Thursday, April 27, 2017

MANILA, PHILIPPINES

Perjalanan ke Manila, Philippines

Sejarah Ringkas Manila
Ditubuhkan pada 24 Jun, 1571, oleh conquistador Sepanyol Miguel López de Legazpi, ia adalah salah satu daripada bandar-bandar tertua di Filipina dan adalah kerusi kuasa bagi kebanyakan penjajah di negara ini. Ia terletak di pantai timur Manila Bay dan rumah kepada yang paling terkenal, ada yang tarikh kembali ke abad ke-16. Ia Bandar bertauliah yang pertama menurut kuasa Akta 183 Suruhanjaya Filipina pada 31 Julai 1901 dan mendapat autonomi dengan peredaran Akta Republik No. 409 atau "Piagam Semakan Bandaraya Manila" pada 18 Jun, 1949. Pada tahun 2012, Globalisasi dan World Cities Rangkaian Penyelidikan disenaraikan Manila sebagai sebuah bandar raya global. . Kawasan metropolitan rasmi ditakrifkan dipanggil Metro Manila, juga kawasan ibu negara Filipina, termasuk Quezon City lebih besar dan Daerah Pusat Makati, adalah salah satu daripada kawasan-kawasan bandar yang paling ramai penduduk di dunia dan merupakan 12.75%  penduduk Filipina keseluruhan. Manila juga bandar yang paling padat dengan penduduk tetap di dunia, dengan 41.515 orang setiap kilometer persegi. Istilah "Manila" biasanya digunakan untuk merujuk kepada seluruh kawasan metropolitan, kawasan metropolitan yang lebih besar atau bandar yang betul.Manila terletak di muara Sungai Pasig, di pantai timur Teluk Manila pada salah satu pelabuhan terbaik di negara ini. Bandar ini terdiri daripada 16 daerah: Binondo, Ermita, Intramuros, Malate, Paco, Pandacan, Port Area, Quiapo, Sampaloc, San Andres, San Miguel, San Nicolas, Santa Ana, Santa Cruz, Santa Mesa dan Tondo. Bandar ini mempunyai enam daerah kongres untuk rumah yang lebih rendah daripada Kongres Filipina.Manila pernah diperintah oleh Kerajaan Tondo sebelum ia secara ringkas menjadi wilayah Empayar Majapahit. Semasa pencerobohan Brunei Filipina, Sultan Bolkiah Brunei ditangkap Seludong (sebuah kampung di zaman moden Manila) dan menamakannya Maynila, istilah Tagalog merujuk kepada kehadiran renek nila itu. Maynila menjadi negeri takluk Kesultanan Brunei, yang ditubuhkan untuk menguasai Tondo.Pada tahun 1571, Conquistadors tiba dari Mexico,  dan mengasaskan Manila masa kini dan wujudlah daerah Intramuros.

Mubaligh Sepanyol telah berjaya mengkristiankan kebanyakan penduduk bandar, terdapat beberapa gereja tertua di negara ini, termasuk Gereja Agustin San (Tapak Warisan Dunia).  Manila mempunyai sejarah yang panjang tersendiri selepas beberapa kuasa besar cuba mengambil alih, yang paling ketara selepas Amerika Syarikat mengambil alih, bahasa rasmi Sepanyol telah di tukar kepada Bahasa Inggeris dan membuat perubahan dalam pendidikan, undang-undang tempatan dan perancangan bandar. Di akhir Perang Dunia II, semasa Pertempuran Manila, sebahagian besar daripada bandar ini telah diratakan oleh pengeboman udara intensif oleh Tentera Udara Amerika Syarikat. Akibatnya, tinggalan sejarah telah musnah, walaupun terdapat projek-projek pemulihan yang berterusan, terutamanya dalam bandar berdinding lama, Intramuros.

Itulah serba ringkas sejarah berkenaan Manila... tak lah goreng semua... hehehe
Mabuhay... atau selamat datang ke Manila.... akhirnya MCo sampai buat kali ke-2 di Philiina ini... dan Manila adalah 1st time... cukup untuk kedua kali.. kali ke-3 tak tahu lagi.
Di Manila masih lagi trend naik train seperti ini.
Hotel di mana MCo menginap, dah lah 4 tingkat dan tiada lift.. kira letih juga lah.. MCo beli ini combine dengan tiket air asia di bawah asia.go.com. tapi ok lah, masih ada dalam map.
Hadapan hotel kami menginap tu, ada je Jeepney seperti ini lalu sepanjang masa... kalau nak pergi ke Manila Baywalk.. atau Metro, kalau tidak mahu menggunakan Uber atau Grab Car.

Hari Pertama
Marina Baywalk dan Metro Manila (Luzon)
Marina Baywalk, first, MCo datang sini dengan menaiki Uber daripada hotel, bayaran pun tak sampai dalam PHP100.00 ( dalam RM9.00)... agak lewat petang, tempat orang bersantai, jogging, dan tunggu sunset.
sekeping gambar MCo di Manila Baywalk ini... kami di sini dengan berpakaian sama dengan penduduk tempatan, tak lah jadi tumpuan sangat sebagai pelancong.
Lorong pejalan kaki, dan berbasikal...masih lagi di Marina Baywalk.
Rotary Club of Baywalk Manila....
Ini Richard.... orang yang MCo jumpa di Manila, kebetulan malam tu, MCo cari restoran halal, cari punya cari, terjumpalah "Money Changer" yang pemiliknya muslim (agaklah) sebab dalam kedai dia ada tulisan khat, dan kalimat suci al-Quran... dan Richard yang duk lepak depan kedai tu, jadi MCo tanya dia restoran muslim.. then dia pi tunjuk....
Perihal Richard: dia kata, wife dia pernah kerja di Malaysia dan agak boleh lah berbahasa Melayu... kalau jumpa dia, agak peramah juga... tapi bila dia dah tolong tunjuk tempat tu, biasa lah bagi lah upah ke dia... tapi berpada-pada, kadang-kadang dia akan minta advance, tak banyak dia minta, cuma kita berwaspada untuk bagi... 
Inilah restoran halal yang Richard bawa tu.. sambil2 tu bawa dia sekali makan sini.....
Suasana dalam restoran halal ini.
Antara restoran makanan halal lain yang ada di sekitar restoran Turabin, tapi ini makanan Asia Tengah lah... harga pun dikira standard antarabangsa lah..
I Love Manila.... bila dah sampai ke kota Manila ini, cuba lah cari sign yang nampak dan mengambarkan manila, jika tiada, perkataan macam ini pun kira jadi lah.
Macam pergi ke Japan dah, tapi bukan, ini adalah salah satu restoran yang berada di Manila, menikmati Night Life di kota Manila.... pusat hiburan jangan cakap lah, memang banyak,
Ini lah salah satu tempat yang kaki kaki hibur... kalau nak duit melayan banyak... hehehe
boleh zoom in lagi... tengok yang tepi tu, perasan MCo sedang snap gambar dia, sempat wak bergaya lagi tu.... tapi macam MCo katakan, wajah MCo macam penduduk local, jadi kurang tumpuan lah sikit.
Robinsons Mall dan sekitarnya.. memang meriah, sebenarnya Mall ini menjadi Landmark bagi MCo untuk ambik Jeepney untuk pulang ke Hotel.
Jeepney memang banyak, dan banyak destinasi, kalau tersalah Jeepney, kira nasib lah, tanya orang kalau diaorang boleh berbahasa Inggeris.
Dalam Jeepney... duit tambang mesti di passing-passing kalau duduk belakang sekali sehingga sampai ke pemandu...


Hari Kedua
Fourtune Island di Nasugbu..
Salah satu stesen bas yang ada di Manila, di sini setiap syarikat bas akan mempunyai stesen bas sendiri, tidak macam di Malaysia... hari kedua MCo ke Fourtune Island, kalau nak pergi ke sana secara DIY..boleh lah ikut  panduan ini ---> Cara nak pergi ke Fourtune Island

Deretan yang menunggu pelanggan, ada dua kaedah sini, 1. kalau tak penuh tak jalan, 2. penuh tak penuh penumpang, ikut time terus jalan.
Ramai beratur nak pergi ke daerah Nasugbu atau tempat-tempat yang sehaluan ke Nasugbu.
Masa dalam perjalanan, ada juga jalan yang sedang dinaiktaraf, jadi ada lah signboard terpaksa buat gini untuk sementara.
Pintu masuk dan tempat beli tiket untuk ke Fourtune Island.
Antara boat yang membawa penumpang ke Fourtune Island, ini pun banyak syarikat, atas pandai deal dengan owner boat.
Sebuah boat boleh lah muat dengan 8 orang penumpang, kalau ramai lagi murah lah kot, tapi naik boat ini tiada life jacket.. so kalau naik sikit rasa confident lah sikit kot.
Pemandu boat.... tahu sikit-sikit je English..
masa yang di ambik daripada jetty ke pulau tu... dalam 1 jam... nung nampak tak pulau... kesitu lah nak pergi.
Apa yang MCo nak tunjukan ini ialah bangku yang dibuat dalam boat itu, adalah diluar keluasan boat tersebut... tempat duduk tu memang diluar boat...hahaha...
Boat ini seimbang sebab ada galang seperti gambar itu.. walaupun boat tu "halus" tapi masih stable.. dan kelihatan juga boat lain dah balik ke jetty utama.

Keunikan perairan dekat dengan Pulau Fourtune ini..airnya biru dan sangat jernih.
... dan adakalanya airnya berwarna hijau.... dua gambar di atas bukan edit... tapi original.
Fourtune Island.
Bila dah sampai... bergambar dahulu....
tempat bermandi manda.. tapi kat sini tiada tempat nak bilas... nasib lah kalau badan melekit selepas mandi.
...dan juga tempat orang camping di sini... khemah tu boleh di sewa dengan kadar RM50 untuk sehari semalam.... sebab di sini tiada chalet atau resort...
Kalau ikut sejarah, dahulu di sini memang ada resort... kalau dalam gambar di atas, sebelah kiri tu...hujung ada tinggalan bangunan, bila dan runtuh dan terbiar, maka kos pembangunan balik amat tinggi, jadi kerajaan buat keputusan tiada pembangunan di pulau ini lagi... maka ada lah orang ambik peluang buat penyewaan khemah tu.
Apa yang istimewa di Fourtune Island ini ialah ada runtuhan Acropolis yang se akan-akan runtuhan bangunan greek purba... panoramanya pun agak menarik...
Panorama daripada atas... dekat Acropolis tu..
Pandangan lain.... kelihatan khemah-khemah pengujung yang bermalam di sini.
Bersahaja walaupun hari agak panas pada hari ini... tapi tahan juga sebab nak ambik capture yang menarik..ahakkss.... 


Himpunan Gambar di Acropolis
sebelah barat pulau...tempat orang jumping....
Hello Acropolis... my first dan maybe last...hehehe
Runtuhan yang menghakis...

Nampak macam runtuhan Greek Purba... itu lah Acropolis... kalau duk sini memang orang perasan kita pi Euro dah.
Berkesempatan bergambar, so bergambar je lah... jangan menyesal kemudian hari kenapa tak bergambar banyak.
banyak runtuhan,mungkin akibat cuaca dan iklim di sini...

Tempat bergambar dan jumping.
Oleh kerana camera menghala ke barat, matahari dah mula menurun, maka gambar pun tak dapat angle yang kurang menarik.
Angle lain plak...
Tempat bergambar dan Jumping... MCo sekadar bergambar je... yang terjun tu biar orang lain lah...
Snap daripada jauh... boleh nampak lebih keseluruhan....
Gambar sebahagian pantai... arah timur.....
Agak penat juga menaiki tangga macam ini.. sebab itu MCo sarankan bawa lah minuman dan makanan... boleh berkelah sekali...
ok one more picture please... hehehe
bila dah panjat acropolis tu... bersantai pula di tepi pantai, tengok orang mandi manda di sini.
Sambil bersantai, tengok orang mandi manda dan bergambar.... ramai juga pelancong dari luar yang datang.. bagi MCo tak lah teruja sangat sebab negara sendiri pun dah kaya dengan pantai dan pulau, di sini memang nampak kelainan sikit lah...


Tunggu boat dah nak balik ke Jetty, matahari dah pun mula menurun..
Ready dah nak balik ni, anggaran sampai jam jam 6 pm...tapi sekarang jam dah 5.12pm, sebab bas last daripada Nasugbu, Batangas jam 8 malam... kami tak mahu lambat.
anak-anak driver boat... sebab ini mungkin last trip for today.. maka dia bawa anak-anak untuk terus balik, atau ada udang disebalik batu.... hehehe? tak tahu lah korang fikir sama apa yang MCo pikir....
dah sampai di jetty baru boleh bergambar seperti ini....
Bila dah sampai jetty, hari pun dah gelap, tapi masih ramai orang mandi manda masa ini...
Tempat ambik tiket tadi.... dan juga cafe, masa ini memang tak ada dah orang pergi ke pulau tu, kena tunggu esok, sebab tu waktu ni agak sunyi, yang ada ialah pelancong yang baru sampai daripada pulau.
naik trishaw ke stesen bas.... nak kena cepat ni....
hanya sempat snap gambar macam ini sahaja...hahahaha, kalau ada rezeki datang lagi, boleh spent masa untuk bersiar-siar di pekan Nasugbu.


Hari ketiga
Intramuros (manila Catheral, Fort Santiago, Casa Manila, St. Agustine), Divisionary Market, Quaipo Market dan China Town... last Rizal Park.
Manila Catheral.... 


Ia merupakan gereja Katolik yang terletak di Manila, dan lokasi paling tepat ialah di Plaza de Roma di Daerah Intramuros... di percayai wujud dan di bina sejak tahun 1570 lagi.


Sekadar bergambar di depan Catheral ini... nanti MCo nak masuk dalam, nak tengok...
Muka depan..bergambar dulu...
Ini merangkap pemandu pelancong MCo, driver beca..dia lah yang serba sedikit yang menceritakan bangunan-bangunan di Manila ini... apa nama dia...alamak..lupa lah plak...
special posse ni, gambar pun di snap oleh brader driver beca tu... pengalaman ambik gambar tu...

Salah satu ruangan yang ada dalam Cathedral tu.... lain-lain adalah sama sebagaimana dalam gereja yang ada di seluruh dunia...


Bersahaja dengan berlatarbelakangkan Manila Cathedral...
Gambar yang di ilham kan...
MCo sedand merenung bangunan Comelec, iaitu head office bagi General Election di Philipines... lebih kurang macam tu lah...
Fort Santiago..
Ia merupakan benteng pertama yang dibina pada zaman penjajahan Sepanyol... (macam A Famosa di Melaka).. kubu ini boleh dikatakan tempat paling bersejarah di Manila, ia juga merupakan penjara dan ramai yang  telah meninggal di sini terutama masa perang dunia ke 2... dan yang paling penting ialah, Jose Rizal iaitu wira Philpina juga pernah di penjara di sini... nak datang sini dekat sahaja kalau dengan Manila Cathedral... tapi kalau dah ambik beca roda tiga tu... ikut je lah..

apa-apa pun.. nak masuk sini kena bayar juga... beli tiket dulu
ini lah rupa tiket nak masuk ke Fort Santiago ini.. harga masuk ialah PHP75.00 lebih kurang RM6.00...
MCo berada di salah sebuah gudang senjata... di percayai bangunan belakang MCo di jadikan gudang senjata oleh pihak tentera masa penjajahan jepun... dan ramai yang terkorban mempertahankan bangunan ini.
Yang ini, MCo tak dapat jelaskan samada ia betul atau replika sahaja... tapi kalau nampak macam betul je.

I think these were supposed to represent Pres. Manual L. Quezon and Gen. Douglas MacArthur.
Merenung jauh ke pintu benteng utama Fort Santiago.... benteng yang mempunyai banyak sejarah.
Sejarah Fort Santiago.. boleh lah baca sendiri... MCo malas nak tulis satu2.
Hajat nak baca abis, tapi oleh kerana dah ada "tourist guide" tu...dan dia dah cerita banyak, jadi malas nak baca, lagi pun masa dah suntuk di tambah macam hari nak hujan.
Salah satu bangunan yang ada dalam Fort Santiago ini.... nama pun macam orang Sepanyol dah....

Dalam memorial Jose Rizal.... menurut pemandu pelancong MCo tu... gaya tangan tu bukan saje-saje, tapi itu tanda persahabatan Malaysia-Philipina pada era Tun Razak.. biasa dia kata, kalau orang Malaysia bergambar dengan dia, gitu lah gaya dia.....
Awalnya MCo nak baca ringkasan sejarah ini.... tapi tak sempat, maka untuk langkah seterusnya, kita snap je lah..baca kemudian...
duk mengintai Jose Rizal dalam bilik dia... sedang buat apa tu?
Antara barang yang ada dalam memorial ini.. di katakan dahulu banyak barang berharga terdapat di sini, tetapi hilang satu persatu...

Tabik pada wira Philipina.. MCo kenal dia ini masa belajar sejarah tingkatan 4.. hehehe
Gambaran sebenar di dalam courth yang membicarakan Jose Rizal...

Bangunan Memorial ini mempunyai 2 tingkat, dan tangga yang kelihatan itu, adalah dipercayai memang kayu asal, dan telah di bina oleh kolonial Sepanyol semasa penjajahan mereka.
special posse daripada MCo.
Tingkat atas maka banyak mempamer dan menceritakan pasal Jose Rizal, dan termasuklah barang-barang peribadi beliau.
Business card Dr. Jose Rizal...
Peso lama Philipina...
Sampul surat pertama, setem dan postcard mengenang wira negara....
jom MCo pun nak bergambar dengan wira negara mereka....
Gambaran belakang  di Fort Santiago... dulu sungai ini sangat bersih, selepas banjir besar, maka jadi lah macam ini....
...bila di Zoom kan.. ini lah yang nampak, keadaan sebenar penduduk di Philipina... dan gambaran ini teringat masa MCo pergi ke Quazon City beberapa tahun dulu... agak kotor lah...
MCo berlatar sungai tepi Fort Santiago ini....

Di Fort Santiago tu...setiap bangunan pula mempunyai nama-nama tersendiri...
Bilik bawah tanah bangunan ini.. yang sebahagian di jadikan tempat tawanan atau pesalah.
ruangan agak sempit juga... kalau ramai orang turun bawah ini, boleh lemas juga... hehehe
Sebahagian dalam ruangan bawah tanah ini...
Sempat bergambar dengan pengawal keselamatan yang berkawal di bawah bilik bawah tanah ini...
statue dan replika Jose Rizal di dalam bilik kurungan, dan ini adalah tempat dan fenomena sama dengan sejarah asal.
Pintu masuk utama ke Fort Santiago...
Rupa bentuk nya pun macam seakan sama dengan A-Famosa di Melaka....
hanya satu gambar di "Malaysia Park" atau ramai orang kenal "Tun Razak Park"... statue kat belakang tu ialah ketua-ketua negara yang bersidang pada waktu dulu... dan salah satunya ialah PM Malaysia Tun Razak.... hoor, Ayah Najib sekarang ni.
Sekitar Casa Manila... dengan jalan yang asal.... yang telah di tambahbaikan.
Dalam bangunan di Barbaras...


Dalam bangunan ini, sebenar macam-macam ada, restoran heritage barbaras, kedai souvenir... dan lain-lain.
Bergambar dengan penjaga pintu Barbaras ni...
Potrets mode...
Plaza San Luis... pintu utama ke Barbaras kat dalam tu.. jom lah nak masuk.. tapi MCo dah keluar...yang gambar-gambar atas tu... ialah gambar kat dalam, MCo masuk ikut pintu belakang...hehehe
ala-ala Sepanyol gitu... begini lah Philipina, masih terpengaruh dengan budaya kolonial Sepanyol sehingga kita, terutama dari segi nama-nama mereka dan agama... sehinggakan tempat-tempat budaya seperti ini masih mengekalkan kebudayaan Spain lama.

Pintu depan St. Agustine Church... ni waktu mereka habis sembahyang, dan pintu itu telah pun di tutup, dan dibuka apabila nak keluar sahaja... kalau tak, MCo boleh tengok keadaan di dalam tu.
Masih di bangunan tepi Gereja St. Agustine tu..
Gambaran jauh St. Augustine Church...




De Real Palace... hehe
close your eyes... and felt your surrounding....
Masih dengan gaya lama....  untuk cari inspirasi... dan bergambar kenangan.

Jose Rizal Park....ni bergambar masa nak balik dah daripada Intramuros... masa lalu tu, nampak lah Jose Rizal Park ini.... so inform pada driver Grab.. singgah jap, 5 minit untuk bergambar, so dia izinkan...
Kita masuk sampai sini je... nak pi jauh-jauh ke dalam tu, memang tak lah... banyak faktor menghalang untuk terus mara, so bergambar di luar ini lah... atleast bila orang tanya, dah sampai ke Jose Rizal Park.. boleh lah jawab "dah"...hahaa
Monument di Jose Rizal Park...

Rizal Park daripada seberang jalan.. (capture daripada dalam kereta)
Quiapo Market.. tujuan utama adalah untuk mencari souvenir Philipina, terutama magnet freeze dan t-shirt. I Love Manila.
salah satu shopping mall di Quiapo Market....
Bangunan kat belakang MCo tu... ialah Gereja, atau lebih dikenali sebagai Quiapo Church.. kalau sejarahnya..
ia lebih dikenali sebagai The Minor Basilica of The Black Nazarene.... tapi nama tu cukup asing... tapi orang lain panggil Saint John the Baptist Parish... tapi nak mudah panggil je Quiapo Church... hehee...
Jualan yang dijual berdekatan dengan Quiapo Market... memang berasaskan barangan sembahyang atau keagamaan Kristian.
Quiapo Market ini memang sentiasa ramai orang, dan macam-macam jualan, dan sangat besar, tak cukup gerai-gerai dalam bangunan, kat luar pun banyak daripada barang hardware, auto car, hingga produk harian pun di jual di sini.
antara lorong/jalan sekitar Quiapo Market... dan banyak lorong-lorong seperti ini yang mempunyai jualan pelbagai barang.
Motif gambar ini? BDO bank mungkin... saja nak gambarkan Landmark untuk tunjuk kedai souvenir murah... iaitu kedai souvenir tu betul-betul depan bangunan ini... 
Kalau tak jumpa juga kedai sourvenir tu... cari lah guna kompas atau map...hehehe...
ini lah kedai souvenir murah tu... MB-Sunstar, tapi dah tutup, kedai ni jual t-shirt, dan GM tu.. kalau beli freeze magnet sini boleh dapat sekali ganda murah daripada tempat lain...
..dan satu lagi Souvenir Island... ini agak eksklusif sikit kedainya..
Barangan yang dijual di Souvenir Island ni
...bagi penggemar dan pemburu Freeze magnet.... ada banyak jenis...
i love this... agak menarik juga...hehehe

Lain-lain Gambar



Benda wajib bawa, kalau berkunjung ke negara non-muslim, kalau boleh bawa 2 kompas kiblat untuk pasti dan menyakinkan... kalau nak sedap bawa 3 paling afdal... sebab kalau dua, masing-masing tunjuk arah berlainan, mana yang nak ikut? kalau ada satu, takpe kita akan follow terus dengan yakin, kalau tiga, boleh ikut kompas yang "majoriti".. hehehe
Waktu solat pada waktu ini, boleh je tengok di internet, sebagai panduan kita, nak jamak atau tidak, terpulang lah pada masa yang ada.
Disarankan beli lah simcard Philipines, guna line GLOBE ni, agak laju juga lah.. beli prepaid ja, boleh di beli di 7Eleven.
Ada panduan di belakang kad itu, biasa guna data untuk internet sahaja, tapi lebih baik suruh je penjual tu setting.... manakala Hp lain guna ja hotspot...
Salah satu Uber yang MCo guna... nasihat MCo kalau nak compare, cuba juga Grab, bergantung, ada yang murah, your money your decide... dan MCo nak tunjuk ini ialah driver side tu, sama macam Amerika...
Salah satu trishaw dengan rekabentuk tersendiri.
Antara Jeepney yang sempat snap, ada yang pendek ada yang panjang...
Teknologi sekarang, nak bergerak tak perlu cari teksi tapi download application GrabCar atau Uber... dan boleh tahu, jarak perjalanan dan tambang... tapi yang penting beli ada internet.

Manila International airport.. agak ramai orang... ini last day MCo di Manila..nak check in ke Kuala Lumpur dah.  

Info dan Tips
  1. Pada masa ini, kadar tukaran PHP1000 (sebutan Peso) bersamaan RM90.00
  2. Bahasa utama ialah Tagalog dan English.
  3. Rupa paras Malaysia dan Philipine ni lebih kurang sama je.
  4. Uber dan Grab Car sangat meluas di Manila, boleh request tak sampai 10 minit kenderaan sampai.
  5. Kalau berjalan di pusat bandar, kalau ada peminta sedekah, kalau boleh abaikan. 
  6. Jangan terlalu cepat mempercayai seseorang yang berjumpa di kota Manila untuk menawarkan pertolongan.


 Akhir Kata, Terima kasih kepada Suzie Mandau kerana banyak bagi tunjuk ajar dalam trip ini... dan kebanyak idea daripada dia yang menjana dan mencoretkan perjalanan MCo kali ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...