Monday, July 8, 2019

Route 41, Phatthalung Thailand

Rider Check Point Route 41

 Note: picture from Route41 Patthalung Facebook, created by Jirajit. more detail please click this link ---Route 41

Walaupun nama dia tidak se gah tempat-tempat lain di Thailand tetapi ia mempunyai keunikan tersendiri, dan merupakan check point bagi riders terutama daripada Malaysia dan Singapore malah daripada Thailand sendiri samada daripada Selatan ke Utara atau sebaliknya.. 

Pada masa ini, penulisan di dalam blog masih kurang berkenaan dengan Route 41 ini, dan info yang terperinci amat kurang, dan pengetahuan tentang tempat ini hanyalah daripada mulut-mulut riders yang pernah sampai di sini... so kali ini MCo secara ringkasnya cerita lah serba sedikit, walaupun kurang pengetahuan tentang Route 41 ini.


Route 41 (atau dalam bahasa Laluan 41) actually not mystery name for this 41, hehehe just sinonim with riders check point. Location Route 41 ini jika daripada Utara ia akan bermula di persimpangan dengan Laluan 4 di Wilayah Chumphon. Ia menuju ke arah selatan melintasi Wilayah Surat Thani dan Nakhon Si Thammarat Province, dan berakhir di Phatthalung untuk bergabung dengan Laluan 4. Jika daripada Selatan Thai samada daripada Timur atau Barat, ia sedikit sebanyak akan melalui wilayah Songkhla dan atau Hatyai, dan menuju ke Phatthalung, dalam 100km daripada Hatyai, jika daripada Sg. Golok, perlu melalui Wilayah Narathiwat, Pattani yang jaraknya adalah 360km.
 
Butiran Laluan

Laluan 41 adalah jalan utama untuk wilayah selatan yang lebih rendah. Ia bermula di Intersection Pathomporn. Di persimpangan ini, Laluan 4 mengubah arah ke pantai barat bahagian selatan. Laluan 41 pergi terus ke selatan yang lebih pendek bagi kebanyakan wilayah selatan.

Di Wilayah Chumphon, ia bermula di Amphoe Mueang Chumphon dan melalui Amphoe Sawi, Amphoe Thung Tako, Amphoe Lang Suan dan Amphoe Lama, ia memasuki Provinsi Surat Thani di Amphoe Tha Chana dan melalui Amphoe Chaiya, Amphoe Tha Chang, Amphoe Phunphin, Amphoe Ban Na Doem, Amphoe Ban Na San dan Amphoe Wiang Sa. Ia kemudian memasuki Wilayah Nakhon Si Thammarat di Amphoe Chawang, dan terus melalui Amphoe Na Bon, Amphoe Thung Song, Amphoe Ron Phibun, Amphoe Chulabhorn dan Amphoe Cha-uat, ia memasuki Wilayah Phatthalung di Amphoe Pa Phayom, dan melalui Amphoe Khuan Khanun. Ia berakhir di Amphoe Mueang Phatthalung.

Jumlah panjang adalah kira-kira 390 km. Kira-kira 110 km adalah di Wilayah Chumphon, 140 km di Wilayah Surat Thani, 105 km di Wilayah Nakhon Si Thammarat dan 35 km di Wilayah Phatthalung. Laluan 41 adalah lorong 4, 2 lorong untuk setiap arah dengan parit untuk arah berasingan.

itu lah serba sedikit berkenaan Route 41 yang tidak khusus kepada tempat yang nama Route 41 tersebut.

Jadi sekarang MCo cerita serba sedikit berkenaan tempat yang nama Route 41 ini.
 
Owner this place is Jirajit Thanasiri... good to knew her...very friendly and very hardworking to improve her place,  dan MCo lihat dia bekerja keras untuk menaikan nama tempat ini yang perlu dicontohi semua orang.

Route 41 ini dibangunkan di tepi lebuhraya yang lebih bertemakan bandar koboi sebagaimana di america era tahun 1800-an. Ia agak menarik, bukan sahaja boleh jadi tempat tumpuan, tetapi dilengkapi oleh kemudahan seperti toilet, coffe house, restaurant yang "free pork", cuma MCo tidak pasti tempat ini ada mussola (muslim prayer room) or not, dan yang penting ialah tempat ini dibanjiri oleh banyak stiker stiker riders yang sememangnya menampakan keunikan tersediri.. dont say it just for record your memory with picture or video but it more than connection, friendship, experience and travel life.

Jom kita tengok gambar serba sedikit... not much but enough.

 Welcome to Route41 R&R. open 7.30am till 7.30pm tetapi jika malam atau diluar waktu, boleh info pada owner, dia boleh konsider untuk buka awal atau menyediakan kemudahan yang diperlukan... menarik kan?
Boleh dikatakan inilah gambaran keseluruhan Route41 ini  pandangan daripada depan. kalau zoom in gambar ini, bolehlah nampak macam pekan koboi.. dan tempat ini boleh berkembang akan datang... lebih menarik jika ada petrol station berdekatan.
Another angle untuk gambaran lebih jelas....
 Gambaran depan... deretan shoplot... yang menempatkan cafe, tandas, kedai souvenir, dan tempat rehat yang santai. Di sini parking motor dan kereta luas..
 angle from squirrel's eyes hehehee, actually to many angle to take picture, but MCo just focus this side.
 Ruangan parking motor... di olah sebagai tempat 'kuda' kalau zaman koboi lah...
 Parking kereta.... dan pintu gerbang "The Lucky Gate" antara angle menarik untuk bergambar.

Lumrah... setiap riders daripada Malaysia kebiasaannya bila nak ride di mana-mana terutama di Thailand, mereka akan reka stiker untuk team diaorang, dan di sini adalah salah satu tempat nak lekatkan stiker tersebut... errm MCo pun lupa nak bawa stiker lama-lama, kalau tak boleh lekatkan kat sini. Menurut rider yang pernah ke sini, stiker yang paling kanan sekali dah shoplot ini adalah stiker yang paling terawal.

Tampalan Stiker ini yang membuatkan salah satu tempat ini unik, dan memang confirm kaki kaki ride nak lekatkan stiker diaorang kat sini... ini dah jadi perkara biasa melekatkan stiker di mana tempat singgahan atau rehat, ia seolah-olah menjadi check point utama.

Sign to Male toilet... MCo pun tak terfikir nak snap pic dalam tandas, dengar kata, very clean toilet... dan selesa untuk "qadar hajat".

Sign untuk female toilet.
Antara kelainan yang ada di sini ialah Meat and Chicken adalah daripada sumber Halal... dan ditegaskan di situ NO PORK... maybe owner perlu dapatkan Halal certificate sebab kadang-kadang penyataan begini tidak cukup menyakin orang Islam untuk makan, tetapi sebenarnya usaha macam ini sudah terbaik.

Another picture

For first time we arrived here, not plan at all, after go to Thala Noi and overnight at Midtown of Phatthalung, we "transit" for a while here... refresh body and mind... fortunately we were greeted with big smile by the owner Mrs. Jirajit.
Santai di cafe... coffe house.. errmm coffee uummpp... awesome, bergambar dengan owner Route41 Mrs. Jirajit... me(MCo), Din, Bokehs and Iqbar.

 Thailand memang terkenal dengan lingkaran Internetnya... so tidak hairan lah di Route41 memang dilengkapi wifi, serba canggih sekarang, boleh surf internet di mana-mana.
 Iqbar interview Mrs. Jirajit, for more information this place (maybe)..
Inilah Jentera yang bawa kami sampai ke sini... Kombi, Volkswagen Van... siapa sangka dengan jentera ini kami sampai di sini, malah soon sampai Bangkok....
We're champion for this trip...short trip with 3D 2N in Southern of Thai. next trip? coming soon... jentera mana nak naik? tunggu... but we not forget Route 41... wait for 2nd round.
one of Route41 staff, interested with this Machine.. just simple angle picture make we smile and proud of this picture...

So jika datang dan sampai di Route 41 ini jangan sekadar rest atau santai minum, tetapi belilah souvenir, atleast stiker seperti ini kalau tidak membeli t-shirt...  jadikan ia kenangan dalam kenangan.
 Antara souvenir termasuk baju, stiker yang ada di lot Route 41 ini, kalau dah datang sini boleh beli buat kenangan... lebih-lebih lagi bagi orang yang susah nak travel apatah nak datang ke sini. Atleast dengan souvenir ini jadi kenangan seumur hidup.

Ini lah kadar price list of souvenir, boleh lah bajet-bajet daripada awal, untuk beli, atau ada yang kirim suruh beli...
Owner of Route 41, Mrs Jirajit, special posse for us and especially for my blog...

Last saying, appreciate and thanks to owner of Route 41 Mrs. Jirajit Thanasiri because provide awesome place to rest, refresh, record memory, and all facilities with big heart and smile, not only for us...but for all riders to through this road.

Dont miss it, Seruan kepada semua rider daripada Malaysia, jika melalui jalan ini, ambil peluang untuk singgah dan jadikan ia salah satu check point utama kalau ride di Thailand.

Tips dan Info
  1.  Telah dibuka sejak tahun 2015 oleh Mrs Jirajit dan juga seorang rider.
  2. Jarak daripada Kuala Terengganu 560km
  3.  Jarak daripada Sg. Golok 360km
  4.  Jarak daripada Hatyai 100km
  5.  Jarak daripada Kuala Lumpur 653km
  6.  Jarak daripada Bangkok 834km
  7.  Jarak daripada Singapore 1010km
  8.  Jarak daripada utara Thai Nong Khai 1460km
  9.  Lokasi dia ialah di Phatthalung
  10.  Datang sini jangan lupa bawa Stiker
  11.  Akan datang, owner ready menyediakan kemudahan penginapan/accommodation atau hotel.
  12.  Jadikan ia sebagai tempat persinggahan R&R.
  13.  Hope owner can provide muslim prayer room (if there still dont have)..if already have, very thankful. 
  14. Kalau singgah di souvenir lot, anda akan mendapati t-shirt "round neck" sebenarnya ia adalah request daripada rider Malaysia, sebab masa mula-mula penubuhan cafe ini, kesemua t-shirt adalah v-neck.
  15.  Page ini adalah kesinambungan daripada Kembara Kombi ke Phatthalung MCo dan boleh baca di sini Kombi to Phatthalung

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...