Tuesday, May 15, 2012

Singapore, Trip yang Pendek dan Ringkas

Universal Studio Singapore Hanya berseronok

Singapore adalah antara negara yang boleh MCo lintasi dengan pandu sendiri kereta, selain itu ialah Selatan Thailand. Di sini MCo tidak mahu bercerita panjang, memandangkan tajuknya pendek dan ringkas, dan sebenarnya trip ini sudah lama berlalu iaitu pertengahan tahun 2010, cuma baru sekarang MCo terjumpa kembali folder gambar ini. Namun bergitu, semua gambar2 yang di paparkan adalah semua daripada kanta kawan.
MCo tidak mahu berceloteh panjang, sebab sudah tentu ramai yang tahu berkenaan Singapore ini, dari segi politik, geografi, sejarah, dan lain-lain.
Cuma di sini MCo mahu hanya bercerita, kongsi pengalaman ringkas tentang trip ini.
MCo bertolak dari Kuala Terengganu, malam dengan 2 orang kawan iaitu Wafie Adha dan Afirahimi. Malam sudah tentu perjalanan yang panjang, penat, mengantuk, kadang2 terasa lapar, itu lumrah apabila memandu di waktu malam.
ok seterusnya, MCo just menceritakan berdasarkan gambar-gambar yang di upload (klik untuk besarkan), dan seperti yang lepas-lepas, MCo semestinya menyusun gambar-gambar tersebut tidak mengikut kronologi.
apa-apa pun enjoy photo eksplorasi.... (cerita berkenaan Universal Studio semata-mata.)

Selepas melalui Singapore Imigration, ini lah jalan yang kami lalu untuk ke Universal Studio (USt), hehehe sebab itu lah tujuan utama kami ke Singapore.
EEhh!! betul ke jalan ni? hari tu MCo Surf internet jalan ni tak lurus, bengkok-bengkok jer... oh nasib baik ada GPS.... ermm MCo nak cerita sikit corak pemanduan orang-orang Singapore ni. mereka ni jauh beza dengan Kuala Lumpur, tiada rasa hormat, tidak beri laluan jika kita dah bagi isyarat untuk masuk laluan lebih2 lagi kereta dengan no pendaftaran luar.
apabila memasuki USt ini lah kita akan nampak dulu, bangunan yang di reka dan di bina seperti bentuk di negara barat... dan sebenarnya ia adalah lot lot kedai.
MCo dan Wafie, fuhh nak start daripada mana ye? sebab ini gambar dah di pertengahan, sebenarnya "the Mummy" kat belakang tu ialah salah satu "game" roller coaster dalam gelap dan ia di buat seolah2 kita sendiri alami situasi yang menyeramkan. (selepas 2011, motif dan tema ini telah di tukar dari The Mummy kepada Transformer)
...lagi koleksi MCo bergambar, nampak ceria tapi memang memenatkan.
eermmm lupa lupa sudah... kalau tak silap, kat dalam ni ialah tayangan video 4D. masa ni memang hujan...
selepas menonton tayangan 4D shrek, MCo dan Wafie, masih memakai baju hujan.
penat seharian berjalan di USt, kami pergi lah makan, KFC hampir harga SDollar15. masa kami makan tu,lalu lah maskot ni.... so MCo pun tak lepas peluang untuk bergambar, rasa2 orang kat dalam tu nak bertukar shift... maskot luar nampak muka senyum, tapi orang sebenar kat dalam tu, maybe muka dah keboringan..hehehe
OOp! actually MCo tak makan KFC, just compare harga jer.... hehehe orang Malaysia, mana boleh lupa dengan nasi, tapi harganya pun lebih kurang sama gak dgn KFC,... convert to RM jadi lah RM45 sepinggan...wakaka....
ini lah gambar yang MCo letak dalam facebook, gambar ni nampak ceria, enjoy, eermm ok lah MCo cerita sikit... dalam USt ni, ada watak2 cerita (dalam filem) yang di kenalkan maskot, so mereka akan menyertai atau berjalan di sekitar USt. so mana2 pengujung boleh lah bergambar dengan mereka, dari filem aksi, filem komedi dan juga watak karton. Tapi watak yang MCo bergambar ni, MCo pun tak pernah tahu..kalau MCo tak tahu, confirm 10000 peratus, Afirahimi takkan tahu, sebab dia tu jenis tak menonton filem..hehehe...pelakon terkenal seperti jenifer lopez, john travolta, nicholaz cage, pun dia tak tahu..inikan pula.....beb...beb...beb....
someone said, i look like drunker....hahaaha betul ke? ini adalah gambar bersahaja MCo sebenarnya....seperti yang nyatakan sebelum ni. trip yang ringkas, hanya berkisar dalam USt. tidak lebih dari itu, gambar di atas, masih lagi di USt.
huuuuaaaahhhxxx anak T-rex tak muncul2 tapi MCo yang muncul.... kekekeke, eermm kat dalam ni (USt) bukan sahaja ada maskot, game, tapi replika2 dalam cerita pun ada....ini replika taman Jurassic Park, telur t-rex.
bergambar berlatar belakangkan Water World. MCo bersama Afi, hari ni hujan renyai2, kadang2 lebat, tu baju hujan beli dengan harga SD2.50. (conver lah)
pintu masuk ke pintu gerbang Water World, sebenarnya dalam ni ada patomin atau ada aksi stuntman, oleh kerana hari tu hujan, makan adegan tu tiada. so kali ni MCo terlepas, lagi pun sebenarnya MCo tak lah berapa minat sangat tengok ni....
eermm watak watak dalam Madascar..... ini cuma replika, bukan maskot...
ini laluan utama ke rancangan video 4D... hujan hujan tapi masih ramai orang.
yeah..ini lah yang MCo katakan... replika untuk Jurassic Park, t-rex...
pintu gerbang, pintu masuk ke taman Jurassic Park...kat dalam ni kita boleh main seperti roller coaster....seperti yang MCo katakan tadi, hujan yang membataskan kami sertai banyak game.... itu lah yang rugi sebenarnya.
ermm...MCo nak cerita pun malas..ini cuma nak tambah koleksi gambar MCo...
ini pun maskot dalam USt, dan MCo memang tak tahu siapakah dia ni, cerita apa dalam filem.... jom blah ke lain plak....
hahhhh! yang ni MCo tahu... dan korang pun pasti tahu.... jom, gambar akan menceritakan segalanya....
ini seperti gambar antara yang terawal, dan MCo dah pun menceritakan segalanya.
ini sebenarnya bukan pak guard dalam USt ni, tapi ia cuma guard di pintu utama dalam ruang tema Madagascar...
yeahh....ini lah main extrance.... sebelum masuk ruang tiket USt. dan gambar ini adalah terkenal mengenai USt Singapore..dan bergitu juga, single photo di bawah ni...

huhu...casino, MCo hanya bergambar, tak main judi...dengar khabar plan asal nak buat di Malaysia, tapi di sekat, tidak lulus, maka ia di pindah ke Singapore, dan di gambarkan antara pusat judi terbesar selepas Genting Highland.
ruang bawah, selepas parking kereta, maju ke depan untuk masuk dalam USt.
ni lah, MCo nak cerita kan, bangunan yang menempatkan roller coaster the mummy. luar bangunan penuh replika the mummy.
hahaha aaah aaah aahhh ooorrkk orrkk woody woodpecker.... saje saje tambah koleksi
gambar menceritakannya....
eermm... MCo rasa yang ni perlu di ceritakan... autopass perlu di buat/beli bagi sesiapa yang nak drive ke singapore, dan autopass ini valid sehingga 5 tahun jika tidak diguna. Berbeza dengan Thailand yang hanya perlu bawa geran kereta. tetapi autopass ini banyak kegunaanya, sebagai touch n go bayar tol, bayar parking dll, dan kalau nak reloard boleh di 7 eleven.

dan ini....sudah pasti ramai pembaca tahu, iaitu trademark bagi singapore, dan famous bagi kalangan pengujung.
papan aras dari tempat parking ke tingkat atas.
tiket untuk masuk USt. tapi kami bertuah sebab beli dari internet. so datang sini just claim jer dekat kaunter tiket...harga beli internet dalam RM70++ sedangkan kalau beli secara langsung melebihi RM170++. so ada pilih.

orang kat belakang tu ialah, beratur sebab nak beli tiket.... tapi kami beruntung sebab beli awal2.

itu lah serba sedikit cerita MCo berkenaan singapore dan USt. kami masuk pagi dan petang kami balik, kami tidur di johor baharu. tak perlu banyak cerita berkenaan ini. tapi MCo sempat solat di masjid Sultan Abu Bakar, sempit, dan masjid ni terdapat di selatan Singapore, simpang pintu keluar dari USt. dan seperti orang orang cerita, "ceropong" speaker memang menghadap ke dalam. dan jangan terkejut hanya di masjid sahaja kita dapat dengar orang bertutur dalam bahasa melayu. dan satu lagi..jangan terkejut bila nampak wanita berskirt pendek masuk masjid, lepas tu tukar baju sembahyang, selepas solat mereka akan memakai skirt pendek kembali.... hehehe

so setakat ini dulu cerita MCo, anda boleh komen apa sahaja di sini...enjoyyyy

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...