Umrah D.I.Y
Ringkas dan Padat
26 September 2022 hingga 10 Oktober 2022
Perjalanan mengerjakan ibadat Umrah secara sendiri tanpa menggunakan pakej.
Perjalanan MCo bersama Yie Sanah.
Cuma catatan ringkas perjalanan ke Tanah Suci tanpa pakej atau secara D.I.Y
Beli tiket sendiri dengan website tambang murah, harga masa itu dalam RM2,400 plus plus penerbangan pergi dan balik, tetapi transit banyak tempat.
Masa pergi : KL – Chennai – Dubai – Jeddah.
Masa balik: Jeddah – Riyadh – KL (asal penerbangan ialah Jeddah – UEA – India – KL), tetapi penerbangan ada masalah teknikal, terpaksa melalui jalan singkat.
Visa: juga buat sendiri, dalam masa 15 minit lulus setelah buat bayaran online.
Penginapan: menginap di al-Saif hotel, iaitu lebih kurang 1 km ke Masjidil Haram, dan istimewanya ialah boleh masuk ke Masjidil Haram melalui pintu Babussalam. Iaitu pintu Pintu Babussalam (Bab As-Salam) adalah area / pintu yang selalu dilalui oleh Baginda Rosulullah صلى ا لله عليه وسلم untuk ke Masjid Nabawi, dan saat ini menjadi pintu utama untuk jemaah lelaki menyampaikan salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad صلى ا لله عليه وسلم.
Kadar bayaran hotel: 1 hari bersamaan RM120 sebilik, dan ada 4 katil, bermakna RM30 seorang, agak murah tetapi ini adalah waktu bukan musim haji, kalau musim haji RM1,000 untuk 1 katil.
Makan: dalam RM20 – RM30 sehari. Ini pun agak kasar. Untung MCo ada emak saudara 2 orang yang tinggal di Makkah ini (lebih 40 tahun dah), boleh lah tumpang makan di sana…hehehe
Dan kebetulan juga Adik MCo pun juga pergi Umrah DIY ini, tapi dia datang awal 2 minggu. Banyak juga diaorang belanja.
Pengangkutan: kalau nak mengerjakan umrah, biasa pergi Miqat di Masjid Saidatinal Aisyah atau Tanaim. RM50, kalau 4 orang… bahagi 4.
Keadaan di Madinah pun tidak banyak beza dengan Makkah.
Hari pertama sampai, sampai malam terus umrah.Setelah beberapa hari di Makkah, telah selesai umrah, telah bercukur... Alhamdulillah, semoga diterima amalan ini.Adik dan ipar MCo yang banyak membantu kami mengerjakan umrah kali ini, terutama dari segi pengajaran dan pembelajaran serta kaedah mengerjakan umrah, dan juga support banyak benda lain termasuk makan dan penginapan.Mak Tam, mak saudara MCo yang telah menetap di Makkah lebih 40 tahun, beranak pinak di sini, dia lah yang bawa kami jalan-jalan dan kenal tempat2 sambil bercerita, dan bekerja sebagai Mutawifah.Tidak perlu banyak gambar dipaparkan, walaupun banyak dalam simpanan, ramai orang sedia maklum keadaan tempat dan suasan di Makkah ini.Suasana waktu pagi.... biasa kami mengerjakan umrah pergi Tanaim dalam jam 3 pagi... lepas satu pusing umrah hingga bercukur, hingga waktu solat subuh... lepas subuh balik sekejap tidur, sebelum zohor berangkat ke sini lagi.. biasa kami akan berpakaian ihram untuk solat, sebab boleh rapat ke Kaabah. kalau pakai baju biasa kena naik atas.Hanya satu gambar di Madinah... walaupun di sini banyak seribu kenangan...satu gambar banyak menceritakannya, termasuk kaedah nak masuk ke raudah, menggunakan sistem, dan lain-lain...
Burj al khalifah, di Dubai, masa transit sini, ada masa 6 jam untuk penerbangan ke Jeddah, jadi sempat lah bersiar-siar.
Infor da tips ringkas:-
1. Perjalanan pulang seeloknya daripada Makkah direct ke Kuala Lumpur, tidak perlu transit, jika ada barang banyak dan juga air zam zam.
2. negara transit yang perlu visa better buat, walaupun kita call banyak kedutaan kata tak perlu.
3. pergi guna visa pelancong.
No comments:
Post a Comment