Tuesday, January 28, 2025

Ride Mencari Masjid Selatan Thailand

 Tanggal 23 hingga 27 Januari 2025

Perjalanan Pertama tahun ini, dan penulisan pertama sejak meninggalkan arena blog selepas Covid-19. (yang lain-lain sebelum ini adalah penulisan yang "postdated" ke "backdated").

 


 Awal tahun perjalanan yang dikatakan penuh barakah dan rare untuk kali ini, banyak coretan sebelum ini hanya tersimpan dalam benak kepala dan jarang sekali dihuraikan kepada yang lain. seperti biasa MCo gunakan langkah pertama pada tahun ini menceritakan perjalanan dan kembara seperti selalu...

Sebagaimana lepas-lepas MCo akan memberi sedikit itinerary, tips dan juga kaedah perjalanan. penulisan ringkas agar mudah faham, dan yang paling utama dan penting ialah cerita ini sebetulnya adalah untuk rujukan diri sendiri untuk masa depan, kalau ada yang terpias dengan penulisan ini, mungkin secara kebetulan... dan sebagaimana yang lepas-lepas juga MCo tak benarkan sebarang gambar ini untuk tujuan yang menyalahi undang-undang atau menyalahi hukum syara'.

 Jom kita kembara..... mukadimah tak mau panjang-panjang...nanti boring tapi kena juga cerita serba sedikit.

Kembara Mencari Masjid dan idea ini diperolehi oleh seorang sahabat ride iaitu Fadzli... iaitu Ride Mencari Masjid untuk bersolat Tamam. (iaitu solat secara penuh bukan jamak dan qasar) tamam bersama kariah masjid setempat. Konsep kembara ini adalah seperti ini. Ride apabila sampai waktu solat tertentu, akan singgah mana-mana masjid terdekat daripada Subuh hingga Isya. Target boleh dikatakan 20 buah masjid perlu di singgah untuk memenuhi misi kali ini.

 Route ringkas perjalanan kami untuk selesaikan misi bermula masjid Beijing, Rantau Panjang - Masjid Wadi Al-Hussein, Narathiwat, - Masjid Besar Pattani . Masjid Nurul Huda (Darul Salam),Chana Songhkla, - Masjid Islamiyah, Phattalung - Masjid Darul Islam, Phattalung, - Masjid Pusat Islam Nakhon si Thamarat, - Masjid Nurul-Ihsan, Koi Samui - Masjid Arkan, Koh Samui - Masjid Jamiatul Islam - Nakhon Si Thamarat - Masjid at Takwa, Na Sakon - Masjid Nur al- Muhajirim Songkhla, - Masjid Majjamu Muslim, Hatyai - Masjid Majmoh Hadyai - Masjid Ridhwaniyyah, Pattani, - Telaga Sheik Daud al-Fathoni - (surat hentian), rantau panjang, dan akhir sekali  ialah Masjid Pantai Merang, Terengganu.  Jentera ADV 160, Xmax dan RT3.

sebelum tu mari kita berkenalan dengan team kita dahulu... nama diringkaskan hal-hal lain dirahsiakan.(konsep sama seperti penulisan MCo ride di Padang Indonesia... klik sini untuk tengok dan baca MCo ride Padang Indonesia

 

Li - Pencetus idea konsep ride kali ini dan terus diberi nama RCM, juga boleh dikatakan merangkap leader dan reader bagi ride kali ini.... dikategori sahabat baru MCo dan baru kenal pada hari kejadian.

Rizhan - juga di kategori sahabat baru dan mula kenal pada pertama, bermalam dirumahnya.

Madi - Juga sahabat baru.... kenal juga pada hari kejadian.....dan akhirnya hanya MCo dan dia ride balik ke Terengganu dan menyambung tradisi di Masjid Pantai Merang.

Din - Sahabat lama ride, convoy semua dia... kira hardcore juga dalam kembara ini.... seingat MCo dia hanya sekali join ride team MCo, melainkan semuanya MCo yang join ride dan convoy dia....

MCo sendiri yang masih cetek dan dangkal dalam dunia ride ini... kali ini, antara penulisan  blog dengan mengikut "ride orang lain".... biasa MCo akan cerita apa yang MCo rancang.

 

Hari Pertama

23 Jan 2025 - Khamis

10 Malam bertolak ke Machang, Kelantan, Menginap dirumah sahabat (Rizhan), ini pun sampai dalam pukul 1 pagi. Hujan tidak menghalang perjalanan.

Hari Kedua

24 Jan 2025 - Jumaat

seawal pagi sebelum subuh, bertolak daripada rumah Rizhan.

Solat jemaah di Masjid Beijing.

7.00 pagi masuk border dan cop passport

perjalanan di teruskan ke masjid Wadi Al Hussein - masjid 400 tahun untuk solat dhuha.

12.00 singgah makan di kedai sup Mok Su

1.00 solat jumaat di Masjid Besar Pattani.

4.00 petang, singgah masjid Nurul Huda di Chana, Songkhla.

7.00 malam singgah masjid Islamiyah di Patthalung.

8.00 malam singgah di Masjid Darul Islam di pekan Phattalung.

Check in hotel Merdelong (kos lebih kurang 600 baht)

 

Hari Ketiga

25 Jan 2025 - Sabtu

Solat subuh di Masjid Darul Islam

Bertolak ke Nakhon Si Tammarat dan Koh Samui

10.00 pagi solat dhuha di Masjid Majlis/pusat Islam di Nakhon

12.00 tghari makan durian di Khanom - Khuan Thong

12.30 tghari sampai di Jetty ke Koh Samui ( Amphoe Don Sak)

2.00 petang - baru boleh naik ferry

3.40 petang - sampai ke Koh Samui

5.00 petang - sampai masjid Nurul Ihsan Koh Samui.

6.00 petang - Check in hotel (400 baht lebih kurang sebilik)

7.00 petang - ke puncak Bo Phut - 0 KM koh samui... puncak bukit.

8.15 malam - Masjid Arkan. terletak di timur Koh Samui (masjid bangla)


Hari Ke-4

26 Jan 2025 - Ahad

Subuh di Masjid Nurul Ihsan dan sarapan

9.00 pagi mula naik ferry ke tanah besar

bertolak pulang dan misi seterusnya

12.00 Dhuha di Masjid Yama Atun Islam, Ban Pak Phaying Mu.

2.00 petang - solat zuhor di Masjid Attaqwa, Ban Na San Mu, Hua Sai. 

6.00 petang - solat asar di Masjid Nur Al Muhajirin.

hari ini, group 5 orang berpecah dua.

group satu Fadzli dan Rizhan ke Pattani

group dua, Nordin, Madi dan MCo bermalam di Hatyai. 

8.00 malam group satu di Masjid Nuruddeen, Nong Chik, Pattani

8.00 malam group dua di Masjid Majjamu Muslim Hadyai

9.30 malam group satu di Masjid Ridhwaniah, Pattani

Hari Kelima

27 Jan 2025 - Isnin

Group satu subuh di Ziarul Islam, Pattani

Group dua subuh di Masjid Mhad Ya Moh, Hadyai

10.00 pagi Group satu dhuha di masjid Al-Ajri Da'im, Yin-go Narathiwat.

12.00 tghrari Group dua, Telaga Sheikh Daud Al-Fathoni, Bara Hom, Pattani.

1.00 petang Group satu  sampai border

5.00 petang, Group satu sampai rumah

6.00 petang - Group dua - border Thai-Malaysia (sg. Golok)

Group dua berpecah pula jadi, MCo dan Madi Group 3.

7.00 malam -  Group 3 Masjid Pantai Merang

9.00 malam - MCo sampai rumah.

 Note: Semua kiraan waktu adalah waktu Malaysia (Waktu Thailand dilewatkan 1 jam contoh, pukul 10 Malaysia, di Thailand ialah pukul 9)

selepas ini hari kedua dalam itinerary akan disebut hari pertama dan seterusnya.

 Hari Pertama

Subuh di Masjid Beijing, Rantau Panjang.... lupa hari ini jumaat ada sujud sajdah... tapi masjid ni dah mula baca surah pendek, dulu agak panjang juga lah.... 5 buah jentera ready untuk berbakti pada tuanya memenuhi misi..... 

  vrooommm... jom... kita gerak ke Koh Samui sambil cari masjid...  Perjalanan awal pagi yang mengasyikkan. (lokasi: ruangan beratur bermotosikal di Imigresen Malaysia, belakang tu ialah Rantau Panjang luar pagar Imigresen Malaysia.

Hari ini nampaknya tidak ramai sangat orang... semua proses berjalan lancar, cop passport, isi form customs dan lain-lain. Bergambar depan pejabat Imigresen Thailand. Sekarang tidak boleh masuk sebarangan seperti 5-6 tahun dulu, semua dikawal ketat.

 Apa-apa pun selfie dulu sebelum perjalanan... cop sudah, form kastam sudah, tandas pun sudah, doa pun sudah... jomm....masuk dalam...


 Macam biasa kalau kat golok ni, kalau dengan MCo memang kedai Jeraphan II ini lah di bawa makan pagi ke, tengahari ke....lauk pun banyak, dan agak murah juga, MCo kedai ni pun kerana Maarof yang bawa 15 tahun dulu. sini memang femes nasi Khomok... tapi MCo lebih memilih nasi putih.

 Destinasi pertama ialah masjid 400 tahun, iaitu masjid Wadi Al-Hussein, yang terletak di Narathiwat iaitu 76 km daripada Sg. Golok dengan mengambil masa 1 jam perjalanan.

 Kami solat Dhuha di sini... sebelum menerukan perjalanan mencari masjid untuk solat zuhur secara tamam. Kami tak ambil masa lama, sekadar solat dhuha 4 rakaat dan teruskan pejalanan.

 Gambaran dalam Masjid... satu-satunya masjid yang kami jumpa menggunakan carpet, yang lain semua tiles/jubin tanpa karpet. Mungkin hanya ini sahaja masjid kayu yang ditemui, dan beralaskan karpet.

 Ini adalah ruangan tambahan di belakang.


Sedikit sejarah berkenaan masjid ini.

 Juga dikenali sebagai Masjid Telok Manok  juga dipanggil Masjid 400 Tahun, kalau 100 ke hadapan, mungkin nama ini tukar lagi ke Masjid 500 tahun dan seterusnya adapun panggilan khusus ialah Masjid Wadi al-Hussein, Ia  merupakan antara masjid-masjid tertua di Thailand. Terletak di Narathiwat di selatan Thailand, masjid ini digunakan hari ini oleh masyarakat Islam yang besar di kawasan itu. Masjid ini dibina pada 1634, dan merupakan Masjid kayu tertua di Thailand.

Legenda lain menyatakan bahawa masjid itu dibina oleh Wan Husein Az-Sanawi, seorang guru yang berhijrah ke Kerajaan Pattani, pada 1624. Al-Quran tulisan tangan itu dan pelan pembinaan masjid itu disimpan di dalam masjid itu sendiri.

 Tengahari selepas makan di kedai Sup Mok Su, kami solat jumaat di Masjid Besar Pattani, masjid ini memang tidak asing lagi terutama daripada pelancong Malaysia. kalau nak google, cari sahaja masjid besar pattani. (Selepas solat jumaat, sekejap sahaja jemaah "menghilang", mungkin hari jumaat sibuk menguruskan kerja masing-masing.)

 Asar solat berjamaah di Masjid Darul Salam (google search: Masjid Nurul Huda) di wilayah Chana, Songkhla. di sini bersebelahan dengan madrasah atau sekolah agama.

 gambaran dalam masjid dengan kubah besar, antara masjid menarik juga dan besar.

 Waktu Maghrib kami singgah di masjid Islamiyah, di Phattalung, daripada jalam besar kena masuk dalam sikit dalam 400 meter. Di sini pun ada madrasah, dan hampir kesemua jemaah tidak boleh bercakap bahasa melayu, kecuali seorang sikit-sikit (itu pun pelajar dari wilayah Yala).

Antara masjid boleh "dikatakan" bukan daripada mazhab Shafei, tapi tak tahu lah, daripada pembacaan, ikut Hambali, Basmallah di baca secara sir, akhir solat, tiada wirid, dan doa masing-masing, rata-rata MCo lihat tiada berdoa, selepas sembahyang, ada jemaah telah angkat punggung, manakalah imam hanya diam... akhirnya tengok tiada tadahan doa, lepas tu solat sunat 2 rakaat.

 "muka depan" masjid untuk masuk ruangan solat.

Sempat bergambar dengan jemaat atau pelajar-pelajar madrasah sebelum meneruskan perjalanan seterusnya untuk mengejar waktu Isya di pekan Phattalung.

 Sempat Isya di Masjid Darul Islam di pekan Phattalung. Dengan masjid ini, maka selesailah hari pertama mencari masjid dan solat bersama Jemaah, setakat ini, Alhamdulillah, semua sempat beriman, bertamam, berjemaah, bersalaman, dan berukhwah.

Letak sini agar ingat, ini lah hotel dimana kami menginap, dekat dengan masjid dan kedai makan muslim. lagi pun ia agak murah dan bilik pun agak selesa.

Hari Kedua

Hari kedua tujuan utama ialah menuju ke Koh Samui sambil cari masjid lagi.

Bermula subuh di masjid Darul Islam iaitu masjid sama yang solat isya semalam. selepas solat bersembang dengan imam, nasib dan bertuah dapat imam yang boleh berbahasa melayu. mengetahui tujuan kami, imam berbesar hati berdoa untuk kami, semoga perjalanan kami diberkati dan mencapai tujuan dengan penuh barakah dan selamat.

  Bersama kami ialah 2 orang ride juga, daripada kelantan... 


 Gambar yang ada banyak cerita di dalamnya....

 Akhir gambar di hadapan hotel, selepas ini kami akan membawa haluan masing-masing, 2 orang terus ke selatan, manakala kami terus ke utara.

 Sebelum teruskan perjalanan, jumpa kedai muslim, isi perut dulu...  makan apa yang ada.

 Untung jumpa juga kedai muslim halal, walaupun gerai, di sini MCo nampak dalam perjalanan ni ada jumpa juga masjid-masjid kecil, jadi boleh di katakan kawasan muslim juga. errmmm tapi malangnya di sini pun penjual tidak boleh bercakap bahasa melayu. 

Ini adalah jalan yang kami makan pagi tu, sebagaimana MCo bagitahu tadi, sepanjang jalan ini Ron Phibun - Hin Tok memang ada masjid-masjid, mengambarkan ada komuniti Islam yang ramai di sini.

 Dalam perjalanan ke Koh Samui, berhenti di Masjid Pusat Islam di Nakhon Si Thammarat ini. Antara masjid moden dan cantik lagi besar, gabungan masjid dan pusat Islam.

 Gambar bukti hadir...hahaha.... 

 Sebagaimana masjid-masjid lain, walaupun se-gah ini, masih tidak menggunakan karpet sebagaimana masjid-masjid di Malaysia. Apa yang MCo jelaskan pada masjid Wadi al-Hussein tu, hanya masjid itu yang kami jumpa berkarpet.

Sebelum berangkat, bergambar dulu... nasib baik ada gambar daripada sahabat-sahabat, kalau daripada hp MCo sahaja, rasa tak larat untuk untuk ambil semua.

Special post daripada MCo, Jentera dan Masjid dengan panorama keseluruhan. yang atas tu gambar dekat menyebabkan tidak nampak sepenuhnya kubah di atas.

Semasa menghala, memang ada niat kalau jumpa gerai jual durian, mahu berhenti... nah dah boleh berhenti makan... tong tong lah 100 baht seorang...

Sibuk Li dan Madi guna google translate dan sedang tawar menawar harga durian. dikatakan 70 baht sekilo, isinya pun agak menawan.

 Tengok isinya. makan 2 ulas sudah cukup kenyang... 

Dapat makan 2 ulas seorang.... fuhh power.... tapi Wan plak tak makan durian... rugi ooo....

Yang tepi sekali tu padan tunjuk je buah durian,makan idaknya...hahaha...itu lah gambaran sebiji durian....agak berbaloi juga lah....

Ini adalah saja aksi selingan sepanjang ride, tak mahu straight sangat, tak ceria kata orang.





































































































































































































































































Lain-lain Gambar


 
 




 

 

 

 

Tips dan Ringkasan

  1. Tukaran pada masa ini RM100 = 760 Baht.
  2. Departure card atau kad putih di Thailand telah dimansuhkan (hampir setahun yang lalu), 
  3. Kenderaan ke Thailand agak ketat, isi borang OT, scan tidak seperti kita pernah pergi ke pekan golok 6 tahun yang lalu... boleh masuk seperti itu sahaja.
  4. Pangkalan Haram sungai Golok di tutup sepenuhnya pada masa ini.
  5. Selatan Thai kaya dengan masjid bersejarah.
  6. Perjalanan daripada Kuala Terengganu ke Koh Samui lebih kurang 800km satu hala.
  7. Panorama indah disempanjang jalan, kalau nak berhenti cari tempat sesuai.
  8. Google translate adalah medium sesuai untuk bercakap, gunakan teknologi yang ada.
  9. kadar petrol - 35.75 perliter untuk RON 97. MCo habis dalam hampir 1000 baht untuk isi minyak dalam Thailand sahaja. (Perjalanan Golok ke Koh Samui dan pulang ke Sg. Golok lebih kurang 1200 km). 
  10. Jentera MCo RT3 dengan full tank 17 liter, isi di malaysia RM30 penuh, di thailand RM70 (600 baht) - lebih kurang.
  11. MCo habis berbelanja kali ini lebih kurang. termasuk makan (kumpul RM100), hotel, minyak, dll. Wajid RM400 semua... kalau termasuk lain-lain RM500.
  12. Pembelian tiket ferry, dari tanah besar ke jetty adalah laluan sama manakala daripada pulau ke tanah besar, pembelian tiket adalah tempat berbeza iaitu sebelum masuk jetty. ada di sekitar jalan utama lebih kurang 200 meter ke laluan utama jetty.
  13. 2 jam perjalanan atas ferry. ferry pun cukup lengkap, tandas, kedai, ruang duduk ber air-cond, dan open air di atas.
  14. Waktu solat ketika ini di Thailand (waktu tempatan) subuh:5.26 pagi, Zohor:12.32 tengahari, Asar: 3.54 petang, Magrib: 6.26 malam dan Isya: 7.34 malam.
  15. Boleh dikatakan zero orang boleh bercakap melayu daripada Phattalung ke Koh Samui.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...