Tuesday, March 22, 2016

TOUR TO SABAH

Perjalanan Muhibbah.

Boleh Bah kalau kau... ini memang sinonim dengan Sabah, tidak perlu ke keluar negara, Sabah  dah cukup mempersonakan... ini pun MCo entah yang ke berapa kali ke Sabah. apa pun sebagai mukadimah biarlah MCo cerita serba sedikit berkenaan Sabah....(walaupun sepatutnya MCo tulis dalam english) tapi boleh je tengok kat wikipedia english vision... klik sini. --> wikipedia sabah manakala kalau nak berbahasa melayu klik di sini ---> wikipedia sabah dalam bahasa melayu

Secara Amnya Sabah ni merupakan negeri ke 2 terbesar di Malaysia dan terletak di Borneo, terkenal dengan keramahan penduduk sekitarnya yang mempunyai berbilang kaum. Malah mempunyai tempat-tempat yang menarik yang setanding dengan luar negara. Kira beruntung MCo juga mempunyai kenalan dan sahabat handai di Sabah ini...  kali terakhir MCo datang ke Sabah ialah tahun 2012, selepas itu tidak lagi menjejaki kaki ke Sabah lagi...sehingga lah hari ini..
 
 Peta sabah.... yang membahagikan daerah atau wilayah, jadi secara ringkasnya... MCo telah menjejakan kaki ke.
  1. Kota Kinabalu
  2. Tuaran
  3. Ranau
  4. Beluran
  5. Sandakan
  6. Kinabatangan
  7. Lahad Datu
  8. Tawau
  9. Semporna
  10. Nabawan
  11. Keningau
  12. Papar
  13. Putatan
  14. Kota Kinabalu
14 tempat yang merupakan susur perjalanan MCo juga.... ini kira pusing Borneo... semua ini adalah jasa kepada Suria Bandan....dan yang istimewanya... MCo tidak keseorangan berjalan...walaupun daripada Semenanjung berseorangan.... turut sama dengan MCo ialah... Suria dan 2 orang anak beliau dan anak saudara...iaitu.. Azri, Amany (acik) dan Sazali atau kami panggil dia Jali saja....

Jom kita berjalan..... 17 Mac 2016 hingga 20 Mac 2016

Hari Pertama ( 17 Mac 2016 - Khamis)
 Kota Kinabalu - Kundasang - Ranau - Telupid - Sandakan
Jam 2 Sampai di Lapangan Terbang KK dan telah di jemput oleh Suria, sebab awal-awal lagi dia lah yang plan semua perjalanan ini, MCo cuma jadi follower sahaja untuk perjalanan kali ini...
Pada hari pertama ini, perancangan adalah perjalanan daripada KK ke Sandakan melalui Tuaran. Perjalanan mungkin mengambil masa dalam 5 atau 6 jam lebih kurang untuk sejauh 300km (lebih kurang).. kenapa lama? sebab kami berhenti banyak tempat dan keadaan jalan.
3.30 pm kami sampai di Pekan Tuaran....singgah beli kuih Panjaram..... makanan orang tempatan.... daripada pekan Tuaran kami teruskan perjalanan melalui Tamparuli dan sampai di sana dalam 3.55 petang.. boleh lah melihat jambatan tinggalan sejarah, dan jambatan tergantung Tamparuli... 
Daripada  Tamparuli kami pergi ke Ranau dan Kundasang....berhenti makan juga sini...dalam jam 7 petang... dan daripada Ranau ini lah kami bertolak ke Sandakan...fuuhhh dalam 225km juga tu....
dan malam itu kami bermalam di Sandakan...badan pun penat, maklumlah sampai hotel hampir pukul 11 malam.

Day 2 (18 Mac 2016 - Jumaat)
Sandakan - Lahad Datu - Kunak - Tawau.
6.30 pagi check out dari hotel, sebab destinasi seterusnya ialah ke Tawau pula... daripada Sandakan ke Tawau dalam 321km.. ini kami tak lanjut terus tetapi berhenti banyak tempat juga...
11.30 pagi kami pergi ke Sipilok, iaitu tempat Orang Utan....dan tempat menjadi tumpuan pelancong luar... alang2 lalu kot sini, kami singgah juga.
1.52 tengahari kami sampai di Lahad Datu, makan tengahari sebelum bertolak ke Tawau.... selepas tu kami bertolak ke Tawau.... agak panas hari ini... dengan jalan berliku, nasib baik lah si Jali ini dah biasa tempat ini, dengan lagu Danza Kuduro membuatkan perjalanan rancak di selami dengan lain-lain lagu...hehehe
5.50 petang kami sampai dii Kg. Marbaluar iaitu rumah abang kepada Suria, kalau daripada kampung ini ada dalam 18km lagi ke Tawau... 
Malam...kami bermalam di Taman Semarak Megah....ohoo apa lagi di Tawau ni... ketemu sahabat handal lah... hampir 10 tak jumpa... eermm siapa yakk? Lazz, Rideh, Wahab, Suparman, Salahuddin di Lahad Datu.... Safrin di Semporna... manakala girl yang rapat dalam FB ialah Rebecca Jasmine, Maria Thong dan Meiling Thong.... tiga orang ni di Kunak, tak sempat jumpa juga diaorang...
Malam... Lazz datang ambik MCo di homestay di Taman Semarak Megah dan ajak makan di Sri Titingan.... hadir sama ialah Rideh...selepas makan Lazz ajak pi ke L.A hotel, bersantai situ...sehingga jam 12 malam....hampir jam 1 malam.

Day 3 (19 Mac 2016 - Sabtu)
Semporna - Pulau Bohey Dulang dan Pulau Sibuan.
7 pagi daripada Tawau kami ke Jeti Umum di Semporna sebab hari ini kami akan pergi ke dua pulau iaitu Boheydulang dan Pulau Sibuan.. semua pakai pakej untuk dua2 pulau tertentu, jadi kami ambik Pulau Boheydulang dan Sibuan, MCo di maklumkan oleh Suria, satu kepala di caj sebanyak RM50, itu pun semua dia bayar untuk MCo.
Pulau Boheydulang, tempat kami tracking ke puncak untuk melihat panorama indah laut dan terumbu karang... naik memang penat...dalam 600meter dari kaki bukit ke puncak... tapi bila sampai atas, memang sangat mengujakan...
Pulau Sibuan, jarak daripada pulau Boheyduland dalam 30 minit.... eeermm tempat orang ber snorkeling dan makan.... semua pulau-pulau ini adalah taman laut Malaysia, nak masuk kena daftar, dan ada sebilangan tentera berkawal di sini.... di pulau ini ada penduduk Bajau laut boleh dikatakan, dan dikatakan pendatang dari Philipine...ia seperti orang asli lah... entahlah.. MCo pun tak berapa arif sangat..
secara ringkasnya... daripada Jeti Umum ke Pulau Boheydulang 45-1jam perjalanan menaiki boat laju.
daripada Pulau Boheydulang ke Pulau Sibuan dalam 30 minit, dan daripada Pulau Sibuan ke Jeti Umum, Semporna (daratan) dalam 30 minit... Jeti Umum ini adalah bertempat di Floating, Semporna.... MCo pernah sampai di sini suatu waktu dulu dengan Ben Safrin.
3.00  petang kami bertolak daripada Pulau Sibuan ke Jeti.

Malam, kawan Suria menjemput kami makan malam di rumah mereka....
Kami bermalam di Semporna malam ni....


Day 4 (20 Mac 2016 - Ahad)
Semporna - Tawau - Kalabakan - Keningau - Putatan - Kota Kinabalu
Seawal jam 6.30 pagi kami bertolak daripada Semporna melalui Tawau, kalabakan, Nabawan, Keningau untuk sampai ke destinasi akhir iaitu Kota Kinabalu. Boleh dikatakan jarak 536km daripada Semporna ke Kota Kinabalu melalui Kalabakan. Melalui Kalabakan boleh dikatakan memenatkan juga memandangkan tiada sebarang line telefon, di anggarkan selama 2 jam, jalan persekutuan yang hanya 2 lorong dan kadang2 tidak rata dan ada baikpulih menyebabkan perjalanan menjadi perlahan... tapi seronok jika seseorang yang suka pengembaraan, kiri kanan sepanjang perjalanan dipenuhi hutan, sekali sekala baru jumpa sebuah atau dua kenderaan.... seolah-olah jalan raya tahun 1960-an dahulu... 
Tapi MCo, masa dipenuhi dengan tidur, walaupun gerak hati nak tengok keadaan perjalanan di Kalabakan ini.... tapi apakan daya, mata ini tidak dapat bertahan-tahan saja....

Catatan ringkas perjalanan MCo, sangat mendukacita bagi MCo kali ini, sudah jatuh di timpa tangga, sebenarnya MCo ada mengambil puluhan gambar, tetapi memory card camera rosak, anggaran boleh di perbaiki, tapi malang sekali lagi, memory card tersebut hilang entah ke mana... namun bergitu semua gambar dalam penceritaan MCo kali ini adalah gambar sumbangan daripada Suria Bandan, kenalan MCo di Sabah ini.... nanti MCo cerita secara lanjut... Oleh kerana gambar dah banyak hilang, maka penceritaan MCo kali ini memang akan banyak secara rawak, dan gambar-gambar pun tidak lengkap... tapi syukur masih ada gambar yang boleh difokuskan.
Peta yang menunjukkan perjalanan kami walaupun laluan itu tidaklah setepat yang digalurkan... tapi itu lah hakikatnya.... daripada KK masuk Tuaran ke Ranau, limpas ke Beluran dan Sandakan, lepas tu ke Lahad Datu, Kunak, Tawau, Semporna dan ke Keningau melalui Kalabakan, Nabawan, Putatan dan KK....
Manakala peta ke 2 ni menunjukan Semporna dan 2 pulau yang kami pergi..iaitu pulau Boheydulang dan Pulau Sibuan... kalau lihat disitu terdapat puluhan pulau di Sabah ni... boleh di katakan semua cantik2..

Hari Pertama

Pembuka cerita dan pembuka selera (gambar di ambik dari internet)... di pekan Tuaran, kami sempat beli kuih ini... kuih Panjaram... yang hijau tu perasa pandan... makanan orang tempatan....

Tempat pertama singgah dan lalu.... memang tidak mengecewakan perjalanan, Jambatan Tamparuli, ini kali ke 2 MCo sampai di sini.... jambatan ini khas dibuat untuk pejalan kaki.. kalau perasan, sebelah kiri tu..ada jambatan untuk laluan kereta, MCo difahamkan bahawa jambatan itu adalah tinggalan sejarah sejak pendudukan Jepun tahun 1941-1945, dan jambatan ini akan ditutup jika banjir dan air naik.

"Jali dulu aku bergambar kat sini lah... masa tu lantai dia lain, ni dah buat baru"..... hehe itu lah apa yang MCo perkatakan pada Jali...hehehe...  iya..memang banyak berubah.. dulu jambatan ni nampak macam ringkas ja...

Foto sumbangan daripada Azri... daripada cameranya... maklumla, camera MCo dah hilang, so ini saja yang ada..... nampak la latar belakang penuh Jambatan tergantung Tamparuli ni.... ada juga bah lagu sempena jambatan ni.... ni boleh tengok youtube --->lagu jambatan tamparuli
 Selepas Jambatan Tamparuli, kami pergi ke kaki gunung, National Park, (kena bayaran masuk ni kalau tak silap kami kena 5 orang tu dalam RM15 kalau tak silap) Ranau, tempat yang pernah MCo pergi bersama Farid dan with her wife's family.... sempat bergambar, tapi kami tak sempat pergi kat check point pertama Tipohon untuk para pendaki gunun. Cukup sekadar bergambar di sini... nampak Mount Kinabalu di belakang dengan kesan gempar pada hari tu.....(pic via iphone 6)
 Posisi sama still bergambar solo..... nasib baik MCo sempat snap pic ni daripada iphone, kalau tidak hilang semuanya kenangan di sini.

Bergambar bersama Suria...orang penting dalam Sabah Road Tour kali ni..... dan ini pun nasib baik sempat ambik di iphone MCo.. kalau tidak memang tak dapat buat apa2... untuk pengetahuan..memang tempat ni disediakan untuk bergambar pun...
 Selepas Ranau, kami singgah di Kundasang, alaaaa.... tempat farmous juga ni... dengan panorama indah... memang menangis kalau tak bergambar di sini... tak perlu pergi Norway, tak perlu pergi New Zealand.... cuma kami tak sempat ja pergi ke Ladang Lembu tu..
 Ini la saja yang MCo ada... hanya 2 keping gambar, yang lain-lain telah terbang entah ke mana.... tapi tak apa... InShaAllah akan datang masih ada...boleh lah berhati-hati... ini lah yang membuatkan MCo nak bawa camera seperti dulu.... 

Hari kedua
Daripada Sandakan kami akan ke Tawau pada hari ini.... dan adalah tempat-tempak kami singgah iaitu

Agnes Keith House..... kira tempat tinggalan sejarah juga ni... di laman ni tempat orang bersantai, tempat orang kopi-kopi dan juga tempat khas perkahwinan bagi penganut Kristian.. tapi siapakah Agnes Keith ni? biarlah MCo cerita secara ringkas.... nama sebenar beliau adalah Agnes Newton Keith (July 4, 1901 – March 30, 1982) merupakan seorang penulis daripada Amerika... apa yang menarik? beliau telah menulis 3 buah buku yang menceritakan sejarah, keadaan sosial di Sabah, khas nya di Sandakan ini. Penulisan beliau lebih berkisar sebelum, semasa dan selepas Perang Dunia Ke 2,
 Inilah rumah yang dibina semula oleh pihak pemerintah bagi memperingati Agnes Keith.... secara ringkas lokasinya ialah... terletak di Jalan Istana lebih kurang 10 km daripada Lapangan Terbang Sandakan dan 1 km daripada pekan Sandakan. Rumah ini di bina pada tahun 1946 pada asalnya.
 Pada tahun 2001 Kerajaan Sabah telah membaikpulih rumah tersebut dan dibuka secara umum pada April 2004.







Keadaan dalam rumah Agnes Keith......

Selepas Agnes Keith House, kami singgah pula di Taman Peringatan Sandakan.... atau lebih di kenali kem tahanan perang Jepun. (P.O.W) atau Kem Kawat Maut.... kenapa? sebab apa yang MCo baca di sini, hampir kesemua P.O.W ini terpaksa jalan kaki dari sandakan ke Tawau, sejauh hampir 300km... dalam perjalanan tersebut, ada yang mati, dan di khabarkan hanya 6 orang terselamat, itu pun kerana berjaya melarikan diri atas bantuan orang tempatan.

Tunggu utama di memorial park ini, dan di sini lah terdapat pokok besar di mana ia merupakan point utama atau Main park bagi P.O.W.

tak banyak gambar yang MCo ada...hanya ini sahaja ada atas sumbangan Azri...

bulldozer zaman dulu.... di gunakan oleh pihak Jepun untuk bina airport tapi telah di sabotaj oleh salah seorang tahanan... sejak hari itu ia tak boleh digunakan lagi.

Generator.... untuk membekalkan tenaga di seluruh kawasan kem ini....

Selepas Memorial Park, kami singgah plak di Sepilok....hehehe tempat tengok orang utan... ramai betul pelancong luar negara datang... ini pintu gerbang yang ke sactuary orang utan ni...
di pintu masuk... Welcome kepada kami.... first time kan datang sini....
Ini lah rupa Orang Utan yang di ambik secara live...hahaa.. .siap boleh kencing semasa sidang bergambar..... kurang asam betul lah... pandai plak dia bergaya tu.... hehehe
Beginilah keadaan dalam tu... penuh dengan pelancong mat salleh.... memang negara mereka tak ada "menatang" ni... so terpaksa berpusu-pusu datang sini... 
....dan mungkin negara kita pun seperti ini... generasi akan datang mungkin akan lihat melalui gambar-gambar sahaja.... dan tak ada peluang nak tengok secara live.... entah berapa lama lagi kita dapat tengok secara live... mungkin bagi mat salleh tu....kira beruntung, mungkin mereka generasi akhir yang tengok secara live Orang Utan ni.
 
 haaahhh... sempat lah MCo berselfie dengan Orang Utan... atleast ada lah gambar MCo dengan orang utan walaupun orang utan duk jauh...hehehe
Bangunan Asuhan bagi orang utan, kami singgah di sini sekejap...aiii nampak juga belakang MCo tu...hehehe.... tapi tak boleh tengok secara dekat juga.....

dalam bangunan asuhan orang utan, ini sempat bergambar selfie kami berlima... sambil tunggu orang utan mai makan... dari kiri..Azri, Jali, MCo, Amany, dan Suria......

Semua selesai... ok jom balik... tapi sebelum balik...kita berselfie dulu...hehehe, bukan apa, MCo nak tunjuk jalan nak menuju ke tempat orang utan tu..bergini lah... suasananya... ada jambatan kayu dan dikelilingi rimbunan pokok, ada yang tinggi-tinggi dan besar yang MCo jangkakan ratusan tahun umur pokok tu.
 Sepanjang perjalanan bergini lah panorama, memang di sini terkenal dengan tanaman kelapa sawit.... sekali sekala nak tengok kereta lalu pun susah juga.... hehe
Gambar ini sahaja gambar di Lahad Datu.... gambar makan tengahari di Lahad Datu...gambar yang lain-lain semua hilang...hehehe

 Pekan Kunak, akhirnya dah sampai sini.... MCo ada 3 orang kawan rapat sini tapi tak ada peluang nak jumpa... i'm sorry Rebecca Jasmine, Maria Thong dan Meiling Thong.... pernah lah sewaktu dulu MCo minat pada seorang yang mengajar di Kunak ni..... hehehe.. tak apa lah...kisah lama tu... kisah tahun 2007
Restoran Sri Titingan, di Tawau, restoran makanan laut, di sini lah Lazz bawa aku malam tu...ramai betul orang, dan MCo difahamkan, di sini murah.

Hari ketiga
Bermalam di Tawau pada hari ke 2 dan hari ke 3 pergi ke Semporna....
Pekan Semporna..... penuh dengan kedai2 untuk menyediakan pakej ke pulau-pulau di Sabah.
Jeti Umum... jeti untuk ke Pulau-pulau....di pekan Semporna.
Floating.... rumah atas air tu.... 
Welcome to Semporna..... ni dekat dengan Jeti Umum....floating..
 
 Perjalanan ke Pulau Boheydulang.... Azri yang yang jadi camera man... ini lah saja yang ada.... yang lain-lain semua lost.... peace... hehe
Jeti di Pulau Boheydulang....

Panorama indah....yang jarang kita lihat jarang ada tempat lain.... hehehe...

get ready for tracking..... biasanya kalau datang ke Boheydulang untuk tracking ke puncak, biasa mendaki 600meter.... semua yang nak tracking tu...kena pakai kasut, kalau tiada, boleh sewa dengan kadar RM5.00
begini lah keadaan jalan.... ada tangga ada kena hardcore sikit.... setiap group ada guide sorang daripada boat yang kita naik tu..... ni baru nak mula..dalam 100meter pertama...
...dan berginilah keadaan akhir... 600meter terakhir.... gambar yang di tengah-tengah tiada... .sebab SD card dah hilang....
Akhirnya sampai juga di puncak ini.... Jali sedang snap gambar MCo, dengan hp MCo, tapi malangnya gambar yang dia snap tu.... memang dah hilang...ini pun gambar daripada camera Azri.
MCo besarkan gambar ni... nah, tengok lah jeti kat bawah tu... itu lah jeti lah gambar yang atas tu... atas puncak tu.... menarik dan cantik...
lain-lain panorama di atas puncak... gambar di ambik dari iphone MCo.
Suria, Jali dan MCo, sempat snap dengan camera hp Suria...kan dah ada bukti yang MCo dah sampai sini... tak ambik daripada internet.
lagi panorama.....
Masa 1st sampai puncak ini gambar pertama yang MCo snap, ini pun nasib baik dengan iphone.... ehehe.
selepas tu, kami pergi pula ke Pulau Sibuan.... jom kita lihat plak gambar di Pulau Sibuan.
 
 Pantai Pulau Sibuan.... setaraf juga dengan Krabi ni.... hehehe, cuma beza krabi ramai mek salleh berbikini.... sini ramai pelancong cina...

di Pulau Sibuan, tempat nak snorkeling, tapi sebelum berenang... kita makan dulu.....
begini saja lah snorkeling...tapi ni tempat cetek... yang nak snorkeling... kat boat sana tu yang nampak....
ok...get ready... MCo dah bersiap nak pi berenang..hehehe

Disamping berenang..apa yang istimewa di pulau ini ialah.... terdapat perkampungan minor bagi penduduk pulau, atau mungkin Bajau Laut, dan MCo difahamkan mereka tu sebenarnya pendatang atau rakyat Philipine.

Mereka ni hanya duduk saja melepak di tempat-tempat reduh di bawah2 pohon, ada pelancong yang bagi makanan... sebenarnya MCo ada mengambil banyak gambar rumah-rumah mereka, tu lah, sebagaimana MCo katakan...semuanya hilang... sedeeeyy....
 Inilah sebahagian gambar rumah-rumah mereka.... tak ramai sangat penduduk di sini....

Berbekal dengan sikit makanan, MCo bagi pada mereka... jadi boleh ambil peluang untuk bergambar....

Alang-alang bergambar biarlah ambik banyak sikit.... terhibur dengan telatah mereka..terutama yang pakai budak yang pakai baju putih... selambe je bersandar di bahu MCo, mereka sedang bahagi-bahagi makanan...

... actually mereka dah biasa keadaan ni,,, kerana ramai pelancong seperti MCo ni....bergambar, jika orang yang hardcore photographer.... sure mereka akan angle untuk meng-fokus.

Post kawalan tentera..... memang pulau2 di Sabah kena ada macam ni...

Hari Keempat
Daripada Semporna pagi selepas Check out, kami akan berangkat ke Kota Kinabalu melalui Kalabakan, dan terlebih dahulu ke Tawau.

Sebelum meneruskan perjalan, kami singgah dahulu di Pasar Tanjung Tawau.... beli makanan,, hajat MCo nak cari juga souvenir tetapi kat sini banyak jual makanan sahaja... gambaran luar Pasar Tanjung Tawau, MCo pernah sampai di sini dulu bila orang yang MCo minat (di Kunak) bawa MCo beli keropok amplang....
Keadaan dalaman pasar.

Selfie dulu sekali belum apa2..hehehe, Suria sibuk membeli belah tu... makanan....

deretan makanan.... kalau orang tempatan beli boleh lah tawar menawar....

close up.... ini lah pelbagai makanan yang di jual....

JOm....kita golek tayar ke KK..melalui Kalabakan....

begini lah keadaan...nak jumpa sebiji kenderaan pun susah kalau melalui jalan ni...apatah lagi line telefon...rumah orang lagi lah tiada.....

kadang-kadang.... banyak jalan yang macam ni kalau melalui Kalabakan-Nabawan ni.... ini yang membuatkan perjalanan jadi perlahan...

apa yang sempat MCo snap..... ini dah separuh perjalanan....  lagi 200 lebih km perjalanan dengan jalan sebagaimana gambar di atas nung.....
Akhirnya jam 3.23pm sampai di Pekan Keningau.... kami nak lunch sini dulu sebelum meneruskan perjalanan ke KK... jalan ke depan nu.... nak pergi ke Bingkor Lama.
Stesen bas nak ke Bingkor Lama dan ke KK..... ringkas..seberang jalan nung....
Jalan berkabus masa dalam perjalanan ke KK daripada Keningau, atau gunung ni... menurut Jali, kalau daripada Keningau ke KK, jalan banyak menurun.... kalau dari KK ke Keningau, jalan banyak menaik....
  Dataran Crocky.
Jalan Keningau ke KK
Hari terakhir, penutup perjalanan...sempat lah selfie dalam kereta.

Lain-Lain Gambar

Lazz, MCo, dan Rideh... kami di Tawau, pada 18hb tu... kebetulan ada sini ajak mereka jumpa.....

selfie sekali lagi sebelum kedatangan Rideh... Lazz ajak makan di Sri Titingan... seafood restoran... lama tak jumpa roomate...haha.. tapi sayang orang lain tak dapat datang...

apa yang special? cuma MCo nak terangkan.. walaupun makan mee, sup tetap disediakan oleh restoran, sebab Sabah makanan mereka memang femes dengan sup kosong macam ini.

Signboard begini normal di Sabah, di setiap jalan.... ada jarak antara 50 meter sahaja setiap satu.. terlampau banyak church di sini....

Putu Ubi, makan masa kawan Suria ajak makan malam di rumahnya, boleh makan kosong dan juga makan dengan lauk... menurut mereka, makanan ni boleh bertahan sehingga seminggu, pada zaman dulu ada pengembara bawa ini sebagai bekal, sama juga pelaut atau nelayan...

Landak Laut.... masa di pulau Boheydulang.... Suria kata dia boleh makan, dan dia pandai makan ni... ia macam ikan buntal juga, jika tersalah makan... satu pun tak guna.... tapi yang fokus di sini ialah... kat jeti tu...air nya sangat jernih.. sampai boleh nampak ke bawah dasar tu...

Keluarga Kawan kepada Suria, di Semporna, cukup grand dan friendly..kami makan pun sampai puas hati... In Sha Allah kalau ada umur yang panjang dan rezeki dapat berjumpa lagi... apa-apa Terima Kasih.

Info Sabah dan Tips
  1. Terdapat banyak tempat-tempat di Sabah bertaraf "National Park" dan masuk perlu tiket dan kawasan sangat terperlihara... ini lah istimewanya sabah yang memang kaya dengan sumber alam dan eksotika.
  2. Kebanyakan penduduk sini memang peramah, jika di tanya bangsa apa? mereka lebih senang menjawab... i'm Sabahan..... bukan, saya dusun, saya melayu, saya cina... unik kan?
  3. Sabah antara negeri yang banyak kaum, jadi tidak hairan terdapat banyak dialek, banyak makanan tradisi, dan banyak hasil kraftangan tempatan.
  4. Sabah juga tidak terkecuali dengan orang luar yang bermastautin terutama daripada Filipina.
  5. Seriously, 1 minggu tidak cukup untuk meneroka sabah secara singkat dan rambang/rawak.
  6. Penduduk Islam dan Kristian boleh dikatakan sama banyak, tidak sama dengan semenanjung, maka tidak hairan lah terdapat banyak gereja, berbanding di Semenanjung terdapat banyak Masjid..... kalau orang semenanjung yang tidak biasa dengan semua ini, semestinya janggal... tetapi yang istimewa di Sabah, walaupun berbeza fahaman dan agama.... tiada sengketa, hidup mereka penuh harmoni... unik memang unik....
  7. Makanan..biasa akan disediakan dengan sup kosong tak kira apa yang di makan...tak perlu minta, restoran akan menyediakan sup tersebut.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...