Saturday, July 18, 2009

koleksi teka teki

1. besar di Arab, kecil di India. Dua pada kakak, juga dua pada abang. Ada pada ayam, di itik tak ada. Boleh letak di dapur, di bilik jangan. Apakah ia?

2. Pintu apa, 10 orang pun tak boleh tolak?

3. Apa akan terjadi, jika computer jadi itik, selipar jadi itik, baju jadi itik, motosikal pun jadi itik, semua jadi itik lah..?

4. Mengapa orang yang tahu rukun sembahyang tak payah sembahyang?

5. A sedang memandu laju, lalu memotong kereta yang di pandu B. seminit kemudian A tengok kereta B masih ada di depan. Kenapa ye?

6. kambing apa yang di cari?

7. Duit ada rm300 dan nak bahagi rm100 seorang. Mcmana nak bahagi jika ada 2 ayah dan 2 anak?

8. kenapa orang naik teksi tak bayar duit dahulu?

9. 12 tolak 14, apa yang terjadi?

10. apa dia satu jawapan boleh menjawab empat soalan? Iaitu. Kenapa ubi jadi kayu? Kenapa gigi sakit? Kenapa pencuri kena tangkap? Kenapa wanita hamil?

11. Saya ada 3 kepala, 4 tangan dan 5 kaki, siapakah saya?

12. nenek siapa jalannya meloncat-loncat?

13. Kenapa tukang gali kubur tak pakai seluar dalam dan selipar?

14. Burung apa tak bela anak?

15. Dalam dunia ni. Apa yang kamu sayang sekali?

16. Apa persamaan dan perbezaan orang perempuan dan angkasawan perempuan?

17. apa yang kita nak nampak jika anak bilis menelan bapak ikan paus?

18. Dalam banyak2 kereta, kereta apa yang tak di panggil kereta?

19. what has the head of a cat, the tail of a cat is not a cat?

20. why are fish so smart?

21. why do we all go to the bed?

22. Apa perbezaan kucing dan kutu?

23. kalau 1 + 1 jawapannya 2. kalau bukan jawapan 2. apakah jawapannya?

24. Bila makan pisang, buang kulit, tapi kalau makan kulit, buang apa?

25. kuih apa? Jika makan, hanya makan di tepi jer… kat tengah tak makan?

2 comments:

Unknown said...

Mana jawapan teka teki nya

dirafum MCo said...

Jawapan Teka Teki
1. Huruf A
2. pintu ditulis tarik
3. itik jadi banyak
4. tak payah maksudnya senang
5. mereka memandu dalam bulatan
6, kambing yang hilang
7. A ayah kepada B, B ayah kepada C. C anak kepada B, B anak kepada A. (salasilah A ayah kepada B, dan A adalah datuk kepada C).
8. dulu dahulu tak laku
9. 14 akan jatuh
10. Lambat cabut
11. pembohong
12. katak
13. sebab diaorang pakai cangkul
14. belatuk (bela atuk)
15. apa jawapan... asalkan maksudnya hanya sayang sekali sahaja.
16. angkasawan wanita - pergi bulan. wanita biasa - datang bulan
17. nampak penipuan
18. teksi
19. kitten
20.
21. because bed not come to us
22.
23.
24. buang tabiat
25. donat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...