Tuesday, February 11, 2014

KOREA WINTER (KOREA MUSIM SALJI)

 Perjalanan Yang Menyeronokkan.
(Jangkaan musim salji di Korea ialah Akhir November - Akhir Februari)

Perjalanan ke-2 MCo kali ini agak teruja daripada perjalanan MCo ke lain-lain tempat, kenapa? sebab ini lah kali pertama MCo melawat di tempat yang dijangka ada Salji. Walaubagaimana pun, MCo tidak akan bercerita secara terperinci lagi, memandangkan MCo dah "detailkan" berkenaan Korea pada perjalanan yang lepas. Cuma bezanya, dahulu MCo "arrive" daripada KL di Busan, dan ke Seoul melalui KTX (Korea Train eXpress), tapi kali ini MCo langsung ke Seoul - Icheon International Airport. Melalui Icheon airport ambil Airport Railroad menuju ke Seoul Station, sebab MCo masih menginap di tempat sama di Seoul Backpackers.

...Dan kali ini, MCo akan dan hanya mengetengahkan gambar2 sahaja dan secara rawak, tidak disusun, bertindih, dan sememangnya tidak mengikut kronologi...dan satu lagi, gambar ini mungkin akan di tambah lagi..melalui kamera kawan2 yang hadir bersama...

---secara ringkasnya, plan asal, pergi dua orang, tarik diri seorang, dan di saat akhir, ada kawan mahu ikut di saat genting itu.... jadi MCo masih ada kawan untuk ke Seoul kali ini... iaitu Azmi dan Izhar Halkie atau Aki.

namun bergitu...ada yang kurang menarik sebabnya, MCo datang ke Seoul ini ke tempat yang sama seperti yang lepas....sebabnya tidak cukup masa. Antara tempat yang MCo/kami pergi ialah, Insa-dong, Dongdaemun Market, Pulau Nami, Namdaemun Market, Myeong-dong, Namsan Park (N Seoul Tower), Itaewon, Gyeongbokgun palace, Nat'i Folk Museum, Gwanghwamun Square dan sekitar Seoul Station.

Jadi biar MCo ringkaskan sedikit perjalanan MCo.

7 Februari 2014

Bertolak daripada LCCT  8 pagi dan sampai di Icheon Airport pada pukul 3.25pm (Waktu tempatan), dan terus ambik Airport railroad to Seoul Station, (Mengambil masa dalam 50 minit hingga 1 jam). Daripada Seoul Station boleh naik Metro line no 4, berhenti di stesen Hoehyeon atau berjalan kali (exit  no 8)...dan macam biasa terus check in Seoul Backpackerks. untuk detail boleh klik sini. map seoul backpackers atau location  

Malam kami ke Insa-Dong kononnya nak cari market....tetapi tak jumpa....nak pergi ke sini daripada Seoulbackpackers. ambil line no 4 di stesen Hoehyeon dan menuju ke Danggogae tetapi turun di Chungmuro dan naik line no 3 menuju ke Daehwa dan turun di hentian Jongno3-ga exit no 5 dan 4 atau lain2 jika kehendaki. Oleh kerana tiada apa di sini, MCo memutuskan untuk pergi ke Dongdaemun Market, di mana tempat menjual kain dan baju serta sourvenir. kalau dari hentina line no 3 Jongno3-ga ni... boleh ambil line no 1 dan menuju ke Soyosan dan berhenti di stesen Dongdaemun. boleh keluar pintu no 9 atau 8.

daripada Dongdaemun ni..nak balik ke Seoulbackpackers mudah sahaja, ambil je line no 4 dan menuju ke Oido dan turun di hentian Hoehyeon.
selesai lah perjalan kami pada malam itu.

Hari ke-2, 8 Februari 2014

Pagi kami pergi ke Pulau Nami. cara nak pergi, boleh rujuk Post MCo yang lepas, tapi biarlah MCo cerita secara ringkas. daripada Stesen Seoul ambil line no 1 dan menuju ke Icheon dan berhenti di Yongsan dan ambil ITX (tiket boleh di beli di kaunter atau mesin vending tiket, dengan harga won4,100 (lebih kurang RM13) menuju ke Gapyeong station.
Nami Island...memang berbeza dengan musim autumn, sekarang salji, sangat sejuk..suhu pun MCo tak dapat nak jangka tapi mungkin -5 c. kot.. merata tempat penuh salji yang memutih. Kami tidak mengambil masa yang lama di sini...tengahari kami dah balik ke Hoehyeon. Petang kami pergi ke Namdaemun Market...beli souvenir....
Malam yang menarik sikit...sebab MCo nak pergi ke tempat paling "berkuasa" di Seoul iaitu Myeong-dong.. kami bernasib baik kali ni...sebab salji turun agak "lebat"..memutih...walaupun jangkaan tiada salji pada minggu MCo pergi ni...tak sampai 1 jam.... daripada jalan yang kosong... penuh dengan salji di jalanan.....menarik...dan ini lah MCo akui, pertama kali menyentuh salji yang jatuh dari langit...hehehe...lembut dan halus. Suhu...tak leh cakaplah..memang sejuk giler...sehingga MCo yang pakai sarung tangan yang tebal pun boleh sakit2 tangan.

Hari ke 3, 9 Februari 2014

Pagi, kami pergi ke Gyeongbokgung Palace..... dengan tiket won3,000 (RM9.00)...dan bersebelahan Gyeongbokgun palace tu ada Nat'I Folk Museum, dan Gwanghwamun Square.... besar juga dalam Istana lama ini... yang dikatakan telah wujud sebelum kesultanan Melaka lagi.... ia dikatakan di bina pada tahun 1300.
Petang. Kami pergi ke Namsan Park di mana terletaknya N Seoul Tower dan juga "kunci cinta" tu....

Hari Terakhir, 10 Februari 2014

Sebenarnya semua jadual berubah.... mana lotte world? mana Trickeye Museum, mana Everland? Hari ini, pagi kami tidur ja...hahaha... lepas tu jam 10.30 pagi (waktu tempatan-kalau waktu Malaysia ialah 9.30pagi) dan kami terus ke Seoul Station dan ambil Airport Railroad dan terus ke Icheon Airport dan perjalanan macam biasa perjalanan mengambil masa 1 jam.

oklah itulah secara ringkasnya....dan jomlah kita tengok gambar pula.....

...sekali lagi...gambar ini ada secara rawak sahaja..

bermula dari rumah.... nak pergi tempat sejuk..kena ada 2 benda ni..losyen dan pelembap bibir...bukan wajib tetapi langkah awal..persediaan tu....
my boarding pass...from KL (LCCT) to Icheon Airport, Seoul, Korea...

 Mula Melangkah untuk ready cop passport... ke arrive hall... welcome to Seoul.....
Malam..Kami ke Dongdaemun Market....berlatar belakangkan Shopping Complex.. malam tempat ni tutup awal..dalam pukul 10 pun dah tutup....


gambar malam di Insa-dong....dalam khemah tu ialah kedai makan..hehehe...kat Insa-dong atau korea ni  memang terkenal dengan makanan....tapi nasib lah...kerana bukan halal...so MCo tiada banyak pilihan....
Aki dan Azmi sedang beli souvenir di pasar Dongdaemun, di mana kat tempat MCo shopping dulu...masa kali pertama datang sini...
nampak mcm kipas....tapi inilah kipas heater...hehehe..oleh kerana di luar suhu sangat sejuk, kebanyakan kedai2 di Seoul ada mempunyai benda ini.... untuk memanaskan dalam kedai....
dua keping gambar... MCo bergambar di pintu gerbang Dongdaemun (Heunginjimun)....
MCo bukan check in ni...tapi... saja tanya plan nak pi mana-mana...ini hari pertama..dia pun tak tahu pun nak suggest mana pun.. balik-balik MCo yang bagi cadangan, dan dia bagi pendapat...

Sempat lah MCo bergambar dengan dia...alamak lupa nama dia..rasa-rasa LIM, dan pada bendera tu, ada dia suruh semua guest tulis nama, dan asal daripada mana...dan MCo pun di suruh tulis juga....From Malaysia.
Inilah makanan yang di bawa oleh MCo.. berlambak-lambak, macam nak pi seminggu... tapi yang penting ialah sardin untuk makan dengan nasi.
....Dalam boat ke Nami Island....ketika ini atas boat tidak dibenarkan naik...so kena duduk kat dalam ja...

Gambar di Namimura Repbulic

..Yang ini, MCo tidak mahu bercerita panjang, cukup sekadar koleksi gambar MCo di Pulau Nami, sebab nak cerita pun, semua keadaan sama...

...Macam lepas-lepas ini lah tempat MCo bergambar dulu...
Bagus...kali ke 2, MCo sampai di sini, satu tempat memang cantik dan kalau pi banyak kali..boleh pergi lain-lain musim... yang pasti tunggu musim bunga pula...
Ruang pertama di Nami Island.....
Azmi dan Aki..tak ketinggalan bergambar di "padang" di Nami Island...dulu masa MCo datang sini, padang rumput yang menghijau... sekarang penuh dengan salji...agak tebal juga lah....
pertama kali memijak atas sajli...ermm rasa malu bila menceritakan ini penuh teruja, bagi yang tak pernah rasa.. mungkin ada sedikit cemburu, jika yang selalu sangat pergi keluar negara bermain salji tentu kata MCo ini eksemm lebih...lebih sudu dari kuah....tapi MCo tak peduli, sebab ini lapangan MCo, maka MCo ceritalah pengalaman MCo.. orang lain, biarlah orang lain punya cerita....
Salah satu gambar yang MCo snapkan...salji di daunan di Pulau Nami... sentuhan salji...sejuk, lembut, dan yang pasti memutih.... hehehe

Ingat....gambar ini dulu...MCo ambik ketika autumn dulu... sekarang dah bertukar musim ke winter... jalan tu sebenarnya asalnya putih tetapi dah jadi laluan maka, ia dah bercampur tanah...
Salah satu lorong yang MCo tak jejak masa pergi ke Nami yang lepas...so hari ni, MCo tak lalu juga...tapi cuma bergambar ja.... kedai makan tu.... hehehe bukan kat kampung Konoha tu...
salah satu suasana di pulau Nami....memutih penuh dengan salji....
di Nami Island...ada promosi Pulau Langkawi, sebab tu ada banyak bendera Malaysia di situ...dan untuk pengetahuan, Korea ni, terutama di Pulau Nami, dah ramai orang Malaysia datang... kerana hebahan dalam blog-blog, dan juga info pelancongan korea.




tak banyak MCo nak ceritakan pasal gambar di atas tu...tapi biarlah ia jadi kenangan bagi MCo,...tapi ramai juga yang datang ke Pulau ni..kebanyakan pelancong daripada China dan Jepun....tapi, ada juga terserempak satu group daripada Malaysia...tapi MCo tak follow lah... MCo tak pasti, pakej diaorang ambik tu daripada Malaysia atau daripada hotel di mana mereka menginap tu...
Azmi pun tak lepas peluang nak bergambar...ala-ala winter sonata...hahaha...cun

Great timing oleh Azmi ketika snap gambar MCo, seolah-olah dia sedang bergambar dengan MCo, sebenarnya.. perempuan kat tepi tu bukan selfie..tetapi sedang bercakap atau seolah-olah webcam, tapi rasa2 dia sedang merakam videonya sendiri...

Masa ni memang sejuk giler... pakai sarung tangan pun, tangan masih sakit, seperti di rendam dalam ais... dengan seluar jeans masih tidak dapat bertahan...baju MCo pakai 3 helai... t-shirt...dan 2 helai baju sejuk...


bergambar kami berempat.....gaya macam artis tu...hahaha..lawak lawak... awek si Kim Soo yang ambik gambar ni...
Alang-alang ambik gambar...biarlah 2 keping...kan ...gaya mesti mantap...kata kawan MCo Tan Sri Abdul Patah..".gambar sahaja tak best....setiap gambar mesti lah di susuli dengan kata-kata"..tapi malangnya MCo tak lah pandai sangat nak berbunga2 ni.. Terima kasih lah Tan Sri kerana selalu mengikuti Blog MCo ni....hehehe...
MCo melaritkan nama sendiri pada salji ni...dahulu MCo suka laritkan nama seseorang.....tapi kali ini, biarlah MCo sendiri untuk diri sendiri...
i'm free... u held me down, but i got up...hehehe...
bab kata Aki...apa guna datang kat tempat salji tapi tak main salji... hahaha jom kita main baling-baling....apa lah guna...aku kaut dulu.... last2 MCo juga yang kena...selama ni tengok dalam tv ja.. mereka mereka main salji..now giliran MCo pula...jangan jeles wooooii....


MCo pun tak tahu nak kata apa...seronok tu memang seronok...bukan saja nak bermain-main tetapi sekadar memanas badan.... tapi tunggu... gambar dari camera kawan..nanti boleh upload gambar yang MCo meluncur salji...hahahaa...tapi dengan pelampung ja lah...
Ini lah bentuk salji..di tepian kat Seoul Backpackers... lembut dan sejuk...tak cair lagi walaupun hari kedua tiada salji...suhu memang sejuk...bercakap pun keluar asap... ermm...gambar ini sebenarnya pada hari ke 3 di mana semalam turunnya salji....tengok lah gambar di bawah nanti....
Malam pada hari ke 2..kami berjalan-jalan ke Myeongdong... kebetulan hari tu turun salji... tengok lah jalan dah memutih baru beberapa minit... ini kira "hard snow"....malam dan salji....sejuk sangat-sangat...
Hari ke 3 sebelum berangkat ke Gyeongbokgung...tengoklah dibelakang tu...salji yang turun semalam.... walaupun hari ke 3 tiada salji turun...tetapi yang ada atas jalan tu tak cair2 juga......sebab suhu...
Aki, Azmi dan MCo bergambar dalam boat balik daripada Nami Island..

Sedang tunggu ITX stesen Gapyeong nak balik ke Yongsan....
Hari ke 2 MCo bersedia nak berangkat ke Pulau Nami..pagi ni..kelihatan salji turun, tapi cuma "light snow" ja... bila ambik gambar, adalah nampak sikit...tengoklah disebelah kanan MCo, di atas tembok rendah tu..tiada salji kan...di gambar atas MCo ada cerita kan bentuk salji...itu lah tempatnya...
Next..tak tahu nak menginap lagi di SB ini...tetapi dia dah bagi special price kepada MCo...harga untuk orang biasa won75k.. tetapi dia bagi kurang kepada won70k.. untuk 3 orang satu malam...bila masa check in, dia potong lagi won5k..jadi MCo cuma bayar won65k untuk satu malam...jadi setiap orang ialah dalam won21k..kalau dalam rate Ringgit lebih kurang RM63 seorang.


Di post yang lepas, MCo ada ceritakan ada seorang owner kedai cenderahati yang pandai bercakap bahasa Melayu/Indonesia...kali ini MCo pergi lagi ke kedai dia...dan bergambar lagi...Aki dan Azmi pun tak ketinggalan nak bergambar tu...(untuk terperinci berkenaan kedai ni..boleh rujuk post yang lepas atau klik sini....korea kali pertama
Malam pada hari ke 2 masa nak pi Myeongdong... seperti yang diperkatakan...masa baru nak pergi..salji dah turun dengan lebat tu... MCo pakai sarung tangan yang dibagi oleh Nazira.. di katakan boleh menahan suhu mencecah negatif 30 darjah cercius... tapi jari masih sakit kerana kesejukan.. rasa2 malam tu tak ramai orang sebab sejuk...kami bertiga yang hulu darat ni je yang kuar main salji...hahaha

GyeongbokGung Palace


Gyeongbokgung(경복궁), juga dikenali sebagai Gyeongbokgung Palace atau Gyeongbok Palace  merupakan Istana Raja yang terletak di Utara Seoul. Ia dibina pada tahun 1395 yang lalu...namun bergitu ia dikatakan telah musnah dan terbakar hampir 3 kurun yang lalu...dan ia dibina atau "reconstructed" balik pada tahun 1867. Ia terdiri daripada 5 Istana Besar dan ia sebenarnya didirikan pada zaman pemerintahan Dinasti Joseon.
Mengikut sejarah, pada awal abad ke 20, kebanyakan Istana ini musnah lagi akibat pencerobohan Jepun. di ringkaskan cerita la..tapi ia dibaikpulih dah akhirnya pada tahun 2009 hampir 40% semua bangunan yang musnah itu kembali pulih dan dijadikan salah satu tempat pelancongan utama di Seoul.



Dalam halaman Gyeongbokgung palace...setelah masuk pintu kedua. dalam istana.. halaman pertama masuk ke istana ini tak perlu bayar...bila nak melepasi pintu ke dua tu yang perlu bayar.....
inilah bentuk tiket kalau nak masuk Gyeongbokgung....keratan ni hendaklah disimpan...sebab istana ini luas...anda mungkin tidak tahu bila dah keluar pintu belakang terutama tepi museum (Nat'l folk museum)...bila nak masuk balik ke istana tu...kena tunjuk keratan tiket ni..... kadar bayaran seorang ialah won3000.
Melepasi pintu ke 3.. hadow ada berapa banyak pintu daaa istana ni...besar... 1 hari pun tak lepas lagi nak jalan.. tempat menarik, dan salji memutih tu...


Bahagian lain dalam istana.... alaa MCo tak tahu nak cerita macamana.... besar beb...
possing biasa...hehehe....sebenarnya setiap bangunan dalam istana ni ada nama-nama tersendiri tetapi MCo malas untuk mencari info....sebab sebenarnya info tentang bangunan2 dalam Gyeongbokgung ini banyak dalam internet...
Pose istimewa MCo kepada orang yang dirindui kot...hahaha jiwang sikit.... no lar... winter always in my heart...sebab ini lah kali pertama MCo menjejakkan kaki di atas salji.... mungkin akan datang ada lagi...tapi this is my first time...
1...2...3...
Ini bukan tembok kampung cina tahu...hahaha... ini Gyeongbokgung....bukan senang nak datang sini.... datang lewat...silap2 dah tutup..walaupun ada kata pukul 4, atau pukul 5...tapi yang sebenarnya pukul 3 petang dah tutup..buka plak pukul 10pagi... semua tu perkiraan waktu tempatan...

sekadar gambar kosong...kosong putih dan bermakna... gambar kosong yang penuh dengan salji yang memutih... gambar yang disnap dalam istana Gyeongbokgung...tengoklah...lapangan yang tak dicemari oleh tapak2 kasut pengujung lagi...nak bagitahu bahawa ada lagi tempat di dalam istana tu tak dijelajahi oleh pengujung...bertapa besar dan luasnya kawasan istana ni...

satu lagi posse MCo yang telah dimuat turun dalam facebook.... hehehe... latar belakang yang menarik...
Lakaran dan keluasan istana Gyeongbokgung ini....tengoklah istana ni...besar beb.... walaupun ia dibina lebih seribu tahun dulu.... tapi penuh dengan susunatur yang kemas...

The National Folk Museum... biasalah...MCo ni bukan minat sangat benda-benda antik camgini so, bagi MCo agak boring juga lah masuk dalam museum ni..tapi ambik syaratlah... memandangkan dah sampai sini... satu lagi pesan orang...alang-alang dah datang tu....masuklah..nak tunggu lain kali datang lagi...entah bila lah... tunggu honeymoon lah..wakaka....
Dua keping gambar yang berlatar belakangkan bangunan Museum tu...
Masa di luar bangunan museum tu..sempatlah suruh amoi yang lalu untuk snapkan gambar kami bertiga ni...

Dalam post yang lalu, masa MCo datang sini, pegawai penjaga pintu ini...selalu berubah, maksud MCo ialah pakaian mereka...
Kali ini..sebenarnya... MCo beruntung... ada 5 orang semuanya..2 kanan, 2 kiri..dan 1 di tengah.. ketua mereka agaknya.
siapa kah mereka sebenarnya ini? mereka adalah Royal Guards of Gwanghwamun. dan mereka tidak bergerak sedikit pun..tapi masih boleh bergambar di tepi mereka...namun bergitu, setiap jam, mereka akan membuat satu kawad khas dalam lingkungan 5 minit....

MCo bergambar berlatar belakangkan Gwanghwamun Gate Gyeongbokgung Palace... sebenarnya MCo hendak ke Gwanghwanun Square di mana terletaknya 2 patung besar.. jom kita tengok.....
MCo bergambar yang berlatar belakangkan Patung "King Sejong the Great" yang merupakan raja ke 4 dan paling dihormati dalam Dynasti Joseon, Korea...
Inilah gambar sebahagian Gwanghwamun Square...

MCo tidak lepaskan peluang bergambar yang berlatar belakangkan Laksamana Yi Sunshin. General Yi Sunshin ini dikatakan orang yang mengetuai angkatan perang laut menentang Jepun pada tahun 1592 - 1598 dan di anggap wira oleh warga korea.
Royal Guard of Gwanghwamun yang berpakain warna merah...nampak garang gitu...
Gambar ini bukan di Gyeongbokgun tetapi di Namsan Park dekat Seoul N Tower. Gambar ini tiada dalam post MCo yang lepas, kerana waktu dulu, MCo pergi pada waktu malam, sekarang siang, jadi boleh ambik gambar dengan terang, Love pad Lock.. apa tu? tengok lah bertapa banyaknya kunci pasangan kekasih yang lekatkan di sini..sehingga menjadi pokok...ia merupakan kunci cinta, kononnya pasangan kekasih, suami isteri ke, kunci cinta mereka disini, mudah-mudahan cinta mereka tidak akan terlerai... itu lah kisah romantik cinta mereka..kononlah....
di kaki bukit Seoul N Tower, tengok atas tu... cuma nampak sikit sahaja atas Seoul N Tower.. ni MCo sedia nak balik ke hotel penginapan..sedang tunggu lift, dan selepas turun daripada cable car...apa-apa pun bergambar dulu....

Itaewon

Tempat ini boleh dikatakan antara tempat paling famous bagi warga asing terutama bagi yang beragama Islam, sebabnya, terdapat masjid, dan makanan halal, serta ramai pelancong daripada asia tengah, selain itu kebanyakan penjual, penjaja, kedai-kedai boleh berbahasa inggeris, i mean they can speak English...because they always communicate with foreigner.... haddoowww speaking plak ni....
Dua gambar di atas, kami bergambar dengan salah seorang "Tourist Informer"..dia hanya still di situ, bagus juga, dan layanan yang mesra. Kami bertanya dia, sebab nak tanya di mana Hardrock Cafe, tetapi katanya, dah ditutup tahun lalu, lalu dia pun bagi cadangan untuk beli souvenir, termasuklah kedai di bawah ni... Pacific Shopping.. sebenarnya di Itaewon ini sangat happening...dan kedai souvenir pun banyak...dan ramai orang asing yang lalu lalang di sini.
.
Kedai souvenir di Itaewon, harganya pun boleh tahan, murah dan boleh tawar menawar. nama Kedai Pacific Shopping. alamatnya #168-12 Itaewon-Dong, Yongsan-Ku Seoul Korea. telefon: (02)7963786 atau boleh call owner dia di 010-39913786 op!! ini bukan line Malaysia ok..tapi line Korea...hehehe

cara nak pi sini? mudah sahaja.. subway Line no 6. berhenti di Itaewon Station. dan ambik exit no 1. dan terus ke depan, (kalau ikut map - sebelah kiri).. (kalau nak ke Masjid Itaewon mesti exit no 3.


MCo sempat bergambar dengan owner "Pacific Shopping" ini... hah nama dia.. Kim Moon Jung. siap bagi business card tu... dia ni nampak macam kelakar sikit... tapi ingat...seperti petua lepas-lepas, beli barang mcam acuh tak acuh sahaja..dan harga yang diminta tawar tu, kalau munasabah, dia akan bagi juga akhirnya..


Inilah suasana di dalam kedai "Pacific Shopping"...kelihatan Azmi dan Aki sedang memilih cenderahati untuk orang-orang di Malaysia...banyak tu...tapi ada juga perasaan kesal sebab harga di sini lebih murah jika di bandingkan dengan Namdaemun market.... tapi tak semua juga murah....ada pro dan kontra...tapi sini jual baju made in korea, tak seperti di Namdaemun market, made in china.

 Time balik...singgah dulu beli kebab... kebab Turkey... halal... nampak macam sedap je...
 MCo sempat lah bergambar depan kedai kebab ni... Pasha....

Azmi kata..aku nak yang tu.... bab bab makan dia tak kisah mahal atau murah...janji kenyang dan sedap.. rate harga di sini paling kurang pun dalam won7000.... eermm no komen lah... kalau pergi tempat orang, nak makanan halal... terpaksa tanggung sedikit harga tu....

10Februari 2014 time to boarding from Seoul Train Station to Icheon International Airport.

MCo sempat lah bergambar depan statue kat Seoul Station ni.... sebelum balik..heheh
1 gambar candid yang di snap oleh Aki... heheehe
1 gambar yang 'standby' hehehe.. boleh lah...yang penting permandangan belakang tu....
Bangunan bersebelahan Seoul Station...
Inilah bangunan Seoul Station....di mana subway "bertemu" line no1, no 4, KTX, dan Airport Railroad.
uuhhh... MCo pun nak bergambar lagi... sebab, InsyaAllah, akan datang mungkin MCo akan datang lagi ke sini...dengan siapa? Wallahhua'lam....
Boarding Pass, selepas check in... ready to depart from Icheon International Airport to LCCT Kuala Lumpur...dijadualkan berlepas pada jam 4.05petang (waktu tempatan) tetapi delay 1 jam.. dan arrive KL dalam lingkungan pukul 11 malam (waktu Malaysia).



GAMBAR DARIPADA CAMERA - KAWAN

Post kali ini mungkin agak berbeza dengan yang lepas-lepas di mana kali ini MCo akan gabungkan sekali dalam 1 post daripada kamera kawan. Seperti MCo nyatakan pada awalnya, kemungkinan akan ada gambar yang sama, dan mungkin ada pertindihan, kenapa? sebab blog ini lah sebagai album MCo untuk menyimpan gambar-gambar, memandangkan bila simpan dalam PC, bila pc rosak, habis hilang...bila simpan dalam FB, dulu pernah buat, tapi FB kena block, semua hilang. (cerita akan di tulis berperingkat-peringkat)


Masa baru mula-sama sampai di Icheon International Airport, pada 7hb tu.... tengok ada screen tv...welcome daripada Malaysia... terbaeekk... gambar pun di ambil secara rawak ni....
Malam pada hari ke-2 ketika kami nak pergi ke Myeongdong...bermandikan salji ni....
berlatarbelakangkan deretan jualan di Myeongdong..kebiasaannya kalau anda datang ke sini... kalau bertuah ada pertunjukan...tapi malam tu tiada..mungkin dah lewat atau kerana salji tebal turun dengan banyak....

Selfie.... kami tiga orang dengan handphone Azmie..di Nami Island...
Pagi hari ke 2 untuk ke Nami Island....masas keluar daripada Seoul Backpackers ni... kelihatan salji turun halus-halus ja.... itu lah kali pertama tengok salji turun.... dalam camera memang tak nampak...tapi bila yang sebenar memang nampak dengan jelas sekali...tapi sangat halus lah...


2 keping gambar, MCo dan Aki bergambar dengan tuan kedai yang jual herba.... MCo beli coklat Gingseng... special untuk Mumy di Bingkor... boleh tahan gak harga tu.. dalam won5ribu...tapi dapat kurang jadi won4ribu...
jom kita bermandi salji dulu...hehehe banyak betul gambar ini... tapi yang penting enjoy....



Gambar di atas tu... ialah dekat dengan Migliore, CGV, jalan yang ada jualan malam-malam tu... seperti MCo nyatakan tadi...kalau bernasib baik mungkin ada pertunjukan di situ...seperti di Namsan Park... atau Gyeongbokgung...kalau bernasib baik, ada persembahan.... dan nak cakap tentang tu... memang masa kami ke Namsan Park, memang pun ada pertunjukan....macam style teater lah.... macam drama dan persembahan... tapi MCo tak snap dengan camera MCo...tunggu dalam camera kawan lah..hehe

Tiga gambar di atas tu ialah sebenarnya dekat dengan Namdaemun market, semasa nak balik ke hotel, singgah kejap beli kebab, cerita ini sama seperti MCo datang sini buat kali pertama, owner from Iraq, rate harga pun dalam won5ribu.... boleh lah alas perut tahan daripada lapar, biasa lah, kita orang lelaki ni, tak kisah sangat nak makan apa masa travel, yang penting enjoy dan kenyang... MCo dan Azmi manakala Aki tukang ambil gambar..hehehe...
Sekitar Myeongdong.... kebiasaan ramai lagi orang..tapi mungkin malam tu salji turun..jadi orang tempatan kurang..yang ada pun tengok macam warga asing..sama macam kami..

Sama seperti di atas, MCo tak bercadang untuk "remove" sekarang...tapi mungkin akan datang bila semua diselaras dan semua gambar akan di upload.

yeah..bagus..tu.... night market at Myeondong...
Sama macam di atas... MCo pun tak tahu nak kata apa dah berkenaan dengan gambar ini... zuupp..
masa permulaan perjalanan nak pi Myeongdong.. masa ni salji tak turun "lebat" lagi...tengok lah selepas 1 jam.. jalan ni penuh dengan salji....

Lagi gambar di Nami Island.


MCo dan Aki.... di bawah pohonan yang ada salji..macamana nak bermadah ni?hehehe
MCo dan Azmi di lokasi yang sama MCo bergambar dengan Aki...
Macam nak bertukar jadi power ranger ja...hehehe

Jom main salji dulu... "cekor" salji dulu... tengok rasa lembut...hahaha sebenarnya, bukan MCo nak "cekor" salji...tetapi MCo nak terjatuh sebenarnya tetapi sempat di snap oleh Azmi tu....
Merasa tidur atas salji.... sokmo-sokmo tidur atas tilam... atas rumput biasa dah..hehehe atas salji ini first time.... tapi tak basah juga kat belakang tu jika sekejap...
habis dah lakonan..jom bangun plak...
Rasa damai... lupakan masalah yang melanda....coooooolll.....
Sambungan daripada gambar di atas.. Aki pun tak ketinggalan nak bergambar depan kedai Kebab ni...sebagai bukti dia pun dah sampai sini juga..hehehe


tiga gambar di atas..di dalam Gyeongbokgung juga..tak semua dalam kawasan Istana tu bersalji..ada juga yang tidak......
hahaha..Azmi kata...cara bergambar ni sesuai untuk pasangan kekasih ja...hahaha, aaah lantaklah..asalkan bergambar tu biar ada gaya... tak lah kaku...hahaha tapi dalam bab-bab bergambar ni.. MCo lebih salut pada wanita...sebab mereka pandai dengan gaya.... mimik muka pun menjadi.. kalau lelaki? kaku je lah....

Masih di dalam Gyeongbokgung...tangan sejuk letak dalam poket baju...hehehe padahal, dalam tu juga ada maggi, bawa ke sini.. lupa nak pesan, dalam kawasan ni sebenarnya dilarang makan, tapi digalakan juga bawa makanan kot kot lapar..tapi time makan maka berhati-hati lah... paling kurang bawa lah air....
MCo dalam cable car, menuju ke Namsan Park di mana terletaknya Seoul N Tower...

Seoul Train Station... pada 10hb tu...time nak balik dah ni....

Gambar di bawah ni ialah semua gambar di Pulau Nami... tak banyak yang perlu MCo ceritakan sebabnya semua sama, dan gambar pun bertindih.... tetapi ia akan diremove selepas semua gambar di kumpulkan...













Roya Guard..... bagus lah tu kononnya..hahahaa.....




Fakta Menarik yang MCo perhatikan sendiri di Korea.
1. MCo tak pernah nampak orang Mengandung
2. MCo tak pernah nampak kanak-kanak..antara umur 4 tahun hingga 14 Tahun
3. MCo jarang nampak orang yang obesiti...maksudnya yang gemuk..kalau ada pun nisbah 1:1000
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...