Wednesday, July 4, 2018

Beetle Classic - Chemerong kali kedua

Majlis Raya Port luck Kelab Volkswagen Klasik Terengganu (KVKT)

 Raya kali ini bagi warga KVKT bagi tahun 1439 H... telah berjaya di"re"program pada 
30 Jun 2018 bersamaan dengan 16 Syawal 1439H. Seperti tahun lepas, sambutan kali ini masih lagi di Hutan Lipur Chemerong, Bukit Besi, Dungun... 

Kali ini MCo tak mahu berbicara panjang berkenaan convoy ini... termasuk sambutan kerana sebenarnya aktiviti ini adalah kali kedua bagi KVKT... kalau nak tengok yang pertama boleh klik disini dan lebih terperinci ----> KVKT Chemerong Kali Pertama
 
Jadi kali ini hanya lah sekadar bikisan gambar-gambar aktiviti kami ini...
tak nampak "grand" sebagaimana tahun lepas, tapi sekurang - kurangnya KVKT telah berjaya anjurkan program kekeluargaan begini. 

Penyertaan pun hanya 10 biji "kure"... tiada kombi....
konvoi pun separuh daripada Kuala Terengganu, dan separuh lagi daripada selatan Terenganu...

Macam biasa... majlis berdasarkan portluck... so masing-masing bawa makanan sendiri... dan pakai buat jamuan....

antara yang menyertai konvoi dan program ini ialah

Abg Yie, Bokehs, MCo sendiri, Mat Ruddin, Abe Leh, Abe Mat Hassan, BT9616, Pa AM575, Abg Mat, Korie, Haji Zali, Cg Din, Cikgu Yusri datang lewat, dan orang kuat KVKT Hj Zakaria (Pengerusi KVKT)...dan nama-nama yang MCo lupa....

Jom kita tengok gambar plak...

 Jarang boleh "shoot" macam ini... kebetulan NF plak gambar utama.... jadi agak menarik dan kena pada angle snap tu... kena proud of this group kerana berjaya anjur aktiviti ukhwah seperti ini.
.... gambar ini di snap setelah melalui bandar Al Muttafif Billah Shah... dan menuju ke Hutan Lipur Chemerong... dalam lebih kurang 3 KM lagi nak sampai... Jalan Kampung, nasib baik tidak banyak kenderaan yang lalu di sini...sebab itu mudah nak dapat shoot menarik macam ini.



Menunggu ahli-ahli lain sampai... dan berkumpul... sebelum bergerak ke Hutan Lipur Chemerong.

10 biji kira berbaloi untuk aktiviti konvoi kali ini... dah buat mata-mata orang lain memandang jalan raya bila kami ber"vroomm..."....
 5 buah daripada Kuala Terengganu... highway LPT 2.. Kuala Terengganu dan exit Ajil...
Daripada Lebuhraya kepada Jalan Kampung.. yang penting enjoy berkonvoi....
 Parking Chemerong.... kadar bayaran parking dan masuk sini... rm2.00 dewasa dan rm1.00 untuk kanak-kanak.... tapi kadang-kadang, yang kanak-kanak punya diaorang tak kira pun..
parking ini memang dikhaskan oleh pihak pengurusan Hutan Lipur ini untuk KVKT... kena call dan tanya awal-awal lah kot....

Get ready... masing-masing dah keluarkan segala keperluan dan makanan untuk ke tapak program....

Untuk angle yang lebih dekat, nampak menarik dengan susunan kura yang pelbagai warna....

Ni orang kuat dan orang lama KVKT... kalau orang lama gini boleh join... apa tah lagi orang muda... hati kena kental...

Sebahagian Peserta yang sempat bergambar... tapi MCo tak ada dalam ini...

Gambar di sekitar Program

Gambar tak banyak, ini pun MCo dapat daripada gambar yang telah di "share" dalam group whatsapp...
Sempena hari raya kan... wajib ada lemang... yang lain-lain sibuk dengan penyiapan makanan lain.

ADa sibuk makan, ada sibuk bergambar...ada yang beristirehat....
Time menjamu selera
Tapak ini.. memang tapak asal KVKT buat program tahun lepas....
Seronok ye dik makan pizza ni...selalu makan kat outlet... sekarang makan kat picnic...
Kaum-kaum ibu sibuk dengan penyiapan juadah lain.. makan pagi dan tengahari sahaja...

Kalau nak kira jadual aktiviti kami ialah
8.00 pagi berkumpul di Caltex Bukit Jong
 dan bergerak... lebih kurang pukul 11.00 pagi sampai di Chemerong
aktiviti sehingga jam 2.30 petang, dan bersurai

tapi MCo dan Bokehs bergerak pulang jam lebih pukul 4.00 petang, hampir jam 5... dan hujan sangat lebat.

Hanya daripada Lensa MCo


Bergambar dahulu apabila sampai di bandar AlMuktafil Billah Shah... yang join sama dengan MCo ialah anak saudara "Adek"...
Berkumpul sambil tunggu member lain sampai.
3 Buah daripada Kuala Terengganu.
Sebelum balik... pukul 4 petang lebih... masa ini hujan sangat lebat...

Special Posses daripada MCo.

Waterfall Chemerong..... hari ni kebetulan tak ada yang mandi manda.....

Nyaman dan segar... kalau datang sini tak bawa baju mandi.. memang rugi sangat lah... ni MCo tak naik lah sampai atas...tapi orang kata..lagi atas lagi syiok...dan ada tempat hiking...


Akhir Kalam, MCo tiada tips untuk di kongsi pada kali ini..sebab MCo dah banyak info pada post yang lepas... jadi MCo rasa agak kagum juga bila join group ini... walaupun orang lama...tapi masih bersemangat dalam aktiviti begini....

ciaoo...

2 comments:

Nofi Amalia said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Cara Membuat Pupuk Organik Cair Sederhana said...

makasih infonya min

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...