Wednesday, February 1, 2017

MAE HONG SONG THAILAND - (Thousand Corner 1864 Curves)

Pengalaman Ride di Thailand

Mae Hong Son salah satu wilayah pergunungan di utara Thailand, bersempadan dengan Myanmar (Burma). Walaupun kepadatan penduduk di sana kurang berbanding dengan wilayah lain namun di wilayah tersebut mempunyai pelbagai etnik dan rumah kepada suku kaum bukit seperti Shan dan Hmong. Modal, juga dikenali sebagai Mae Hong Son, adalah pintu masuk ke bukit di rantau ini. Ia diabaikan oleh Wat Phrathat Doi Kongmu, sebuah biara gaya Burma dengan dua chedis putih hiasan (stupa) yang dibina pada abad ke-19
Namun bergitu ia lebih dikenali sebagai Seribu Corner... dan ia tidak lebih daripada itu, walaupun banyak wilayah pelancongan terkenal di situ seperti Chiang Mai, dan Chiang Rai.


JADUAL PERJALANAN ๐ŸRIDE 1000 CORNER๐Ÿ

* *Day 0 25/01/17
๐Ÿš™KT-SUNGAI GOLOK๐Ÿš-HATYAI
- perjalanan akan bermula awal pagi dari KT
- Bermalam di Hatyai, Perjalanan bermula dengan kereta ke Besut, dan tukar kereta ke Hatyai.

Day 1 26/01/17
๐Ÿ›ซHATYAI-CHIANG MAI๐Ÿ›ฌ-๐ŸDOI ITHANON-MAE SARIANG๐Ÿšฅ +/-200km 4h
- 9pagi flight Hatyai-Chiangmai
- Selesai urusan sewa motor terus ke Mae Sariang
- melalui Negeri Atas Awan Doi Ithanon Park.
- singgah ditempat2 menarik yang sesuai utk bergambar
- bermalam di Mae Sariang

Day 2 27/01/17
๐ŸMAE SARIANG-๐ŸšฆMAE HONG SON-๐Ÿšฆ1864SELEKOH-PAI๐Ÿšฅ
+/-280km 6h
- 7am on the bike
melalui laluan pergunungan 1000corner yang mempunyai berbagai kisah dari rider seluruh dunia.
- Akan berhenti di berbagai tempat menarik untuk sesi bergambar.
- Akan singgah di 1000corner commisioner untuk dapatkan sijil ride.
- Bermalam di Pai
* Berhati2 dalam perjalanan kemungkinan dihalang binatang liar spt ๐Ÿ˜ ๐Ÿ’๐Ÿ—๐Ÿ†๐Ÿ…๐Ÿ„๐ŸŠ๐Ÿขdll
** Pastikan otot tangan anda kuat jika guna motor berklac untuk 1864 selekoh.๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Day 3 28/01/17
๐ŸPAI-๐ŸšฆTHACILIEK-GOLDEN TRIANGLE๐Ÿšฅ
+/-450km 7h30m
- 7am on the bike
melalui Si Lanna National Park n Doi Pha Hompok National Park. Kawasan national park dan pergunungan yang cantik.
- bermalam di Golden Triangle

Day 4 29/01/17
๐ŸGOLDEN TRIANGLE-๐ŸšคLAOS-๐ŸšฆLONG NECK VILLAGE- ๐ŸšฆCHIANG RAI-๐ŸšฅCHIANG MAI๐Ÿ๐Ÿ
+/-260km 4h30m
- 7am on the bike
- akan menyeberangi sungai Mekong ke Laos (jika sempat/bergantung kepada situasi)
- perjalanan pulang ke Chiang Mai melalui Chiang Rai
- serah motor
- night market ChiangMai.
- relax n enjoy free n easy

DAY 5 30/01/17
๐Ÿ๐Ÿš•CHIANG MAI๐Ÿ›ซ-๐Ÿ›ฌHATYAI๐Ÿš-SG GOLOK๐Ÿš™-KT
- Dicadangkan pada hari last share 2 orang/motor atau teksi untuk sekadar ronda2 dalam bandar Chiang Mai.
- cuba untuk late checkout, jika tidak dapat, early check out.
- ziarah Masjid Darul Aman Chiang Mai
- shopping/packing
- 4/5pm otw to airport Chiangmai.
- 7petang flight to go home Chiangmai-Hatyai.
- 10++ landing time, transfer van to Sungai Golok.

Nama peserta
1. Yie sanah
2. Fariz (Tiada dalam gambar di atas)
3. Farid
4. Ustaz din
5. Mat pian
6. Ust sham

Semua gambar di bawah adalah secara rawak....

Himpunan Gambar Sepanjang Ride 1000 Curves.
Suasana awal pagi di Hatyai International Airport.
 Sampai je CNX airport.. terus je bergambar... entah anak sape ntah tumpang bergambar di situ..
Pop-Carrent dengan no tel: 086-9111218 tempat menyewa motor.. dan ramai yang menyewa motor kerana 1000 corner ini....
Antara motor yang disewa... dengan rate tertentu...mengikut keupayaan engine.
daripada motor cup, skuter hinggalah motor berkuasa tinggi...
 Stiker pertama Geng DokTong... adalah di kedai Pop Carrent.
Keadaan biasa, sebelum memulakan perjalanan... ambik tenaga... beli makanan halal di kedai serbaneka ini... 

Doi Ithanon National Park
 Jom ready nak ride naik ke Doi Inthanon National Park.... sampai kat mercu tanda ini dulu bergambar....
Sampai kat pintu utama, Doi Inthanon National Park...ini lah orang kata kampung di atas awam... nak masuk ni kena tiket juga...  MCo, Yie Sanah dan Ustaz Din.
Fariz yang telah selesai beli tiket untuk masuk... eermm warga asing caj mahal sikit kot.... jumlah kena bayar ialah tiket 300baht dan motorsikal dalam 20bath.
MCo pun sibuk nak beli tiket...dah nak masuk dalam... ramai juga berbaris tunggu giliran nak beli, di sini untuk beli tiket sahaja... nanti 5 atau 10 KM akan ada tempat diaorang check tiket.... so kalau tak beli tiket sekarang... alamakkkkk kena pusing balik lah...
muka depan tiket nak masuk Doi Ithanon National Park ini... tiket kerana bawa motorsikal.
ini adalah tiket utama.. 300baht.... kalau orang mari dengan van, yang 20bath tu tak perlu bayar.
Ini detail mengenai tiket tu...
 
masa dalam perjalanan ke Doi Ithanon tu... sempat berhenti di puncak.. dan bergambar.
 Bergambar santai di puncai Doi Ithanon.
 Puncak Doi Ithanon.... sebelum bergerak turun....
Hotel di Mae Sariang (Mitaree 2).... jarang orang berhenti dan bermalam di sini... kami sampai di sini agak malam, so tak mahu melanjut dan mencari hotel lain... agak murah, satu bilik 2 orang, dengan kos 400baht seorang.
Foto Fareed Chik.
Pagi hari ke-2, sebelum memulakan perjalanan, ketua kumpulan akan beri sedikit taklimat dan bacaan doa.... apa-apa pun bergambar dulu. dari kiri, Fariz, Yie Sanah, Ustaz Sham, MCo, belakang MCo Mat Sopian, dan depan ialah Ustaz Din...
Ok.. dah start nak mulakan perjalanan.. exercise dulu... kuatkan otot dan warming up dulu.... tak lah lenguh-lenguh... nak habiskan 300km lagi ni....
Awal pagi agak sejuk juga.... dan kami dah mula nak ride balik ni... destinasi seterusnya ialah Mae Hong Son dan seterusnya akan menginap di Pai...perjalanan kami sebenar bermula daripada ini... semalam di Doi Ithanon National Park kira permulaan selekoh sahaja.
Jalan menuju ke Mae Hong Son depan hotel di mana kami menginap... awal pagi tak banyak lagi kenderaan  yang lalu, namun ia bukan lah jalan utama sangat... malahan ada lagi laluan lain.
Antara panorama dan permandangan sepanjang perjalanan, dan sepanjang pick stop laluan kami ke Mae Hong Son... 
 
 Dalam perjalanan banyak je tempat menarik, atas kita nak berhenti atau tidak, MCo pun sedang mencari angle terbaik untuk snap gambar, kalau gambar "lawan" matahari, tak boleh buat apa-apa lah.. bukan nak pi alih matahari kot... nak kena tunggu waktu lain memang itu lah caranya, tetapi memang masa tidak mengizinkan.
 begini lah latar belakang kalau dapat angle yang menarik, permandangan saujana mata memandang....
Lagi 17km nak sampai pekan Mae Hong Son... berhenti lagi... antara permandangan dan pandangan.
Dedication for Fara Wahida.... if she still read my blog... very good day... and how are you?... saja tanya khabar... and also Lorimatlak if you can read this from your country... hehehe....
Sempat lah bergambar dengan amoi yang jual strawberry... boleh makan sebiji dua percuma... eerrmm manis juga strawberry sini semanis amoi yang tukang bungkus tu... hehehe
 Masing2 pun nak bergambar juga.. dengan adik manis penjual buah strawberry...
Lagi.... permandangan yang menarik di atas gunung menuju ke Mae Hong Son.
Ok... dah mula nak gerak... dengan Honda Forza 300cc memang best ambik selekoh dengan keupayaan, selekoh tajam menaik bukit tiada "sedut-sedut"... tidak perlu kawal clucth... tidak perlu kawal break kaki... memang sesuai.
17km more to Mae Hong Son.... dekat nak ambik sijil lah ni... 
 
 welcome... dah sampai kat pintu gerbang Mae Hong Son.... Jalur Gemilang tak terlepas daripada tangan MCo..
 
 Bergambar solo di pintu gerbang utama Mae Hong Son... sesiapa sahaja yang bertaraf rider tegar ingin datang ke sini....
 
 Fariz dan Mat Sopian pun tak mahu ketinggalan nak bergambar di sini... berapa ramai orang yang punya keinginan nak sampai ke sini... tapi kami berjaya juga.. macam orang lain yang telah berjaya.
kat ambik sijil Mae Hong Son.... dengan harga 40bath sekeping...MCo dan Fariz
  Kami mewakilkan Ustaz Din bahagian tampal menampal stiker ini...  terpaksa letak di bawah kerana atas sudah penuh... kami bukan kumpulan terawal.... tapi dah beratus-ratus rider daripada Malaysia telah sampai di sini.
Group kami pun ada stiker, setiap rider yang datang sini akan buat stiker, di mana mereka singgah, mereka akan tampal stiker, dan tempat ini adalah satu "kewajipan" untuk dapatkan sijil ini...
MCo dan Ustaz Sham dengan sijil yang di beli... hehehe...
solo poss... untuk Fariz

 Sekadar bergambar, ada yang discuss, ada yang possing bergambar, ada yang update location... tengoklah permandangan belakang tu, penuh dengan stiker untuk di tampal.
 Bergambar di Jalur Gemilang dan Bendera Terengganu... biasa dua bendera ini ada dalam beg MCo kemana sahaja MCo melancong..... 
Pekan Mae Hong Son... sekarang nak menuju ke Pai...
...dah sampai kat batu asas... 1864 selekoh.... (1864 curves)... dengan berlatar belakangkan... sawah padi dan kekampungan... dan tempat ini memang menjadi sebahagian pick stop bagi rider-rider.
 
 1864 curves, rugi kalau tak bergambar di sini.... 
Antara pelancong yang datang ke sini... sedang sembang-sembang, dengar khabar di dah berada di negara orang hampir 6 bulan kalau tak silap... dan bercadang untuk ke Malaysia pula... bergini lah kami, bila sama-sama melancong, bila nampak warga asing, kami bertegur sapa.... dan memulakan perbualan.
Foto Farich Adnan.
sebelum beredar...sempat bergambar bersama diaorang.
 Bergambar berlatarbelakangkan sawah padi di belakang tu...

Antara Stiker yang di jual.... kat coffe shop tepi batu asas 1864 curves tu.
Dengan owner kedai yang jual stiker tu... dan stiker kami pun ada tampal kat situ (kat dinding belakang tu)... next time kalau datang sini..boleh check stiker kami...hehehe

Perjalanan kami daripada batu asas 1864 curves tu terus ke Pai... dan berhenti sejenak di puncak gunung.
  Berhenti sejenak, masa ni jam dah menunjukan 3.30 pm... dan kami pun ready nak cari tempat solat atau mussola... (memang tak ada di sini) Foto Farich Adnan.
 bergambar bersama pelancong Perancis... solo rider je dia.. dia yang tolong kami snap gambar mula2.
Yie Sanah acah-acah mau beli air padahal mau mengorat...hahahaa... saje je...

Ni lah penjual kat gerai di mana Yie Sanah nak bergambar tu... heheehe
 Akhirnya perjalanan kami ke Pai terjumpalah sebuah masjid (Masjid Nurul Islam).... tapi agak masuk ke dalam sikit daripada jalan besar (jalan utama).
 Masjid ini berpagar, dan pagar selalu di tutup oleh pihak masjid, kerana di khuatiri anjing masuk, kalau tengok sepintas lalu, memang tak nampak macam masjid sangat... sebab bangunan masjid agak tersorot daripada pandangan utama.
 Sempat bergambar dengan berlatar belakangkan bangunan masjid.... agak sedih juga lah.. masjid ini macam tiada jemaah... tapi memang ada tempat persinggahan para tabligh... kami Qasar Zuhur dan Asar di sini... lepas ni kami akan terus ke Pai.
Bergambar dengan Musa, salah seorang penduduk beragama Islam di sekitar Masjid Nurul Islam ini, di maklumkan oleh beliau, hanya ada 4 famili sahaja yang beragama Islam di situ..
 Musa bersama dengan anak-anak dia... kebetulan, cuma famili dia je di sini... jadi kami bagi lah 20bath seorang...  penduduk Islam di sini di anggap minoriti.... ada nampak kelihatan daif... kami buat apa yang termampu.
Foto Farich Adnan.
Solat kami biasa di ketuai oleh Ustaz Din.... sebagai imam... MCo bukan apa, cuma nak tunjuk keadaan di dalam masjid tersebut... sambil-sambil sedang khusyuk mengaminkan doa.
Foto Farich Adnan. Doi Kiew Luom.... daripada Mae Sariang ke Pai... masa sampai ini dah dekat-dekat senja dah... berehat sejenak sementara menunggu sunset... dan permandangan yang agak menarik juga di sini.
tempat ini umumnya memang ramai orang berhenti, berehat selepas penat ride motorsikal, dan juga ada yang saja-saja nak menikmati permandangan....
 
 Sampai di puncak... bergambar dulu sambil tunjuk-tunjuk arah... hehehe

Matahari dah mula nak terbenam.... ramai orang tunggu saat ini..untuk dapatkan gambar yang cantik, dan view yang menarik...
Foto Farich Adnan.
Nak dapat angle yang menarik bila "copong" kamera menghadap matahari agak sukar
Dapatkan gambar yang lebih cantik...

PAI
Pai is a small town in northern Thailand's Mae Hong Son Province, near the Myanmar border, about 146 km north-west of Chiang Mai on the northern route to Mae Hong Son. It lies on the Pai River  
 Foto Farich Adnan.
 MP house..hotel di Pai... pemilik orang Islam... agak murah juga lah.... 
 No telefon: 052-049044, 053-699158 boleh lah cuba call untuk tempahan awal, ada budak yang jadi receptionist tu... boleh cakap melayu.
 close up lagi... biar nampak clear sikit.
Foto Farich Adnan.
 Harga hotel di sini boleh di katakan agak murah... kalau 300 bath.... untuk 2 orang... kira lah.. ada yang boleh memuatkan 3 orang sebilik, dalam bilik siap ada sejadah dan tunjuk arah kiblat... mudah lah kalau bagi orang-orang Islam.
 
 Di hotel ini pun, tak lepas peluang untuk letak stiker ni... selagi ada ruang dan tempat... kami letak je...
Foto Farich Adnan.
 Kalau di Pai, yang paling Istimewa di sini ialah pasar malam yang besar, (Memang Thailand ini sinonim dengan pasar malam, seluruh pelosok Thailand penuh dengan pasar malam)... dan di pasar malam ini memang banyak makanan halal di jual... Fariz, MCo dan Ustaz Sham... Foto Farich Adnan.

 Antara gerai muslim yang jual kuih.. InsyaAllah halal.. kemose, karipap,... sedapp
Ustaz Din pun tak ketinggalan... bergambar di kelayak ramai di pasar malam Pai... Ustaz Din tu pegang GoPro camera....
MCo bergambar solo....
Patutlah banyak kedai makanan halal di Pasar Malam Pai ini... sebab berdekatan Masjid Al- Israa....
 Sebelum meninggalkan Pai, MCo di beri mandat (kononnya) untuk menampal satu stiker di sini.. tapi yang pasti peti post ini yang jadi mangsa...hehehe
 
 Maka next time.. kalau sampai lagi di sini...ingatlah dan tengok lah stiker ini masih ada atau telah hilang....
 Antara pick stop yang famous juga.. "i am Pai"... dan ramai juga yang bergambar di sini... dan jangan lupa di sini ada cafe juga untuk kita tampal stiker nanti.
Bila tiba siang.... dah masuk hari ke 3, perjalanan seterusnya ialah ke Mae Sai dan Golden Triangle. Sekarang di Memorial World War 2 Bridge.
 
 Bergambar di atas jambatan Pai, era perang dunia ke-2. Ustaz Sham, Mat Sopian dan Ustaz Din...
Foto Farich Adnan.
MCo pun bersantai... selepas bergambar, "qadar hajat"... beli souvenir... dah mula nak gerak, perjalanan masih jauh ni.
The Witch House Cafe, berhenti sejenak berehat.. 53km di mana kami menginap semalam.
 Idola MCo... jumpa di sini... tapi no Plate tu macam pernah tengok ja.. 

Perjalanan di teruskan untuk menuju ke Mae sai... iaitu kawasan Thailand  paling utara, bersempadanan dengan Myanmar.. ada lah juga 2, 3 kali berhenti untuk tengok map... maklumlah kami semua first time datang ke sini except Fariz.. itu pun naik van.
MCo dan Yie Sanah di mana tempat orang jemur atau buang bawang.... menuju ke Mae Sai.

Mae Sai 
 Malam baru kami sampai di Mae Sai, dan check in Yunnan Hotel, dengan kadar 400bath seorang, dan hotel ini pemilik dia ialah Muslim... dan di Mae Sai ini pun ada Masjid, dan agak ramai juga penduduk Islam.
Yunnan Hotel di Mae Sai... owner muslim.. harga pun berpatutan, ramai juga orang tinggal sekitar wilayah ini. Foto Farich Adnan.
 Yunnan Hotel.... pintu masuk utama.
Macam biasa... ada je rider2 yang letak stiker di mana mereka berhenti, menginap, asal ada tempat tampal....tampal je... macam yang kami buat ini..
kat Mae Sai ini ada pasar malam... berdekatan dengan border antara Thailand - Myanmar, dan di sini banyak gerai yang jual makanan halal...contoh macam ini lah...
Antara gerai yang menjual makanan halal.... dan gerai ini terletak sebelah masjid An nur Mae Sai.
Foto Farich Adnan.
 Masjid An Nur di Mae Sai... 
Foto Farich Adnan.
 Bergambar di halaman masjid... kalau sampai tengahhari Jumaat boleh lah tengok suasana di sini kan.... ni waktu pagi... dah mula nak bergerak ke Chiang Rai dan seterusnya ke Chiang Mai...
Daripada hotel di mana kami menginap... satu 1km ke border, dan 63km ke Chiang Rai... hari ni kena habiskan hampir 300km iaiatu perjalanan hari terakhir dalam trip "Mae Hong Son".
Awal pagi dah keluar sebab nak kejar trip, agar kami punya banyak masa di tempat hentian seterusnya...

Sempadan Thailand - Myanmar 
Foto Farich Adnan.
Leader Trip berselfie dengan pintu gerbang imigresen di sempadan ini...
bila close up... macam ini lah gambaranya, orang pun beratur untuk cop passport... untuk ke Myanmar...
Foto Farich Adnan.
 Ada sesuatu istimewa di border ini, iaitu kawasan ini lebih di kenali sebagai "The Northern most of Thailand"... iaitu kawasan paling utara di Thailand....  Foto Farich Adnan.
 Farich pun tak ketinggalan untuk bergambar.. berwelfie...
Panduan, Map... antara kawasan Thailand... tak perlu cop passport...dan memang tempat orang bergambar...
Sempadan Thailand - Myanmar juga di pisahkan dengan sungai, sebagaimana sungai Golok, tapi sungai ini lagi kecil.... dan berpagar.... Jambatan ini lah yang menjadi penghubung antara dua negara.
 
 Hanya nampak pintu gerbang ke Myanmar...nak masuk memang tak boleh...
 Foto Farich Adnan.
 Kalau kat sini.... tak boleh seberang sebarangan macam sungai Golok... semua dikawal rapi.
Sungai Sai pemisah dua negara....
Salah satu lorong... di tebing Sungai Sai...
 di tepi sempadan antara Thai dan Myanmar adalah gerai-gerai jualan, di percayai kebanyak produk yang dijual di situ adalah daripada Myanmar, dan mereka pun boleh bertutur 2 bahasa, dan kebanyakan orang Myanmar yang berniaga di situ, MCo pun tertarik nak beli mata wang, yang MCo pegang tu... murah sahaja, dalam 300baht kalau tak silap.
berlatar belakangkan kedai tu..sepanjang kedai...tapi yang pasti Fariz nak masuk juga dalam gambar tu...
Macam biasa... ada tempat untuk tampal stiker.... tampal je.. tak kira tempat... termasuk peti surat ini... sama juga di Pai
Foto Farich Adnan.
close up lagi... harap2 pihak berkuasa Thai tak cari kami... stiker kami khas tu..siap ada gambar muka masing2.

Golden Triangle (Thailand-Myanmar-Laos) 
 
... dah sampai sini, apa2 pun bergambar dahulu... tapi bila macam ni, mesti ada mangsa seorang yang tukang ambik gambar, dan dalam gambar tersebut tiada dia.. so nasib lah..hehe
Daripada Mae Sai menuju ke Chiang Rai, tetapi singgah di Golden Triangle ini dulu... perjalanan pun kalau standard tak sampai 30minit daripada sempadan Thai-Myanmar tu. Ustaz Sham dan Farich... bergambar berlatar belakangkan "batu asas".. atau mercu tanda bahawa tempat itu di kategori mempunya 3 sempadan.
Dari kiri: Ustaz Din, Ustaz Sham, Fariz dan MCo....
Bergambar solo sekali.... 
 Dua beradik bergambar bersama... Ustaz Din dan Mat Sopian...
 
 Mat Sopian dan MCo
Persidangan AEC.... mungkin pernah di adakan di sini.....
Ustaz Sham pun tak mahu melepaskan peluang bergambar di sini... belakang tu, bangunan besar yang penuh dengan arca/patung-patung kepercayaan agama Buddha.... jadi MCo tak snap keseluruhan.. Thailand memang terkenal dengan arca-arca keagamaan Buddha.
Mercu tanda asal... Golden Triangle... Yie Sanah, Ustaz Din dan Mat Sopian.
Di Golden Triangle ni pun kami tak ketinggalan letak stiker ni, tapi di peti surat lah, tengok orang lain letak, kita pun letak lah juga... kalau datang lain kali, tengok masih ada atau tiada dah.

Etnik Karen - Long Neck 
Yang kami pergi ini ialah di Hill Tribe Village di mana tempat yang dibuat khas untuk pelancong yang menggabungkan semua suku-suku etnik yang minoriti yang semakin menghilang sekarang... manakala fokus utama kami ialah sebenarnya Etnik Karen Long Neck, perkampungan asal mereka sebenarnya di Pai. Next time kami nak pergi ke perkampungan utama di Pai.. kena menyeberangi sungai tu.
Di Hill Tribe villages ini bukan sahaja etnik karen, tapi etnik-etnik lain yang menjadikan kawasan itu sebagai pusat pelancong, bermakna jika datang, dah boleh tengok budaya-budaya etnik tersebut di satu kawasan sahaja.
Jalan nak menuju ke perkampungan etnik-etnik yang tersenarai di atas....
antara jualan "handmade" oleh salah satu kaum yang berada di sini...
Setiap kaum akan ada persembahan, tujuan untuk kutip wang lah seikhlas hati, bila dah jadi macam ni, rasa segan plak kalau tak hulur duit kan... Yie sanah dengan sukarela nak join persembahan tu...
MCo pun tak ketinggalan nak join  persembahan tu... mai lah...cuba...
semua rentak tu ada alunan muzik tersendiri, muzik tradisi kaum tersebut, tapi MCo pakat hentam je lah...






Lahu Village....
Dalam perkampungan ini, memang banyak puak-puak yang di gazetkan di kawasan ini, so penanda aras ini penting supaya kita tak bertukar setiap perkampungan yang ada, dengan suku kaum tu.
Pantang nampak awek comel terus je nak bergambar.... mula-mula sampai di Longneck village.... diaorang ni stay situ untuk jual barang dan juga sesiapa yang nak bergambar.... tapi bagi lah tips sikit...
yang ni kaum pertama bila jumpa... orang yang subang (earing) besar...
bergambar berdua sekali....
Bergambar dengan salah seorang kanak-kanak di perkampungan ini... bila masuk di kampung bangsa Karen ini, banyak lah kanak-kanak seperti ini.
Sempat MCo dukung salah seorang anak puak Karen ini.... mereka tak segan, mungkin dah biasa diperlakukan seperti ini...
Salah seorang awek puak karen ni, tolong bagi pakai gelung kat tengkok tu... hehehe cuma ikat kat belakang sahaja... tapi kan... kalau dah jadi viral yang ini, jadi kelakor bagi kaum mereka sebab gelung di leher mereka tu ialah hanya di pakai oleh kaum wanita sahaja... sebab? sebab mereka kata, wanita ini lemah, gelung itu adalah sebagai pelindung.... katanya lah...
siap sign peace lagi tu.. menunjukan mereka tak kolot sangat, mereka dah dapat pendedahan pelancong di sini, mungkin mereka lebih arif tentang pelancong daripada kita yang sekali sekala di kunjungi pelancong ini...
adik.. jom selfie sekali... kalau dah besar jangan lupa gambar selfie ini
Sempat berviral viral dan bergambar-gambar ini.. aiii nasib baik comel, boleh berlakon sebagai husband dia...hahaha, anak dia pula tak menangis tu bila orang lain dukung....


Gambar yang pernah menjadi viral kepada MCo... hehehe orang kata balik kampung tengok anak bini...


Anak tengok molek ayah dia tu...hahahahaaha, tapi lebih menarik senyuman ibu dia...

Mat Sopian pun tak ketinggalan bergambar dengan salah seorang anak puak Karen ini... peace yoo
Kebanyakan di sini, mereka menjual hasil tangan mereka sendiri, macam tenunan kain tu, sambil2 bergambar, sambil2 buat kerja... boleh lah orang asing tengok budaya kraftangan mereka...
Salah seorang awek puak Karen yang comel lote ni.. sedang bertenung,.. boleh tengok hasil kraftangan mereka, tapi MCo tak tanya la pula, kan bila tanya dia cop nak beli sungguh2...
Yie Sanah nak belajar juga cara tenunan kain tu.... sempat lah borak-borak tapi entah apa yang diborakan... hahaha
Bayar 20baht boleh bergambar macam-macam, tapi mereka ini memang di latih dan di ajar atau memang di serapkan dengan budaya macam ini supaya menarik ramai pelancong, sesetengah orang tak mahu layan sangat karenah pelancong seperti YIE SANAH... hahahaaha
Dik.. tengok ni gambar kita berdua yang kita selfie nanti.... adik jangan lupa abang na... hehee
aaiii macam emak mentua tolong pakai ke menantu dia plak... hehe macam-macam ragam boleh buat sini... tapi sabar je lah...
berbeza dengan puak-puak lain, di perkampungan long neck puak Karen ini, banyak terdapat awek2 muda dan comel, sebab diaorang tahu, tujuan utama di sini ialah melihat keunikan puak-puak ini, yang berleher panjang... dan ramai pelancong lebih tertumpu di perkampungan ini... ni MCo sempat lah bergambar yang nampak comel-comel sikit..wak modal...hahahaa
Macam tak adil plak...nak MCo pun bergambar lah dengan yang berusia sikit, dan berpengalaman dan leher dia nampak panjang lagi daripada yang muda-muda tu...
tapi ingat, jika nak datang ke sini sediakan duit kecil-kecil senang nak bagi tips, ala bergambar pun, bagi lah tips sikit... yang budak ni muka masam ja, sebab MCo tak bagi tips ke dia, tapi bagi tips ke mak dia (mungkin), tapi RM5 sahaja....semua duit baht yang kecil2 telah habis...
Fariz, sesiapa pun tak lepas peluang nak bergambar seperti ini, nak datang bukan lah senang... bila dah ada peluang, memang tak mahu lepas peluang....
Asyik bergambar dengan yang muda je kan... sekali sekala bergambar lah juga dengan otai. MCo sebut Youngtai dan Oldtai.
sempat ustaz Din berselfie...
Pengantin baru kata nya.... semoga berbahagia...ahahahahahaha




sibuk menyediakan kerja tangan untuk jualan....


close up salah seorang kanak-kanak kaum Karen... kesian plak, kecil-kecil dah kena pakai gelung ni... masih merenung masa depan, tapi apakan daya budaya dan adat kaum, tapi dengar khabar kalau kanak-kanak hanya di ikat belakang sahaja.
aiii tak lepas lagi berselfie ustaz Din.... Ustaz Sham je tak nampak lagi gambar dia...
Gambaran dekat gelung yang di pakai oleh Puak Karen ini... dan boleh di percayai mencecah 4kg berat... eerrmmm MCo tak sanggup...tapi dah budaya katakan..


ni kaum yang subang besar plak....





Chiang Rai


semasa  dalam perjalanan ke Chiang Mai... singgah sebentar di Wang Pa Pao... Hot Spring Boilegg...



Masjid di Chiang Rai, kami jamak di sini dan makan di sini sebelum meneruskan perjalanan ke Chiang Mai.
Ok dah start nak mulakan perjalanan ke Chiang Mai

Chiang Mai
Chiang Mai adalah destinasi kami yang terakhir dalam perjalanan kami sepanjang 1280km. kami sampai di sini pun tanah telah pun gelap, kena cari hotel dahulu apa-apa pun.
Bila dah gelap sampai di Chiang Mai, dan jumpa signboard macam ni, maka sempat lah bergambar,..
My Home Hotel, kami menginap di sini semasa di Chiang Mai, agak murah juga, dalam RM50 seorang, 4 tingkat tapi tiada lift.
Antara rider yang kami jumpa di Chiang Mai, dan sememangnya ramai yang kami jumpa seperti ini, diaorang pun daripada Malaysia...

saat- saat akhir bermotorsikal sebelum hantar empunya, selepas ini kami pusing-pusing di sekitar bandar Chiang Mai sahaja.
MCo dan Yie Sanah...
Ni macam ala-ala di Sydney dulu.. square yang banyak burung merpati tu.. tapi hari ini memang panas sangat-sangat... tak tahan rasa bergambar di tengah panas macam ini.
berdekatan dengan tempat sewa motor Pop Carrent... ada lah tembok ni... Tha Phae Gate...


Dengan penjual pasar malam, Nama Yusoff, muslim, MCo tertarik dengan kapak yang dijual, tapi apakan daya, tak boleh bawa balik dengan flight..sebab tak beli luggage... dan Yusof ni, dulu adalah bekas tentera.

Pasar Malam Chiang Mai.
Ustaz Din sempat lagi bergambar dengan receptionist hotel.... lawa ada, manis pun ada..hehee
Yie Sanah memang hardcord untuk HardRock... ke mana sahaja tempat yang ada Hard Rock, mesti singgah beli baju...
Bergambar di Tha Phae Gate, dan sebelahan lapangan orang yang berkumpul, lepak2...
Salah seorang pelancong bertanya tentang tempat yang mereka nak lawati di Chiang Mai, kebetulan kami lepak di situ selepas hantar motor yang di sewa.


bergambar dengan tokey perempuan kat sewa motor tu... baik dan peramah...

Dengan tokey besar kedai sewa motor ini .. Pop Carrent....

  Antara Jalan-Jalan di Mae Hong Song. (Sekadar gambar)
Waspada kalau selekoh seumpama ini... yang ini break dan pengawalan penting... dan bagi tumpuan pada kenderaan hadapan.

 

Panorama yang agak menarik jika mendapat angle snap gambar yang tepat.
Welcome to Mae Hong Son... yang memang menjadi kegilaan para rider... MCo pergi sekali, rasa nak pergi sekali lagi... bukan selekoh sangat tapi panorama yang nyaman, memang totally hilang stress... yang pasti ia memang pengalaman baru, dan lakukan sebelum anda bersara dalam arena pengembaraan ini atleas once in your life.

Sekali sekala ada juga kenderaan lain yang lalu, tapi tak lah sibuk sangat... kalau kita berada di belakang lori atau kereta, mereka kadang-kadang memberi laluan supaya kita memotongnya....
 Jalan macam ini adalah biasa di Mae Hong Son....
harus berhati-hati setiap masa, kadang-kadang ada selepas selekoh, ada yang kita nampak dalam jarak 100meter... diaorang tahu, tak ambik kisah mana..cuma akan tangan... sawadikap....




kadang-kadang papan tanda ini adalah bukti dan tanda kita dah sampai di sini... gambar jalan sahaja, mana-mana pun boleh snap dan mengaku ia adalah Mae Hong Son... tapi bila ada sign macam ini, nak bohong pun tak menjadi...
Jalan macam ini pun sedap speeding.... tak lah mengantuk sangat.
Kalau selekoh macam ini.. memang rare, sebab boleh tengok lapangan atas dan bawah... kena waspada...
Jalan untuk speeding.... ini dah menuju ke Chiang Mai.... ada ladang strawbery.

Lain-Lain Gambar


Dah jadi makanan ruji sepanjang perjalanan di Mae Hong Son ini... hanya beli di PTT Stesen Minyak, 7 Eleven... nasi segera dan lauk, pastikan ada yang tanda halal... harga kedua-dua ni tak mencecah pun 50baht... yang penting kenyang dan alas perut sepanjang perjalanan.

Next plan.. kami bercadang nak sewa motor ini pula....
Kadar caj parking sehari di International Hatyai Airport.. termasuk menghantar dan mengambil ke gerbang utama airport.
sebagai pedoman, waktu solat di Pai, dan ia memang di lekatkan di hotel berkenaan.
 
 Rakan karib lah ni kalau google map sepanjang perjalanan kami... dan petunjuk arah.
 
   Ini lah bentuk stiker bagi grup kami... sepanjang perjalanan, tempat perhentian, di mana ada tempat untuk tampal stiker, kami akan letak.
Untuk ekspedisi ni, memang complete dengan baju, seorang buat lah 2 helai baju dengan logo dan route perjalanan di cop belakang.
Pandangan depan baju Geng Doktong.... yang berlengan panjang....
Sambil nak menuju ke Chiang Mai.... 
Antara panorama yang sempat MCo snap... agak sentimental bagi sesetengah orang yang cintakan alam semulajadi.

Kadang-kadang sepanjang perjalanan ini tiada surau, masjid, jadi tempat-tempat bergini lah yang difokuskan untuk melaksanakan tanggungjawab kita kepada Allah... dont care what ever others people say about us... hati kena cekal beb... makan kena catu, tenaga mesti kena always refresh... but iman must be strong...
Semasa di Pai, sebelum memulakan perjalanan yang jauh, kami beli dulu makanan halal untuk bekal, sebab di jangka laluan kami nanti susah nak cari PTT dan juga kedai makan halal... so bekal lah duu
Gambar terakhir... MCo dengan Honda Forza 300cc.. dan Mae Hong Son.... yang mempunyai beribu kenangan di sini... dan akan datang InsyaAllah, kalau ada peluang... datang lagi... dan tahunan.

Tips dan Info


  1. Mae Hong Son sebahagian utara Thailand yang memang jadi kegilaan rider seluruh dunia terutama Malaysia campur tolak dan secara purata perjalanan melalui 1864 selekoh.
  2.  Di Chiang Mai ada menyediakan penyewaan motor di kira hari, jika pergi Group, sebaik-baiknya kalau menyewa motor biarlah jenis yang sama, kerana kita boleh bajet petrol dengan semua orang, dan jika ada kerosakan, boleh cuba ganti-ganti spare part yang sedia ada di motor lain.
  3. Sila Check keseluruhan motor yang nak disewa, jika ada kerosakan, lampu, signal, bateri dan lain-lain.
  4. Bawa salinan passport.
  5. Bila konvoi bermotor... kalau ikut rapat-rapat pastikan kedudukan zig-zag... jangan ikut selari.... sebab bila ada apa2 yang berlaku di depan, mudah nampak.
  6. Ada jalan perlu bawa slow, dan kalau speeding perlu berhati-hati. jangan ikut hati sangat.
  7. Jangan lupa bawa power bank.
  8.  Stesen minyak/petro PTT, ada 7 Eleven... ada makanan halal di dalam... dan cukup kemudahan. 
  9. Tempat sewa motor, tiada istilah bayar deposit, tetapi kena bayar terus. kalau sewa 3 hari, maka 3 hari kos sewa kena selesaikan juga pada masa mula-mula sewa, dan kena tinggal 1 passport ori salah seorang peserta. 

12 comments:

Wak Lat said...

byk giler gmbr., ;p

dirafum MCo said...

gambar masih dalam edit... ada yang buang ada yang tambah.... setiap gambar ada cerita tersendiri...hehehee...

M.A.N said...

Salam nak tanya tips sikit sebelum ke chiang mai , barangan seperti
glove, jacket, helmet , boot ada disediakan sekali ke tempat sewa motor tu

dirafum MCo said...

Wsalam... hanya helmet disediakan.... yang lain-lain... kena bawa sendiri

Anonymous said...

Admin Ada no WhatsApp Tak nak Minta nasihat boleh WhatsApp says
01120560036 Azman , nak Minta nasihat sikit sebab teringin nak ke Sana

dirafum MCo said...

ok.saya sudah whatsapl

Unknown said...

assalamualaikum tuan, di tempat sewa, penyewa minta deposit sahaja dan/atau ori passport? kami bercadang mengikut itinerari tuan. terima kasih.

dirafum MCo said...

Wsalam....
masa nak sewa motor,... tiada deposit tetapi kena bayar terus...
dan kena tinggal 1 passport ori salah seorang kalau ramai... so kita kena bawa yang fotostat sahaja... kecuali kita kata nak masuk sempadan Myanmar... atau disscuss

Unknown said...

Terbaik bro! saya tak sempat singgah ke Long Neck Village

https://youtu.be/XvgiF-Pb7SU

dirafum MCo said...

Thank you... tunggu 3rd round pula nanti...hehehe

hilmi said...

salam, ada num whatsapp tak, nak whatsapp nak tnya pasal trip tozen korner, atau leh wassap saya 011 1002 7507

dirafum MCo said...

0169862600

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...