Tuesday, October 22, 2019

Bangkok Bas Pakej

Trip Syarikat Ke Bangkok

SEKADAR HIMPUNAN GAMBAR-GAMBAR TRIP

Ini bukan kali pertama, syarikat memberi penghargaan seumpama ini, tapi rasa bertuah bila dihargai. jadi kali ini MCo tidak mahu sangat berbicara pasal itu, straight to the point, MCo ingin cerita berkenaan perjalanan kali ini dengan pakej ke Bangkok dengan Bas.

Secara ringkas ini lah itinerary perjalanan ke Bangkok, dan yang pasti masa perlu ambil kira masa di dalam bas.

🇹🇭🇲🇾Pakej bangkok 5hari4malam
     (bermula di  sempadan thailand)

🇹🇭HARI PERTAMA-🇲🇾
🎈 keluar dari sempadan
🎈makan pagi di Pekan Golok di kedai Ayub.
🎈 singgah makan tengahari di kedai pattani
dan solat
🎈 makan petang di Trang
🎈perjalanan ke phuket
Jangkaan sampai petang dan berhenti di
(Prom thep cape)
🎈malam pegi ke night market.
Check in hotel.

🇹🇭HARI KEDUA🇲🇾

🎈makan pagi
🎈perjalanan ke simon cabaret
🎈singgah phuket weekend market
🎈singgah rawai beach
Phuket
🎈singgah patong beach
🎈perjalanan ke bangkok dan jangkaan sampai malam
🎈singgah di thung song
🎈singgah di chuphom
🎈singgah solat subuh
di pebburi

🇹🇭HARI KETIGA🇲🇾
🎈makan pagi
🎈singgah di floating market
🎈perjalanan ke
 kanchanburi shopping
(Tempat  jualan batu permata)
🎈perjalanan ke bangkok check in hotel
🎈malam keluar ke night market ramkamheang 61
🎈dan bersurai di hotel

🇹🇭HARI KEEMPAT🇲🇾
🎈makan pagi di hotel
🎈perjalanan ke bandar lama bankak (ayutthaya)
🎈 dan pergi ke pratunam (platinum)
🎈singgah lcon siam
🎈singgah asiatique river front
🎈 balik ke hotel bersurai

🇹🇭HARI KELEMA-🇲🇾

🎈7.00: makan pagi

🎈8.00: bertolak ke chatuchak wcekend market dan

🎈1.00: bertolak balik

Hari seterusnya sampai di Malaysia.

Perjalanan yang mudah jika pakai pakej dan travel agent, cuma aturan agak panjang dengan kuantiti ramai yang menyertai.
Jadi MCo tak mahu cerita panjang... dan rasa-rasa molek cerita tu berdasarkan gambar ja...  senang olah.

Perjalanan kalau ikut perkiraan yang sebenar jika tanpa henti, paling kurang sehari semalam. Tapi kami bertolak daripada Terengganu jam 12 malam, sebab kami mahu jangkakan di sempadan awal pagi. Gate imigresen kedua belah negara mula di buka jam 6 pagi wakut malaysia (pukul 5 waktu Thailand), bagi menjimatkan masa, kami  terus masuk pada pukul 6 dan solat di surau berdekatan imigresen Thailand, anehnya ramai rakyat malaysia suka solat subuh di Masjid Beijing, akibatnya hampir pukul 7 pagi masih belum memasuki sempadan, di campur orang ramai yang baru nak masuk antara jam 7 pagi hingga 10 pagi, (itu  tidak termasuk lagi kalau ada bas bas lain)
Cara MCo ialah, masuk pukul 6, samada imigresen Malaysia mahupun Thailand, orang kurang atau tiada orang langsung, maka boleh cop passport dahulu, dan solat, atau solat separuh, cop passport separuh.... kesanya ialah, pukul 8 dah selesai semua dan bergerak ke kedai makan.... jika kami solat di Masjid Beijing, pukul 9 pagi belum tentu siap, kebiasaan pukul 10...

Perjalan normal daripada pekan Golok ke Bangkok biasanya sehari semalam... kalau bertolak pukul 10 pagi, maka jangkaan sampai Bangkok ialah 10 pagi esoknya. (24 jam) dengan jarak perjalanan 1000km lebih.
masa mula-mula sampai di sempadan Thailand, bas yang ada adalah bas daripada Malaysia, sekarang ini adalah untuk transfer ke bas Thailand pula.
Bas Thailand... 2 tingkat, agak mewah... dan dalam perjalanan, setiap 2 jam akan berhenti di tempat sepatutnya berhenti seperti di RnR (stesen minyak, biasanya PTT) bas ini memang dilengkapi tv, karaoker, minuman panas, pengecas (tapi kebetulan rosak masa trip kami ini).
hari pertama kami ialah daripada sempadan ke Phuket, walaupun pagi kami bertolak, tetap sampai malam juga di Phuket, kerana banyak berhenti dan juga kawalan masa yang tidak terbatas kerana ramai, bercampur lelaki dan perempuan dan campur juga dengan seorang baby... 

Hari Pertama
ini semua selepas cop passport, belum bertukar bas, kita bergambar dahulu... walaupun tidak ada semua, tapi ok lah setakat ada yang bergambar.
Sampai Phuket, sebelum check in hotel, makan dulu... antara kedai muslim dan halal di Phuket di Amphoe thalang - Mai Khao iaitu nama restoran Markprok Seafood dan jam pun dah menunjukan jam 8.37pm waktu tempatan... Sebelah kanan depan sekali tu ialah Abg Yie, dan pakej tu kami ambik dia dengan dia lah...
Sebelum singgah hotel, kita pergi dulu pasar malam Phuket ini.. Chillva.... ni pintu masuk ke pasar malam tersebut.
ni gambaran dalam pasar malam tu... tak ada banyak beza sangat di Malaysia, tetapi Thailand ini memang terkenal dengan pasar malam...
Pasar malam Chillva ni banyak juga barang  yang dijual dan banyak konsep, ada gerai kecil, ada jual kraftangan, ada jual makanan, ada live band...
Chillva terletak di kawasan Sam Kong di Bandar Phuket, yang terletak di utara bandar. Ia terletak di antara kedai Tesco Lotus dan hospital Phuket Phuket, berhampiran dengan kuil Chinese Sam Kong.
abadikan sekeping gambar di sini.... MCo bukan lah suka sangat shopping, tapi pasar malam ni dah jadi budaya di Thailand... tapi oleh kerana tak ada yang minat sangat barang untuk di beli... maka jalan2 saja lah... lagi pun ini hari pertama, dan destinasi utama ialah Bangkok.
Masih di Chillva night market.... night market ini sebahagiannya dibangunkan dengan kontena, dan pengunjung boleh menaiki atas kontena tersebut dan bergambar sambil merakam gambar keseluruhan pasar malam Chillva ini.
Di Phuket kami menginap di sini... S.B. Paradise, agak jauh dengan hujung Phuket tu... (Promphet Cape) tapi agak dekat dengan teluk, di Saphan Hin.

Hari Kedua

Hari kedua, pagi nak pergi makan then akan singgah di Promphet Cape, (Tanjung) dan seterusnya ke Bangkok.



Promphet Cape... pagi sebelum berangkat ke Bangkok. Bila sampai di sini boleh lah bergambar, tetapi di sini orang datang petang untuk tengok sunset, hajat memang nak tengok sunset di sini semalam, tetapi tak sempat.
Oleh kerana datang ramai-ramai, maka bergambar pun kena ramai-ramai juga lah.
yang ni tersusun sikit, dan nampak latar belakang... minta maaf yang tak ada dalam gambar.
di Phuket, sempat singgah di Masjid Nuruddee Neeyah,... bukan untuk solat pun sebab pagi,.
 Masjid Nuruddee Neeyah....

Phuket Gateway... laluan masuk ke Phuket, sepatutnya ambil masa datang semalam, tapi bila dah malam... tak nampak apa, jadi pagi ini terpaksa pusing balik semata-mata untuk ambil gambar ini....

Gambar mula-mula tu lelaki sehaja, (sebahagian), yang ni campur tapi sebahagian pula....

Mana-mana angle yang nampak menarik, bergambar je.. ini pun gambar dekat dengan yang ada sign Phuket Gateway tu.
Phuket Gateway ini adalah last destinasi di Phuket, maka kami pun terus bertolak ke Bangkok.

River Kwai Bridge Kanchanaburi


Sebelum terus masuk bandar Bangkok kami singgah di River Kwai Bridge Pier Kanchanaburi, iaitu jambatan maut yang dibina era perang dunia kedua, dan jambatan ini dibina oleh Jepun, dan beribu orang telah mati semasa pembinaan jambatan keretapi ini.
Kalau kita bertolak daripada selatan, hendak ke Bangkok, Pakej akan datang sini dahulu sebelum masuk bangkok, itu pilihan pertama, pilihan kedua ialah datang sini semasa hari terakhir mahu pulang kerana jaraknya hampir 150km (tengok jalan mana lalu) dengan kedudukan barat Bangkok dan perjalanan ambil masa semestinya 3 jam lebih kalau dengan bas... jadi jika di bangkok tidak sesuai datang ke sini dengan pakej "day trip". sebab masa akan habis dalam bas sahaja.
Gambaran atas jambatan Kwai ini... dah jadi satu penarik pelancong... sebab ada sejarah tersendiri, dan yang mengorbankan banyak nyawa, samada daripada POW atau orang awam yang tidak bersalah. ini lah dipanggil rel keretapi maut.... direct ke Burma (sekaran Mynmar)
Pandangan bawah... tengok lah tahap pembinaanya... yang dibina hampir 80  tahun dulu....  sekarang dan jadi memorial untuk peringatan orang-orang yang terkorban angkara jambatan ini.
asyik ambil gambar solo sahaja... jom kena welfie pula... ini adalah sebahagian rombongan trip kami... yang lain-lain maybe cari souvenir... berdekatan dengan jambatan ini ada pusat jualan.
sepatutnya gambar ini mula2.... semasa masuk ke sini...kena dengar dulu apa Tour Leader nak bagitahu... yang pakai baju biru tu kira tour leader guild kitaorang... nama Sarra, memang asal Thailand dan mempunyai lesen untuk bawa pelancong... pandai cakap siam dan melayu.
Memang tapak dan jambatan ini memorial dan dengan tugu peringatan.. tak lain tak bukan untuk meringati apa yang telah berlaku, dan keadaan ini di ambik kesempatan oleh kerajaan Thailand untuk menjadikan tempat ini penarik kepada pelancong.
walaupun hari ini panas, masih ramai dan berpusu-pusu datang,.... tak kurang juga daripada western...yang mana ramai tentera diaorang jadi POW oleh Jepun... dan POW ini adalah tenaga kerja utama yang buat jambatan ini.
Gambaran dekat... rel keretapi dulu dan sekarang tak ada banyak beza.. masih utuh...
Pandangan sisi jambatan dan binaan ini... tak kurang tak lebih...
Sekadar kongsi gambar MCo sini...

Potrait mode....


Damoen Saduak, Floating Market

Sebelum masuk Bangkok ini... dirancang ada tiga tempat boleh singgah, pertama di Jambatan Kwai ini, kedua di Floating market, Damoen Saduak dan ketiga ialah Maeklong railway station (yang ada pasar atas rel keretapi itu)
Damoen saduak salah satu floating market yang ada di Thailand, dan di sini juga salah satu tempat tarikan pelancong....dan MCo pun dah berapa kali datang sini, dan banyak thread ni dalam blog MCo apatah lagi blog-blog lain, maka MCo pun tak mahu menulis panjang. kali ini semua peserta boleh join naik boat dengan bayaran 50 baht seorang.
begini lah sibutnya floating market ini... campur dengan orang jual atas perahu, dengan perahu yang bawa pelancong,.. ada perahu yang guna kuasa engine, ada  yang guna kuasa tenaga manusia....dengan kadar bayaran berbeza..
Ini lah contoh boat yang guna kuasa engine... macam engine lori tu... boat ini kalau nak naik dengan harga 100baht setiap orang.... 
kalau naik boat, boleh  pergi masuk ke dalam pasar lagi.... ada banyak lagi pusat jualan di dalam damoen saduak ni..
kami naik yang guna "reng" power je... murah... boleh lah nak santai2... setiap perahu boleh muat max 5 orang yang guna kuasa kayuhan ni.
sape yang duk depan sekali boleh lah selfie nampak keseluruhan penumpang di belakang tu... macam Afi buat with wife dia ni..

Maeklong Railway Station

Maeklong Railway Station ini juga merupakan salah satu tempat kena kunjung, daripada Bangkok dalam 2 jam juga, maka singgah sini sebelum masuk bangkok atau masa nak balik, tetapi keretapi lalu sini ada masa dia... kalau tak silap, waktu ini ialah jam 8.30am waktu tempatan... kami singgah sini dulu sebelum pergi ke Damoen Saduak tu... sebab lokasi dia bawah sikit daripada floating market tu
. Anuar dan MCo sedang selfie tu... masa ni ramai orang datang...sebab time keretapi nak lalu.
Bergambar di sini secara selfie... bukan nak tunjuk sangat kita selfie tapi nak suruh tengok suasana di stesen keretapi ini... orang ramai kat belakang tu... tengok jumlah pelancong yang datang ke sini... dan kawasan orang ramai kat belakang itu lah pasar dan jalan keretapi.


HARI KE EMPAT

Bandar Ayyuthiya 

Bandar lama kerajaan Siam terletak di sini...  dan kedudukan dia utara bandar Bangkok dengan jarak hampir 100km dan ambil masa 2 jam dengan bas. Ini kira kali pertama MCo sampai di sini.
Oleh kerana MCo pertama kali sampai sini.. meh lah MCo cerita serba ringkas dengan bandar ini... tapi sumber pun daripada wikipedia...
Taman Bersejarah Ayutthaya  merangkumi runtuhan kota lama Ayutthaya, Phra Nakhon Si Ayutthaya, Thailand. Kota Ayutthaya diasaskan oleh Raja Ramathibodi I pada tahun 1351. Kota ini telah diserang oleh orang Burma pada tahun 1569. Walaupun tidak dijarah, ia kehilangan "banyak benda berharga dan artistik. ibu negara siam ini mengalami kemusnahannya yang dilakukan oleh Tentera Burma pada tahun 1767. Banyak kepala patung di sini dipotong oleh pencuri mahupun tentera Burma sendiri.

Pada tahun 1969, Kerajaan Thailand telah melakukan renovasi terhadap runtuhan  yang semakin teruk dan serius dan akhirnya ia diisytiharkan sebagai taman bersejarah pada tahun 1976. Sebahagian taman itu telah diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1991.

Mengikut sejarah seramai 35 raja memerintah kerajaan Ayutthaya semasa kewujudannya.
Nak masuk sini bukan free... kena bayar 50baht per person dalam lebih kurang rm6.00
tiket yang setiap orang kena beli kalau nak masuk ke monument tu.. bayaran masuk ni bukan apa sangat, maybe untuk kos baikpulih atau kos menjaga tempat ini...
salah satu persekitaran di Ayyuthaya History Park (AHP).... yang memang di jaga dengan rapi...
Ambik gambar solo... walaupun belakang ramai pengujung... oleh kerana ini pertama kali datang sini, MCo galak nak letak banyak gambar dalah thread ini.
lepas tu selfie pula, sebab masing masing sibuk dengan selfie juga... ada yang buat video live, ada yang fb live, dan macam macam lah.
salah satu binaan yang masih utuh sehingga kini... tetapi dah ada usaha baikpulih...
MCo dan Naza salah satu angle dalam binaan dan bergambar.... sini bukan macam di Angkor Wat, Cambodia.... binaan sini banyak dah yang runtuh... jadi yang saki baki ini je ada... itu pun diaorang tak bagi kita masuk dalam bangunan. Hanya sekadar bergambar diluar bangunan.
bergambar free style... aikk macam gini pun ada free style...
ada dah yang nampak "senget"... atas struktur bangunan itu sendiri atau ada mendapan tanah.
Replika bandar atau kota Ayyuthaya sebenar... agak besar kalau tengok gambaran itu... tapi yang ada sekarang ini adalah yang tengah itu sahaja.
yang tinggal bangunan-bangunan ritual sahaja... manakala bangunan seperti rumah-rumah tu telah habis musnah.
Amboi bergambar santai... jangan sahaja fokus pada subjek utama, tetapi juga persekitaran itu....
hok ni paling bisa...di kelilingi oleh wanita-wanita..hahaha
bila dah sampai sini, banyak plak ragam dan angle ambil gambar...supaya nampak menarik...
bergambar ramai-ramai di Ayyuthaya ni... walaupun bukan semua yang ada... tapi gambar ini cukup mengambarkan ramai yang pergi...hehehe


Asiatique Water Front

Asiatique... kami terus datang sini selepas day trip ke Ayyuthaya dan lain-lain tempat pada hari ini... ini kira last  destinasi.... tempat ini tutup jam 12 malam...
tempat ini kira salah satu destinasi pelancong jika datang ke Bangkok, terutama waktu malam... ada pusat jualan dan juga macam tempat rekreasi.
 zoom out dan dekat sikit, ini boleh dikatakan semua ada dalam gambar ini... ada juga  tercicir seorang dua tu kira nasib lah..

Roda Ferris..di Asiatique... salah satu daya penarik tempat ini...
tapi...tak ramai yang nak naik.. maybe mahal kot.. 500baht per person...
Tak mampun naik.. mampu bergambar je... hahaha....
oleh kerana mampu bergambar je.. maka ramai lah nak join bergambar....
ini kat water front... ramai juga orang bergambar kat sini.... ini pun sedang tunggu giliran orang nak beratur ambil gambar kat sign ini.

Pratunam Market dan Baiyoke Sky Hotel
MCo tak pergi ke Pratunam Market tapi dalam itinerary trip tu memang ada tulis, tapi MCo pergi ke Baiyoke sky hotel... naik ke tingkat atas sekali sambil menikmati buffet buah-buahan. dengan pakej 500baht per person. boleh makan buah berapa banyak yang suka kecuali durian hanya dapat 1 pinggan sahaja. kalau yang harga pakej 1000 baht... boleh makan durian unlimited.
habis makan...kita naik ke tingkat 84 tengok panorama bandaraya Bangkok daripada puncak Baiyoke.
Salah satu panorama yang di lihat dari puncak Baiyoke Sky Hotel ini... sebelum ini MCo datang sini waktu siang, sekarang malam...
Ok...selepas naik semua dah... kita abadikan bangunan ini dalam gambar... MCo dengan Naza je yang naik baiyoke ini... sebab naik atas ini kena bayar...

HARI KELIMA

Sepanjang berada di Bangkok ini, hotel ini lah kami menginap... masih di sekitar Ramkamhaeng, iaitu kawasan orang Islam... masjid dekat, kedai makan pun dekat... apa2 pun bergambar sebelum pulang...hari ini hari akhir di Bangkok....


Chatujak Market
Sebelum balik, kami diberi masa selama 2 jam... untuk habiskan baht di Chatucak Market ini.. duit banyak... 2 jam confirm tak cukup masa...
Salah satu kedai-kedai jualan di Chathucak marketi ini, dan ada pelbagai barangan jualan di sini.
Salah satu panorama di Chatujak Market ini... belah luar... dan ber lot-lot bangunan kedai lagi.

Lain-lain Gambar secara Random

Masa di Ayyuthaya... sambil tunggu bas... ada pak cik jual aiskrim...dia kata muslim... maka masing-masing pakat beli semua... pelbagai rasa pula tu...
Ini lah bentuk ais-krim... siap ada bekas bawah tu... supaya tak menitik atas tangan... kreatif.
Lan, Aswan, Amin dan Mizi... sempat lah selfie, gambar masih di Ayyuthaya....
Bergambar dengan Hj Farid... tak boleh cakap melayu.. Sarra lah yang jadi jurubahasa... siapa kah dia ini? dia adalah owner kepada pusat penyembelihan halal di Thailand, dan area tu, dia menguasai pasaran halal di Thailand.. menubuhkan pusat penyembelihan dengan kelengkapan fasiliti dan juga restoran...
ini kira lawatan ilmiah... masing-masing khusyuk dengan penerangan Hj Farid yang di'translate' oleh sarra...
di bagitahu... daripada A hingga Z, bagaimana lembu di bawa, daripada hidup dan kaedah dan peralatan penyembelihan....
aeee sempat lah berselfie dalam bilik sejuk beku lembu...
ni makan di restoran kat tempat penyembelihan lembu itu lah.. makanan pun memang uummpp sedap dan yang pasti murah daripada yang lain...
Di Ayyuthaya...sambil tunggu bas..sambil sembang sambil makan ais-krim....
Selepas makan malam.. malam terakhir di Bangkok...
Suasana dalam bas.... boleh sembang-sembang... sambil bergalak...bergambar... dan macam-macam... tak sekadar tidur je.. walaupun dalam bas hampir 24 jam... 4 hari dalam bas beb....
kena berhenti isi minyak juga... sambil berhenti qadar hajat... 2 jam sekali berhenti... tak letih sangat duk dalam bas.

Ini lah yang sempat MCo snap... gambar di ambil semasa di Kwai Bridge...  maknanya ada banyak lagi tempat yang menarik di sekitar itu...

tiket masuk ke Ayyuthaya Historical Park.... 50baht
Semua gambar MCo lepas-lepas ini...







Sesi taklimat di pusat penyembelihan halal.... mai nak tunjuk bilik sejuk beku pula...
Anuar dengan Hj Farid

Masjid berdekatan dengan Asiatique...
Suasana dalam lot kedai di Chatujak Market...
MCo dengan Agent Thailand ini... Sarra...







Bahagiana Pengurusan Kanan...syiok bergambar di Phuket..



masa 1stday... selepas solat subuh semua... sembang-sembang sambil bergambar sebelum meneruskan perjalanan.





Sebelum ini MCo hanya beli susu soya ini di 7 Eleven, tak sangka ada mesin vending khas jual produk ini...


Tips dan Info

  1. Travel di Thailand kena ada 'Tour Leader" dari kalangan orang Thailand yang berlesen. kalau tidak kena saman, kena kompaun, kena balik ke Malaysia, kena jel.... pilih lah.
  2. Kadar tukaran pada masa ini ialah RM10 = 7.22baht.
  3. semua gambar-gambar di atas itu adalah hanya asas sahaja, kerana tempat-tempat yang pergi dalam trip ini ada thread lain.
  4. Bila rombongan seumpama ini, ramai, maka leader kena main peranan, ketetapan masa adalah amat penting.


Terima kasih yang menyertai trip kali ini iaitu, Team pengurusan kanan.. Naza, Anuar, Yuyie, team projek, tarazi, aswan, Mustaqim, team  ppr, afi, shark, lan, ika, amin, fazarul, team pentadbiran & Jualan MCo sorang je kot, team kewangan, ainul, team pekerja iktisah, mizi, bob, fadhli, rahmat, naim, team ladang, sayuti, amizah, hamizah, tarmizi, zul, team koperasi, rusdi dan Qistina...dan pasangan masing-masing yang ada.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...