Saturday, January 3, 2015

BANTUAN MANGSA BANJIR KELANTAN

KELANTAN FLOOD

Ini adalah hanya sebahagian gambar-gambar sesudah banjir di Kelantan terutama di Manek Urai dan Kuala Krai, Sedangkan ada beribu-ribu gambar seumpama ini di laman sesawang atau di Facebook, Yang berbeza ialah, gambar-gambar ini di ambil sendiri oleh MCo dan rakan-rakan semasa misi kemanusian di sana, Manek Urai dan Kuala Krai adalah antara tempat yang paling teruk di timpa musibah banjir ini.

Kejadian banjir ini menimpa sejak 21 Disember 2014 dan beberapa hari selepas itu.... keadaannya amat memilukan, Kalau kita tiada peluang untuk meninjau tsunami yang melanda Acheh... maka di sini kita dapat lihat... keadaan di situ seperti dilanda tsunami...

keadaan rumah amat mendukacitakan...amat tragis..amat sedih...rumah-rumah seperti tidak didiami oleh beberapa lama ekoran banjir ini.... 

ermm jom kita tinjau gambar-gambar yang sempat MCo snap semasa misi bantuan ini... dan penceritaannya memang MCo karangkan secara rawak....  dan MCo percaya cerita-cerita ini ramai yang telah tahu....

joomm....

- dalam pembikinan. upload gambar dan penceritaan-


Berginilah...selepas masuk je simpan ke Kuala Krai... dah start jem.... kami berhenti di stesen Petronas...untuk qadar hajat, beli makanan...dan rehat seketika... ini jalan menunjukan menuju ke Kuala Krai..
Gambar yang di ambil daripada simpan.... Kuala Krai....
Afi... pun tak mahu lepaskan peluang untuk bergambar ini... iaitu salah seorang sahabat MCo yang menyertai misi ini...
MCo pun nak bergambar juga... langit dah mula mendung...hujan rintik-rintik masa ini...
one more.... hehe...
...dan Afi one more too....
Ini lah antara... konvoi-konvoi misi kemanusian ke Kuala Krai... semua pilih Hilux sebab anti-flood..kalau ada air..boleh lah harungin lagi....
Lumpur di pendawai cable TNB....boleh bayang tak...tinggi wayar elektrik...dan ketinggian air tu....
warna kuning bekasan air selut.. just imagine... ketinggiaan air...
keaadaan norma dan abnormal... eermmm tak boleh nak gambarkan sangat...
antara rumah-rumah yang kena banjir...
Pengarah Projek en. Naza dan Afi dalam misi bantuan ni....
ok...ready to move forward..... bagus...
bergambar di atas jambatan Manek Urai,... yang menghubungkan Manek Urai lama dan Manek Urai baru..dan antara tempat tertinggi di kawasan ini...dan kereta-kereta di atas jambatan itu.. di belakang..di letak oleh penduduk.... ingatkan air tak menjejak sampai situ...tapi malangnya air menjejaki juga.... hinggakan kereta-kereta pun tengelam.....
Manek Urai Lama... tengok lah keadaan rumah..yang ranak semua sekali..dengan himpunan sampah-sampah....
Stesen keretapi Manek Urai... Mana? kata stesen keretapi? hehehe.. sebab dah hanyut di bawa arus..sebab itu dah tiada....
Afi sedang memberi bantuan kepada salah seorang mangsa banjir.... rumahnya ialah terletak paling hampir dengan jambatan keretapi Manik Urai ni... dan menurutnya rumah yang kelihatan di belakang tu... masa banjir....tenggelam habis...hingga bumbung pun tak nampak.... dan menurutnya lagi.... air naik 1 kaki setiap setengah jam... eermm ... masa kami sampai... mula-mula dia tanya, beras ada  tak? sebab diaorang dah berapa lama tak makan nasi...cuma roti sahaja.....
ini lah laluan keretapi yang depan rumah pak cik tu.... rel keretapi tu sebenarnya dah bengkok... dan yang warna hitam tu... ialah jambatan... tengoklah sampah dah balak... jalan keretapi milik KTMB ini memang totaly tak boleh di lalui lagi...
jalan menyebelah..... kalau tengok ni..menurut pak cik tu..akan nampak bangunan kaunter tiket...tapi habis.... dah tak nampak apa...
..sedang rancak dengan pak cik tu cerita mengenai banjir di kawasan itu... pak cik ni kata, mereka berpindah.... setelah air mencecah pinggang mereka... dan tiada kematian di laporkan...sebab air naik slow-slow, tidak seperti tsunami.. mereka panggil banjir ni sebagai tsunami sungai.....
lagi gambaran rumah pak cik di atas tu..daripada jambatan.... yang sebelah kanan tu.. nampak bukit.. itulah bukit Rajan dimana penduduk melarikan diri ketika sudah tiada tempat untuk pergi..dengan kata lain, semua tempat telah tenggelam... di situ lah mereka berkhemah,dengan kanves..hujan..kesejukan, tiada makanan, tiada pakaian...dan tiada bantuan....
Sementara mereka rancak bercerita, MCo ambik peluang untuk ambik gambar ini.... nak tengok lebih dekat keadaan di sini.... orang kata di kawasan lain..Dabong rasa-rasa...jambatan dah putus dua...


MCo pun nak selfie yang berlatar belakangkan jambatan keretapi Manek Urai ini....

Padang bola. yang penuh dengan lumpur... sebelah kanan tu..ialah sekolah yang menjadi tempat pusat penempatan mangsa banjir, yang mana air telah cecah tingkat 3..

sampah.... yang di bawa arus banjir....







salah satu permandangan..... air banjir telah mencecah bumbung rumah... menyebabkan keadaan ini berlaku...






laluan yang memang tak boleh dilalui lagi....
MCo sedang agih-agihkan bantuan kepada mangsa banjir ni...tengok muka mereka pun memang kesian...

Gambar di jambatan Manek Urai....












Sempat lah bergambar.... sedang  bagi bantuan.... sedih juga.... lilin ada bang? itu antara mereka nak... air bersih....juga tidak ketinggalan...



bukan hanya di kampung air naik...tetapi di pekan-pekan juga tidak ketinggalan.... air dah cecah tingkat 1 tu...








MCo di Jambatan Manek Urai.... masa ini ada sukarelawan (geng towing truck) yang buat amal untuk alihkan kereta-kereta di atas jambatan supaya boleh di lalui oleh kenderaan....






Rumah..hilang terus atap... berginilah panorama biasa yang dapat dilihat di sini....




ini lah.... gambar di atas tadi...bila di zoom in.... stesen keretapi Manek urai...

Pray for Pantai Timur.... ini lah yang digambarkan.... memang tragis dan sedih apabila datang sendiri ke kawasan yang terlibat dengan banjir ini....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...