Wednesday, May 2, 2012

Koleksi Gambar Trip ke Australia Melbourne dan Sydney

Cerita Dari Kanta Sebelah

Sebelum MCo ceritakan lebih lanjut, pembaca dinasihatkan memulakan explorasi cerita atau gambar MCo ini versi 1.( klik older post) supaya tidak menjadi keliru. namun bergitu untuk versi ke 2 ini, MCo tidak mahu bercerita panjang, sekadar gambar dan cerita secara rawak di mana, gambar-gambar ini mungkin sudah ada di Versi no 1.
Justeru itu, mungkin ada penceritaan yang sama, dan bagi yang selalu mengikut laman MCo ini, sudah pasti mengetahui, susunan gambar sememangnya tidak mengikut urutan.
sedikit penjelasan mengenai gambar2 dalam versi 2 ini. kebanyakan gambar dalam versi ini lebih tertumpu atau fokus kepada benda dan persekitaran, oleh itu penceritaan lebih menjurus kepada gambar tersebut sahaja. Manakala gambar MCo di sini amatlah sedikit.
oleh itu, enjoy your photo eksplorasi... (klik pada gambar untuk besarkan)

kosa kata ini maybe membantu anda (bagi yang tidak mahu baca versi 1 terlebih dahulu)
AUSTRALIA - AUSSIE
MALAYSIA HALL SYDNEY - MHS
MALAYSIA HALL MELBOURNE - MHM
OPERA HOUS - OH
HARBOUR BRIDGE - HB
TULLEMARINE AIRPORT - TA
FLINDERS STREET TRAIN STATION - FSTS
MCo - PENULIS (Me)



Gambar 1, 2, 3 bawah ni adalah di TA untuk penerbangan domestik, ketika ini MCo dengan Naza, tunggu boarding Tiger Airways untuk ke Sydney. Waktu ni jam 5 pagi, di luar sana sangat sejuk, bila masuk bangunan ni baru rasa panas2 suam, MCo terpaksa gunakan kopiah, dan di buka supaya nampak mcm menutup kepala...sejuk sampai ke telinga...sebab tu telinga pun tutup... ada orang hidung sampai berdarah, tapi darah tak sempat keluar kerana dah beku dalam hidung...(ini bukan melawak, tapi realiti)
Afi ada Wafi yang tolong snapkan gambar ni.
kat dalam ruang menunggu ni, seperti airport2 lain juga, ada cafe, ada mini shop, ruangan yang kecil jer... ini ruang departure, tapi kalau ruang arrive... rasa nak ketawa pun ada, sebab terlampau ringkas sehingga tiada pemeriksaan kastam, ia seperti tempat parking kereta tapi di letak bumbung.

ini adalah ruang menunggu boarding di airport Sydney, MCo lupa, ini waktu sampai ke Sydney atau masa nak pulang ke Melbourne. MCo bersama Afi dan Wafie.
Masih lagi di ruang menunggu di Sydney Airport.
ini kat airport Sydney. baru sampai....
Naza di Airport Sydney. masa ni sedang tunggu wafie, dia pergi ambik luggage tapi tak muncul2... lama gak tunggu, hampir 1 jam... rupa2nya bila dia turun ke bawah ambik luggage, dia tak boleh masuk balik, dan naza lah yang pergi cari dia...kitaorang risau... masa naza sedang cari, MCo dan Afi tunggu... akhirnya Naza muncul, kata wafi ada kat bawah sedang main Facebook.... adoooyaaaaaiii sempat lagi, orang sibuk cari dia, tunggu dia.... dia layan plak FB...wakakaaka... memang hantu betul lah...
gambar dekat sekali.. MCo dan Afi... Sydney Airport.
sebenarnya, gambar2 ni di ambik dari kamera kawan2, so MCo tidak berapa jelas, dan kadang2 tidak tahu apa yang dia ambik, dan di mana. tapi kalau tengok ada menara kat belakang tu, rasa2 ini adalah di Sydney.
ni seperti gambar di atas, MCo masih tidak tahu di mana dan bangunan apa ini. tapi confirm ini adalah di Sydney.
hehehe..kawan-kawan MCo ni macam2 ambik gambar, tapi yang penting suasana dan tempat, seperti MCo cakapkan tadi, untuk versi ke 2 ni ia lebih fokus kepada benda dan persekitaran.
salah satu tumbuhan yang ada di Aussie. ini on da way dari airport ke OH.
Telah di terangkan dalam versi 1, ini ialah HB, tahukah anda bawah ni ada terowong. iaitu expressway ber tol kalau tak silap lah.
Circulay Quay, tempat landing kapal besar, sebelah kanan ialah HB.
tepi OH, sebelah kiri gambar ialah OH. waktu ni dah ada matahari, dalam jam 10pagi waktu tempatan, tapi masih sejuk
sebuah kapal penumpang melalui "Sydney Cove". sebenarnya, perairan ni di anggap sibuk juga, dari semasa selalu ada boat, maklum lah, depan sana tu adalah stesen nya.
Circular Quay station, bangunan banyak2 tu orang panggil "martin place". kat dalam tu ada Governor Macquarie Tower, Aurora Place, Chifley Tower, Hosking PL, Safitel Wentworth Sydney, Radisson Plaza Hotel Sydney, MLC Centre, Imperial Arcade, State Library on NSW, Parliment House, Sydney Hospital, Hyde Park Barracks. dan jalan plak seperti Macquarie st. bent st. phlilip st. blight st. o'connell st, spring st. dll.
lagi gambar HB
pandangan dekat OH.
gigi air di OH.
ini mungkin wilayah Kirribilli, iaitu seberang dengan OH.
dua wanita ni juga pelancong seperti MCo hehehe, kat persekitaran OH ni, boleh dikatakan sentiasa penuh dengan pelancong dari pelosok dunia, kat sini MCo sempat tengok pelancong dari eastern (mungkin korea, mungkin jepun, mungkin cina) dan juga pelancong dari India.
salah satu aksi lagak pelancong yang sempat di rakam oleh kawan MCo, nampak gaya mungkin dia ni bukan penduduk tempatan.
sebuah kapal sedang berlabuh. kalau tak silap MCo ia adalah di sebelah Royal Botanic Gardens.
eermm... di muka pintu Royal Botanic Gardens (RBG).
gambar OH di snap di muka pintu pagar ke RBG.
ini lah gambaran di awalan RBG, yang hujung tu MCo, sebelah kanan tu Afi, dan yang pakai baju tu maybe murid2 sekolah berdekatan.
entah MCo tak tahu kaunter apa, tak ada masa nak pergi tanya hehehe...
keretapi yang membawa murid-murid dari sekolah ke padang ini, tapi MCo ada nampak keretapi seperti ini membawa pelancong.
gambaran murid-murid yang bersantai.. actually, MCo ada sempat gak bergambar dengan murid-murid tu... (wait versi ke 3)
gambaran menarik dan jelas di snap daripada RBG. tempat ni juga tempat orang beriadah dan jogging.
snap dari dekat antara murid-murid tadi, dan ada di antara mereka sebenarnya Islam.
Menara "Centrepoint". merupakan salah satu bangunan tertinggi di sekitar Imperial Arcade dan di buka untuk orang ramai, di percayai bila menaiki menara ni, kita boleh melihat view yang menarik di sekitar Harbour City.

pandangan Harbour City daripada RBG.
ooh, di dalam RBG, ada polis berbasikal meronda, pada hari berkenaan MCo dapati, dia sedang menahan seorang lelaki tanpa pakaian (tapi pakai seluar lah), dia macam merekod sesuatu atau memang dia saman. kelihatan wanita tu, dia sebenarnya sedang jogging, walaupun 12 tengahari, masih ramai yang jogging, tidak panas, rasa2 tidak juga berpeluh.
di RBG




semua gambar di atas itu adalah, di dalam RBG, tempat orang bersantai, ada yang study, ada yang bercouple, ada yang berkelah, tapi yang ramai ialah yang jogging.
ini berdekatan dengan Hyde Park. dekat dengan Macquarie st. Crystal Palace Gate.
sama seperti di atas, gambar dari sudut lain.
wahh.. Afi sempat juga bergambar berlatar belakangkan Sydney Museum, di jalan "Bridge st".
gambar ni adalah berhadapan Sydney Museum, Bridge St.
wah..boleh snap deh... tepi, depan Sydney Museum, MCo sedang snapkan gambar Wafi.
MCo bergambar di depan kedai souvenir di Alfred St. kedai ni tak lah murah sangat souvenir, tapi kalau kat sini, ini aje yang MCo pergi untuk beli souvenir.
dataran depan kedai souvenir yang MCo bergambar tu, Alfred st.
ini pandangan bertentangan dengan kedai souvenir yang MCo bergambar tu. atas tu ialah stesen keretapi 2 tingkat, Railway Expressway.
sudut lain dekat kedai souvenir. kalau dalam gambar pertama masa ada MCo tu, gambar ni adalah sebelah kiri MCo. Hujung sebelah kanan itu ialah hentian untuk beli tiket bas Sightseeing 2 tingkat tu.
masih gambar di tepi souvenir.
snap daripada George st. atau First Fleet Park.
tepi George st. First Feet Park.
same picture, harap tak boring, klik picture untuk besarkan.
gambar yang di ambik dari First Fleet Park, menghala Ferry station, Circular Quay.
saja fokus gambar kecil, bukan orang tu, tetapi keretapi kat belakang nung.. nak tunjuk keretapi dua tingkat. (railway expressway)
same view.
ok lah, gambar secara rawak, di dalam MHS. ini ruang tamu, walaupun nampak kecil tapi selesa.
ini adalah bilik tetamu atau pelajar dalam MHS. ini ruang tamu, dan sebelah kanan dan kiri ada bilik kecil, dan satu bilik air.
cinema place dalam MHS. siapa sangka, kat sini diaorang banyak stok vcd, dvd dari Malaysia, termasuk lah filem P.Ramlee.
salah satu sudut dalam MHS, gambar Perdana2 Menteri Malaysia, kat belakang tu sebenarnya bilik snooker.
gambar ni di ambik dari sudut MCo bergambar pada 1st tadi, kelihatan macam kantin, dan ramai juga student yang belajar, ulangkaji, dan makan, tingkat atas adalah surau. kalau tak silap, sini ada 50 orang student, berbilang kaum. (tapi MHS or MHM di khaskan untuk student tahun pertama sahaja)
MCo bergambar bersama Naza di dalam (ruang tamu) MHS.
same picture. bersantai, ini adalah hari pertama kitaorang sampai di MHS.
cafe, aauuuu cakk.. nampak tukang masak? nama dia kak Suri... sempat makan masakan dia... nasi goreng kampung dengan kos Aud6.50. tapi pagi dia ada pakej. Aud6. mee goreng, roti dan air. tapi kami tak makan, sebab semua tu, seperti macam dah di tempah oleh para student. (student awal2 dah bayar untuk sarapan, dan bergitu lah hari2 seterusnya).
aduuuuuuuhh MCo garu kepala.... "apa nak buat selepa ni, apa nak makan selepas ni, ni tak mandi lagi ni, adduuhh semua barang mahal sini, apa nak beli untuk kekawan kat Malaysia nanti" ...aahh pikir kemudian lah..janji enjoy....
sedang menikmati sarapan pagi, kalau tak silap ini 27 April, sarapan dengan nasi goreng kampung masakan kak suri...kekekee
oleh kerana harganya mahal, so tak padan lah ambik satu gambar saja..paling kurang 2 keping boh...hehehe
notis di pejabat MHS.
ini jalan hadapan MHS, sebelah kiri.
jalan depan MHS.
antara duit syiling Aussie. 50sen lebih besar dari coin2 yang lain. yang paling kecil ialah Aud2, warna keemasan.
ini jalan di luar MHS, jalan ni adalah diguna oleh student untuk ke New South wales University.
daripada MHS, student memerlukan 20minit berjalan kaki ke University, dan jalan2 ini lah yang mereka akan lalui. dan salah satu yang di tempohi ialah stesen minyak shell ini dengan harga 1 liter Aud1.55. (ikut perkiraan semasa-gaji semasa Aussie, bermakna harga minyak di sini lebih murah daripada Malaysia (asalkan jangan convert to RM))
di sepanjang jalan, ermm korang baca lah sendiri.

gambar-gambar di atas ialah semua jalan (di sebelah kiri) MHS, iaitu laluan student ke University.


gambar2 rumah di atas, adalah bentuk2 rumah di sepanjang jalan bersebelahan dengan MHS.
gambar ni sebenarnya hendak di fokuskan kepada kereta tu, hummer limousin. warna putih dan menarik.

jalan dan rumah, sama seperti penyataan yang MCo jelaskan sebelum ini.
salah satu kenderaan yang ada di Aussie khasnya di Sydney ini.
dan ini lah sebenarnya jalan untuk pejalan kaki dan berbasikal yang terus ke University.



gambar2 di atas itu adalah... gambar jalan pelbagai sudut untuk ke University.
di penghujung jalan (gambar yang menunjukan MCo berjalan), adalah simpang 3. dan di depan tu ialah kawasan university.
kiri, ialah pintu utama University.
pintu utama NSW University.

directory university.

gambar2 di atas tu ialah gambar2 di muka depan pagar University, tak banyak perlu di bicara kan tentang ini, kami pun malas nak masuk dalam, cukuplah bergambar di depan ini sahaja.
sebuah kedai motor, hehehe, yang paling lawak, kami ingin tahu harga motor di sini, lalu masa kami menaiki teksi untuk ke airport sydney, kami try lah tanya pemandu teksi... dia jawab..."mana lah dia tahu, kalau nak tahu, pergi lah tanya sendiri kat tuan kedai tu" heheheheehe
gambar ni di ambik dalam sky bus. daripada TA ke Southern Cross Station (SCS)(bersebelahan dengan Etihad Stadium).
keadaan dalam sky bus.
Trams, sebenarnya ini adalah trams yang pertama kami lihat dan teruja untuk snapkan gambarnya... maklum lah, masa MCo di GoldCoast dulu tiada pengangkutan seperti ini, tapi cuma ada bas jer.

dua gambar di atas tu ialah di depan SCS, keadaan jalan dan bangunan, masa ni memang ramai orang di persekitaran. 27 April dalam jam 2 petang. tapi kalau kat malaysia macam pukul 5 atau 6 petang.


gambar di atas tu juga di dataran depan SCS.
fuyoooo sempat snap gambar awek comel di SCS. saja untuk berlibur.
di dalam SCS...fuhhh..punya lah banyak laluan keretapi, pening pening...
keadaan jalan di depan SCS
antara trams yang lalu depan SCS
ini lah keadaan dan bentuk dalam trams, yang ini nampak seperti moden sikit daripada gambar2 MCo dalam Versi 1 tu.
Trams sedang melintasi jalan raya. tiada accident sebab trams ni pun ada traffic light.
ohoooo..kereta kuda, memang banyak di bandar Melbourne. ooophh lupa plak nak jelaskan, gambar MCo dalam Skybus tadi tu, adalah sebenarnya gambar kami di Melbourne dan, dan gambar ini memang di Melbourne... Melbourne... bukan Mari Lebong. hahahhahaaha
jeng jeng.... gambar awal tu...ialah MHS, dan sekarang ialah MHM. ia nampak lebih prestij dan mewah, bergitu juga dengan bilik2nya, tetapi studentnya tak lah se friendly di MHS.gambar yang di ambik masa dalam trams.
entah... MCo lupa di mana ini....sebabnya, gambar ni bukan MCo yang snapkan.
jalan...yang pasti, jalan ni ialah antara MHM ke FSTS.
sudah menghapiri Federal Station dekat dengan FSTS, MCo cam sebab menara tu...
entah...tak tahu....
bangunan di sepanjang jalan ke FSTS daripada MHM.
ohoooo...ini adalah dalam KFC, satu2nya KFC ayam sahaja yang boleh makan, sebab ayam di ambik daripada tempat penyembelihan Islam. dan KFC ni terletak di hentian no.1 trams, penghujung dari laluan Trams kami naik dari MHM. jurujual? ooooh nama di Jesica, from Indonesia, dia juga student tapi buat part time sini...nasib baik MCo tak mengorat...kekekeke (ada yang kena marah nanti....kekekeke )
ahaaaaaaa.... gambar ni MCo tak sempat snap dari HTc. ia berdekatan dengan hentian nak pergi ke Queen Victoria Market (daripada hentian no. 1. hentian Melbourne University melalui trams). apa nama bangunan ni? Melbourne Public Baths... kamurang boleh search dalam google.
yeahhhh.... kami berempat ke Melbourne and Sydney dari Teganu. MCo, Afi, Wafi dan Naza berlatar belakangkan Queen Victoria Market... jeng jeng, gambar ini di ambik oleh Cik Shalia (rujuk versi no. 1)
pintu depan Queen Victoria Market, dan bila masuk je pintu ni, gerai utama ialah makanan basah, aaaaaaa ikan, daging, ayam macam tu lah... jom kita masuk dalam untuk more detail...nanti MCo cerita satu persatu.... jom jom...
hah..ini lah keadaan dalam pasar masa 1st kami masuk.... fuh, lantai? tak macam malaysia, bersih, kering, tiada basah, tiada lalat,...tapi ada juga suara2 pasar, para penjual menawarkan harga special bagi produk mereka.
ini adalah produk jualan...
ketam... satu kilo Aud26.50....hehehe jangan tukar kepada RM, alamatnya anda tak makan ketam di Aussie ini.
lagi dalam kawasan pasar... oop!! gambar belakang MCo...
hahhh...ini kawasan botanic plak... actually, Victoria market ni, ada banyak bahagian, dan setiap bahagian memang di khas dah untuk jualan2 tertentu. tidak boleh bercampur aduk.. ia memang ada pembahagi tersendiri.

dua gambar di atas ialah bahagian souvenir di Victoria Market. di sini lah barang2 murah... sebab apa hang pi beli awal2 kat Sydney hari tu? mana lah MCo tahu.... mana tahu sempat datang tempat ni... memang MCo dah tahu tempat ni murah.... cuma hari2 tertentu je buka...kalau tak silap rabu hingga ahad sahaja yang buka, dan sehigga pukul 3 sahaja..maklum lah... 3.30ptg matahari dah tengelam....
ketam lagi...
bangunan sama seperti MCo ceritakan dalam versi 1.
lagi gambar depan bangunan Victoria Market.
welcome to Queen Victoria Market. since 1878... lama tu... malaysia berkaki ayam lagi....
aiiiikkkk sempat lagi kawan MCo snapkan gambar2 awekssss di Aussie ni...hehehe layannnnnn
salah satu bentuk bangunan di Melbourne di ulang melbourne... bukan mai-lebong.
Etihad Stadium, di mana skybus last station.
dan lagi bangunan yang terdapat di Melbourne...
alamaaakk MCo memang tak tahu di mana kah kawan MCo snapkan gambar ni... adakah ini di Harbour Town?



4 gambar di atas tu, memang MCo tak tahu di mana, tapi ia memang di pusat Melbourne. dan nama bangunan pun MCo tak tahu.
nah inilah dia FSTS.... kami berempat lagi... wafi banyak shopping tu, shopping di Harbour town.
jeng jeng jeng jeng jeng.....banyak sikit jeng jeng... apa yang di fokuskan sebenarnya ye.... jean's coffess, 7 eleven? orang berdiri kat Jean's Coffees? eermmm takpe lah biarlah ia jadi misteri.
FSTS di snap oleh Shalia.....
pandangan sisi FSTS
walaoooo.... snap snap cepat.... ini lah hummer. bertayar enam.. mewah...
kanan belakang....FSTS, bangunan yang kelihatan ialah Gereja, gambar kanan depan, dataran Flinders, (tempat geng2 bersih 3.0 berkumpul) jalan ke kiri (simpang empat tu) ialah menuju ke hentian no. 1 trams. Melbourne University. Manakala ke kanan ialah straigth ke MHM.
salah satu bangunan di Flinder Street. bawah tu tempat geng2 Bersih 3.0 berkumpul.
suasana sibuk depan FSTS.
lagi kesibukan orang melintas di depan FSTS.
gambar bangunan depan FSTS. dataran tu...
Ruang utama Melbourne University.

both picture taken by Shalia, kononnya kami ni pelajar Melbourne University..... hehehehehe... control macho beb...
gambar dalam kawasan university...
bila jalan2..lupa perut belum di isi...jom makan dulu.... di mana ni? alaaah korang boleh rujuk versi no. 1.
ini dah malam sebenarnya...shalia ajak makan ais-krim. dia kata, kalau datang sini (Melbourne) kalau tak makan ais-krim ni, memang rugi besar...memang sedap...sampai ais-krim perasa durian, memang durian betul betul rasanya...
errmm (selepas editing) sebab MCo lupa nak tulis.... berkenaan dengan kos penyewaan Malaysia Hall. kalau tak silap2 di mana sahaja negara yang ada Malaysia Hall termasuk England. kos sehari (Aud) 12 bagi orang awam (daripada malaysia sahaja). untuk student hanya Aud4. dan bilik adalah terhad... namun bergitu, tawaran bagi bekas graduate atau student mana universiti seluruh dunia yang di iktiraf oleh Malaysia dan mana graduate tak kira tahun berapa, kos sehari hanya lah Aud6. murah tu... tapi hari tu kami silap sebab tidak mengetahui tentang ini, dan bayaran pun telah di buat melalui online. kami tahu hal ini apabila check in Malaysia Hall tersebut. harap2 maklumat ini amat berguna pada pembaca yang ingin mengujungi negara yang ada Malaysia Hall dan ingin penjimatan dalam kos penginapan.

tiga gambar di atas.... bersnap di dalam MHM..... ni malam terakhir kami di Melbourne....
sepanjang laluan malam di Melbourne...
melbourne oh melbourne... jalan malam....
good bye Melbourne.... tunggu masa boarding air asia untuk terbang balik ke Kuala Lumpur...adduuuuuuhhh kena tempoh 8 jam yang membosankan dalam flight...

jom bergambar lagi..dan lagi.... saat saat akhir di airport Tullemarine Melbourne.

TA.

TA airport...

jam 1 pagi waktu tempatan.... first day sampai TA
gambar di atas tu di TA melbourne..sebenarnya gambar ni di ambik pada mula2 sampai di TA. memandangkan MCo tersalah upload awal, so ia tak ikut kronologi..



suasana TA masa 1st day sampai.


both gambar di atas adalah antara air yang ada dalam mesin vending....
heheheh antara gambar pertama yang di snap masa sampai di Melbourne...khasnya di TA ini.
kaunter tiket skybus..di TA Melbourne.

wah enjoy....first day at Melbourne
sejuk giler beb masa ni... tengahmalam tu....

aiiseeehhh tong sampah pun jadi koleksi MCo dalam gambar blog kali ni..hehehe, ingatkan peti surat jer.....
salah satu mesin vending di TA.
sape yang mengikuti versi no. 1 mesti tahu apa benda ni.... ok lah... benda ni ialah kiosk untuk online internet.. dengan bayaran Aud2 untuk 20minit sahaja... MCo sempat layan....
i i i i for information....
fly away from Kuala Lumpur to Melbourne....
LCCT...
time to check in..... to Melbourne

barang2 yang haram di bawa dalam flight..

peta dan lokasi daripada Google maps, kawasan yang bertanda merah tu, ialah tempat MCo dan rakan2 bergambar, dan semua tempat2 yang bertanda merah tu kami pergi hanya berjalan kaki. nombor2 pada peta itu adalah urutan perjalanan kami (berjalan kaki dengan beg2 pakaian yang berat) untuk bergambar...hehehe
antik selepas di edit oleh wafie, menarik, cantik dan elegan yang berlatar belakangkan trams. thanks you...
salah bentuk trams (trams ini di namakan City Circle), dan ianya percuma dan di khaskan untuk para pelancong yang ingin lihat sekeliling kota Melbourne, tapi orang tempatan pun MCo lihat ada juga yang naik.... maklumlah, free katakan..
Queen Victoria Market.
Ferry Station, kat Circular Quay, Sydney, First Fleet Park.
OH.. menarik dan tertarik.. MCo pun tak termimpi boleh sampai di sini.... syukur lah akhirnya impian MCo tercapai jua, tak kira lah orang lain sudah beratus kali sampai, tapi MCo sampai di sini dengan penuh adventure, penuh serba kekurangan, dengan kewangan, masa dan tenaga yang amat terhad, we melancong bukan seperti orang kaya, tapi kami mampu dengan keinginan.
Gambar ini dirakam amat jauh, iaitu antara West Ryde dan Hunters Hill, iaitu sebelah barat Opera House


so selesai sudah untuk cebisan ringkas untuk versi 2 ini... mungkin kali ini akan muncul versi ke 3, dan mungkin gambar yang ada di versi no 3, tiada di no. 1 dan no. 2...tapi yang pasti, mesti ada yang sama...apa2 pun... anda boleh komen apa sahaja, ingin bertanya? mengejek? memuji? meluah? MCo mengalu-alu kan...asalkan anda bahagia dan puas dengan yang di tulis....
ciaooooo... nice

2 comments:

Anonymous said...

bisa sungguh perjalanan kalian..banyak yg diambil photo nya pak...

budiey utomo,
jogjakarta

dirafum MCo said...

buat saudara budiey
ya, selalu juga berjalan selagi ada peluang, peluang selalu ada, cuma keputusan hendak pergi dan tidak hanya sekali....
photo-photo itu hanya sekadar lakaran dari camera amatur, tapi yang penting ia di ambik sendiri.

terima kasih..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...