Wednesday, April 28, 2010

ABAH DALAM KENANGAN DAN APA YANG TERSIRAT

setelah 7 hari pemergian abah ke rahmatullah. maka timbulah banyak kenangan, yang sukar di lupakan, dan yang hampir2 di lupakan teringat kembali. banyak kenangan dan banyak juga perasaan terkilan kerana banyak benda tidak dapat di hajati oleh arwah.

Kronologi Secara Rawak

27 april 2010 - diari abah, (tidak sangka, abah pun ada menulis diari). berkata. (secara ringkas). 21 februari 1977 "aku telah mendapat anak ke tiga bersama isteriku laila yang bernama muhamad farid, semoga sejahtera hidupnya sehingga akhir hayatnya". di bacakan oleh Dullah dan mek. sungguh terharu aku apabila mendengar apa yang di tulis....

aku pernah di beritahu juga. ada secebis nota yang abah tulis. "selamat hari jadi buat ku". ayat ni pun buat ramai adik beradik menangis termasuk aku, kerana sepanjang hayatnya, tiada seorang pun yang "wish" dia macam ni.

-tulisan abah semua jawi dan amat sukar untuk di baca, tulisan jawi yang sangat unik dan bahasanya juga amat menusuk kalbu.

Ada orang kata, Abah tidak sempat solat asar pada 19 april 2010 pada saat sampai ajalnya. tapi firasat aku menyatakan, abah sempat solat, sebab sudah tentu dia solat masa terlentang. lagi pun dia kesakitan, tidak kedengaran perkataan 'aduuh'.. sedangkan sebelum ni, kalau dia sakit, dia selalu kata aduuh...aduuh..
dan bersyukur juga, dia mati dalam keadaan suci, sebab dia masih berwudhu, di dalam masjid, sebab aku tahu, siapa abah itu, bila dia ada wudhu, selepas mandi, tiada seorang pun boleh sentuhnya. itu lah keadaannya yang teliti menjaga kebersihan.

aku?? terkilan. 1 - tidak dapat berjumpa dengan dia buat kali terakhir. aku ingatkan sakitnya ialah macam yang biasa2 itu, aku aku tak lah bergegas mana nak balik kerja hari tu.
2 - abah banyak kali menyuruh aku kahwin, tapi ini lah harapan dia yang tidak dapat aku tunaikan. aku minta maaf.
bukan aku sahaja, tetapi semua anak lelakinya tidak kahwin. aku , dullah dan najib. so dalam kes ini, abah terkilan kerana tidak dapat melihat menantu perempuan. tentu ada hikmahnya. aku tahu.

Thursday, April 22, 2010

Hari yang hiba dan seterusnya hiba.

Hari Terakhir

Menceritakan:-
Tanggal 19 April 2010 bersamaan 14 Jamadiawal 1431. 4.54petang. ayah cik call aku... kata abah sakit (mengerang kesakitan) di masjid (Masjid Losong Hj Mat Shafei). dan suruh aku call awang, datang tengok- tujuan utama ialah mengurut. (sebab sebelum ni abah selalu macam ini kerana sakit uluran). tapi awang tiada di rumah, dia baru sampai di pasir panjang untuk mengurut. selang berapa lama, ayah de pun ada call dan menyatakan perkara sama. dan selang berapa lama juga, ayah cik call lagi.... suruh hantar ke hospital atau klinik.kebetulan kereta aku ada di bengkel. so aku call Fuad. aku minta tolong Fuad tolong hantarkan.
-hari ni, sebetul benarnya aku nak balik ofis lewat coz nak buat kerja. tapi tak jadi. kerana keadaan abah ni.
masa aku nak balik, nak hidupkan enjin motor. 5.39petang, Fuad call aku, dia kata "Rid, mung kena mari juga, kerana keadaan ayah mung ni berat doh". aku apa lagi...terus bergegas pulang... masa dalam perjalanan tu...hati aku dah rasa semacam...memang rasa tak sedap... bila sampai di kubang buyong, Mek call aku lagi..suruh cepat..
dalam pukul 5.50petang..aku sampai... aku tengok tubuh abah dah kaku, tidak bergerak.. aku kata dalam hati ku. harap2 dia hanya pengsan.seketika, aku dengar ayah de po, kata, dah tiada nadi... aku pucat, aku rasa kaki abah dah sejuk.... tolong lah...jangan lah mcam ni...
Fuad kata, dia dah call ambulance, tapi tak sampai2 lagi...
selepas 30minit dari panggilan, baru ambulance sampai.
selepas di check. memang dah tak ada denyutan jantung dan nadi.mata hitam pun dah besar. so doktor pun minta kebenaran aku untuk tekan dada. tapi doktor tu cakap, harapan tipis, sebab memang mcm dah pasti abah dah tiada. lagi pun bila tekan dada. akan menyebabkan seksa pada mayat, munkin tulang rusuk patah dan mungkin juga paru2 atau hati akan rosak. so aku dan mek buat keputusan, tak perlu lah... so dengan ini pasti lah..abah telah meninggal dunia. dalam kira2 pukul 5.45 petang. tp dalam rekod polis 5.30petang. (dalilnya. 4.39ptg Fuad call aku. masa tu Abah still lagi bernafas).
aku ada tanya doktor apa punca. doktor kata, kemungkinan serangan jantung berdasarkan keadaannya sebelum menghembuskan nafas terakhir. (badan berpeluh, sesak nafas). sebab doktor kata, kalau sakit uluran, tak mungkin bawa kepada kematian.

sambungan....

6.00 petang, aku pun maklumkan kepada pok awi kemaman, supaya maklumkan kepada semua orang kemaman bahawa "pok" telah meninggal dunia, aku ada call mamat (sepupu) tapi tidak di jawab. hari yang penuh hiba, datang sekelip mata, tiada terkata apa, semua terjadi atas kehendakNya, Allah Yang Maha Esa.
Ambulance telah "tolong" hantarkan jenazah abah dari masjid ke rumah. sementara tu, sudah ada beberapa orang sanak saudara datang melawat. sementara tu, aku dan Farid Paloh (muhd farid zakaria). pergi buat report polis di chabang tiga. (dengan air mata berderai) dan di tempat sama juga, abah telah mendaftar kelahiran aku pada 25 februari 1977. dan tidak sangka pula, giliran aku pula melaporkan kematian abah di tempat yang sama pada 19 April 2010.
tujuan report ini dibuat adalah untuk dapat permit pengembumian (permit kubur).
selepas itu aku kembali ke rumah. i still not believe about this. like dream. unfortunately i'm not dreaming. sesungguhnya ini adalah takdir dan telah di janjikan oleh Allah kepada hambanya.
lebih kurang 9.00malam. My boss datang (hj mohamed ismail - mohamed jurukur consultants - majikan kerja). datang melawat dan menghulurkan sumbangan rm1000. - terima kasih. dan dia datang dengan isterinya (cikgu zaiton) dan anak lelakinya (amir faiz). - masa ini, aku still tidak mandi dan pakaian masih lagi pakaian kerja.
10.00 mlm. aku balik ke rumah. mandi, tukar pakaian, solat isya, lepas tu kembali ke rumah abah.
sepanjang malam itu, aku menemani jenazah abah, dengan bertahlil dan membaca surah2 pendek. ini lah peluang aku kali terakhir, lepas ini dah tiada. aku tak tidur semalaman. air mata aku pun tidak terkira mencurah-curah. i cant stop it. apatah lagi adik beradik aku yang lain. tidak kurang juga kesedihannya.
3.00 pagi (20 April 2010). Wahab, (antara kawan baik abah) telah sampai ke rumah. dia pun perlahan masuk dan membuka kain membalut muka abah. seketika itu juga kedengaran dia menangis. aku turut menangis juga.
malam itu aku tidak dapat tidur, tidak mahu tidur, aku mahu menemani jenazah abah buat kali terakhir. jika aku tidak buat macam ni, aku tidak mungkin dapat peluang lagi untuk bersamanya.

20 April 2010
pagi - sudah ramai orang kampung datang melawat, termasuk sanak saudara.
aku pula sibuk menguruskan untuk pemandian jenazah abah.
lebih kurang pukul 9.30pagi, sanak saudara dari kemaman telah sampai. terutama "mek zah" iaitu kakak abah. dan keluarga.
10.00pagi. upacara pemandian jenazah sudah bermula dengan di ketuai Nik Mat (kawan abah).
dan aku mengantur semua peralatan yang di perlukan. air, baldi, daun pisang, kain dll.
pemandian bermula. aku dan najib, memandikan abah bahagian kaki, sementara wahab dan dullah mandi kan abah di bahagian muka. sementara Nik Mat keseluruhan dan memantau semua pergerakan.
Ikhlas - masa pemandian ini, aku tengok muka abah dalam keadaan senyum. ini telah membuatkan wahab dan dullah, bercucuran air mata. indeed. muka abah bukanlah jenis nampak senyum walaupun dia bersahaja. tapi kali ini aku benar-benar melihat dia senyum.
10.50pagi. bahagian mengkafankan jenazah abah. abah telah mewasiatkan supaya jenazahnya hendaklah di kafankan dengan kain ihram. (kafan di buat 3 lapisan, lapisan pertama yang membaluti tubuh abah ialah kain ihram, ke 2 dan ke 3 ialah kain kapan biasa.). semasa penghabisan kapan, tinggalah bahagian muka, masa ini lah, semua sanak saudara di beri peluang untuk menatap wajah abah buat kali terakhir. aku tengok yang paling banyak menangis ialah kakak abah - mek zah.

jenazah abah di usung ke masjid losong untuk di sembahyangkan. (hj mohamed pun ada) sedikit terharu sebab dia pun sanggup datang. dan ini lah kali pertama aku sembahyang jenazah dalam hidup aku. tapi terkilan sebab tidak sempat berdiri di belakang imam.

11.00 pagi (lebih2). jenazah di kebumikan di belakang masjid. setanah dengan kubur hj mat shafei losong (toknyuk). dan hj ahmad tersat (tokki). - 2 orang alim tersohor pada zamannya.
(sebenarnya isu perbincangan tempat pengkebumian ini ada 2 tempat pilihan. pertama di sini (belakang masjid) tetapi kena minta kebenaran ismail 37 sebab itu adalah tanahnya. kedua ialah di paloh, (dekat dengan kubur tok ku paloh) itu tanah bebas sebab ia tanah milik ayah de pulau rusa - bincang punya bincang, suruh lah ayah de minta kebenaran ismail 37 sebab tanah itu dekat dengan rumah dan senang anak beranak datang mengziarah. syukurlah kerana pengembumian tersebut di benarkan oleh ismail 37). terima kasih

di ringkaskan- tahlil di buat 7 malam. di rumah ma, (rumah yang abah duduk)
selasa malam pertama - makan kuih2
rabu malam kedua - roti canai
khamis malam ketiga - laksa
jumaat malam keempat - nasi dagang
sabtu malam ke lima - mee goreng
ahad malam ke enam - satay
dan isnin malam ke tujuh - nasi campur dan berlauk
semua jamuaan ini adalah dari sumbangan Fuad. - terima kasih kerana terlampau perihatin.

-tamat-

Friday, April 9, 2010

little dimples ~ hao hao. wo yong yuan ai ni dao lao.

wo hai zai xun zhao.
yi ge yi kao,
he yi ge yong bao.
shei ti wo qi dao,
ti wo fan nao.
wei wo sheng qi wei wo nao,

xing fu kai shi you yu zhao,
yuan fen rang wo men man man jin kao~
ran hou gu dan bei tun mo le
wu liao bian de you hua liao,
you bian hua liao~

xiao jiu wo chang jie mao
shi ni zui mei de ji hao
wo mei tian shui bu zhao
xiang nian ni de wei xiao
ni bu zhi dao,
ni dui wo duo me zhong yao
you le ni sheng ming wan zheng de gang hao~

xiao jiu wo chang jie mao
mi ren de wu ke jiu yao
wo fang man le bu diao
gan jue xiang shi he zui liao
zhong yu zhao dao
xin you ling xi de mei hao
yi bei zi nuan nuan de hao

wo yong yuan ai ni dao lao


by: charlene choi n jj jin. (little dimples)


english:-

i'm still searching
for someone to learn on
and a hug...
who would pray for me..?
worry for me..?
be angry for me and upset for me...?

signs of happiness are starting to appear
fate slowly lets us get closer
and then loneliness is erased
boredom is changing into lively conversations...]
changes are occurring now....

little dimples, long eyelashes..
are your most beautiful features
every night, i cant sleep...
missing your smile...
you dont know...
how important you are to me
with you, my life is complete and perfect

little dimples, long eyelashes...
dazzling and mesmerizing....
i've slowed down my steps...
it feels as if i'm "drunk"...
i've finaly found out...
the happiness of being connected to someone else...
a lifetime of warmth and happiness.

i will love you forever and ever ~ from now till we are old. (if can)
(wo yong yuan ai ni dao lao~) ,\,,/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...