Sunday, August 6, 2017

KERETAPI SG. GOLOK KE HATYAI, THAILAND

Perjalanan Keretapi ke Hatyai daripada Golok

Perjalanan MCo kali ini ke Hatyai ialah melalui keretapi, bukan daripada biasa... kebiasaan MCo pergi ke Hatyai dengan memandu melalui Pekan Sg. Golok atau Pekan Danok..
Agak teruja juga bila naik keretapi ini, boleh merasai suasana...


Peta laluan keretapi, hanya gerak lurus dan banyak hentian... perjalanan sejauh 260km boleh memakan masa 5 jam.... dan gerabak boleh terbahagi kepada beberapa bahagian, iaitu kelas 1, kelas 2 dan kelas 3 (yang ini percuma untuk warga Thailand, dan khas untuk warga Thailand sahaja) update hingga kini 2019 yang percuma untuk warga Thailand sudah tiada... semua berbayar sekarang...
Ini bukan tiket keretapi tetapi resit tempat parking kereta di tepi stesen keretapi ini. dengan kadar bayaran 50baht sehari dan tempat adalah sangat terhad, atas nasib jika ada kekosongan. Bayar boleh di buat semasa ambik kereta.
Gambar muka depan pejabat pejabat parking ini...
Dan kawasan parking motor dan kereta... keadaan tak lah bergitu luas... tapi boleh lah, kalau tak ada juga, terpaksa parking di seberang Malaysia lah.
  Sungai Golok Railway Station.... MCo dah sampai sini, parking kereta dan masuk dalam Station untuk beli tiket, tiket boleh beli hari sebelum sebelum sebelum (yang ini untuk special express sahaja) dan untuk kelas ke 3 kena beli pada hari yang nak naik tu sahaja.... tapi atas nasib lah kalau ada kekosongan... kalau tiada hari keraian, rasa-rasa banyak je kosong tu...
  MCo berdiri sebelah tu... pintu yang tentera jaga tu ialah pintu keluar.. memang sentiasa berjaga-jaga... dan dalam train nanti pun ada askar dan polis.

Hat Yai Sungai Kolok Train Times and Fares

Trains from Hat Yai to Sungai Kolok

Train Depart Arrive Type
175 06.30 10.00 Rapid
171 06.45 10.45 Rapid
37 07.35 11.20 Special Express
463 07.55 12.10 Ordinary
451 10.18 14.50 Ordinary
447 13.12 18.00 Ordinary




Trains from Sungai Kolok to Hat Yai

Train Depart Arrive Type
448 06.30 10.46 Ordinary
452 08.55 13.41 Ordinary
172 11.30 15.29 Rapid
464 12.25 16.55 Ordinary
38 14.20 17.59 Special Express
176 14.55 18.15 Rapid
For information on the railway station at Hat Yai click here>>>

Ticket Prices

All prices shown below are one-way fares in Thai Baht (THB)
Ordinary Trains
3rd Class Seat Adult 42 / Child 21

Rapid Trains
2nd Class Seat Adult 146 / Child 98
3rd Class seat Adult 92 / Child 71

Special Express Trains
2nd Class Seat Adult 416 baht (2.20pm local time)
3rd Class seat Adult 232 / Child 211

Stesen permulaan di selatan Thai... iaitu Sg. Kolok di sebelah timur... secara amnya keretapi ini akan melalui stesen-stesen utama ke hatyai iaitu.. Tanyong Mat iaitu di daerah Ra Ngae dan Narathiwat, Stesen Yala, Stesen Pattani dan seterusn Hatyai Junction...
   Kaunter Tiket...kalau ramai terpaksa kena beratur lah..
  keretapi memang siap sedia ada sebelum waktu berlepas lagi... tapi kalau boleh datang awal.. jangan last minute.
Ini lah rupa bentuk tiket... kalau nak detail lagi apa yang ditulis tu ialah:-
No keretapi 172
tarikh 28 Julai 2017
waktu ETD 11.30 pagi
ETA 3.29 petang
No Gerabak : 5
No Tempat duduk: 15
maklumat ini secara asas, mana-mana tiket pun patut tahu
harga satu hala ialah 146baht iaitu lebih kurang RM17.00 
  Gerabak kelas 2... walaupun tak penuh, tetapi setiap hentian akan ada penumpang akan naik dan juga turun. Walaupun kipas ada di atas kepala, tapi agak panas juga.
ok..sikit jam lagi dah nak jalan... so bergambar dulu lah...
snap picture dalam gerabak.. sementara orang tak ada...
special posse daripada MCo... sebab bila keretapi bergerak, nak bergambar macam ini memang tak ada peluang lagi.

Potrait mode dalam iphone berbanding gambar di atas tu...
Kondutor pemeriksa tiket keretapi.
nampak sedap... eermm bila nak keretapi macam ini, kalau last minute.. tak sempat beli, jangan bimbang sebab kat dalam keretapi ini ada je orang jual.. samada diaorang naik di setiap hentian atau daripada Sg. Kolok ni mereka siap siap naik.
Ini lah antara gambar candid yang sempat MCo snap... ini lah penjual-penjual buah tu... bukan itu sahaja... benda-benda lain pun ada, air, kerepek... tengok siapa yang jual...
Dalam gerabak keretapi, kelas 2.. memang disediakan macam ini... jangan terkejut, kat dalam ini pun ada jual nasi melalui penjaja penjaja macam orang jual buah tu... ini lah keperluan meja sisir macam ini.

  Salah satu permandangan... sepanjang jalan daripada Sg. Kolok ke Junction Hatyai.

  Penduduk tempatan yang jemur hasil tanaman/jualan mereka di sepanjang rail keretapi ini... sebab laluan keretapi ini tidak tertakluk pekan, hutan, ladang tetapi kampung-kampung kecil juga.
 panorama yang indah seperti ini jangan terlepas pandang jika naik keretapi....
sekali sekala... penjaga tiket, atau polis akan meronda dalam gerabak seperti ini... ada juga diaorang akan minta tengok passport, atau tiket..
kalau nampak dia, standby lah tiket tu... mana tahu dia minta kali ke 2... kebiasaan dia perasaan, dah check sekali... kecuali konduktor tiket lain yang meronda.
  Marubo...salah satu stesen yang keretapi berhenti.. penumpang turun dan naik.... atau ada penjaja yang akan naik untuk jual hasil jajaan mereka.

Chana.... juga salah satu hentian keretapi ini akan berhenti, mengambil atau turun penumpang.

Gambar sepenuhnya untuk Chana station...
Inilah contoh penjaja yang akan naik untuk jual hasil mereka.. ada yang naik daripada golok akan turun di sini jika semua barang telah habis dan akan naik keretapi daripada Hatyai ke Golok... mereka naik dan jual ini sebagai penduduk tempatan, maka tiada bayaran di kenakan kepada mereka. (kalau bayar "kot belakang" tu.. MCo tak tahu lah).  
Keretapi sedang berjalan kencang...ada yang slow.. jadi daripada itu, berselfie lah macam ini... ada orang suka naik keretapi ini, kerana lebih nampak santai, keletihan kurang jika memandu... kalau nak nilai daripada kecepatan dan keseronokan, drive sendiri lebih afdal...sebab tidak terikat dengan jadual dan masa.
  Masa MCo ambil gambar depan Gerabak ini... adalah orang-orang mengintai macam ini... bila fikir balik, better letak lah satu gambar yang ada orang mengintai ini... gerabak ini mempunyai pintu yang boleh buka dan tutup... jika kelas 1, memang tingkap tak boleh buka sebab ada air-cond.
   ...dan sampai Junction Hatyai... apa-apa pun bergambar dahulu....
gambar mode biasa....

  gambar mode potrait iphone 7p.
  Hatyai Junction station... sesiapa nak meneruskan pejalanan ke Phattalung atau ke Bangkok terus still sahaja dan gerabak... MCo turun sini sahaja.
Bergambar di rail keretapi... nampak lebih halunisasi sikit... para travel amatur katakan... kita nak cari angle yang menarik dalam pengambaran.
double pic... dalam mode potrait. agak menarik juga di jadikan subjek cover.
Pandangan luar dan pintu utama stesen keretapi Hatyai...
MCo menuju ke hotel.... ini lah jalan utama... jika terus lagi ia akan berjumpa dengan simpang ke Lee Garden Hotel, Grand Plaza hotel, Pink Lady Hotel... restoran Kelantan.. dan Hatyai Walking Street.

Tips dan Info


  1. Keretapi Kelas 3, open air, kerusi kayu dan di khas kan untuk penduduk Thailand sahaja, dan percuma.
  2. Kelas 2, kerusi standard, berkusyen, di sediakan kipas, tapi agak panas juga.
  3. Perjalanan memakan masa dalam 4 hingga 6 jam, kalau boleh jangan terlena sangat.
  4. Ada seketika polis atau askar akan buat rondaan dalam gerabak, samada check passport, tiket, atau hanya sekadar rondaan.

51 comments:

Pija said...

Salam...nk tanya..jauh tak stesen sungai kolok dgn imigresen?dr train station sg.kolok nk ke imigresen tu naik per?
Trima kasih ��

dirafum MCo said...

jarak lebih kurang dalam 1km. plus minus... jalan kaki boleh tapi berpeluh juga lah... kalau panas memang tak sanggup... biasa ramai je mat mat motor....yang boleh bawa tu... dengan kadar bayaran rm5... kalau terus ke imigresen Malaysia..boleh cecah rm15 sebuah motor.

dirafum MCo said...

chop chop.... tak sampai kot 1km...maybe 500meter...hehehe

Pija said...

Trima kasih ats maklumat...klu 500meter jer blh la redah pakai kaki jer..hehehe

Anonymous said...

Dari sudut keselamatan di sepanjang selatan Thai macam mana? Sana kan masih bergolak

dirafum MCo said...

Setakat ini pekan golok ke Narathiwat dan ke Hatyai masih selamat.... pergolakan masih bukan di laluan utama... sekarang dah berkurangan namun masih lagi ramai tentera yang berkawal.

Unknown said...

Penggunaan Bahasa, di station s.golok Dan hatyai masih boleh berinteraksi dalam Bahasa melayu ke?

Anonymous said...

Slm tuan, dari imigresen thai tu macam mana kita nk bawak kereta ke stesen train yer? perlu ambik insurance thai jugak ke? sbb kita nk naik train ke hatyai, cuma nk park kereta dkt stesen train.

dirafum MCo said...

wsalam... semua boleh, samada nak buat insuran atau tidak... kalau saya memang tak buat, sebab kereta cuma di sekitar pekan golok dan berdekatana sempadan... cuma kalau nak lebih selamat, buat je...

dirafum MCo said...

Shamsul Hisyam... selatan Thai, daripada Pattani, Tak bai, Yala.. Narathiwat termasuk Golok... masih menggunakan bahasa Melayu dan Thai.. kalau Hatyai..ada orang thai boleh bercakap Melayu...tapi tak ramai...

Anonymous said...

Terima kasih di atas panduan yg sgt bguna dari tuan. Saya telah ke Hatyai pada 8 Mac 2018 bersama keluarga berpandukan info daripada blog tuan dan beberapa blog yg lain. Kami ke sana dengan menaiki kereta api.

Teruskan menulis yer tuan...

dirafum MCo said...

tERIMA KAsih atas sokongan.

Anonymous said...

Salam tuan.dari imigresen rantau panjang ke station sg kolok tu,kena bawak gran kereta x utk kita park dgn station tu.sy nk naik train tpi kereta nk park kt situ.ke x perlu bwk apa2,just park je kt situ?

dirafum MCo said...

Actually kalau ikut Law.. sebarang kereta yang nak masuk ke Thailand kena daftar dengan customs diaorang.. dan kalau nak daftar tu, kena bawa geran sekali lah... tetapi oleh kerana golok ini mempunyai hubungan sosial yang sangat tinggi dengan penduduk kelantan dan golok...maka banyak pihak imigresen tutup mata je kes ini... geran tak penting, yang penting ialah daftar kastam thailand dan insuran.. kalau rasa ia selamat... tak perlu pun tak apa. tq, harap dapat membantu

Unknown said...

Salam,selama saya masuk pekan golok,tak pernah bawak ape2 dokumen,sebab bila tanye kastam thai,semua cakap boleh tapi limit dia dlm pekan golok je,lebih dari tu kena bawak dokumen

dirafum MCo said...

Wsalam saudara Ammar Hakim... memang betul apa yang di kata tu... tetapi by law, ia masih dikira salah di sisi undang2... dan kerajaan Thai boleh ambik tindakan jika diaorang mahu... tetapi memandangkan sosio-budaya setempat situ memang di amalkan sejak dahulu... ada kalanya keluarga sama tetapi wilayah negara berbeza, maka kerajaan Thai terutama di Golok itu... tutup mata sahaja kes tiada dokumen area tu...

Unknown said...

assalam abg
tksh info dan sgt membantu. mcm mana nak lepas imegration dia klu kita bwk masuk kereta tanpa buat insuran dan permit?

dirafum MCo said...

Wsalam saudara Azhari Wahab
kalau tidak mau bawa masuk kereta tanpa buat insuran dan permit...
samada imigresen malaysia atau thailand, cuma lalu macam itu sahaja.. buat dunno..
kebiasaan imigresen di Malaysia buat-buat tak tahu sahaja jika kita tidak bagi apa2 dokumen....
Di thailand pun sama.. cuma ada seketika.. pegawai imigresen nak tengok passport... (tak kira cop atau tidak)..dia just nak scan kat camera nya sahaja... tetapi di sini saya sertakan beberapa soalan samada imigresen thai atau malaysia.

Soalan: nak pergi ke mana tak cop passport ni?
Jawapan: saya nak masuk sekejap sahaja, nak makan, nak beli buah, atau apa2 sahaja.. yang menunjukan kita biasa dah keluar masuk macam itu sahaja.

soalan imigresen thai: kenapa tak cop passport...
jawapan: 1. jawapan sama mcam di atas, atau kata je, nak parking kereta depan sana... baru nak pi cop..

harap dapat membantu

NaNi said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

assalam nak tanya yang ticket dari hatyai ke sg.golok nie boleh beli online atau tidak?
kalau boleh beli online kene ade any account ke?
and yang kalau gune agent tu ok tak? boleh percaye tak?

dirafum MCo said...

Wsalam
Boleh beli online, ada website dia...(boleh google). pembayarannya melalui kad kredit.
tetapi kalau bukan musim perayaan, tiket boleh je beli on the spot... atau pergi ke kaunter, sehari sebelum atau masa nak depart tu.. cuma bimbang kalau musim perayaan.
better beli website
harga pun tak mahal, dalam 142bath atau 3rd dalam 92baht.

Anonymous said...

boleh recommend any website?

dirafum MCo said...

cuba try ini
http://www.thailandtrainticket.com/

Kay's Daily said...

Salam. Sy nak ke krabi minggu ni. Samada ambik bas atau train dr sg golok. Kami berenam ngn anak2. Perlu ke isi white form arrival/departure tu?

dirafum MCo said...

Wsalam... yes perlu isi form tersebut, semua kena isi walaupun menggunakan passport kumpulan.

Anonymous said...

salam en..boleh tak nak tahu untuk sampai ke hatyai junction tuu stesen ke berapa ek??

dirafum MCo said...

Wsalam
actually.... susah nak agak stesen ke berapa... sebab kadang2 kalau naik express way... tak semua stesen dia berhenti...
but dont worry... hatyai junction tu..stesen dia lebih besar daripada mana2 stesen sebelum tu... lagi pun memang sekitar stesen tu ada tulis "hatyai"

Sarah said...

macammana nak beli ticket train?

dirafum MCo said...

terus pergi ke kaunter tiket... boleh beli macam tu je... tiket banyak kecuali ada perayaan di Thailand... nak secure boleh beli online
http://www.thailandtrainticket.com/

Prince Righty 1 said...

Sedara kena naik kereta api kelas 3 sekali, yang namanya 'Ordinary' tu, terutamanya kereta api pagi #448. Yang tu akan ambil dalam masa lebih kurang 4 jam, sebab semua stesen yang ada dia memang akan singgah. Aku pernah naik yang pukul 6.30 pagi punya, sejuuuuk angin luar. Tiket pun murah, 42 baht, suka hati duduk mana. Ada kerusi kayu yang keras, ada yang ada kusyen tapi sama jugak rasa kerasnya. Makanan macam-macam, ada mak cik jual pau (6 baht sebiji), ada yang jual teh 10 baht sebungkus, nasi, semualah ada. Asyiknya naik kereta api kelas tiga ialah kita dapat tengok suasana sebenar Thailand selatan di pagi hari. Pemandangannya indah permai, anginnya sejuuuuk. Waktu aku naik tu, dari Sungai Golok dah kira ramailah, lepas tu Khok Saya makin ramai, makin ramai sampai ke Tanyong Mat, ada yang sampai tak dapat tempat duduk pun. Sesak gila! Tapi tak apalah, angin luar sejuk. Sesaknya tu sampai ke Yala, di mana penumpang boleh kata 50-60% dah turun dengan penjual-penjual sekali turun.

Satu lagi, ikut pengalaman, walaupun kereta api Thailand selalu berlepas tepat masa dari stesen pertama, selalunya sampai mesti lambat. Yang aku naik ni sepatutnya sampai Hat Yai pukul 10.46, aku sampai nak pukul 12 dah. Pernah sekali jugak aku naik dari Hat Yai ke Bangkok, ikut jadual berlepas pukul 4.23 petang, dia jalan pukul 6 petang. Kalau aku tahu awal aku dah jalan kat pasar Kim Yong tau! Sampai pun lambat- ikut jadual dalam pukul 6 pagi dah sampai. Sekali dia sampai pukul 8.30! Demikianlah kisah aku yang selalu melancong seorang diri. Pokoknya, jangan takut naik kereta api selatan Thailand, paling tak pun cubalah sekali.

dirafum MCo said...

Terima kasih bro.... agak menarik juga tu... kalau ada kelapangan saya akan cuba... bagus info ini...

Unknown said...

Kalau nak ke hatyai boleh guna boarder pass je ke? Ke kena guna passport dah?

dirafum MCo said...

masih boleh guna border pass tapi bagi negeri kelantan, perak, kedah dan perlis sahaja.
lain-lain negeri kena guna passport

Unknown said...

sy nk ty kl tmbng kelas 1 dr sg golok ke hatyai brp rm?

dirafum MCo said...

keretapi daripada Golok ke Hatyai
hanya ada 3 jenis train
tiada 1st class
1. Ordinary 3rd class 42baht
2. rapid 2nd class 146baht, dan 3rd class 92baht
3. Speciall Express 2nd class 286baht, 3rd class 232baht

Unknown said...

third class memang untuk rakyai thai sahaja? atau malaysian bole beli jgak tiket tu?

dirafum MCo said...

untuk semua orang... harga 42baht... dalam RM4.50

Ainwahidah said...

Maaf tanya. Waktu kereta api bergerak ikut waktu malaysia or waktu Thailand

dirafum MCo said...

sorry lambat reply. semua waktu thailand

Amir said...

Nak mintak share tempat parking kereta tu dan berapa rate dia. Selamat eh tempat ni?

dirafum MCo said...

Parking tu betul2 tepi stesen keretapi Sg. Kolok dengan kadar caj 50bath sehari (dalam RM5.70 rate sekarang)... dan selamat parking kat situ....

M.anifpa said...
This comment has been removed by the author.
M.anifpa said...

Dlam keretapi ada tandas ke😜

M.anifpa said...

Nk tanya saudara..bila sampai di hatyai juncyion...hotel mna yg saudara disyorkan...utk penginapan family...dan mcam mna cara kita nk dapat kn tut tut utk ke tempat2 menarik di sana....

dirafum MCo said...

dalam keretapi ada tandas... tengok atas keselesaan untuk buang air tu...
kalau hotel saya syorkan ialah Grand Plaza...sebab malam kawasan depan hotel tu meriah... berbanding tempat lain yang sunyi...
untuk tuk tuk saya boleh cadangkan nama ni Syakawi no tel: +66636145271 Melayu muslim dan yang penting harga murah boleh runding.

suracah said...

Salam macam mana nak beli online tiket

dirafum MCo said...

boleh sahaja search melalui google.. buy ticket online train thailand. nanti banyak link ke website direct

teacher said...

Saya warga negara lndonesia, hendak melawat ke Thai dan Malaysia. Bolehkah berbagi info cara melanjutkan Perjalanan dari imigesen Malaysia ke station Tumpat? Terima kasih

dirafum MCo said...

kalau pergi daripada Kuala Lumpur perlu menaiki bas ke Rantau Panjang, dan masuk melalui Sungai Golok,
kalau mahu memasuki melalui tumpat,
Kuala Lumpur - Kota Bharu - Tumpat.
jadi saya sarankan masuk Thailand Melalui Sungai Golok. sebab station bas Rantau Panjang Dekat dengan Imigresen.

Anonymous said...

Jadual train tu ikut waktu malaysia or wakti Thailand?

dirafum MCo said...

jadual train ikut waktu thailand

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...