Ride di Jawa Barat 2019
Stiker Ride West Java
Seumpama acara tahunan geng2 kita untuk ride pada bulan September setiap tahun, kali ini MCo berkesempatan ride di Pulau Jawa, perancangan awal ialah ke Ciptagelar tetapi memandangkan masa yang agak pendek, maka ride itu bertukar jadual ke Bogor, Sukabumi, Perlabuhan Ratu, dan Ujung Genteng.
Itinerary ride kami (5 sept - 9 sept 2019)
5d4n JAKARTA - CILETUH Geopark
Riding Motorbike Tour
DAY 1 ARRIVAL JAKARTA AIRPORT (L)
Meet and greet by our guide at airport, continue Jakarta City Tours
To visit Old City of Jakarta (Batavia Square), National Monument, National Museum
In the afternoon check in at hotel.
Pick up and checkin the Motorbike
DAY 2 JAKARTA - BOGOR - PELABUHAN RATU BEACH (B L)
Breakfast at hotel, early morning proceed to Bogor district, continue ride to Pelabuhan ratu,
after lunch at local restaurant, we will explore the aea to visit Cisolok Giser, Karang Hawu beach, Bat Cave
In the afternoon you can see sunset with the Indian Ocean view
DAY 3 PELABUHAN RATU – CILETH GEOPARKS – UJUNG GENTENG BEACH (B L)
After breakfast continue riding to Ciletuh Geoparks, is the UNESCO heritage site all the way you will see the most spectacular view of Indaian Ocean, than riding up to the mountain route, of, such waterfalls, riverbaks and rice teraces.. enjoy the view of Puncak Darma, in Ciletuh bay you will visit to Cimarinjung falls, Sodong Falls & Panenjoan view point, not to bee missed the Cikaso Tripple waterfalls in the afternoon before check in at hotel in Ujung Genteng
Evening program to visit Turtle conservations centre, to release the baby turtle & also to see tutle lay the eggs on the beach (if we are lucky to find it)
DAY 4 UJUNG GENTENG- BOGOR - JAKARTA (B L)
Early morning ride back to Jakarta via Ciemas Tea Plantations, this will be another way back to Jakarta, if you are okay we will joint in CLASSIC MOTORCYLES FESTIVAL in Depok south Jakarta
. in theafternoon stay at Hotel in Jakarta, return all the bikes back to garages
DAY 5 JAKARTA- TRANSFER OUT
After breakfast at hotel is free at your own, or just enjoy the hotel facilities, you can also have shopping time to some famouse SHOPPINGMALLS in Jakarta such as Plaza Indonesia, Grand Indonesia, Thamrin City and Mangga Dua shopping complex
Afternoon Transfer out to airport Jakarta
E N D O F T O U R
Kaki Rider kali ini ialah
- Fariz
- Kuchor
- Bani
- Cik Tie
- Adam GE
- HjKor
- Yie Sanah
- Alang
- MCo
... dan 5 orang yang rancang awal tetapi terpaksa tarik diri kerana masalah yang tidak dapat di elakan iaitu...
- Ustaz Din (selalu ride bersama geng doktong)
- Zahari ( kali ke-2 batal selepas yang pertama padang juga tak dapat pergi)
- Mazlan (1st time nak join tetapi masalah tak dapat dielakan)
- Rafiik (kawan kepada Mazlan, saat2 akhir terpaksa tarik diri).
- Qusyari - Kawan travel MCo batal awal-awal lagi..... belum sempat beli tiket sebagaimana 4 orang di atas yang siap sedia beli tiket.
Penulisan untuk trip dan ride kali ini adalah dibuat secara 'random' kerana ketandusan idea hahaha... jadi cerita seterusnya akan melibatkan gambar-gambar dan tidak mengikut kronologi.
Sebagai mana yang lepas-lepas, jom kita perkenalkan dulu kaki-kaki rider ni....
Master mind dalam ride ini dan selalu.... dan semua perkara deal melalui dia samada dengan agent Indonesia, persiapan, itinerary dan lain-lain hal.
Rider paling otai di kalangan kita ini... sebelum ini ride di Padang.... sekarang di West Java, akan datang maybe di Chiang Mai pula.
2nd time dia join kitaorang ride ni... dan ride kali ini 1st time dia kena ride guna skuter... sebelum ini dengan motor clucth je.... rasa kan... kesibukan kotaraya di Indonesia dengan skuter...
Paling glamour dalam tik-tok di kalangan kami... tapi tak semua tempat nak bertik-tok... ini pun dia 2nd time join kami... ini hardcore ke Thailand, kalau nak ajak ke Thailand lagi ride, maybe kacang bagi dia....
ni newbie bagi kita orang...tapi hardcore bagi dia...sebab dia 1st time join kami di West Java Ride ni.... next time jangan lupa di 1000 corner pula.... dan yang penting jangan banyak tanya soalan yang sama...ahahahhaa
ini pun sama newbie dalam kumpulan kami tapi otai bagi diri dia sendiri, lebik ekslusif dan mantap dalam kaki rider, maybe jauh berpengalaman daripada kitaorang...
Ni baru otai dalam kumpulan kami dan diri dia sendiri atau dengan kumpulan rider lain.... tak mengecewakan sebab selalu join MCo samada ride atau trip santai... tapi yang penting tak ada dia, ibarat kumpulan "sniper" yang senyap je....
Di belakang tabir rasa dah cukup, tidak banyak tahu tapi cuma penggalak dalam ride ini... lebih santai daripada lebih handle banyak perkara, tapi nasib baik ada mastermind dalam kumpulan ini...
Salah seorang newbie juga dalam group antara semua samada dari kami dan juga guilder yang join kitaorang.
Walaupun ada dalam 5 atau 6 orang semuanya guilder ini...tapi setakat yang sempat MCo snap dalam forum ini...
Pak Sahik.... boleh dikatakan mengempalai ride kali ini... iaitu presiden kepada Maximun Explore Nusantara (M.E.N) - kalau tak silap lah... hehehe dan group ini mempunyai rangkaian dan connection yang besar di Indonesia ini.
Enjang, wakil utama kepada syarikat yang kami ambil untuk guild explore ride kali ini....
Pevi, dia ini yang bonceng dengan Pak Sahik yang biasa jadi lead untuk ride dan juga di belakang bagi memastikan tiada siapa tertinggal di belakang.
Azmi ride solo yang juga jadi guild setia group kami....
Hari Pertama
Keputusan Ride bermula daripada Bogor tidak daripada Jakarta memandangkan kesibukan kota Jakarta yang agak memeningkan, maka daripada lapangan terbang Sukarno Hatta, tu dah ada travel agent yang tunggu iaitu Pak Wawan....
hari pertama pusing kota Jakarta dan shopping helmet dan seterusnya terus ke Bogor.
bermalam di Bogor
Motor pun daripada Jakarta dan di bawa dengan lori ke hotel di Bogor.
difahamkan bahawa jika ride dimulakan daripada Jakarta, harus dimulai dengan jam 4 atau 5 pagi.... dan yang menjadi masalah utama ialah... ketika itu masih gelap dan waktu itu juga jalan sudah dipenuhi kenderaan (dah traffic jem), jadi ia akan jadi masalah kepada ahli kumpulan untuk mengenali antara satu sama lain (ride dalam gelap). jadi kemungkinan ada yang tersesat atau ketinggalan.
1st day sampai di Bandara International Soekarno-Hatta airport, bergambar sebelum berangkat ke agenda seterusnya... ni lobi arrive hall.
Bergambar secara random, sambil tunggu Pak Wawan, merangkap driver van/bas untuk bawa kami ke Bogor.
Hari Kedua
Perjalanan daripada Bogor ke Perlabuhan Ratu dalam 85km,
sampai di Perlabuhan Ratu dalam jam 4 petang
dan pergi ke kolam air panas Cisolok.
akibat kepenatan... malam tak buat banyak sangat aktiviti, ni bukan area bandar, jadi agak sunyi sikit sekitar hotel ini.
Hari pertama, sebelum Ride.. Bacaan doa sebelum perjalanan dimulakan, mudah-mudahan selamat dalam perjalanan dan dipermudahkan segala urusan, yang penting berkat dan diredhai Allah dalam apa jua. HJkor mengimami bacaan doa kali ini.
Selepas bacaan doa, kita bergambar sebelum ride....
Di Pekarangan hotel Asana Grand Pangrango di Bogor, samada ini 1st day nak ride atau last day dah sampai daripada ride... tapi begini lah permulaan dan pengakhiran ride kami... bermula daripada sini dan berakhir di sini juga... tengok wajah semua ceria walapun tahu kepenatan... tapi puas kerana berjaya menamatkan ride kali ini.
Sukabumi-Sukasima... perjalanan di sini tenang dan enjoy...
Apa-apa pun kita welfie dulu... tak nampak semua, nampak sebahagian pun cukup lah... boleh nampak lah suasana ride di sini.
pukul 10 pagi ride agak tenang dan fresh... di kelilingi hijauan pohon-pohon.. yang jauh dari kesibukan hutan konkrit.... sukasima.
Hari ini ride pun dalam 60-70km sahaja.. menuju ke Perlabuhan Ratu daripada Hotel di Bogor. Sukabumi - Sukasima. Tapi Pokku tak pernah lekang dengan handphone dia....
Berhenti sejenak di pantai Citepus sebelum makan tengahari di Cikakak... pantai ini adalah dekat dengan Rawan Tsunami, Rawan tu macam tanda-tanda awal Tsunami lah. Bergambar ramai-ramai supaya tak ada yang ketinggalan dalam kenangan akan datang.
Motor yang digunakan untuk ride kali ini..Nmax 250, ok lah, pikat pun power, naik bukit pun xde lah sekat-sekat... di kabarkan semua motor ini adalah owner nya polis dan antaranya anggota M.E.N.
Menghadap Lautan Hindi... open sea, tapi lebih besar daripada Laut China Selatan. siap ada papan tanda tempat Rawan Tsunami tu..
Petang, bersantai di kolam air panas Cisolok... datang sini kuat bau macam belerang je... air sini bukan setakat suam tapi panas terus.... air pun keruh kerana dah lama tak hujan.
Lepas balik daripada kolam air panas Cisolok, lepak tepi pantai plak.... hari ini banyak masa untuk bersantai... maklumlah ride hari pertama jarak yang pendek. tunggu esok kita nak fit sampai 200km. hehehe
Hari Ketiga
Perlabuhan Ratu ke Ujung Genteng termasuk lah di puncak Darma, perjalanan hari ini cukup mencabar juga, dengan jalan berliku dan yang menariknya ia perjalanan "dihidangkan" dengan permandangan yang menarik...
Bermalam di Ujung Genteng, chalet di tepi pantai, boleh tengok "sunset"...
eerrm yang menarik ada jualan.... udang goreng 2 satu ribu..... rupa-rupanya keropok... hehee
Pagi hari kedua ride (hari ke 3 di west sumatera), kaki dan tangan dah bersedia nak pegang spedal dan pulas minyak... untuk ride ke Ujung Genteng.... Perjalanan hari ini dikatakan agak mencabar juga.... akan ada off road dan jalan yang agak tidak stabil.
Puncak Darma... berapa ribu kaki, MCo tak tahu lah... tapi permandangan yang menarik... nanti bawah sana kitaorang akan lalu...
Sukabumi- Grimukti masih lagi di Puncak Darma
Air terjun Curug Cimarinjung di daerah Ciemas, kawasan reakreasi ini baru ja ditemui oleh seorang penduduk kampung (seorang OKU) lalu dia buka kawasan ini. Sehingga kini menjadi salah satu kawasan tarikan pelancong.
Bergambar dengan berlatar belakangkan air terjun tu... dan kunci air... air terjun ini juga menjadi sumber air bagi kawasan penduduk sekitar tu...samada untuk kegunaan harian, atau untuk tanaman atau ternakan.
Guardian kitaorang... Enjang, Pevi dan Pak Sahik...yang setia mengikuti kami kemana sahaja...
MCo: ini lah air terjun Curug Cimarinjung tu... jangan tengok air yang kecil itu... tengok lah panoramanya yang indah ini... sekali datang, entah bila lagi MCo akan jejak lagi kaki ke sini....
Adam dan Hjkor kata: air ni asal daripada atas, sebab tu dia kena terjun ke bawah... kalau ke atas kena cari tangga....
Actually... kawasan ini indah pada waktu tertentu, kebetulan kami ke sini pada "hari ini" waktu ini adalah musim kemarau, hampir 6 bulan hujan tidak turun, sebab itu... tiada hijauan di atas batuan, dan juga air terjun yang nampak "kecil".... rumput atas batuan pun dah kuning...
Mantap, gabungan panorama alam... batuan, tanah, air, tumbuhan, langit cuma angin tidak nampak dan tampak... Entah apa yang merasuki diri ini jika tidak dapat melihat keindahan alam seumpama ini... tidak pernah dinafikan.
fokus pada langit... teringin duk di atas puncak..
Bila zoom out daripada jauh, baru lah... nampak betul-betul keharmonian alam.... lain kali datang lah ke sini di waktu dan masa yang tepat....
Kami daripada Geng Dok Tong Terengganu akhirnya sampai juga di sini... setelah sekian lama merancang... nak buat jadi igauan setiap orang yang belum tiba ke sini...
Sebelum berangkat ke destinasi lain... kami bergambar dulu... 9 orang rider daripada Malaysia.... sorang JPJ daripada Pahang...hahahaha..
Air terjun Cikaso di Cidahu.... nak datang sini kena naik boat dengan bayaran RP50,000 dalam 5 minit... andai nilai lah berbaloi atau tidak perjalanan dan dengan bayaran sebanyak itu.
Ini bukan tasik biasa... oleh kerana di sini sudah 6 bulan hujan tidak turun, maka ia dikategori musim kemarau... hinggakan air terjun pun dah tiada... akhirnya tempat ini sudah tiada pengujung... sunyi sepi... dan air pun seolah-olah tidak mengalir lagi.
MCo merenung.... errm sudah nasib datang pada waktu ini, maka tidak dapat melihat keindahan yang memang menjadi satu bualan bagi penduduk tempatan di sini.
Ini lah gambaran sebenar air terjun Cikaso... kredit kepada guilder yang bagi gambar ini... untuk tunjuk keadaan sebenar, diaorang pun rasa bersalah kerana bawa kami dalam itinerary tempat ini pada akhirnya...
Jom kita pergi pula ke air terjun Ciwaru.... kiri kanan sawah padi yang kering kontang akibat kemarau... boleh bayang tak panorama jika menghijau... mesti sangat menarik.
Dah sampai sini... dan agak mengecewakan juga.... tiada air terjun yang sepatutnya ada... cuma tetesan tetesan kecil je ada...
Gambaran bukit ke air terjun Ciwaru....
air terjun Ciwaru.... yang dah kering kerana kemarau...tapi masih menyambut kedatangan pengujung... dan masih ada yang mandi manda di situ... di sini dikatakan menjadi tumpuan yang mandi manda...
Gambaran sebenar air terjun Ciwaru....
Pandanga Ujung Genteng, bersebelahan chalet kami menginap... Lautan Hindi dan boat-boat nelayan...
Sambil santai sambil tunggu matahari jatuh.... kalau di Terengganu tiada peluang tengok macam ini... sebab di Terengganu "line" matahari naik...
Saat ditunggu terutama bulan puasa...lagi beberapa minit matahari akan tengelam sepenuhnya.... satu panorama yang indah jika seseorang pandai menilai nya...
Berenam, sedang tunggu matahari tengelam...walaupun dah tengelam, cahayanya masih ada... bayang-bayang yang indah akan muncul tak lama lagi... hehehe
Selamat malam Indonesia khas nya di Ujung Genteng ini.. jangan lupa juga merasai sotong goreng....
....sotong sotong goreng
digorengnya di mobil
satu 500, dua seribu...
sotong sotong goreng
di gorengnya di mobil...
satu lima ratus, dua seribu....
(chorus)... hanya orang yang pergi sahaja tahu lirik lagu di atas... hahahah
Hari Keempat
Ujung Genteng kembali ke Bogor, di mana hotel hari pertama penginap... dan paling mencabar ialah melalui jalan bandar yang memang 100% jem... traffic dengan ribuan motor dan kereta di atas jalan...
Hari seterusnya ke tiga ride... sebelum mula... kita warming up dulu... yie tunjuk ke pokku suruh jadi instructor... tapi akhirnya tugas tu di ambil alih oleh Adam GE a.ka. Puzi.
Mentop dah MCo.... nak wak warm ing up macamana ni... tapi yang pasti, hari ini pun bukan calang-calang hari untuk ride.. dan daripada Ujung Genteng ini akan kembali ke hotel Asana di Bogor...
Vroommmm....jom... seawal 8 pagi... doa dah baca... jom kita dah nak gerak ni... tunggu leader je gerak dulu....
Daripada chalet nak ke jalan utama... ini lah jalannya.... tidak berturap... tapi bergambar yang penting dahulu...daripada gambar keadaan jalan....
ok, dah get ready semua.... semua ada video, tetapi MCo lebih gemar letak gambar dalam blog ni... video MCo bagi kepada orang lain untuk upload dalam youtube dan juga FB.
Hari kelima
Hari terakhir, daripada Bogor ke Jakarta, naik van Pak Wawan, dan singgah di shopping complex, Mangga 3 dan juga Thamrin City. dan flight ke Kuala Lumpur lewat Petang, jadi masih ada masa untuk bersiar-siar di Jakarta.
Selepas pergi ke Mangga 2, kami singgah di Thamrin City Mall, nak cari juga satu, dua souvenir... mana-mana yang berkenan... cari punya cari gambar tak ada keseluruhan mall ini... jadi ambil yang ini je lah...nasib baik ada untuk selfie...
Bila selfie berdua je... ada lah yang lain nak "menyepe" selfie sama.. .ok lah..jom kita berselfie... dua jam juga kami habis masa di sini....
Kami ni yang bapak bapak tak lah shopping mana... tapi masa ada panjang lagi..nak cari massage kaki tak ada...jadi ini lah yang jadi mangsa... lagi pun murah ja... dalam RP30,000.00 dalam 15 minit... siap dengan bekam angin lagi.
Panorama dalam thamrin... masa ni dah terpisah dah dengan geng-geng lain... bawa haluan masing-masing.. janji 2 jam dah ada kat van balik, kat mula2 gambar MCo selfie tu.
Lain-lain Gambar
Gambar-gambar dibawah dikategori sebagai simpanan album dan akan relate dengan cerita di atas secara random... sebab rasa-rasa hanya blog MCo yang mempunyai puluhan gambar....
Keychain dan juga freeze magnet... hanya dijumpai di Thamrin... agak mahal juga kalau beli di sini... MCo beli pun lebih RM100 dah...
Yie Sanah... bergambar solo di Puncak Darma.... possing molek ket... nak tunjuk ke orang kampung ni...Air Terjun Cikaso di Cidahu... ni waktu normal, jika bukan musim kemarau... Kredit kepada guider yang hantar gambar ini...
Sekarang? masa MCo pergi ni...tengok lah perbezaannya dengan gambar atas daripada gambar ini... kering...
Dalam perjalanan.... singgah mana2 warung atau kedai.. kalau jagung di sini lumrah...
Pintu masuk ke air terjun Cikaso.. daripada sini lah kena naik boat menuju ke air terjun.
Satu lagi air terjun yang menjadi mangsa kemarau... terus tiada air di sini... air terjun di Ciwaru.... dari jauh sangat indah gambarannya.
Adam dan MCo di puncak Darma....cantik dengan panorama di belakang... jarang-jarang boleh nikmati...
Sedang atur strategi untuk bergambar dan video....Jalan Wisata Simpenan nak pergi ke Gramuti, tengok tu... bukit menaik dan menurun tu....Puncak Darma... nak bergambar sini kena bayar RP3,000 kalau tak silap.
Permandangan di Ujung Genteng... masa ini nelayan dah balik kot....
Puncak Darma
Adam dan Hjkor.... bergambar sebelum gi Gramuti...
di Puncak sebelum sampai ke Puncak Darma... Sukabumi-Girimukti... masa ni jam dah menunjukan jam 11.05am, agak panas dan berangin.... panas tak kira, asalkan dapat bergambar.
Amboii... sempat lah bergambar...ke bertik tok ni... masih tertanya-tanya apa makna Rawan kah tu?
Lepas balik daripada kolam air panas Cisolok.... lepas beli minyok mat erok... santai dulu kat pantai ni... Pantai Karang Hawu... di jalan Karangpapak..... berlatar belakangkan pantai, tapi yang lebih menarik ialah ada batuan di belakang... di situ sebenarnya tempat pemujaan (masih ada sekarang), pemujaan Nyirun Kidul... rasa-rasa ramai orang tahu kisah mistik ini.
Masa 1stday ride... berhenti kat pantai Rawan Tsunami tu.... di Kabupaten Sukabumi Citepus. (Pantai Citepus)
di Chalet Ujung Genteng....sama macam gambar mula untuk ride hari terakhir.Ni yang berlatar belakangkan air terjun yang kering kontang tu... Cikaso.
Geng-geng ni suka sangat dapat naik boat dengan bayaran Rp50,000.00, anggaran boleh duk atas boat paling kurang 20 minit, tapi 5 minit ja.... daripada jetty utama ke lapangan air terjun tu, kena menyusuri sungai ini...wilayah Cidahu.... (aiii susah2 nama wilayah nak sebut sini....)
lepas ride.. berhenti, boleh lah sembang-sembang camgini... ini kat air terjun Curug Cimarinjung.
Bergambar dahulu di Ujung Genteng... sebelum kembali ke Bogor....bukan saje gambar ni... saje nak tunjuk panorama belakang tu...
Sempat korang ambik gambar dengan Paman yang bawa boat ni... ke Air terjun Cidahu... macamana boleh pujuk pak cik tunjuk tanda bagus hahahaa..
Permandangan betul-betul depan Chalet kami di Ujung Genteng tu... nampak macam lagoon...
1st day ride ni.. menyusuri Pantai Citepus.... sebelum makan tengahari.
Airpanas Cisolok..... nampak ja macam ini, tapi agak panas airnya....Ni baru lepas bertik tok ni...susun motor molek-molek, lepas bertik tok kita bergambar plak...
Tadi atas Adam yang berselfie, sekarang biar MCo plak berselfie...tapi xde sambutan..hahaha
Salah satu permandangan antara Sukabumi ke Girimukti.
Menikmati makan tengahari...kedai ditepi pantai Citepus.. dah dekat dengan hotel.... sini ikan pun segar2, maklumlah tepi pantai...
special posse daripada Bani di Ujung Genteng....
Pok ku pun tak mahu ketinggalan untuk special posse di Girimukti...Puncak Girimukti...
Puncak Darma... antara tempat tertinggi yang kami jejak dalam ride kali ini.. maka Adam pun tak ketinggalan untuk ambil special posse di sini... maybe nak bagitau ke orang kampung yang dia dah sampai sini... hehehe.... Puncak Darma Ciletuh Geopark...
Malam akhir bergambar bersama marshall kita di West Java Ride ini... kata orang memang friendly semua...
kalau ada sumur di ladang
bolehlah hamba menumpang mandi
kalau ada umur yang panjang
bolehlah kita semua berjumpa lagi..
Girimukti...
Pantai Karang Hawu, Lautan Hindi... yang mana MCo jelaskan awal-awal tu.. batu di belakang tu ada tempat pemujaan Nyirul Kidul... masih utuh sehingga sekarang... oohh yie sanah tiada di dalam... entah dia pi mana...
Gambaran lebih dekat, dan tak zoom out sangat... nampak tak ada "galah" yang berkain merah itu... itulah pusat tempat pertapaan dan pemujaan..
Kawasan air tasik Cidahu... dah jadi macam tasik... sebab macam tiada air yang mengalir, lagi pun air terjun pun dah kering.
Air Terjun Ciwaru... ada juga orang mandi.. alur air terjun pun macam "hidup segan mati tak mahu" tapi ramai juga rider yang singgah di sini... boleh bayang tak kalau ada air terjun yang normal...memang nampak cantik.
Woooii orang belakang Cheer sekali... cuma Adam je perasan.. orang lain buat tak tahu je...hahaha
kali ini selfie satu-satu lah senang..atas sekali tu Adam, sekarang dengan mastermind plak...
Ketua marshall kita... Pak Sahik...
biar gambar ini berbicara.... model dan pro...
Jurugambar kitaorang, kena fokus dan concentrate.... ramai orang berebut dia ambil gambar ni...
Geopark Glassier Cisolok.... Orang lain sibuk mandi manda... air yang kuat berbau belirang... dan juga agak panas... ni bukan suam suam...
Bani dan MCo sendiri...di Cisolok ni.... special posse daripada kami untuk orang kampung.... hahahaa
Pantai Sangrawayang.... berhenti segenak sebelum menuju ke Grimukti..
Kalau berbicara mengenai wisata pantai di Palabuhanratu, Kabupaten Sukabumi, semestinya salah satu lokasi yang mesti anda kunjungi adalah Pantai Sangrawayang.
Pantai Sangrawayang berada di Jalur Sabuk Ciletuh, tepatnya di Kampung/Desa Sangrawayang, Kecamatan Simpenan, Kabupaten Sukabumi, Jawa Barat. Masih di kawasan Geopark Ciletuh-Palabuhanratu.
Pantai ini berjarak sekitar 8 kilometer dari Terminal Palabuhanratu. Atau hanya sekitar lima kilometer dari Simpang Bagbagan.
Bunga-bunga kita ride west java bergambar juga di sekitar Pantai Sangrawayang ini...Jom bergambar sorang-sorang sini...
fokus pada panorama pantai ini... berbatuan... di sini di kabarkan banyak juga pemancing-pemancing yang memang menjadikan hobi.
Jom...kita bervroomm.... lagi... perjalanan mesti di teruskan...
Ni plan... nak ke Puncak Darma.... ada jalan akan naik dan menurun 45 darjah.. so kena bersedia.
Cheeer...for me and for you all....
Asyik dia ni je berselfie dengan MCo...hahaha... tak ada orang lain ka? bergambar di Gunungbatu jalan Girimukti.
Lagi gambar di Puncak Darma Geopark, Ciletuh, Puncak Darma ialah salah satu dataran tertinggi di kawasan Geopark Ciletuh. Bukit di Puncak Darma berada di ketinggian 230 meter di atas permukaan laut, di atas Desa Girimukti, Kecamatan Ciemas, Sukabumi. Desa Girimukti, Ciemas ini merupakan salah satu pintu gerbang Geopark Ciletuh. Sebelum menelusuri geopark, biasanya wisatawan melihat keindahan lanskapnya dari Puncak Darma.
Air terjun Curug.... iaitu air terjun yang mula sampai tu... walaupun musim kemarau, masih adalah "sisa-sisa" air terjun ini... tapi masih ada yang mandi manda.
hala balik tu, singgah di rumah Presiden M.E.N merangkap kepala di wisata ini, bila pergi tempat orang... kena singgah dan berkenal-kenalan... rumah dia pun menghala ke Air terjun Ciwaru ini.
Kombinasi... Tanah dan pensawahan... bukit dan langit... musim kemarau yang menampakkan dan mewujukan permandangan seperti ini....
ni baru tepat kombinasi... MCo, dan Cikanteh-Ciwaru di sawah padi yang kontang..dan harmoni serta keindahan.
Sukabumi-Tamanjaya, antara puncak yang tinggi...
Antara jalan-jalan yang dilalui
sekadar gambar-gambar.
Cibenda 3.40pm
Jalan menuju ke air terjun Ciwaru.
Sukabumi-Purwasedar jam 4.45pm
Jalan menuju ke Ujung GentengBuniwangi
Selepas melalui puncak Girimukti
Buniwangi 11.00 am
Kasiripis.
Mekarjaya 11.43am
Tanjung
Apa-apa pun peraturan kena follow. di Caringin-Pasir Muncang 4.27pm
Hari last pulang ke Jakarta.... bersama van Pak Wawan.
Gambar Ride last day... cubaan untuk mengorat Qillah special post kepada Yana..hahaha... pada 8 September di Sukabumi-Pamuruyan 3.02pm... dah nak masuk pekan Bogor.
Matahari terbenam di Ujung Genteng...
bila cahaya matahari telah terbenam... maka wujudlah bayang-bayang...
....yang menggamit kenangan dengan seribu memori.....
... maka wujudlah kenangan indah untuk tatapan dan memori akan datang....
... akhirnya kombinasi sempurna.... yang sukar untuk dilupakan...
macam-macam ragam... untuk kekal yang terbaik daripada gambar-gambar ini.
hahaha...lepast tu gambar bawah pula.....cuba teka di mana gambar ini di ambil?
Masa gambar kepala semua tu di Pantai Karang Hawu... manakala kaki pula di Air Terjun Cikaso yang kering kontang tu... bukan fokus pada kaki sahaja..tapi tanah yang juga kering merekah.
bila ride satu slot jangan asyik tertinggal... iaitu tampal stiker... stiker sebagaimana gambar permulaan pembukaan blog ini...
Ini lah route asas yang kami lalui, walaupun tidak begitu tepat, tapi begini laluan yang memakan masa 4 hari tersebut.
Tips dan Info
- Ride di West Java, penyewa motor tidak menyediakan Helmet, jadi kena beli sendiri atau bawa daripada Malaysia, rate harga helmet sana lebih kurang 250,000 hingga 400,000 rupiah.
- Nilai tukaran matawang RM300 = 1 juta Rupiah.
- Ride di sini Jakarta-Bogor atau Bandung, perlu hati kental dengan traffic jem. Kena banyak bersabar.
- Kalau dalam Jem tu, maka di nasihatkan sepakat lah buat baju Ride dengan warna yang terang, oren ke, biru ke.. kuning ke... sebab di sana kelam kabut jika kehilangan.
- bunyi horn motor adalah biasa, jangan segan silu tukan tekan beberapa kali, terutama hendak masuk simpan... ia adalah mekanisma perhubungan antara kenderaan belakang, depan, kiri kanan... jangan rugi gunakan kemudahan itu.
- Beringatlah ride di jalan kampung, ramai haiwan ternakan, anjing, kanak-kanak juga.
Note: Diolah dikarang sebulan selepas peristiwa. credit kepada semua yang membantu samada idea ataupun gambar.
No comments:
Post a Comment