Wednesday, April 28, 2010

ABAH DALAM KENANGAN DAN APA YANG TERSIRAT

setelah 7 hari pemergian abah ke rahmatullah. maka timbulah banyak kenangan, yang sukar di lupakan, dan yang hampir2 di lupakan teringat kembali. banyak kenangan dan banyak juga perasaan terkilan kerana banyak benda tidak dapat di hajati oleh arwah.

Kronologi Secara Rawak

27 april 2010 - diari abah, (tidak sangka, abah pun ada menulis diari). berkata. (secara ringkas). 21 februari 1977 "aku telah mendapat anak ke tiga bersama isteriku laila yang bernama muhamad farid, semoga sejahtera hidupnya sehingga akhir hayatnya". di bacakan oleh Dullah dan mek. sungguh terharu aku apabila mendengar apa yang di tulis....

aku pernah di beritahu juga. ada secebis nota yang abah tulis. "selamat hari jadi buat ku". ayat ni pun buat ramai adik beradik menangis termasuk aku, kerana sepanjang hayatnya, tiada seorang pun yang "wish" dia macam ni.

-tulisan abah semua jawi dan amat sukar untuk di baca, tulisan jawi yang sangat unik dan bahasanya juga amat menusuk kalbu.

Ada orang kata, Abah tidak sempat solat asar pada 19 april 2010 pada saat sampai ajalnya. tapi firasat aku menyatakan, abah sempat solat, sebab sudah tentu dia solat masa terlentang. lagi pun dia kesakitan, tidak kedengaran perkataan 'aduuh'.. sedangkan sebelum ni, kalau dia sakit, dia selalu kata aduuh...aduuh..
dan bersyukur juga, dia mati dalam keadaan suci, sebab dia masih berwudhu, di dalam masjid, sebab aku tahu, siapa abah itu, bila dia ada wudhu, selepas mandi, tiada seorang pun boleh sentuhnya. itu lah keadaannya yang teliti menjaga kebersihan.

aku?? terkilan. 1 - tidak dapat berjumpa dengan dia buat kali terakhir. aku ingatkan sakitnya ialah macam yang biasa2 itu, aku aku tak lah bergegas mana nak balik kerja hari tu.
2 - abah banyak kali menyuruh aku kahwin, tapi ini lah harapan dia yang tidak dapat aku tunaikan. aku minta maaf.
bukan aku sahaja, tetapi semua anak lelakinya tidak kahwin. aku , dullah dan najib. so dalam kes ini, abah terkilan kerana tidak dapat melihat menantu perempuan. tentu ada hikmahnya. aku tahu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...