Sunday, July 7, 2019

KEMBARA VOLKSWAGEN KOMBI KE PHATTHALUNG, THAILAND

Jelajah Volkswagen Kombi ke Thailand

 Note: Masjid Krisek di Wilayah Pattani

Satu perjalanan yang singkat dan berpengalaman yang bukan senang untuk diperolehi, sebab hanya hati kental dan hati kering sahaja yang boleh jelajah dengan jentera ini.. nama gah sebagaimana pemiliknya juga....

Kembara kali ini agak singkat tapi penuh bermakna.. dan bukan kali pertama sebenarnya dengan volkswagen tapi kombi ...this is my first time.... dan itinerary sangat ketat tetapi flexible... walau apa pun masa juga di ambil berat bagi memastikan itinerary berjalan lancar.

Sebagai blog pengumpul gambar, jadi tak banyak itinerary yang perlu diketengahkan. Sebelum tangan tangan ini melaritkan penulisan, biarlah MCo cerita sikit kaedah dan peraturan perjalanan ini...

 Jom kita beritinerary pula... kembara ini dirancang tak lah begitu lama... dan digerakan oleh Bokehs, Iqbar, Din dan MCo sendiri, dan rancangan hanyalah "horizontal" sahaja tiada bombastic plan.... kembara yang memakan masa 3 hari 2 malam sahaja, memang tidak cukup dan memenatkan tetapi enjoy dan rekod perjalanan itu amat penting.

 Hari Pertama
Jam 3 pagi dah bertolak menuju ke Sempadan Sg.Golok -Rantau Panjang dengan perjalanan 200km
 Subuh di Masjid Pengkalan Bayu, border dibuka seawal jam 6 pagi, untung awal pagi tidak ramai orang, maka cepat prosesnya. cop passport, dan apply customs form.
Perjalanan seterusnya ialah ke Thala Noi, iaitu "ladang" bunga teratai. Setelah siri-siri behenti rehat yang banyak, maka dalam pukul 6 waktu tempatan kami sampai, tetapi malangnya, untuk yang lebih menarik dengan bunga teratai kembang mekar ialah pada waktu pagi... jadi waktu petang ini hanya rehat santai sahaja lah, dan bergambar setakat yang ada.
 Malam, kami di hotel dalam pekan kecil Phattalung,

Gambar sekitar perjalanan Sg.Golok ke Phatthalung.
4 orang cukup dalam 1 kombi walaupun boleh muat dalam 5 orang... hanya orang yang hati kental boleh menaiki jentera ini.... kalau yang selesa dengan vellfire, MCo nasihat, better pergi dengan kereta moden lah...
Setiap detik perjalanan kena selalu berwaspada, setiap 1 jam atau 2 jam berhenti sekali, tunggu engine sejuk dan tambah minyak jika perlu.. purata rehat ialah antara 15 minit hingga 1 jam, tengok keadaan tempat, dan keupayaan tenaga samada driver atau jentera.
 
 Jalan menuju ke Phatthalung juga merentasi jalan keretapi ini, oleh kerana laluan yang dipilih ini bukan melalui highway, tapi jalan kampung, maka banyak lah jumpa panorama yang kadang-kadang jarang ada di kampung sendiri.

Misi utama hari ini ialah ke Thala Noi, iaitu nak tengok bunga teratai kononnya, sekarang jam 6.25pm dah sampai Amphoe Mueng Phatthalung - Lampam, kita lalu "jalan dalam" bukan ikut highway... bila nampak signboard ni, kita berhenti sekejap dan bergambar.

Yang atas nung.. gambar berempat... sekarang kita fokus gambar bertiga-tiga pula, gambar ini Din yang jadi cameraman.
 ...dan gambar ini Bokehs pula yang jadi cameraman... hehehe
Tiba giliran MCo yang jadi cameraman... cukup kuota 3 semua sekali...

Pukul 7 dah sampai ke Thala Noi, memang sudah dijangka, waktu petang macam ni memang tak ada yang kembang bunga teratai ni, jadi datang ni kena tengok tempat dahulu...
Din pun berkesempatan bergambar di sini... pintu utama nak masuk ke taman bunga teratai tu...

Biasa kalau nak tengok bunga teratai ni kena sewa boat lah..ini adalah antara harganya, tapi tak terlampau rigid, sebab ada satu boat tu harga 500baht.
Sekitara gambar dalam taman bunga teratai, tapi kalau nak tengok yang saujana mata memandang, kena naik boat lah...nung sana....
Panorama waktu senja di tasik Thala Noi
Nak masuk sini tak perlu bayaran, cuma sekadar bergambar, tiada masalah dan dibenarkan.
Nak kata apa ni ye? Jambatan? Jalan? jeti? tapi ini lah jalan yang mengbubung daripada tebing hingga ke pinggir tasik bagi yang nak menikmati permandangan bunga teratai...
Boat yang nak disewa kalau ada orang-orang nak lihat bunga teratai dan bergambar di tengah-tengah tasik.
Waktu hampir senja di Thala Noi ini.. semua boat pun dah berlabuh...tunggu pagi esok pula untuk pelanggan yang berminat untuk pergi ke tengah tasik.

Pekan Phatthalung
Begini lah keadaan pekan Phatthalung ini waktu malam jam 10.00, agak lengang... jauh berbeza jika dibandingkan dengan Hatyai.
MCo pun bergambar, di belakang MCo tu adalah hotel di mana kami menginap, dengan kadar bayaran 450baht semalaman untuk satu bilik,





Hari Kedua

Pagi, kami pusing-pusing dahulu di Pekan Phatthalung, nak cari restoran halal, fokus kami hanya lah jalan-jalan sekitar masjid.

Selepas sarapan kami terus ke Route 41, Phattalung, untuk gambaran lebih detai klik sini, MCo buat secara khusus ni. link Route41 Phatthalung

Route 41 kami sekadar tempat singgahan, rehat sebelum meneruskan perjalanan ke Hatyai.

Jarak perjalanan 100km Route 41 ke Hatyai dengan kombi mengambil masa dalam 3jam lebih juga.

Hatyai yang menjadi tempat persinggahan utama kepada riders kalau datang ke Thailand, maka  tidak hairanlah Hatyai membangun dengan cepat.

Kami ke Floating market sahaja petang itu.

Gambar sekitar Pekan Phatthalung.


Waktu siang di  Pekan ini..agak sunyi dan lengang juga... waktu tempatan sebelum pukul 10 hari jumaat, tak tahu kalau hari minggu keadaan macamana.
Sambil jalan-jalan, terlihat pasar, kami singgah dan masuk dalam... ini lah pasar basah utama di Phatthalung.
Pintu depan Phatthalung Municipality Market... 
 Salah satu panorama dalam  pasar, keadaan sama ja di tempat sendiri... pasar di nusantara tiada banyak bezanya.
MCo pun nak bergambar di sini...bukan selalu dapat bergambar macam ini kan... dan tak tahu selepas ini bila lagi akan sampai di pasar ini.
Gambar santai je ni... apabila nampak yang menarik di pekan ini, ambil peluang nak bergambar, walaupun ia hanya sekadar gambar.
MCo pun nak fokus juga gambar ini... tapi sebenarnya bukan itu yang difokuskan... tapi gambar belakang yang mempunyai makna tersirat, sebenarnya ia adalah 3 benda simbolik kepada Phatthalung ini, iaitu tuk tuk, yang lumrah pengangkutan popular di wilayah selatan thai ini, dan keretapi yang sinonim dengan jalan perhubung antara utara dan selatan, dan paling utama dan menjadi "trademark" pada Phatthalung ialah Gunung Khao Ok Thalu, gunung ini unik sebab terdapat lubang di puncak tersebut dan menjadi tumpuan pelancong. Kami tak sempat ke sini memandangkan masa yang amat singkat.
Macam gambar 3D kalau kena pada angle atau sudut snap gambar tu...
Iqbar pun tak ketinggalan untuk bergambar di sini, cuma Din lah yang pemalu sikit untuk bergambar.

Mata MCo pun dah tertutup tu kena sinaran matahari... sekadar bergambar di dalam pekan Phatthalung.
  Kalau membelakangi matahari jadi gelap macam ini pula.. bukan nak fokus sangat, tapi tengok jalan tu, kosong ja... macam tiada banyak kenderaan.
 jalan-jalan cari makan.... perut kenyang dah nak balik hotel, jauh lagi perjalanan lepas ni.
 Thailand memang sinonim seperti ini, jalan keretapi merentasi jalan raya, memandangkan rel keretapi sejajar manakala jalan raya ini berselerak, nak tak nak terpaksa merentasi seperti ini.
Belakang MCo tu ialah stesen keretapi Phatthalung... antara stesen keretapi yang menjadi persinggahan keretapi daripada utara ke selatan dan sebaliknya.
Apabila dah merentasi jalan tu, apabila keretapi nak lalu, terpaksa la tutup macam ini.... 
 Keretapi dah lalu pun....  lalu depan mata.







Gambar sekitar Route 41, Phatthalung

Route to Route 41 daripada Pekan Phatthalung mengambil masa dalam 10-15 minit bergantung kepada keadaan traffic. MCo tak mahu cerita panjang sangat berkenaan Route 41 ini sebab MCo ada tulis khas berkenaan slot ini... kalau nak detail boleh click sini. Route41

Sebelum ini MCo tak mengenali sangat Route41 tapi atas inisiatif Iqbar untuk singgah di sini kerana ada rakan rider yang suggest, dan bila sampai di sini baru lah tahu, ia merupakan salah satu check point bagi setiap riders ke Thailand... nak tahu detail boleh lah klik link kat atas tu...

Dalam cafe Route 41

Minum santai.. .teh ais formula daripada India ni... eerrmm memang tidak mengecewakan... excellent.

Kombi dan Route41, Phatthalung...

Ini lah yang dinamakan kebetulan, Kebetulan MCo memakai baju ini, menunjukan ke Chiang Mai dan Mae Hong Song... kira sama lah ni...
Vientiane, Laos dan Wilayah paling utara Thailand Nong Khai yang mempunyai nostagia tersendiri pada MCo pada suatu waktu dulu.... terutama yang berjarak 1490km itu...  errmm maknanya jaraknya antara dua tempat tu hanya 30km. Nong Khai tu adalah bandar berhampiran dengan sempadan Thailand dan Laos.
Hah..singapore... last MCo pergi sana ialah pada tahun 2011.... lepas tu tak pernah pergi lagi... jauh juga tu daripada sini... dan Bangkok.... akan pergi lagi... tempat yang mempunyai 1000 keunikan yang belum di terokai.

Kuala Lumpur main city of Malaysia.... dah banyak kali MCo sampai.... tapi yang 348km tu, MCo belum jejak lagi...dan buat masa ini, MCo masih lagi tiada hasrat untuk ke situ buat masa ini.. masa akan datang belum tentu lagi...
Bergambar bersama dengan owner Route41 ini, Mrs. Jirajit... dia lah yang membangunkan tempat awesome ini...
Ini adalah angle yang selalu orang bergambar...  parking dan juga lucky gate...
Ok... satu gambar tak cukup bagi 2 gambar lah...
Kita bersiar-siar dulu di shoplot Route41 yang penuh dengan stiker ni... kat dalam ni ada cafe dan juga restoran.... free pork here... dan daging dan ayam daripada sumber halal...

Special posses daripada Bokehs....
Din pun nak rasa makanan dalam restoran ni....
Daripada shoplot diruang parking kereta di Route 41 dan tempat orang bergambar.



MCo posse lah satu di sini

Dalam kedai souvenir.... macam2 ada jual dalam ni dalam bentuk souvenir terutama t-shirt dan stiker.


Hari Ketiga


Check out dan berdruummmm ke Sg. Kolok, pukul 10 pagi check out, sampai border imigresen dalam pukul 6+ petang, dan tepat sampai di rumah Kuala Terengganu jam 3.00 pagi.

Untung setiap perjalanan tiada gangguan atau kerosakan pada jentera. driver pun tough dan salut pada Bokehs kerana dia trip ini berjaya. 

Pada hari ini tiada banyak sangat aktiviti, sebab ready untuk perjalanan pulang yang akan merentasi wilayah Pattani dan Narathiwat dan seterusnya Pekan Sg. Kolok.


Masjid Krisik di daerah Pattani.. MCo pun tak mahu bercerita panjang berkenaan dengan masjid ini, sebab ramai yang sedia maklum berkenaan kewujudan dan sejarahnya.

Pandangan dari arah depan....

Buat sekian kalinya bergambar berempat di masjid Krisik... melalui Go-Pro.

Jamak Qasar di masjid ini, selepas solat, bersembang dengan penduduk tempatan, pak cik selalu ada di sini, macam informer pula dia... kalau dah datang sini, ringan-ringan lah tangan untuk bagi sedikit sumbangan.

Sekadar gambar.. masing-masing renung dengan perjalanan yang masih berbaki dalam 100km lebih lagi ini... entah pukul berapa akan sampai sempadan Rantau Panjang - Sg. Golok.



Masa perjalanan pulang...singgah tepi pantai, bersantai, minum-minum dan rehat, bagi menyejuk kan engine kombi.

Semua bangsal-bangsal itu adalah meja makan.. dan ia adalah restoran...(Haji Seafood Restoran)

Waktu maghrib sampai di Imigresen Thai, Sg. Kolok, di sini kami cop passport dan jamak qasar Mahgrib dan Isya sekali.

Gambar antara jalan dan lain-lain gambar


Pandangan luar... salah satu jalan di Phatthalung. Amphoe Bang Klam - Tha Chang pada hari kedua jam 4.15 pm

Hari pertama bertolak ke Thala Noi... Amphoe Mueng Phatthalung - Lampan, jam dah menunjukan 6.20pm

Rare steering, Amphoe Pak Phayun - Falami (5.30pm) menuju ke Thala Noi jalan tepi tasik, tapi tak nampak pun tasik.... dalam map je nampak tepi tasik.

Salah satu makanan yang ada di Floating Market Hatyai.. harga pun tak sampai 40baht. Nampak sedap bagi mereka yang gemar makan.

Kalau bukan macam ini, bukan naik VW klasik namanya... eerrm tidak faham? kebiasaannya kalau drive Volkswagen klasik samada kombi, atau beettle, mesti ada adegan ini, check minyak hitam, check engine... dan segala mak nenek kat bonet engine ni. Gambar ini dirakam semasa hari ke 2 nak bertolak ke Route 41, masih di hotel Phatthalung.

Singgah makan di Pattani, hari pertama. sekitar Amphoe Yi-ngo - Lubo Buesa (11.10am), makan sup... sebelum bergerak, macam biasa check minyak hitam....
Boring duk atas kerusi... duk kat depan macam ini... siap ada kipas kondeser lagi tu... kuat memang lah.
Keluasan Kombi ni boleh tidur.... kalau malam ok, sejuk sikit, jangan hujan ja... sebab atap bocor...dan satu lagi tengahari sewaktu kereta tidak bergerak...sure jadi macam mandi sauna.
Masing-masing ada cerita sendiri.... MCo dan Mrs. Jirajit, ada benda yang dibualkan semasa travel dan semasa ride... dan juga tempat-tempat yang menarik di Thailand ini... She can speak english, jadi nak comunicate tu mudah sikit la.
MCo suka ambil gambar nostagia seperti ini, pengalaman di hotel Phatthalung... hotel murah dan budget, kebanyakan peralatan masih lagi yang lama asalkan masih berfungsi.
Di pasar malam Phatthalung... dalam banyak-banyak peniaga di sini...hanya satu je yang muslim, itu pun jual pulut ayam sahaja.
Pekerja kat shoplot Route 41 (unknown name) pun berminat bergambar dengan kombi Bokehs ni... dah jadi rare picture ni.
Beautiful selfie.... sebagai salah satu kenangan di route41 hehehe...  just to shown.... di sini semua friendly, kaya dengan senyuman, and senang di ajak berbicara dan berselfie.
Harga petrol di Thailand... 500baht bersamaan 17.67liter ron 95 kalau tak silap.
Masjid Krisik...

Alang-alang dah datang Hatyai, ada lah beli spare part untuk kereta Chevrolet ni... lama dah tak jumpa dengan Wanida (owner - boleh di katakan), tapi hari ini dia bergegas ke pusat service baru yang dibukanya...

Hanya di Phatthalung.... baju gergasi... iklan tu mesti gah...


Kenapa MCo kata hati kental dan hati kering sahaja boleh sertai kembara kombi ini?
  • dikategori sebagai jentera klasik yang serba serbi kekurangan daripada kenderaan era abad 21 ini.
  • Panas... tiada air-cond, kalau tengahari macam duk dalam sauna. Angin pun susah nak masuk memandangkan tingkap belakang tidak boleh buka sepenuhnya.
  • Kelajuan menjangkau 80-90km/j yang boleh menjadikan 100km memakan masa 3 jam perjalanan...
  • Bunyi engine yang kuat terutama kalau penumpang duk di kerusi belakang... sama bising dengan deruan angin yang masuk celahan tingkap.
  • Kalau hujan, nasib kalau ada kebocoran...
  • Kadang-kadang kereta kategori ini menjadi "tumpuan" kepada askar-askar atau polis yang buat sekatan jalan raya... tapi syukur masa kembara kami ini tiada spotcheck yang melampau. 
  • Jika ada kerosakan, kena get ready dan minyak hitam terpaksa tambah dari semasa ke semasa... untung sebab bukan watercooler... tapi air-cooler.
  • tak semua boleh jadi driver... malahan co-pilot pun belum tentu....
 Namun begitu, kebaikan kembara dengan kombi ini.... tak kurangnya.
  •  Mungkin penggunaan petrol yang menjimatkan. 
  • Menjadi tumpuan kepada sesiapa yang tahu value dan menilainya.
  • Walaupun agak panas dan bising...tapi kedudukan bagi penumpang belakang agak selesa.
  • sesiapa berjiwa vintage maka ini adalah sangat sesuai dan mencari kelainan. 


Tips dan Info
  1.  Rate tukaran sekarang (pada tarikh ini: 4 Julai 2019), tukaran di Malaysia RM10 = 7.29baht, tukaran di Sg. Golok RM10 = 7.38baht (dengan not RM100).
  2. Phatthalung dengan hatyai jaraknya 100km, menjadikan daripada Sg. Golok 360km.
  3. Phatthalung terkenal dengan Thala Noi iaitu kawasan bunga teratai.
  4. Masih ada masyarakat muslim di pekan Phatthalung, nak cari kedai makan? petua dia cari masjid...InsyaAllah dekat dengan masjid ada restoran muslim dan halal.
  5.  Phatthalung kadang-kadang semacam pekan di Malaysia era lewat tahun 80-an... dengan hotel lama, dan kalau kedai-kedai hardware masih menjual barang era tahun 80-an (jika di Malaysia), kalau pergi ke pasar mereka, masih ada "iras-iras" pasar di Malaysia juga.
  6. Sekarang kereta Malaysia nak drive di Thailand, ada penambahan dokumen yang perlu di pohon di Imigresen Thai. Jika sebelum ini cukup sekadar borang kastam + Insuran, sekarang ini baru sahaja berkuatkuasa dengan "stiker imigresen"....perlu di pohon dekat pondok serahan form kastam.


Note: contoh Stiker Imigresen yang perlu di pohon oleh pemandu Malaysia


Note: Perjalanan pada 4 Julai hingga 6 Julai 2019 (bertolak 3 pagi dan sampai rumah pun 3 pagi)

1 comment:

Anonymous said...

Informative and funky. You’re well-informed. Sauna trivia? saunajournal.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...