Sunday, May 25, 2014

SUNGAI GOLOK, THAILAND

PEKAN SG. KOLOK


 (Thai: สุไหงโก-ลก)

Sebutan Thailand, Su-ngai Kolok merupakan bandar utama di sempandan Malaysia dan Thailand, dan ia terletak di Wilayah Narathiwat. Pada asasnya ia terletak pada paling Selatan Thai dan Utara Timur bagi Semenanjung Malaysia. Pekan Sungai Golok dianggarkan mempunyai penduduk sebanyak 38 ribu orang. Pekan Sg. Kolok adalah berhampiran dengan Pekan Rantau Panjang, Kelantan Malaysia...dan paling istimewa, Pekan Sg. Kolok boleh dimasuki melalui 2 cara, secara halal dan secara haram.. secara halal menggunakan passport seperti biasa...dan secara haram ialah dengan sampan melalui Sungai Golok.
.... dan kali ini MCo ingin ceritakan yang kali ni MCo masuk Thailand secara haram, iaitu melalui sampan sungai Golok.... tak perlu guna passport....
Namun bergitu Golok masih lagi di pandang negatif, kebanyakan orang Malaysia sendiri...sebab Golok ini sinonim dengan pusat maksiat iaitu pelacuran, padahal pelacuran itu adalah cuma satu dan sebahagian sahaja, Golok lebih lagi kepada pusat perniagaan...
jom kita terjah masuk secara haram plak ni.... sebenarnya, ia separa haram...walaupun masuk ke pekan Golok tak perlu guna passport...tapi masih lagi perlu mendaftar di post kawalan tentera, dan perlu tinggalkan kad pengenalan kita di post tersebut...dan seterusnya kita akan diberi satu pass lawatan sementara....
jom kita masuk dalam......
tapi MCo cerita ini adalah secara asas sahaja...perjalanan peribadi MCo sendiri...

Masuk Secara Haram

Ramai orang sebelah kelantan yang masuk Golok secara haram...mudah, cepat, dan jimat duit.... dan banyak barang seludup melalui sungai Golok ini terutama petrol dan diesel.

 Inilah Sungai Golok (SG)..air dah surut...kalau musim hujan.... airnya boleh mencecah jalan raya dan di mana MCo berjijak tu.... kelihatan sampan...pengangkutan.....yang nampak seberang sana itu ialah Thailand.
MCo naik perahu ni... nak henti kat post tentera yang atap dia warna biru tu...sebelah kiri...itu dinamakan Pangkalan Jambu... weii tak besar mana sungai ni..maksud MCo tak lebar mana..agak2 berenang boleh sampai tak?
 ini lah SG lagi...hehehe.... MCo dalam sampan dah ni...sempat lagi snap sekeping dua...gambar semasa atas boat....bukan duduk pun.... berdiri, tak sampai 4 minit berdiri dalam sampan tu....nampak tak pondok yang atap warna biru tu? itu lah pondok atau post tentera yang berjaga di kawasan tu..(Pangkalan Jambu)..dan setiap pendatang, perlu isi form dan lapor diri situ....
 Cuba tengok hujung SG tu.... lagi kecil laluannya.... selebar jalan raya 2 lorang ja...

"tolong ambik gambar aku sat"....hehehe..MCo suruh kawan ambikkan, tetapi oleh kerana boat tu bergoyang-goyang.. tak sedar sampai gambar jari tutup separuh lensa camera tu... dan ini saja satu-satunya gambar MCo yang ada atas sampan ni... alaaa...tak sampai 3 minit pun dah sampai seberang tu... cukup lah tambang RM1 je.....

 Inilah kat Post Tentera tu.... kena isi borang, kena cop jari..tengok askar tu pun selamba je... ini pun MCo curi-curi ambik gambar ni..mana tau kot kot dia tak bagi kan...
 Pass sementara yang diberi....so mana haramnya? masuk pun kena daftar, jadi tak ada lah haramnya... dan kertas ini adalah sebagai pengenalan diri, pengganti passport dan juga kad pengenalan...kalau hilang kertas ini bermakna kita tak boleh ambik kad pengenalan tu...


 ..dari Pangkalan Jambu tu...nak pergi ke hotel, kena naik motor plak....tadi naik boat tambang RM1 je....manakala motor ialah rm3 je... tetapi MCo tak kena sebab, kawan MCo ada sana... jadi dia lah yang ambik....tapi kena call dia dulu lah sebelum bertolak tu...
 Selfie dulu dengan Maarof...ini lah kawan MCo...hahaha Maarof kata ini lah kegilaan orang sekarang...berselfie...atas motor pun boleh ni... mana MCo nak pergi dengan Maarof ni? hehe gambar bawah ni yang menceritakannya.....
 MCo pergi Golok ni hari Jumaat, jadi kami pi lah Masjid untuk solat...ini adalah Masjid Besar Golok....atau masjid Ahmadiah.... dan dalam proses renovation...
 suasana di dalam Masjid Ahmadiah ni...ready untuk solat jumaat...bersyukurlah...di sini kutbah dalam bahasa melayu...ada satu lagi masjid di pusat pekan Golok...tapi itu masjid Pakistan....kutbah pendek...ramai pelancong Malaysia suka pergi masjid itu daripada masjid Ahmadiah ni...sebab masjid ni agak jauh juga dari pusat pekan tu...
 MCo sempat snap gambar ni selepas solat Jumaat selesai...
Gambaran dekat pintu gerbang Masjid Ahmadiah..... mula-mula segan gak nak ambik gambar ni sebab banyak mata tertumpu ke arah MCo.... hehehe..ini adalah wilayah bergolak (kata orang Malaysia) tetapi bila kita tanya orang di sini, mereka kata, Pekan SG ni sangat aman... tiada kejadian tembak menembak... berita Golok di bom itu adalah kes terpencil... oleh kerana SG ini terletak di wilayah bergolak, maka ada juga tempiasnya...
Lagi... gambar dari jauh sikit lah... masa ni ramai dah yang meninggalkan masjid... sementara MCo menunggu Maarof keluar... sempatlah snap 1, 2, 3 keping lagi......
Asalnya daerah SG ni..tempat yang baik, ada juga madrassah, ada tempat pengajian ilmu Islam... malangnya ia telah dirosakan dengan pelacuran, arak, disco, dangdut... kenapa? kerana rakyat Malaysia juga... Masjid ini adalah salah satu lambang keagamaan yang terdapat di sini..... tengok orang pun warak-warak juga.... mereka ini hebat, sebab walaupun boleh dikatakan berada di dalam persekitaran kondesif yang tidak sihat, tetapi mereka masih dalam lingkungan keagamaan yang mendalam......
eerrmm... Meh MCo citer sikit.. masa dari dalam sampan kat Sungai Kolok, semasa MCo nak menaiki jetty...praaaaakkkk...seluar MCo carik, jadi MCo dengan bantuan Maarof, pergi lah cari kain, sebab MCo memang plan nak solat Jumaat di Golok ni.... sementara seluar hantar kedai jahit...dan MCo pergi solat Jumaat...
Gambar sama ja... Maarof yang tolong ambikkan....hehehe
kalau di kira ini lah 1st time MCo datang ke Masjid ini...kebiasaannya MCo pergi masjid Pakistan, nanti kalau ada kesempatan lagi..bulan puasa MCo mahu solat terawih di sini..dulu pernah MCo solat terawih di Masjid Pakistan tu...hehehe.. Makkah style lah kat sana....

Gambar masih lagi berlatar belakangkan Masjid Besar Golok ni.....MCo pun tak sempat round satu masjid ni... agak mencurigakan plak kalau mereka melihat MCo mengambil gambar ni... dah lah berkain pelikat, berstokin dan berkasut pula....hehehe, macam mahmud june dalam filem do re mi...
TV dengan siaran tergendala?? ermm..bukan sekadar tv tergendala..meh biar MCo citer sikit... kebetulan semasa MCo datang ke SG ni... ada krisis dalaman negara Thai, di Bangkok, seperti rampasan kuasa daripada Yingluck kepada kuasa tentera... untuk pengetahuan...semua stesen tv di ambik alih oleh tentera, dan diharamkan menyiarkan apa-apa siaran... kecuali waktu-waktu tertentu akan tersiar berita.... tetapi MCo dengar cuma 4  hari sahaja... dan satu lagi.. Thailand kuatkuasa perintah berkurung, iaitu daripada jam 10 malam sehingga 5 pagi. (4 hari juga)... jika ada boom di SG, maka ada juga line talipon diputuskan, dan ada juga elektrik dilumpuhkan oleh tentera...
....jadi ketika MCo datang ni, maka jam 10 malam, semua kedai akan tutup, dan tidak kelihatan lagi orang lalu lalang di jalan raya..walaubagaimana pun, pihak tentera tidaklah mengambil tindakan drastik kalau didapati masih ada yang keluar di jalan raya semasa perintah berkurung itu, cuma tentera berkata.."kami tidak akan bertanggungjawab atas segala yang berlaku dalam tempoh berkurung itu"...jadi paham-paham je lar....

Bergambar dengan Maarof, dia ni lah selalu bawa MCo jalan-jalan di pekan SG, bukan itu saja, malah ke kampung-kampung di daerah SG ni..termasuk lah kampung dia sendiri....tengok suasana kampung...sebenarnya, MCo kenal dia sejak "zaman Rosli" lagi.... dia adalah orang tengah untuk pasangan Malaysia untuk berkahwin di Golok ni... dan secara tak langsung, MCo pun ada terlibat sama, jika ada orang mahu kahwin, MCo akan bagitau Maarof ni, sebab itu lah dia boleh berkawan dengan MCo ni....kalau tak silap, anak isteri dia pun dah kenal MCo ni....tapi masa kahwin anak dia hari tu.. MCo tak sempat pergi..sebab diadakan pada hari Selasa... MCo pun ada tanya, kenapa bukan hari Jumaat.. dia kata, di Golok, tiada majlis kahwin pada  hari Jumaat, sebab tak ada orang nak pergi....
hotel di mana MCo menginap... Merlin hotel, boleh dikatakan terletak di tengah-tengah pekan SG, heheeh dan untuk pengetahuan, hotel ni sebenarnya dulu dah 2, 3 kali kena boom.... hotel sini murah..dalam RM64 untuk satu malam....tak perlu hotel mahal2, lagi pun MCo datang nak tidur sahaja..siangnya MCo jalan-jalan macam biasa.....
Suasana petang di Pekan SG, yang nampak bangunan tinggi tu ialah hotel Genting, antara hotel yang berprestij di Golok, terdapat disco dan dangdut....ramai juga rakyat Malaysia singgah di situ...
oklah..MCo cerita sikit daripada kesinambungan gambar atas tu.... hotel Genting...kalau sebelah kanan bawah tu..ada gerai-gerai makanan, orang tempatan Islam yang jual..ermm MCo pun suka makan sini...plan hari ini memang nak makan situ, tapi Maarof bawa tempat lain.. Nampak tak van putih tu? itu adalah van untuk bawa penumpang ke Hatyai... jalan ni, kalau pergi lurus, ia akan terus ke Imigresen sempandan Thailand - Malaysia...
Ini gambar belakang pula..... daripada gambar atas tu...sebelah kanan tu ialah stesen keretapi untuk ke Bangkok.
Antara makanan Thailand yang dijual di gerai yang MCo katakan tadi....seperti dalam gambar tu...uuuiihh best aaaah tengok... tapi sebenarnya kami tak sempat makan di sini... sebab Maarof nak bawa MCo pi makan tempat lain.... dia ajak makan laksa..... jom.... kita  pergi..tapi sebelah seberang stesen keretapi lah..kedai tepi stadium Golok.
Jom...makan laksa Golok...hehehe... saje MCo ambik gambar penjual yang letak laksa ni... dia kata.. "abe tak leh ambik gambar ni"....hehehe... MCo bukan nak simpan sebagai koleksi, tetapi MCo snap ni nak buat jalan penceritaan dalam blog ni...kekeke

...hah inilah bentuk laksa tu... setiap orang yang makan laksa ni, akan dibekalkan sebekas ulam-ulaman tu... eermm kuah dengan rebun..uuiihhh sedap beb...manis...memang tak rugi makan ooo...

...ahaaah..ini lah yang MCo tak pernah miss... lada goreng... rangup dan pedas...kat Malaysia tak jumpa ni..hanya di Thailand....

Pasar SG...sudah berwajah baru...dulu tak ubah seperti pekan Rantau Panjang...nampaknya mereka lebih pro aktif....
MCo sekadar ambik gambar dari luar sahaja... malas nak masuk dalam....kalau dulu rasa macam best je...sebab banyak barangan yang dijual terutama pakaian...harga pun murah lagi dari pekan Rantau Panjang tu....
berselfie dulu dengan berlatar belakangkan pasar SG ni.... lepas ni MCo nak round kat tempat lain plak....sikit-sikit dah lah...petang dah ni..kaki pun dah lenguhhh.... rasa nak pi massage kaki lepas ni...
Keadaan persekitaran pekan SG..masih lagi terkenal dengan pusat perniagaan...tapi oleh kerana pergolakan yang berlaku, pekan ini seperti suram.....
Masjid Pakistan..yang MCo ceritakan pada gambar permulaan masjid Ahamdiah tu..
dulu...jalan ni..penuh dengan kenderaan terutama motor...tapi sekarang..tak banyak....
Px Excel.... hehehe jom buka iklan baru...pegawai farmasi....ada cerita disebalik gambar ini..hehehe
walaupun dah makan laksa dengan Maarof tadi..perut masih rasa lapar..sebab banyak berjalan.. so seperti biasa.. MCo akan singgah tempat ni..sebab nak beli ayam goreng sama pulut..
"andut"...atau burung atau puyuh... MCo tak pernah rasa lagi...sebab fokus utama MCo ialah gambar di bawah ni.....
"Gai" ayam... goreng.. makan dengan pulut.... harga 50kot... RM5..ini separa masak... kena goreng sekali lagi... satu memang tak cukup...
antara makanan lain yang dijual..termasuk somtam tu....
Pintu utama, Masjid Pakistan dan merupakan masjid jamek...ia memang terletak di tengah-tengah pekan SG ni..jadi mudah lah nak solat...

..Malam..nak pi makan..tapi lalu lah depan pejabat imigresen ni...sempat lah snap gambar oleh Maarof....
di kedai makan...antara menu di kedai makan..tak banyak beza dengan Malaysia... tapi malam tu kami 3 orang makan, MCo, Naidi, dan Maarof... sup perut 3, paprik, kailam ikan masim, telur dadar, kami kena RM53.00 fuuuuhhhh banding lah sendiri harga tu..mahal atau murah.....
time lepas makan..nak balik hotel...memandangkan tiada aktiviti malam tu, tv pun tak leh tengok..rasa2 boleh lapar lagi.. MCo pun berhenti lagi kedai jual ayam tu... beli seketul lagi..hehehe
Bergini lah keadaan jalan di sekitar pekan SG selepas jam 10 malam dalam tempoh berkurung ini... gambar ni disnap oleh MCo dari bilik hotel Merlin...biasa-biasa masih ramai orang, dan kenderaan lalu lalang...oleh kerana perintah berkurung, jadi ramai orang takut dah nak keluar... simpan kat atas tu..ialah di mana bom meletup yang mengorbankan seorang rakyat Malaysia berturunan cina 2 tahun lepas... kedai tu dah di baiki sepenuhnya.... (kedai makan tu..biasa2 ada lagi orang kalau jam 10 Malam).
Gambar daripada Internet: yaaahh Golok memang sinonim dengan kegiatan pelacuran, ini adalah salah satu tempat atau kedai/premis yang menempatkan para pelacur (kasar bahasa ni...hahahaa)... dan premis mereka ini di panggil "song"...sewaktu waktu dulu, pernahlah MCo ajak Maarof pergi pusing-pusing dengan motosikal di sekitar song-song ini, sekadar lalu, MCo tak berani berhenti, kerana kalau berhenti, sure bapak-bapak ayam akan serbu kearah kami...jadi sekadar lalu... kalau ikut perkiraan... MCo tak ada peluang pun nak ambik gambar seperti ini...sebab tu, sekadar ambik di internet sahaja.
kata maarof: harga seorang "puying" ni paling rendah ialah RM170 untuk satu hari satu malam...itu kira kelass bawahan..dan paling tinggi boleh mencecah dalam RM300...yang paling top.... dan paling malang ialah, kalau ambik daripada "ojek" -budak bawa motor dari luar, dia akan deal dengan bapak2 ayam yang menyebabkan harga boleh capai RM450 padahal harga asal ialah RM200 sahaja...
kebiasaan, budak bawa motor ini akan pakai baju khas dia..seperti 'bit' pemain futsal atau netball tu.. yang itu dikira sah dan di daftar, kalau yang tak pakai tu...maka faham2 lah....
.....dan bergini lah...kalau tiada pelanggan... mereka akan sembang2 diluar bergini supaya ada yang lalu boleh lihat mereka... (gambar di internet juga)

hahh.. Thailand memang terkenal dengan pertanian... jadi tidak hairanlah banyak hasil pertanian mereka terbaik daripada hasil di Malaysia.. mempelam ni..murah sahaja..paling mahal pun dalam RM3.50 sekilo..yang warna kuning tu..RM2.00 sekilo...manis bebbb....
Selfie...sementara Maarof tukang letak mempelam untuk MCo hehehe... MCo pun ada bagi dia bawa balik ke anak bini dia.....

Akhir sekali.... MCo dah balik.. gambar pada awalnya...sungai yang menjadi sempadan antara Malaysia dan Thailand...ia hanya dipisahkan dengan beberapa meter lebar sungai ini...

inilah perjalanan singkat MCo ke Thailand secara haram... mungkin lain kali boleh pergi lagi... tapi ingatlah..Golok bukanlah pusat maksiat semata-mata, sebab ada yang manafaat juga di sana, yang utama nilai persahabatan, peluang perniagaan, dan makan makan..hehe...

23Mei2014
no hp Maarof (6962 856 38 66 00)

Ringkasan/Tips
1. Golok boleh dimasuki secara haram di sempanjang Sungai Golok dengan sampan, dan tambang (fee) sampan ialah RM1.00 untuk seorang.
2. Purata harga hotel di Pekan Golok ialah RM60-RM180.
3. Naik Ojek/ motor dengan kadar RM2.00 - RM5.00 mengikut destinasi
4. Makanan Halal banyak, antara terkenal ialah "Hussein King"
5. Golok terkenal dengan Maksiat Pelacuran, bar, dangdut, disco. harga "phoe ying" dalam lingkungan RM150-RM300 semalaman.
6. Dinasihatkan, jangan pergi tempat berkumpulnya anggota seragam mereka seperti polis dan askar.
7. Nilai keIslaman masih tebal di sini.
8. Masuk secara halal (guna passport) tak perlu bagi "duit kopi" sebagaimana masuk ikut Bukit Kayu Hitam/ danok atau Betong.

untuk memudahkan anda...jom kita belajar cakap siam..yang asas-asas sahaja...
boleh klik sini ----> Belajar Cakap Thai

46 comments:

taz said...

ingatkan mung gi kawen...

dirafum MCo said...

hahaha...TAZ aku jadi agent nikah kawin lah sana... sape2 nak kawin boleh lah...RM1500 ja... pakej bilik hotel satu malam.....

Hj. Bakir said...

Assalam bro. saya try join chevy club tak dapat2 la. masih blum approve lagi admin. sbb saya nak minta tolong sapa2 ada rear left light / lampu kiri belakang chevrolet nabira 2nd hand. sbb dah pecah yg lama. boleh kasi contact sapa2 tak?

dirafum MCo said...

Wsalam Hj. Bakir... pasal join club tu...cuba bagi nick name dan email..biar saya bagitau ajk yang bertanggungjawab.. dan pasal lampu belakang tu..cuba call atau whatsapp no ini.. 0142680004

Hj. Bakir said...

boleh tahu nama number ni tak?? nick name saya Hj. Bakir juga.. terima kasih sdr.

dirafum MCo said...

sorry... lupa plak bagitau nama... nama dia Iskandar.. kata je kat dia..no ni dapat daripada farid... dia tu salah seorang AJK mychevyclub.. boleh juga bagitau dia... untuk approve forum club...

Anonymous said...

6962 856 38 66 00 No hp memang Panjang macam tu ker

dirafum MCo said...

iye memang panjang tapi perlu di terbalikan...saya sengaja terbalikan

Anonymous said...

Ooo kira start no 0099 kan ... ingat nak masuk takut Bulan Dec Hujan mesti banjir kawasan tu..Boder Pass tu Nak tinggal kan IC ker atau Lesen .. Berapa lama Boder pass tu sah laku ..

dirafum MCo said...

ya...kalau bulan Dec tu..kalau banjir...mungkin air naik sehingga ke jalan raya... caj bayar perahu pun mahal....dan keluasan sungai yang sempit akan jadi 2, 3 kali ganda...
kebiasaan orang tinggal i.c. ...ooo pasal berapa lama tu...tak pasti..sebab tak pernah tinggal lama di sana...jadi tak ambil cakna mana..rasa2 mungkin sama mcm passport...30 hari.

Anonymous said...

Yer tak yer jugak kan mesti sampai 5rm tak per janji selamat, kat situ hotel apa yang best nak bermalam harga macam mana pulak tu,kat sana tu memang kena naik motor ker berapa cas perhidmatan tu...

dirafum MCo said...

ya... kalau nak berhibur dan dekat dengan pasar...hotel Genting...harga pun dahulu RM70 - RM120 (sekarang tak tahu lah)... hotel marina (RM150)..biasa saya bermalam di hotel Merlin (tempat yang selalu kena boomm hehehe) murah ja..RM50 bilik pun besar.. dan banyak lagi hotel2..yang purata harga ialah.. RM70-RM150...
ya naik motor sahaja paling murah.. RM2 sahaja... kecuali ada kawan.. tapi macam saya ni.. selalu keluar dengan Maarof tu..jangan kata free... sebenarnya lagi "mahal"...sebab time makan..kita akan ajak dia.. kita bayar.. hhehehe time balik... paling kurang pun saya bagi RM30... biasa2 RM50.... tapi tak apa lah.. dia ni mcm pemandu pelancong lah...
kalau nak jimat.... naik motor je... jalan kaki pun boleh... tepi Hotel Genting tu mcm2 ada... gerai makanan yang halal pun banyak.... jual buah2an...baju2...money changer...dll....

Anonymous said...

Info yang vagus Dan berguna nanti..nak Tanya lagi kalau kits masuk ikut Dari pengkalan jaambu tu,masuk ker pos kawalan tentera Thai tu,dia tengok ic kalau bukan asal nya dari Kelantan boleh masuk tk .. Klau ic nya dtg dari Kl

dirafum MCo said...

a'ah...cerita menariknya pasal i.c kelantan dan bukan kelantan... biar saya cerita sikit....
pertama: pos kawalan tentera tu tak kisah mana2 i.c tu... asal orang Malaysia.
kedua: kalau masuk ikut sungai tu sebenarnya anytime boleh.... TETAPI berjaga2 Malam dan awal pagi sebab ada PGA daripada malaysia yang buat "part time".... orang kat tebing sungai golok tu panggil diaorang "ninja".... biasa bergerak secara solo... mereka bukan apa... just nak duit je... bagi jer RM10... tapi kalau dia tahan masa balik dari thailand...dia demand sikit...sebab dia kata kita dah buat salah... ada ugut nak bawa kita ke ibu pejabat... hehehe... tapi semua tu temberang je... kalau malam...masa nak masuk..kalau kena tahan... tunjukan kita ni... "bukan nak masuk sangat"...mula2 dia demand...tapi bila acuh tak acuh....dia rendahkan lagi dari rm30 kepada rm10....

dirafum MCo said...

ooh lupa bagitau.... "ninja" ni kalau dia tengok i.c luar daripada kelantan sahaja dia akan minta duit..kalau i.c kelantan...no hal...

Anonymous said...

Ooo ada Ninja .. terima kasih la beritahu sekurang nya tak der lah rasa macam pendatang nanti.. pasal ninja tu saya ikut kata fareed .. ninja tu bwk senapang ker atau macam org awam jer...
mungkin saya akan masuk ikut Pengkalan Gegaji ada ker nama tu ...

dirafum MCo said...

sebenarnya banyak benar nama pangkalan tu.... dan "ninja" tu saya biasa jumpa bila nak pergi ke Pangkalan jambu tu lah...biasa sahaja dia tu... pakai beg sandang kecil mcm polis tu..tapi dia pakai selipar je kadang2... tapi dia tunjuk kad kuasa..tak tahu betul ke tidak.... cuma, kalau boleh jangan cari kes lah... bagi je apa yang dia hendak...

Anonymous said...

Kalau macam tu Info yang terbaik nanti saya mungkin akan kesana nak merasa Shoping.. dan saya akan masuk melalui Pengkalan Gergaji..

Anonymous said...

Kat sana Nak pakai Duit Malaysia ker atau Duit Bhat ..

dirafum MCo said...

kat sana Ringgit boleh guna...Baht pun boleh.... tapi sekarang RM jatuh... dulu-dulu..rate RM1 = Baht10. RM10 = Baht100. sekarang mungkin lah..RM10 = Baht9.
jadi kalau hotel..contoh... harga bilik.. kalau RM... RM65. kalau bayar baht mungkin Baht55

Unknown said...

Terbaik bro

Unknown said...

Esok saya nk seberang sg golok nk shoping2 skit,,da bc blog ni rasa puas hati dgn penerangan,, cuma isau buln dec ni musim ujan kn,harap2 boleh la dipermudahkan

Unknown said...

Esok saya nk seberang sg golok nk shoping2 skit,,da bc blog ni rasa puas hati dgn penerangan,, cuma isau buln dec ni musim ujan kn,harap2 boleh la dipermudahkan

Unknown said...

Terbaik bro

dirafum MCo said...

boleh tiada masalah.... setakat ini... air sungai golok tak naik lagi...tapi ada lah hujan2 tu.

Unknown said...

Salam Mco, Mco ade tak kenalan kt sana yg jual borong pakaian perempuan.. sy just g munduk je ari tu.. nk g golok xberani sbb tkt ade pergolakan ke apa2.. nanti blh la info sy.. thanz mco
Asiah. Email : sinor88@gmail.com

dirafum MCo said...

wsalam, setakat ini tiada lagi.. tapi kalau nak saya tanya atau cari, InsyaAllah sya akan cuba... pakaian wanita dewasa? sebab dulu saya ada ambik jeans kat satu tokey tu...dia pun bagi harga boleh tahan....

Siti Yuhanid said...

nak tnye, kalau org luar boleh masuk secara haram jgk ke?

dirafum MCo said...

Boleh... cuma pandai2 lah... serah i.c kat tentera post tu... kalau dia minta.

Unknown said...

Salam nk tanya, dekat golok tu di mana ade pemborong/ kilang blouse murah2 ye.., nk ambek info di mana ye

dirafum MCo said...

WSalam.... kalau dekat golok, ada di kedai2 yang jual di mana kita kena deal... cuma bagitahu, yang kita nak beli untuk jual balik, kadang2 barang2 di ambik daripada bangkok.

paktam said...

Assalam ..... Sekadar bertanya ..... Tuan agent untuk kahwin disana kan ...
Kalau nak cari Jodoh dgn orang sana boleh ke?

dirafum MCo said...

Wsalam... saya join venture untuk kawin di sana... dan saya bukan cari jodoh... hehe.. tp kalau nak jodoh dr syria... boleh PM saya.

Anonymous said...

AsSalam MCo. Ada kenal supplier mercun tak area sana? Tak pon kawan boss(Maarof) tu tahu tak? Nak meniaga bunga api la bulan puasa ni �� Hehe.

dirafum MCo said...

wsalam.... ada banyak... memang ada supply dan memang ada ramai orang malaysia datang ambik

Ikhwan said...

Assalamualaikum MCo,
Sy ada serba sedikit soalan nak tanya pasal nak seberang ke golok ni.
So, sy amat berbesar hati la jika MCo sudi drop email atau whatsapp sy supaya sy boleh proceed dgn pertanyaan sy ni.
Email: muhd.ikhwanuddin@gmail.com
Whatsapp: 018-3244452
Terima kasih :)

dirafum MCo said...

sudah watsap

Mr. Maratib said...

Bro, saya nak export barang ke thailand lah..tp tak banyak pun..so nak lalu sungai golok ni...boleh saya call tuan tak? boleh sharekan no tel?

Mr. Maratib said...

atau boleh hubungi saya : 0182998099 terima kasih

dirafum MCo said...

Ooh.. saya tak buat untuk export import barang dari Thai dan Malaysia.. tapi kalau sedikit tu...boleh je lalu ikut perahu di sungai golok...

Saif dean said...

Askar yang jaga kat post tu cakap melayu atau thailand?

Saif dean said...

Askar yang jaga kat post tu cakap melayu atau thailand?

dirafum MCo said...

Cakap melayu...
kalau ada 3 orang. salah seorang tu mesti pandai cakap melayu

Unknown said...

Tuan boleh hubungi saya .ada soalan urgent yg nak saya tanyakan

dirafum MCo said...

apa soalan tu?

Unknown said...

Bole whtsap sye tak ada soalan
01163731149

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...