Wednesday, January 4, 2017

TIPS MEMANDU DAN MENUNGGANG MOTOR DI THAILAND

Tips Memandu di Negara Thailand.


Thailand merupakan salah satu negara yang mana rakyat Malaysia terokai memandangkan semenanjung tidak cukup besar untuk menjelajah bagi kaki-kaki motor dan mana-mana kelab permotoran negara. Thailand memang terkenal dengan tempat-tempat yang menjadi tumpuan bagi kaki memandu atau kaki tunggang motor.... dengan jalan raya yang lurus dan bentuk muka bumi ada yang mencabar, namun bergitu tahukah anda bahawa apabila memandu atau menunggang di Thailand mesti mengikuti beberapa aturan.

di sini dikongsi sedikit tips supaya menjadi panduan.

Dokumen Kenderaan.
  • Samada kereta atau motor, dokumen mesti lengkap iaitu geran kenderaan, dahulu salinan pun tak apa, sekarang memerlukan geran original, jika memandu kereta orang lain, surat kebenaran pemilik asal diperlukan. Pemilik kenderaan perlu mengisi borang kastam Thailand, sebagaimana di bawah (tetapi kita tak perlu isi, tetapi cuma pergi di kaunter berkenaan dan kata nak bawa kereta ke Thailand.... dan Insuran semestinya kena beli.. sekarang dalam harga RM39 untuk sebulan.).
 Note: MCo kalau dekat sempadan je.. tak isi pun form ini.. kalau nak pergi hatyai baru isi. kalau dulu, salinan geran kena ambik cop dan sign JPJ Malaysia dekat border Imigresen Malaysia.

Contoh borang kastam yang akan diberikan oleh pihak Kastam/imigresen Thailand, borang ini akan diserahkan kepada pihak imigresen yang menjaga di laluan masuk, dan satu salinan akan diserahkan kepada kita, dan kita perlu serahkan kembali kepada pihak kastam/imigresen Thailand apabila keluar nanti, (jika tidak, tamat tempoh, kita akan di kompaun RM100 sehari).

Insuran

  •  Bukan Insuran kenderaan sahaja, kalau boleh insuran sendiri, malang tidak berbau, jika terkena musibah, paling kurang ia meringankan beban. samada kita sendiri atau rakan-rakan yang bersama kita di negara jiran tersebut.
Note: kalau boleh insuran bukan sahaja berada di negara luar, tapi di Malaysia juga penting.

Patuhi Undang-undang
  • Thailand juga mempunyai undang-undang jalan raya sebagaimana Malaysia, jaga had laju dan pemakaian tali pinggang keledar, jika kawasan had laju 90km/j, wajib ikut, kalau tak kena saman.
Note: kalau pi Hatyai, MCo pecut kalau jalan elok...hehehe, tapi pernah juga kena tahan di polis Thailand... dia nak tips tu... 
  
Jangan Mencucuk Kenderaan Lain
  •  Samada mencucuk sama sendiri (kalau konvoi) atau kenderaan negara Thailand... kalau kenderaan Thailand kalau dekat sangat bimbang mereka membelok tanpa bagi signal, atau brake mengejut... kadang-kadang angin orang luar ni lain sikit bila tengok kenderaan negara luar cucuk belakang.
Note: Teringat masa belajar sekolah memandu... petua 1001, 1002.. siapa ingat? jadi MCo tak berani cucuk kenderaan orang masa di tempat orang.

Etika berkonvoi
  • kalau pergi secara kumpulan besar, pastikan pasang lampu garib atau lampu depan, kalau kenderaan melebihi 30 biji, kalau boleh asing-asing kepada 10-10... kerana tidak terlalu panjang, jangan memecut, jika ada kenderaan lain nak memotong atau mencelah sila bagi laluan....
Note: MCo kalau konvoi pun tak ramai... dalam 10 buah je.. biasa polis Thailand tengok kereta Malaysia.... dia go on je... tak ketat mana, di Selatan Thai lah... yang penting siapa yang lead konvoi tu.
 Kaedah Pemanduan

  • Kalau memandu di Selatan Thai, seelok-eloknya ambik lorong kanan dengan kesesuaian had laju, sebab kadang-kadang ada kenderaan keluar masuk tanpa isyarat, ada motor keluar tanpa toleh kanan dan kiri, namun bergitu, kena jaga sebelah kanan, kalau di selatan Thai, divider mereka dipenuhi lembu dan kambing... dan kadang-kadang keadaan jalan di sana juga berlubang-lubang... ada juga nak mengelak lubang tanpa tengok kiri kanan dan belakang, waspada dengan "titik hitam" atau blind spot.... ada kereta Thai ikut rapat.
Note: Kalau drive malam, waspada lampu jalan jenis kalimantan... ia bukan rumah orang atau kedai... tapi lampu di tiang elektrik.. bila drive di Thailand, mata MCo mesti pandang kiri dan kanan...kot ada lembu melintas tanpa signal.

Jika Berlaku Musibah

  • Jika terkena musibah, segeralah buat laporan polis... semua urusan mesti ada hitam dan putih.... kalau buat bayaran apa-apa sila minta resit... satu lagi orang lupa, kalau boleh di kenderaan lekatkan info tentang diri kita, terutama no telefon kita dan famili... samada di cermin kereta atau motor.... 
  • Jika berlaku accident melibatkan kenderaan sendiri, sebaik-baiknya cepat-cepat selesaikan dengan insuran dan bawa keluar dari sempadan dengan segera bagi mengelakan sebarang penambahan kos dan masalah.
Note: di kereta MCo memang selalu ada no tel MCo sendiri.... heheheehe.

Keadaan Kenderaan

  • Bila kita dah plan nak pergi ke Thailand.... paling utama sebenarnya ialah kita pantau keadaan kereta kita tu biar berkeadaan elok. jika kenderaan kita rosak, ia bukan mendatangkan masalah pada kita, tapi pada rakan-rakan yang turut sama tu... bahasa dan mencari bengkel baikpulih bukan mudah. Jadi nasihat, sebelum pergi, lakukan servis, tukar apa yang patut... kalau boleh 2, 3 hari sebelum mulakan perjalanan yang jauh.
Note: MCo service kereta di Hatyai... harap-harap akan datang tidak rosak tengah jalan lah... 

Kenalpasti tempat yang di tuju

  • Kita nak pergi Krabi contohnya... kita kena tahu serba sedikit jalan menuju ke sana, samada jalan dekat atau jauh... keadaan jalan, jarak, tempat rehat, tempat solat, tempat makan, tempat yang bahaya, tempat santai, tempat isi minyak dan kenderaan yang selalu lalu di atas jalan raya... dan juga kena waspada kenderaan Thailand, terutama kenderaan berat mereka, yang mempunyai double traller, dan juga lori pikat kecil yang lebih muatan.
Note: MCo tak berani ikut rapat kalau traller, dan MCo nak pecut je kalau jalah lurus... walaupun kadang-kadang rasa sangat bahaya... jangan tiru.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...