ke dalam...masih ada yang parking...


Motor pun tidak terkecuali... 
Macam pesta dah...ramai orang bermandi manda....
Panorama yang agak sama dengan taman rekreasi lain, seperti Lata Tembakah, Sekayu, Lubuk Periuk, dan lain-lain.










Kawasan cetek begini sesuai untuk kanak-kanak mandi dan berendam, lagi pun arus tidak kuat.


Kawasan atas, lebih menjadi tumpuan pengunjung, tetapi bila terlampau ramai pun, tak seronok juga... di sini cukup lengkap paip air bersih, tandas awam, dan kawasan bersantai rekreasi.
Wah wah sedap mandi dengan air sejuk ni...




Lorong pejalan kaki.... seperti nak pergi hiking dah..






Kemudahan yang terdapat di sini.

Daya penarik... di sini ada kemudahan dome, yang harga RM250 (kalau tak silap) dan molek memuatkan ramai orang, tetapi ini sebagaimana gambar di atas, kos sewa satu malam rm60 sahaja.. kalau bagi sesiapa yang tidak mahu menyewa khemah.
Boleh memuatkan rasa-rasa max 2 orang lah kot.... kalau nak selesai satu orang dah cukup.
Disediakan tandas dan bilik mandi sekali...


Parking yang dikhaskan untuk yang membuat tempahan awal (kononnya)... dan boleh di request sebenarnya.
Tandas, bilik mandi (bilas) dan bilik persalinan cukup...tapi perlu berbayar kecuali ada yang sewa khas pakej tak perlu bayar.
Sesiapa yang suka aktiviti permotoran lasak atau adventure ni, boleh lah sewa ATV ini... dengan ada 3 pakej... RM40 untuk pusing-pusing sekitar parking atas nung... tetapi kalau kenderaan banyak, maka pakej RM40 tidak dibuka. manakala pakej RM50 dan RM60 lebih hardcore...setiap pusingan tidak ditentukan berapa lama, tapi sekali pusing, antara masa yang perlu 1 jam hingga 2 jam.
Buat masa ini, hanya ada 4 ATV yang available...... kalau berminat boleh lah sewa ni.
Apa-apa pun...sebelum sewa tu.. baca dulu peraturan di sini....
Satu ATV boleh naik 2 orang... bagi yang tak pandai bawa tu... cari lah pasangan yang pandai bawa dan sanggup bawa korang....hehehe, tapi kalau naik ni...kena pakai pakaian yang lasak sikit lah... jangan pakaian untuk melawa.
Ini boleh juga dikategorikan sebagai kemudahan yang ada dalam ni.. biasa datang sini kena berpicnic...bawa makanan daripada rumah,tapi kalau tak bawa, tak cukup, terlupa... di sini ada warung... boleh makan ja kat sini.

Kedudukan dalam map Lata Kolam Air Deru Ecopark ini.. boleh guna google map dan search.


Baca dah berhati-hati dengan amaran seperti ini.


Tips dan Info

  • Lokasi Lata Kolam ini ialah
  1. 5°30'07.3"N 102°32'05.4"E

    5.502015, 102.534843

dan jarak daripada Kuala Terengganu ialah 124km lebih kurang mengambil masa 2 jam. Terletak di daerah Besut.

LATA KOLAM AIR DERU ECOPARK
Jalan Kolan Air Panas Kampung La
Jerteh, Terengganu
Hubungi : 019-6931662


  • Lata Kolam ini diuruskan oleh syarikat Big Scope Event Adn Travel Sdn. Bhd.
  • Diceritakan ia baru dibuka setahun atas pajakan tanah daripada Jabatan Hutan, tetapi MCo tidak mempunyai maklumat detail, tapi itulah yang diperkatakan sesetengah orang.
  • Kadar bayaran perseorangan ialah RM2.00
  •  Sambil-sambil itu pengunjung kena peka terhadap fenomena "kepala Air" terutama musim hujan.... tetapi Eco park ini dah bagi amaran awal-awal seperti signboard yang ada di ecopark tersebut atau sebagaimana di atas.
  • Boleh buat tempahan dengan call pengurusan terlebih dahulu.
  • 30 Julai 2019 merupakan cuti umum sempena pertabalan agung ke 16.
  • Yang penting di sini... keselamatan diri atau harta benda adalah tanggungjawab sendiri, maka berwaspada lah.... dan jangan lupa juga, jaga lah kebersihan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...