Wednesday, April 4, 2018

KASHMIR: TRIP GULMARG, PAHALGAM, SONAMARG, INDIA

Perjalanan ke Kashmir India

Akhirnya MCo dapat juga menikmati keindahan "syurga" dunia di Kashmir, walaupun tidaklah secara menyeluruh, tapi agak berbaloi dengan perjalanan ini. Sebab perjalanan ini bukan sekadar dapat menikmati keindahan panorama Kashmir tetapi ia membuahkan satu pengalaman baru dan juga pengajaran yang diperolehi.

Bagi "backpack" atau pengembara-pengembara yang dalam kategori "hardcore"... Kashmir ini tidak begitu asing lagi... but really, situation and culture in Kashmir change my mind, change my expectation, change my perception,  change what "world" told us... Kashmir full with higher politic conflict. it maybe make some people think twice to "explore" Kashmir...BUT absolutely different what we think.

Journey combination from New Delhi to Srinagar is not easy without plan and research...  that why, this journey we plan around a year..
walaubagaimana pun, MCo akan lebih menceritakan dan memfokuskan jadual perjalanan, dan juga kos, this is not only about cost but also experience and procedure... hehehe, actually semua ini adalah untuk simpanan MCo akan datang, we do not know... bila lagi MCo akan jejak kaki ke Kashmir ini.. maybe  6 tahun akan datang... so blog ini InsyaAllah akan jadi panduan akan datang.

first biar MCo menceritakan berkenaan kos dahulu... maybe tidak setepat pada asasnya, tapi inilah kos yang kami perolehi... secara rawaknya setiap kos perjalanan adalah bergantung pada kos pengangkutan... jika murah, maka murah lah kos keseluruhan.. jom MCo analisis sikit

Kos Penerbangan Airasia, Kuala Lumpur to New Delhi - RM500 (return)
Kos Penerbangan Airasia domestik, New Delhi to Srinagar - RM350 (return)
Visa RM267 (buat di Kuantan, kalau buat di KL RM200 dan maybe kalau buat sendiri di kedutaan (kalau boleh) maybe lebih murah) ini buat di travel agent.
Penginapan, tour, makan minum - RM470 lebih kurang (exactly 7,700 India Rupee), Houseboat.
others, like ticket any park, ride horse, rent shoe, and eat, souvenir etc etc etc - RM300 (minima)
so total - RM1587 (exclude "others" expenses).... 
Di sini bukan nak tunjuk "pertandingan" kos tetapi itu lah yang kami dapat apabila book awal, researching dan deal dengan local agent... after this let me relate brother Yusof, one of owner houseboat... 

apa apa pun jom kita tengok macamana pula itinerary kami sepanjang di Kashmir ini...

Day 1 18 March 2018

Perjalanan ke Gulmarg

9.00 am (local time) arrive Srinagar from New Delhi with domestic Airasia. early flight...
- Brother Yuesof fetch us at airport... tour guild yang MCo deal awal-awal lagi ni... masa di airport Srinagar ambil masa agak lama juga because we need to fill up arrive form...
- setiba di Srinagar ini, kami terus ke Gulmarg, bagi menjimatkan masa dengan padanan hari kami di sini. perjalanan daripada airport ke Gulmarg dalam 60km juga, iaitu mengambil masa dalam lebih kurang 2 jam.... 
- Sampai di kaki "gunung" Gulmarg... kena sewa kasut boots, dan juga jaket... boots ini getah... dan juga kami di nasihatkan guna guild, sebab Yusof tak boleh masuk.. so kami pun "sewa" lah guild untuk naik ke puncak Gulmarg, (nama Ghulam Rosul)... dengan kadar bayaran 500 Rupee... tapi kami bagi 1000 Rupee, walaupun dia minta 2000 Rupee.
- Nak naik ke puncak Gulmarg kena naik cable car dengan bayaran 1000 Rupee per-person.
- Puncak Gulmarg masih bersalji, tak perlu masa yang panjang di sini... boleh main ski, dan juga snow bike...dan gelongsor...tapi kami just pusing-pusing dan bergambar sahaja.
- Petang, balik ke Houseboat, dan malam tiada aktiviti, agak penat, dan bermalam sahaja.

Day 2 19 March 2018

Perjalanan ke Pahalgam

-8.00 pagi, Selepas breakfast, Hilal (Yuesof Assistant) iaitu orang yang bertanggungjawab untuk jadi tour guild kami bawa ke Pahalgam. tempat ini agak jauh juga sebab itu kena pergi awal
- Jarak daripada houseboat ke Pahalgam lebih kurang 80km dan mengambil masa dalam 2 jam setengah (lebih kurang). Kalau Gulmarg adalah menghala ke Barat, manakala kalau Pahalgam ini adalah menghala ke Timur daripada tempat kami menginap. Latitude adalah sama sahaja dengan Gulmarg...
- Pahalgam ini terkenal dengan panorama yang diibarat sebagai Switzerland, dengan permandangan yang indah.
-Riding horse nak sampai ke destinasi... yang hardcore di sini adalah perjalanan ke puncak dengan riding horse dengan jalan yang berbatu dan bercuram tinggi... actually, kos riding horse ini yang ditawarkan ialah 1,300 Rupee untuk pergi ke 3 tempat... dan lebih kurang 3,500 Rupee untuk pergi ke 6 tempat (tempat-tempat memang menarik lah). Tapi kami pergi 3 tempat sahaja dengan bayaran 1,000 Rupee, hasil tawar menawar yang dibantu oleh Hilal... sebab itu penting ada tourist guild macam ini... 
- 1 hour or 2 hour still not enough at Pahalgam peak, they only give us 2 hour... snap picture as so on... sebab tak boleh lama-lama juga, perjalanan agak jauh juga, tambahan pula... dalam perjalanan juga terdapat tempat yang menarik untuk bergambar.... so apa sahaja tempat yang menarik, kami berhenti dan snap gambar.
- Malam, masih stay di houseboat, nak jalan malam pun... pukul 9 dah sunyi manakala anjing pun ramai... tired and rest.... after dinner, we lay on the bed dan bercerita.. itu je lah yang boleh buat malam-malam.

Day 3 20 March 2018

 Perjalanan ke Sonamag.

  - 8.00 pagi selepas breakfast, Hilal datang jemput kami..
- Sonamarg ini agak ke utara sedikit dan atas daripada Pahalgam, dan jarak pun lebih kurang sama dalam 90km yang mengambil masa pun dalam 2 jam setengah (kalau direct lah)
- Di Sonamarg ini kami naik ke puncak dengan menggunakan snow bike... kalau musim panas boleh ride kuda lagi... snow bike pun kos dia 1,000 Rupee.
- Di sini juga ada perkhidmatan sewa kasut boots... tapi kami berkeras tak nak sewa... hahaha.. jadi kami pakai lah kasut biasa2 tu... nak tahu apa jadi? hahaha, kasut kami habis basah dengan stoking2 sekali... puncak sonamag ini salji tebal... kaki pun boleh tenggelam sampai peha... 
- Perjalanan pun sama seperti Gulmarg, Pahalgam... laluan yang penuh panorama indah, rugi kalau lalu sahaja tapi tak berhenti bergambar.
- malam terakhir, kami pusing-pusing sekejap sekitar houseboat, cari wifi...


Day 4 21 March 2018


10.00 pagi. Flight, depart from Srinagar to New Delhi
12.00 tghari, arrive New Delhi
11.00 malam baru bertolak New Delhi ke Kuala Lumpur Malaysia.. next day (kalau kira) baru sampai di KLIA 2.


itu lah serba sedikit jadual perjalanan MCo dan Kami sepanjang berada di Kashmir... kalau nak diikutkan 4 hari still not enough to explore all Kashmir area... yang pergi ini pun bukan yang rural tetapi memang tempat yang menjadi tumpuan pelancong.


jom kita tengok gambar pula... kali ini MCo have more 2000 pieces picture... tapi kena buat selection sikit... sebab setiap gambar memang ada cerita tersendiri.


Mula-mula MCo lebih suka memperkenalkan individu individu penting dalam trip MCo kali ini. this is like important personal in our trip..hehehe
1st Picture for this journey... brother Yusof from Kashmir, owner Gulsham Rose house boat... sebagai tour guild kami di Kashmir, he offer us lower price package tour in Kashmir.. if MCo's compare with other... he price acceptable.. not bad.. so our group agreed to select him as our tour guild...
Yang menarik ialah... apabila di tanya apa nama yang diletak untuk fetch kami... MCo said.. wrote "yie sanah"... name one of our members... because only him (Yie Sanah) name like this... hahahaaha.. .if pun MCo name... or real name of Yie Sanah... we do not know.. how many person have same name... anyway before depart... MCo dah bagi awal-awal gambar kami kepada Brother Yusof ini... so dia tak perlu tunjuk nama... tengok muka muka kami ni dia dah lambai-lambai...
 Inilah 1st day kami dalam perjalanan ke Gulmarg Peak... pantang tengok tempat comel, dan cantik... mesti turun dan bergambar... ini lah group kami di Kashmir. 
Dari kiri: Ashraf, Yie Sanah (yang MCo guna nama dia kepada Yusof), Rosdi, Bani, MCo dan Sam... Qusyairi tak ada sebab dia tak pergi.... hehehee.
 
 Bani dan Sam bersama Hilal... dia ini lah boleh dikatakan fulltime tour guild kami, dia lah yang bawa kami ke sana dan ke sini... just tell him, where you want to go.. InsyaAllah, he will make excellent services... (Gambar di snap semasa nak pergi ke Pahalgam).

MCo with brother Ahmad... dia lah yang jaga makan kami dan berkemas... macam housekeeping lah... he work with Yusof's Family... sejak daripada ayah Yusof lagi... ni bergambar sebelum kami dah nak berangkat pulang ke New Delhi...

 Sekitar gambar di Gulmarg

Welcome to Gulmarg... tempat ini antara yang famous bagi pelancong... dan sememangnya area dan lokasi ini seperti diwarta oleh kerajaan untuk kawasan pelancongan.
  Deretan kereta (difahamkan kereta tour guild)... parking untuk ke Gulmarg peak.
 
Dalam perjalanan ke Cable Car... dah nampak salji di belakang.... walaupun bersalji...udara tetap juga panas.. kat sini jangan hairan, tak perlu pakai jaket pun tak apa...
Permandangan sebelum sampai stesen kereta kabel.

before you arrive at Cable Car Station... you can see this field.. penuh orang untuk bermain ski, dan gelongsor... ini belum sampai puncak lagi...
Entah macamana MCo lupa nak ambik gambar tempat orang beli tiket cable car...namun begitu, gambar seperti ini sahaja yang ada... bangunan yang beratap hijau itu lah... tempat beli tiket..
Malas nak tulis punya pasal... this is a few information about cable car (Gondola)... sometimes.. orang tak beranggapan ini tak penting... sebenarnya ia amat berguna juga... kalau orang tu oversize...hahahaha

Front page Cable Car Ticket... nak beli kena beratur la... tapi MCo suruh je Ghulam Rosul (Tourist Guild) yang bawa kami ni.

Back Page.... kalau tengok pada ticket tu..harganya ialah 740 Rupee.... tapi tour guild tu bagitahu 1,000 Rupee per person... adakah kami kena tipu? eerrmm susah nak jangka...tapi tak dinafikan bila guna tourist guild ini,... kita akan dapat priority

Beratur nak naik gondola ke puncak Gulmarg... cable car ini tutup jam 2.30 pm local time.... so kalau nak datang sini, kena awal lah...
Laluan Gondola ke puncak Gulmarg
 
...dah sampai puncak Gulmarg ni...
Ghulam Rosul sedang menceritakan sesuatu pada MCo
MCo bergambar dengan Ghulam Rosul... kalau nak contact dia boleh di +91 9700 6604214, ramai juga orang kenal dia masa di Gulmarg ini..
Masa di Gulmarg ini lah... ramai "personal-2" yang offer untuk jadi tour guild... tapi kami dah ada Ghulam Rosul tu, maka mereka tak kacau la... kadang-kadang naik rimas juga...
Sibuk bergambar... masing-masing dengan gaya masing masing..hehehe, sementara Bani punya hobi suka ambil gambar muka orang... dengan title : Face of Kashmir.
Sibuk-sibuk bergambar... lupa plak nak pekenal dua gadis yang bersama group kitaorang tu.... orang Malaysia juga... kami jumpa terus ajak bergambar...hehe

Alang-alang boleh bergambar.. banyak lah ambik kan..
  Bani bergambar solo.... fokus salji kat belakang tu..tapi MCo tak mahu fokus semua tu... cuma MCo lebih suka fokus yang lebih jauh, saujana mata memandang di belakang nung.. gunung... apa yang menarik? yang menariknya ialah.. di belakang gunung itu adalah Pakistan... selepas gunung itu, di kira border Pakistan..dan jarak kami di sini hanya 30 km ke Pakistan.
Bani dan Yie Sanah... bergambar dengan Stesen kereta kabel.. di puncak Gulmarg.... ni pun MCo nak fokus sesuatu... belakang depa tu... dalam beberapa kaki merupakan ada saliran (macam longkang lah)... tapi tak lah besar sangat, dan telah diseliputi salji... so maka berhati-hati lah... nanti terus tengelam.... (Bani dah kena actually... heheeheee)... sampai kat pinggang juga....
Suasana bersalji di puncak Gulmarg.... tapi seriously lah... kesejukannya tak sama di Korea... di sini boleh di katakan udara agak panas.... buktinya... tengok Bani...dia terpaksa tanggalkan jaket sebab berpeluh dan panas....
people behaviour... MCo sedang cari information from Ghulam Rosul.... Ashraf plak nak cuba bercakap-cakap dengan gadis yang baru di kenali tu... Yie Sanah tunjuk aksi bergambar... Rosdi Ingat bini di rumah...hehheeheehe
Salah satu panorama di puncak Gulmarg ini...actually, boleh pergi jauh lagi... sampai hujung sana... dengan ski bike or gelongsor yang di tarik tu... tapi cukup lah sekadar ini...
Posse istimewa Bani.... di Gulmarg.
Bani dengan latar belakang Gondola... kami just main main sekitar ini sahaja.. tak pergi jauh.. ada juga rasa kepenatan tu.

 Gambar di Pahalgam

2nd day kami pergi ke Pahalgam... tempat ini agak menarik... nak sampai sini pun laluan pun dah menarik. Kalau nak tahu lah... Pahalgam ini merupakan nama tempat yang memang sinonim dengan bandar pelancongan di Negeri Jammu dan Kashmir di India ini. Ia merupakan destinasi pelancongan yang popular yang kaya dengan permandangan gunung ganang yang mempersonakan. MCo tak mahu lah bercerita panjang dan berlagak serba tahu... sebab semua info ini banyak terdapat dalam internet.


Peak Point - tempat parking kereta untuk pengunjung... ini baru sampai kaki gunung.... ini lah yang dapat di saji untuk mata mata korang dengan gunung dan keindahan.
 
Actually...nak mengunjungi tempat-tempat menarik sekitar Pahalgam ini... (kena) ride horse... nak jalan kaki pun boleh, tapi tak larat juga.... kami di beri package 3,000 Rupee untuk pergi 6 tempat (Alamaaakkk tak ingat lah plak).... oleh kerana kami ni group semua "bajet" murah... so ambil package 1,000 sahaja untuk 3 tempat.... campur dengan 2 orang penjaga kuda ini.

Perjalanan bermula.... jalan laluan agak hardcore juga... dengan bayaran 1,000 Rupee anggaran RM60.00 fikir agak mahal... tapi bila merasai sendiri perjalanan... dan fikir juga, upah tourist guild (penjaga kuda) dan juga makanan kuda.. ia di anggap berbaloi dan murah... memang rugi siapa yang datang ke Pahalgam but not ride horse.... this is new experience (kepada sesiapa yang tak pernah naik kuda lah)...
Not only riding horse... but view seeing very nice.... panorama tic make you felt refresh...cool.... ini bukan tunggang kuda tanah lapang.... tapi tepi cenuram, berbatu... merendah saliran air.. jalan berlumpur... mendaki...dan menurun... laluan semak samun.... haix macam citer koboi plak...hahaha

Another angle... dan tempat ini memang dah jadi tumpuan orang untuk bergambar...sampai kuda pun dan "reti bahasa" untuk still macam tu....

Sam, MCo dan Bani....
Masa mula-mula sahaja penjaga ini pegang tali... lepas tu masa nak mendaki tu...dia lepas je.... kita sendiri akan kontrol kuda tu.... tapi tolong dia ajar lah sikit macam mana nak kontrol kuda tu... nak ke kanan... tarik tali tu ke kanan dan sebaliknya... nak break...nak laju.. kalau tak tanya...diaorang tak bagitau...sebab kuda ini boleh di katakan telah di ajar dan tahu dah jalan mana nak di lalui...

Walaubagaimana pun.... boleh kawal sendiri kuda.. tapi nak turun nak naik kena ada penjaga juga...hehehe, sebab ada teknik dia... bagaimana nak turun bagaimana nak naik.
Ni... welfie... another angle... macam mula nak race je....
Salah satu contoh laluan yang kami perlu tempuhi... berbecak, berlumpur dan berbatu... bukan naik kuda tepi pantai ni... kalau nak jalan kaki untuk sampai puncak, memang tak larat lah... nasib baik ada kuda...
....Bila dan sampai destinasi utama kami... (3 tempat je pilih daripada 6 tempat)... Baisaran... macam orang kata permandangan Switzeland..kena bayar pass masuk setiap orang... 120 rupee... dengan 2 keping tiket.
Yang ini 20 Rupee dan yang atas tu 100 Rupee... total 120 Rupee...
Solo picture at Baisaran....
Bagi special posse pada Sam untuk letak solo pic dalam ruangan blog ini...
Salah satu panorama yang terlihat di Baisaran, Pahalgam ini... ini lah orang kata mini Switzeland... dan kalau musim salji turun... kawasan ini juga diliputi oleh salji... tengok ada lah bekas bekas salji yang belum mencair di celah-celah pokok tu... udara di sini agak panas juga...
Combination... kawasan lapang berumput dan pokok pokok yang menghijau... rumput jangan di sangka kering... jangan ikut dang nak duduk... sebab ia berair dan masih lembap.
Saujana jauh mata memandang.... beautiful view.... with anynomous person.. mostly we do not know what main activity here...except only take picture...hehehe..... kalau bersalji, mungkin boleh bermain ski....

Bani dan MCo nak pi buang air.... kalau nak tengok tandas... tengok pondok kecil yang warna hijau di hujung nung... tapi.... tandas tu memang failure lah....  nak "qadar hajat" pun terbantut... terpaksa juga buang air belakang pokok...hehehehe

Sambil-sambil tu ada juga yang bersantai... dan ada juga yang datang menjaja jajaan mereka, terutama kain....
Trip kali ini di Pahalgam.. Baisaran ini lah klimaks nya... lagi 3 tempat tak tahu keadaan macamana.... with Malaysia Flag... shown me as Malaysian..... yang penting jaga perangai kita sebagai rakyat Malaysia.... dont be arrogant.. jumpa sesama rakyat... boleh tegur dan bersembang....
from left: Bani, MCo, Yie Sanah, Rosdi, Ashraf and Sam.... 


Panorama di Sonamag

3rd day in Kashmir... Schedule by bro Yusof... he make it to us... perfect... because we actually do not know, MCo also have not enough time to make research about Kashmir, need to read more blog page... 
Apa-apa pun ini kira ok lah... tak perlu lah bersusah payah... dan berkenaan Sonamarg ini, MCo rasa tak perlu lah juga cerita..sama info nya di internet yang lebih tepat.

Bagi MCo lah... Sonamarg ini agak berbeza laluannya dengan Pahalgam, kawasan yang dilalui penuh bekuan salji... dengan aliran sungai yang indah.. tapi agak jauh juga perjalanan daripada tempat kami menginap tu.... dan kalau di kira suhu di sini agak rendah juga... di sini data berkenaan... atleast rujukan pada masa akan datang.

Climate data for Sonamarg
Month Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec Year
Average high °C (°F) −5.4
(22.3)
−3.4
(25.9)
1.7
(35.1)
9.3
(48.7)
17
(63)
21.7
(71.1)
24.3
(75.7)
24.1
(75.4)
21
(70)
15
(59)
7.5
(45.5)
−0.5
(31.1)
11.03
(51.9)
Daily mean °C (°F) −8.4
(16.9)
−7
(19)
−1.5
(29.3)
5.6
(42.1)
11.8
(53.2)
16.1
(61)
19.1
(66.4)
19
(66)
15.3
(59.5)
9.1
(48.4)
2.5
(36.5)
−4
(25)
6.47
(43.61)
Average low °C (°F) −11.3
(11.7)
−10.5
(13.1)
−4.6
(23.7)
2
(36)
6.7
(44.1)
10.5
(50.9)
14
(57)
13.9
(57)
9.6
(49.3)
3.3
(37.9)
−2.4
(27.7)
−7.5
(18.5)
1.98
(35.57)
Average precipitation mm (inches) 95
(3.74)
98
(3.86)
137
(5.39)
139
(5.47)
115
(4.53)
50
(1.97)
54
(2.13)
68
(2.68)
68
(2.68)
42
(1.65)
26
(1.02)
40
(1.57)
932
(36.69)

Walaubagaimana pun, data ini akan berubah setiap tahun.... sebab itu ia hanya average menurut rekod suhu yang lepas-lepas.

Jambatan dan jalan utama menuju ke destinasi ke Sonamarg peak ni... Welcome to Sonamarg.. kawasan sekitar masih lagi bersalji...

Bergini lah keadaan jalan menuju ke Sonamarg... kiri dan kanan dan nung jauh mata memandang masih lagi ada kawasan yang dilitupi salji... walaupun bulan March.. kalau waktu puncak salji turun.. memang tak tahu lah bagaimana kawasan ini.

Sitkari Bridge...yang gambar atas tu...  yang di buka/ dirasmikan pada May 2008... kira-kira 10 tahun yang lalu... kalau tengok seberang sana.. ada bekasan runtuhan jambatan lama...
Kaki Sonamarg...sekarang kami nak naik atas puncak tu... (lebih kurang lah) hahaha... keadaan bawah bersalji macam ini dah.. kami yang baru sampai ini tak rasa sangat kesejukan ini... kadang-kadang ada nak tanggal je jaket yang di pakai ini... walaupun sekitar penuh bersalji... udara tidaklah tampak sejuk sangat sebagaimana udara di Korea....(tapi ini untuk seketika sahaja lah.... tapi kalau lama-lama, kesejukan tu sampai juga ke tulang sum sum... )
Nak ke puncak tu... kalau bukan musim bersalji ialah dengan menunggang kuda.... tapi bila dah bersalji macam ini... tiada cara lain melainkan dengan mengunakan snow bike seperti ini...nak jalan kaki? salji tebal... nak jalan pun tak selesa sebab kaki terngelam sampai paras lutut atau peha.... memang kasut basah habis lah...sampai ke stokin.
Dengan bayaran 1,000 Rupee.. boleh lah pusing-pusing dengan snow bike ni... ooppp!! but we own ride... just jadi passenger je kat belakang tu... mana boleh serah kat orang luar yang tak zero information pasal snow bike ini... dah lah bawa laju... selekoh bahaya kadang-kadang ada.. walaupun menggunakan snow bike ini tak perlu sangat ikut "jalan" yang ditetapkan.. tetapi Awas juga kawasan yang berpagar atau tunggul kayu yang separuh tenggelam dek salji.
Ni kira dah sampai separa puncak... antara kawasan yang jadi tumpuan pelancong juga...tapi masa kami sampai tu...tiada orang... tanah pun tak tercemar lagi dengan tapak kasut orang lain...
Yie Sanah sedang rancak nak ambik gambar Sam tu.....

Bani dengan latara belakang gunung yang diliputi salji... cuma MCo tak dapat imagine lagi...kalau tidak bersalji... atau musim bunga... mesti agak cantik juga panorama nya.

Special posse by Bani... boleh dah jadi model ni.
Salah satu permandangan di puncak Sonamarg ini... walaupun bukan 100% kawasan dilitupi salji... tapi ia tetap nampak menarik.

Panorama Indah.... Salji kat depan mata ini... kalau kaki tenggelam, paras paha juga... kalau nak pijak tu... kena slow2

Kawasan bersalji tebal dan mempunyai cenuram begini memang menjadi penggemar pemain ski.... kadang-kadang mereka orang tempatan ini...bukan bermain ski juga... tapi buat bisness dengan sewa ski untuk bergambar sahaja... dengan beberapa snap gambar bersama ski kadar bayaran 100 Rupee...

Orang lain sibuk duk bergambar statik, tapi MCo dan Bani suka explore tempat-tempat baru... so tempat awal kami bergambar tu... MCo cuba nak pergi kat tepi pohonan tu... eermm ia agak biasa sebenarnya, tetapi ada yang tersirat.... actually... di mana MCo berpijak tu... laluan snow bike dan ski... sebenarnya kena jalan perlahan-lahan.. kerana ketebalan salji di situ adalah separas pinggang... kalau salah gaya... memang tergelang lah... ini pun MCo berapa kali kaki tenggelam sampai peha... that why.. masa kat bawah tu, ada orang offer sewa kasut boots... sekarang kasut, stoking dan seluar paras bawah dah basah...
Bila publish gambar ini di laman sosial Facebook... ada orang ucap.. "tahniah akhirnya sampai juga anda ke puncak Everest"... hahahaa... that is very funny... they think we went to Everest... because this possing sinonim for those went to Everest.... kelakar plak... actually... kalau yang lepas lepas MCo jarang lupa bawa Malaysia flag ni...
... tak cukup korum lah...kalau bergambar... cuma nak ingat sahaja.. tak semua negara boleh bergambar seperti ini... ada sesetengah negara (area tertentu) tak boleh bergambar dengan bendera negara lain selain negara asal...
Saja nak sajikan pandangan mata dengan panorama yang cantik... ini tak tahu lah bila lagi boleh sampai sini....


Lain-lain Gambar dan Panorama di Sekitar Kashmir

Pada ruangan ini, MCo letak gambar di sekitar Kashmir dan secara random, and maybe have twice post dengan apa yang telah ada... namun begitu, setiap gambar ada cerita tersendiri.
Hari kedua... semasa balik tu... tengok lah saujana mata memandang tepi highway.. lapangan yang penuh dengan debunga ini... seperti dalam cerita "dilwale dulhania le jayenge"... malah seorang peminat cerita ini (zikri) boleh hafaz lagi nama lagu yang dinyanyikan di area seperti ini iaitu "Tujhe dekha to yeh jaana sanam".... hebat..... hahahaa

Panorama yang lebih jelas... 
 
 another angle....
Common panorama-tic.. Ini kira sangat amatur bergambar seperti ini, tapi nak di jelaskan kalau mahu tengok panorama seperti ini di Kashmir, memang you cannot calculate lah... so many view like this.
Permandangan semasa menuju ke Baisaran, Pahalgam... masa ni riding horse.
Mengambil pasir sungai untuk tujuan pembinaan...ni awal awal pagi mereka dah mula bekerja... permandangan dekat dengan houseboat di mana kami menginap...
Semasa menuju ke Pahalgam...kami tak lah direct perjalanan... ada peluang berhenti dulu, sambil minum minum...Rose Apple Restaurant... (yang dalam pagar tu... ialah pepohon epal lah.)
Permandangan ketika menuju ke Pahalgam....
1st day sampai Kashmir...gambar ni semasa lepas balik daripada Gulmarg... dan berhenti kedai kain...
Jalan menuju ke Pahalgam...
Tempat berhenti... selepas balik daripada Gulmarg... memang di sini kaya dengan permandangan seperti ini.
Permandangan semasa menuju ke Gulmarg.
Zero Bridge... yang dekat di mana kami menginap di Srinagar... houseboat tu.... permandangan di waktu pagi...
Di Tonle Sap lake Cambodia - sudah ambik, Chiang Mai - pun sudah... gambaran sunset di Kashmir...
common view of Bani... hehehehe

Di sini memang ramai orang bergambar.... air sungai pun jernih... ni jalan nak menuju ke Pahalgam.

Smile without say anything.... this is very cool picture...
Masa di Sonamarg... lepas turun dari puncak tu... perut rasa lapar... teringin nak makan maggi... so makan lah...  waktu sejuk kena maggi yang panas ni..memang syioookk...tapi kena makan cepat-cepat lah... sebab nanti maggi cepat sejuk.
We are Malaysian.... with Malaysia Flag at Pahalgam... ready to go Baisaran.
Posse istimewa daripada Sam... cuma nak try buat Summersault...
Ashraff di Baisaran, Pahalgam... peace...
Gulmarg.... ramai orang yang hanya bermain di sini sahaja jika tidak mahu naik atas... maksudnya tidak mahu naik cable car... nak pi Gulmarg peak tu... sini pun dah cukup...
Puncak Gulmarg
Baisaran, Pahalgam... suruh orang jual kain snap kan.. when we try to tell him how to focus and snap.. .he said..dont worry, i'm profesional about this.. of course, because he always snap foreigner picture here... heheehe
di Gulmarg... Bani.. itu lah contoh.. kawasan ini tak sejuk sangat.. Bani terpaksa tanggalkan jaket dia... kerana panas.... tapi kalau malam...jangan cerita lah... hehehe
Masa turun daripada puncak Gulmarg... bergambar bersama brother Yusof dan Ghulam Rosul.... sempat lagi bagi bunting Katana kat Ghulam....
Masa balik daripada Sonamarg.... berhenti solat.... kebetulan depan masjid tu.. ada orang jual macam ini..boleh lah beli...MCo pun beli juga stoking... 
cuba tengok MCo tu.. "berkaki ayam" withou shoe... sebab semua basah masa di Sonamarg tu.. .main salji lah kononnya...
Masing-masing cari angle untuk ambik dan fokus yang cantik... ni berhenti sekejap nak bergambar... asal tengok kawasan cantik... berhenti bergambar dahulu.
MCo, Bani dan Sam.....
Last day... saje bergambar dengan brother Ahmad... dia kata..dia ni bekas mujahideen... tak boleh ke mana-mana sebab kerajaan dan sekat dia keluar negara... so dia bekerja dengan keluarga Yusof.
ready to ride.... mula-mula ada orang jaga kuda ni... lepas tu kat jalan hardcore...dia biarkan kita ride and kawal kuda tu sendiri....
Baisaran, Pahalgam....
Gulmarg.... tu nampak kat belakang Bani.. banyak gelongsor kayu tu... semua tu ada penjaga, sape-sape nak naik.. just inform yang orang-orang local kat tepi tu....
Gulmarg
Penjaja seperti ini memang banyak, sayuran segar....  ni semasa balik daripada Sonamarg.
Yie sanah tengok gambar yang di snap oleh Hilal.... apa hp dia pakai? Oppo? Huawei? memang solid gambar dia... cantik... (daripada Pahalgam)
bergambar di kaki gunung Gulmarg... ada je tentera seperti ini berkawal.. maklumlah... Gulmarg ni... dekat dengan sempadan Pakistan.


jom... naik kuda sekali di Pahalgam...
we are ready to back home
Sam... ini je batuan yang ada untuk jejak..kalau lama-lama atas salji tu.. lagi basah kasut....

On the way back from Pahalgam... singgah dulu bergambar..
Baisaran...
Bila jumpa rakyat Malaysia di negara asing... tegur lah.... kan kan
Hadooww tukang masak kita... rancak promote warung Katana tu....
Biasa kita lihat penjaja seperti ini di Kashmir.
Rosdi, Yie Sanah, Ashraff, MCo dan Sam... sape dok cukup sorang lagi ni? ahahaa
Sonamarg peak... masing dengan aktiviti masing2.. apa lagi, bergambar lah.. tak ada masa nak feel suasana.. sebab masa terlalu singkat.
Baisaran....
hor hok ni baru ye... siap ada bawa banner lagi.. untuk promote warong Katana...tetapi ini versi...menyatakan... Katana was here.... hehe

Minum kopi dan teh dulu... selepas turun daripada main salji atas puncak Sonamarg tu.... ada yang minta ABC tak? hehe
Haaaa ini baru gaya model yang cemerlang... bila lagi nak bersantai seperti ini atas salji... putih bersih... kawasan pun masih tak tercemar dengan tapak kasut orang lain lagi....


masa dalam perjalanan munuju ke Gulmarg...singgah beli buah.... perut pun lapar... maklumlah sampai daripada New Delhi.. .ini hari pertama kami di Srinagar.
Di sini masih lagi mengekalkan neraca model macam ini...
Roti..sarapan pagi di kaki gunung Gulmarg...sebelum nak ekspidisi seterusnya.... bila perut lapar...semua makanan jadi sedap.
Restoran yang kami breakfast sebelum naik atas puncak Gulmarg tu...  bukan apa.. MCo just nak fokus... pada nama restoran dan alamat, serta no contact tu ja....

Road like "Thousand Corner at Mae Hon Song, Chiang Mai Thailand..." just want to show... keadaan jalan ni.. kat kereta berhenti depan tu, la kami berhenti dan bergambar dengan berlatar belakang panorama yang cantik.
MCo dan Sam.... di Gulmarg
Ada gaya pemain ski tak? hahaha
Special posse by MCo... common and bersahaja....
Creadit to Bani... cameran man MCo ..ahahaha

Ini peminta sedekah... so jangan terkejut...golongan ini ramai di Kashmir terutama kawasan yang menjadi tumpuan pelancong... sesetengah orang kata, mereka ini adalah beragama Hindu... ada juga yang berpakaian seperti ini supaya mengaburi mata yang menyatakan mereka Islam... ia benar atau tidak... MCo tidak tahu... tapi itulah local people said.


Dua gambar di atas tu... di sini lah MCo suka nak jelaskan... di Kashmir ini dekat dengan Pakistan, Iran.. Iraq, Arganistan... so area ini memang tidak lepas dengan ajaran Syiah (agama Syiah).... walau bagaimana pun. di sini tidak terdapat "masjid" Syiah.. tapi mereka masih "solat" di masjid Sunni... so tidak hairan lah... signboard seperti ini.... terdapat di Kashmir... ini adalah pemimpin tertinggi Iran.

MCo dengan berlatar belakangkan Zero Bridge...
picture like without motif...hehehe... but... this is Apple Trees.. apple farm... tapi musim ini bukan musim epal lah... kalau nak musim epal, datang bulan Ogos hingga November...
Soon. MCo nak bergambar dalam keadaan sama pula... tapi dengan ada dedaun dan buah epal kat tepi dan belakang... tengok boleh petik atau tidak...hehhee
MCo dan Hilal...


Semacam kuda padi.. apa yang nak MCo jelaskan ialah... area ini.. memang banyak kuda bekeliaran seperti ini...kalau di New Delhi...kita tengok ramai lembu.. kalau di Malaysia...ini macam kambing lah... yang berkeliaran atas jalan...
Menunjukan sini pun ada madrasah.... dengan kepadatan penduduk Islam.
Jalan menuju ke Pahalgam...
MCo dan Yie Sanah di Baisaran.. Pahalgam...
Dia ni adalah penjual kain di Baisaran ni... alang-alang bergambar dengan dia... ni asyik kalau orang lain... pantang nampak cewek comel nak bergambar.... hehehe... tapi ini boleh letak dalam new post... with.... title "Face of Kashmir".


Tempat ini memang menjadi sebahagian  pelancong nak bergambar.... masa on the way balik daripada Pahalgam.

rupanya roti macam ini banyak di jual di pekan pekan kecil Kashmir.
Suasana di pekan pekan kecil yang kami lalui ketika nak pergi ke destinasi yang nak di tuju...
bagussss... special posse both of us... hehehe
MCo and Hilal again.....


Keadaan Jalan-Jalan Menuju Destinasi




Seronok kalau dapat race motor sini.... fuuhh cantik...








Kiri dan kanan salji....jalan menuju ke Sonamarg... dah dekat ni destinasi nya...
Sempat bergambar dengan salah seorang jemaah masa berhenti solat...

Tiket nak masuk ke salah satu taman bunga.... di bawah Department of Floriculture di Kashmir... tak mahal.. cuma 20 Rupee...harga termasuk 10% GST, hanya MCo dan Yie Sanah masuk dalam taman ini...tak mahal... kami nak cari toilet sebenarnya...hehehe (Cuma MCo lupa nak snap gambar depan taman ini)


Dalam taman.... menghadap matahari jatuh...depan tu tasik.
Kalau musim bunga... memang cantik taman ini..ada pelbagai jenis dan spesis bunga di sini... terutama bunga tulip...
Isi kelapa campur kacang pun boleh jadi hasil jualan....


hoor...order cepat... nak tambah... nak kurang... harga berpatutan..kalau orang gemar... happy lah... ada orang alergik kalau minum tepi jalan seperti ini, lebih lebih lagi di India.
Berhenti minum chai.... tepi jalan macam tu je...nampak je seperti ini...tapi ramai juga yang berhenti minum....


Koleksi Gambar Solo MCo
























Lain-lain gambar

Tourist Map... saja-saja je MCo snap ni...memang kalau nak cari yang proper ada banyak dalam internet.. cuma MCo nak gambarkan 3 tempat MCo pergi tu...Gulmarg, Pahalgam, dan Sonamag.... sedangkan tempat2 lain, MCo fikir agak menarik juga... that why, MCo said... 3 days still not enough if you want to travel in Kashmir.. .atleast maybe a week.. a week for santai santai... tapi kalau a week... banyak tempat di India boleh cover.. termasuk Agra dan Jaipur.
Bergambar dengan askar... boleh di katakan setiap pelosok Kashmir ada ini..... bergambar di Gulmarg..
Bila dah landing kat airport srinagar... pelancong wajib isi form ni... tak tahu istilah...depart or arrive form... samada baru sampai atau nak berangkat pulang memang kena ini form ini... dalam boat atau hotel pun kena isi ini... so untuk memudahkan... selepas isi form ini, snap lah satu picture, nanti nak isi yang kedua, cuma tengok je balik gambar ini.

Di airport Srinagar,... kena lalui banyak peringkat security... sampai beg kecil macam ini pun kena check... dan beg sandang seperti ini sahaja di benarkan.. manakala yang lain kena masuk kargo/baggage... tak boleh hand luggage... lepas diaorang check... mereka akan bagi stiker dan cop seperti ini.
Stiker kena pamer seperti ini, mudah nampak dan dilihat oleh penjaga pintu area boarding tu.

Begini lah kalau tengok daripada flight puncak-puncak gunung di Kashmir yang masih diliputi oleh salji-salji... walaupun matahari memancar, tapi salji masih ada.. mengambarkan suhu di situ masih rendah.
MCo pun tak tahu apa nama pakaian yang mereka pakai ni... macam jubah...tapi majoriti pakai macam ini... yang menariknya... certain-certain time akan tengok panorama macam ini... mereka bukan "kudung" atau tiada tangan, tapi tangan bersilang di dalam.... kalau melalui jalan-jalan sepanjang Kashmir ini... permandangan seperti ini adalah biasa dan sinonim dengan budaya pemakaian mereka.

Dua orang gadis ini kami jumpa dia semasa di Gulmarg... kenapa ambik gambar dia? sebab sebelum sampai di puncak tu...ada juga jumpa gadis daripada Malaysia... tapi sombong sangat, tegur pun macam tak mahu jawab, so jumpa dengan dua orang ini... bila di tegur, mereka sambut balik.. nak bergambar pun mereka tiada masalah...nama? no contact? memang MCo tiada... dan tak tahu.
 Malam last MCo dan rakan-rakan pusing di sekitar tempat kami menginap... tengok persekitaran... so adalah satu gerai tu yang ramai orang... MCo pergi, ini lah yang mereka jual... malam-malam plak tu, kalau kat Malaysia mesti macam goreng pisang... MCo tak berani nak beli... sebab cara pembuatan tu... mereka kacau dan uli pun guna tangan...hehehe 
MCo sengaja snap ini.. pada tarikh yang kami pergi inilah waktu solat di Kashmir... sebagai rujukan.
 Resit Tol dengan harga 40 Rupee per entry.... kebiasaan tol ini dikenakan semasa nak pergi ke kawasan peranginan... tapi MCo anggap macam tiket masuk ke park park tertentu...  yang jadi persoalannya ialah... kutipan nya ialah di tepi jalan sedangkan tempat yang nak di tuju agak jauh.

Ini lah "gelongsor" yang MCo banyak cerita tu... bentuk macam ini... diperbuat daripada kayu... maka ada lah seorang akan tarik kita di atas tu... bayaran tu... normal ialah dalam hampir 500 rupee tapi ia boleh jadi infiniti... kami di nasihatkan oleh bro Yusof supaya tak naik lah ini... takut ada kes kes tipu.... sama konsep beca di Vietnam...

Inilah rupa houseboat di Kashmir...  kedudukannya ialah statik, tak bergerak pun.. dalam sebuah houseboat ni boleh la memuatkan dalam 10 orang.
 
 Bukan yang ini sahaja... tapi disekitar lain pun ada houseboat ini...cuma mungkin lain owner.

Gulsham Rose Houseboat... who want to stay and get special package... need to contact Brother Yusof.. he will can handle many thing...  can contact his whatsapp.
 +91 97977 71228
Image result for whatsapp symbol
Yusof : you can whatsapp him anytime... he can advice you... and friendly... you will not regret. just keep his whatsapp no... hope he no change his Handphone number...hehehe, because maybe not this year.... maybe 3 year later we will see him again.... 
Last morning and last day we at Kashmir.... 21 March 2018... before depart to New Delhi... in picture from left: MCo, Bani, Bro Yusof, Sam, Hilal, Rosdi, and Ashraf... (Yie Sanah - camera man)... we are brother... see you soon.... InsyaAllah if have chance to go again.
 Gambar yang bukan di Kashmir tapi gambar semasa perjalanan daripada Agra to New Delhi... berhenti minum cai tepi jalan... then terpandang ladang gandum ini... bergambar lah, tapi tak berani masuk dalam lagi sebab sini famous tempat king cobra.


Info dan Tips

  1. Pada masa ini flight direct from Kuala Lumpur (Malaysia) to Srinagar (kashmir, India) masih belum ada... kena domestik flight New Delhi dan Srinagar.
  2. Average population in Kashmir (anggaran kasar oleh penduduk tempatan) 93% Islam Sunni, 5% Syiah dan 1% masing-masing Hindu dan Buddha.
  3. Ramai Tentera di Kashmir, lebih ramai daripada Selatan Thai, dan kebanyakan mereka adalah pure Indian yang beragama Hindu.
  4. Simcard daripada pure India - contoh New Delhi, tidak boleh di guna di Kashmir.
  5.  Dikatakan Kashmir yang berada di sebelah ini adalah 40% daripada keseluruhan Kashmir dan 60% disebelah Pakistan.
  6. Tourist guild kat Gulmarg tu, kalau 1st time boleh je guna...kalau tak mahu guna pun tak apa.... tapi ramai sangat lah "ulat" yang offer untuk jadi tourist guild ni.
  7. Kashmir boleh diibaratkan tempat agak sejuk walaupun musim di kategori panas di Malaysia... apatah lagi bulan November hingga Mac... jadi pakaian, kalau sehelai untuk 3 hari tu kira ok lagi... tak perlu bawa baju banyak. 
  8. Rata-rata penduduk di India dan Kashmir ini boleh berbahasa Inggeris.
  9. Lastly.... just to mention.. Kashmir is very safe place, beautiful place, have a lot friendly people, peaceful place.... if you want to find amazing park, place to refresh your mind.. i think you are must come here.. not waste your money and you can feel new experience and most important you will can get new friend here... just plan and buy the ticket..hehee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...