Monday, April 30, 2012

Australia, We are go Together


Hidup Yang Panjang Dalam Kapal Terbang. Melbourne and Sydney, Here i come

verse 1. Photo melalui my cute HTc II

25-29 April 2012 setelah perancangan yang lama, kami berempat iaitu MCo sendiri, Nazarudin, Afirahimi dan Wafi Adha... sebagai kaki travel yang tahap amatur untuk di transfer kepada hardcore. Bermula daripada lapangan terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu ke Terminal Tambang Murah Air-Asia (LCCT) dan seterusnya ke Tullemarine, Melbourne Airport dan terus ke Sydney Airport memang merupakan perjalanan yang panjang lagi memenatkan. Setelah satu hari dikorbankan bergitu saja di dalam kapal terbang, destinasi kami akhirnya di depan mata.
MCo tidak mahu bercerita panjang hal2 dalam negara, tetapi lebih fokus kepada di Australia (Selepas ini disebut Aussie). Melalui Air-Asia X tambang murah, everyone can fly telah dan memang mencapai hasrat MCo dan rakan2 untuk menjejaki kaki ke negara Kanggaro ini sekali lagi. Bertolak dari LCCT ke Tullemarine mengambil masa 8jam, memang memboringkan. Bermula jam 1.30pm dan sampai di sana dalam 12am (26 April - anggaran kasar) waktu Aussie, tetapi waktu malaysia dalam lingkungan pukul 10 malam. Syukurlah, setibanya di Tullemarine Airport, tidak banyak karenah seperti di Goldcoast dulu... kali ini hanya di masukkan di dalam bilik khas dan dibuat pemeriksaan menggunakan anjing. masa hanya 10minit lebih kurang macam itu jer. Lega hati bila semua selesai dalam pemeriksaan itu.
Pada jadual asal, kami sepatutnya berangkat ke Malaysia Hall Melbourne, tetapi jadual berubah beberapa bulan lalu, pada asalnya kami ingin "stay" di Melbourne sahaja, tetapi alang2 datang ke Aussie, so kami ubah plan ke Sydney, sebab nak datang sini bukan lah sesuatu yang mudah.
perancangan, 1. menaiki bas dari melbourne ke sydney, tetapi tiket memang mahal,
perancangan, 2 . menaiki keretapi tetapi tiketnya 2 kali ganda lebih mahal dari bas, both transport memerlukan masa 8 jam juga untuk sampai di sana.
perancangan, 3. menaiki jet star, tetapi harganya juga tinggi tapi lebih murah dari bas dan keretapi
perancangan, 4. terjumpalah satu kapal terbang rate harga murah iaitu Tiger Airways. iaitu dalam Aud60.
perancangan yang di buat untuk menaiki bas dan keretapi adalah kerana kami mahu penjimatan dalam penyewaan hotel, kerana sudah tentu kami akan bermalam di dalam bas atau keretapi, dan trip kali ini, MCo tidak mengempalai semuanya, kerana ia bergantung pada keputusan majoriti dan pengetahuan seorang kawan yang boleh dikategori nak mencapai taraf hardcore travel iaitu Wafi Adha, tidak seperti yang lepas2 MCo hanya travel 1 orang dan 2 orang yang mana segala keputusan bergantung pada MCo sendiri.
sedikit pengalaman di Tullemarine Airport sebelum sessi photografic,
Tullemarine Airport, seperti airport2 lain di seluruh dunia, ada tempat simpan bagasi, cafe, money exchange, telefon, mesin vanding, dan ada kemudahan internet berbayar (Aud2 selama 20minit), tapi semua wifi berbayar, dan paling istimewa di sini ialah ada di sediakan "prayer room" for muslim, tetapi wudhu (air sembahyang) kena ambik dalam tandas - basuh kaki dalam sinki, sedia maklum, tandas di negara orang putih ni, tiada paip disediakan bersebelahan mangkuk tandas, so pandai2 lah...
serba sedikit berkenaan Melbourne. suhu boleh cecah 10 darjah celcius sehingga 16 darjah celcius mengikut waktu tertentu, misalnya, subuh, pagi, tengahhari, petang dan malam, suhu berubah-ubah. kalau tengahhari, matahari dingin, dan masih memerlukan baju yang tebal bagi orang yang tidak biasa dengan keadaan sejuk, dan kalau malam jangan cuba2 memakai singlet dan seluar pendek. kerana cuacanya lebih sejuk daripada Goldcoast atau Darwin (north Aussie).
Jom MCo cerita kronologi pula, dan selanjutnya akan diceritakan dalam gambar2 di bawah.
26 April, pagi, setibanya sampai di Tullemarine Melbourne Airport, MCo dan rakan2 cuma berehat di situ kerana menunggu kapal terbang seterusnya ke Sydney. Flight pukul 6 pagi waktu tempatan. (cuaca masa ini sangat sejuk di tambah dengan hujan renyai-renyai berkabus).
26 April, 6 pagi kami bertolak dari Melbourne ke Sydney dengan Tiger Airway, penerbangan memakan masa dalam 1 jam 30 minit.
setibanya di Airport, kami berempat menaiki teksi ke Opera House, di mana tujuan utama kami ke Sydney. total cost sebuah teksi ialah (plus minus) Aud20, memakan masa dalam 20minit dengan keadaan jalan yang normal dan kelajuan cecah 80km/j.
kami di Opera House, bergambar dalam pelbagai sudut, pelbagai lokasi (akan di tunjukan dalam gambar seterusnya nanti dan akan digambarkan melalu peta), Perjalanan kami ini mengambil semua masa siang di sekitar Opera House, (waktu siang yang pendek) (6 pagi dah nampak cahaya matahari, dan sunset 3.30pm.)
sekali lagi, daripada sini (sekita opera house) kami menaiki teksi ke Malaysia Hall (MHS), Sydney dengan kos Aud20. (masa ini rate tukaran asing Aud1 - RM3.30).
Malaysia Hall, Sydney adalah berdekatan dengan New South West Universiti (20 minit perjalanan dari MHS ke NSWU).
kat MHS ni, pengurusan nampak friendly, student pun ok, dan malam kami tidak ke mana2 memandangkan MHS ni terletak di kawasan perumahan, dan jauh dari kedai2, pejabat2 dan tempat2 hiburan.
27 April, pagi, MCo, Naza dan Afi, hanya berjalan2 dan bergambar di sekitar MHS dan NSWU, tidak mengambil masa yang panjang sebab hari ini juga kami akan berangkat ke Melbourne.
1.30 tengahari, kami sekali lagi ke airport daripada MHS dengan teksi (kos Aud30)
4.00 petang (lebih kurang) kami sampai lagi di Tullemarine Airport.
dari sini kami menaiki Skybus (bas panjang). daripada airport ke hentian terakhir iaitu Southern Cross Station (dekat dengan Etihad Stadium), dengan kos Aud17 seorang. kami plan nak ambik taxi dari airport ke Malaysia Hall Melbourne (MHM), dan kosnya ialah dalam Aud60, tetapi kami tidak digalakan menggunakanya oleh pengawal teksi di situ, memandangkan pada masa itu adalah waktu orang balik kerja, dan jalan jem, manakala teksi pakai meter mengikut masa (fulamaaakk meter dia bergerak mcm air, laju giler). so tidak mahu ambik risiko kami ambik lah skybus.
daripada Southern Cross Station kami jalan kaki ke suatu tempat (boleh di kategori jauh gak, nak kata penat tu penat gak, tapi enjoy) untuk cari laluan ke MHM dan di tanya orang, boleh sampai sana menaiki train (di kenali atau di sebut Trams). - iaitu sejenis keretapi atau mcm LRT tapi di jalan raya (akan di tunjukan di dalam gambar dan ceritanya mengenainya).
di pendekan cerita, sebenarnya kedatangan kami ke Melbourne ni mempunyai satu misi kecil iaitu menghantar sedikit barang keperluan kepada anak kepada salah seorang bos kami di pejabat, dan di sini di Melbourne Aquarium bersebelahan dengan Batman Park, kami tunggu anak bos kami itu dan setibanya dia di situ, dia lah yang bawa kami terus ke stesen Trams untuk ke MHM. dan hari2 seterusnya dialah yang menjadi "tourist guild" kami. seperti yang di katakan, berjalan memang memenatkan dengan penuh barang2 yang di bawa tetapi enjoy.
malam, kami check in di MHM dan kami keluar lagi ke pusat tumpuan utama di ibu kota Melbourne, - hentian Trams name Federal Station dan tempat tu di kenali Flindar Street dan mempunyai bangunan lama yang bersejarah dan juga salah satu Landmark Melbourne (Flinder Street Station) - akan diletakkan dalam gambar. balik ke MHM jam 3pagi waktu tempatan,(sebab tiket trams kami valid untill 3am sahaja).
28 April, pagi lagi kami berempat telah berjanji dengan si anak bos (selepas ini di sebut Shalia), iaitu di hentian Trams no. 1. iaitu hentian Melbourne University. di sini lah kami berjumpa dengan Shalia, dia bawa sedikit nasi goreng untuk sarapan kami.
tempat2 yang Shalia bawa kami ialah
1. Queen Victoria Market - tempat shopping
2. Hourbour Town - tempat shopping barang2 branded
3. Melbourne University untuk solat dan sesi bergambar
4. malam - makan aiskrim, dan shopping di mall, lalu di sekitar restoran2 kecil yang dipelopori oleh masakan2 dari pelbagai negara eropah, termasuk itali, perancis, lebanon, dll.
5. dataran Flinder
magrib, kami pulan ke MHM dan pukul 10 tempatan kami pergi lagi di Flinder Street tu, untuk malam penghabisan di kota Melbourne.
29 April, seawal 5 pagi waktu tempatan, kami menaiki teksi dari MHM ke Tullemarine airport, masa yang di ambik 25minit dengan kelajuan 80-100km/j, dengan kos Aud60. ini waktu pagi di mana kereta di atas jalan raya masih kurang, jika ada traffic jem, maybe makan masa lama dan kos maybe meningkat.
3.30petang (waktu Malaysia) sampai di LCCT..
untuk lebih ghairah, join MCo dalam photo exporasi, klik picture untuk enlarge dan seperti yang lepas2 yang pernah mengikut blog MCo sebelum ini, sudah pasti tahu, kebanyakan gambar ini tak ikut kronologi, walaubagaimana pun MCo akan cuba sedaya upaya untuk susun ikut urutan dan turutan, kekeke.... dan maybe ada gambar sama di lokasi yang sama, mana2 gambar yang tiada di HTc MCo ini, maybe kena tunggu untuk Verse ke 2, iaitu "Panorama dari Kanta Sebelah"
Gambar ini tersalah masuk kemudian, maka MCo terpaksa uploadkan dan menyebabkan ia tidak mengikut kronologi. ini ialah bus sightseeing, ia bawa pusing sekitar bandar Sydney, dengan kos Aud40.

Seperti yang lepas2 trade mark MCo ialah menayangkan departure card, border pass, visa dan passport ke mana saja MCo lawati, ini lah serba ringkas, dan yang jelas kat situ ada tulis emergency contact. she is my sister...hehehe...kasi masuk nama dia.

Ini lah yang MCo nyatakan pada awal, di sini cuma ada kiosk internet, bayaran Aud2 untuk 20minit. time masa ni ialah ketika menunggu flight ke Sydney, tiada apa yang perlu dibuat, so layan Facebook kejap.

ni di dalam boarding, ruang menunggu Tiger Airway, sebelah MCo ialah En. Naza. kali kedua travel dengan dia selepas Bali 2 tahun lepas.
Pandangan luar, kapal terbang Tiger Airways, masa ni hujan renyai-renyai, dan dalam likungan jam 6pagi waktu tempatan.
Setibanya di airport Sydney, ini lah gambar pertama yang MCo snapkan. nampak jelas tempat yang kami akan tuju, iaitu Opera House, bila tengok train, rasa nak naik jer... walaupun kadar harga/kos belum di ketahui lagi.
atas kesempatan itu lah MCo pun cuba lah bergambar sama dengan dengan signboard tu, memandangkan semua member2 lain tak lepas peluang.... maybe mereka lebih gemar mengumpul bukti yang mereka telah sampai di sini.
bukti penerbangan MCo dan rakan2 ke Sydney daripada Melbourne. boarder pass dan tiket.
Daripada Sydney airport ke Opera House, kami menaiki teksi, tapi tak sangka sangka masa asyik memandang sekeliling... maka MCo terpandang lah sebuah "nabira" yang di jadikan teksi.... ini dah kira spot satu nabira di Aussie. (Holden Vauxhall)
MCo sengaja snapkan gambar ni dari dalam teksi, lihat lah keadaan jalan masa "on the way" ke Opera House (selepas ini di tulis OH)
this is real from my Htc. Harbour Bridge Opera House, dan gambar pertama yang MCo snapkan, dulu hanya lihat dalam tv, internet, paper, MCo percaya, sesiapa sahaja sudah tahu dan jemu dengan gambar ini, kerana kebanjiranya di internet dan di mana2 sahaja. tapi ini lain, sebab ia telah di snap sendiri di depan mata oleh MCo sendiri. walaupun cahaya matahari mencanak-canak, tapi tidak terasa panas malah masih sejuk dengan suhu dingin yang di bawa angin.
MCo bukan sengaja untuk menyusun gambar secara tidak mengikut kronologi, tetapi bila di uploadkan, ia tetap tidak mengikut urutan kecuali di upload satu persatu, dengan keadaan ini mustahil MCo hendak uploadkan satu persatu, kerana memerlukan banyak masa. so gambar di atas ialah laluan keretapi di bandar Sydney.
lagi gambar Harbour Brige. memang cantik dan besar di depan mata. you all, try lah tempah tiket ke sini, sure takkan menyesal.
OOOpp! nak kata MCo curi gambar ni dalam internet atau komputer orang, so MCo pun terpaksalah tunjukkan bukti juga seperti orang-orang lain buat, so apa lagi... 1.... 2....3... klakk... tu tangan tunjuk tanda bagus, menunjukan MCo dah dapat yakinkan kau orang.... hehehehe...
Selepas Harbour Bridge, MCo pun bergambar dengan OH. ini gambar dekat, so nampak pun sekerap jer lah.... so see next photo....
MCo bergambar berlatar belakangkan Circular Quay...bangunan di sekitar OH dan Harbour Bridge.
gambar The Rock, Government Building, tempat landing star cruise.
MCo saja2 main jer ni...jangan gelak plak...hehehe
OH di snap dari sudut lain. Ia berhadapan dengan Waruda St. di seberang sana tu... yang mana, ramai orang boleh snap gambar dari Waruda St.
so MCo pun ambik sekali snap lah berhadapan dengan OH ni..
dan lagi.... sama tapi tak serupa, MCo snap untu menambahkan koleksi gambar.
Sydney Opera House sign. still menghadap Waruda ST.
sunset.
gambar ini di snap dari Royal Botanic Gardens. kalau tengok dalam peta, ia sebelah kanan. manakala Harbour Bridge sebelah kiri.
MCo sempat snap, ini adalah dinding2 bersebelahan OH, banyak gambar dan menceritakan seribu satu cerita, tapi MCo lihat ramai orang kurang berminat untuk membacanya, MCo minat nak membaca, tetapi masa sangat tidak mengizinkan. gambar ini menjelaskan budaya, dan pemikiran orang diseluruh negara tidak kira apa ideologi, bangsa, budaya, dan lain lain.
fuh..ini lah panorama yang menarik, MCo snap di Royal Botanic Gardens... antara st. George open air cinema dan Mr. Macquaries chair.
salah satu gambar yang di ambil dari boat.
setelah penat snap gambar OH, maka MCo dan rakan2 bercadang nak menaiki bus city sightseeing, dan towel, tetapi harganya sangat mahal, so MCo dan rakan2 cancel je lah... ini gambar di snap di Circular Quay. (sebelah kanan gambar (kiri MCo) ialah Hotel Inter- continental Sydney.
Museum of Sydney, masa ni kami "on da way" nak ke First Fleet Park... dan museum ni terletak di jalan Bridge (Bridge st.)
ini adalah betul2 pusat Circular Quay iaitu di tepi Alfred St. kelihatan bergitu banyak burung camar, ia jinak2 merpati.
pandangan daripada First Fleet Park
salah satu sign dalam Royal Botanic Gardens.
pandangan daripada First Fleet Park, sebelah kanan ialah stesen kapal, boat pengangkut penumpang, dan di atas adalah Circular Qual Railway station - Cahill Expressway.
MCo pun ambik kesempatan snap gambar diri sendiri...mcm koya je..hehehe
MCo berlatar belakangkan Circular Quay (Harbour Master Steps) iaitu pandangan dari First Fleet Park. di belakang jelas kelihatan OH.
ini, MCo bergambar berlatar belakangkan belakang kawan MCo Wafie Adha...hahahahaha
di First Fleet Park, adalah, orang buat pertunjukan sambil kumpul duit, ini seperti pertunjukan peribumi Aussie, dengan music dan tarian, tapi MCo tak lihat banyak, masa yang suntuk, dan penat.
ahaaaa.... ni penghibur jalanan, sempat nyanyi kan satu lagu untuk MCo, dan di upah sedikit coin. dia ni pun jual cd nyanyianya...
again, berlatar belakangkan OH di First Fleet Park (FFP)
yang ni berbeza sedikit kerana ia di snap penghujung, dekat dengan kaki Harbour Bridge.
Ok Ok...so sekarang kita tutup sudah cerita pasal OH, FFP, Circular Quay, now MCo nak cerita plak berkenaan tempat menginap MCo dan rakan2. iaitu di MHS. sewa semalaman cuma tak melebihi Aud12 untuk setiap seorang.
hehhheehehe...mcm biasa lah MCo pun tak mahu lepas peluang nak snap kat sini...orang lain buleh, kenapa MCo tak boleh...hehehe, tu kereta mercedes kat belakang, percaya tak, kalau 2nd hand, harganya tak sampai Aud4000.
MCo di lapangan terbang Sydney, siap sedia nak berlepas ke Melbourne. waktu tempatan dalam pukul 12 tenghari, waktu malaysia maybe lah...dalam 10 pagi.
boarding pass, from Sydney to Melbourne..
tanah Sydney, good bye sydney, after this, i do not know, bila lagi boleh jejak kaki di sini.
.....dan ini ialah tanah Melbourne, waktu hendak mendarat.... yang atas tu masa berlepas....
Op! ini gambar di Sydney, MCo sengaja snap gambar ni, yang menunjukan rumah2 orang Aussie, jalan ini adalah menuju ke University north west.
MCo bersama Wafi Adha dan Nazarudin di Tullemarine airport Melbourne...sampai dah...setelah 1 jam setengah dalam flight Tiger Airway.
yeah...ini lah dia...kawan2 MCo, dari kiri Wafie Adha, Naza, dan Afirahimi.
dan lagi...dan lagi...tengok lah si Wafie Adha, sibuk dengan iPad, banyak benda yang di lihat, Facebook, Twitter, dan info2 berkenaan Aussie, terutama jalan2 di sini... tapi dia ni kaki internet...kekeke
Hah!! ini lah yang MCo nak ceritakan pada awal penulisan, MCo sempat lah snapkan mesin vending diaorang, harga barang2 kat dalam paling murah ialah dalam Aud3. tapi dalam Htc MCo tidak snap prayer room, but dont worry, dalam versi kedua, mesti ada gambarnya.
ini adalah jalan, nak kata pemisah tidak juga...iaitu terminal domestik dan international.
MCo lupa nak snapkan gambar bas panjang dari airport ke Southern Cross Station, tapi jalan ini adalah berhadapan pintu masuk utama Southern Cross Station.
ni antara pintu utama Southern Cross Station.(SCS)
entahlah...MCo pun tak paham, basikal ni orang sewa ka? hak milik orang ka? tapi MCo snap jer lah...
MCo nak cerita lah sikit, dari airport ke SCS kami hilang arah, nak tuju MHM...tengok peta, tanya orang, maka ikut lah gerak hati, masa dalam perjalanan tu, perut lapar, tapi ternampaklah ada kebab halal...so kami apa lagi beli lah...kos satu kebab dalam Aud8.50. hehehe try lah convert to RM.... kedai kebab ni terletak di Flinders St.
OH, MCo dengan Afi dalam bas panjang..on da way ke SCS.
besebelahan Crown hotel, dan Yarra River. Nampak tak tiang putih tu.... dalam masa2 tertentu ia akan mengeluarkan api, boleh di katakan kuat dan panas juga kalau berada di bawah tu.... masa MCo pergi tu awal lagi... dalam jam 7mlm... orang kata ia akan keluarkan api jam 10mlm...tapi tak di sangka2 masa MCo dan rakan2 sampai tu.... pertunjukan tu dilangsungkan..so MCo tidak terlepas lah menyaksikannya...
ini pandangan daripada MCo snap gambar tadi (depan hotel crown) berhadapan dengan Flinders St. (Flinders Street merupakan pusat kepada Melbourne)


ini lah yang MCo katakan tadi... ada nampak api tak? hehehe
setelah sampai di MHM, kami keluar lagi ke kawasan segitiga emas melbourne (Flinders St.) dan ini lah suasananya.
ya..ini lah landmark kepada kota Melbourne... sama macam OH, tentu korang dah tengok di mana2 internet. MCo dapat snapkan pada waktu malam... so apa nama bangunan ni? Flinders Street Train Station.
gambar ni di snap pada 28 April, jam 9 pagi waktu tempatan, kali ni, kami bersiap2 lagi nak keluar bersiar2..hehehe... dan ini lah muka depan MHM.
seperti di MHS, MHM pun MCo nak ambik gambar.
ini orang sana sebut Trams... banyak laluan, kat Melbourne, ni lah pengangkutan awam utama, selain teksi... hal trams ni akan di ceritakan lebih lanjut dalam gambar seterusnya....
bentuk lain Trams, sebenarnya banyak jenis trams ni... ada nampak antik, ada yang jenis moden.
Pada 28hb April tu, kami di bawa oleh Shalia pergi bersiar-siar, dan salah satu tempat ialah Queen Victoria Market.... ini adalah salah satu ruang niaga makanan basah...tengok lah keadaan lantai, bersih dan tiada kotoran dan kering.
other side pasar victoria, tempat shopping souvenir.
other side pasar victoria.
MHM yehaaaaa.... MCo dah sampai sini... kamu bila lagi...weh mai lah.... beli tiket lah....
cessshhh...nyesal MCo beli awal "nepet peti sejuk" hari tu...rupa2nya kat sini lebih murah....

signboard Queen Victoria Market.... pintu belakang.
ni adalah jalan pemisah Victoria market dari pasar basah dan souvenir.
jom bergambar....wah banyak plak gambar kat sini...saja jer MCo nak kasi jeles kepada pembaca wanita...hehehe
jom makan dulu...strawbery beli kat pasar dalam tu....
pintu utama Queen Victoria Market.... ini jam 1 tghari. pasar ni tutup jam 3 petang.... tapi masa ni, acara lelong melelong barangan basah kat sini jika hampir tutup.....
MCo pun tak tahu apa nama bangunan ni...

murah....asalkan mata wang jangan convert to RM.
City Circle salah satu trams khas untuk pelancong, ianya free, gambar ini di snap di Harbour town.
yeahh... tempat shopping barang branded, Harbour town.
seperti yang lepas2, MCo tidak lupa snap kan salah satu bank yang MCo lawati, tapi hari ni hari Sabtu mungkin, dan bank ini tutup.
ini waktu petang dah...jam 2 barangkali... Flinders Street Train Station di snap pada waktu siang. masa ni memang ramai manusia berkeliaran..hehehe
salah satu jalan di kota Melbourne ni.. tepi jalan raya, kat tengah ialah jalan trams.
MCo bergambar betul2 di tengah hentian Trams dan traffic light depan Flinders Street Train Station.
Pandangan sisi Flinders Street Train Staion.(FSTS)
yah...ini lah bergambar di tengah2 hentian tram kat FSTS, yang kanan sekali tu yang cantik manis ialah Shalia, yang sebelum ni nama di sebut2 tapi gambar tidak kelihatan, dan yang lain2 sedia maklum, nama2 mereka telah muncul di serata sudut dalam blog MCo ini...Shalia ni lah banyak berkorban masa, wang, dan tenaga menjadi pemandu pelancong kitaorang, dia ni student kat Melbourne University, dan kadang2 dia juga jadi camera women...so berbanyak banyak terima kasih kepada Shalia, maka tak lah boring sangat kami di sini, kami banyak belajar dari dia dalam banyak hal di Melbourne ni... terima kasih sekali lagi....dan nasi goreng yang enak.... (sebenarnya, pada semalam (27 April) kami dah berjanji nak jumpa pada 28 April, dia sebagai pemandu pelancong, so pagi tu bila jumpa, dia bawa nasi goreng yang di masak sendiri untuk kami)
OOpp!! pada 28 April tu, tanpa di sangka perhimpunan bersih 3.0 di adakan di Malaysia dan seluruh dunia barangkali, so ini gambar di dataran Flinders. kami tak join, kami lalu jer...tapi sempat snap.
Bangunan gereja...betul2 berhadapan dengan FSTS.
ini adalah surau di Melbourne University. Shalia yang bawa kami ke sini untuk solat.
padang di Melbourne University. MCo sengaja di belakangkan untuk snap gambar ni sambil meniarap...kakakaa
antara peserta himpunan Bersih... kekeke... tu ada bendera Malaysia, dan berbaju kuning.
lagi suasana di perhimpunan bersih, tapi sebenarnya perhimpunan ni dah tamat pun...
sekitar Melbourne University.
jom MCo ceritakan dengan lebih separa detail berkenaan dengan Trams ini. sungguh unik dan sistematik perjalanannya. ia seperti LRT di Kuala Lumpur. jalan khas di tengah2 jalan raya. mempunyai stesen2 khas seperti LRT, stesen biasanya terletak berhampiran atau sebelum lampu isyarat. Yang uniknya, perhentiannya tidaklah secara automatik, tetapi atas permintaan penumpang, ia tidak seperti LRT yang mana berhenti secara automatik di setiap stesen. butang loceng atau tali akan di tekan/tarik oleh penumpang untuk berhenti di stesen seterusnya, walaupun tiada stesen, ia juga boleh berhenti sebelum lampu isyarat. Trams ini ada sangat banyak laluan, dan sangat tepat dengan masanya. kalau tak silap tak sampai 9 minit untuk trams seterusnya.
tambang? Aud7.60 satu tiket untuk sehari, untuk Trams satu laluan sahaja... di sini ada banyak laluan..seperti laluan 1, 2, 3 dan seterusnya. ini trams laluan 1, memandangkan laluan MHM dan ke FSTS adalah sehaluan. MCo lihat, tiada pengawalan ketat ke atas penumpang, samada beli tiket atau tidak, ini mungkin nilai moral orang sana yang tinggi, maka pengawalan ini di longgarkan... tetapi jika ispektor dapat tangkap penumpang yang naik tanpa bayaran (tiket), maka denda Aud200 akan di kenakan serta merta, tiada pengecualian.
Shalia membawa kami makan aiskrim...fuh harganya nya cukup lazat Aud5.70 selazat rasanya...hehhehe kalau tak cuba memang rugi.
di sepanjang jalan ni...semua restoran, pelbagai citarasa, thai, lebanon, itali, perancis, jerman dll...weeeehh mana Malaysia? nasi lemak? satay? roti canai?
Nah...baru sebut dah muncul... ini lah salah satu restoran yang menawarkan masakan melayu... harga? dont try to covert ke RM...baru nampak murah...hehhehehe... walau bagaimana pun, ia tetap tak sama dengan masakan Malaysia original...tapi apa boleh buat... bedal jer lah... lama dah tak makan nasi....hehehe
haaaaah!! ini adalah gambar di dalam Trams... gambar anak panah tu ialah, tali yang perlu di tarik oleh penumpang jika mahu turun di stesen seterusnya..


kalau di Aussie ni...rasa tak best MCo tak ceritakan pasal suhu dan persekitaran. di luar sangat sejuk, di dalam rumah berhawa panas dan suam. so tak laku air-cond di sana...hehehehe... bergini lah... jika tuan2 dan puan2 duduk dalam bilik dan terasa panas, buka lah tingkap macam MCo lakukan ni.. maka masuk lah air-cond original... memang real, seperti memasang aircond di Malaysia....
....tetapi apa yang ada dalam bilik ialah, ini lah heater pemanas... setiap bilik dan rumah yang tiada cerobon api... cukup menghangatkan badan dan persekitaran... atas kesempatan itu lah... MCo jemur stokin MCo atas heater tu...kekekkee
ini adalah ruang dalam MHM.
ini adalah peta kota melbourne..... yang di snap dalam buku peta.
MCo di LCCT...selamat tiba dari Melbourne....
jom check waktu check in melbourne to kuala lumpur.
korang baca lah sendiri...
peta OH yang di snap dari buku peta.
peta yang di ambik dari google map (Sydney).. anak panah kiri ialah kat Circular Quay, tepi FFP. anak panah tengah ialah OH, dan sebelah kanan ialah Royal Botanic Gardens.
peta dari google Map (Melbourne)..dalam bulatan tu ialah pusat kota Melbourne dekat dengan FSTS...dan anak panah tu ialah MHM....

setakat ini dulu penerangan MCo, so tunggu lah next for Verse 2.

anda suka, anda terhibur, anda yang tentukan....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...