Monday, April 18, 2016

SANTAI TASIK KENYIR

TERENGGANU NABIRA KELAB KONVOI KE KENYIR
(15 April dan 16 April 2016 - Jumaat dan Sabtu)

Buat pertama kalinya Kelab Nabira Terengganu mengadakan aktiviti luar kawasan dengan berkonvoi beramai-ramai ke Kenyir dan Gathering di Houseboat.

Tapi sebelum tu biarlah MCo ceritakan serba ringkas berkenaan Tasik Kenyir ni..... ia terletak di daerah Hulu Terengganu dan dibina pada tahun 1985 untuk menjana tenaga elektrik, iaitu dengan kata lain empangan dan Station kuasa Sultan Mahmud , dengan keluasan 260,000 hektar, ia merupakan tasik buatan manusia terbesar di Asia Pacific, Tasik Kenyir juga mempunyai 340 buah pulau yang mana pulau-pulau tersebut asalnya adalah puncak-puncak gunung.

ok lah...itu lah serba sedikit tentang Tasik Kenyir, kalau nak tahu secara terperinci..boleh lah google.... jom kita kembali ke cerita asal...

pada awalnya trip ni dirancang awal tahun, dan kira 23 orang ingin menyertainya tetapi malangnya, yang berjaya dan setia menyertai trip ini hanya 16 orang, kerana lain-lain terpaksa membatalkan hasrat kerana ada kerja yang lebih penting....

Yang menyertai trip kali ini ialah....
  1. Btsix (Arzo)
  2. Mohsin
  3. Limie
  4. Mat Lim
  5. dirafum (MCo)
  6. Fariz
  7. Nazri pomen bt 6
  8. Anirul
  9. Abg Long (Kema)
  10. Kadri
  11. Zepah
  12. Bukhori
  13. Zirun
  14. Rzafira (Yus)
  15. Casper (Kashfi) - Geng Opzon
  16. Tuah - Geng Nabira New Owner
Geng yang join Konvoi sahaja tetapi tak menyertai houseboat iaitu Nayoe dan Dzul
Manakala geng2 yang memberi sumbangan untuk pergi tetapi tak dapat hadir ialah
  • Nayoe
  • Dzul
  • Bokehs (Nordin)
  • Mat Ecosex
  • Abg Kay
  • Zahar
 Kali ini agak berbeza penceritaan MCo, semua adalah berdasarkan gambar-gambar sahaja.... dan tak ada kronologi gambar... gambar-gambar pun telah di pilih dari 16 camera kawan-kawan.... hasil-hasil ini lah kisahnya....

Konvoi bermula daripada Batu Enam, dan melalui Sg. Tong dan ke Pangkalan Gawi Tasik Kenyir, turut sama ialah 3 orang rakan Nabira/Zafira Central Region.... iaitu Yus, Tuah dan Casper.

apa-apa pun...jom kita zoom out gambar-gambar di bawah...


Sebut Nabira Konvoi mesti ada trandmark konvoi kan... ini lah dia masa dalam perjalanan nak ke Pangkalan Gawi....

orang-orang kuat TRG Nabira ni.... mai kita kenal siapa mereka-mereka ni.... 
dari kiri berdiri: Fariz, Dzul dan anak dia...(dia tak dapat join tapi menyertai sekali konvoi dari batu 6 ke Pangkalan Gawi ni, Mat lim dan anak2 dia..., Tuah - satu satu nya bukan orang Terengganu tapi join aktiviti kitaorang..., Kadri, Zirun, Limie orang kuat houseboat ni, Zepah, Nazri, Bukhori dan Arzo a.k.a. Btsix.
Duduk dari kiri: Yeos pun dari KL, sorang lagi casper tak sempat bergambar, MCo, Abg Long a.k.a Kema, Anirul dan Nayoe - juga macam Dzul hanya konvoi ke kenyir, 
dan ini boleh lah anggap sebagai gambar secara official walaupun tak nampak semua kelibat terutama yang ambik gambar ni.. en. boss... ok lah kita round sekali lagi... nama-nama sepitas lalu... dari kiri deh.
Mohsin, Yus, Dzul, Kadri, Tuah, MCo a.k.a dirafum, Mat Lim, Limie, Kema, anak matlim, anak Bukhori, Bukhori, Fariz, Zepah, Anirul, Zirun, Nazri dan Casper a.k.a Kashfi.
Berkumpul jam 8.30 pagi di BHP batu 6 dan bertolak ke Pengkalan Gawi, gambar ini dalam jam 9.24 pagi...di Pangkalan Gawi,  parking semata-mata bergambar dahulu.... bukan senang berkumpul macam ni, masing-masing ada komitment banyak sangat....
Lepas gambar depan, ambik gambar punggung plak... awek mek salleh mesti seksi...hehee, ini lah hasilnya.... maknanya rugi juga lah yang tak join...hehehe bila kereta mereka tak ada dalam gambar ni. (semua no tak tutup....)

jom kita teka kereta plak..dari kiri: btsix, bukhori, Zirun, ....tut tut tut... tak ingat dah...

tadi sebelah kiri..sekarang sebelah kanan plak.....

Parking2 juga.... tapi jangan lupa parking pun kena bayar, ni harga 2 hari 1 malam RM5.00 untuk sebuah kereta....
hah... houseboat dah sampai.. Pesona Houseboat...ini lah houseboat yang kami akan naik.... dengan kadar bayaran RM1,800 bagi 2 hari 1 malam kira berbaloi lah.... sebab kalau 18 orang...dah kira RM100 untuk setiap seorang..... tidak termasuk makanan....
Susunan houseboat lain...ni pun tempahan daripada orang lain.... ada juga yang baru pulang...
dah ready nak gerak.... angkat barang sudah...bergambar kat kereta pun sudah.... gambar ini pun sebagai promosi pada tuan empunya houseboat ni....siap ada sign pada boat, beserta no telefon.... ada komisyen tak ni? hehehe
Casper dan Yeos.... 2 orang daripada geng Opzon atau ramp-it.net.... owner Zafira KL... datang/balik Terengganu kerana nak join Gathering geng Nabira Teganu... memang boleh respect dengan semangat diaorang ni....
Baru "sekaki" boat bergerak...sempat lah MCo snap gambar ni...kelihatan jauh deretan kereta yang di parking.... berjemur panas lah.... 2 hari di sana....
Full moment for Tasik Kenyir word....

ok...dah standby nak bertolak tapi apa2 pun bergambar dulu sebelum berangkat... kan susah nak dapat kenangan macam ni..
sisih gambar belakang sekali: dikhabarkan belakang tu akan di buat hotel 5 bintang, dan jambatan yang kelihatan sebelah kiri tu hanyalah sementara, bila projek siap, jambatan sementara tu akan di buang....
ruangan tengah antara bilik-bilik dalam houseboat...macam dalam hotel dah tu, orang kata, Pesona houseboat ni adalah yang paling latest pada hari ini.... April 2016
Tasik Kenyir pandagan dari boat.
Keadaan dalam bilik dalam houseboat.... satu bilik boleh muat dalam 3 orang... kalau nak fit lagi...boleh lah 4 orang.. tapi seorang tidur atas lantai...hehehe

...juga dilengkapi home theater dan karaoker set... memang dok boring lah kalau nak boat ni.... hehehe...tapi nak buat apa semua ni, orang pi kenyir nak bersantai... jauhkan diri dari kemodenan seketika, hilangkan stress kerja
Bila banyak pulau kat tasik ni... maka mungkin boleh sesat juga kalau naik boat...kalau orang yang tak biasa... kadang2 jarak pun kita tak tahu antara satu pulau ke pulau lain...so ada lah.. signboard gini... ingat jalan raya je ada? hehehe
.. lagi pandangan daripada boat... Tasik Kenyir...  lepas ni ada banyak lagi gambar2 mcm ini....
Limie dan siap nak "siang-siang" kambing untuk BBQ malam nanti.. rempah pun dia yang sponsor.... lepas naik boat 10 minit, aktiviti memasak pun dah mula nak rancak....
Ruang memandu boat.... gambaran saja...kalau MCo nak test sure dia bagi punya.... jangan sangka ini best or...kadang2 driver ni pun boleh tertidur... maklumla... bukan laju sangat pun...... silap2 boleh terlanggar kayu, atau pulau lain.
ini lah aktiviti biasa-biasa buat..sembang2... sementara tunggu destinansi... line talipon memang tak ada..so pandai pandai lah... Anirul... Zepah sedang buat persediaan untuk pancing, Matlim gulung rokok daun... itu je yang tahu... hehehe

special posses daripada MCo... sedang check line juga ni...hehehe... saat-saat akhir sebelum line tiada..... lepas tu main game lah....
Pangkalan Gawi 6 KM sahaja...tetapi mengambil masa hampir 1 jam nak sampai tu....hehehe
Seronok bila dapat berkumpul macam ni... geng2 nabira/zafira teganu, selain TT ini lah julung-julung kali kita buat gathering besar... kelihatan dalam gambar..dari kiri.. Kadri check hp tengok ada line dok, Zirun makan mamee, Bukhori (pakai kopioh), Nazri sedang potong kuku, Yus baju hawa2 kuning tu, Anirul duk nyedel je... Zepah baju putih duk cara ke kail dia... Mat Lim sedang cakap dengan anak dia... sambil isap rokok, Fariz yang berdiri tu... sementara yang ngadap ke drebar boat mohsem..... hok lain2 ada duk dapur, ada hok kemas bilik atas tu...yang duk karaoker pun ada....
my turn selfie... orang-orang di belakang tu masih sama...hehehe
ini lah bentuk houseboat yang lain...ini MCo sengaja besarkan...supaya nampak jelas sikit....
Selfie sambil bersantai....
Setelah berlayar 2 jam lebih daripada Pangkalan Gawi, maka kami pun sampai lah tempat atau destinasi kami iaitu air terjun Lasir.... kata orang dulu2, Lasir ni adalah kampung, ada kampung bawah air tu...yang nampak dalam gambar tu semua adalah puncak2 bukit atau gunung yang tak ditengelami air maka jadi lah ia sebuat pulau....
Nung.... tempat air terjun... kawasan yang tak tercemar lagi..kiri kanan adalah hutan... cuma di pinggiran tasik ada 2 atau 3 houseboat yang sememangnya jadi tempat persinggahan atau destinasi akhir untuk 2 hari 1 malam.....
ok... giliran gambar chef2 plak... major chef adalah btsix a.k.a arzo.... boss dalam kelab TRG Nabira ni.... cukup lengkap dapur dalam houseboat ni.... macam rumah beb....
chef dan assistant chef... bersiap2 makanan untuk makan tengahari....
Giliran makan.... walaupun lauk simple, tapi seronok, makan atas boat, atas air.... panorama tu lain daripada yang lain..... haiii terseliur plak rasa bila tengok gambar ni.....
Selesai je makan... giliran nak pi mandi manda plak.... hehehe sepatutnya mandi dulu baru makan... Limie jadi komander fiber kali ni.... kira ni orang yang first nak pi mandi.....
Abg long a.k.a kema dan anak dia pun ikut sama.... nak pi mandi ni.... tak tahu siapa yang tolong snap gambar ni...
hah...nak sampai dah... tapi hari ini ok lah..tak panas sangat..mendung je....
Pandangan dari tebing air terjun....
Penghabisan air terjun.... masa mula-mula sampai..ini lah gambaranya...tapi MCo nak naik atas...
Special post special request daripada Mohsin untuk bergambar dengan anak anak..... 3...2...1.... klak...  hanya berlatar belakangkan panorama air terjun Lasir.
Limie dengan gaya tersendiri.....
sempat bergambar dengan hero abang long ni...kat air terjun Lasir... hehehe...gambar dengan ayah dia pun tak dok... tapi dengan MCo plak yang ada...hehehe tapi indah panorama ini...
Air terjun Lasir....
jom masuk dalam lagi....
naik tinggi lagi.... berbatu-batu...kebetulan MCo tak pakai selipar...so terpaksa tahan juga lah kaki dengan bentuk batu yang bersegi-segi tu....
... ooo rupa-rupanya tempat ni dah jadi tumpuan sejak dari dulu lagi.... banyak aktiviti yang telah di lakukan di sini... terutama kawasan perkhemahan...
Kawasan mandi manda utama.... tapi tak best sini.... kat atas nung lagi best ada air terjun....
Ini pun satu hal... tangga pun macam nak kalah batu caves...tapi ok lagi daripada mendaki bukit pulau Boheydulang di Sabah hari tu...
hehehe...sempat lah MCo bergambar, masa ni MCo dengan Zirun je lelah lelah naik atas..yang lain2 cuma mandi kat bawah2 nu... biasa lah hati kental, kena kuat berjalan sikit sampai atas, alang-alang kan.... bukan selalu datang sini....
close up gambar yang atas tu.... tempat paling syok nak mandi...tapi mujur lah lagi tak panas sangat..mendung je
Kat sini pun ada jambatan gantung....
Tengoklah aksi diaorang, macam tak pernah jumpa jambatan seperti ini.. orang bandar kata kan..hehehe
Kadri, Yus, Zirun dan Tuah.
sama ja gambar di atas, sekali sekala terdengar bunyi siulan burung dengan derungan air terjun...
sempat juga nak bergambar selfie dengan berlatar belakang air terjun yang MCo dan Zirun mandi tu...hehehe

Giliran orang lain plak mandi...aiikkk zirun mandi sekali lagi...tadi tak puas lagi ke mandi dengan aku..hahaha.. Fariz tu..macam nak bertapa plak.....
Lepas mandi..... nak turun..rilek sikit
Hai mengintai houseboat sebelah nampak... hehe maklumlah puteri UMNO duk berzumba sebelah tu... semua mata2 lelaki dalam boat kita pandang boat ni.....
Aktiviti kayak pun boleh sini... Casper ni suka solo tak apa... boleh bawa diri, tengok air hijau molek tu...
Selfie atas boat... selepas mandi kat air terjun tu... ni lah orangnya yang selalu MCo jumpa jika ke KL... Casper dan Yus... sekarang jumpa di Kenyir, kalau kat KL mau sampai pukul 2, 3 pagi, tak campur uptown dan downtown lagi tu....
Selfie dengan Mat Lim plak.. ni kalau kat Teganu dengan dia plak TT sampai 1, 2 pagi...hehehe jenis burung atu.....

special selfie posses.... yus, kadri, btsix dan zirun....
Casper dan Yus... kredit pada diaorang lah.... MCo sekejap je kayuh dah letih, sebab ada tak kena masa kayuh...hahaha
Selain kayak... jom terjun lipat plak...boleh mandi di tepi- tepi boat...dalam kat sini lebih kurang 8 kaki....
kalau mandi air terjun sudah, kayak pun dah, mandi pun dah.. boleh juga pusing2 sekitar pulau ni dengan fiber....  pandai2lah...
Houseboat untuk houseboat sahaja.... tukang masak tak disediakan...so pandai-pandai lah kita masak, ini lah salah satu aksi jarang-jarang ada di atas boat, penebaran roti canai oleh kadet Zepah.... memang pior dan excellent roti canai dia... walaupun dengan bahan2 yang limited tapi masih lagi boleh buat roti canai power... fuuhhh di bantu plak oleh Mat Lim bahagian goreng roti canai hok siap.... nanti lepas ni..Zepah adalah orang wajib hadir dalam mana2 trip TRG Nabira. 
Panorama berdekatan dengan air terjun Lasir...

Hari Kedua.

panorama ketika nak pergi ke Satuari Kelah.... dalam 2 jam juga perjalanan daripada air terjun Lasir...
Pandangan jauh check point pertama, tempat ambik tiket untuk masuk ke sactuary kelah.... di khabarkan penerimaan hanya 100 orang sahaja setiap hari.... kalau lebih tak dapat....
Signboard Pos Kawalan Santuari Kelah....
Kaunter pengambilan tiket ke santuari kelah....
...dan setiap orang akan diberi pelekat ni... menanda kan kita sah masuk dalam kawasan kelah tu.... ini kalis air... sama macam nak masuk pusat pusat libur lain juga....
sebelum masuk, kami diberi penerangan tatacara nak masuk sana.... antaranya

  • jarak perjalanan 1.7 km dengan perjalanan normal memakan masa dalam 40 minit
  • tidak boleh bawa sebarang makanan, tetapi minuman boleh
  • tidak boleh bawa makanan ikan sendiri tetapi kena beli, RM2.00 sepeket
  • tidak boleh lambung2 ikan kelah
  • tidak boleh cekik ikan
  • tidak boleh pegang lama-lama
  • setiap group biasa di hadkan dalam 30minit sahaja...so siapa pergi dulu...untung lah..
  • jalan menuju ke sana cantik.... semua "berturap"....
tak rugi ambik banyak gambar, bukan pakai kodak pun...hehehe... mohsem kata..." Mung mat lim... besor2 jalo pun pakai life jaket gok...bukan dalam pun kat santuari Kelah tu... hahaha"
ni...dah nak pi ke santuari kelah... kena naik boat dulu sebelum jalan kaki...

daripada kaunter tiket, kena nak boat kecil ke check point kedua... sebelum kena jalan kaki....
sampai dah ke check point ke dua ni.....
sebelum teruskan perjalanan... jom bergambar dulu... six pack coming soon... fariz, MCo dan Tuah.....
oooo...semua santuari kelah ni di kelolakan oleh pihak KETENGAH. (Kemajuan Terengganu Tengah)
Anirul, Fariz dan btsix.... group pertama lah katakan...hehee
ini lah bentuk laluan ke santuari kelah tu... jalan ok.... cuma jauh lah sikit... tapi kira oklah, kalau tak buat macam ini, dan berbatu-batu lagi lah penat... bergambar dulu ni...
selfie lah mudah..... kebetulan yang lain-lain tak bawa handphone untuk camera...
ni atas jambatan gantung menuju ke santuari kelah tu....

haix sempat juga... nanti ada lah yang kata poyo tu... ishk ishk..

Mohsem dan abg long... untuk group entah ke berapa..hehehe... special posses dalam blog MCo...
ala..jambatan gini femes dah sekarang, di mana-mana pun ada...yang paling femes dalam cerita Indiana Jones tu...hehehe
baca lah sendiri.... dah nak sampai dah ni.....
setelah berjalan lebih dari 30 minit... akhirnya kami sampai... kami ni lelaki gagah, jalan cepat, nak cepat sampai...sebab tu boleh buat dalam 30minit ja... kalau orang2 tua, mungkin 1 jam baru sampai... apatah lagi kalau berdukung anak2..... lelah beb...
motif MCo snap picture ni? nampak tak pokok yang atas sekali tu? kalau ada kepala air, itu lah cecahnya....
ini lah ikan Kelah.. jinak-jinak, ramai... nasib baik ikan ni tak ada gigi... siap dia isap jari lagi... tu Limie siap buka baju lagi... mula-mula memang geli, tapi lama-lama akan jadi seronok sampai tak mahu naik dah...  kita buat pusaran gini supaya ikan berkumpul ramai kat dalam tu....
lagi... gambar, lepas ni banyak lagi gambar... bukan senang nak datang sini, so apa salah sebagai album di blog ini....
1st time dapat merasa kelah gini... tu yang jadi teruja... tak sangka jinak-jinak macam ini, walaupun tiada makanan, ia tetap datang menghampiri kita...
MCo dan Fariz, ni masa mula-mula sampai... dah teruja bukan main...
amboi geng KL dah leka main ikan tu.... baru jumpa ke macamana? hehehe...
Pandangan atas di Santuari Kelah
boleh juga buat macam ini... boleh lah ikan isap-isap ibu jari kaki...hahaha...
Bukhori bergelepor suka main ikan...hahaha...baru jumpe pesengan... Nasib baik tak boleh wak balik, kalau tidak, boleh dah sebakul sorang masak atas boat....
Fariz, Anirul dan Tuah, sorry lah...orang lain tak banyak gambar, kebetulan gambar dia plak banyak...hehe
Abang yang jaga santuari kelah ni... apa yang yus bercakap dengan guard tu...hehehe... sebenarnya guard tu cerita pengalaman dia masa masa mendaki Gunung Kinabalu.... MCo tak ambik port lah..biarlah mereka sembang....
berendam.....
amboi galok teeeehh... ho ho ho aku dapat banyak weehh...mai lah ambik gambor ni.... kalau boleh masok ni sedap doh wase...hehhee
MCo pun tak mahu lepaskan peluang... boleh buat macam ni...tapi tak boleh lama-lama... kalau lama, kena saman nanti.. entah lah berapa RM, kalau mati...lagi lah kena....
banyak-banyak gambar.. last sekali baru lah muncul gambar Casper... tak pe lah..special posses untuk Casper dalam blog ni....

Last not end.... akhirnya ini lah aktiviti kami yang berjaya di rakam untuk Nabira Club Terengganu tahun 2016, dan langkah pertama untuk aktiviti seterusnya.


ni..minum akhir sebelum membawa ke destinasi masing-masing selepas turun dari boat....

nak round table sekali... untuk kali terakhir....
dari kiri: yang snap picture, btsix a.k.a arzo
Tuah, Kadri, Nazri, Zepah, Mohsen, Anirul, Zirun, Limie, Bukhori, Fariz, Mat Lim, MCo, Yus, dan Kema. yang tak nampak... Casper..

Terima kasih kepada semua yang  terlibat dalam program gathering TRG Nabira Club ni... samada yang terlibat secara langsung atau tidak.... di harap ia akan menjadi aktiviti tahunan geng2 Nabira Terengganu.


Tips dan Info


  1. Datang sini lupakan sahaja line telefon apa2 jenis talian.
  2. Kadar bayaran houseboat 2 hari 1 malam ialah RM1800 dengan dapat muat maksima 25 orang.
  3. Tiket ke Sactuary Kelah dalam RM10 dewasa, RM5 untuk Kanak-kanak, perjalanan kaki sejauh 1.7km lebih kurang 30 - 1 jam perjalanan.
  4. pakai selipar jepun ja..tak perlu pakai kasut smart2 sangat.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...