Wednesday, November 13, 2019

Itinerary DIY Bangkok 2019

Terbang Ke Bangkok dan Keretapi ke Malaysia
(7 Nov - 11 Nov 2019)

Kalau dikira ini bukanlah kali pertama DIY Ke Bangkok, tapi ini kira special sikit kerana yang join lebih ramai daripada biasa, dan kali ini itinerary pun agak tersusun juga, kalau boleh travel kali ini nak bagi kepuasan maksima.

Mai nak kongsi Itinerary perjalanan MCo dan kawan-kawan kali ini... tapi sebelum tu nak bagitaulah siapa yang join group MCo kali ini, iaitu Suzie, Mie, Din, Nasir, Yie Sanah dan Emah.

Day 1 (7 Nov 2019 - Khamis)
Perjalanan daripada Kuala Terengganu ke KLIA2 - Flight
Petang daripada KLIA2 ke Don Mueng, International Airport, di Bangkok.
daripada Airport kami ambil Grab ke Hotel di Ramkamhaeng.
Malam tiada aktiviti sangat, masing-masing dah penat... cuma pergi makan di Street 61.
Ramkamhaeng ini adalah kawasan orang Islam, dan banyak kedai-kedai makan yang halal, tetapi tak lah meriah sangat pada waktu malam, kecuali bersebelahan Street 61 tu ada pasar malam.


Day 2 ( 8 Nov 2019 - Jumaat)
Sewa van dengan kadar bayaran 4000 baht sehari.
Pergi ke Hua Lamphong Railway Station untuk beli tiket ke Hatyai pada 10hb nanti. Kena beli awal sebab takut juga tiket habis walaupun was-was adakah boleh habis jika bukan musim perayaan.
hari ini pergi ke Floating Market, Damoen Saduak dan Maeklong railway station.
Perjalanan juga habis dalam 5 jam lebih pergi dan balik...
petang kami singgah di Asiatique Water Front.

Day 3 (9 Nov 2019 - Sabtu)
Sewa van untuk hari kedua dengan kadar bayaran 4500baht sehari sebab hari ini nak pergi jauh sikit, ke utara Bangkok iaitu tujuan utama ke Lopburi (sunflower Farm).
tapi malangnya Lobpuri agak jauh, dan driver van macam tak mahu pergi (di sini penting daripada awal deal dengan driver van, ramai yang kena, awal deal nak pergi, bila hari kejadian lain pula jadinya)... alasan bukan musim sunflower, jadi alasan itu kami terima (padahal selepas 2, 3 hari kami lihat blog orang lain, ada je bunga kat situ, ini dah macam kena kencing....)
jadi driver van bawa kami ke "mini" sunflower farm dengan kadar bayaran 20baht seorang. iaitu di Thanon Thanaratch - Pak Chong.
lepas tu kami pergi ke Primo Piazza... iaitu tempat diaorang buat macam sepanyol style....dengan kadar bayaran 200baht bagi pelancong bukan warga Thai. dan dibuka Isnin hingga Ahad jam 9 pagi hingga 6 petang sahaja.
Petang tu kami pergi ke Siam Niramit di bandar Bangkok (Siam Niramit ini kami beli tiket melalui Online - applikasi Klook... murah daripada beli on da spot kat kaunter.

Day 4 (10 Nov 2019 - Ahad)
Hari ini jam 3 daripada Hua Lamphong Bangkok ke Hatyai. Special Express... habis masa dalam keretapi sahaja.
Makanan beli siap-siap di 7Eleven.

Day 5 (11 Nov 2019 - Isnin)
Selama 16 Jam berada di dalam keretapi...
7 pagi sampai di Hatyai Junction.
di Hatyai, kami ambil tuk-tuk Syakawi (kawan),
destinasi di Hatyai
Cable Car dan 4D museum sahaja.
makan dan pukul 2 kami naik Van (bas) daripada Hatyai ke Sungai Kolok (200baht)
pukul 7 kami sampai di Pekan Golok.
Selepas cop passport, kami terus ke Stesen bas Rantau Panjang.
9.00 malam naik bas daripada Rantau Panjang ke Kuala Terengganu. dalam pukul 12 malam kami sampai di Kuala Terengganu.

itu lah serba sedikit perjalanan kami dengan merakumi pelbagai pengangkutan
Kapal Terbang - Grab - Van - Teksi - Keretapi - Tuk-tuk - Ojek - Bas
Perjalanan yang agak memenatkan tetapi enjoy...
Kalau ikut perkiraan kos habis dalam semua ini tidak termasuk tiket flight ialah
- Sewa hotel RM63 sehari, booking Agoda (booking awal) hotel Regent Ramkamhaeng.
- sewa van RM553 (kena bahagi berapa orang yang naik van) untuk sehari.
- Boat di Floating Market Damoen Saduak 100baht - 300baht. untuk seorang.
- Tiket keretapi dalam RM150 (kalau thai - 1105baht) tengok kadar rate tukaran.
- tuk-tuk di hatyai RM12 seorang kalau 6 orang lah dalam tuk-tuk... kalau sorang jadi lah 600baht.
- Cable Car 200baht seorang.
- 4D Museum 500baht seorang.
- van Hatyai ke Sg. Golok 200baht dalam RM25.00
- makan? kalau 5 hari tu letak lah 1000baht seorang.

Jom kita tengok sikit-sikit gambar... perjalanan kami....
Tapi kali ini tak banyak gambar ditempat berbeza. sekadar ada untuk bagi gambaran sahaja.

HARI PERTAMA DI BANGKOK.

Untuk hari pertama kami di Floating Market, kami bertujuh dalam trip kali ini. MCo, Emah, Suzie, Yie Sanah, Mie, Nasir dan Din untuk satu boat...yang ini bukan boat kayuh... pakai engine lori... agak mahal, kalau yang kayuh tu dalam 50baht je seorang.

Di Damoen Saduak ini, tak banyak MCo ambil gambar disebabkan dah banyak yang sebelum ini, ini sekadar sebahagian gambar yang tiada pada yang lepas-lepas.... kalau lihat rumah-rumah tepi tu menunjukankan kawasan ini, sungai dan boat adalah menjadi laluan dan pengangkutan utama dari segi sosiol-ekonomi penduduk di sini... secara langsung pendapatan daripada sosiol-ekonomi ini di adaptasi dalam sektor pelancongan.
 Sampai di Maeklong Railway Station... tempat orang selalu ambil gambar... sebagai bukti dah sampai sini...

Sama macam di Damoen Saduak tu, di Maeklong Station, tak banyak gambar... dan begini lah keadaan jika ada keretapi nak melalui landasan ini.
 Keretapi nak lalu dah... "semboyan" dah berbunyi tu... ramai lah bekemas nak bagi jalan clear... dan biarkan keretapi boleh lalu...
 ...hah tah... Keretapi dah lalu... semua ready ambil video dan gambar....
 Sambil bergambar sambil kereta lalu... berebut-rebut nak bergambar.... lagi pun keretapi jalannya slow je... sempat lah orang nak bergambar tu....
 Bila keretapi dah habis lalu.. begini lah keadaan di atas landasan tadi... semua bidai-bidai akan dibuka dan urusniaga akan berlaku seperti sedia kala... ini kami berjalan atas landasan...
 Ini adalah antara jualan atas landasan keretapi itu... daripada jualan untuk kegunaan harian hinggalah barangan souvenir kepada pelancong-pelancong.
 Tengok ni... jalan keretapi kami berdiri ni... ini lah keadaan bila tiada keretapi lalu....

Suka sangat bergambar bawah kanopi di landasan keretapi ini... kali ini MCo yang ambil gambar mereka.. merakam memori indah di Maeklong station...hahaha

Balik daripada Maeklong dan Floating market...singgah kat Asiatique... tak banyak gambar di sini dan roda ferris ini adalah landmark kepada asiatique ini.. letak lah satu...
 Letak dua lah...hehehe.. ini gambaran daripada Water Front....

Bergambar di pintu depan Asiatique... waktu petang.. kalau malam penuh lah lampu neon kat belakang.

HARI KEDUA DI BANGKOK KE LOPBURI


Cadangan ke Lopburi telah dibatalkan, maka tempat ini lah yang jadi mangsa kitaorang dan melepaskan untuk melawat bunga matahari. Pak Chong...dengan kadar bayaran 20baht setiap orang...  Oleh kerana tempat ini MCo tak pernah sampai lagi.. maka MCo, banyak sikit upload gambar di sini..... next lopburi sunflower farm kena pergi juga.

Baju dah kuning dan sepadan dengan bunga matahari itu... hati pun bersinar-sinar macam bunga matahari tu....

Keluasan tempat ini pun tak besar sangat...maybe dalam 2 - 3 ekar macam itu sahaja... tapi ok lah kalau bergambar...

Kebiasaan untuk melawat ladang bunga matahari ini, kena waktu pagi, tapi kali ini kami dah sampai tengahari dan bunga-bunga pun dan malu menunduk ke bawah.

Kadang kebun kecil ini disiapkan bangsal macam ini, bagi tujuan bergambar.... tapi bunga dah menunduk tu....

ini gambaran daripada atas... bukan sekadar gambar MCo sahaja... tetapi tengok bunga-bunga di belakang tu... menunduk.. hanya pagi bunga akan kelihatan menegak... so untuk dapatkan angle yang menarik, maka tak boleh ambil gambar tinggi lebih daripada pokok tersebut...

Special posse untuk Suzie... kalau ambil gambar angle bawah seperti ini.. boleh lah nampak bunga matahari lebih jelas jika nak dibandingkan ambil gambar daripada atas.
 Dia pun nak juga bergambar dengan bunga butir kuaci ni.... kalau ambil gambar daripada bawah gini oke lah... nampak kembangnya bunga....

 uhh Din pun sama... bukan selalu bergambar dapat seperti ini... alang-alang dah datang...boleh bergambar terus...

Giliran Nasir plak... muka puas hati dah tu...next time kita gi kat ladang lebih luas... ini kebun je... nanti pi kat Ladang Lopburi plak.

Inilah tempat pertama yang kami ingin pergi... dan tapi sayang tiada bunga matahari... kalau ikut musim, tempat ini penuh dengan bunga matahari... sayup mata memandang... kalau perasan, hujung sana nung ada hawa-hawa kuning tu... itu pun ladang bunga matahari...tapi kami tak pergi sejauh itu...


Jom kita ke Primo Piazza pula... ini adalah gambaran mula-mula bila masuk ke tempat ini...
 MCo sempat lah bergambar kat sini...nak habaq hang...sebab depan tu penuh orang.. nak tunggu lengang macam ini makan masa juga....

Tiket masuk ke Primo Piazza ini..dengan kadar bayaran bagi warga asing ialah 200baht seorang... tapi dapat lah pakej untuk bagi makan Llama dan kambing tu... "Tear & Feed)... jom kita masuk dalam lagi.

Memang taman untuk bergambar... dan macam duk di Itali dah..... dengan taman yang dijaga rapi...

Dibuat macam berada di Euro... tapi ini hanya taman mini sahaja.

Wah-wah sedang borak apa tu...sambil minum petang di Primo ini... rumah belakang pun dah penuh dengan pokok-pokok menjalar sebab lama sangat korang membawang ni....

Special posse untuk Mie... tapi gambar tu untuk fokus pada frame sebenarnya.. bila ambil semua tu... jadi tak berapa comel lah.. tujuan MCo letak ini supaya lebih nampak gambaran.
Hah...jadi macam ini.. baru nampak menarik tu....

Wane muka nampak suram dan cuak tu... hari kepenatan dah kot... lepas ni baru nak pergi makan tenghari ni.

haha...boleh nampak pelbagai gaya... siap Mie nak buat perkataan "Love" tu di telapak tangan.. Nasir plak jadi cameraman... apa-apa pun MCo nak bagi nama gambar ini "Gambar no 1".

Sebahagian... gambaran dalam lorong-rumah rumah di Primo ini.

Sekarang giliran nak bagi makan kambing plak.. ini pakej... tunjuk tiket yang keratan bawah Tear and Feed tu...diaorang akan bagi rumput tu...untuk makanan haiwan ini...
cantik-cantik diaorang bela...lantai pun diaorang cuci hari-hari.. jadi tidak nampak najis lama....

tengok lantai tu... tiada najis kan...  nah MCo bagi makan.. makan kenyang-kenyang....
Lepas makan.. dah sukahati tu.. MCo pun takut-takut nak pi dekat.. boleh pegang kepala ini pun dah kira mujur dah...
jom kita rujuk gambar yang MCo bagi nama Gambar no 1 di atas tu... kalau tengok dalam gambar tu... ada rumah di belakang yang Mie bergambar untuk Love di tapak tangan tu... hah itu lah "bangsal" atau tempat untuk Tear dan Feed haiwan-haiwan di dalam ini... di jaga rapi dan bersih... selepas bagi makan dan sentuh-sentuh haiwan ini...jangan lupa cuci tangan... semua peralatan tu... di sediakan oleh mereka.

Ni kat Siam Niramit.. MCo baru tahu... kat dalam tu, bukan sekadar Teater je.. .tetapi penuh dengan "perkampungan budaya Thailand".... ini adalah salah satu penarik di Siam Niramit.
Sebahagian... tema yang ada dalam Siam Niramit ini....
 aaeeeh Din nak bertumbuk plak... Muay Thai ni... ini pun kat Siam Niramit.. macam-macam ado...

Masih di Siam Niramit... ni kawasan perkampungan kebudayaan mereka....
 Ni pintu utama nak masuk sunflower farm tu...  aeeh apa yang gelihati sangat tu...sampai ketawa terbahak bahak tu.....
 Tadi ketawa, sekarang ni serius sikit...tapi yang jadi mangsa ialah Yie Sanah yang tukang ambik gambar ni.

Manakala yang ini pula kebun buah strawberry.... buah pun tak ada... cuma just bergambar je lah... ini menghala ke sunflower farm tu... Pok Chong - Mi sai...

HARI KETIGA

Hari terakhir kami di Bangkok... di Hua Lamphong railway station... line no 5 Bangkok to Hatyai... kami datang awal sikit sini.. kalau boleh 1 jam awal lah.. kalau bertolak daripada hotel, cantik awal, takut jem...
gambar ini.. Yie Sanah juga yang jadi mangsa untuk jadi camera man...
Ok Suzie... gerabak ini kita akan naik nanti...tapi tulisan siam tak reti nak baca... car no 10, 2nd clas dan berkatil... bawah dan atas....
Ok Din bergambar dalam keretapi ...1st time rasa keretapi daripada Bangkok ke Selatan Thai.
Sebelum malam... sebelum kerusi transform jadi katil... tempat duduk adalah setara ini.. sorang depan, sorang belakang...kawan-kawan boleh sembang seperti ini... nanti salah seorang yang duduk di seat itu akan naik atas bila katil di buka...
Begini lah keadaan keretapi waktu siang... malam nanti lagi sunyi katil dengan langsir.

HARI KEEMPAT -- DI HATYAI
 Plan asal ialah daripada Hua Lamphong Bangkok terus ke Sg.Golok, tetapi jika ikut perkiraan keretapi express di jangka sampai di Golok jam 12 tengahari, dan tiket bas kami daripada Rantau Panjang ke Kuala Teregganu ialah jam 9.00 malam. Jadi jika sampai awal di Sg. Golok, maka berjam-jam tak tahu ke mana hendak pergi di Golok. maka buat keputusan beberapa jam berada di Hatyai... nanti ambil van daripada stesen van hatyai ke Golok.
 Di Hatyai ni gambar pun banyak berkisar di Cable Car...
Cable Car Hatyai.. nak naik pun rasa-rasa rasa sekali dah tak mahu rasa kali kedua, kecuali bawa orang yang tak pernah sampai di sini... walau bagaimana pun, tempat ini salah satu tempat mesti datang juga bagi yang tak pernah datang... selain Floating Market, Aquarium, Samila Beach, 3D museum, Chan Puak Chang... dan lain-lain.

Tiket nak naik kereta cable....
Ni gambar seberang sana... tempat tujuan kereta cable tu... yang ada sebenarnya hanya tokong.

ini lah gambaran disebelah luar hujung sana nung.....
sebuah gondola muat dalam 8 orang... tapi kalau 6 orang ini kira ok la...

Amboi..orang lain duk 8 orang..dia nak duk sorang je dalam kereta ni... hahaha...
Sebelum naik..boleh dulu bergambar... tapi diaorang pun ada jurukamera, lepas tu..ada lah kena beli gambar dengan harga 200baht....

ni dalam buggy nak naik kereta cable tu... biasa tuk tuk muatan penuh tak larat nak panjat bukit kat stesen cable car tu... jadi buggy ini lah jadi mangsa dengan kadar bayaran 20baht seorang.

Tuk-tuk Syakawi... ni gi makan kat Tamrab... nasi kerabu..masa pagi-pagi sampai Hatyai.... Suzie dan Emah...

Pukul 2 kami bergerak ke stesen Van dan balik ke Golok.

Lain-Lain Gambar


Makanan ruji di 7eleven jika tiada makanan halal... ini MCo beli untuk makan dalam keretapi daripada Bangkok ke Hatyai... sebab tak ada makanan atas keretapi, Restoran ada, tapi mahal dan keraguan halalnya...jadi baik beli di 7E sahaja.

Selain nasi dan lauk tu.. burger ini juga jadi buruan...sebab halal... dan sedappp....

Tiket.. keretapi Bangkok to Hatyai... segalanya ada tertulis di situ.. destinasi, tarikh, waktu, harga, no car... dan lain-lain.

Salah satu restoran halal ketika pergi ke Ladang bunga matahari... agak susah nak cari restoran halal di situ...

Sama warna sikit lagi nak hilang daripada pandangan...hehehe

zoom in... bentuk bunga matahari dan juga biji kuaci tu.... yang korang makan tu...



buah strawberry... boleh petik...tapi kena bayar dulu.... MCo sekadar ambil gambar sahaja...

Dalam Van... yang kami sewa untuk day trip tu.... 4000baht.. keluar bangkok... kalau sewa dalam 'main2' dalam bangkok sahaja harganya 3000baht sahaja...

tiket beli kot KLOOK untuk siam niramit, bila sampai sana... memang dah ada tiket diaorang print siap-siap.... dan agak murah beli online daripada walk in.

Peta perjalanan kami... secara amnya sahaja....

Tips dan Info

  1. Travel secara DIY di Bangkok lebih senang jika ada itinerary dengan memasukan sewa van untuk day trip. (tak kisah lah berapa hari menyewa) 
  2.  Kalau nak deal dengan van, pastikan deal betul2, tips bagitahu ada dua tarikh nak sewa, tarikh sebenar dan satu lagi tarikh akan datang.... supaya dapat layanan yang menarik dan tak ditipu.
  3. Pada masa ini rate tukaran ialah RM10 = 7.23baht.  
  4. Booking hotel awal untuk dapat harga istimewa dan pay now jangan buat pay di hotel, sebab hotel kadang-kadang diaorang cancel anytime jika ada pelanggan lain.
  5. Bangkok banyak lagi tempat menarik, sebelum nak menjelajah tu, boleh survey kot google..."tempat-tempat menarik di Bangkok"... tapi banyak tonjolkan wat, atau kuil.
  6. Musim bunga matahari ialah bulan dec hingga feb setiap tahun.... ini bunga mekar boleh dikatakan...
  7. sape-sape yang belum cuba keretapi Bangkok - Sg. Golok, patut rasa... pandangan orang memenatkan... tetapi sebenarnya tidak... sebab malam pun hanya tidur sahaja... masih boleh berjalan-jalan atas keretapi... siap ada tandas dan restoran....


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...