Sunday, May 13, 2012

Cara Ringkas Solat Jenazah




sedikit bingkisan dari MCo di copy dari
http://lanunsepet.blogspot.com/2011/06/cara-solat-jenazah-yang-ringkas.html
As salam saudara saudara ku (MCo)
Ramai yang tak sertai solat jenazah apabila berlaku kematian. Ni disebabkan mereka tidak tahu bagaimana cara untuk menunaikan solat tersebut. Ketahuilah bahawa Islam ini mudah, Allah memudahkan Islam supaya kita dapat beribadat kepadanya.

Actually secara asasnya solat jenazah sangat mudah. Sesetengah orang tak ikut solat katanya tak tahu baca tu, tak tahu baca ni, padahal bacaan panjang itu adalah sunat. Sebab itu kita kena kenal rukun dan syarat sah setiap ibadat yang kita buat. Kuncinya belajar!.

Rugilah kalau kita tidak bersama menyembahyangkan jenazah kawan atau saudara kita ianya merupakan penghormatan terakhir buat mereka.

Cara Ringkas Solat @ Sembahyang Jenazah :

1. Angkat Takbir "Allahuakbar" & Niat dalam hati :
++ Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala.
++ Jadi makmum? tambah "sebagai makmum kerana Allah Taala"
++ Baca Alfatihah hingga akhir

2. Angkat Takbir Kedua "Allahuakbar"
++ Baca : Allahumma solli a'la Muhammad wa a'la ali Muhammad
++ Pendek pun takpa, paling elok selawat ibrahimiah macam dalam tahiyyat akhir

3. Angkat Takbir Ketiga "Allahuakabar"
++ Baca doa (pendek pun takpa, panjang lagi bagus) contoh dibawah ni :
++ Allahummargh firlahu warhamhu (untuk mayat lelaki)
++ Allahummargh firlaha warhamha (untuk mayat perempuan)
++ Untuk mayat kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana mereka masih tidak dikira dosa pahala oleh malaikat. ada doa lain di link bawa (al azkar)

4. Angkat Takbir Ke Empat "Allahuakbar"
++ "Assalamualaikum warahmatullah " Beri Salam kanan n kiri :)
++ Selesai

Jika jadi makmum, ikutlah di belakang imam, berdiri rapat rapat. dan ikutlah jugalah rukun di atas. Cukup rukun makalah sah lah solat tersebut. Semoga ia jadi penghormatan terbaik buat jenazah.



Nota PENTING Lanunsepet :
MCo terbuka untuk teguran, dan pembetulan. Apa kurang itu adalah dari kelemahan sendiri. Yang paling afdhal dan baik adalah dilakukan dengan tertib dan khusyuk dan bukan nak mudah dan cepat habis solat saja. Tujuan menggunakan perkataan "MUDAH""RINGKAS" adalah untuk mengajak semua supaya sedar bahawa Solat Jenazah adalah mudah dan semua boleh buat. Bukan memandai mandai memudahkan sesuatu hukum. Sekian :-)
Blog Widget by LinkWithin

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...