Monday, March 12, 2018

Trip Bandung dan Jakarta

PHOTO ALBUM
Company Trip
Berlangsung pada 7 September hingga 10 September 2017
Penulisan kali ini hanya berkisar kepada gambar-gambar sahaja... beratus-ratus gambar meliritkan beratus cerita dan kenangan.

  Lawatan ke Indonesia, khususnya di Bandung ini merupakan lawatan syarikat kali ke dua selepas lawatan ke Thailand (Krabi) tahun lalu... klik sini untuk kisah lalu --> Krabi, Thailand
... Dan penceritaan kali ini tiada kronologi dan tiada itinerary... tiada waktu, tiada kos... dan semua diceritakan secara am.

Perancangan awal ialah flight direct daripada Kuala Lumpur ke Bandung, tetapi oleh kerana kumpulan rombongan terlampau ramai, dan kesuntukan masa, maka tiket flight tidak dapat dipenuhi oleh semua, maka penerbangan "arrive" terpaksa di Jakarta, dan daripada Jakarta menaiki bas ke Bandung.

Gambar-gambar di dalam ini hanyalah bukan daripada camera MCo semata-mata, semua yang telah "forward" semua MCo masukan dengan tapisan tak sampai 20%. Jadi mungkin ada gambar orang double atau tiada langsung.

Keadaan dalam bas perjalanan daripada Jakarta ke Bandung
Perjalanan Malam atau siang.. begini lah keadaan dengan kenderaan besar... mesti ada "macet" di merata-rata.... jem lah kata tu...
Makan malam di Bandung.. Kedai Makan Sunda.... memang di tempah khas oleh travel agent.
macam biasa lah MCo pun mahu bergambar di sini... tiada instruction untuk datang di sini... kalau tanya grab car mungkin diaorang tahu...
Untuk Group Hq duk semeja ja... macam berpuak puak plak..hahaha... tak de la.. kalau nak makan kena yang selesa.. kalau tak segan nak makan. 
dari kiri... Nurul, Ainul, Nani, Shidah... lelaki dari depan. Muaazam, Tarazi, MCo dan Zikri.
bergambar dengan Razlan merangkap wakil travel agen Malaysia ke Indonesia bersama kitaorang ini.
di meja group lain pula...Hibriyah, Atikah, Athirah, Amiera, Amira, Safiah, Liyana, Azmatun... ni group pengurusan kompleks.
Gabungan Group Pengurusan Ladang dan Kompleks... dari kiri... Azidah, Hamizah, Ribuan, Sayuti, Sallman, Tarmizi, Afirahimi dan Ridwan.....
Dari kiri: Fatin, Siti Zan, Quddus, Khairol, Farress, Hafiy dan Muzakkir.
NI Meja VIP..
Antara hidangan yang ada di Kedai Makan Sunda ini... agak menarik juga.
Meja VIP ini... semua pengurus pengurus kanan duk meja ni.
tak semua peserta rombongan datang makan hari ini... ada yang stay di bilik sahaja... tapi ini lah sebahagiannya.

Makan ja.... kalau dah ikut trip company.. makan agak mewah sikit kalau backpack ini.. biasa MCo tak makan semewah ini kalau backpacker... hahaha...


Hari Berikutnya.. Pekan Baru.


bergaya dulu..sebelum nak pi shopping... bergambar selagi boleh....


Amiera dan Athirah... pun bergambar sebelum nak bertolak...
hotel SanyRosa... kat jalan setiabudhi... malam hari agak sunyi juga kawasan ini... kalau nak pergi mana-mana terpaksa naik teksi.... maknanya kalau nak berjalan-jalan di sekitar itu, tak digalakkan sangat lah....
Panorama di SanyRossa...
Nani bergambar di Floating Market di Lembang...
sama lah macam MCo... bergambar juga dengan latar belakang tu...
Zikri dengan mode potrait dengan iphone... saje nak test... sape yang ikut rapat dengan MCo, adalah gambar dia dalam hp MCo tu...dan secara automatik ada lah dalam blog ini.

Kat Lembang Floating Market ini... ada bermacam-macam tema, salah satunya ialah Taman Kelinci ini.. nak masuk pun kena bayaran tahu... kalau tak silap 30ribu rupiah untuk seorang dan diberikan 3 batang lobak merah untuk di beri makan pada kelinci (arnab) ini..

sedang memikat kelinci untuk makan tu... setiap taman ini ada sarang arnab sendiri...samada dibuat lubang atau memang arnab itu sendiri korek...

Nani duk fokus je.. bagi makan arnab sampai dok sedar ada orang ambik gambar tu...

berebut kelinci nok suruh nani suap dia...hahaha
Suka sangat boleh bagi makan ke arnab...

sape ada banyak makanan... di situ lah arnab akan serbu... yang arnab pemalu pun ada juga... kena panggil dulu..baru datang....
Sekadar pemerhati dari luar sahaja..... kat kampung pun banyak arnab hahaha.. kalau kat sini pun nak kena bayar... baik tengok dari luar sahaja...hehehe
lagi ramai yang serbu tu..
area pejalan kaki di luar daripada taman arnab tu.... tempat rehat... tandas... kaunter tiket semua ada di situ...

penat-penat masuk sarang arnab, berehat plak... tak banyak masa untuk rehat kalau berjalan-jalan ini...

macam artis pulak gaya...artis zaman 80-an.
zikri... macam tahan sesuatu je... hehehehe
Bila masuk Floating Market kat Lembang ini..dapat lah tiket ini... sebenarnya baucer minum... boleh tukar dengan minuman... kalau tak minum rugi lah.......










Makan zam...labu tu... kata orang.. makan labu adalah ubat untuk yang merindui seseorang... hehehehe
ni kononnya area kampung lah.. dalam floating market tu... sebenarnya banyak lagi tempat yang menarik di dalam ini...tapi masa singkat yang diperuntukan.. maka tak banyak tempat lah yang boleh pergi.


nampak kemachoan tu....hehehe... takpe lah bergambar tepi parit tu...

Gaya nampak macam dalam kekampungan sikit...
tapi yang penting ialah panorama sekeliling tu....





Free possing.... di Floating Market....
Tarazi... haiii dengan gaya tersendiri....

Ni gambar dan possing femes Muzakkir....
Gambar yang agak menarik...dengan angle yang menyeluruh...



Masing-masing jalan tengok hp...nak share location mungkin... tengok-tengok hp sambil senyum tu, macam ada makna.... hehehe



yang penting gaya tu... gambar cantik atau tak, itu no 2.

possing bebas... MCo dengan bunga-bunga Pexcell.... hahahaha



Tarazi
Muaazam...
....dan MCo... cover dalam ig.

Sallman....

gaya dalam gaya...
di restoran... Masakan Padang Sederhana.... alahaii...2 3 hari di Bandung ini.. ini lah makanan ruji kami...nasi padang....
Keadaan shopping di Rumah Sulam... janji 2 jam sahaja... tetapi tak cukup, boleh capai 4 jam... ada yang balik, dan kembali esoknya... masing-masing sibuk duk shopping...
Shopping di rumah Sulam... harga boleh dikatakan agak murah jika dibandingkan dengan Pekan Baru





Nurul, Ainul dan Liyana... wah banyak shopping tu... bawa 1 juta rupiah sini memang tak cukup ni...
...ada cerita di sebalik gambar ini... hehehe kami di offer oleh "tukang Massage" elektronik ini... satu jam dalam 20 ribu rupiah sahaja... dalam tak sampai rm10.. kalau tak silap perkiraan dalam rm7 sahaja selama 1 jam... so kitaorang pun massage lah... masa massage tu... agak seronok juga lah.. tapi sebenarnya mereka promosi alatan massage mereka tu... satu jam juga dia promote.. harga pun paling kurang dapat bagi dalam rm350... jadi tiada lah upah yang 20ribu rupiah untuk satu jam tu... ia cuma trick nak tarik pelanggan... tapi kesian juga lah...dia massage kita, tapi xde habuan untuk mereka.
yang kena tu kita berlima.. Muzakkir, Tarazi, Muaazam, Rahim dan MCo sendiri.

aiii bergambar dengan sahabat lama sekali selaku Setiausaha syarikat juga ni....

Bergambar ramai-ramai dengan staff dan pihak pengurusan syarikat... walaupun pihak pengurusan syarikat tiada semua... ini kira malam terakhir kami di Bandung.. esok dah kena balik ke Jakarta.

Dua gambar penuh... tapi yang kelakarnya ialah gambar sebelah kiri sekali tu... dia tu bukan daripada rombongan kami...tetapi orang Indon, yang snap gambar gambar dari hotel duk follow... nak jual gambar yang diaorang snap..


Di Floating Market, Lembang...





Pn. Nurul bersama spouse CEO dan Spouse Chairman... serta anak2...


Kartika Sari... masa ini berhenti sekejap sebelum terus bertolak ke Jakarta... sini jual bermacam-macam kek..

MCo sempat lah bergambar dengan pemuzik jalanan ini... asyik jugalah...

boleh buat hati teruja juga bila dengar dia main benda ini...

Keadaan dalam pasar Pekan Baru...



Afirahimi dan Muaazam meninjau barang-barang manatau boleh bawa balik dan murah...  Bangunan ini bertingkat tingkat juga...
Ini lah pandangan daripada atas... setiap tingkat boleh dikatakan sama juga jualan... kalau kat sini femes dengan pakaianlah... nak cari gadjet memang susah lah di sini.
Ini lah contoh.. baju... 6 helai boleh dapat dalam 100k rupiah... lebih kurang dalam RM5.00 sehelai...
ni malam akhir di Jakarta.. kebetulan masa ini ada perlawanan MU dan LP.... so kalau isyarat gitu... boleh tahu lah.... apa makna tu...  masing2 lepak dalam bilik...siap order makanan lagi.. mewaaahhh....  masa ini nak keluar bersiar-siar malam di  pekan Jakarta memang tak larat dah... sampai pun malam... esok awal pagi dah nak bertolak ke airport... (MCo masa ni memang tidur senyap dalam bilik)
ready dah pagi hari akhir di Jakarta... nak bertolak ke airport... aiiikkk sempat lagi Nani possing... hehehe
gabungan bahagian Pentadbiran dan Kewangan...  Shidah, Zikri dan Nani pun ada sekali.
Di airport Jakarta... tunggu nak pulang ke Malaysia..
Tuan Haji Samiun dan Tuan Haji Safee (Boss Piee).. salah seorang pengarah syarikat.. dan orang no 1 dalam Perbadanan... PKEN. Terengganu.
Happy lah boleh duk dalam kapal terbang.... sambil Muaazam berselfie je...



Ini lah gambar paling last daripada keseluruhan trip... kenapa? sebab flight diaorang daripada KL ke KT... melalui subang... adalah last daripada keseluruhan flight bagi orang-orang lain... syukur alhamdulillah...dengan gambar ini, maka selamatlah semua kakitangan sampai ke destinasi.....  daripada kiri: Khairol, Hafiy, Tarmizi dan Ridwan (uda).

Gambar di Jakarta... masa boarding... masa ini flight delay dalam satu jam juga... so ruangan menunggu ini bolehlah bergambar dulu.... 
Sallman, Fadhil, Hibriyah dan Amira....



Sempat juga Abu bergambar dengan CEO dan Pengarah Eksekutif.


Saja nak tunjuk... biasa kalau di hotel, ada bas bas pelancong.. mesti ada lah "geng2 Indonesia" yang jual barangan.. salah satunya ialah mereka ambik gambar, snap pagi, petang dah ada... maka jadi lah gambar macam di atas tu... biasa dia ambik candid je... kadang-kadang dia "follow" je kita ke mana kita berhenti makan atau lain-lain untuk jual gambar yang telah di ambik ini.....






Cidomo.... memang femes kalau di Lombok... tak tahu plak di Bandung pun ada... tapi tak meluaslah... sedangkan di Lombok merupakan pengangkutan awam utama.... di Bandung dah ada Uber dan Grab.. di tambah teksi biasa... menyebabkan pengangkutan awam ini dah tak laku...tapi sebagai "koleksi pelacongan" sahaja.








hari last di Jakarta... bergambar dahulu sebelum pulang....


biar mereka bergambar di sini... MCo tak sampai di sini....
Fadhil, Ashaari, Khairol, Amiera, Quddus, Farress, Hafiy, Athirah, dan Ridwan..... kat sini pun MCo tak sempat sampai....
jom bergambar dulu....
Kalau shopping di "Rumah Sulam" begini lah pelayan dia.. melayan karenah pembeli... meyakinkan pembeli dengan meragakan pelbagai gaya... memang lah ramah ramah mereka....
Team Kompleks dengan boss mereka... boleh lah tu...

makan... pertama di hentian RnR... daripada Jakarta ke Bandung.... hari pertama.
Mussolla.. di RnR antara Jakarta ke Bandung..

Di hotel Sanyrossa Bandung... Landskap yang menempatkan tempat bersantai, lepak malam-malam dan lain2.
Panorama di Floating Market Lembang... jangan berangan macam Thailand... ini cuma nama sahaja...atau MCo sendiri tidak explore habis taman ini... (kerana kesuntukan masa)
Masakan Padang Seherhana.... berdekatan dengan hotel kami menginap tetapi tidak boleh pergi jalan kaki.... hehehe... kena naik bas juga....

Lain-lain Gambar
 





Salah satu reka bentuk bangunan yang ada di Jakarta....  

 

 

 

 


Yang ini paling rare... tempat ambik wudhu bersebelahan je dengan tempat orang nak "qadar hajat".. baru lah boleh sembang orang melepas dengan orang ambik wudu'.

aiii boleh lah bersilat plak... dengan anak dato'... aizat dan muzakkir.
 
Kuih yang di jual di Pekan Baru...eerm nostagia....

Floating Market... tak tahu ini real atau replika... yang pasti mungkin diaorang nak tiru culture Thailand.

MCo dengan sahabat lama dalam syarikat lama.. sebelum orang lain muncul lagi... dia adalah orang terawal MCo berkawan... sehingga kini..masing2 sibuk dalam jabatan masing2.... dengan lawatan ini lah.. boleh berjumpa...

Seramai 44 orang kakitangan (sahaja) yang join trip ke Bandung ini... dan semestinya tidak semua orang ada gambar mereka di dalam penulisan kali ini.. dan bukan ia terpilih atau MCo buang, tetapi memang tiada gambar mereka dengan MCo... dan semua gambar itu telah di tapis secara kasar.... dan kali ini tidak semua nama di sebut...

Perjalanan keluar negara dengan jumlah peserta yang ramai tidak lah di anggap mudah... kami menggunakan "travel agent".... dan mereka yang bertanggungjawab untuk kawal semua ini... namun MCo akui, ini trip syarikat yang paling mencabar (padahal baru 2 kali).... bagi kakitangan lain memang seronok.... dan boleh thump up pada pihak penganjur... tapi secara jujurnya... MCo anggap trip kali ini gagal... dan tekanan amat kuat...  apa-apa pun "nilai" enjoy itu tidak dapat dirasai 100%.

sebab itu, MCo lebih gemar travel dengan "sendiri" puas hati dengan aturan yang di reka sendiri... 

note:- ditulis pada 05 November 2017

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...