Tuesday, April 26, 2016

Ho Chi Minh City, Vietnam

VIETNAM TUNGGU....... KAMI DATANG
(20 April hingga 23 April 2016)

Kinh chao quy khach.... atau Selamat Datang... luahan biasa, tidak sebagaimana Lao, setiap arrival hall di sambut dengan senyuman dan ucapan Sabaidee.... tapi Vietnam masih di anggap mesra pelancong di arrival hall ni.. Perjalanan yang dirancangan untuk menghilangkan tekanan kerja.... macam sedap untuk di dengar, Kali ini MCo tidak mahu intro mengenai Vietnam atau khasnya bandar Ho Chi Minh secara terperinci sangat, cukup lah secara umum sahaja, kalau ingat Vietnam sure perkara pertama terlintas ialah Perang Vietnam antara US, tapi itu bukan subjek utama buat masa ini...
Ho Chi Minh City yang dahulunya dikenali sebagai Saigon, dan masih di kenali sebagai Saigon. Mempunyai populasi hampir 12 juta orang.
Kalau daripada Kuala Lumpur, dengan kapal terbang tambang murah air asia, memakan masa kira-kira 2 jam. dan sebagaimana MCo selalu cakapkan, travel berkumpulan secara kecil yang ideal adalah seramai antara 2 hingga 4 orang sahaja.... maka kali ini, MCo ke Ho Chi Minh (hcm) dengan 3 orang rakan kerja... iaitu Zikri, Hafiy dan Farress.. Perjalanan yang memakan masa 4 hari 3 malam ni boleh di anggap panjang juga bagi MCo, bermula 20 April hingga 23 April 2016 anggap janggal jika datang berseorangan bagi MCo.

Jom tengok Jadual ringkas.. MCo suka buat jadual macam ni, macam yang lepas-lepas, sebab bila orang baru nak pergi sesuatu tempat, selalu mereka akan minta iltenary... nah, sekarang MCo tulis je.

Map Pusat dan tumpuan pelancong ke Ho Chi Minh City, yang tanda merah tu Ben Thanh Market. Sekadar untuk rujukan asas sahaja.

20 April 2016 (Rabu)

Dalam jam pukul 2 waktu tempatan sampai di Tân Sơn Nhất International Airport, tiada orang jemput macam yang sebelum-sebelum ini, kami pandai-pandai lah ambik teksi dan terus ke hotel.
Rancangan asal, memang Sarah akan jemput kami tetapi dia balik kampung kerana ada kenduri, jadi dia suruh adik dia nama Mariam untuk bawa kami ke mana-mana saja.
Petang, Mariam bawa kami makan sup...
Selepas makan kami di bawa bersiar-siar di sekitar Ben Thanh Market, kat bulatan yang tersibuk di dunia tu.. bergambar sakan juga situ.... 
Manakala malam, kami hanya pusing-pusing di Pasar Malam Ben Thanh tu.... malam ni kami tak beli lagi...

21 April 2016 (Khamis)

Pagi, Kami pergi ke Sg. Mekong. Kami tempah tiket dengan Mariam dengan kos VND400,000.00 lebih kurang RM80 untuk 1 orang, Mariam bekalkan makanan untuk kami, sebab untuk pakej ni sekali dengan makan, tetapi diaorang mungkin bawa ke restoran yang tidak halal. Mungkin kos ini agak mahal sikit daripada yang lain... kadang2 kalau ambik dengan hotel lagi murah iaitu dalam USD20.00, dulu masa tahun 2011, MCo buat macam itu, pergi mana-mana hotel, maka dapat lah dalam USD12.00.
Petang baru balik....
dan malam, kami jalan aktiviti malam sebelumnya, makan, dan berjalan-jalan di pasar malam Ben Thanh.

22 April 2016 (Jumaat)

Hari ni cuma Town Tour, di bawa oleh Mariam juga, dengan menaiki Uber atau Gab... lagi murah daripada Vinasun
antara tempat yang pergi di Indenpendence Palace, Pejabat post, War Museum, Lepas tu pergi suatu tempat yang Mariam kata harga baju dan kain di jual pada harga borong, jauh juga tu pergi, naik uber tapi tambang murah ja. (lupa plak berapa tambang - tapi ikut perkiraan memang murah)
Malam, shopping last di pasar malam Ben Thanh... makan-makan..

23 April 2016 (Sabtu)

Last day... tiada aktiviti.... tunggu airport dan balik.

Lain-lain penceritaan berdasarkan gambar-gambar. jom mai lah kita tengok gambar plak...





Trademark MCo, Vietnam Dong, dengan nilaian yang berganda, MCo sengaja snapkan RM bersama dengan Dong ini bagi mengambarkan bahawa RM boleh digunakan disesetengah tempat atau kedai di Ho Chi Minh ini, maka tak perlu lah tukar banyak sangat dalam Dong, tukar untuk bayar tambang ja, kadang-kadang penggunaan RM ini memudahkan kita untuk berbelanja, terutama dalam menilai sesuatu barang yang dibeli itu murah atau mahal... kadang-kadang harga barang RM35, tapi bila di bayar dalam Dong VND200,000.00 (dengan perkiraan mudah VDN100,000 = RM20.00).
bila sampai di Tân Sơn Nhất International Airport dan tiada orang datang ambik, kalau first time, MCo sarankan naiklah teksi Vinasun ni.... Vios pun ada.... siap ada meter dan GPS, walaupun rata-rata pemandu tu tak boleh speaking english, tapi tunjuk je alamat hotel.
ini lah meter dalam Vinasun teksi ni... kalau harga tunjuk 12, maka 12 di darab 1000 jadi 12,000. kalau rate normal daripada lapangan terbang ke hotel yang berdekatan dengan Ben Thanh market lebih kurang VND150,000.00 (Plus minus).
lagi pun.... Vinasun ni akan bagi kupon seperti ini, rasa diri selamat, sama seperti gambar atas tu, MCo sengaja snap gambar tu, yang tertera nama dan gambar pemandu, semua tu trip MCo je, kalau ada penipuan, senang lah rujuk....
2 jam penerbangan akhirnya sampai juga di hotel ni,, ini semua atas pertolongan kawan MCo, Sarah, dia yang tolong book untuk MCo dan kawan-kawan, selepas check in, MCo memang tak miss ambik business kad hotel ni... kalau rujuk dalam tips keluar negara ----> tips keluar negara 
MCo memang selalu ambik letak dalam poket untuk kecemasan jika sesat.
Map yang sentiasa disediakan oleh pihak-pihak hotel untuk para pengujung dan pelancong, tujuan utama untuk town tour... dan tempat-tempat yang dicadangkan oleh mereka, layanan memang kelass A lah... walaupun hotel budget.

Hari Pertama
Selfie dalam Vinasun.....eehh bukan dalam Uber... Fareess, Mariam yang tutup muka tu... MCo, manakala belakang tu Zikri dan Hafiy.... standby...nak pi kampung Mariam ni...
Lorong-lorong rumah...ini kampung Melayu Cham.... jalan menuju ke rumah Mariam.
Permandangan luar Surau......
 Mereka pun nak selfie, biar lah... Hafiy, Zikri dan Farress..... di lorong kampung melayu cham.
 hadowww...macam gengster plak.... tunggu tengok gambar bawah ni....
 macam nak pi sailang orang je...hahaha...dah lah masuk lorong kampung orang... jalan pun macam samseng...
sempat bergambar dengan Pak Cik ni,... semasa kami berada di rumah Mariam.... dia asyik tengok ja. so ambik la gambar satu dengan dia....
 Bergambari di rumah Mariam di kampung Melayu Champa.....
 relax... Faress dan MCo.... 
 Asal MCo nak pi makan Sup di kampung Sarah/Mariam tu, tapi petang2 dia tutup, jadi Mariam bawa lah kami makan di suatu tempat, restoran cangkung ja...tapi meleleh air liur kalau makan... memang sedap, cuma yang tak sedap ialah tempat tu....
  ok...dah ready nak makan ni.... jangan jeles lah.... kesian kat Zikri dah kena panas mentari... maklumlah ada satu meja ja.... hehehe..celah2 lorong plak tu....
 Lorong macam ini..meja macam ini.... tak boleh muat ramai orang.... tepi tu jalan.... ada motor, basikal lalu lalang....

 tengok dekat sikit lah rupa sup Vietnam...eermmm memang sedap.... yang Thailand pun masih tak leh lawan lagi.... memang sedap... ni sedap taip pun...meleleh air liur ni walaupun dah lama....walaupun tengok gambar ja....
Kesibukan bulatan berhadapan dengan pintu utama bangunan Ben Thanh Market tu... ni tak muncul waktu puncak lagi ni.... tapi masa ni dah menunjukan dalam pukul 5 petang waktu tempatan... arca kat tengah bulatan tu dah dibuang....
Bergambar kenangan dengan Mariam dan Lisa... dua orang ini lah teman kami berempat ke mana saja pada hari pertama di Ho Chi Minh.... sampai pi makan sup pun diaorang yang tolong bawa.
Trandemark dan Landmark Ho Chi Minh City terutama bagi rakyat Malaysia...tempat shopping barang-barang untuk souvenir member di kampung...hehe..boleh di katakan tempat wajib bagi para pengunjung/pelancong.... 
 posisi lain.... boleh lah buat wall paper bagi yang minat tukar wall paper komputer tiap-tiap minggu.
 Fuhhh...gaya tu kena mantap... tapi sayang... lupa bawa baju melayu, kalau tak, boleh buat ucapan hari raya di sini... mula2 memang dah mention, tapi sebelum pergi tu hari sibuk di pejabat, sampai lupa untuk checklist tu...hehehe
 MCo dah Hafiy, nak jadi legend... memang tak leh lah...atleast gambar ni buat kenangan...hehehe
Ini lah empat sekawan yang datang vietnam sebelum gaji masuk...hahaha.... pandai-pandai lah berjimat.... lagi bergambar berlatar belakangkan bangunan Ben Thanh Market.... MCo, Hafiy, Fareess dan Zikri...
 Gambar ikut style plak...ni sure ada orang meluat tengok gambar sama setiap sessi..hahaha... tapi tak apa lah.. MCo tak kisah, sebab ini kan simpanan peribadi ja.... kalau kat FB tu baru nampak sangat nak publish....

bonus lah bagi kat dia dua orang ni...muncul dalam blog MCo, kalau gambar mereka hilang...boleh ambik di blog ni... Fareess dan Hafiy..
Gambar selfie wajib..hahaha... MCo, Fareess, Hafiy, Zikri, Mariam dan Sarah... berlatar belakangkan kesibukan jalan di hadapan bangunan Pasar Ben Thanh....
 satu gambar mana cukup beb.... bukan senang nak datang sini.... kena lah snap 2 3 keping gambar, maka tak hairanlah dalam blog MCo ni banyak gambar Sama tapi tak serupa.... ini kan album MCo sendiri....
Suasana di Pasar Malam Ben Thanh.... malam masih awal ni...dalam pukul 8 waktu Malaysia.... tak ramai orang lagi, dan tengok lah orang Malaysia pun ramai....
Apa-apa pun jom merasa kopi Vietnam dulu... sedap beb... superbbbb...memang tak boleh lawan lah.. memang tak cukup 1 cup.... sampai sekarang pun tergian-gian rasa kopi ni... kata orang kopi vietnam ni kalau minum kosong pun dah rasa berlemak dia....
Sempat lah MCo bergambar dengan brader ni..... beli yang muslim muslim saja..... gambar bawah ni satu..tak mahu kalah ni...hehehe
Gambar edisi lain: cuma nak bagitahu ini saudara kepada Mariam, nama dia Anh Quan, yang jual kopi, sedap..memang sedap kopi dia... dan wanita yang comel molek di tepi dia tu..ialah sahabat FB MCo yang berasal dari Kunak Sabah, nama dia Yong Fatimah, kebetulan masa MCo dah balik ke Malaysia dia pula pergi ke Vietnam, so dia pun tanya la serba sedikit tentang HCM ni dengan MCo, dan MCo pun pekenalkan dia dengan Mariam, sebab tu dia pun boleh pergi dekat Anh Quan ni...hehe
dia memang tak mahu kalah ni... boleh bha kalao ko.... hehehe
salah satu part di Pasar malam Ben Thanh, lorong ini lah terletak hotel yang MCo menginap dulu... dan kawasan ini di larang sama sekali penjaja jalanan, setiap kali penguatkuasa melalui jalan ini, semua penjaja jalanan akan cabut lari, termasuklah yang jual kopi tu.....
Lagi gambar rawak di Pasar Malam Ben Thanh....
Cua Tay...bangunan Ben Thanh... yang siang di buka manakala malam tutup dan di ambik alih oleh gerai-gerai pasar malam ni... alaaa... Asean memang terkenal dengan pasar malam... dari Laos hinggalah ke Indonesia... lagi pun MCo memang gemar jalan-jalan di pasar malam...cuma beza dengan Malaysia... Malaysia banyak jual makanan....hehehe

Hari Kedua
Suasana waktu pagi depan hotel, time menunggu bas untuk pakej lawatan ke Sg. Mekong...
Mariam bawa makanan untuk kami, dia pun pergi naik bas, sebab rumah famili dia sejalan dengan nak pergi sg. Mekong tu... dan dia tunggu di kaunter bas...
inilah pemandu pelancong kami...dalam bas ni... macam biasa...bercampur-campur semua negara, sebab bas akan kutip dari hotel ke hotel, nasib lah boleh orang mana dalam bas tu... nama dia? tanya Zikri lah...dia mudah ingat nama orang...hehee
  kedudukan dalam bas...bebas ja.... sempat juga bergambar berselfie ni.... ni tak termasuk gambar2 sensor tidur tenganga mulut...hahaha, masa ni je control hensem...
macam lepas2 dalam Tips MCo kongsi... kalau bas pelancong macam ini, tak apa nak tidur semua, kalau bas express atau bas henti-henti tak boleh semua tidur.... nanti semua barang-barang yang ada hilang di kebas orang.....
tempat singgahan bas untuk ke Sg. Mekong.. sini mereka bagi masa dalam 15 hingga 20 minit sahaja...samada nak pi tandas atau makan....
snap lah sekeping boss..... mana tahu masa nak naik nanti bertukar dengan bas lain...ada juga bas yang sama bentuk dan jenis... tapi yang jelas, ini lah bentuk bas yang nak pergi ke sg. Mekong tu.... muatlah dalam 15 ke 20 orang gitu...
permadangan dalaman tempat RnR mereka ni...
...dengan panorama macam ni... bagi penduduk kota yang tak pernah jumpa secara live macam ni, memang  teruja.... tapi MCo yang memang orang kampung dari dulu...tak lah hairan mana.... apa-apa pun mereka pandai reka landskap untuk menarik perhatian pelancong.
 tempat hentian untuk ke Sg. Mekong ni... memang terdapat lot-lot jual cenderamata....boleh lah beli.... harga boleh tahan mahal gak... tapi itu tak penting..yang penting brgambar ni...hahaha
ok...dah sampai ke Mei Khong River Bank... giliran nak naik boat dah.... pakej ni... naik boat, berhenti beberapa tempat, mengenai budaya tempatan di sana.... dan makan...
 Sebelum naik boat... maka bergambar dulu.... hehehe.... ni nak bagitahu harap2 pembaca setia MCo terutama "Fara" jangan takut2 naik boat macam ni...sebab ada life jacket.... mai lah...nak pergi next time ye... kalau takut naik flight...yang tu MCo tak dapat nak tolong lah....

One more.... sebelum depart... hadoww..hehehe.... biasa lepas2 dah, jetty ni akan jumpa sekali je setiap pelayaran...sebab ia akan turun jeti lain... tapi tak tahu plak kali ni...naik ikut sini, dan turun pun ikut sini.....

Posisi lain plak bergambar..... alang-alang datang sini... bergambar sakan la plak....
Ini lah bentuk boat yang kami akan naik...macam boat penambang di Terengganu sewaktu dulu... sendiri naik sendiri risiko..hehe.... dont worry, ada life jacket dalam tu...tapi seorang pun tak pakai....
hah..kira lah berapa orang boleh muat dalam satu boat du... jumlah dia sama dengan muatan sebuah bas tadi tu.... ada plus and minus... tapi syok macam ni...sebab ada open air.
 semasa "berlayar" gini lah...diberi penerangan dulu oleh pemandu pelancong....  
nah tiga sekawan... merenung ke hadapan..... masing2 duk dengar apa ja pemandu pelancong bagi penerangan.... sempat lah MCo snap gambar diaorang....

ini lah pandangan Sg. Mekong... meman sungai terpanjang...merentasi 7 negara....
1st tempat kami singgah ialah tempat perusahaan tempatan yang berasaskan kelapa... ni buat candy ni...kami diberi penerangan detail... tapi MCo tak endah sangat... ambik gambar sambil lalu je...
Pekerjas sibuk duk bungkus coklat berasas kelapa ni... ermm manis2 lemak gitu...
Bergini lah keadaan di dalam perusahaan tu.... boleh ambik peluang nak beli barang-barang, samada makanan atau kraftangan tu...
Ok dah selesai....sekarang ni tour nak pergi restoran,.... naik lah kereta kuda ni... sebelum tu selfie lah dulu... sebab tak ada orang nak ambik gambar kami...
 ok bergambar dulu dengan cidomo ni...  kisah dahulu,kenapa kuda tu ditutup mata tepi tu? menurut mereka supaya kuda-kuda tu hanya nampak ke depan je.... maknanya kalau ada kuda jantan atau bertina lalu kat tepi dia... dia tak sempat nak mengorat lah....
Kalau di Lombok, benda ni mungkin di panggil Cidomo....  nak kata pengangkutan utama macam di Lombok tu, rasa-rasa tidak juga... ini mungkin khas untuk pelancong sahaja kot.....

begini lah suasana dalam kampung di celah-celah delta mekong ni.... masih kampung dan masih mengekalkan keaslian rumah dulu-dulu.
hahaha... gelagat telatah orang tempatan, baru balik sekolah... ni nak ambik suasana kebetulan dia plak lalu, ingatkan nak snap gambar dia...so dia pun tutup lah muka, hampir terbabas juga dia tu...
Landak... untuk makanan eksotik.... bukan itu saja ada...buaya ada, katak ada, ular pun ada...aaeee... jom tengok menu lah..... tapi MCo tak makan sini, just minum air dalam tin ja...

hahhhhhh tu dia, makan lah kalau berani.. ini tak masuk pakej untuk makan tu.....
 keindahan, dan bersantai....di restoran makanan tu... dia bagi masa lebih 1 jam... kita tak makan...so boleh lah tidur dan lepak atas buai ni...berangin plak tu..kalau kat kampung dah tidur lama ni..tapi terlelap juga lah....

hahh..dia pun nak join tu... tapi silap tempat..panas lah plak kena cahaya matahari.... tunggu lah sikit lagi...waktu teduh.... baru boleh pejam mata....
Setiap tour di Mekong Delta ni... mesti ada pakej2 nak pergi... ini pergi dekat madu lebah plak..... 
 Masa dalam perjalanan... lepas naik kuda.. jalan kaki plak... nak pi ke restoran makan... tu tengok... orang putih belakang tu...dia kata one more...one more..dia nak join sekali.....

tak cukup satu...tambah satu lagi... muka tak  nampak penat tu... bergambar je sakan...

setiap orang diberi peluang untuk merasa madu asli ni.... pemandu pelancong ni mesti dah lengkap ilmu dan pengetahuan, sebab dalam trip ni, semua dia tahu... eermm itu lah... MCo pun cuba juga merasai madu asli ni... memang syok..dan sedap.... 
 ini lah minuman madu..... diperah limau kasturi... tak best yang macam ni..MCo lebih suka yang asli daripada sarang dia... ada masam-masam manis....
Yang duduk semeja dengan kami ni.... sepasang suami isteri... dari Uruguay, dan wife dia dari Australia.... speak spanish... mereka tinggal di Australia..... sembang-sembang dan mesra alam juga.... pandai plak buat lawak...
Zikri sedang buat acuan untuk madu, diperah dengan limau kasturi... memang kaw kaw.... MCo tak boleh minum banyak..cukup lah sekadar cawan kecil tu....
Apa yang lucu sangat tu.. apa yang dibicara tu...sampai beleket Hafiy ketawa.... 
 Perjalanan seterusnya..ialah naik perahu menyusur anak-anak sungai Mekong ni... tu perahu sedang tunggu di bawah tu.....

one more.... bergaya sakan dulu sebelum naik perahu... nasib baik perahu ni pun masuk dalam pakej perjalanan kami di Sg. Mekong ni....
Selepas minum madu, kami dibawa pula menyusuri sungai2 di lembah Mekong ni dengan perahu-perahu kecil ni....
hahaha...pakai tanjak... tahan panas... memang terkenal di Tanah Melayu juga tanjak ni.... tak lah nampak macam nelayan...nampak macam poyo plak.... hahaha
 nak juga sikit selfie sini diaorang ni... kenangan atas perahu kecil kan...bukan selalu ni....

tapi MCo sempat bergambar dengan pendayung ni... awas bagi yang duk depan atau belakang...hehe sebab diaorang akan cerita kisah hidup mereka... ada anak 2, rumah kecil... susah hidup.... tapi MCo dah dapat "tangkap" awal-awal apa yang dimaksudkan itu, iaitu dia nak minta tips.... MCo tak kisah la sangat...tak bagi pun tak apa....tapi moralnya tak elok juga... awas juga kalau bawa duit not besar, bagi not kecil-kecil pun tiada masalah....
apa ni? hah...MCo jarang ambik gambar tanpa motis.... dalam gambar tu...bukan MCo nak fokus pada terompah tu...tapi sebatang kayu yang di paku dalam boat tu.. kayu 2 inci tu.., kalau nak tau semasa dalam boat, ia adalah tempat khas jika penumpang nak pegang perahu.... maksudnya tak boleh pegang diluar atau dinding boat tu...sebab semasa kayuhan dibuat dan melalui sungai-sungai yang sempit tu dengan puluhan boat, maka akan belanggar sama-sama sendiri.... jadi kalau tangan/jari yang kena geseran tu? mungkin boleh putus juga tu.....
begini lah suasana semasa... dan sungai ini merupakan jalan pengangkutan utama juga bagi penduduk tempatan di sini....
 hahh..bukan orang macam kami je naik perahu ni... tengok.. mat salleh pun naik.. tiba-tiba ja sungai ni jadi sibuk dan penuh dengan orang asing....

bergini lah panorama anak-anak sungai Mekong tu.... ia merupakan jalan pengangkutan utama juga... tepi-tepi sungai tu kadang-kadang ada rumah orang....
Selepas menyusuri sungai mekong, kami di saji plak dengan nyanyian seperti ini...dengan pakej RM80... banyak juga dipersembahkan kepada kami....
- bas pergi dan balik
- makan tengahari
- melawat perusahaan kelapa dan madu
- menyusuri anak2 sungai Mekong
- Makan buah dan nyanyian seperti ini
  in lah buah2 tu... bagi kami yang di Malaysia ni, memang dah biasa buah2 macam ni, cuma nak fokus pada dari barat, mungkin tak kenal buah nangka tu...ahallll....
hah...time balik dah ni...masing-masing pun penat.... sempat lah bergambar dengan pemandu pelancong ni..... sementara dia nak lelap mata atas buai tu... hahhaa ganggu lah korang ni... ...
Jalan menuju ke Hotel kami.... nak tunjuk kat  hotel kami pun sebenarnya ada restoran halal... tapi kenapa kami tak di cadangkan makan disini oleh Mariam..

Alaaa baru perasan ke MCo ambik gambar dari tadi..... baru nak ready....

Sebagai bonus dia orang plak snap gambar MCo... tapi sebenarnya....nak tunjuk jalan seberang yang MCo snap gambar kawan2 tu... ni tempat ok juga bersantai...tetapi non-halal lah... tengok pun ramai orang putih yang lepak sini...
sejak dari dulu... memang MCo akan cari gerai-gerai makanan yang dijual oleh orang muslim di sekitar pasar malam ni, ia murah dan simple, maklumlah persekitaran semua bukan non-muslim.
MCo snap lah gambar sekeping.... kan akan datang...datang sini lagi..jumpa kot kot boleh bagi special price...hehehe

Zikri pun beli..bukan apa..beli nak wak bekal balik bilik hotel...nanti tengah malam sure lapar balik...
hahaha...kebetulan la plak... ni kawan MCo, dekat-dekat di Terengganu tak jumpa dia... sejak pindah ke Johor, last-last jumpa di Ben Thanh Market ni... so suruh lah dia selfie sekali....  kawan MCo ni... nama Faiz, yang pernah travel dengan MCo ke Shenzhen dan Hong Kong hari tu.... dia datang ke HCMs ni dengan isteri dan anak dia....
Minum air kelapa dulu...kat tepi bulatan paling sibuk tu.....
Minum air kelapa... tepi je kat bulatan bergambar siang2 tu... antara jalan paling sibuk juga di kawasan ni.
Kalau tanya kawan MCo Afirahimi yang 1st kami datang sini...tentu dia kenal girl yang jual air ni... sebab, dekat peniaga ni lah... MCo compare dengan harga luar, so maknanya.... kami dah kena lebong di penjual jalanan pada hari tu....diaorang ambik dalam VND50,000 untuk sebiji, padahal sini dalam VDN20,000 sahaja....

satu gambar untuk tunjuk pada Afirahimi....sebab dia dulu cabar suruh sangat bergambar...hehehe
Semasa pusing-pusing sekitar pasar malam Ben Thanh tu... terpandang lah minah ni... usyar2 tengok dia buat benda ni... so buat lah untuk souvenir kat kawan2....
sambil pilih nama.....snap pun snap juga.....
apa yang dia buat tu? ni.. tulis nama pada beras.... tulisan halus2 tu....
....dan begini lah hasilnya.... harga kalau tak silap dalam RM5 je satu... untuk kawan MCo di Kunak..
ni...penjual cd lagu.... ada kisah.... ni, Hafiy ada lah nak beli cd tu... tapi bila dah belek-belek cd dan memang nak beli, tak sempat buat apa-apa lagi, pihak kuatkuasa diaorang datang.... semua peniaga yang jual2 macam ni cabut lari, termasuk yang jual cd ni... yang jual roti atas tu... termasuk juga yang jual kopi tu..... lepas tu... semua pihak berkuasa dah pergi...dia datang balik...
satu lagi gambar.... jangan lepas ni ada plak MCo kena cepuk di seseorang...hehehe...


Hari ketiga

Hari ke 3 ni... tak rancang nak pergi jauh daripada midtown ni...so midtown tour je.... Mariam yang bawa kami jalan2 tu....
Pertama.... jalan kaki je daripada hotel... The Independence Palace...tapi tak leh masuk, ketika kami sampai tu...diaorang tutup (rehat) seketika...dan akan buka balik jam 2 petang waktu tempatan.... tapi nak masuk ni pun kena pakai tiket...
Gambaran luaran.....
Macam lepas-lepas... MCo bergambar satu.... biasa lah baju tu... Geng Losong di mana-mana...hehe
posse istimewa buat zikri.... ni taman bertentangan dengan The Indenpendence palace tu.... yang unik di Vietnam ni...dalam bandar pun masih banyak pokok-pokok besar seperti ini.....
hah....ni kumpulan apa lak... hehehe... macam2 lah gaya tu... tapi cuma satu ja... gambar yang tiada panorama yang menunjukan landmark sesuatu tempat...sebab gambar ni... boleh je kata kat Malaysia.

Pejabat pos...lagenda lama ni.... dah macam jadi trademark dan landmark Ho Chi Minh... dah jadi tumpuan ramai pelancong.... apa yang menarik? sebab bangunan dia... masih model lama...dan masih lagi berfungsi....
dalaman.... pejabat post....

untuk detail...macam ini lah....
mesin ATM, di olah bergitu...supaya nampak unik....
kaunter post.... nak kirim barang.... nak beli setem pun boleh.... eermm....dulu MCo ada kawan ada di China, pernah post poskad dari sini... ooohh...hampir 6 tahun dulu....
MCo pun cari Selfie ni... tapi tak de..hahaha
 macam2 dan pelik2 lah perangai diaorang ni...nak follow statue tu..hahaha go on je la

Gereja Notre Dame Cathedral Basilica of Saigon yang siap pembinaan tahun 1880, memang dah jadi bahan sejarah, kedudukan ia memang sebelah dengan post office tu... yang menariknya gereja ini... ia mempunya 2 menara jam.... dengan ketinggian 58 meter...lebih kurang dalam 190 kaki.... (di percayai dibina masa kedatangan Perancis) - zaman koloni dulu....
Muzium Perang Vietnam...kat Ho Chi Minh ni...ada 2 muzium besar... salah satu nya yang ini lah....
Museum War..... aktiviti petang tu.... dah tak tahu nak pi mana.....
Tiket nak masuk War Museum di vietnam... dalam VND15,000 lebih kurang dalam RM4.00 dan orang tempatan hanya VND2000 je... dan setiap tiket ni akan diberi stiker dan perlu dilekatkan pada baju....

Tengoklah masing-masing sibuk sedang tampal stiker di baju.... MCo dah siap awal2 tampal...so sempat lah orang snap gambar...dan MCo tengok camera....hehehe
...jom kita tengok apa yang ada dalam muzium ni....
jentera perang tinggalan perang Vietnam - Amerika.....
artillery.... juga tinggalah pihak penjajah amerika.....
kereta kebal dah heli... pun ada.....
Tourist Map...memang MCo tak lupa benda ni.... untuk tatapan akan datang......
bergambar berlatar belakangkan  bangunan utama muzium ni.... jom lah masuk dalam.....
 MCo tak ready lagi weehh.... hahaa.... cepat dia snap...  tak apa lah..walaupun MCo tak ready... Hafiy dan ready... so letak lah...
ramai juga pelancong orang luar datang ke muzium ni.... tengok kegagalan barat menakluk indo-china
kapal terbang dah heli pun ada....
Jet pun ada......
sudah...jom masuk dalam bangunan plak secara rawak....

kat dalam bangunan ni... cuma ada gambar-gambar seperti ini sahaja....
 nampak sangat muka tak suka sejarah ni...hehehe, MCo pun tak ambik banyak dalam muzium ni..tak banyak angle nak fokus.... 

Gambar last...yang telah di viral dalam FB... MCo, Hafiy dan Zikri saat-saat akhir malam di Ben Thanh Market, sebab esok memang dah tak jumpa dah........


Hari ke empat
Macam biasa trip MCo... ambik gambar macam ni....
siap ada GPS kadang-kadang kita boleh tahu...jalan mana yang dia lalu...

Previous day picture

Apa yang MCo nak ceritakan ialah... di pekan-pekan macam ini tidak jauh bezanya dengan Indonesia... budak-budak jalanan datang menghampiri pelancong minta duit atau jual barang, dan merayu-rayu supaya beli barang mereka...
tengok... siap pegang tangan MCo lagi.... pujuk juga beli tisu yang diaorang jual, orant tempatan kata, ia sebenarnya sindiket ja.... jangan di layan sangat... atau kalau kita bagi...yang lain-lain datang lagi... awas juga penyeluk saku.
salah satu suasana dalam bangunan pasar Ben Thanh..
Shopping pada malam tu... dah tawar kaw kaw kat minah ni..... untuk beli tudung pada pekerja-pekerja di opis.... mula-mula saja tanya harga.... bila dah tawar kaw kaw dan tak mahu beli, dia tarik juga suruh beli... boleh di katakan harga beli tu berbaloi juga lah.....
ni duk sibuk tawar menawar lagi ni.....


Lain-Lain Gambar



Kawan FB MCo, ingat tak yang dulu kali ke 2 MCo datang ke Ho Chi Minh, dia datang dengan semua kawan-kawan sekolah dia untuk sambut MCo di airport, masa tu umur dia baru 18 tahun kalau tak silap dan masih belajar, sekarang kali ke 2, jumpa dia, nama dia Trang Lee, sekarang sudah bergelar isteri dan mempunyai seorang anak.... tapi dia masih ingat MCo, rela datang untuk jumpa di hotel seketika sebelum balik ke rumah....

hehe...sape-sape yang hardcore bahagian massage...macam MCo suka massage kaki.... bolehlah tahu harga... kalau buat perbandingan memang mahal berbanding dengan di Thailand, dan MCo tak massage kaki kali ni... bajet tak cukup...hehee
Souvenir untuk tiga sekawan MCo yang duk di Kunak Sabah,.... Rebecca Jasmine, Maria Thong dan Mei Ling Thong....
 ni gambar dalah Grab...atau Uber... bukan vinasun taxi ni....
 Pisang berwarna merah.... tak tahu nak kata unik atau tidak... tapi ini kira 1st time juga lah MCo tengok di persisir Sg. Mekong ni.... 
 ini resit makanan... untuk 4 orang pack sekali makan, memang pakej, kalau ikut perkiraan dalam VND100,000 seorang.... dalam RM20 seorang....  makan di restoran Basiroh, pemilik dia, Dato' mana ntah... macam daripada Malaysia... restoran ni antara restoran muslim terawal di Ho Chi minh selain restoran 4 musim tu....
 Selain kampung melayu Cham.. kat tepi restoran Basiroh tu...ada juga jual sup.. biasa yang kami makan ni, femes lah cara gini...roti vietnam tu... restoran halal al-amin.... memang sedap... 
 Akhir kata... thanks untuk 3 orang sahabat MCo dan juga rakan sekerja yang turut sama dalam travel kali ini...walaupun diaorang yang ajak MCo... Fareess, Hafiy dan Zikri.... next time ke mana plak kita ye?


Tip dan Info


  1. Rate mudah untuk faham (walaupun tak tepat) VND5000 bersamaan dengan RM1. lebih kurang VND200,000 bersamaan RM40.00
  2. Waktu solat lebih kurang waktu tempatan. subuh 4.40 am, zuhur, 12.30 pm, asar 3.30 pm, maghrib 6.05 pm dan Isyak 7.30  pm.
  3. Jika ambik teksi, pastikan naik Vinasun sahaja, menggunakan meter.
  4. kalau boleh tak perlu lah roaming telefon, guna ja whatsapp yang guna wifi hotel.. laju
  5. Vietnam ni memang sinonim sikit dengan kes kes penipuan, jangan naik beca, jangan rasa kacang oleh penjual-penjual pejalan kaki, jangan mengilap kasut, dan jangan jalan berseorangan di tempat sunyi.
  6.  bla bla bla


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...