Thursday, September 8, 2016

PERJALANAN DARIPADA LAOS KE THAILAND DAN MALAYSIA

PERJALANAN DARAT DARIPADA VIENTIANE LAOS KE KUALA TERENGGANU, MALAYSIA
(29/30 Ogos 2016 - 4 September 2016)

Buat pertama kali, MCo dan rakan-rakan merentasi sempadan, dengan jalan darat, walaupun MCo agar gemar dengan tour 2 bandar utama, tapi kali ini agak mencabar, kerana kami merentasi negara yang tergolong antara negara asia tenggara paling besar lapangannya iaitu Thailand (orang ramai kenal dengan nama Love Land 555) dengan jalan darat. Bermula dengan penerbangan daripada Kuala Terengganu, ke Kuala Lumpur dan seterusnya ke Vientiane Laos, (Lao PDR), merentasi sempadan antara Lao PDR dengan Thailand iaitu Nongkhai (utara Thailand) seterusnya merentasi Bangkok, daripada Bangkok terus ke Hatyai, dan sg. Kolok.... sempadan Sungai Kolok dan Rantau Panjang, menaiki bas ke Kuala Terengganu.
Cross Border... cross border downtown.... merentasi bandar, merentasi sempadan 3 negara. 3 bendera sebagai simbol MCo merentasi melalui jalan darat.
  Perjalanan pertama bermula daripada TGG-KUL dengan Airasia (29 Ogos Malam), dan daripada Kuala Lumpur ke Vientiane, Lao PDR dengan mengambil masa selama 2jam 45 minit.... arrived di Wattay International Airport Vientiane pukul 9.10am waktu tempatan pada 30 Ogos 2016.
...Perjalanan kedua adalah bermula daripada Vientiane ke Border F.S.B.I Vientiane, Natasha yang hantar kami, dan kami menaiki kereta sewa ke Sempadan Thailand Nongkhai pada 31 Ogos 2016. Daripada stesen keretapi Nongkhai, kami menuju ke Bangkok.
... Perjalanan ketiga bermula daripada Bangkok ke Hatyai (sepatutnya direct ke Su-ngai Kolok tetapi ada masalah, dan terpaksa stop di Hatyai), dengan keretapi special express.
... Perjalanan keempat, daripada Hatyai ke Sg. Kolok dengan bas yang disediakan oleh pihak keretapi Thailand. sampai di Hatyai 8.20 pagi waktu tempatan dan sampai di Sg. Kolok jam 2.00pm... jadual asal ialah sampai jam 11 pagi waktu tempatan..... 
... Perjalanan kelima, dengan ojet motosikal daripada sempadan Thailand ke stesen bas Rantau Panjang.
.... Perjalanan keenam, dengan bas Express Mutiara, 9 malam dan sampai di batu 6 dalam jam 12.30 malam....
.... Perjalanan penghujung, D-Max kawan, Mat Lim...... selesa di rumah dalam jam 3 pagi...

ini adalah jadual yang dirancang dan di rangka oleh kami terutama Fariz sebab dia lebih pro bahagian ini.. dan perancangan ini dibuat supaya kami tidak membazir masa di tempat yang tidak sepatutnya... tetapi jadual yang di rangka ini memang sesuai untuk orang-orang lain juga.

 CROSS BORDER DOWN UNDER

FLIGHT MALAM KT-KLIA2

DAY 1 🇲🇾KL-VIENTIANE🇱🇦
30 August SELASA
Flight pagi
Sampai tengahari
Check in hotel
Encik Fared tourguide
Ronda-ronda bandar Vientiane
- Patuxai
- Masjid Jamia
- Mekong river Park
- Lao National Museum
- Market
- Presidential Palace
- Army Museum
Rest n relax.

DAY 2 🇱🇦VIENTIANE-NONGKHAI-BANGKOK🇹🇭
31 August RABU
Santai di Vientiane n Check out hotel
* Lengkapkan mana yang tertinggal
------------------
14.00 bertolak ke Thanaleng
17.30 Keretapi Thanaleng menuju Nongkhai 20/30THB
sediakan THB40 setiap seorang untuk clearance di Imigresen Laos
17.45 dijangka tiba di Nongkhai station
Rilek dan santai
19.10 keretapi Nongkhai bermula ke Bangkok
HARGA TIKET THB778
Train #70

DAY 3 🇹🇭BANGKOK🇹🇭
01 September KHAMIS
6.00 dijangka tiba dari Nongkhai
- Masjid Bangkok
- Ke hotel Regent, Ramkamheang
Selesaikan urusan check in.
- Makan tengahari di Ahmad Rosdee
Ronda2 kotaraya Bangkok,
- Chatuchak,
- Pratunam Road,
- Menara Baiyoke
- Parlimen Bangkok
17.30 siam niramit show RM110/orang
- 1730-1930 makan bufet ada vegetarian food
- 1900 pre show
- 2000 show start
- show 80 minit
Selesai show boleh ke tepi sungai Chao Phraya di waktu malam.

DAY 4 🇹🇭BANGKOK🇹🇭
02 September JUMAAT
Santai di Bangkok
- pusat komuniti Islam Ramkamheang
- Asiatique
- Siam Paragon
- Ramkamheang Mall
- Train night bazar
- Relax n chill n Packing

DAY 5 🇹🇭BANGKOK-HATYAI@SUNGAI GOLOK🇹🇭
03 September SABTU
Early Check Out
Ke Hualampung station untuk perjalanan balik

Pilihan Train
Train 171: Bangkok 1300 Hatyai 0645 Sg Golok 1045
Train 35*: Bangkok 1445 Hatyai 0700
Train 37*: Bangkok 1510 Hatyai 0735 Sg Golok 1120
Tiket sehingga Hatyai 945THB

DAY 6 🇹🇭HATYAI@SUNGAI GOLOK-KT🇲🇾
04 September AHAD
Dijangka tiba di Hatyai/Sungai Golok
Menaiki bas di rantau panjang ke Kuala Terengganu (sekiranya ada tiket malam kita ambik tiket malam)
Home sweet home baby....

Best Place in Bangkok
Market
- Chatuchak Weekend Market
- Damnoen Saduak Floating Market
- Pak Khlong Thalad
- Patpong Night Market

Walking Street
- Banglamphu
- Chinatown
- Lumphini park
- Rattanakosin
- Thonburi

Families
- Ancient city
- Crocodile farm n zoo
- Dream world
- Rose Garden Riverside Resort
- Samphran Elephant Ground
- Siam Ocean World

Only in Bangkok
- Canal cruising
- Tuk-tuk
- Ladyboy Cabaret
- Thai boxing
- Jumbo Queen

Shopping
- Emporium
- Siam Square/Siam Paragon
- Phanthip Plaza
- Suan Lum Night Bazar

Cultural Dining
- Loy Nava
Wooden barge cruising and dining along cruising on Chao Phraya
- Patravadi Theatre
Dinner show n theatre.
- Sala Rim Nam
Oriental riverside restaurant, condense history and cultural show
- Siam Niramit
Visual spectacle present Thai rich history and culture in three act.

Jom MCo cerita perjalanan sebenar kami semua dalam 6 hari tersebut. tapi kali ini MCo nak ulas dan struktur lain sikit daripada biasa... nak ikut betul-betul kronologi... (good luck (dalam hati)).... hehehee, setiap jadual perjalanan akan disertai gambar-gambar terus.

Hari Pertama (29 Ogos 2016 - Isnin)
 Flight daripada Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur, penerbangan malam, sebab awal pagi esok, flight kami ke Vientiane.... dan malam tu, kami hanya bermalam di KLIA 2.
Bermula dengan Airport Kuala Terengganu.... depart jam 9 malam...  
 Tak cukup satu gambar...cuba selfie another angle plak... baru nampak menarik... sebab gambar pertama tu macam kelabu blurrrr je.... sebab tu ambik kali ke 2...hehehe... pastu penuhlah dalam blog ni.....
Ready dah nak terbang to KUL.... ni pun suruh awek yang Yie Sanah tolong angkat beg dia... sempat lagi tu....
 
Ready to bording... International... sebelum apa-apa, kita snap dulu satu picture... bergini lah backpacker...kena semua ringkas dan padat.... 
ke boarding room dah.... international ni di KLIA 2, kena masuk awal, jangan ikut sangat time ti boarding pass tu... sebab kat dalam ni... kena scan passport kat imigresen, pemeriksaan kastam, pemeriksaan pihak airport, pastu.... jauh plak daripada pintu masuk ke Boarding room tu... awal sejam pun tak apa.... kat dalam ni pun ada surau.... sempat subuh...
...Yang ni special... oleh kerana kami akan berada di luar negara pada tarikh jatuhnya sambutan ulang tahun kemerdekaan Malasyia...31 Ogos, maka MCo pun lakar lah ini, kononnya untuk sambut di luar negara, terutama di kedutaan Malaysia di Laos.... sehati sejiwa kata kan....  ni ready nak depart dah.... ke Laos, se awal jam 7 pagi...

Hari Kedua (30 Ogos 2016 - Selasa)
  Dengan flight seawal 7 pagi... dan arrive di Wattay International Vientiane Airport pada jam 9.10 pagi...
...dan nak dijadikan cerita, semasa hendak memasuki pintu untuk keruangan cop passport (arrive hall)... MCo terpandang seorang wanita, macam kenal, dia pun terpengung... lepas tu dia slow je cakap.. "why you come not tell me first?"....hehehe... kekasih lama beb... haddeeiii... nama dia Toukta atau nama sebenar dia Aphaphone Thammavong.. dengan ada dia... kami bertiga di guilde oleh beliau ke cop passport macam VIP tanpa beratur di kaunter... orang-orang lain tengok je.... dia masih ingat nama MCo... rasa kelakar dan lucu pun ada...dan rasa di hargai sangat-sangatlah ada..... anyway.. thank you for helping us terutama bila dia call Natasha (salah seorang lagi kawan MCo dan juga bekas Isteri kepada kawan MCo)... dan Natasha lah yang fetch kami ke hotel, hotel di pinggir Mei-Khong river bank....(atau dataran sg. mekong).
... Kami menginap di Orchid Guest House, iaitu tempat sama yang MCo menginap kali terahkhir datang sini 2, 3 tahun lalu.... tapi hari ini baru MCo tahu, owner hotel ini adalah orang Malaysia, berbangsa cina daripada Penang, sangat peramah dan boleh berbahasa Melayu.... owner dia nama Josephine Eng umur dalam lebih kurang lewat 50-an. Dia lah yang banyak bagi info tempat-tempat yang nak di lawati... dan dia juga call "kereta" untuk bawa kami jalan-jalan dengan kadar bayaran RM150.00...(untuk esok)
Manakalah harga hotel di sini ialah 794baht.... dalam lebih kurang RM80 lah....  
... Pada hari pertama ini, kami hanya jalan-jalan sekitar hotel, dan ke Masjid Jamia, hanya 10 minit perjalanan daripada hotel kami, locate di belakang hotel sahaja.... kalau nak detail location, ada dalam perjalanan MCo yang lalu...atau boleh klik sini ----> Islam di Laos 
... Lepas tu kami pusing-pusing sekitar pekan tu, oleh kerana hari terlampau panas, maka kami tak ambik masa lama sangat... cukup lah sekadar bergambar....
... Petang, dalam pukul 6. kami pun bersiar-siar di dataran Mekong, tempat yang jadi tempat riadah warga Vientiane, dan di situ juga terdapat statue raja mereka.. dan taman-taman yang dibiayai oleh kerajaan Korea... lepas daripada tu, kami bersiar pula di night market.. memang betul-betul depan hotel... manakala malam pula, kami tak banyak aktiviti.. errmm kalau nak bandingkan... Vientiane ini adalah bandar yang betul-betul "baru" nak membangun.. dan tiada banyak sangat aktiviti yang di kategori "agressif"..... 
 
Imigresen departure form, memang siap-siap pramugari bagi dalam flight... maka ada lah masa untuk isi, tak lah terhegeh-hegeh nak isi di terminal atau arrive hall nanti....
belakang departure/arrive form ni...siap-siap promote dia punya negara... 
 
...Tapi last-last MCo yang kena tolong isi semua form tu... sementara Yie Sanah tukang ambik gambar...sebagai ganjaran...dia upah nasi lemak Pak Nasir dalam flight...hahahaha
 
bergambar bersama Toukta, sebagaimana MCo cerita kat atas tu... nampak kurus sedikit masa first MCo jumpa dia..pada tahun 2010, dan semasa beliau datang ke rumah MCo di Terengganu tu.... ni sedikit gambar-gambar lama kami dulu...klik sini hihihi ----> toukta June 2010
 
Fariz pun tak mahu lepas peluang nak bergambar dengan kami...hehehe apa-apa pun Toukta ni sebenarnya dah pun kahwin dan mempunyai seorang anak, dan husband dia pun kerja di airport yang sama..... apa-apa pun dia banyak membantu MCo, daripada dulu lagi, jika datang ke Laos, dia akan book hotel untuk MCo, tapi kali ini MCo sengaja tak mahu bagitahu dia nak datang Laos, tapi kebetulan betul, masa MCo sampai di memang di muka pintu penyambut tetamu..... MCo di beri laluan khas untuk cop passport, tak perlu beratur... dan dia juga yang call Natasha untuk fetch kami untuk hantar ke hotel....
Bergambar di Wattay Airport..... MCo pun tak sempat baca apa yang di tulis tu... mungkin sumbangan daripada negara Jepun...hahaha, entahlah...
 Ini lah gambaran Wattay International Airport, Vientiane - Lao PDR, saiz lebih kurang sama dengan airport di Terengganu ja.... cuma banyak sikit flight mendarat di sini..... berbanding Sultan Mahmud Airport.... 

 Sementara tunggu Natasha fetch us... bergambar sakan dulu.... sebab bertemu dengan airport ini...hanya hari ini sahaja.. esok-esok dah balik ikut lain dah... cuma kami tak bergambar di dalam airport lah... ni ruang menunggu....
Sebagaimana biasa... ini lah jalan ke hotel daripada airport, ini dalam kereta Natasha,... ini bukan gambar bias, tetapi memang steering US style... hehehe... tapi MCo lupa nak snap gambar Andy (Anak Natasha with Rosli)...
Kali ke 2, tempat MCo menginap.. walaupun pada peringkat awal survey untuk menginap di hotel ini agak tipis, tetapi oleh kerana tak mahu banyak karenah, termasuk tidak mahu menyusahkan Natasha untuk cari hotel lain, maka nak tak nak, kami menginap di sini sahaja.... lagi pun hotel ni boleh di katakan agak strategik juga lokasinya.
Jalan sebelah kiri hotel... dah banyak berubah daripada pertama dulu MCo datang....
Sebelah kanan..... hotel...eehh ada kereta Merc plat Malaysia.... eerrmmm agak menarik juga ni.. .ok lah nanti MCo cerita.....
Daripada tingkat 3 hotel... macam penulisan MCo yang lepas, sama juga MCo nyatakan... dataran Mei Khong, Sungai Mekong, dan seberang sana tu ialah Thailand.... dataran ini juga lah terdapat pasar malam...dan dataran ini juga lah orang tempatan beriadah... samada jogging atau berbasikal.
Business kad hotel.. untuk rujukan akan datang, dan sebagaimana tips MCo sendiri, memang dah lekat tabiat, bila sampai ke hotel, ini lah MCo capai dulu dan letak dalam poket atau dompet duit... sebabnya, MCo ada kongsi banyak tips di luar negara... kalau rajin boleh lah baca di sini ---> tips keluar negara MCo
Harga bilik.... ermm sesetengah orang kata murah, sesetengah orang kata mahal.. 3 matawang boleh guna di sini, Lao Kip, USD dan Thai Baht... kalau nak kira Kip bersamaan dengan RM, mudah sahaja... contohnya harga bilik 120,000 kip, dibahagi dua... iaitu dapat 60,000 maka secara ringkasnya dalam RM ialah RM60.00
Business owner kepada Orchid Guest House ni... nama dia Josephine Eng... kalau nak tahu, kereta Merc yang berplat Malaysia tu.. adalah milik dia...3 hari drive daripada Border Malaysia-Thai baru sampai sini...dan dia adalah orang Malaysia, orang Penang, buka business penghotelan dan restoran di Lao, dia boleh cakap melayu dengan fasih, ialah orang Malaysia kan... English dalam tangan... bahasa thai dan Laos lebih kurang sama... so boleh di katakan 4 bahasa asas dia boleh... dan dia memang sangat peramah....
hahhhh..ini lah dia Josephine Eng..... dang lah thump up bila bergambar tu... 1st day sampai tu.... dia banyak juga bagitau selok belok mengenai Lao ni.. maklumlah dia dah lama duk situ.... dah jadi tawkey dah....
Fariz pun tak mahu ketinggalan bergambar...tengok latar belakang tu ada menu masakan.... kat depan ni.. bila petang atau malam akan bertukar wajah, jadi restoran... tapi non-halal lah.....
Gambaran dalam Orchid Guest House... gambar malam..... 
1st day masa sampai tu...dalam lebih kurang pukul 12 tengahari.. kami plan untuk hari pertama ni jalan-jalan sekitar Vientiane... tapi nak menjimatkan kos, kami pusing-pusing guna kaki sendiri je...tak mahu naik tuk tuk lah.... kadang-kadang ada orang phobia dengan tuk tuk ni... 
hari ini kenapa entah kenapa, bergitu panas sekali hingga menyengat-yengat tubuh ni.... dah jalan 100 meter, peluh dah mencurah-curah.... latar belakang... jalan straight ke belakang nung... terus ke tebing Sungai Mekong... jalan akan jumpa simpang 3 (T junction)..sebelah kanan ke hotel di mana kami menginap.
actually tiada tempat sangat nak pergi pada hari ini... so masjid Pakistan lah yang pertama kami tuju... dan masjid kedua yang terdapat di Laos ni...
Pintu pagar depan masjid Jamia..... biasa lah.. waktu kami sampai ni bukan waktu solat.... masa ni lebih kurang pukul 3 petang.... biasa kalau solat Jumaat, orang-orang Pakistan dan India muslim je lah yang hadir, kadang-kadang orang-orang yang kerja di kedutaan Malaysia atau Indonesia..... atau mana-mana negara Islam lain.... so kami datang sini hanya sekadar bergambar sahaja....
Sebagaimana post MCo yang lepas-lepas, ini lah gambar tingkat bawah masjid, tempat belajar, dan sebelah kanan tu tempat menginap para bilal dan imam.... diaorang masak sini juga....
Sengaja snap picture ini.... sekadar untuk menunjukan waktu solat di Laos, pada hari ini.... maklumlah waktu solat ni sentiasa berubah...... bulan ni tak sama bulan depan mahu pun tahun depan walaupun bulan sama....
Imam masjid Jamia.... sempat lah MCo bergambar... dulu masa MCo datang, tak sempat bergambar dengan dia, tapi sempat bergambar dengan bilal.... kali ni lebih advance sikit... hehehe
Tapak pasar malam... di Dataran Mei Khong ni.... waktu siang... ini saja yang ada.... semua stall untuk ready jualan malam ni.... cuma MCo kurang pasti.... adakah setiap hari atau hari-hari tertentu je ada jualan ni.... dan MCo di fahamkan, kebanyakan yang jual di pasar malam ni, meamng dah mempunyai kedai di tempat lain... terutama di Talat Sao.
 
kat jalan Namphou.... kat belakang kitaorang tu... macam bank..tetapi sebenarnya Money Changer... kami dah balik daripada Masjid Jamia.. sekarang rasa nak pi makan plak....
 
Hari ni sungguh panas.... tak tahan lah rasa... tapi apa-apa pun bergambar dulu dengan signboard jalan tu... kalau pergi straight tu... terus akan jumpa hotel di mana kami menginap... dan sebelah kanan kami ni...ada jalan, jika mahu ke masjid Jamia tu.
jom lah.. pi makan plak... dah 3 keping MCo letak gambar sama dalam ruangan blog ini...demi untuk melengkapkan dialog kalau ada tambahan...hehehe... sementara Yie Sanah plak memang tak jemu-jemu ambik gambar kitaorang walaupun mulut dia sikit bob beb bob beb...hahahaha. Kali ini MCo lebih selesa dengan pakai selipar je.... dulu pakai Croc... zaman pakai kasut dah nak lupa... hard traver kena peka pada perubahan macam ni..hehehe
Selepas makan di Nazim Restoran.... ini laluan ke restoran tersebut... tepi kuil.... dan jalan ni memang sinonim dengan Dataran Mei Khong...
Petang pada 30hb tu... kami bersiar-siar di Dataran Mei Khong... tempat orang jongging dan beriadah.....  dan kami difaham kan tamat ini dibiasayai olleh kerajaan korea... atas dasar itu lah... satu tugu peringatan seumpama ini di bina... dan MCo pun tambah lah satu dengan bendera Malaysia....
Actually, sekarang Loas telah mengamalkan pintu terbuka... ssesiapa sahaja boleh datang ke Lao dan melabur, diaorang nak duit masuk je ke Laos ni... dengar khabar, Malaysia pun dah mula melabur sini.... salah satunya RHB bank pun ada di Laos ni....
MCo,Yie Sanah dan Fariz.... sempat suruh orang tolong ambikkan gambar ni...  biasa kalau bertiga... mesti tertinggal seorang nak bergambar.... nak gambar kesemuanya...terpaksa lah minta tolong orang....
Dulu.... MCo pernah bergambar dengan berlatar belakangkan Statue ni.... bila MCo tanya orang, diaorang jawab... Raja... itu sahaja... tak banyak... tapi sebenarnya.... statue ini ialah Raja Chao Anouvong dan secara tak langsung nama tempat ini ialah Chao Anouvong Park....  kalau taip dalam google ada banyak cerita tentang raja ni... dan MCo tak mahu mengulas panjang sangat hal ini.....
another angle..... berlatar belakangkan Anouvong King Statue..... oleh kerana petang, so maka gambar pun.... "pengcahayaan" tak berapa elok sangat...  
yeaaaaahhh kita sambung ulang tahun merdeka Malaysia di negara orang... adeeeeii.... sehati sejiwa lah... walaupun di negara orang... tapi still ingat negara tumpah darahku..... tapi di Laos ni, tak semua tempat boleh kibarkan bendera seperti ini.... ada tempat di larang...dan tak di izinkan oleh orang tempatan....seperti di Patoxay.... sebab di situ di katakan tempat kebangsaan mereka....
ok...dah settle bergambar di Anouvong Park...sekarang kita serbu plak pasar malam Vientiane....
jom kita masuk dalam lagi...ermmm tapi jangan samakan pasar malam Vientiane ni dengan  pasar malam Bangkok... sebab di sana lebih "mewah" dan merata-rata ada.... sini sangat terhad... barang-barang pun ada made in Thailand.... so tak hairan lah... dan pasar malam ni masih boleh menerima Thai Baht....
Pasar Malam Vientiane.... banyak juga produk daripada Thailand.... oleh kerana bandar Vientiane ni tak lah besar sangat, maka pasar malam ni, mudah di cari, dan kawasan kami menginap tu boleh dikatakan antara tempat perdana juga lah.... gambar  menunjukan pelbagai barangan yang di jual di pasar malam ini.... sama juga di Malaysia.... dan bilangan pengujung agak ramai juga lah....
MCo di celah-celah kesibukan orang-orang Lao, warga asing ada juga... terutama daripada Barat....  manakala kami bertiga ni memang orang Asian... ada juga iras-iras orang Laos...hahaha... so tak perasan sangat lah kami ini orang luar...tapi bila kami speaking ganu...ramai juga lah orang-orang pandang kami bertiga tu..... itu je lah.....
Antara gambaran di pasar malam... tak boleh lama-lama di sini...nanti duit puncepat habis... kalau tawar menawar pun kaw kaw... cuma yang boleh speaking english lah.... kita senang nak tawar.... yang tak boleh, MCo serah pada Fariz je... sebab bab bab angka ni.... dia cepat je....

Hari ketiga (31 Ogos 2016 - Rabu)... Hari Kemerdekaan Malaysia
 ...Pagi, Auntie Josephine yang call kereta untuk bawa kami pusing2... dan antara tempat yang kami nak pergi atau di suggest oleh Josephine ialah.
  • Patuxay
  • That Luang Stupa
  • Army Museum
  • Pasar (Talat Sao)
  • Kedutaan Malaysia di Laos, dan
  • Xianchuang (Buddha Park).
  Perjalanan kami dimulai dengan pergi tempat jauh dulu...iaitu Xianchuang dan jarak daripada tempat kami menginap dalam 25km, melalui kawasan kampung tapi jalan utama ialah Nanghai... di Xianchuang ni, cuma terdapat patung-patung, dan statue, berkenaan keagamaan Buddha... cuma bergambar saja lah.. 
... lepas tu kami pergi ke Patuxay, (di kenali sebagai Permata Sungai Mekong).. dan menurut penduduk tempatan, ia dibina sempena memperingati Perjuangan, dan tentera Laos....
...Semua tempat disenarai di atas kami pergi, kecuali Kedutaan Malaysia...sebab tak jumpa.. lagi pun tarikh tersebut tutup, sempena hari ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke 59.  
... Jam 4 (waktu Malaysia), Natasha datang jemput kami, kerana dia nak tolong hantar kami ke Border Thanalaeng.. iaitu border antara Laos dan Thailand (area Nong Khai)... hari ni jadual kami ialah pergi ke Thailand. Selepas urusan di Border, kami ambik juga "prebet sapu" ke Stesen keretapi Nongkhai... sebab jadual kami ialah jam 7.00 malam, keretapi daripada Nong Khai ke Bangkok... iaitu 12jam perjalanan...
... Malam perjalanan kami selama 12 ke Bangkok.....  

Xienkuane Buddha Park
 
 Pintu depan Buddha Park.... sebelah kanan tu... ada kaunter tiket.... nak masuk ni kena bayar juga... kalau tak macamana mereka nak maintain keadaan di dalam tu..... actually, kami sebagai muslim ni, kurang sangat nak melawat tempat-tempat bergini, tapi alang-alang datang.... dan tempat ni boleh dikatakan sebagai trademark Laos juga.....
beli tike dulu beb.... nak masuk ni.... kami nak berkomunikasi pun tak berapa pandai.... biasa yang jaga kaunter gini...tahu juga serba sedikit english.... dan ramai jugalah orang putih datang sini.....
bukan sekadar kaunter tiket... tapi tempat kami bergambar juga...hehehe....
ok lah...dah dah lah bergambar...jom kita masuk dalam plak... kodak habis di kaunter tiket je... sambil Fariz tunjuk tiket masuk tu.... nak tengok gak, apa yang ada dalam Buddha Park ini..... kalau best boleh lah syor kat orang plak... maklumlah...Loas ini, terutama Vientiane...tempat nak melawat tu terhad sikit...tapi kalau wilayah lain... tempat-tempat memang menarik....
 
Tiket masuk ke Buddha Park..... hanya 5000Kip... kalau ikut perkiraan dalam RM2.50 je... murah je... harga mampu bayar tu....
Tepi dan dalam pagar ada lah jualan-jualan seperti ini.. memang sinonim dengan dengan Lao ni... sempat juga Yie Sanah dan Fariz nak bergambar....
ni...MCo tanya...sini boleh guna Thai Baht ke.... dia kata boleh... alaaa actually MCo dah tahu...cuma buat-buat tanya je... nak mula kan perbualan.... kalau tanya harga kan..dia terus letak makanan tu dalam plastik beg.... tapi apa-apa pun... buah mangga tu yang MCo cari....
MCo bergambar solo je... sebab nak beli buah mangga ni.... dia kata mai beli ubi tu... memang rasa nak beli, kan susah plak nak makan dalam teksi... lagi pun hari ni dah nak pergi Nong Khai....
Information Center.... nampak agak usang.... tapi cukup lah nak tahu something dalam Buddha Park ni.... dan MCo just lalui je ... kami pun sebenarnya tak mahu habiskan masa yang lama di sini.... sebab ada tempat lain lagi yang perlu kami pergi....
 
Banyak monumen dalam ni.... dan juga patung-patung.... entah...patung dewa-dewa kepercayaan mereka kot... dan MCo tak tahu apa nama....dan malas nak hurai satu-satu monumen tersebut.... ini sekadar gambar, oleh kerana banyak dalam FB orang Lao bergambar dengan benda ini... MCo pun snap lah.... atleast MCo dah tahu bagaimana bentuk ia bila depan mata...... tapi kalau tengok atas tu.. macam ada orang boleh naik....
 
lain sudut..... nanti kita masuk dalam plak...tengok apa yang ada kat dalam tu...jom...
 
mai tengok dekat lagi... mulut dah nganga tu...
 
  Nampak menyeramkan..... tapi masuk juga...sebab macam tempat pelancongan dah... tapi apa-apa pun, bila masuk, baca lah sikit ayat suci al-Quran semoga di jauhkan apa-apa yang tidak patut.... actually kita datang sini just sebagai pelancong... tak lebih dari itu...

 
Berginilah gambaran dalaman yang kami masuk tu..... boleh masuk lagi kat dalam tu...tapi cukup la sekadar ini sahaja..... ini bermakna dalam "benda bulat" tu... ada satu lagi dinding..dan di tengah-tengah ini lah terdapat patung-patung ini...
ada dalam 2 tingkat gak kat dalam tu...dan setiap tingkat ada arca yang berbeza
  Dah sampai atas.... bergambar, bila duk atas ni...boleh lah nampak lah hampir keseluruhan taman tu... ada bermacam-macam arca tu.... mengikut kepercayaan mereka....
Antara arca yang terdapat di Buddha Park.... semua ni tak boleh panjat..just bergambar sahaja....
ni... mungkin Buddha tidur..... nak kata lama...tapi tak juga... 30 atau 40 tahun dulu ia dibina....

  ohoo...gambar ini di snap oleh seorang pelancong daripada German.... perempuan plak tu.... sebab kalau nak ambik bertiga ni... kena selfie je... yang pasti, MCo tak pegang hp untuk selfie...tangan pendek...hahaha
 
lagi...same position....

 agak menakutkan juga...tapi ia just arca...nothing to be scared.... biasa lah kita kan dibesarkan dengan tak ada arca seumpama ini di sekeliling...so bila tengok secara real, walaupun dah besar panjang gini.... ada sedikit rasa gundah gulana....bukan takut, tapi macam "seriau"...hehehe
akhir gambar ni...meh lah MCo cerita sikit pasal Buddha Park ni... sambil-sambil tengok rakan-rakan MCo bergambar ni....

Buddha Park, juga dikenali sebagai Xieng Khuan adalah sebuah taman arca terletak 25 km sebelah tenggara dari Vientiane, Laos di padang rumput di tebing Sungai Mekong. Ia dibina sejak tahun 1958 lagi. Walaupun ia bukan sebuah kuil (Wat), tapi taman ini boleh digambarkan sebagai Wat Xieng Khuan Kerana ia mengandungi banyak imej agama. Nama Xieng Khuan bermakna Roh City. Taman ini mengandungi lebih daripada  patung 200 Hindu dan Buddha. Kerajaan Lao telah mewartakan Buddha Park sebagai tarikan pelancong dan taman awam.... bergitu lah serba ringkas....

That Luang Stupa
  
Pha That Luang  Ialah stupa Buddha besar emas terletak di tengah-tengah Vientiane, Laos Sejak pembinaan awal di percayai sejak abad ke-3, stupa ini telah melalui beberapa pembinaan semula sejak tahun 1930-an kerana pencerobohan asing di kawasan ini. Ia secara umumnya dianggap sebagai monumen kebangsaan yang paling penting di Laos dan simbol kebangsaan rakyat Laos.
ambil view comel sikit... dengan bunga Ixora.... dan Pha Stupa.... tapi just guna camera handphone je... tak boleh super snap lah.... kalau nak lawan landskap photographer memang kalah lah MCo...hehehe
umpan dan tunjuk je... MCo tak masuk dalam lah.... tapi rasa rugi plak tak masuk..kalau tak boleh tahu apa yang ada kat dalam tu... tunggu next section lah plak.... eeerrmm tapi bila tu....
Salah satu temple yang ada sebelah Pha Luang Stupa ni....besar-besar plak tu...
masa asyik bergambar ni... adalah budak-budak sekolah.... lalu lalang situ, maka panggil lah ajak bergambar, mula-mula malu... hehehe, bukan apa, MCo nak tunjukan pakaian seragam sekolah mereka...dengan kain tu.. pakaian kebangsaan negara dia.... mungkin pakaian tradisional juga... lebih sopan berbanding zaman sekarang....
MCo.... nak bergambar seorang sekali... panas ni.... berkedip dah mata tu... nasib baik pakai spek mata hitam....
My Teganu at Laos... Fariz dan Yie Sanah....
Terengganu and Malaysia Flag di Laos... kononnya nak sambut merdeka di sana... tapi tak jumpa juga kedutaan Malaysia...so kibar bendera kat sini je lah....

Patuxay
Patuxai  secara literal bermaksud Victory Gate atau Gate of Triumph, bekas Anousavary atau Monument Anosavari, yang dikenali oleh Perancis sebagai Monument Aux Morts dan ia adalah sebuah tugu perang di pusat bandar Vientiane, Laos, ia dibina antara tahun 1957 dan 1968. Patuxai didedikasikan kepada mereka yang berjuang dalam perjuangan untuk kemerdekaan dari Perancis. Dalam romanising nama dari bahasa Laos, ia dengan pelbagai ditransliterasi sebagai Patuxai, Patuxay, Patousai dan Patusai. Ia juga dikenali sebagai Patuxai Arch atau Arc de Triomphe Vientiane kerana ia menyerupai Arc de Triomphe di Paris. Walau bagaimanapun, ia biasanya Laos dalam reka bentuk, dihiasi dengan makhluk mitos seperti Kinnari (setengah wanita, separuh burung)... itu lah serba sedikit sejarah Patuxai....
mai kita tengok dekat lagi... actually... pintu gerbang ni... tak lah kata lama sangat...sama umur dengan Kemerdekaan Malaysia, tetapi ia telah memukau pengunjung di sini seolah-olah artifak yang lama.... Laos berjaya lakukannya....
Siling Patuxai.... moden dengan gaya lama.... di olah supaya nampak nilai eksotikanya tersendiri....
 
lepas tu...xde lah Patuxai...semua gambar2 kitaorang kat sini.... oleh kerana blog ni dah jadi macam album maka... banyak lah gambar macam sama tapi tak serupa....  dengan berlatar belakangkan Patuxai ni... maka kita tahulah... bahawa ini adalah Laos.... sesungguhnya mercu utama Laos ialah Patuxai ini....
Yie Sana dan MCo....
 
Orang tempatan panggil Patuxai ini ialah sebagai "jewerlly of Mekong River"....
jom kita pi dekat lagi.....
sign...of... China and Laos.....
Kalau dapat gambar lama iaitu 10 tahun dulu... tak ada lagi kolam-kolam kat belakang tu.. dan tanah sekitar tu.. pun tanah merah....
thump up....
Fariz and MCo.... dedication for my blog.... only this.....
....tapi gambar bertiga lagi syok...ini pun minta tolong orang yang jual gambar tu ambik.... tapi itu tak penting yang penting "Geng Losong - We are Brother" in Laos.... dan MCo memang jarang Miss baju ni kalau ke luar negara... hanya sempat pakai atau tidak je...kali ni memang sepakat pakai dah...tu nasib baik tak bawa baju melayu.... hehehe
...dan lagi......
Sepitas lalu kalau tengok... Patuxai memang semacam Arc De Triomphe di Perancis tu.... ahahaa memang dah...seni bina macam tu...sebab Laos ni di bawah penjajahan Perancis dulu.....

War Museum

Lao Peoples Army History Museum.... kami tak ambik masa yang lama sini... cuma sekadara bergambar di luar sahaja.... lagi pun hari ni macam tutup je...dan driver yang bawa kami tu pun, suruh kami tengok-tengok outside je....
Gambaran luar muzium.... depan bangunan terdapat arca 3 patung tu.. kalau tengok dekat tu... macam para pejuang mereka terdiri daripada rakyat dan petani....
Arca yang terdapat perkarangan Army Museum ini... macam menunjukan penceritaan, bagaimana tentera mereka berperang demi menutut kemerdekaan daripada Perancis...
bergambar dengan Yie Sanah dengan berlatar belakangkan kapal terbang lama....
lain-lain pengangkutan udara yang di pamerkan di muzium ini.. helikopter, kapal terbang dan Jet... tak tahu..betul ke atau sekadar arca....

Talat Sao

Pai to Talat Sao... Laos Handmade banyak jual kat dalam tu... sambil2 barang moden pun ada... MCo nak pergi bangunan sebelah tu...supermarket gabungan barang lama dan baru, dulu souvenir atas tu murah-murah... sekarang nak pergi "silau" lagi sekali..... tapi bila dah naik.... semua dah tutup... so jalan jalan dalam bangunan kat depan tu je lah.....
Ini lah keadaan dalam bangunan tu... untuk info, peniaga dalam ni... juga berniaga di pasar malam Vientiane....
Apa yang di jual di pasar malam, ada jual disini..harga pun lebih kurang sama ja.... kalu keychain tu... boleh dapat dalam 150 baht.... dalam 30000kip...kalau pandai tawar menawar boleh dapat dalam 20000kip...
ni bergambar  plak di Talat Sao Mall.... just ambik gambar kat ruangan ni.. tak masuk dalam dah... sebab yang jual kat dalam ni... boleh di dapati di Thailand malah di Malaysia... kita datang sini kalau boleh nak cari yang ada trademark, atau handmade Laos..... baru nampak kebudayaan dan seni kraf Lao.....
 
Tak boleh bergambar dengan orang secantik ini di Lao... gambar pun jadi lah... Sabaidee... wang ni, Koi jai kap ban leo...eeh... na kap ban, auun pai Bangkok.. hehehe... khun mai Lao jark Malaysia.... dee dee....
Inilah Restoran Halal Nazim.... tapi masih lagi Indian Food... dulu restoran al Syifa dan jadi Restoran Bangladesh... Fatimah Restoran dah tak kelihatan... so boleh di katakan 2 restoran halal di sini... tapi Nazim ni ramai orang suggest untuk makan kalau di Laos... maksudnya suggest pergi kalau berbanding dengan restoran halal lain......
 
Hari Ke-2 dalam pukul 3 Natasha datang ambik kami kat hotel dan hantar kami ke Thanalaeng Border Vientiane.... lama dah tak jumpa dia...sejak dia balik ke Laos.. tahun 2011 kalau tak silap.. 
Beliau adalah "bekas" isteri kepada kawan MCo, dan dah mempunyai seorang anak lelaki. Tapi pada tahun 2018 dia akan berkahwin lagi dengan orang Laos sendiri, dia jemput MCo untuk hadiri majlis dia nanti... entahlah.. MCo tak bagi kata putus lagi... 
...bergambar dengan Natasha....hari terakhir di Laos, sementara andy ada dalam kereta..tapi ralat, tak juga bergambar dengan dia...... sebab semua nak cepat....

Sempadan Thanalaeng Vientiane Laos ke Nong Khai Thailand.
pintu masuk dan keluar Laos...kena cop passport...setiap kali cop kena bayar dalam 20baht atau 1000kip.... beratur panjang juga...tapi kami dah booked kereta sewa, maka diaorang yang uruskan semua.... janji cepat.... 
tapi sebenarnya serah passport kepada orang, lebih-lebih lagi yang tak kenal adalah sangat berbahaya...tapi kami tawakkal je hari tu....
Selepas di cop keluar Laos... dan masa untuk boarding ke Thailand plak... selepas cop passport, kami kena ambik one way ticket pula... for foreigner free..local...entah tak tahu... semua tak sempat tanya sebab nak cepat.....
one way ticket... kena lalu ikut mesin pengimbas.... jom..get ready to Thailand...
Nampak tak mesin kat belakang tu..macam naik metrolink.... keretapi tu... selepas scan ticket one way tu.... maka secara rasmi, kami dah keluar daripada Laos, walaupun hakikatnya masih di tanah Laos..... kalau nak masuk Laos lagi...kena cop lagi lah.... sama ja....
ini lah jurupandu kami untuk dapatkan kereta sewa ke NongKhai... dia cuma cari je... bayar kat dia.... tapi ini juga satu tip buat kami juga sebenarnya.... bergambar bergini supaya kami cam kalau ada scamm....
Imigresen Nong Khai Thailand...... dah ready nak pi cop passport ni, pertama kali dalam sejarah dapat cop passport pintu sempadan paling utara di Thailand...dan memang hajat sudah tercapai la kali ini....
beratur nak cop... eermm amaran keras kat sini... tak boleh snap gambar, kalau pakai spek mata hitam...kena tanggalkan....sama ja dengan tempat lain....
kat sini tak sama macam kat Danok dan Sg. Kolok, ramai orang... tak "bolok" mana lah... beratur juga la.....
ok...cop pun sudah... kami dah nak bertolak... Nongkhai Customs Boundary post.... kami pergi dulu....
Jalan menuju  ke Stesen keretapi Nongkhai.... dah nampak bendera Thai..... jalan pun agak baik...
 Inilah kompleks station keretapi Nong Khai.... stesen keretapi Thailand paling hujung...permulaan dan penamatan laluan keretapi..... meh MCo cerita sikit pasal Stesen keretapi ini..


Stesen Kereta Api Nong Khai adalah sebuah stesen keretapi yang terletak di wilayah Mi Chai, bandar Nong Khai. dan jarak 623,58 km (387,5 batu) dari Stesen Kereta Api Bangkok. 
kalau ikut sejarah plak.....Pada asalnya, Stesen Kereta Api Nong Khai dibuka di lokasi Stesen Kereta Api Na Tha dan sebagai sebahagian daripada seksyen Northeastern Line Udon Thani-Na Tha pada September 1955. Pada bulan Julai 1958, jalan keretapi dipanjangkan sehingga berhampiran dengan Sungai Mekong dan stesen Na Tha di tukar stesen perhentian yang nama asalnya ialah Khai Nong. Stesen tepi sungai bertindak sebagai stesen keretapi "Nong Khai" dan telah beroperasi kira-kira 42 tahun,  Pada bulan Mac 2009, Line Northeastern diperluaskan ke Stesen Kereta Api Thanaleng di Laos merentasi Jambatan Persahabatan Thai-Lao dan perkhidmatan antarabangsa antara masa kini stesen Nong Khai dan Thanaleng bermula. Pada tahun 2011, operasi kereta api untuk Talat Nong Khai telah dihentikan, dan semua kereta api ditamatkan di Stesen semasa Nong Khai Railway. 
Berikut sedikit jadual perkhidmatan kereta api daripada Nong Khai ni.

    
Express No. 69/70 Bangkok-Nong Khai- Bangkok
    
Express No. 75/76 Bangkok-Nong Khai- Bangkok
    
Express No. 77/78 Bangkok-Nong Khai- Bangkok
    
Rapid No. 133/134 Bangkok-Nong Khai- Bangkok
    
Tempatan No. 415/418 Nakhon Ratchasima- Nong Khai- Nakhon Ratchasima
    
Tempatan No. 913/914 Nong Khai- Thanaleng- Nong Khai
    
Tempatan No. 917/918 Nong Khai- Thanaleng- Nong Khai

yang ni...memang kami tak beli online...kami walking beli..... kalau bukan waktu2 orang balik kampung... InsyaAllah ada banyak tiket... kalau tak boleh 2nd class, naik lah 1st class, kalau tak ada juga... 3rd class lah... kebiasaannya kalau train macam ini... memang seat ada lebih banyak.... bertenggek tepi koridor pun jadi...heheehe
sambil-sambil tu snap lah jadual waktu perjalanan keretapi ini, walaupun info ini boleh didapati dalam website... tapi snap ini adalah waktu semasa perjalanan, kan ada nak buat rujukan pada masa akan datang.... tapi nasib baik juga ada juga tulis english...kalau semua Thai.. naya juga lah.....
Tiket, daripada Nongkhai ke Bangkok.... kenyataan... depart 31 Ogos 2016, waktu jam 7.10 petang dan jangka sampai 6.00 pagi esoknya waktu Thailand, Gerabak (car) no 4 - untuk 2nd class, dan seat 26, 28 dan 30 kerana kami pilih katil bawah... kalau katil atas memang bergoyang sakan lah... dah harga untuk satu perjalanan ini ialah 758baht....
Semua info ini ada di stesen keretapi Nong Khai...bila tengok map ini...baru lah tahu, rupa-rupanya masih banyak tempat yang menarik perlu di lawati... tapi oleh kerana masa, bajet dan tenaga, kami hanya perlu tetapkan matlamat asal perjalanan kami.... overland
Tourist Map...di Nong Khai... kadang-kadang boleh jadi panduan juga ni.... tapi kalau nak travel dengan waktu yang panjang.... boleh lah buat kaji selidik dulu... tapi dalam internet banyak.....
Tuk-tuk di Nong Khai lebih kurang sama tuk-tuk yang terdapat di Vientiane.....cuma tuk tuk berbeza dengan selatai Thai.. di Bangkok pun lebih kurang sama, konsep sama tapi rekabentuk lain sikit.....  ni kira public transport juga... daripada pada stesen keretapi boleh ambik tuk tuk ini pusing2 dalam pekan Nong Khai.
Bertentangan dengan Kompleks Stesen Keretapi Nong Khai.... lokomotif lama.... sebagai pameran, atau sebagai bahan sejarah, mini museum....
ni lah driver kami daripada border Thanalaeng Laos ke stesen keretapi Nongkhai ini... dengan kadar bayaran 600baht...walaupun asalnya minta 1000baht... selepas tawar menawar dan keputusan kami nak naik bas, maka dia setuju dengan 600baht...walaupun rasa-rasa MCo boleh dapat murah lagi...sebab bagi MCo tak lah jauh sangat pun daripada Border Laos ke Stesen keretapi ini... apa-apa pun... bila kami bertiga, anggap lah RM20 seorang tambang "teksi" ni...
sempat suruh driver tu snap gambar kami bertiga..... di Nong Khai Railway Station....
Tambahan koleksi gambar.... geng losong di Nong Khai.... nak cari mana dah... hehehe harap ke geng 3 orang ni je bawa baju tu ke pelosok dunia.....
Lelaki ni bernama Yusof, Muslim Thai, tetapi tak boleh cakap Malay, english pun sikit-sikit, pernah hadir diri dalam program di Pattani...  dia sekarang nak pergi Bangkok.... kami sembang-sembang kosong sahaja... gembira bila dapat berbual dengan sesama muslim di negara non-muslim...
Close up... bersama Fariz sekali....
Ruangan menunggu... matahari pun ada... jangan hairan stesen keretapi api ini pun ada surau tau... gerabak yang kami bakal naik tu...dah siap sedia menunggu......
Masa kami menunggu tu...adalah badan beruniform ni lalu, dia check beg, scanner, dan diaorang ambik gambar kitaorang...lepas tu kita plak ambik gambar diaorang... walaupun bergitu, mereka ni sangat peramah.. sesuai dengan amalan mereka, bertugas senyum dalam tegas.... fuuyyy... kat malaysia? badan beruniform Malaysia kena contohi mereka... kan kan...
pastu gambar ke dua ni...dia plak cadangkan supaya bergambar sebelah ni plak..sebab? sebab ada tulisan Nong Khai kat atas tu... mula-mula memang nampak garang, tapi senyuman diaorang tu buat kami boleh bergelak plak.... memang dalam tugas mereka amalkan apa yang MCo nyatakan tu... ini bukan apa, memang tugas diaorang nak memastikan supaya semua selamat dan jauh daripada ancaman.. lagi satu mereka pun hormat pada pelancong yang datang ke Thailand ni....
ni MCo tunjuk... Nong Khai... MCo dah sampai sini..anda bila lagi?
Gerabak ini kami akan naik?  Nong Khai to Bangkok... oooh tidak..ini First class punya... yang berbilik-bilik tu... kami naik 2nd class je, lokomotif no 4 sebenarnya.... ni saja je wak iklan....
Rasa teruja pun ada.... ini kira kali pertama MCo nak naik keretapi dan tidur dalam keretapi, dulu kat Bandung ke Jakarta beberapa jam sahaja.... yang ni kira 12 jam..kira hardcore juga lah tu... berbaloi bayar RM75.... untuk satu trip...
Car no 4... ini lah gerabak yang nak kena kami naik.... apa2 pun...MCo nak ucaplah dulu.. .selamat Menyambut ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke 59 daripada Nong Khai... kepada semua yang kenal MCo dan seluruh rakyat Malaysia juga.....
sebelum naik keretapi... say hello to driver keretapi.... hehehe... tengok layanan diaorang pun mesra semacam je...takde muka bengis-bengis pun...
Friendly lagi tu... boleh plak wak gaye bebas... Fariz pun masuk sama join tu.... tak tahu lah kalau dia boleh access blog MCo ni... memang suka tengok...hehehe.. MCo tunjuk thump up... bagus.. Yie sanah tunjuk peace..tapi abang driver keretapi tu... tunjuk jari dengan 3 tu...tak tahu plak simbol apa...hahaha
ok... bergambar dengan "pramugari" plak...hehehe...ini semua khas untuk 1st class je ada pelayan...yang 2nd class pun ada...tapi bertugas untuk siapkan katil je....
Bergini lah keadaan dalam gerabak keretapi kelas ke-2... setiap satu ruangan tu..untuk seorang... dan kerusi-kerusi tu akan berubah jadi katil bila malam... dan katil ni dua tingkat... kami pilih yang bawah lah...
ini lah katil atas.... kalau duk atas ni..kepala ada sikit goncang lah... so MCo sarankan sape-sape nak travel macam MCo, pastikan pilih katil bawah.... harga mahal sikit lah...tapi tak lah banyak beza, yang penting berbaloi....
hah... start jam 8 malam waktu Thailand... katil dah mula di pasang... dan MCo dah mula rasa mengantuk... penat jalan seharian.... so bila dapat baring macam ni, hilang sikit stress lenguh tu... ni MCo saja tunjuk gambar ni... untuk mengambarkan keluasan katil tu...muat lah untuk seorang.... siap ada kain langsir dan bidar...so tak malu nak tidur... eerrmmm selesai sungguh, macam dalam buai je tidur..dengan hayunan keretapi yang bergerak tu... will miss this moment....
laaaa pi makan maggi kat cafe tengah malam.... hehehe dengar khabar air panas pun boleh sampai RM3.00.... masa ni... MCo dah nyenyak tidur... diaorang lapar..boleh lah bersantai di cafe... boleh pi mai pi mai dalam keretapi tu....


Hari keempat ( 1 September 2016 - Khamis)
 ... Seawal 7 pagi kami sampai di Bangkok, Stesen keretapi Hualamphong, daripada itu, kami ambik teksi ke hotel Regent yang terletak di Ramkhamhaeng, dengan teksi bermeter dan kos dalam 200baht.
...Oleh kerana awal pagi kami sampai di hotel, dan bilik tiada, kami terpaksa juga pusing-pusing sekitar Bangkok tanpa mandi...hehehe.... kali ni kami dah siap-siap booking tourist van, Fariz punya pukulan, ramai saing beb....dia ada konteks sini sana di Thailand.... maka datang lah sebuat van, dengan harga carta kami 3000baht.... untuk sehari...yang paling special ialah pemandunya... orang Thailand kacukan orang Hadramaut,...boleh di kategori dalam race Thailand/Melayu/Arab-Pakistan, boleh speaking, boleh cakap Urdu, Cakap Arab, Thailand apa tah lagi...dan Melayu sikit-sikit... nama dia Musa dan seorang Hafiz, pernah menuntut di Sri Lanka dalam bidang Hafizan Al-Qur'an.
...Destinasi kami ialah yang pertama yang di rancang ialah Damnoen Saduak Floating Market, dan agak jauh juga perjalanan... tetapi dalam perjalan kami singgah di Meik Long Market, (dekat dengan Meklong Train Station).... Pasar apakah ini?.. ini adalah salah satu tempat menarik yang dikunjungi iaitu pasar keretapi, yang mana pasar di atas landasan keretapi, dan apabila keretapi lalu, pasar akan menarik segala bidai2.... eerrmm nanti lah MCo ceritakan dalam gambar-gambar..
... Daripada jam 9.00 waktu Thailand bertolak ke Floating market jam 1.00 tghari.... kami tak ambik masa yang lama di floating market ini, sekadar pusing-pusing dan bergambar..
... lepas tu kami pergi ke Jatujak Market (dalam jam 4.30pm)...dah petang, banyak kedai tutup, kat sini pun kami tak ambik masa yang lama.... sebab banyak barang-barang kami dah beli awal-awal. (sebelah Jatujak Market ini ada bangunan Mall, kat dalam tu kami solat).
...Rancangan malam ialah pergi ke Siam Niramit, dengan melalui Lunpini Public Park, Ya Allah jalan kat sini memang jem teruk... horrible betul lah... daripada Jatujak Market ke Siam Niramit tu hanya 9km tetapi mengambil masa selama 2 jam... boleh bayangkan tahap jem jalan di bandaraya Bangkok ni. tiket masuk ke Siam Niramit ni dalam Baht1500 pakej dengan makan malam... Siam Niramit ni macam pentas pertunjukan kebudayaan Thailand dan juga negara-negara sekitar.. agak menarik juga persembahan, memakan masa lebih satu jam setengah juga....
... Siam Niramit tu lah.. aktiviti last kami pada  hari ini... 
Pagi dah sampai Bangkok. ... stesen keretapi Bangkok....
Bangkok Railway Station located at Hualamphong.... ni lah signboard tu.... tapi dalam sekarang ni dengar khabar orang tempatan, Kerajaan Thai akan menjadikan stesen keretapi ni tapak museum keretapi setelah stesen keretapi Bangkok yang baru siap di bina... mungkin akhir tahun depan.... so jadi kira bertuah juga kami kerana masih sempat menjejak kaki di Hualamphong ni... tengok lah... sejarah betul, masa ni kalau tanah melayu..orang-orang melayu masih lagi ada yang "berkaki ayam...".
MCo dan Fariz.... tunjuk-tunjuk trademark kitaorang...hehehe... takpe ini baru permulaan..nanti sabtu jumpa lagi..... ok lah... next section plak....
Bila sampai je pagi tu di stesen keretapi Bangkok tu...kami kena beli dulu tiket keretapi ke Su-ngai Kolok, mana tahu formula MCo kat Nong Khai tak menjadi... kot-kot tiket habis...penuh... sebab perjalanan kami kali ini agak lama..hampir 24jam mungkin akan berada di dalam gerabak keretapi....
bagi pelancong asing, nak beli tiket ini kena tunjuk passport, siap tulis nama di tiket... dan harga mungkin rate foreigner.... apa-apa pun penjaga kaunter tiket tu memang peramah... dia suggest datang 2 jam awal ke stesen daripada hotel... sebab Bangkok memang salah satu negara terkenal dengan jem nya....
Tiket ke Su-Ngai Kolok daripada Bangkok, semua pembeli asing kena tunjuk passport... bertolak 3 September jam 15.10 dan jangka sampai Sungai Kolok pada 4 September pada jam 11.20 waktu Thailand. Harga dalam 977baht.
yang gambar atas tu... yang kami pi beli tiket tu... ini lah ruangan luar.... memang khas untuk pelancong asing... yang tempatan punya... gambar bawah ni....
Fariz bergambar dengan kaunter tiket untuk tempatan dan local destination.....  tak ramai mana yang datang beratur nak beli.... bukan tak ramai mana...tapi tak ada orang pun.... hehehee
Business card Regent Hotel yang lengkap dengan alamat dan no telefon... apa-apa pun ambik satu letak dalam wallet...
Menginap di hotel ini pakej sekali dengan coupon makan pagi.... eermm iye ke? tak lah... kena beli dengan harga 100baht... kira murah juga tu... sebab boleh makan buffet...berapa banyak nak makan pun.. makan lah.... dan di jamin 100% halal...
Hotel Regent...
Main extrance Regent hotel...... pagi-pagi kami tak dapat check in lagi...sebab hotel penuh...so nak tak nak.... kami terpaksa juga tunggu...errrmm tak tunggu gak kot...sebab kami ambik pakej pusing-pusing Bangkok dengan Communter Van.... ambik driver lah tu.....
Panorama depan hotel...orang ramai beratur tunggu teksi untuk pergi kerja.... awal pagi ni...dalam pukul 8 - 9 pagi....
sambil-sambil menunggu driver van, topup telefon dulu... pastu suruh orang hotel translate message yang di terima oleh syarikat komunikasi...selepas kredit dah masuk....hehehe
Permandangan biasa di hotel ini... orang bertudung (wanita berhijab - wanita muslim)... sebab kawasan ni memang kawasan orang-orang Islam (boleh dikatakan bergitu lah)...dan hotel ini pun memang lebih mengambarkan Islam... penjaga kaunter pun bertudung... cafe 100% halal, ada arah kiblat dalam bilik.... dan pelayan pun boleh berbahasa melayu.... mudah kan?
Tepi jalan utama, ke lorong masuk ke hotel, bergini lah keadaan... keadaan bergini memang sinonim dengan Bangkok... cuma beza halal and non-halal..kalau semua halal macam di Acheh... MCo paling seronok...ingat makan je...hehehee

Maek Long Market & Railway Station

pagi tu..kami bergerak dah..... dengan van commuter ni... 1st destinasi ialah ke floating market.... apa-apa pun bergambar dulu... jam dah menunjukan pukul 10 waktu tempatan... kalau kira keadaan traffic di Bangkok ni sedang hot....
Inilah stesent Maeklong Railway Station... apa yang menarik tentang stesen keretapi ini? meh MCo cerita sikit.......  ia juga dikenali sebagai Klong Railway Mae iaitu  kereta api yang berjalan hampir 67 kilometer (42 batu) antara Wongwian Yai, Bangkok, dan Samut Songkhram di tengah Thailand. Laluan keretapi ini terdiri daripada dua bahagian: Mahachai Line timur, yang berlangsung antara Samut Sakhon dan Wongwian Yai dengan 18 stesen; dan Ban Laem Line, yang berlangsung antara Samut Sakhon dan Samut Songkhram dengan 15 stesen. Kedua-dua laluan dipisahkan oleh Tha Chin River di Samut Sakhon. Satu-satunya cara untuk menyambung antara stesen pada pihak yang bertentangan dengan sungai adalah dengan bot. tapi sebenarnya.. ada lagi satu yang menarik di sini... nanti MCo cerita kan.....
MCo dan Yie Sanah bergambar dengan signboard tepi stesen. .. MaekLong Station.....  sebelum keretapi lalu... sempat lah bergambar....
Fariz pun nak ambik bahagian... masa ni orang tak ramai lagi..kami sampai sini tepat jam 12 tengahari.... waktu Malaysia (Thailand 11.00 pagi)...keretapi di jadual akan sampai di hentian ini jam 12.10 waktu malaysia...
...sangat bagus... yang baju kuning tu nak tumpang bergambar dengan kitaorang..tapi duk jauh...hehehe.. ni abang Musa yang tolong snap untuk kitaorang..... 
 
hah...palang sekatan jalan dah diturunkan tu.. ini menandakan keretapi dah nak lalu...dan tengok lah ramai pengunjung yang rata-rata adalah pelancong asing....bukan orang Bangkok.... kami pun sibuk tunggu...siap sedia kamera untuk ambik gambar... sebab keretapi bukan selalu lalu sebab ada tempoh-tempoh dia.... jadi kami sampai di sini kira rezeki sangat-sangat...tepat dengan timingnya.....
di Maek Long market ni...terjumpalah dengan rider daripada Malaysia... daripada Kuala Lumpur... ini memang lagi hardcore daripada kami ni.... memang banyak lah MCo dengar rider-rider daripada Malaysia... ride to Bangkok..malah ke Sempadan Laos-China pun ada.....
Fariz pun nak bergambar sama... ramai juga geng2 mereka ride ni.... tak macam orang ganu sorang tu.. solo je ride... memang hardcore lagi yang tu....
BigBike yang mereka tunggang...
bergini lah gambaran... pelancong luar yang datang semata-mata nak tengok keretapi lalu... kebanyakan daripada Korea dan China...
ok lah... ini gambar kesinambungan yang mula-mula sebelum palang diturun... tengok lah pasar ni... kalau tengok memang biasa... tapi sebenarnya mereka berniaga di atas rel keretapi... iaitu jalan keretapi... dan pasar ni memang famous.... kalau tengok blog orang lain dan juga youtube..sure ada videonya... kalau nak tengok blog orang lain..yang lebih detail gambar...boleh klik sini... ---> Maeklong Market
Kalau dari jarak jauh... berginilah keadaan... tak ada apa-apa.. penuh dengan bidai dan payung..... 
BERTUKARRRRR..... hahaha macam filem gaban plak..tengok lah... dan banding lah dengan gambar di atas daripada gambar ini...tadi pasar sekarang dah berubah jadi laluan keretapi... sekejap lagi keretapi dah nak sampai.....
dah nampak pun keretapi.... slow-slow je... dengan bunyi horn dia yang kuat..... pegawai dah ready nak angkat green flag tu..  masa ni lah ramai plak pelancong sibuk nak ambik gambar....
hahhhh dah angkat green flag...maknanya selamat untuk lalu.... yang lain sibuk ambik gambar.... bagi orang luar, keadaan ini memang unik... kita yang tak pernah tengok...mesti lah tertanya-tanya kan... menurut orang tempatan, pasar ini wujud sebelum adanya keretapi ini lagi... bila rel keretapi di buat, penjual tak juga mahu pindah... last-last kerajaan biarkan macam tu je... dan akhirnya jadi tumpuan pelancong.... tarikan pelancong...
ok dah sampai keretapi ni...slow je bergeraknya...sebab dah sampai stesen penghujung.... ramai plak orang snap gambar....

Damnuen Saduak Floating Market
Jom kita ke Damneon Saduak floating market plak... tapi sebelum tu macam biasa... intro sikit berkenaan pasar terampung ni.... ia dipercayai menjadi salah satu yang terkenal dan attractive laman perjalanan. Dari segi sejarah, Damnoenssaduak sebenarnya nama terusan digali pada zaman pemerintahan Raja Rama IV oleh anggota tentera dan rakyat Rajburi, Samutsakorn dan Wilayah Samutsongkram diarahkan oleh Phayasrisuriyawong, Menteri Pertahanan. Pada sesuatu era sungai dan terusan, menjadi jalan pengangkutan yang penting. King Rama IV dengan penuh kebimbangan ke atas pertumbuhan ekonomi negara pada masa akan datang, beliau akhirnya membuat keputusan untuk menggali terusan untuk menyambung Sungai Taachin di Wilayah Samutsakorn dan Maklong River di Wilayah Samutsongkram.

Pada masa ini Damnoensaduak adalah salah satu daripada daerah wilayah Province Rajburi. Kebanyakan orang hidup padat di sepanjang kedua-dua belah terusan dari satu hujung terusan ke terusan lain. Majoriti orang-orang tinggal di sini adalah petani. Akhirnya Mereka berkembang, iaitu buah-buahan dan sayur-sayuran dijual di atas sampan-sampan.

Hari demi hari daripada kira-kira 08:00 kepada kira-kira 11:00, Pasar Terapung secara rutin sesak dengan penjual-penjual dan pemborong dan juga pembeli. 

Damnoen Saduak di Ratchaburi 109 kilometer di selatan Bangkok atau lebih kurang 2 jam perjalanan.

Bagaimana untuk sampai ke sana?
Dengan Kereta: Dari Bangkok anda boleh mengambil Highway No. 4 (Phetchakasem Rd.) Dan belok kiri di Km. 80 untuk 25 kms lain. bersama-sama Bangpae-Damnoen Saduak Rd.

Bas: Terdapat bas-bas awam udara dan tidak berhawa dingin meninggalkan dari Terminal Bas Selatan. Pinklao-Nakhonchaisi Rd. untuk Damnoen Saduak setiap 40 minit dari 06.00 jam. dan seterusnya. Tambang adalah sekitar Baht 49 (sehala) untuk penghawa dingin (tel. 435-5031) dan Baht 30 bas normal (tel. 434-5558). Masa yang paling sesuai untuk berada di pasaran adalah dari 08.00-10.00 jam.

Tiba di Damnoen Saduak, anda boleh berjalan kaki di laluan sepanjang terusan di sebelah kanan atau mengambil kedua-dua di jeti yang berhampiran untuk terapung kawasan Market pada harga Baht 10 seorang. Mereka yang ingin melihat semua tiga Pasaran Terapung, Ton Khem, Hia Kui, Khun Phithak boleh menyewa bot dengan harga Baht 300 setiap jam. Ia adalah disyorkan bahawa tambang itu perlu diselesaikan sebelum memulakan off.

Lawatan ke pasaran ini, terutamanya terkenal dengan buah-buahan segar dari kebun sekitarnya, boleh digabungkan dengan lawatan Chedi yang besar dalam Nakhon Pathom atau Taman Rose yang berada di laluan yang sama, masa persembahan di Village Thai di mawar Garden ialah pada 15.00 jam. dan yuran kemasukan adalah Baht 190 seorang. Lawatan ini boleh diatur melalui kaunter agensi pelancongan atau pelancongan di kebanyakan hotel di Bangkok.
Kedai makan halal di Saduak floating market ini... haaaa perut tengah lapar ni...boleh la makan... 
Jenjatas atau jambatan yang menghubungan bahagian ke bahagian selain dengan menggunakan boat untuk menyeberangi terusan/sungai ini.....
Muka depan... ini adalah biasa bagi Thai... dan terkenal dengan dengan "floating market"nya.... bukan kawasan ini sahaja... malah di belakang-belakang sana nung masih banyak, dan banyak juga kedai-kedai yang dibuka persisiran terusan/sungai ini...
Ada pembeli...ada penjual...dan ada juga boat pengangkut penumpang, bagi yang nak bersiar-siar dalam sungai ini boleh lah.... naik... kalau tak silap dengan kadar bayaran 150baht per head.
Nampaknya hari ini tidak berapa sibuk pasar ni... mungkin bukan musim pelancong datang kot... tapi dah jadi lumrah... dan aktiviti penduduk sini, terusan ini menjadi sumber pendapatan mereka...
MCo rasa nak naik je boat tu...tapi rasa macam masa tak mencukupi untuk semua aktiviti, jadi kami hanya berjalan di tepi dan berjalan kaki sekitar sahaja.... lagi pun kami pun dalam proses menjimatkan kos.... 
 Kegemaran MCo, mempelam.... beli lah dengan kos 20baht sahaja..sambil-sambil sembang panjang dengan penjual..... sambil makan, tangan penjual tu gosok-gosok belakang Yie Sanah... tengok sampai nak terbelahak di buatnya.... sabar beb.... makan slow-slow... tak cukup boleh beli lagi....
Sempat lagi penjual tu..pujuk Yie Sanah untuk beli hasil jualannya... macam-macam buah-buahan jualannya..... tapi yang paling MCo suka, nanas dan mempelam... lantak lah nak kata apa pun....
Semasa bersiar-siar... tengok lah badan beruniform ni sedang menjaga lalu lintas... yang tak tahan tu... sempat juga minta nak bergambar dengan dia..... tapi kan...kita pelancong..dia layan juga dengan senyuman....

Hardrock Cafe
Versi sama macam di Aussie dulu... bergambar berlatar belakangkan Hardrock Cafe sebab tak ada orang nak ambik...hahaha
tu baju baru tu..baru beli..harga pun dalam 3000baht... penangan pujukan... bahaya kuasa pujukan ni...hehehe... selepas beli barang baru boleh bergambar...hehehe, bukan main peramah.... sini memang hak original punya.... harga sehelai baju pun boleh cecah dalam 1000baht.... ingat tu.. kalau ada orang suruh beli baju ori hardrock cafe...minta terus dengan dia RM100
Fariz dan MCo pun ambik peluang bergambar juga... padahal MCo tak beli apa2 pun... kalau MCo, beli kat pasar malam je..... kat sini mereka berdua ni berbelanja lebih daripada RM500.00, maka ada lah doorgift sikit.... batch... hehe

Jatujak Market
 Chatuchak (atau Jatujak) merupakan pasar mingguan dan terletak di Jalan Kamphaeng Phet 2. Pasar ini merupakan pasar terbesar di Thailand. Juga dikenali sebagai JJ Market, ia mempunyai lebih daripada 8,000 gerai, dibahagikan kepada 27 bahagian. Chatuchak Market menjual sembilan jenis barangan: tumbuh-tumbuhan, barangan antik, haiwan peliharaan, makanan dan minuman, segar dan makanan kering, seramik, perabot dan hiasan rumah, pakaian, dan buku-buku
Sign farmous... ini lah... ramai orang datang sini cuma semata-mata nak bergambar di sign Jatujak Market... bagi mengambarkan diaorang dah sampai pasar terbesar di Bangkok ini.... so kami pun tak mahu ketinggalan juga lah... alang-alang dah sampai kan....

hehehe bergambar dengan pok guard plak... ni royak beri ni... pok guard ni... asal daripada wilayah selatan Thai...kalau tak Narathiwat..Pattani...tak pun Golok... bila sebut Selatan Thai...of course boleh kecek malay lah... hah gitu lah.. tapi dok ingat nok tanya namo.... takpe lah... at least ada orang boleh sembang.....
Fariz pun Selfie lah...nak masuk gak muka dia dalam gambar ni... sementara tu. MCo sembang-sembang je dengan pengawal keselamatan tu...
Jatujak Market.... kami di fahamkan, bahawa Jatujak ni macam jualan dia adalah mengikut hari-hari tema dia... contohnya pada hari ini..iaitu hari Khamis, ialah sempena hari tumbuhan, maka untuk outdoor punya sales, semua tumbuh-tumbuhan... tapi masa kami sampai tu dah agak lewat petang, so banyak dah orang berkemas untuk pulang.....

Siam Niramit

Siam Niramit merupakan teater persembahan kebudayaan yang telah mencapai standard antarabangsa. Teater ini menggunakan teknik khas bersepadu dengan drama untuk menggambarkan sejarah setiap kawasan di Thailand termasuk gambaran neraka, hutan Himmaphan, langit, dan tanah-tanah di luar imaginasi dari kesusasteraan Thai. Terdapat juga persembahan menakjubkan seni Thailand dan warisan budaya. Rancangan ini dilakukan oleh lebih 150 penghibur dalam teater mewah dengan kapasiti lebih daripada 2,000 kerusi.

Selain itu persembahan teater ini penuh dengan keindahan yang besar, gambaran sihir, dan menyeronokkan yang tidak ternilai hasilnay, seni dan budaya. Pengujung ke Thailand pasti \ terpesona dengan kehebatan tradisi mereka. Teater ini juga menceritakan Realisme dan imaginasi, dikurniakan ajaib kreatif dengan pencahayaan dan sistem bunyi kejadian gambar yang sempurna dan bergaya.
Di samping itu, penonton akan kagum. dan Wonder Dan nilai Thailand Ini akan membawa cinta dan mahu mengekalkan budaya kita. Anda mungkin pernah menikmati banyak persembahan hebat di mana sahaja di dunia, Sama ada ianya Las Vegas atau di mana sahaja tetapi "Siam Niramit" akan mungkin menarik perhatian anda lebih daripada sekadar persembahan.
Siam Niramit yang terdiri daripada pasukan yang berbakat. Terdapat potensi dalam aspek-aspek kreatif persembahan. Dan boleh dihasilkan. Memenuhi konsep itu diletakkan. Dengan lebih daripada 150 pelakon yang telah dipilih dan terlatih. Untuk menyampaikan emosi Dan perasaan yang kuat menunjukkan melalui Siam Niramit menunjukkan standard baru. Membentangkan persembahan kebudayaan daripada semua bangsa di dunia. oleh Kelebihan Budaya Thailand mewujudkan kecantikan Untuk membantu menggalakkan Dan menggalakkan pelancongan dalam negara, "Siam Niramit" adalah satu bentuk alternatif hiburan. Sama atau pelancong dari seluruh dunia. Akhir sekali, wizard imej jenama untuk pelancongan Hiburan dalam perspektif baru

boleh tengok review website rasmi dia...sini ---> Siam Niramit
Pintu masuk utama Siam Niramit.... tengok tu ada tulis Guinness World Record.... bila tengok pasti teruja... MCo pernah pergi Disney Hong Kong, juga ada persembahan seperti ini, tetapi kita berhibur dengan ini, kerana ada juga di selitkan sejarah Tanah Melayu...
Tourist Map..... kedudukan MCo ambik gambar di atas dengan ruangan sebenar tu...
Sijil..... boleh baca tu... dapat award... dapat antara undian tertinggi yang mana salah satu tempat yang patut di lawati/di kunjungi...lebih kurang macam tu lah....
Tiket nak masuk ke Siam Niramit...dengan kadar bayaran.... 1500baht.... lebih kurang RM180 gak lah...
Belakang tiket ada tulis lebih detail...dengan 1500baht tu.. sekali dengan pakej dinner.....  no seat... tarikh dan waktu.... cerita pasal makanan pula.... kami percaya kepada Musa dengan gaya Islamiknya... maka kepercayaan 100% makanan yang di sediakan adalah halal..namun bergitu kita sebagai muslim perlu juga berhati-hati.. maka kami lebih gemar ambik lauk ikan dan sayur-sayuran sahaja.....serta buah-buah.
perut dah kenyang..... so get ready nak masuk dalam dah... persembahan start pukul 8 waktu Thailand tu...
weeehhh jom lah... apa main kat luar lagi... "aku tengok ada awek ramai kat pintu masuk tu... aku nok masuk nak bergambar dulu ni..."... cepat je Yie Sanah...hahahaha
Come and Enjoy.. The Carnival.... screen besar untuk review Siam Niramit ni...nak kata detail tak juga...tapi secara asas sahaja..... apa-apa pun kat dalam tu lebih teruja lagi.....
masa sibuk-sibuk nak masuk tu..ada plak geng2 ni nak bergambar.... ingatkan bergambar saja.. lepas tu di akhir persembahan teater tu... gambar kita yang dah di print untuk di jual saiz 4R je... dalam frame dialah.... dengan harga kalau tak silap 150baht... haiikkk seriau plak...entah ke mana MCo "handeng" gambar tu... hahaha
Hall utama yang di adakah tayangan teater tu... nak masuk dalam ni..kamera tak leh bawa, ipad tak leh... telefon boleh...diaorang takut kita rakam apa yang terjadi kat dalam tu....
haixxx comel plak dia ni... meh ambik lah satu dengan dia... ingat macam sesetengah tempat tak boleh bergambar...tapi kami di sambut mesra dah di alu-alukan untuk bergambar... eermm biasa lah bergambar dengan phoe ying thai yang berpakaian tradisional... korang lain...suka tengok puying thai tanpa pakaian...ahahhaaha....
Yang pakai baju hitam belakang tu... menyakat MCo dengan patung mainan yang dia pegang tu...haix... ini lah.. mereka bergurau senda menyambut tetapi... kaya dengan senyuman.. kita pun yang penat-penat datang dari jauh... hilang rasa stress.... tapi nasib baik MCo tak panggil semua phoe ying situ bergambar.. lagi naya tu...hehehe close up sikit....
ok... lepas ni, auun pai tinai? MCo dah dapat lesen bawa tuk tuk ni...tapi kat Siam Niramit je lah... lulus untuk bergambar je... hahaha....
hahhh.... macam tempat lain-lain juga..ini adalah selepas show kat teater..... sape-sape pun boleh bergambar.... selain itu, banyak lagi watak-watak lain.... tapi MCo bergambar yang ni ja lah... aiiii macam nak belajar kung fu je....
Yie Sanah..macam big boss...boss kepada kepala-kepala Taiko.... hahaha... actually, MCo saja nak tunjuk keluasan Van Musa yang kami carta tu.... agak besar lah.. boleh muat dalam 12 orang, tapi kami hanya bertiga naik... hehehe agak mewah kalau tengok tu..... dengan kadar sewa 3000baht per day.... kalau ramai, lagi lah murah... kalau bertiga macam ni.. memang lah 1000 seorang... .
Malam tu... kami tak ada aktiviti, malam sudah lewat, MCo hanya bersiar-siar dengan Fariz.... mana tau ada warung-warung kecil muslim yang boleh kami minum-minum...tetapi sayang sekali, memang tak ada....

Hari Kelima ( 2 September 2016 - Jumaat)
 ... Platinum Pratunam Bangkok, shopping Mall dan pasar-pasar, Thailand memang kaya dengan pasar-pasarnya.... lepas ni kami nak pergi pula kat Siam Paragon, tapi tak sempat kerana hari hujan... dan masa banyak di habiskan di  tempat lain... (kalau nak solat kat sini, boleh pergi ke Masjid dalam 2 KM daripada Platinum Fashion Mall, tetapi sebenarnya tingkat 5 di Platinum Mall ini ada surat.... tapi boleh memuatkan dalam 5 atau 7 orang sahaja... 
...Menara Baiyoke, atau Baiyoke Sky Hotel, iaitu bangunan tertinggi di Thailand dengan hotel mewah, dengan ketinggian 84 tingkat, kita boleh nampak hampir keseluruhan bandaraya Bangkok. Tapi yang special sini ialah nak naik menara ni dengan menikmati panorama di puncak Menara Baiyoke dengan bayaran Baht350 per head.... pakej tu dapat naik sampai puncak dan menikmati hi-tea dengan buah-buahan... macam pesta buah, makan selagi boleh....
... Central World Square... malam tu, just lepak-lepak, nak pergi Siam Paragon dah tak larat...
... Malam, kami balik daripada Central World Square to Pratunam dan ke Ramkhamhaeng dengan menaiki Airport rail link... dengan bayaran baht20.... murah tu macam RM2.00 je..

Pratunam and Siam Paragon

Platinum Fashion Mall adalah pusat membeli-belah yang boleh dikatakan berimej moden yang terletak di Pratunam, Bangkok, Thailand. kompleks beli belah ini lebih mengkhusus dalam pakaian fesyen dan aksesori runcit dan borong. Ia adalah sebuah kompleks enam tingkat dengan sebuah bangunan kondominium 11 tingkat di atas kompleks.
Kalau dari segi lokasi pula..pusat membeli-belah ini terletak di Phetchaburi Road, bersebelahan dengan Pantip Plaza dan bertentangan dengan Kompleks Pratunam, Ia juga berhampiran dengan Central World Plaza. Platinum 2, bertempat di perkarangan sebelah Platinum 1.

Pintu utama? entahlah... tapi masa kami ambik taxi daripada hotel, di sini lah drive drop kami.... so boleh di katakan pintu utama lah kot... masa mula-mula sampai... kami hanya pusing-pusing sekitar je..nak masuk dalam... hanya tingkat 2 kerana nak solat....
kalau betul-betul bertentangan dengan pintu Platinum Mall ini.. akan nampak Baiyoke Tower.... tapi yang tu nanti...kami nak jalan-jalan dulu sekitar ni...

ok..simple je MCo nak jelaskan... di tingkat 2 dalam Platinum Mall ni... ada surau... boleh lah solat jamak qasar sini.... walaupun agak kecil, tapi rekabentuk ia menarik dan sangat selesa... tapi yang penting, ada kemudahan seperti ini untuk muslim beribadah... salute juga lah bagi mereka ni..... kalau tak.. susah kami nak cari tempat solat....
Nampak tak menara yang ada tulis BMW itu lah Baiyoke Tower.... tempat yang ada dalam list untuk pergi..... apa-apa pun bergambar dulu dengan Yie Sanah... bakpe hari ni smart sangat dia hari ni..siap baju letak dalam lagi...dengan kemeja.... hahaha
Menara Baiyoke, kami akan naik atas nung nanti... tunggu....di celah2 lorong tu, semua pusat jualan produk Thailand.... nak cari souvenir pun boleh....

Menara Baiyoke 
MCo tulis kot orang putih sekali...cheewaahhh.... bukan lah..ni copy paste je.. malas nak cerita panjang-panjang... lagi pun sekarang klik je kat google... semua maklumat boleh dapat.....
mai.. MCo speaking London sekali..... Set in the highest building in Thailand, this luxury hotel is a 3-minute walk from the Ratchaprarop airport link station, 2 km from SEA LIFE Bangkok Ocean World aquarium and 8 km from the Grand Palace.

Featuring floor-to-ceiling windows with city views, the 658 upscale rooms and 1- and 2-bedroom suites offer free Wi-Fi and cable TV, as well as minibars, safes, and tea and coffeemaking facilities. Room service is available 24/7.
Free perks include parking, a local area shuttle, and access to a revolving observation point on the 84th floor. Amenities also include 7 restaurants, a rooftop bar and an outdoor pool, along with a spa and a gym
 
Masa nak pi Baiyoke tu... terjumpa lah adik-adik ni... rupa-rupanya orang Pattani... belajar di Bangkok, dengan dia lah MCo tanya, Masjid kalau ada... dan restoran halal.... jap jap.. .ambik dulu gambar sekeping buat kenangan.... hehehee
Akhirnya jalan-jalan..jumpa lah dengan kak Aida ini... tengok dia pakai apron.... sportan lah tanya dia... kak kedai kat mana... lepas tu dia bawa kami ke kedai dia... dari tadi perut tak beralas... boleh lah... makan.... eerrmmm kenyang sudah.... banyak dia cerita...tapi MCo tak mahu ulas panjang sangat.....
Kak Aida dengan anak lelaki dia... suami dia orang luar....  
 
  Gambar dah menghampiri Baiyoke Tower.... tak sabar rasa nak naik atas ni..... apa yang menarik sangat eeh kat atas tu? jom kita teroka lagi.....
Baiyoke Sky Hotel..... tapi kalau Baiyoke Tower 1...halal... eermm apa tu? tanya Fariz la.....
 
Tiket untuk menaiki Menara Baiyoke.... setinggi 84 tingkat.... untuk menikmati panorama daripada atas tu... 350baht untuk setiap orang... ni pakej sekali dengan makan buffet buah-buahan... mula-mula rasa agak mahal juga lah...tapi bila dah tiba dekat makan tu... rasa berbaloi plak... next time kalau ada masa lah...ada peluang lagi... boleh datang lagi... yang MCo boleh jelaskan, memang tak menyesal datang ini dengan kadar bayaran sebanyak tu.....
 
muka depan tiket untuk menaiki menara Baiyoke....
 
 kupon untuk meal... memang pakej sekali....  tu nampak tak... Fruit Buffet... di Tingkat 18.... apa-apa pun kita naik tingkat 84 dulu untuk menikmati panorama kota Bangkok... jommmmm.....
welcome...dah jemput masuk ye..... masa ambik gambar tu...tak baca pun..just tunjuk je... ni bila masuk dalam blog baru boleh baca dengan tenang.....hah tu nak kabor... bila naik atas sekali puncak menara Baiyoke ni... deck kat atas tu bergerak sendiri berpusing keliling... pusing habis 360 darjah.... hahhhhh..... welcome welcome....
tak ada motif pun bergambar sini...saja suka-suka... sebab Yie Sanah beriya-iya nak ambik gambar kitaaorang... tapi yang penting tambah koleksi gambar MCo je....
Ini lah deck di puncak menara Baiyoke ni... yang di katakan berpusing atau bergerak 360 darjah..... dengan kata lain..bila naik...tak perlu berjalan...duk je... ambik gambar, dan anda akan dapat menikmati seluruh panorama setiap angle....setiap sudut Bangkok anda akan dapat lihat...jom mai lah sekali lagi....
Baguslah MCo dah sampai di atas puncak ini..anda bila lagi? mari lah gunakan peluang pakej yang di tawarkan oleh kawan MCo ni... sesiapa berminat dia boleh bagi pakej istimewa untuk datang sini... tapi amaran lah.. kalau hujan tak payah lah sampai sini naik...kecuali ada baju hujan dan bersedia nak basah.... tapi tak selesa lah.... itu pun mahu bagitau ka?
MCo tak mahu ulas panjang gambar-gambar ini dan yang di bawah, tapi yang pasti ia di ambik masa di atas menara Baiyoke ini.... hampir keseluruhan Bangkok dapat di lihat.... hehehe jangan hairan, ada penduduk Bangkok pun tak pernah naik menara ini....
Dengan gambar ini... MCo tak tahu...yang mana timur, barat, utara selatan....  just ambik gambar.... tengok lah... jalan... traffic jem...
masih ada yang hijau...walaupun di tengah arus pembangunan pesat dengan bangunan-bangunan....
Yang ni plak...hutan batu dengan bangunan-bangunan tinggi.....
Gambar ini berbeza? sebab pengcahayaan yang menghadap matahari..nampak dah yang ini adalah sebelah barat bagi menara Baiyoke ini....
Biasa lah atas Menara Baiyoke ini adalah.... "jurupandu" macam ni... dan boleh bergambar bersama-sama mereka..... jangan banding dengan Vietnam.... langsung tak boleh bergambar.... so MCo boleh nyatakan mereka lebih mesra pelancong....
 
hahaha.... asal jumpa perempuan je..terus je nak bergambar... ni macam pertandingan plak...sape yang dapat bergambar paling banyak dengan perempuan..... tak ada apa lah....hanya bergambar.... no more than that....
 
Actually dia ni pun bekerja di Baiyoke ni.... kebetulan masa kami nak turun tu... dia ada dalam lift... sempat lah snap sekeping dua.... haaaiii manja plak dia bergambar...hehehe
 
...Memang sah macam pertandingan plak.. masa di Seoul dulu... bertanding sape boleh bergambar paling banyak dengan orang Korea.... giler aar.... tapi tu lah.... dalam banyak banyak negara... hanya Thai yang lebih mesra.... so MCo bukan hanya snap 1 gambar.... tapi dua.... dengan orang yang sama....hehehe
Ni masa mula-mula nak masuk... dan tiket kena tunjuk kat dia lah.... oleh kerana perempuan la nak bergambar tu.. kalau lelaki harammmm tak layan.....hahaa
 
Fariz pun nak bergambar sekali....yang bagus.. Yie Sanah je...buat dunno je.... tak kira puying suwai atau tak... dia dont care....
auuuu chak.... hahahaa... kasi Fariz jeles sikit.....
Menara Baiyoke ini memang siap siap ada galeri pameran macam ni.. memang khas untuk pelancong.. kat sini terdapat banyak info terutama pasal Baiyoke ini....
... kat Galeri ini ada lah info bangunan-bangunan tertinggi di dunia... tu... no. 5 dan 6 masih di Malaysia... tapi MCo sebagai rakyat Malaysia masih tak ada peluang nak naik bangunan ke 5 dan 6 tinggi di dunia tu....
kita nampak dah tinggi Baiyoke Tower ini...tapi ia still yang ke 48 tinggi.... so banyak beza lagi dengan Menara berkembar Petronas di Kuala Lumpur....
 
I'm here.... anda macamana pula?
ada sebiji motor gini... memang sedap wak pi Mae Hong Son..... molek lah mu Fariz bawa.... aku duk tepi tidur....hahaa... ini pun ada atas Baiyoke ini....
 
jadi drebar tuk tuk pun ok.... hahaa.... semua budaya Thailand ada atas Baiyoke ini....
atas Baiyoke Towel ni..boleh lah nak main ni... sekadar suka-suka... masa MCo nak snap gambar ni.. mereka perasan.. lepas tu semua pakat cheer dan thump up pada MCo, tapi saya...tak nampak muka.. bias cahaya luar lebih terang....
 
melawat atas bumbung sudah.... baca info sudah...bergambar dengan puying pun dah... now time nak pi makan pula.... alamakkk salah tempat plak... tingkat 18... melalui pintu utama tu, akan jumpa cafe ini... tapi awas, buffet kami bukan di sini....tapi sebelah satu lagi..... jom.... jom kita pi...
meal coupon untuk ini lah... fuuhh time untuk menikmati buah-buahan tempatan....
kami di sambut dengan senyuman... walaupun makan konsep buffet tapi mereka ini tetap melayan kita jika minta sesuatu.... nice smile bro.... peace
 
kebiasaannya pelayan kat buffet buah ni, tak banyak karenah...dan tidak meragam walaupun ada pelanggan banyak karenah.... selepas pelanggan beredar... diaorang akan cepat2 kemas meja....sebab meja di sini tak banyak dan amat terhad.... maka beruntung kalau datang sini tak ramai orang..pertama tak berebut buah... tak berebut meja....lepas tu boleh lah demand sikit dengan pelayan ini... MCo minta 2 kali durian...hehehe...
ini yang belum kupas... nak makan yang ni... kalau rambutan boleh lah.. kalau yang lain-lain tu.. memang dah tersedia yang telah di kupas.. dan dipotong-potong kecil.... macam pesta buah...semua termasuk dalam pakej 350baht tu... berbaloi kan?
lagi buah yang belum di kupas....buah2 tempatan.... dan import.... entah2 semua pun di tanam di Thailand.... maklumlah... Thailand ni kalau bab bab pertanian memang no 1.
ni saja MCo snap banyak-banyak... nanti mudah nak promote ke orang lain nak datang sini... biar nampak teruja sikit....
...tak cukup itu.... ni dalam peti ais ada lagi.....
antara buah-buahan yang telah siap di potong2....dan boleh ambik berapa banyak nak makan.... janji habis... jangan membazir plak....
...dan lagi untuk santapan....
tidak hanya sekadar buah... ini pun boleh makan sepuas-puasnyan.....
...dan ini juga....
lama dah MCo tak makan Nangka.... so bila masuk je, buah ni lah MCo sentuh dulu....
asam masim pun ada.....
ais-krim pun ada.... tapi MCo dah tak larat nak makan semua tu...
agar-agar....pun boleh ambik makan....
anggur feberet juga....tapi tak termakan juga.... sebab banyak makan durian....
memang tak larat nak makan semua ni... walaupun ambik sikit-sikit still tak boleh habis lagi....
buah naga.....

antara air yang disediakan....
makanan idaman di Thailand....
tengok tu....siapa ada label lagi tu... kalau di Hatyai... dua makanan ni lah yang MCo cari.... ni macam dah jadi makanan yang berimej Thailand dah.....
 
Pulut durian dan durian... memang power beb... kalau kat pasar terampung Saduak tu...harga 2 ulas dah 150baht...sini boleh makan puas-puas..... sedaaaaaap wa cakap... rugi kalau tak ambik peluang ni...
 
makan makan makan sampai kenyang.... jangan jadi macam tarzan dah lah...hehehe
Juga disediakan brochure...sambil2 makan...sambil2 membaca...tapi kami ni daripada Malaysia...mempunyai hutan hujan tropika yang sama... apa yang ada di Thailand...itu ada di Malaysia...so buah2 ni.... nak baca ke tak...memang dah tahu....tapi yang pasti.... memang banyak info berguna....
muka dalam brochure.... ada banyak maklumat tu....
 
bergambar di sini sebagai tanda aras/arah..... barang dah shopping....now nak pi mana lagi? nak pi solat dulu.... terpaksa patah balik ke Platinum Mall yang mula2 sampai tadi....
siapa plak dia ni...muka macam orang korea....hahahaa... apa-apa pun bergambar dulu..... dan gambar bawah ni... MCo plak ambik peluang....kan nanti.... xde plak bergambar dengan lelaki Thai...asyik dengan perempuan je...
Sebenarnya dia ni owner kedai baju kemeja.... baju comel2... MCo dah beli 3 helai...dengan harga 450baht..... eermm boleh la kira berapa harga sehelai tu.... kira berbaloi juga tu....
 
hah...tunggu malam lah beb kalau nak tengok cat walk ini... baca sendiri lah...
hari petang...lepas tu hujan renyai-renyai.... panorama ini berubah bila menjelang malam... ini adalah tepi sekitar Platinum Mall.... alahai.... pasar malam lagi....
tapi yang ni special semua gerai atau kiosk di sini di olah daripada kenderaan..... Malaysia boleh tiru gini.... baru jadi tarikan.

di sini... Bangkok...setiap pengangkutan pun guna... tak cukup jalan raya...tambah keretapi, tak cukup keretapi tambah metrolink (airport link)..tak cukup tu...tambah jalan air... kalau perhatikan betul-betul... hujung tu..nampak sungai, ada boat pengangkut penumpang tu... dan siap adalah pick stop plak...ramai plak... bergitu lah Thailand eksplotasi semua sumber yang ada bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas...tapi still jemmmm..... kalau kita kata jemmm kreeeenngggg
Berginilah setiap hari di Kota Bangkok... jem merata-rata....


Bangkok City Centre....


 

Airport Line..... lain kali kalau nak mudah... kalau datang Bangkok dengan flight... ambik je airport line ni.... dan terus pergi ke Ramkhahemg di mana hotel kami menginap.... tak perlu ambik teksi....
ini jadual dan station-station... walaupun ada banyak dalam internet... tapi hari ini sebagai rujukan...who know akan datang mungkin berubah...
ni kira macam tiket lah...sama je konsep.... macam di Malaysia..... daripada pratunam tu ke Ramkhamheng hanya 20baht sahaja.... murah lah sangat tu....dan yang penting bebas daripada kesesakan lalulintas...
Dalam pukul 10 sampai di Ramkhamhaeng.... tak daripada stesen ini... kami perlu berjalan kaki selama 20minit untuk sampai hotel...kalau ambik teksi rasa2 dalam 40baht sahaja....lebih kurang lah...
Balik hotel... jumpa lah "mek" ni sedang berjual keropok... eermm beli lah..sama-sama kita, rupa-rupanya dia daripada Narathiwat tapi belajar di Universiti di sini... oohh ya lupa nak bagitahu...tempat yang kami menginap ini.. memang kawasan University...2 KM dari sini ada masjid... tu lar, yang MCo cakap...sini boleh di kategori juga kawasan muslim...tapi nak cari gerai2 bawah pokok yang muslim... memang tak ada lah.....

Hari keenam (3 September 2016 - Sabtu)
 hari ini kami dah Check out daripada Regent hotel, dan pukul 12 tengahari teksi dah datang fetch kami kat hotel untuk bawa ke Hualamphong Railway Station, padahal tiket tu jam 3.10 petang tapi kami dinasihatkan oleh penjaga kaunter masa beli tiket untuk datang awal memandangkan traffic jem.
...jam 12.25 tgh, sampai jam 1.24 pm....
... 3.10 pm (waktu Thailand) dalam keretapi dan di jangka sampai jam 11.00 (12.00 waktu Malaysia) di Su-ngai Kolok pada 4 September 2016 (Ahad)...perkiraan dalam 24jam dalam keretapi... so malam tu kami bermalam, makan, berjalan-jalan dalam keretapi sahaja.
 
Siapa kata di Thailand tiada tol.... cepat-cepat snap gambar jurutol... iye lah memang di Thailand ada tol tapi hanya di bandar-bandar Bangkok sahaja.. kalau highway ke wilayah-wilayah lain tak ada.... lagi pun tak lah mahal mana.... walaubagaimana pun... ada highway di Bangkok ini.... tapi masih lagi jem...
 
Last day di Bangkok...daripada hotel Regent Ramkhamhaeng, ambik teksi dengan kadar tambang 140baht.... kami sampai dalam hampir 1 jam di Hualamphong Bangkok Railway Station iaitu stesen sama di mana kami mula mula jejak daripada Laos.
 
MCo plak nak selfie kat stesen keretapi Bangkok ni.... saja nak ambik MCo dengan latar belakang tu.... tumpang sekaki Fariz kot.... tapi Yie Sanah plak yang ambik gambar kitaorang...
Welfie.... sampai awal kan kat stesen keretapi ini.... so tak ada apa nak buat... kami pusing-pusing... kami bergambar je.... dah tak ada nak buat... nak pi jalan-jalan kat luar panas....
one nice shoot.... snap.....
bergini lah suasana dan keadaan bila tiba waktu keretapi nak bergerak ke destinasi masing-masing... penumpang datang dari setiap pelosok Bangkok ini... ini menunjukan keretapi ni masih lagi popular dan relevan di Bangkok ni.... yang penting hindar kesesakan lalulintas...walaupun agak perlahan.. boleh dikatakan pengangkutan antara terselamat.
Gambar luaran stesen keretapi Hualamphong ni..... suatu hari nanti ia akan menjadi kenangan, sama macam stesen keretapi di Kuala Lumpur....
Melalui pintu ini... stesen keretapi, Kami mencari 7 eleven... untuk beli burger halal... (oop lupa nak snap gambar burger tu - kalau tak boleh wak rujukan)...MCo dan Fariz je pi beli.... beli lah apa-apa pun untuk di bawa dalam keretapi ini... pesanan juga.... beli banyak sikit tak apa, sebab hampir 24jam dalam keretapi nanti.... sure ada rasa lapar....
Gambaran dalaman stesen keretapi ini... agak luas.... tapi bangku yang dekat kami duduk tu... angin kuat.... entah daripada angin masuk.... tapi struktur bangunan mungkin..... maknanya... tak panas langsung duduk dalam ni....
Jadual perjalanan keretapi....tengok Special Express 37...to Sungai Kolok jam 3.10pm waktu Thailand... dalam waktu 4 waktu Malaysia.... tapi MCo tengok je tu.. ke Chiang Mai... eerrmmmmm....
...dah masuk ruangan boarding ni.... train no 4...
MCo kata... ini lah keretapi yang kita akan naik... chewaahh... padahal sebaliknya tu... Fariz yang kata mcm tu pada MCo, tapi keretapi ini tak ada kelas pertama.... kelas kedua paling mewah....hehehe
Lokomotif to Sungai Kolok dan tiket..... gerabak no 9, kelas kedua... nanti kat dalam ada konduktor tiket akan datang check tiket...
ini Su-ngai Kolok... nama tempat yang sinonim dah.... daripada paling utara Nong Khai ke bahagian paling selatan Thai... Sungai Kolok.... memang merentas dan membelah Thailand MCo kali ini....
Panorama menarik apabila keretapi melalui selekoh..... maknanya boleh lah nampak kepala keretapi....orang duk di kepala nampak ekor keretapi...
Selain katil... duduk bersantai macam ini pun besst... dengan tengok suasana luar... main internet... online game.... pokemon xde.... kalau ikut perkiraan..setiap slot ini... 2 orang boleh duduk... dengan kerusi bertentangan..... tetapi jika orang kurang...boleh lah MCo conquer 2 kerusi ini.
selain apa2 aktiviti yang MCo sebut tadi... aktiviti selfie bergini dah menjadi lumrah bagi pelancong dan orang first time naik keretapi express gini... tak apa... tak pakai kodak.... kalau tak elok...delete...
Kaunter cafe dalam lokomotif... locate dia tengah-tengah antara gerabak, semua berbayar di sini.... air panas pun dalam RM3.00
Meja makan di cafe dan open air... walaupun open air, masih di larang untuk merokok di sini... nak bersantai ok lah... sembang-sembang... .t.t geng2 kita... boleh bising2... tapi bunyi derungan keretapi lebih kuat dari suara kita lah.....
Gerabak untuk kelas ke-3.... ada kata orang....ruangan ini adalah percuma bagi penduduk tempatan....  MCo pun curi-curi duduk sini.... ada orang seronok...ada orang tak boleh bau asap... ruangan ini memang tak ada aircond.. semua open air...
ini ruangan kargo..... kalau sengket sangat rasa-rasa boleh lepak sini bagi orang yang nak balik.... rasa2 boleh dapat naik percuma ini.
Ruangan kelas ke-3 sebelum ada penumpang.... ni gambar MCo snap sebelum keretapi bergerak.... ingat masa keretapi berjalan..tak boleh berjalan-jalan..tapi silap... kita boleh jalan-jalan.... dalam keretapi... pi mai pi mai....pi belakang pi depan....
ni... dah jadi kelas ke 2.... kerusi lebih selesa daripada kelas ke 3 tu... yang ini pun open air....
gambar daripada ruangan cafe... lagi open open air... boleh hulur2 kepala lagi..... jaga2 hulur kepala, jangan tersandung kepala di tiang tepi landasan.....
Tadi... Fariz thum up, ni giliran MCo plak.... agak menarik juga panorama macam ni... tapi rasa best kalau di Lopburi.... dengan kembangan bunga matahari...
bukan satu...tapi dua... thum up lagi..... to Fariz...hahaha
hahaha bukan 2 tapi 3.... terus rasa win..... hahaha...
Trademark keretapi... walaupun zaman serba canggih sekarang... tapi amalan dan budaya dah sinonim dengan loceng seumpama ini... ia memang dah wujud sejak abad ke 17 lagi...


antara permandangan yang dapat dinikmati bila duk dalam keretapi ini....

Hari dah lewat petang..... peta ini sengaja di screen shoot... yang warna biru tu....adalah kedudukan kami.. tengok lah jarak daripada Bangkok dengan jarak Sungai Golok.... perjalanan masih jauh..... hari belum gelap lagi.....

Hari Ketujuh (4 September 2016 - Ahad)
 ...9.20 am sampai di stesen keretapi Hatyai. semua penumpang keretapi terpaksa turun di Hatyai, dan akan menaiki bas ke Su-ngai Kolok, hal ini terjadi di sebabkan landasan keretapi area Pattani telah di bom, dan sebiji gerabak keretapi telah musnah, dan rel keretapi pun bengkok dan berlubang, jadi keretapi tak boleh lalu..
... Mengambil masa lebih dari 3 jam dengan bas, dan bas terpaksa melalui dan berhenti di mana stesen keretapi sepatutnya berhenti... laluan kampung yang tak pernah MCo lalu..
... Jam 3.00pm baru sampai Su-ngai Kolok, kami makan, solat di sini...lepas tu menaiki ojet ke Border Thailand, Malaysia lepas tu ke Stesen bas Rantau Panjang...(motor dengan tambang RM15 - agak mahal juga lah)
...9.00 malam, dengan bas Mutiara dengan tambang RM20 seorang, ke Kuala Terengganu.
...Kenderaan terakhir untuk trip ini ialah... D-Max Artic Mat Lim, dia la yang hantar kami rumah ke rumah... dan MCo selamat tiba di rumah dalam jam 3.00 pagi (5 September 2016)
 
     Hatyai memang tak ada dalam jadual perjalanan kami.... tetapi ada musibah telah berlaku di laluan keretapi di Pattani... iaitu keretapi telah di bom.... jadi nak tak nak, last stop keretapi ini hanya lah di Hatyai, dan daripada Hatyai, pihak pengurusan keretapi Thailand telah menyediakan bas.
Dalam pukul 8 pagi sampai di Hatyai...dan kami di guild ke bas untuk ke Sungai Golok...
Inilah bas yang disediakan oleh pihak keretapi...
Laluan bas.....kampung-kampung.. bukan laluan biasa.... ini lah keadaan jalan..... sunyi je jalan...tak ada kenderaan....
Kenapa laluan bas berbeza dengan laluan utama ke Sg.Golok? Sebab bas yang bawa penumpang keretapi ini terpaksa melalui stesen stesen keretapi yang drop penumpang... jadi laluan jalan keretapi tu merangkumi jalan-jalan kampung....
...juga melalui jalan macam ni...ada pasar,... jalan sempit... berpohon.... bergini lah kadang-kadang.. MCo sengaja duduk seat paling depan sebab nak ambik peluang untuk snap gambar macam ini.
ini lah salah satu stesen keretapi.... dan ada beberapa buah lagi stesen keretapi seumpama ini...
 
sama macam keretapi..dalam bas macam ini pun ada orang menjaja.... ini kat bawah...yang naik atas bas pun ada....
Akhirnya.... jam 3 ptg waktu Malaysia...kami sampai ke Sg. Kolok..... walaupun jadual asal ialah jam 12 tengahari... hampir 7 jam dalam bas daripada jam 8 pagi tadi di Hatyai..... kalau ikut perkiraan kalau jalan biasa 3 jam sahaja... ini, bas yang melalui stesen keretapi tu pun tak tahu jalan kampung... terpaksa penumpang yang tunjuk arah...
Walau pun kami naik bas, tak ada last stop Sg. Kolok Railway Station ini.... tapi MCo selfie juga satu.. kononnya pick stop terakhir kami jika naik keretapi.... Stesen keretapi ini juga antara stesen keretapi yang lama yang pernah wujud...... Golok ni kan salah satu bandar di sempadan yang menjalinkan sosiol budaya dan ekonomi antara negara... memang wujud zaman berzaman..... rata-rata bukan sahaja boleh bercakap 2 bahasa... silap-silap ada 2 kad pengenalan....
ini lah tempat sepatutnya kami di turunkan oleh bas..... Fariz dan dengan pintu gerbang yang famous...di Golok ni....
 
Pengangkutan Thailand terakhir kami pada trip kali ini... ini lah motorsikal atau ojek.... dengan kadar bayaran RM15.00 daripada stesent keretapi Sg. Kolok ke Stesen bas Rantau Panjang.... tapi kalau deal awal, boleh dapat dalam RM10.00, terpulang lah kepada masing-masing untuk menilai murah atau dekat.... kalau nak jalan kaki....boleh sangat... tapi agak berpeluh lah juga.... kalau MCo, memang suka je jalan.... cuma kalau motor ni tak banyak karenah sangat kalau melintasi sempadan Malaysia....
Sejauh mana pun kami berjalan... dalam konteks ini, akhirnya pulang ke gagang juga.....  Border Rantau Panjang yang menghubungkan Border Sg. Kolok Thailand..... dua negara yang sekian lama menjalinkan hubungan dari segi politik, ekonomi atau sosio budaya...
kami dah tak sabar nak jejak tanah Malaysia..... lagi Malaysia... Udara Malaysia... dan yang penting ialah Makanan Orang-orang Malaysia....
3 keping tiket bas Mutiara... dengan harga RM19.70 bertolak daripada Rantau Panjang jam 9 malam... memang betul-betul perjalanan pengangkutan awam pada trip kali ini... nak kata penat, penat juga...tapi still enjoy..... atleast seumur hidup... kami, khasnya MCo sendiri telah merasai perjalanan agak panjang juga dalam public transpot ni.... satu pengalaman yang jarang nak dapat....sebabnya... duit, masa dan tenaga serta pengorbanan......
 Gambar terakhir dan pengangkutan terakhir, daripada bas Mutiara Rantau Panjang, kami turun di Batu 6, dan Mat lim datang ambik kami dengan D-Max nya... tapi belum apa-apa, kami singgah makan dulu nasi lemak Bukit Berangan, kedai memang start buka jam 12 malam... hingga 4 pagi... kami sampai di Batu 6 jam 12.30 malam tu..... sedang molek lah kata orang....
 
Lain-lain gambar
    
 
Posse istimewa Toukta kepada MCo, masa hari ke-2 MCo di Vientiane... sepatutnya dia nak datang jumpa MCo tetapi dia sibuk meeting, kerana ada VIP Lao nak pergi Hanoi, dan 1 September tu, President US, Barack Obama nak datang Laos.... so dia minta maaf banyak-banyak dengan pos sekeping gambar ni....

Inilah berita dalam Bangkok Post, yang MCo cerita tu, mengenai bom di landasan keretapi ke daerah Pattani tu...


Keadaan Keretapi, akibat terkena bom, gambar ini semua adalah dalam internet dan FB
 
Keadaan rel keretapi yang terkena ledakan bom.... habis bengkok...so tak boleh lalu lah keretapi... sebab itu kami terpaksa naik bas daripada Hatyai ke Sg. Kolok.
 

Screen Shot, jam menunjukan 12.31pm, yang sepatutnya kalau dengan keretapi, kami dah sampai di Su-ngai Kolok, ekoran naik bas, dan laluan yang dilalui mesti selari dengan stesen keretapi api, maka perjalanan kami memang terlanjak jauh waktunya....
Sunflower Farm, daripada Nong Khai to Bangkok, sepatutnya boleh melalui area ini...tetapi sayang, kami tak jumpa.. pertama kerana daripada Nong Khai ke Bangkok, keretapi Malam, dan kedua ialah bukan musim bunga matahari kembang pada tarikh kami lalu tu... eerrmm kena plan next time...
bagi pengembara yang mengambil masa lama di Thailand.. MCo cadangkan guna lah link Telecomunication AIS.... paling efisyen setakat ini... ni MCo saja tunjukan msg.... berkenaan dengan *777*740 dan dial... sebab apabila topup kredit ni, nilaian internet akan dikhaskan.... maknanya data internet suku... boleh lah tahan 1 minggu dengan topup 100 baht...
rekabentuk tuk tuk di Nong Khai lebih kurang sama dengan tuk tuk di Vientiane Laos.
Bagi penggemar urut-mengurut ni.. MCo letaklah tanda harga ni.... boleh di katakan agak murah berbanding di tempat lain...
... Di Laos... masih banyak yang menjaja seperti ini... hajat MCo nak beli ubi tu.. memang sedap...tapi entah macamana termiss untuk beli plak.... InsyaAllah halal.... tu lar, memandang makanan halal susah nak dapat, jadi makanan seumpama ini lah yang jadi buruan.. kalau MCo seorang diri... memang beli dah pun.....
Kadar tambang teksi sekitar Bangkok... ini semua teksi bermeter, boleh di katakan agak murah lah...tapi kalau traffic jem.. berganda juga lah tambangnya....
Bergambar bersama Musa, iaitu driver Van carta yang kami booked pada hari khamis tu...seharian, daripada pagi hingga lah malam.... Musa ni darah keturunan daripada Pakistan dan Hadramaut... boleh cakap urdu, Arab, dan English.... pernah belajar di Sri Lanka dalam jurusan Hafazan al-Qur an.... dia boleh dikatakan sebulan sekali pergi ke Su-ngai Kolok. No telefon beliau 0066873452159. sesiapa berminat boleh lah whatsapp atau call.
Permandangan bergini adalah normal dalam keretapi, mereka-mereka ini adalah penjual makanan, setiap kali keretapi berhenti di stesen-stesen... mereka akan naik dan menjaja.. dan turun di stesen seterusnya... dan bergitu lah seterusnya.....
Gambar akhir....Terima kasih.. kepada sahabat-sahabat MCo Fariz dan Yie Sanah dengan perjalanan hardcore ini... bersama-sama geng losong.... berselfie.....di Nong Khai..... apa2 pun kami rancang, next trip.. Mae Hong Song.... atau Thousand Corner.... wait and see...
sekian....

Tips dan Info

Perkongsian kali ini lebih kepada tips untuk survive di Laos dan Thailand berpandukan kepada pengalaman MCo selama 6 hari berkelana. (dan juga sedikit tips di indo-china lain seperti di Vietnam)

1) Sebagai langkah penjimatan kos, MCo membawa sedikit makanan daripada Malaysia, seperti Maggi dan biskut, yang mudah untuk di masak dan di makan.

2) kalau pergi lebih daripada seorang, lebih mudah collect duit setiap orang untuk hotel, makan dan pengangkutan, ia lebih mudah daripada bayar sorang-sorang...

 
3) Di Vientiane, Laos terdapat dua restoran makanan India halal yang bernama Nazim dan India Food Restoran. Tetapi jika anda hendak mencari sardin dan biskut halal seperti Oreo dan lain lain lagi, bolehlah ke sebuah pasaraya sederhana besar yang bernama Dara Market di Kingkitsarath Road.

4) Saya menggunakan data internet sepanjang perjalanan kerana memerlukan khidmat Google Maps. Pembekal servis telekomunikasi yang saya gunakan ialah, AIS di Thailand, kalau di Laos boleh guna servis telekomunikasi Unitel dan Viettel di Vietnam. MCo gemar dan berpuas hati dengan kekuatan signal ketiga tiga pembekal kad sim ini. Gunakan Viettel di Vietnam kerana mudah untuk mendapatkan top up panggilan dan data internet. Signalnya juga kuat. Di atas gunung ganang pun masih full bar!

5) Di Laos amat mudah untuk mendapat wifi percuma. Hampir semua premis yang MCo pergi ada menyediakan khidmat ini, restoran, hotel, hostel, waima gerai kayu di atas gunung pun ada wifi percuma. Jadi, jika anda tidak terdesak untuk menggunakan internet sepanjang kembara anda, tidak perlulah membeli kad sim.

6) Belilah tiket bas melalui syarikat bas dan bukannya melalui agensi kerana caj perkhidmatan mereka boleh mencecah sehingga 30% dari harga asal tiket. Jika di Luang Prabang, tiket boleh dibeli di Northern atau Southern Bus Station. Jika di Hanoi, boleh dibeli di My Dinh Bus Terminal dan jika di Ho Chi Minh City boleh dibeli di Ben Thanh Bus Station atau di Park 23/9 Bus Station, di hujung Pham Ngu Lao Street (area backpackers). Langkah terbaik? Buat carian informasi syarikat syarikat ini di internet yea.

7) Jika  ingin mengembara dari Ho Chi Minh City ke Hanoi (atau vice versa), penduduk tempatan sarankan anda untuk membeli ‘Open Tour Bus Ticket’. Ianya berkonsep multiple stops dan murah jika hendak dibandingkan dengan tiket keretapi yang kadang kadang boleh kehabisan pada musim puncak.  Banyak rungutan backpacker dari Germany yang tidak dapat membeli tiket keretapi dari Da Nang untuk ke Nha Trang dan waktu kami mengembara ia bukan musim puncak pun. MCo gemar cuba buat carian internet di Tripadvisor untuk maklumat lanjut. Sinhcafe dan Viet Nhat Travel adalah antara pembekal servis ini.  Boleh jadi mimpi ngeri kalau tersilap pilih syarikat bas. Sekali lagi, buat urusan secara terus dengan syarikat bas dan bukan tour agency atau hotel... Rugi!

8) Kadar sewa motor sehari adalah berbeza beza di setiap tempat. di Laos basikal pun boleh sewa dengan kadar 10000 kip. sewa sehari motor kapcai tidak boleh melebihi usd5. Ada tempat murah dan ada tempat mahal. Negotiate, negotiate, negotiate... Sampai muka tuan punya motor dah merah baru stop... hahaha  

9) Sebenarnya Lesen Memandu Malaysia dan Antarabangsa tidak diiktiraf di Loas dan juga mana2 tempat atau negara Indo china tapi jarang sekali polis dan agensi kerajaan yang lain menahan motosikal yang ditunggang oleh pelancong asing. Ini disebabkan masalah komunikasi dan juga Kerajaan Laos ingin menggalakkan industri pelancongan. Jadi apa implikasi menyewa dan memandu kenderaan di Laos yang steering sebelah kiri, bergitu berbeza dengan negara kita? Jangan sesekali terbabit dalam kemalangan kerana anda tiada perlindungan insurans dan sediakan bajet untuk ‘contingency plan’ kalau ditahan juga. tapi nasib lah kalau ditahan polis yang boleh berbahasa Inggeris.


10) Orang muda Lao, lebih lebih lagi di kawasan bandar memang muka agak ketat dan default perkataan English di mulut ialah “NO” jadi jangan ambil pot sangat raut wajah bengis mereka dan perkataan “NO” tu... Bagi diorang paham juga apa yang kita maksudkan. Kalau diorang ketat juga, blah saja dan cari orang seterusnya. Lakukan semua ini dengan senyuman dan bersahaja. Jangan juga jadi sensitif dan jiwa tisu jika diherdik dan dikasari. Rileks... Rileks... Dan blah... tetapi kebanyakan orang-orang Lao ni terutama perempuan, susah nak cari yang garang, atau kasar, semua lembut-lembut dan kaya dengan senyuman.

11) Banyak dah rasanya tips yang diberi oleh mereka terdahulu untuk survive di Ho Chi Minh City, cuma saya nak tambah satu sahaja... di Ho Chi Minh ni memang ramai yang akan menyapa anda sambil tersenyum “Hello.. How are you?”... “Where are you going?” Apa yang saya buat ialah... Angkat ibu jari tangan (tak kan kaki pulak...) dan tunjuk sign thumb up dan cakap.. “Good... OK...” Dan JANGAN berhenti bersembang dan buat eye contact lepas cakap OK tu... Jalan terus sambil tersenyum. 100% berhasil untuk saya. Apa apa pun senyum dan jangan buat gesture yang menghina mereka macam mencebik muka seolah olah mereka ni scammer... Jalan jer...

12) Hati hati dengan si pengilat kasut... Biasanya scammer diorang ni. Bukannya takde yang OK tapi kenapa nak ambil risiko? Sampai selipar pun nak dicucinya.. Saya hanya jumpa si pengilat kasut ni di Hanoi dan Ho Chi Minh City. Tempat lain tak jumpa lah pulak.


13) Power plug sama saja di Thailand, Laos dan Vietnam, iaitu ‘kaki dua’. Jadi tak perlu bawak banyak jenis adaptor.


14) Di Laos duit Thai Baht boleh diguna sepenuhnya... memandangkan nak kiraan kip tu agak sukar... maka gunalah Thai baht... kalau nak guna juga Lao Kip...kiraan mudah ialah... 2000 kip bersamaan RM1.00
 
15) Jika di Bangkok, elakan berjalan berseorangan, awas kepada penyeluk saku, dan juga perhatikan atau peka dengan persekitaran, kerana peragut ada di mana-mana.



 Banyak lagi yang boleh dikongsi di sini.. pengalaman dan adventure....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...