Lombok merupakan sebuah pulau di Nusa Tenggara Barat, Indonesia. Pulau ini mempunyai keluasan 4,725 km². Mataram merupakan bandar utama yang terdapat di pulau ini.
Penduduk Pulau Lombok pada tahun 1990 adalah seramai 2,403,025
orang.Lebih kurang 80% penduduk pulau ini adalah terdiri daripada suku Sasak, sebahagian besarnya memeluk agama Islam. Di kalangan mereka terdapat sebuah golongan yang menganuti agama Islam tempatan yang dipanggil Wetu Telu. Baki penduduk di Pulau Lombok adalah orang Bali, Jawa, Cina dan Arab.
Gunung Berapi Rinjani mempunyai ketinggiannya setinggi 3,726 meter di atas permukaan laut, iaitu gunung ketiga tertinggi di Indonesia.
Buat kedua kalinya MCo sampai ke pulau Seribu Masjid ini, Pulau yang mempunyai panorama indah yang menjadi kegilaan sebahagian bagi kaki kaki hiking..
Namun MCo datang ke sini bukan lah untuk hiking, dan bukan juga urusan kerja sebagaimana pertama kali datang pada 7 tahun yang lalu. Dan pada kali ini 5 April hingga 8 April 2017 MCo pergi berseorangan yang menemani 2 orang pekerja ladang balik ke kampung.
Dengan Flight Air Asia tambang murah (RM232) untuk pergi dan balik, agak berbaloi, dengan waktu departure 12.30 tghari sampai jam 3.30 ptg (lebih kurang)...
di Lombok ini tak banyak yang MCo pergi tapi antara tempat yang sempat MCo singgah ialah:-
1. Terara - wilayah MCo tinggal
2. Telong Elong
3. Pantai Pink
4. Pantai Kuta
5. Air Terjun di Taman Wisata Otak Kokok Joben
Sebelum berangkat meninggalkan airport, bergambar dahulu, Maniadi suruh MCo tidur sahaja di kampungnya, jadi MCo memang tak stay lah di pusat bandar ini, MCo di fahamkan perjalanan akan memakan masa 1 jam... lagi dah slow-slow akan gelap ini.
Pekerja Ladang yang MCo hantar ini.... Maniadi dan Munawar.... Jalan menuju ke kampung Maniadi... wilayah Terara...
ok dah masuk dalam kampung, dengan jalan tak berturap, kiri kanan sawah padi....
Suasana kawasan kampung ke rumah Maniadi... begini lah jalan yang tidak berturap, tapi masih dilalui oleh motor speda.
Keliling rumah yang dikelilingi oleh sawah padi, tak kira bendang itu besar atau kecil, setiap inci tanah tidak dibazirkan.
Salah satu pasar yang menjual ayam dan hasil tani yang lain, gambar ini di snap semasa nak ke Tanjung Ringgit, dalam kereta, memang tiada kesempatan untuk singgah.
Suasana di luar pasar, Kelihatan Cidomo sedang tunggu pelanggan.
Suasana di pekan kecil di Lombok Timur...
Jalan menuju ke Telong Elong..... agak pedalaman juga lah
Jalan sempit begini lah, kalau ada cidomo di depan lagi slow perjalaanan, terpaksa turuti atau tunggu dia bagi laluan.
sebuah boat yang ada di Telong Elong
Di Telong Elong, tempat orang bela ikan... dan tempat orang mengail juga....
Tempat ini bukan lah tempat yang menjadi tumpuan pelancong sangat... sebab panorama seperti ini, tempat-tempat lain pun banyak.
halus je boat yang digunakan di sini....
tengok lebih dekat lagi...
Disepanjang perjalanan ke Telong Elong ini, aktiviti menjemur padi begini memang banyak, ayam pun dah kira muak sangat nak makan padi, jika ada ayam, mereka biarkan sahaja makan.
Antara keadaan jalan di Telong Elong.....ini pula jalan nak ke Tg. Ringgit dan Pantai Pink... jalan yang berturap.
Nak ke Tanjung Ringgit dan Pantai Pink melalui jalan yang tidak berturap, berlubang dan tidak rata memakan masa hampir 45 minit...sape-sape yang tak tahan, maka tak perlu lah pergi ke area ni....
Kecil je signage menunjuk ke destinasi yang nak pergi tu... Jalan penghabisan ke Pantai Pink...
Inilah dia Pantai Pink, iaitu warna pasir pantai ini seakan-akan warna pink... eerrmmm ya kah?
kanak-kanak mandi manda di pantai Pink ini, malahan mat salleh pun ada yang datang mandi di sini, kelihatan laut yang belum tercemar.
Salah satu panorama yang indah....
JOm.. MCo nak pergi sana lah.. bergambar kat sana plak, nak pi kat gambar atas tu.
... dah sampai atas ni..
Maniadi dan MCo....
Ini bukan sekadar termenung ni.... saje menikmati keindahan ciptaanNya.....
Kawasan padang ragut bagi kerbau..
Terowong bersejarah zaman kedatangan Jepun.
Disempanjang jalan ke Tanjung Ringgit dan Pantai Pink, kiri kanan penuh dengan ladang jagung, dan proses mengeringkan jagung macam ini memang lumrah di sini...
... dan aktiviti jemur padi memang tak pernah ketinggalan di Pulau Lombok ini
Pantai Kuta.
Di pantai Kuta orang-orang jual macam ini memang ramai... bila kita panggil dan cuma tanya harga, maka ramai lah yang datang, suruh juga beli...kain seperti di tunjuk di atas tu, harga boleh dapat RM15.00 sehelai... lebih kurang 50ribu rupiah... kalau beli kat lain dalam harga 100ribu rupiah.
bila dah seorang bertandang, maka yang lain-lain akan cuba hampiri, pujuk beli barangan mereka.... persaingan sihat dapat lah harga murah.Majlis kahwin di Lombok.... ini adat, dan sudah di amalkan sejak dahulu lagi... memang tak dapat di ubah... kadang-kadang buat traffic jem berjam-jam....
berpakaian tradisi untuk majlis kahwin....
Sungai 2 lapis... atas sungai, bawah sana pun sungai juga....
Semua sungai-sungai seperti ini, airnya di salurkan ke Sawah...
kat MCo berdiri ini adalah jambatan sungai atas tu.. manakalah bawah nung pun ada sungai..
Memboceng motor speda untuk ke air terjun.. dengan motor sahaja, Maniadi kata tak lah jauh sangat.. dengan motor je, helmet pun tak pakai tu....
Disepanjang perjalanan MCo di jamukan dengan permandangan seperti ini, kiri kanan sawah padi penuh.
..dah sampai di air terjun Taman Wisata ini, menurut penduduk sini, bila hari minggu (Ahad), sangat ramai orang datang sini, hari raya pun ramai, kadang-kadang daripada wilayah lain pun ada datang, daripada Bali pun ada datang.
Kadar bayaran masuk ke air terjun ini...tempat mandi manda, air sangat jernih... dan agak sejuk....
Kalau nak mandi di sini tak boleh guna shampoo dan sabun takut air jadi tercemar dengan buih.
Maniadi, Hernawadi dan Munawar 3 sahabat ini yang menemani MCo ke Taman Wisata ini.
sejuk air terjun ni.... terasa nak mandi tapi rasa janggal plak.
bergambar di Pandan Dure, tasik atau takungan air buatan, ia telah siap 3 tahun dulu... ia merupakan tempat kumpulnya air untuk disalurkan ke sawah-sawah padi. Petang-petang ramai orang berkumpul di sini.. bersantai.
Selain mengail ikan.... aktiviti menangkap ikan seumpama ini pun ramai...
Tasik Pandan Dure...
air dan saliran daripada Pandan Dure yang yang di salurkan ke kampung untuk sawah sawah padi.
Lombok Timur.... manakala pusat bandar terletak di Lombok Tengah.
Cidomo
dengan bayaran 5.000rp dapatlah naik dalam 5 minit.. alang-alang nak pergi ke airport, padahal dulu memang pernah MCo naik Cidomo ini, ni kira buat kali ke 2.. rasa macam naik kereta kuda juga.
Salah satu panorama semasa perjalanan ke airport..hari terakhir, sempat lah snap.. panorama seumpama ini memang banyak di Lombok, kalau pandai ambik angle untuk bergambar, maka comel lah gambar.... kalau amatur macam MCo ini.... panorama comel pun jadi tak comel...
Gambar lain-lain
Antara gambar-gambar dan tempat menarik di Lombok yang mana MCo tak sempat pergi
Gunung Berapi Rinjani, memerlukan paling kurang 2 hari untuk ke sana.... memang menarik dan comel.
Gunung Rinjani
sape-sape hati kental dan kaki hiking sila lah datang ke sini....
Jika berkenan untuk mengujungi tempat-tempat cantik di atas tu boleh lah contact tourist guild ini... nama dia Zen +6285959857258, apatah lagi nak hiking dan trekking.... harga boleh lah runding sama dia.
Tips dan Info
- Dikenali Pulau Seribu Masjid
- Penduduk melebihi 8 juta orang dengan keluasan tak sampai 5 ribu km persegi.
- Mempunyai bahasa Lombok sendiri
- Ramai penduduk bekerja berdasarkan hasil tani, kalau di sawah padi, 2 kali setahun dan selepas tanam padi, sawah tersebut berubah menjadi tanaman tembakau pula.
- Waktu jam sama dengan Malaysia cuma suasana berbeza contoh matahari terbit jam 6 pagi... dan waktu solat semestinya berubah.
- Hampir semua Kutbah Jumaat di Lombok di baca dalam bahasa kebangsaan Indonesia (kalau kita bahasa melayu lah dan boleh faham), walaupun masjid di ceruk kampung dan penduduknya ialah bercakap bahasa lombok.
2 comments:
mcm best lombok
memang dah.. cantik dengan panorama dan bersantai...
Post a Comment