Tuesday, March 27, 2018

Jelajah New Delhi dan Agra, India pula

TAJ MAHAL DAN KENANGAN


Satu Pengalaman yang boleh di cipta banyak kali setelah menjelajah India ini, kali ini MCo hanya menjejaki "secebis" tanah India yang memang kaya dengan pelbagai perkara. Pada tanggal 16 dan 17 Mac 2018 MCo dan rakan-rakan menjejak kaki buat pertama kali di tanah India... Rancangan sebenar ialah "bertapak" di India ini sehigga 21 Mac 2018 kerana hari-hari seterusnya kami akan menjejaki wilayah Kashmir. Apa-apa pun, pada post kali ini tidak sama sebelum ini... kali ini MCo menulis secara berasingan walaupun pada "tanah" dan cerita yang sama dengan Kashmir.

Turut sama dalam menjejaki tanah India ini... bersama-sama sahabat MCo ialah.. Yie Sanah, Bani, Kamsani, Amirul, dan Rosdi walaupun asalnya ialah 7 orang iaitu Qusyairi.... tetapi dia menarik diri kerana ada masalah yang tidak dapat dielakan....

Penceritaan MCo kali ini amat mudah dan straight forward... kerana pada tanggal 17 Mac 2018 buat pertama kali mendarat di Indira Gandhi International Airport.... jam 10 malam sampai.

Jadual Ringkas Perjalanan kami di New Delhi.

Hari pertama 17 Mac 2018 (tarikh dan waktu India)

 10.00 malam mendarat di airport New Delhi... (Indira Gandhi International Airport).
     - Kami dijemput oleh Bhati (kawan kepada agen Ali)... sepatutnya Ali yang datang ambil dan bertolak ke Agra.

Hari Kedua 18 Mac 2018
4.30 pagi sampai di hotel Agra. Menginap di sini dengan satu bilik 2000 rupee (RM128) dengan satu bilik 3 orang.
 10.00 pagi kami mula bergerak untuk ke Taj Mahal... tujuan kami ke Agra ini adalah untuk melihat Taj Mahal je... iaitu Trade Mark India... 
Kami di nasihat oleh Bhati (driver kami) untuk ambik tour guild ke Taj Mahal, kerana terlampau ramai sangat "ulat-ulat" yang cuba nak jadi tour guild kami... so langkah terbaik biar Bhati yang pilih sendiri... lagi pun kadar upah pun dalam 500 - 1000 rupee sahaja. 
(sebenarnya tak pakai pun tak apa... tetapi pertama kali kan... next time, noneed lah). Lama juga kami di tapak Taj Mahal tu.. adalah dalam 3 jam.. puas bergambar... terlampau ramai sangat orang. 
1.00 tghari waktu India, kami lunch.... kat master Chef... harga boleh tahan la... yang penting bersih.
3.00 ptg..kami di bawa oleh Bhati ke tempat menghasilkan replika barang2 yang di perbuat daripada batu marmar seperti Taj Mahal (Kononnya lah)... dan replika Taj Mahal.
... dan selepas itu dia bawa pula ke kedai yang jual pakaian.
5.00 ptg kami dah mula bertolak ke New Delhi... perjalanan memakan masa 4 jam...

Hari Ketiga 18 Mac 2018
7.10 pagi Waktu India Flight to Srinagar.


Agak teruja bila sampai ke Agra... salah satu tempat idaman MCo juga sewaktu waktu dahulu... keinginan ke Agra melebihi keinginan ke Jepun lagi... MCo mahu menyelami sendiri sejarah keTamadun Islam di India ini dengan rasa mata sendiri.


Jom kita terokai gambar-gambar yang menjadi subjek utama perjalananan kami di Agra, India.


..Cinta... Taj Mahal - Mumtaz Mahal - Shah Jahan - Agra - India... ini lah word yang utama bila datang ke sini... Taj Mahal ini telah menjadi symbol kepada India itu sendiri... kata orang... sape-sape yang datang ke India tetapi tidak kunjung ke Taj Mahal maka dia sebenarnya-benarnya tidak berkunjung ke India.... 
Gambar yang di ambil sendiri oleh MCo... bukan "dicedok" daripada Internet.... MCo tidak mahu bercerita panjang dan gambar yang banyak tentang monumen gah ini... sebab ada ratusan ribu gambar seperti ini di internet.

(kalau perhati - empat2 menara Taj Mahal ini tidak menegak 90 darjah... dan ia memang di cipta seperti itu dan unik)



Oleh kerana kami hanya fokus kepada Taj Mahal sahaja... maka gambar-gambar di bawah adalah secara rawak dan hampir keseluruhan hanya di sekitar Taj Mahal... dan penceritaan seterusnya adalah berdasarkan gambar-gambar....


MCo tak perlu cerita banyak sangat tentang Taj Mahal, sebab info ini memang ada banyak dalam "google"... dan lain-lain... 
Beratur untuk beli tiket ke Taj Mahal.... lepas beratur beli tiket...kena beratur nak masuk ke ruangan Taj Mahal pulak nanti.
 Dah lepas sessi kedua... nak masuk sini kena check security pula... (MCo) tak sempat snap.. macam kawalan nak masuk boarding kapal terbang... lighter, pisau atau benda-benda tajam tak boleh bawa... kena buang... nasib baik air dibenarkan....
Pintu utama nak masuk ke ruangan atau lapangan besar Taj Mahal.... jom masuk.....
Nah... masuk dah... ramai lah orang.. nak ambik angle untuk ambik gambar macam ini pun susah...

Cuba mencari ruang dan angle yang sesuai dan fokus untuk snap gambar Taj Mahal... kadang-kadang kecantikan gambar tidak bergantung pada kamera sangat tetapi angle dan last edit tu mungkin mempengaruhi kecantikan gambar... tapi MCo tak edit pun... cuma pakat muat je...
Bersama touris guard ni... yang memang dipilih oleh Bhati untuk kami.... sambil-sambil dia bawa kami jalan kat sini... dia pun ada cerita-cerita lah... tapi apa-apa pun... ambil tour guard ni ibarat sedekah je kat dia... sebab sebenarnya tak perlu pun...

Bani sedang merakam gambar MCo... pilihan MCo untuk dia jadi camera man... hehehe..
posse istimewa MCo pada mereka mereka... bukan nak menunjuk tapi nak "bakar" diaorang supaya datang sini... kalau ada peluang...tak rugi...hahahaha
Asyik bergambar solo je... nak sekarang bergambar cukup korum... iaitu Rosdi.. Amirul.. Yie Sanah, Sam, Bani dan MCo....  gambar buat kenangan untuk semua....
ini Mode normal berbanding gambar pertama mode "potrait"... kena ambil gambar standard.... untuk kenangan kekal di sini....
Yie Sanah kata... mai tunjuk atas ke aku belaka.... pelakon utama dalam perjalanan ini... sebab..di India Bhati ambik dengan berpandukan nama "Yie Sanah"... satu-satu nama orang susah nak sama dalam dunia... hahahaha kalau letak nama MCo kan..ramai plak... so pakat tunjuk lah ke Yie Sanah... tapi MCo layan pun dok..hahahahaha
Tapi yang penting ialah... bertapa indahnya hidup ini bila tiada wifi.... kalau tak, masing-masing pakat tengok handphone je.... bergambar pun secara paksa...hahaaha

JOm kita Menghampiri Taj Mahal

Nak mendekati Taj Mahal ni... amat teruja... maklumlah salah satu keajaiban dunia... maka pihak kerajaan India sangat berhati-hati dalam penjagaan monumen ini... jom kita tengok lebih dekat...

Beratur nak masuk... ini penduduk tempatan.. .tapi kami lalu je... buat-buat tak tahu.. priority utama kan... 
kalau di perhati dengan teliti...setiap orang kena pakai pembalut kasut.... demi menjaga dan mengekalkan lantai Taj Mahal... tak "hausss" lah lantai.. atau kotor..
Gambar di perkarangan pintu masuk utama Taj Mahal, kelihatan ramai yang beratur nak masuk dan tengok sendiri bagaimana rupa Taj Mahal daripada dalam. Walaupun panas.. tapi lantai sejuk....
Pintu masuk utama Taj Mahal..... 
Pintu belakang Taj Mahal... seperti pintu depan... dihiasi dengan Khat Al-Qur'an....  yang membuktikan dengan jelas ketamadunan Islam di India....

Belakang Taj Mahal...ramai je orang duduk bersila, baring, mengiring di sekitar bangunan ini... cuma cari yang terlindung dengan kena cahaya matahari.... lantai pula tu..sejuk...
Kiri kanan Taj Mahal ada bangunan merah di belakang tu...samada pada gambar atas yang MCo duduk tu..atau sebelah kiri Taj Mahal...sebenarnya gambar atas tu ialah Masjid.... dan memang ada orang sembahyang Jumaat di situ....dan khas untuk penduduk Islam sahaja.... dan kat dalam Taj Mahal sendiri, yang jaga pun muslim.
Yamuna River... belakang Taj Mahal.... yang pasti sungai ini mesti jalan utama sebelum adanya jalan raya kini...
Pandangan gambar Sungai Yamuna di sebelah barat pula... yang atas tu gambar dari arah timur. 
Gambaran dataran belakang Taj Mahal... ramai yang berkumpul sini sebab teduh.... dan merupakan pintu keluar.


Gambar Dalam Taj Mahal 

Tak banyak kami snap gambar di dalam Taj Mahal ini... cuma ada lah sekeping dua...
 
Cuma replika pusara Mumtaz Mahal.... pusara sebenar adalah di bawah... tapi yang menariknya batu marmar tu... seperti transparent... bila di suluh dengan touchlight, ia seolah-olah menembusi ke belakang... dan di dalam ini suara yang bergema... kalau laung azam... Allahu Akbar... akan bunyi Allahu Akbar berkali kali.... dan satu lagi... walaupun bertutup.. tapi boleh merasai angin daripada luar.... menarik senibina ini.


Ramai weehh nak masuk... cuma pusing pusing pusara ja..lepas tu keluar... keluasan pun... tak sampai 800kp pun (untuk laluan tu)...
Salah satu corak dalam Taj Mahal... tapi buka itu yang MCo nak tunjukkan sebenarnya... kalau tengok betul-betul... batu marmar tu...dah macam "berdaki"... sebab terlampau ramai sangat pelancong pegang... dengan tangan kotor...berpeluh... oleh itu... kerajaan India dan buat lorong khas dan berpagar..supaya pelancong tidak lagi boleh sentuh dinding marmar Taj Mahal ini...

Macam senibina moden... sangat halus dan teliti...






Luar dan Perkarangan Taj Mahal


Bangunan sebelah Barat Taj Mahal...
Gambar daripada bangunan sebelah kiri (Timur) Taj Mahal (Masjid).... agak kotor lantai...dan tidak dijaga.... tapi ada je orang solat di sini... yang sedihnya... ruangan solat tidak dapat diguna sepenuhnya... kerana lantai berdebu... dan ada yang non-muslim masuk dengan tidak menutup aurat... walaupun bangunan ini lama dan bersejarah.. .Masjid tetap Masjid... ia tetap bangunan suci, dan lebih suci daripada binaan Taj Mahal itu sendiri.
Ruangan solat, ruangan imam, dan mimbar tempat khatib membaca kutbah Jumaat...
Gambaran Taj Mahal daripada dalam Masjid... tak tahu lah...adakah Shah Jahan pernah solat di dalam Masjid ini....?


Walaupun banyak MCo snap gambar di sini... tapi MCo saja nak tunjuk... kat belakang MCo tu.. ada macam kolam...sebenarnya itu lah tempat berwudhu... jika nak solat.. MCo terpaksa letak gambar ini kerana, tiada gambar yang MCo fokus betul-betul pada kolam tersebut.




Makan Tengahari di Master Chef


pintu masuk ke restoran bawah hotel...
Sibuk pilih makanan... tengok menu... lepas tu minta password wifi....
Sempatlah MCo bergambar dengan mamat tinggi ni... sambil ambil order makanan...
Pintu luar restoran... haixx tak nampak macam restoran pun.... 
kat luar ni pun ada budak-budak yang jual souvenir... minta sedekah pun ada... 
Gambar-Gambar Lain


Posse istimewa Bhati kepada kami... ini lah driver merangkap agent kami yang Ali hantar.... boleh speaking English... kalau guna khidmat dia... boleh lah cam dia masa dia datang fetch kat airport nanti... kan?

Tiket untuk masuk ke Taj Mahal.... dengan harga 1000 rupee dan di bekalkan dengan pembalut kasut

Gambar belakang Tiket... untuk warga asing... tiket di tebuk seperti ini.. kalau orang tempatan mereka akan koyakkan tiket tu di tengah-tengah.
 Inilah pembalut kasut yang MCo maksudkan tu... setiap orang nak masuk Taj Mahal kena pakai ini..
MCo sempat lah bergambar di sign ni.. Indira Gandhi International Airport, India
Amirul sempat berselfie di Taj Mahal... yang special gambar ini just nak tunjuk betapa ramai juga orang tempatan yang beratur nak masuk tengok dalam Taj Mahal ini... tapi kami warga asing yang beli tiket dengan harga 1000 rupee ada priority utama untuk masuk tanpa beratur... 
 
Ni dalam perjalanan daripada Agra ke New Delhi... sempat jumpa signboard ini... turun dan bergambar... sebagai bukti kepada orang kampung kan... dok lah kata gambar edit..
dari kiri: Bani, Amirul dan Sam. 


 
Biasa Bani lah yang jadi mangsa MCo untuk tolong ambik gambar MCo.... kan dia orang yang teliti dalam ambik gambar orang lain....

 Nak tak nak...terpaksa juga ada entiti asing di gambar MCo... sebabnya susah nak cari tempat dan lokasi yang tak ada orang....
Tengok gambar ini... berpusu-pusu yang datang... nak cari angle yang tenang pun susah... dengan kata lain..nak ambik gambar tu terpaksa berkongsi dengan orang lain....


 Bergambar sekitar pekan berdekatan dengan Taj Mahal.
 Original size... gambar yang mendamaikan yang penuh dengan ketamadunan Islam.
Map ringkas dengan kedudukan setempat Taj Mahal

Dikira, MCo agak berpuashati dengan perjalanan kali ini... tidak perlu gusar... walaupun banyak khabar kurang enak di New Delhi di dengar samada daripada laman sosial dan dengan orang-orang yang pernah menjejak kaki ke sini... tapi Alhamdulillah... tiada apa-apa yang tidak diingini berlaku buat kami... walaupun adalah yang kena tipu, tapi tak seberapa....

sebagai pedoman.. adalah rakan MCo ini.. membeli barangan yang dijual oleh budak-budak seperti magnet freeze dan lain-lain souvenir... kerana terlampau gopoh, sehingga bagi duit dengan note besar (2000rupee) tanpa ada baki... padahal harga dalam 200rupee sahaja... jadi dah rugi 1800rupee..
maka berhati-hati lah bila membeli belah.. jangan kelam kabut... tapi slow and steady...
Gambar travel agent yang boleh buat visa ke India... location nya depan Masjid Sultan Ahmad Shah Kuantan, Pahang.

 
Tips dan Info

  1.  Mata Wang India di sebut "Ruppe" dengan memfokus Mahatma Gandhi.
  2. Pada tarikh ini... nilai tukaran RM dan Rupee ialah... bersamaan 100rupee = RM6.40 atau RM10 = 156rupee (lebih kurang).
  3. Depart from KL 7.00 pm.. arrive New Delhi 12.45 am (next day - waktu Malaysia) Manakala waktu India 10.00pm - Malaysia mendahului waktu jam selama 2jam 30 minit.
  4. Tuk tuk India tambang boleh dapat semurah 50 rupee atau bersamaa dengan RM3.20
  5. Airport Indira Gandhi New Delhi tiada wifi free macam airport KLIA2.
  6. Airport Indira Gandhi ini juga tidak boleh masuk sesuka hati.. beberapa jam nak boarding baru boleh masuk dengan tunjuk tiket atau boarding pass.
  7. Sim Card telefon di New Delhi (jika beli) tidak boleh diguna pakai di Kashmir.
  8. No Telefon Bhati 009210 725 326
  9.  No Telefon Ali +9195298 88762  mana-mana nak tour di Agra boleh lah contact dia ni... 
  10. Kebanyakan Indian boleh berbahasa Inggeris... so tak perlu kekok sangat lah... 
  11. Tandas di airport New Delhi biasa di tandai oleh gambar lelaki untuk tandas lelaki dan gambar orang perempuan untuk tandas wanita.... (gambar muka) 
  12. India memerluka visa untuk melancong ke sana. visa bagi pantai timur buat di Kuantan dengan kos RM267 (all in) termasuk gambar dan isi form (kalau nak isi form sendiri diskaun RM20)... tapi di KL hanya RM200 sahaja. No telefon personal incharge travel agent di Kuantan : 016-935 3659


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...