(3 dan 4 Mei 2014)
Di bawah naungan www.mychevyclub.net dan AJK serta ahli-ahli yang terlibat secara langsung.
Perancangan yang rapi dan teliti telah dibuat sebelum hari yang ditentukan untuk konvoi ni, dan trip ini merupakan aktiviti kebiasaan bagi MychevyClub.net (Chevy) dan sama juga dengan club-club pemotoran yang lain, cuma bezanya, bagi Chevy ini tidak dibuat setiap tahun, kerana setiap orang mempunyai komitmen yang tinggi dalam bidang kerja dan famili masing-masing.
Dipercayai trip ini telah dirancang sejak Februari lagi..ini perlu untuk mendapatkan penyertaan yang paling maksima, maklumlah semua ada komitment seperti MCo bagitahu.. MCo pun memutuskan untuk join trip pada saat akhir, iaitu dalam 1 minggu sebelum tarikh tutup, ini perlu kerana, pihak penganjur atau AJK perlu pastikan semua fasiliti cukup seperti tempat tinggal, makan, dan aktiviti yang perlu di anjurkan.
..Dan perlu di ingat, bila aktiviti "trip" ini, mesti ada "acara konvoi"...so ia sedikit sebanyak akan melibatkan aktiviti di jalan raya, iaitu konvoi, dan ia akan melibatkan pengguna jalan raya yang lain...
tapi group Chevy ini memang ada orang-orang (members club) yang berpengalaman dalam aktiviti konvoi ini, jadi bukan lah menjadi rintangan utama bagi diaorang ni...dan MCo hanya lah meng"follow" sahaja apa yang telah di aturkan...
ermm..oklah..biarlah MCo ringkaskan apa yang nak di terperincikan...serba serbi ringkas..
Penyertaan boleh lah dianggarkan 40 buah biji kereta dan majoritinya ialah model Nabira daripada keluarga Chevrolet, namun bergitu terdapat juga daripada model lain.....
tatatertib konvoi apabila mencecah 40 biji kereta maka, aktiviti konvoi tidak boleh digerakan dengan sekali gus kerana ia akan menyebabkan kesesakan, oleh itu, pihak penganjur mengatur strategi dengan membahagikan kumpulan, dan setiap kumpulan akan disertai oleh 10 biji buah kereta sahaja, termasuk di depan sebagai leader, dan dibelakang sebagai sweeper... dengan cara ini, kesesakan dapat dikurangkan, dan semua peserta akan mengiring dalam kumpulan masing-masing tanpa ketinggalan.
Antara peserta yang join trip ni (kebanyakan nickname dalam club)
1) Man4413
2) Cica
4) KZ
5) Jafni
6) Adi
8) Apeng
9) Oiskan
10) Rabbit
11) Pairus
12) Megat
13) Fadzel
14) SBF
15) Ahtap
16) babu
17) Cabana 07
18) Redbull
19) Matt
20) Yus r zafira
21) Cool Rabbit
22) Muazir
23) Szam
]24) Ajay
25) Wanis
26) ajoy
27) Laicoz
28) Chipmunk
29) Dirafum
30) Casper
31) Abg Azhar
32) Paklang (JR)
32) Stoner
33) Botak
34) macha cute
35) jonlabu
36) Mn69
37)Cleaner
38)Ujang
oklah lepas ni biarlah gambar pula berbicara...walau bagaimana pun tidak banyak celoteh yang boleh di ceritakan pada gambar, dan kebanyakan gambar ini disumbangkan oleh ahli-ahli kelab chevy sendiri.....
...dan yang paling utama, gambar-gambar ini mungkin tidak mengikut kronologi perjalanan, sebab hanya 2 hari dan di letakmuat secara rawak...
Gambar dimulakan dengan bergambar secara beramai-ramai...tetapi ini bukan lah keseluruhan peserta kerana,..gambar ini adalah peserta yang dari KL dan Terengganu sahaja (padahal daripada Terengganu MCo seorang sahaja).... dan ada group yang datang dari Johor, dan dari Melaka sendiri...yang mana mereka akan join untuk BBQ sahaja tetapi tidak bermalam... gambar ini di ambik di Melaka, check point kedua boleh di katakan selepas check point utama...tempat berkumpul ialah di RnR Seremban.....
Siapakah mereka ni? (lelaki sahaja (jika dibiar kosong, maknanya MCo tidak ingat nama mereka))
Berdiri Belakang dari kiri: Chipmunk, casper, ajay, _________, Paklang, Rzafira, cabana, oiskan, mn69, muazir (presiden Chevy), pai, matt, Abg Azhar, KZ, Man4413, cica, Szam, Adi dan ______ ,
Depan dari kiri: SBF, Cleaner, dirafum (MCo), apeng, _______ , ________, botak, megat, dan Rabbit.
Semasa di RnR seremban MCo diletakan dalam group pertama dengan no 005 dan kalau kira kereta ke-5 dalam senarai konvoi tu....
Kami dikehendaki melekatkan stiker itu sebelah kanan belakang dan kiri pada cermin hadapan.
RnR Seremban, untuk kumpulan konvoi daripada Kuala Lumpur, kami mula berkumpul pada jam 8.30 pagi..dan mulakan perjlanan dalam satu jam kemudian setelah kesemua peserta sampai dan pemberian stiker, taklimat ringkas tidak diperlukan sangat sebab semua tu telah dibagitahu awal dalam group whatsapp dan forum Chevy sendiri... selain itu setiap peserta memang dah sedia ada walkie talkie, jadi tidak menjadi masalah besar sangat dalam pengaturan perjalanan ini.
Macha, Pak Alang, Apeng dan Wanis... macam sembang tapi takde pun gerak geri bercakap..hehe
Freesnap... sementara tunggu geng-geng Chevy lain sampai... dalam gambar secara rawak, Cleaner, SBF, Pai, Cabana, dirafum (MCo), Wanis...etc etc...hehe tu tengok cabana senyum je bila tengok hp..ada apa2 ke menarik ke kot whatsapp? hehehe
dirafum, apeng, megat, edi..rabbit.... nampaknya dah semakin ramai tu...yang datang..
ahaaa... Matt sudah datang tu.... apa yang banyak sangat dalam bonet tu... dirafum dan cabana...
nampaknya dah semakin ramai sampai..memang tak mengewakan..memang full comitment.... hehe masing-masing masih lagi sembang2 kosong sambil tunggu ni....geng chevy yang lain sampai..
sabar menanti tu... mana yang lain ni.. janji pukul 8.30..sekarang ni pukul 9 tak sampai2 lagi semua....
susun dulu sebelum berlepas...
proses nak tampal stiker kat belakang.... masa ni lah diaorang bagi-bagi stiker untuk dilekat pada kereta masing2.
KOnvoi 1
Daripada RnR Seremban ke Melaka........
...dah mula konvoi.... MCo tidak ada gambar dalam angle terbaik, jadi ini lah sahaja yang ada.... menggunakan lebuh raya...dari RnR ke Melaka.
susur masuk daripada lebuhraya ke Melaka...(sorry tak tahu nama specific)
Melaka....tempat berkumpul di mana tunggu kumpulan-kumpulan yang konvoi daripada RnR Seremban dan kumpulan daripada Melaka...sementara tu susun kereta dulu....
Free style...seperti gambar permulaan....
sebelum berlepas ke destinasi seterusnya.. mereka ni borak-borak dulu dan mungkin buat perbincangan kecil....
Free snap.... sementara tunggu kumpulan lain tiba...
Tengok-tengok...geng2 Takumi datang tu....? hehehe... apa ye? actually, dalam masa kami menunggu group 2 dan geng Chevy melaka... adalah segrobolang club Exora dengan kereta yang sangat "meriah" warnanya...... so apa kaitan dengan Takumi? hehe sebab takumi dah beli Exora ni... so kitaorang cop lah..itu geng2 Takumi...hehehe
Oiskan sibuk membetulkan antena walkie talkie....sementara tunggu kumpulan-kumpulan konvoi lain sampai... macam joran untuk pancing plak....
MCo pun sempatlah snap sendiri.. dari kiri Pairus, dirafum (MCo), dan Rzafira (Yeos)....
tambahan gambar... KZ sebelah kiri gambar tu...
geng rapat di kajang.. Casper dan botak..... jom TT kalau aku pi Kajang nanti....
ini bukan selfie tapi free style..hehehe MCo xmau lepas kan peluang bergambar sini...
susunan selari sebelum berlepas....yeahh..
Ketibaan konvoi kumpulan 2.....
....dan sampai lagi group yang tinggal....cepat!! parking kat 'teduh' ada sikit lagi....
sini...masing-masing ambik gambar....
sama lah MCo sendiri.... yang penting gambar kereta MCo ada dalam gambar..hehe
gambar angle belakang plak..asyik depan je kan....
Bley tahan ramai juga ni.... hadoww penat juga mengayuh daripada RnR ke sini..tapi masih seronok, sebab konvoi....
KOnvoi 2
Daripada hentian pertama ke Pengkalan Balak.....
ok..sekarang bermula konvoi kedua..daripada tempat berkumpul ke Pangkalan Balak iaitu destinasi utama kami... cuma ralat, sebab MCo lupa dua perkara..iaitu jarak perjalanan dan tempoh masa perjalanan....
Laluan konvoi kedua ni agak berliku-liku juga dan suasana kampung...tapi itu tiada masalah sebab, laluan ini kereta agak kurang...jadi konvoi kami ini tidak banyak gangguan....selamat..sampai
lagi gambar menarik.....
ahaaa dah sampai resort di pangkalan balak ni.. Damar Suria Resort...hak milik salah seorang ahli club...iaitu Halil kalau tak silap lah...betul-betul tepi pantai dia punya resort.
Parking di dalam resort.... diluar pun ada...
Parking tepi Resort ni..hanya boleh muat beberapa biji sahaja......
Ahaaa... kereta MCo terlampau rapat dengan tembok tu... nak kena alih lah nanti..sebab MCo sebenarnya tak tidur di resort ni tapi resort di seberang jalan... memandangkan... resort ni dah penuh...
parking pun dah sesak...hahaha kan MCo dah alih kereta tu...lapang sikit....
MCo ambik kesempatan bergambar dengan banner trip ini.... banner kena caj, so rugi kalau tak bergambar dengan banner ni... kan kan..
Berlatar belakangkan sunset... permandangan yang menarik... kalau di tempat MCo boleh lihat sunshine... sebelah pantai barat ni..laut pun tak lah berombak mana, angin pun tak lah sekuat "open sea" di pantai timur..tempat MCo sendiri..
Sekarang berlatar belakang kawan MCo plak...bukan apa cuma nak tunjukan apa yang ditulis di t-shirt ni.. untuk pengetahuan, setiap kali trip yang diadakan, Chevy akan buatlah t-shirt untuk kenang kenangan.... apa-apa pun terima kasih Rzafira kerana jadikan belakangnya sebagai model...hehehe
hah..inilah Rzafira, tadi gambar belakang..sekarang gambar depan pula.... dia ini lah kawan MCo yang rapat, sebab bila pergi ke KL mesti cari dia...lagi satu, kalau MCo tersesat di KL dialah tempat MCo rujuk... dia ni asal sama tempat dengan MCo tapi telah berhijrah di KL...kalau tak silap 20 tahun dah... percaya atau tak percaya... MCo kenal dia ni pun bermula daripada forum ramp-it.net dan seterusnya kenal melalui real.
Sunset...... di ufuk barat.... MCo tak tunggu sampai tenggelam terus... sebab tak elok kan orang kata.. itu orang-orang tua lah kata....
Pandangan daripada atas Resort menghala ke pantai...gambar-gambar ni semua sumbangan daripada geng2 chevy yang lain....
Tadi gambaran sebelah kiri...ini gambaran sebelah kanan pula... eermm dalam lingkungan pukul 2 petang... masih panas.. aaaiii tak sabar nak tunggu matahari terbenam..... santai beb....
ahaaaa...ajoy...seorang lagi kenal melalui forum... kenal dari alam maya melalui kereta akhirnya kenal melalui realiti....dan ini merupakan kali pertama MCo jumpa dan bersua dengan dia, sebelum ini hanya dalam wechat, whatsapp dan forum..... tu lar...aktiviti seperti ini semasa kelab lebih mengeratkan lagi hubungan silaturahim....
Selfie.. dengan Kashfi a.k.a casper....dia ni sahabat MCo dari kecil satu kampung, "termakan racun" beli kereta Opel Zafira, lalu join kelab ni..hehehe, dia pun turut sama dalam trip ni..memang tak ketinggalan, banyak aktiviti kelab yang dia join... sekarang dia telah berhijrah ke Kajang, Selangor.
Suasana di pantai tepi Damar Suria Resort ini... air surut sedikit maka boleh nampak gigi air sayut jauh dari resort.
Suasana petang 3hb tu.. petang aktiviti bebas..makan petang, acara bola pantai,... anak2 mandi laut..
Anak-anak member Chevy mandi laut, bersantai... Alhamdulillah..hari tak lah bergitu panas pada masa ini...
Aktiviti petang... main ja lah... MCo tak join...sebab MCo sedang makan kalau tak silap time ni...sat lagi nak kuar plak... rugi ooo kalau datang tempat orang tapi tak pusing kawasan sekitar.....
botak a.k.a Hamdan and his family........ eeeh babu sempat ambik makanan tu.. ni time makan tengahari...
Suasana dewan makan dalam resort ni... huihhh masing-masing banyak gak makan...
panjang beratur ooo..... lauk pun sedap ni.....MCo tunggu ja bila orang reda....
Megat dan Meg.... apa ntah yang di sembang tu...
Tapi..bagi MCo memang tidak boleh duduk diam.....kalau dah bermusafir ke sesuatu tempat tu.. mesti cari peluang pusing keliling sekitar... Hendak dijadikan cerita.. anak kepada Rzafira tu demam, lepas tu dia ajak MCo untuk mencari kedai membeli ubat untuk anak dia.. dalam pencarian tu, kami lalu lah sekitar kampung untuk cari kedai runcit, atau mana-mana farmasi.. dan ini lah hasilnya...
satu panorama yang agak menarik juga....
tempat persinggahan atau mungkin pendaratan boat-boat kecil nelayan
...Dan disepanjang perjalanan MCo itu juga, MCo jumpa lah kawasan ni... Kompleks Ikan Bakar Terapung, tetapi ini seperti dah jadi "gajah putih"... ramai tempatan kata, di sini mahal, dan yang untuk itu disebelah kompleks ini ada satu lagi tempat ikan bakar... iaitu Ikan Bakar Nelayan.
Petang tu juga...MCo pusing2 dipersisir pantai Pangkalan Balak tu.... (kereta depan - Matt - dia pun pusing2 macam MCo juga mungkin)...di persisir pantai tu... banyak chalet dan gerai-gerai jualan macam ini... dan yang paling MCo tengok, majoriti ialah semua "muka-muka" melayu, tiada orang Cina, India, atau orang putih, atau yang lebih tepat orang asing..... mungkin PD lebih famous kot.
jom... snap picture for MCo...
yeahh....kat sana tu nak nampak sunset.... jom tengok.... boleh dikatakan tak rugi juga bila dapat datang sini... bukan pasal persekitaran...tetapi nilai ukhwah yang terjadi.
LKL - lempar ke kolam... hahaha ini lah trick yang di mainkan oleh geng2 Chevy..dan antara fasiliti yang ada di Damar Suria Resort ini....anak-anak Chevy leka main kolam ni..tak terlampau dalam dan tak terlampau cetek...
Tiga sekawan ni...boleh dikatakan sebagai penjaga kolam..hahaha.. macam beach boy... kawasan pantai... mungkin kalau ada apa-apa belaku pada anak-anak Chevy ni..inilah orang pertama akan bagi bantuan..kata orang sebagai pemerhati..hahaha tekaan MCo ja ni...
Aktiviti Malam
Malam memang dirancang, agenda utama juga lah ni.... iaitu BBQ....untuk makan malam sekali lah tu...
Inilah antara...bahan santapan...dan yang akan di BBQ... ini memang kira berbaloi..sehingga MCo pun dah tak larat nak makan.....
AJK BBQ...haha...mereka memang mantop.... buat kerja pantas..yang penting sukarela..steady... kelihatan dalam gambar.. (secara rawak) SBF, Rzafira, Pai, Macha...
Lagi gambar aktiviti BBQ..MCo? tolong tengok dan tolong makan...hahaha.. tapi memang best...
..ada juga ahli kelab yang bawa subsidi sendiri..ini memang power, "gas" nya pun kuat.... tapi rasa sedap juga.. MCo makan satu sahaja sudah cukup...dah tak tahan...
kekkkkk....sebelum di potong...
Aktiviti normal Chevy, apa lagi.. TT lah.. hehehe, ini TT sambil tengok bola...kedai diseberang jalan dengan resort tempat menginap tu.... wah Adi dah ready nak tunjuk thump up tu...hehehe..sebelah adi, Cabana...
Aktiviti Konvoi Balik..
Gambar di bawah ni, MCo tidak dapat mengulas panjang, disebabkan MCo tiada ketika ini, kerana MCo dah awal-awal pulang ke Terengganu. gambar di bawah ini adalah sumbangan daripada ahli Chevy...sebab menarik, MCo tak mahu lepaskan peluang "menepek" di sini..apa2 pun enjoy dengan gambar trip ini....
konvoi..dikatakan mereka mahu menikmati coconut shake.... waduuhh...rugi plak rasa MCo tak join ni...tapi apakan daya kan... waktu singkat...lagi pun MCo nak jalan jauh tu...
ini menarik..bolehlah lawan ZIC indonesia...hahaha..
Cica pun tak mahu lepaskan peluang untuk snap picture ni... ni nak buat kenangan ke nak promosi hahaha
My Own Journey....
Pukul 11 pagi MCo pun dah bertolak balik... sebab hanya MCo sahaja wakil tunggal di pantai timur dalam trip ini, perjalanan masih jauh... tapi Casper sempat guild MCo untuk laluan MCo seterusnya..
MCo melalui... Alor Gajah, Tampin, Gemas, Segamat, Muadzam dan ke Kuantan terus langsung ke Kuala Terengganu.
MCo, TAS 986 dan Pengkalan Balak, sedia untuk perjalanan jauh... ini bukan pertama kali MCo bergini..drive alone.. kereta yang sangat berjasa kepada MCo dalam banyak-banyak kereta MCo.... sebelum ini trip ke PD dengan group satu lagi yang dikenalai Opzon Grand Escapade, trip ke Kuantan, day trip, makan durian ke Penang, trip ke Hatyai...dan trip lone ranger pusing Malaysia + Hatyai suatu waktu dulu...
apa-apa pun, MCo tak rasa rugi, tidak rasa ralat menyertai group konvoi ini, ia amat bermakna, dan tambah kawan, tambah pengalaman, tambah informasi yang penting.. nilai ukhwah, persahabatan yang telah terjalin dan yang baru terjalin....
akhir kata... terima kasih kepada semua ahli Chevy....
dan...kepada Tan Sri "P"...yang selalu follow dan baca blog MCo ni... akan datang MCo akan ubah sedikit cara kaedah penulisan ini... semoga terhibur..
2 comments:
Bro kalau nak join macam mana contact
orait... 1st kena daftar group atau club dulu.. di www.mychevyclub.net dan info berkenaan dengan konvoi ini akan di maklumkan dalam group itu... that is very simple...actually kalau bukan ahli group nak join pun tiada masalah...cuma info susah nak disampaikan....
Post a Comment