WEST SUMATERA RIDE
Tanggal 7 Sept - 11 Sept 2018, bukan pertama kali MCo ride di luar negara tetapi merentas laut ini lah pertama kali... bagi penggemar pemotoran ini... (not just focus on me)... pasti teruja dengan tempat-tempat menarik.
Pada kali ini, Padang, Sumatera Barat, Indonesia menjadi destinasi yang memang tidak kurang hebatnya, dan juga menjadi salah satu destinasi kegilaan para "touring" terutama daripada Malaysia sendiri. Indonesia yang uniknya ialah... banyak daerah, banyak dialek, banyak keturunan, banyak budaya...dan semua itu adalah berbeza dengan setiap tempat dan lokalitinya.
Kali ini seramai 11 orang mengikuti jelajah "West Sumatera" ini...nak dikategori hardcore kerana bertahan dan nekad daripada awal pembukaan penyertaan. Jelajah kali ini hampir 500km dikira berbaloi dan berpada mengikut bilangan hari, dan juga perlu diambil kira dengan persekitaran, dan cuaca pada masa ini.
Perjalanan ini dikira daripada Padang hingga ke Padang pada laluan "arah lawan Jam" iaitu melalui (Secara ringkas) Jalan Solok-Padang, Danau Kembar, Tasik Atas, Tasik Bawah, Jalan Padang - Kerinci, Solok, Jalan Trans Sumatera Muara Bungo, Jalan Sawahlunto - Sijunjung, Jalan Raya Kolok Santur, Jalan Telawi -Batusangkar, Payakumbuh, Bukit Tinggi, Puncak Lawang, kelok 9, Kelok 44, Tasik Manijau, Sungai Geringging, Pariaman - Tiku, Sungai Limau, Jalan Wage Rudolf Supratman, Pantai Kata Pariaman, Jalan Syech Burhanuddin, Padang kembali.
Gambar pembuka pada threat kali ini ialah pada hari pertama 7hb September 2018, tempat yang menjadi antara Landmark Padang. Dalam Gambar adalah:-
Dari kiri depan: Yie Sanah, Oiskan, Cik Tie, Alang Ina, Kuchor, MCo, Fariz, Bani.
Dari Kiri belakang: Babu, Musket, Ustaz Din.
11 orang sudah cukup untuk mewarnai semuanya perjalanan ini.
Secara ringkas itinerary perjalanan kami Ride West Sumatera
Hari pertama 7hb Sept 2018 (Jumaat)
klia-air port padang-tour ngan kereta-Pantai Air Manis (tempat lagenda Malim Kundang) makan tengah hari-sing boar padang panjang-padang-shooping helmet bila ada-hotel-jam 8 keluar makan malam-balik hotel-breafing ride esok
Hari kedua 8hb Sept 2018 (Sabtu)
Hotel-breakfast-ambik moto(moto kumpul kat hotel)-sitinjau laut-kebun teh-tasik atas-tasik bawah-solok-makan tengah hari-silungkang-sawahlunto-hotel-jam 8 makan malam-acara bebas-hotel
Hari ketiga 9hb Sept 2018 (Ahad)
Hotel-breakfast-puncak cemara-coner talawi-batu sangkar-istana pagaruyung-piladang-makan tengah hari-payakumbuh-kelok 9-baso-bukit tinggi-hotel-jam 8 makan malam-acara bebas-hotel-rehat
Hari keempat 10hb Sept 2018 (Isnin)
Hotel-breakfast-jam gadang-lobang jepun-coner sianok-palembayan-puncak lawang-kelok 44-tasik maninjau-makan tengah hari-lubuk basung-pariaman-padang-hotel(serah moto)-jam 8 makan malam(guna kereta)-acara bebas-hotel rehat
Hari kelima 11hb Sept 2018 (Selasa)
Hotel-breakfast-shoping bandar padang-balik hotel-check out-air port-flight malaysia.
Jom, kita berkenalan dahulu dengan kaki kaki rider yang ikut sama dalam menjelajah Padang ini.. semua hebat-hebat belake.
Oiskan - kepala bahagian pantai barat, orang yang bertanggungjawab 'erek' Babu untuk join Ride West Sumatera ini... member MCo sama dengan Mychevyclub.net lagi.
Yie Sanah - person yang selalu join trip MCo walau ke mana sahaja, bukan ride sahaja... belek-belek album... yang ini je ada gambar dia... ok atau tak...terpaksa terima lah gambar ini.
Kuchor - ini lejen.... kalau bab bab basikal, sure tak terlawan... tapi kali ini hardcore join kita orang di Ride West Sumatera... tapi anehnya, orang yang bawa dia untuk join ini tak join, tetapi dia join... salute to him.... orang yang paling "berpengalaman" dalam group kita.
Musket - ini kali kedua katanya.. ini kira roomate MCo sepanjang Ride West Sumatera ini... kalau kali kedua, that mean taraf master dah di Padang.. tengok... MCo dah kata, kalau datang sekali..sure mahu datang lagi... seronok....
Alang Ina - MCo tak tahu banyak sangat tentang dia, tapi dia dah join group kita orang, sebagai sahabat Ride West Sumatera, kalau kira dah ikut join ini, bukan sebarangan juga... dan pernah ride di mana-mana kawasan. hadowww bila ride nampak macam kakak JPJ dah.... hehehe
Cik Tie - kawan kepada Alang Ina, di kira hardcore juga.... pernah ride daripada Malaysia ke Utara Thailand, nyaris masuk ke Laos (tidak dapat masuk ke Laos dengan motor sendiri - RXZ sebab Kerajaan Laos menetapkan motor berkuasa 250cc sahaja dibenarkan masuk ke negara ini). kecik-kecil sporting je ni... boleh bergurau.
Bani - ini dikira kali ke 2 dia ikut "trip" MCo, tapi yang ini lebih hardcore... kalau dia ini boleh bagi thump up... terutama jadi 'cameraman"...hahahaa... eerrmmm tak pandai bawa motor scooter? biasa lah orang harley davidson.... hahahaha
MCo - Seronok duduk di belakang tabir.... thump up tu tanda.. Alhamdulillah Ride West Sumatera berjaya dengan kumpul ahli yang join agak membanggakan.... InsyaAllah next trip... dan Padang repeat.....
Babu - member MCo, Musket, Oiskan... kalau bab bab motor kira master juga.. pernah ride di Mae hong son, Thailand.... alaaa abang pakistan ni.... bergaya lagi hensem.... tak nampak macam orang Malaysia... ahahhaaha
Fariz - Mastermind utama yang menjayakan trip ini... tiada beliau...susah gak nak jalan... kalau bab trip, dia paling berpengalaman... hehehe tak silap orang untuk lantik dia jadi leader dalam Ride West Sumatera ini.... soon... wajib ada dia juga...hahahaha
Ustaz Din - ini trip kedua dia follow MCo untuk ride, first di Mae Hong Song... kali ini Ride West Sumatera, sangat-sangat mengalukan dia join... tapi tak tahan kalau bercakap macam bertih jagung juga.. but steady....
Jom kita kenal plak Tour Guide kita yang humble.... boleh di katakan dia lah sahaja yang buat packej macam ini di Padang...
Idunk - sebagai "lead" yang duk depan sekali... boleh dikatakan tunjuk arah... berbaloi kenal dia... ramah, dan memang berpengalaman di tempat ini...
Doan - Orang jaga belakang sekali... mana tahu ada ahli yang tertinggal, dia lah yang akan "kutip".... ni kira assistant kepada Idonk...
Surya - Bertindak sebagai sweeper... pergi depan, pergi belakang... tapi dia tak join sepenuhnya... berakhir di Sawahlunto sahaja... tapi kalau dah bawa motor memang laju.... fuhhh power..
Hari Pertama 7 Sept 2018 (Jumaat)
Santai di Padang, melawat Masjid Raya Sumatera Barat, ke Pantai Air Manis (kisah Malim Kundang yang di sumpah jadi batu sebab derhaka kepada ibunya), hari ini tidak banyak sangat aktiviti, cuma shopping helmet dan pusing-pusing sekitar kota.
Gambar2 aktiviti hari pertama.
Hari Pertama yang menjadi Trademark kepada Padang... di sepanjang Jambak Sand Beach. tapi yang tepatnya ialah di Padangan Panorama Sunset di Pantai Padang.
Ni gambar kombinasi gambar pertama itu... kalau tak bergambar di sini... macam tak sampai lah di Padang... so snap berkeping keping untuk kenangan.
Yang ni terang sikit gambar...
Restoran nasi padang pertama, Lamun Ombak pada hari pertama sampai di Padang... dan tunggu lah selepas ini... pagi petang siang malam lah nasi padang...hingga balik Malaysia nanti... samada dah muak makan nasi padang atau rasa rindu pada Padang, Sumatera.
Ready untuk makan... biasa lah...sebelum makan bergambar dulu... Bismillah kemudian...hahaha..
Sebelum check in hotel, kita orang kunjungi dulu ke Pantai Air Manis...iaitu tempat lagenda kisah Si Malim Kundang (sama kisah dengan Si Tanggang)... iaitu yang di sumpah jadi batu.. gambar tu, ialah tiket untuk masuk ke area pantai tersebut bersama parkingnya sekali.
Bergambar di jambatan menghubung kawasan wisata tersebut... kalau tengok belakang MCo tu.. (tempat yang ada gerai2 tu) di situ lah tapak di mana Malim Kundang yang di sumpah menjadi batu.... dan kesan-kesan kapal.
Menurut cerita inilah Malim Kundang yang telah di sumpah oleh ibunya menjadi batu akibat menderhaka kepada ibunya. Gambar: nampak batu se akan-akan orang.. kepala, tangan, punggung yang posisinya "bersujud" memohon ampun pada ibunya.... kisahnya...
MCo pun bergambar dengan batu itu... di katakan tempat ini dah banyak kali di tengelami air, dan lumpur... sebab tu dah jadi tak nampak rupa...dahulu di katakan nampak jelas "pembentukan orang" batu ini.
Pantai Air Manis ini sebenarnya besar dan panjang... maka perkhidmatan pengangkutan ini pandu sendiri disediakan dengan kadar bayarang 100,000 rupiah untuk satu jam.
Sekeping gambar Pok Ku... untuk kenangan di Pantai Air Manis... dengan berlatarbelakangkan pantai... trivia pada Engku Besar.
Hari Kedua 8 Sept 2018 (Sabtu)
Sepanjang Ride West Sumatera, kalau ada tempat yang cantik, tempat yang jadi landmark, trademark, kami berhenti untuk bergambar dan sebagai "tanda" check point.
kemahh Ust. Din... berlatar belakangkan Tasek Atas....
MCo pun nak juga sekeping... sebagai kenangan di Tasek Atas....
Kombinasi...Jalan di persisiran Tasek Bawah... jalan satu lorong (boleh dikatakan)... bangunan tepi.... sebelah kanan ialah Tasek... MCo nak selfie tapi dah ada yang candid snap di sini. Daripada gambar atas.... sebelah tasek itu... ada juga orang bercucuk tanam secara komersial macam ini... dipercayai pokok bawang... dalam gambar, Fariz, Cik Tie, Tour guilde kita.. Doan, dan Alang Ina.
MCo dengan Alang Ina dan Cik Tie... bergambar berlatar belakangkan Tasek Bawah.... kalau siap pakai helmet gini... waktu kecederaan nak jalan dah ni...
Tasek Bawah.... Tengok air yang tenang... tiada sikit pun "kocakan" atau wave...
dikatakan penduduk tempatan pun tak berani nak buat sebarang "aktiviti" di tasik ini.... di sini kami hanya lalu sahaja dan berhenti sejenak untuk bergambar.
Perjalanan hari kedua ini... diselami hujan dan panas... kami sampai di Sawahlunto agak petang juga..dan menginap di Parai City Garden Hotel... berehat untuk next day ride.
Hari Ketiga 9 Sept 2018 (Ahad)
Selepas sarapan... dah kena mula bersiap.. masa ini memang tidak boleh main-main. Perjalanan kali ini daripada Sawahlunto ke Bukit Tinggi...jarak ialah dalam 85km kalau jalan normal dan mengambil masa 2jam lebih... tapi kami tak lah 2 jam sahaja... sebab kami melencong dulu ke Kelok Sembilan...dan melalui Telawi, dan Istano Beso Pagar Ruyong, Paya Kumbuh ke Bukit Tinggi menjadikan jarak perjalanan kami ialah 150km (plus minus) dan kalau masa normal ialah hampir 5 jam.
Tapi perjalanan kami lebih daripada 5 jam kerana beberapa faktor... iaitu hujan, dan banyak berhenti... kami sampai hotel di BukitTinggi pun dah malam sangat.
Pagi Team Ride West Sumatera dengan Surya Cutut... salah seorang marshall kitaorang... sebenarnya dia ikut daripada Solok lagi... dan dia guild sampai Sawah Lunto ini sahaja... Sempat bergambar dengan Jalur Gemilang dan banner Surya ni.
Bergambar dengan jentera masing-masing sebelum meneruskan perjalanan ke Bukit Tinggi.
Sebelum meneruskan perjalanan... kita akan tengok panorama di puncak Cemara.
Bawah Puncak Cemara tu... berhenti sejenak di Muzium keretapi Kota Sawahlunto ini... kebetulan ada budak-budak situ.. terus ajak bergambar.
Sementara bergambar... MCo pun tunjuk lah kat budak2 gambar yang telah di ambil tu.. tapi sorry lah..tak dapat nak buat kenangan pada kanak-kanak tersebut.... untuk simpanan MCo, dan biarlah blog ini menjadi catatanya.
Post istemewa buat Alang Ina... di Muzium Keretapi Sawahlunto.
ok... jom dah bergambar di stesen keretapi ini... kita nak pergi ke puncak Cemara pula.... jalan berliku.. di sini hanya gambar... kalau video kena tengok youtube lah...
Puncak Cemara... tempat orang melihat panorama seluruh kota Sawahlunto... dan tempat orang bersantai...agak menarik permandangan di sini... tapi laluan untuk sampai ke puncak ini agak berliku juga...
Bayaran untuk masuk mana2 wisata atau mana-mana tempat berbayar adalah termasuk di dalam pakej... jadi tak perlu bimbang sangat... walaubagaimana pun... kadar bayaran masuk tu...tak lah mahal sangat..kalau 6,000 rupiah tu... lebih kurang dalam RM1.80 je...
Bawah ni semua gambar MCo....
Bagus dah sampai sini.. next time InsyaAllah kalau ada rezeki.
Pandai snap picture... sure akan nampak menarik... tapi ini ala kadar je.
ini bukan just focus pada MCo tetapi pada pandangan belakang... apa yang MCo sebut tadi ialah... panorama kota Sawahlunto boleh terlihat di Puncak Cemara ini.
Sebab blog ini satu-satu album MCo yang di kira hardcore.. maka banyak lah gambar MCo di sini.. MCo kurang untuk upload gambar di Facebook kerana terlampau ramai yang tengok dan blog ini lebih privacy.
Ambil lah satu gambar Cik Tie... sengaja ambik gambar candid dan random yang termuat dalam blog ini.
Tak ketinggalan untuk Bani...
Ok...get ready... destinasi seterusnya ialah Makan.... hahaha.... tak lah.. check point seterusnya ialah ke Istano Beso Pagar Ruyong..akan melalui wilayah Telawi.
Bergambar last dengan Surya Cutut... sebab setakat ini je dia jadi marshall kitaorang...
selepas makan dia dah cau.
Yeah... dah sampai Istana Besar Pagar Ruyong, yang menjadi tema pada baju Ride West Sumatera kitaorang.
Inilah Istana Beso Pagar Ruyong..yang dikatakan mempunyai kesinambungan dengan Istana Sri Menanti di Negeri Sembilan... rekabentuk yang sangat unik, rekaan di zaman silam... dan dikatakan istana ini bukan yang asli lagi... kerana yang asli telah musnah terbakar... dan ini adalah yang ketiga...yang pertama dan kedua terbakar....
Pandangan depan Istana Beso Pagar Ruyong...
Di hadapan Istana ini ada juga maskot..kalau nak bergambar boleh tapi kena bayar lah... berapa kos tak tahu lah... boleh je bergambar untuk kenangan.. bayar sikit sikit tak apa...janji rezeki diaorang... kalau jumlah melampau boleh lah fikir dua kali...tapi MCo rasa tak lah mahal sangat... kalau niat sedekah untuk dia cari rezeki... kira dah beruntung dua belah pihak...just my 2cent...
Bergambar ramai-ramai depan Istana Besar Pagar Ruyong... hah...sekarang bersama taiko besar di Pagar Ruyong plak... dia plak yang guild kami... iaitu Vico Rusvico and the gengs.
Begini lah keadaan Istana Besar Pagar Ruyong yang tak kering dengan pengunjung... yang unik sini, boleh masuk dalam tanpa bayaran... bayaran untuk sumbangan sahaja.... memang menjadi tumpuan istana ini.
Pandangan sisi belakang Istana ini....
Rekabentuk dalam istana... mempunyai 3 tingkat...
Ukiran pada dinding istana...
Seluruh dinding semua ukiran seperti ini.. walaupun ia bukan lagi asli, tetapi MCo percaya... rekabentuk dan corak maybe seakan sama asal, atau copy terus....
ni kira tiang seri terlalu banyak pada istana dengan kekuatan sokongan buatannya.
Termenung menunggu sidia kot..hehehehe
Bergambar dengan 'replika' Pembesar 4....
yeah.... MCo dah sampai sini... kelok 9 jalan baru...tu sedang tunjuk tu....
Bani dengan possing istimewa... hari selepas hujan... gambar tanpa edit... hari mendung tak nampak clear sangat.
Oiskan pun tak mahu ketinggalan...satu poss kat sini...
Babu dalam posisi lain dengan panorama lain...hahaha...sibuk cari line internet ke bang? hahaha... (sekitar jalan ini ada gerai jualan, menandakan kawasan ini memang menjadi tumpuan pelancong).
Ust. Din dengan gaya yang sama kitaorang...hehehe, sebab tempat ini je boleh dapat angle seperti ini...
Hari Keempat 10 Sept 2018 (Isnin)
Merupakan hari terakhir kami ride dan agak mencabar, jarak daripada Bukit Tinggi ke Padang melalui Puncak Lawang, Kelok 44, Sungai Limau, Kota Pariaman, Pantai Pariaman Tengah dan hotel Padang (Plan B hotel), dengan jarak 176km lebih kurang dan mengambil masa yang normal lebih daripada 5 jam.
Gambar map permulaan pada hari ke 4 Ride West Sumatera ini... iaitu map pada jalan Kelok 44.... cuma ralat sebab tak sempat snap gambar jalan ini... sebab itu sekadar map.. tengok lah keadaan jalan... jalan menurun daripada puncak lawang ke Tasik Maninjau... kejar masa dan tidak pick stop untuk berhenti ambik gambar...masing-masing laju untuk kejar masa....
Tengok map kelok 44 yang berliku, lebih hardcore daripada Mae Hong Song, Thailand.
Check point pertama selepas keluar hotel untuk ride ialah Tanah Panorama & Lobang Japan di Bukit Tinggi.
Serba ringkas, Lobang Japan ini ialah di mana terowong atau pejabat yang dilengkapi beret tentera, bilik meeting, bilik strategi, cukup lengkap dengan kelengkapan kehidupan. Ia merupakan peninggalan perang dunia ke 2 dan menjadi sejarah buat penduduk Indonesia khasnya di Padang ini.
Pintu masuk utama ke Lobang Japan dan Panorama.
kalau tak ada tanda arah macam ini mudah lah untuk panduan ketika ada dalam kawasan ini.
Salah satu permandangan daripada taman Panorama...
Kadar bayaran masuk ke Tanah Panorama dan Lobang Japan ini... tapi semua fee masuk ini termasuk dalam pakej dah...
Bunting yang mengalu-alukan kedatang pelancong....
kami hanya diperuntukan 15 minit sahaja di kawasan ini.. memandangkan ride panjang hari ke 4 ini... semua lawatan serba ringkas... tangga yang turun ke Lobang Japan... agak dalam. Pandangan daripada atas
Pandangan daripada bawah ke atas...
Ini gambaran lebih jelas... pandangan daripada atas...kena turun banyak anak tangga.
Laluan utama dalam torowong (Lobang Japan) yang dalam pembaikpulih.
Sangat luas di dalam... dengan pengudaraan yang baik.
Setiap Lobang mempunyai ruang-ruang seperti bilik... gambar di atas adalah kawasan bagi askar, dimuatkan katil-katil.
mempunyai banyak bilik-bilik seperti ini.
pada masa ini...kebanyakan bilik-bilik sedang dalam proses baikpulih...
Dapur, area penyelidikan...malah tempat pancung orang pun ada dalam torowong ini.
Destinasi kami seterusnya ialah ke Puncak Lawang... tempat yang paling indah dalam Ride West Sumatera ini...
Panorama indah di Puncak Lawang yang memang tak boleh di gambarkan dengan kata-kata.. jika datang sini baru tahu nikmat bagi orang-orang yang menghargai keindahan alam di bumi Padang ini.
Bila jiwa bersatu dengan alam.. akan nampak lebih keindahan... chewwahhh... sengaja ambik gambar Cik Tie ini... nampak panorama yang menarik.
Ni kira Check point pertama bila sampai ke Puncak Lawang ini.. bergambar dahulu...beberapa minit sahaja....
MCo pun tak lepaskan peluang untuk snap satu poss di sini...hehehe
Di puncak utama... (Agam-Tanjung Raya)...di sini cukup lengkap keperluan... tandas, gerai makan, gerai souvenir, tempat bergambar dan lain-lain.
di cipta khas untuk bergambar....
Sibuk Bani kali ini...jadi camera man... asyik sedang ambik gambar Kuchor... MCo tak berpeluang ambik gambar di sini.
Bergambar sebelum turun daripada puncak Lawang ke Kelok 44
Bergambar di Lubuk Basung... selepas pusing Tasik Maninjau dan tamat dah kelok 44
Masing-masing ada yang santai... isap rokok... check line intenet... dan ada yang bergambar.... berlawak jenaka pun ada....
Ok...ready dah nak jalan..... destinasi seterusnya ialah ke Kota Pariaman.
Padang Pariaman - Koto Timur....pintu gerbang untuk masuk wilayah Kota Pariaman seolah-olah mengalukan kedatang kami...
bergambar Ust. Din tak mahu lepaskan peluang... at least ada bukti beliau dah sampai sini.
MCo tumpang selfie Yie Sanah..yang berlatar belakangkan pintu gerbang ini.... Dikatakan bahawa kota ini...tiada warga asing terutama yang berketurunan cina tinggal atau membuka perniagaan di sini.
Pantai Pariaman Tengah...tempat kami berhenti makan... menghadap Selat Mentawai
Pelbagai Ragam Sepanjang Ride West Sumatera (Random)
Malam di Bukit Tinggi... selepas pergi makan... pergi dengan Grab balik jalan kaki.. MCo pula xde selipar pada ketika itu...hadoow.w... bergambar berlatar belakang Jambatan Limpapeh.
Dalam Lobang Japan... Cik Tie, MCo, Musket, Kuchor, Ust. Din dan Babu...
Di Pintu utama ke Lobang Japan... sedang tengok apa tu? sentuhan Bani....
Musket... special poss di Puncak Cemara.
MCo dan Kuchor... sibuk duk promosi minyak panas dia... tapi panas...letak belakang MCo pun dia tolong sapukan... sejuk-sejuk tak rasa dingin sangat.... di Kelok 9.
Cik Tie dan Alang Ina bergambar dengan Vico... di Istana Besar Pagar Ruyong.
Entah apa yang disembangkan oleh dua orang ini... hehee... berhenti sejenak... ambil peluang bertanya kalau tak tahu..hehehe....
Puncak Cemara..untuk lihat panorama sekitar kota Sawahlunto... Cik Tie, Alang Ina dan Fariz.
Oiskan...di Kelok 9... potrait mode iphone... ehehehe
Puncak Cemara... Idonk tutup muka macam, tetap di kenali orang kalangan kami..hehehe
sementara tunggu Oiskan, Babu, dan Musket entah ke mana... kami bergambar dahulu...dah nak gerak ke destinasi seterusnya ni...
ok..dah sedia nak gerak ni...
Bawah sana lah terletak Lobang Japan.. mai lah turun apa yang ada.... di Taman Panorama...
Jom turun...sementara tak ramai orang hari ini.....
Salah satu permandangan biasa di sekitar Padang... sawah padi yang menghijau... menarik...
Bukit Tinggi... kereta kuda kalau di Lombok dengan pony... di panggil Cidomo....
Bersahaja.... buat apa tu Bani? di Kelok 9...
Rumah tradisional... nampak usang tapi unik
Atas puncak Lawang....boleh bersantai dan beristirehat... boleh nampak awan lalu depan mata.
Barisan motor ride kami dan para marshall...di Pagar Ruyong Castle...
Solok.. hari pertama..check point pertama bergambar....
Pandangan daripada tingkap, di tingkat 2 Istana Besar Pagar Ruyong....
Peace daripada kami Cik Tie dan Alang Ina.... kami dah sampai sini..anda bila lagi?
Selamat datang...selamat meng"explore" tanah kami.. Solok to Sawahlonto.
Kelok 9 and MCo.... gambar di ulang-ulang....
Hari pertama 7 hb singgah di Masjid Raya Sumatera...rasa dahaga.. kebetulan ada jual cendol ini... beli lah..sedapp.... sebijik rasa macam di Malaysia....
Gambar yang di ulang-ulang cuma beza di sini ialah gambar ini ada Bani...kebanyakan gambar dia sorang je tercicir... hehhee... tapi kali ini Oiskan pula tak ada....
Salah satu permandangan... ketika turun selekoh puncak Lawang....
akhirnya baju ini akan jadi lagenda.... Ride West Sumatera...
Gambaran nyata separuh daripada Kelok 9
alaaaahhh adik..salah tunjuk jari tu... hahahaa kanak kanak di Muzium keretapi Sawahlunto.
Babu.... candid yang memuaskan..hehehe
Kuchor yang memang mencuri tumpuan Bani dan Yie Sanah yang suka menyangkat...hahaha... ada gaya tersendiri buat orang terhibur.
Sentuhan Bani... Vico dan team kami.. Cik Tie dan Alang Ina
Kanak-kanak yang menjual kuih, ketika kami berhenti di Tasik Atas....sementara tunggu hujan berhenti.
cheear and peace....
Ketika berada di Istana Beso Pagar Ruyong... ada je bergambar bersama-orang yang memakai baju tradisional ni...tetapi MCo tak tahu... samada orang awam atau orang yang memang bekerja di situ.
Idonk marshall kita bersama dengan Fariz, Alang dan Cik Tie... masa berhenti hujan di Tasik Atas.
Musket di hotel Bukit Tinggi... Lima's Hotel
haiii mereka berdua yang banyak jadi tumpuan...sebab kira hardcore juga kerana hanya dia dua orang sahaja wanita yang join Ride West Sumatera ini....
MCo snap picture di Puncak Cemara, Sawahlunto...
Pintu Gerbang masuk ke Kota Pariaman....
first day.... bergambar sakan di Tasik Atas....
Idonk... lead marshall.... just for your lead....
Bergambar cukup korum di Muzium Keretapi Sawahlunto.... from left: Bani, Babu, Oiskan, MCo, Alang Ina, Ust.Din, Musket, Fariz, Kuchor dan Cik Tie.
Ok jom gerak... hari dan nak sore ni....
Firstday masa mula sampai di Padang... Idonk sebagai ketua guild kita...singgah beli simcard dahulu... cheer sama Alang dan Cik Tie.
Selfie dulu apa-apa pun sebelum makan nasi padang ni.... makan sampai muntah lah nasi padang tiap-tiap hari...hehehe
amboi... santai..biasa Bani lah yang jadi mangsa sebagai camera man...
Masing-masing nampak penat dah.... banyak sangat bergambar jadi nak senyum pun dah x larat...hehehe...
baru sampai airport Minangkabau.... masa ni masih ceria semua...tak sabar nak ride ni...tapi first day ni... aktiviti bebas dulu..... relax2...refresh tenaga....
nice...good.... thump up... Tasik Atas.... hari pun baru lepas hujan...
bergambar dengan anak-anak Sawahlunto...di Muzium keretapi....
Welcome to Kota Pariaman.... hari dah tengahari....jam pun dah menunjukan pukul 2.30pm
kanak-kanak dengan anak musang di Puncak Cemara
Selamat Datang ke Tanah Minang... lebih kurang... mengalu-alukan pelancong....
Sehari sebelum ride... singgah beli helmet dahulu...mana ada yang berkenan... hahaha tengok Kuchor...sibuk dengan hp dia.... orang lain sibuk dengan aktiviti lain...
antara helmet yang di jual di sini...
MCo bergambar di jalan yang ada sign Padang tu....
Pantai Air Manis... di mana ada batu Malim Kundang...
Oiskan... tulis partner dia sebilik.... sepanjang Ride West Sumatera...
Hotel pertama... Rang Kayo Basa.. macam maksud Hotel Orang Kaya Besar....
sementara tunggu lampu hijau...boleh sembang-sembang... snap picture... ni baru beberapa kilometer daripada hotel... dah start vroommm dah... dengan pilihan motor...ada scooter dan ada ber clutch
masing-masing sibuk dengan aktiviti masing bila jumpa tempat berhenti bergambar....
Nak lah satu di sini.... koleksi album gambar.
Tasik Bawah....
Berhenti di Masjid.... bukan untuk solat..tapi untuk qadar hajat...hehehe, tapi jangan risau... kalau nak solat... boleh berhenti banyak masjid di sini sepanjang Ride West Sumatera ini...tidak seperti di Thailand Utara.
Pantang berhenti...terus je bergambar dan bersnap selfie
welcome to Sawahlunto
Ambik post istimewa ini buat MCo... di sign Sawahlunto
jam...dah pukul 5 petang... dah sampai sini... pukul berapa lah nak sampai hotel ni...
bila zoom out daripada gambar atas tu....
sempat selfie kat stesen keretapi untuk terus ride ke Puncak Cemara.
Turun daripada Puncak Cemara... adalah berhenti sekejap kat terowong ini....
Tugu Telawi... sementara tunggu yang rider lain isi minyak...kami di sini bergambar dahulu... seterusnya ke Istana Besar Pagar Ruyong...tapi akan melalui Telawi.
Bergambar sebahagian yang ada.....
Istana Beso Pagar Ruyong .... snap sebelah sisi kanan (belakang)
sebelah sisi depan pulak...
Selamat tinggal Sawahlunto...ada rezeki berjumpa lagi....
Sebelum turun berpeluh peluh turun beratus anak tangga di bawah tu...baik bergambar dulu...sebelum muka ceria hilang seri nya...hahaha
Sungai di Lubuk Basung.... jernih...boleh je kalau nak mandi kalau tak malu...
Jalan merentasi sungai ini...Agam ke Lubuk Basung... MCo, Alang dan Cik Tie..
Pantai yang menghadap Selat Mentawai, Pantai Kota Pariaman... Jalan SM Abidin....
pantai berhenti di traffic light...hhehehe
Ni bukan masa nak balik..tapi masa baru sampai... berlatar belakangkan bangunan lapangan terbang Minangkabau...
Antara Jalan-Jalan yang di lalui
Tasik Bawah..Solok - Danau Kembar (8 sept 2018) 3.22 pm
kota Sawahlunto - Barangin (8 sept) 6.05pm
Padang Pariaman - Ulakan Tapakis (10 sept 2018) 4.21pm
Pariaman Selatan (10 sept 2018) 3.59pm
Padang Pariaman - Ulakan Tapakis - 10 sept. 4.14pm... jalan lencongan.
Pariaman Tengah - 3.57pm
Agam - Tanjung Raya (10 sept) 12.57pm selepas turun Kelok 44
12.51pm Agam - Tanjung Raya
Solok - Lembang Jaya
Lain-Lain Gambar
Berhenti di stesen minyak...boleh singgah solat dulu...
Marshall tempatan... daripada Sawahlunto untuk ke Bukit Tinggi... dia guild sekerap jalan sahaja....
Photo map dalam hp MCo...yang menarik...bila dah snap gambar.... terus terlekat pada map di dalam hp ni... mudah nak cari lokasi kan...
483.80km ini lah perjalanan sebenar kami Ride West Sumatera yang disukat dengan motor ini.... dalam purata 160km sehari ride....
Apa yang dijumpai sepanjang ride di West Sumatera ini...ada yang sempat di snap, ada yang tidak...ini adalah bawang.... untuk komersial...
Tengok dekat lagi...
Grabike... di Malaysia tiada...di Indonesia ada... setiap orang yang buat Grabike ni kena pakai baju seperti ini... sempat sembang-sembang dengan mereka....
antara helmet yang dijual di Padang.
kuih-kuih Padang
Satay Minangkabau
Teh Telor..... kata orang memang sedapppppp
Salah satu panorama yang di snap sepanjang Ride Wes Sumatera... kalau kira banyak sangat yang cantik-cantik....
sweet dan nice... dengan kanak-kanak yang jual kuih tu...Tasik Atas di Danau Kembar.
Apa yang disembang oleh mereka ini? asyik je....
Sebagaimana tips yang lepas-lepas.. jika menginap di hotel, jangan lupa ambil ini satu sebagai panduan jika keluar dari hotel bersiar-siar... takut sesat je....
Rumah tradisional di Padang...
Yang ini lagi kuno...hehehe... ini tandas yang di bawah ini adalah alur air.... kalau melabur terus masuk dalam... dengan tiada pintu setiap slot... terbuka semacam itu je... samada selera atau tidak.. begini lah keadaannya.
sign... Minangkabau International Airport.... Minangkabau? apa maknanya? ada orang kata... bertarung kerbau... Menang si Kerbau...
Snap daripada flight.. ready depart to Kuala Lumpur....
IDP... Lesen Memandu Antarabangsa... cara nak pohon, pergi je JPJ... RM150 untuk setahun... kalau di Thailand tak perlu pun...tapi di Indonesia kena berjaga-jaga sahaja lah.... kalau setiap bulan ride luar negara...berbaloi buat ini.
Tips dan info
Kos ride west sumatera indonesia 4n5d Secara kasar
Minimal 6 orang
Perhead 5jua rupiah
Pilion(pasangan)
Include:
#sewa kereta day 1 and last day
#sewa motor 3 hari (motor clucht 200cc dan 150cc/moto scooter 150cc mana suka sesuai permintaan)
#kos hotel 4 malam(sebilik 2 orang) *3/*4
#kos guide
#makan 4 hari(makan tengah hari dan makan malam)
#minyak motor selama ride
#tiket lawatan
Exclude:
#tiket flight pegi balik
#safety ride(jacket/glove)
#tali ikat beg atas motor
#coffe break selama ride
Tanggal 7 Sept - 11 Sept 2018, bukan pertama kali MCo ride di luar negara tetapi merentas laut ini lah pertama kali... bagi penggemar pemotoran ini... (not just focus on me)... pasti teruja dengan tempat-tempat menarik.
Pada kali ini, Padang, Sumatera Barat, Indonesia menjadi destinasi yang memang tidak kurang hebatnya, dan juga menjadi salah satu destinasi kegilaan para "touring" terutama daripada Malaysia sendiri. Indonesia yang uniknya ialah... banyak daerah, banyak dialek, banyak keturunan, banyak budaya...dan semua itu adalah berbeza dengan setiap tempat dan lokalitinya.
Kali ini seramai 11 orang mengikuti jelajah "West Sumatera" ini...nak dikategori hardcore kerana bertahan dan nekad daripada awal pembukaan penyertaan. Jelajah kali ini hampir 500km dikira berbaloi dan berpada mengikut bilangan hari, dan juga perlu diambil kira dengan persekitaran, dan cuaca pada masa ini.
Perjalanan ini dikira daripada Padang hingga ke Padang pada laluan "arah lawan Jam" iaitu melalui (Secara ringkas) Jalan Solok-Padang, Danau Kembar, Tasik Atas, Tasik Bawah, Jalan Padang - Kerinci, Solok, Jalan Trans Sumatera Muara Bungo, Jalan Sawahlunto - Sijunjung, Jalan Raya Kolok Santur, Jalan Telawi -Batusangkar, Payakumbuh, Bukit Tinggi, Puncak Lawang, kelok 9, Kelok 44, Tasik Manijau, Sungai Geringging, Pariaman - Tiku, Sungai Limau, Jalan Wage Rudolf Supratman, Pantai Kata Pariaman, Jalan Syech Burhanuddin, Padang kembali.
Gambar pembuka pada threat kali ini ialah pada hari pertama 7hb September 2018, tempat yang menjadi antara Landmark Padang. Dalam Gambar adalah:-
Dari kiri depan: Yie Sanah, Oiskan, Cik Tie, Alang Ina, Kuchor, MCo, Fariz, Bani.
Dari Kiri belakang: Babu, Musket, Ustaz Din.
11 orang sudah cukup untuk mewarnai semuanya perjalanan ini.
Secara ringkas itinerary perjalanan kami Ride West Sumatera
Hari pertama 7hb Sept 2018 (Jumaat)
klia-air port padang-tour ngan kereta-Pantai Air Manis (tempat lagenda Malim Kundang) makan tengah hari-sing boar padang panjang-padang-shooping helmet bila ada-hotel-jam 8 keluar makan malam-balik hotel-breafing ride esok
Hari kedua 8hb Sept 2018 (Sabtu)
Hotel-breakfast-ambik moto(moto kumpul kat hotel)-sitinjau laut-kebun teh-tasik atas-tasik bawah-solok-makan tengah hari-silungkang-sawahlunto-hotel-jam 8 makan malam-acara bebas-hotel
Hari ketiga 9hb Sept 2018 (Ahad)
Hotel-breakfast-puncak cemara-coner talawi-batu sangkar-istana pagaruyung-piladang-makan tengah hari-payakumbuh-kelok 9-baso-bukit tinggi-hotel-jam 8 makan malam-acara bebas-hotel-rehat
Hari keempat 10hb Sept 2018 (Isnin)
Hotel-breakfast-jam gadang-lobang jepun-coner sianok-palembayan-puncak lawang-kelok 44-tasik maninjau-makan tengah hari-lubuk basung-pariaman-padang-hotel(serah moto)-jam 8 makan malam(guna kereta)-acara bebas-hotel rehat
Hari kelima 11hb Sept 2018 (Selasa)
Hotel-breakfast-shoping bandar padang-balik hotel-check out-air port-flight malaysia.
Jom, kita berkenalan dahulu dengan kaki kaki rider yang ikut sama dalam menjelajah Padang ini.. semua hebat-hebat belake.
Oiskan - kepala bahagian pantai barat, orang yang bertanggungjawab 'erek' Babu untuk join Ride West Sumatera ini... member MCo sama dengan Mychevyclub.net lagi.
Yie Sanah - person yang selalu join trip MCo walau ke mana sahaja, bukan ride sahaja... belek-belek album... yang ini je ada gambar dia... ok atau tak...terpaksa terima lah gambar ini.
Kuchor - ini lejen.... kalau bab bab basikal, sure tak terlawan... tapi kali ini hardcore join kita orang di Ride West Sumatera... tapi anehnya, orang yang bawa dia untuk join ini tak join, tetapi dia join... salute to him.... orang yang paling "berpengalaman" dalam group kita.
Musket - ini kali kedua katanya.. ini kira roomate MCo sepanjang Ride West Sumatera ini... kalau kali kedua, that mean taraf master dah di Padang.. tengok... MCo dah kata, kalau datang sekali..sure mahu datang lagi... seronok....
Alang Ina - MCo tak tahu banyak sangat tentang dia, tapi dia dah join group kita orang, sebagai sahabat Ride West Sumatera, kalau kira dah ikut join ini, bukan sebarangan juga... dan pernah ride di mana-mana kawasan. hadowww bila ride nampak macam kakak JPJ dah.... hehehe
Cik Tie - kawan kepada Alang Ina, di kira hardcore juga.... pernah ride daripada Malaysia ke Utara Thailand, nyaris masuk ke Laos (tidak dapat masuk ke Laos dengan motor sendiri - RXZ sebab Kerajaan Laos menetapkan motor berkuasa 250cc sahaja dibenarkan masuk ke negara ini). kecik-kecil sporting je ni... boleh bergurau.
Bani - ini dikira kali ke 2 dia ikut "trip" MCo, tapi yang ini lebih hardcore... kalau dia ini boleh bagi thump up... terutama jadi 'cameraman"...hahahaa... eerrmmm tak pandai bawa motor scooter? biasa lah orang harley davidson.... hahahaha
MCo - Seronok duduk di belakang tabir.... thump up tu tanda.. Alhamdulillah Ride West Sumatera berjaya dengan kumpul ahli yang join agak membanggakan.... InsyaAllah next trip... dan Padang repeat.....
Babu - member MCo, Musket, Oiskan... kalau bab bab motor kira master juga.. pernah ride di Mae hong son, Thailand.... alaaa abang pakistan ni.... bergaya lagi hensem.... tak nampak macam orang Malaysia... ahahhaaha
Fariz - Mastermind utama yang menjayakan trip ini... tiada beliau...susah gak nak jalan... kalau bab trip, dia paling berpengalaman... hehehe tak silap orang untuk lantik dia jadi leader dalam Ride West Sumatera ini.... soon... wajib ada dia juga...hahahaha
Ustaz Din - ini trip kedua dia follow MCo untuk ride, first di Mae Hong Song... kali ini Ride West Sumatera, sangat-sangat mengalukan dia join... tapi tak tahan kalau bercakap macam bertih jagung juga.. but steady....
Jom kita kenal plak Tour Guide kita yang humble.... boleh di katakan dia lah sahaja yang buat packej macam ini di Padang...
Idunk - sebagai "lead" yang duk depan sekali... boleh dikatakan tunjuk arah... berbaloi kenal dia... ramah, dan memang berpengalaman di tempat ini...
Doan - Orang jaga belakang sekali... mana tahu ada ahli yang tertinggal, dia lah yang akan "kutip".... ni kira assistant kepada Idonk...
Surya - Bertindak sebagai sweeper... pergi depan, pergi belakang... tapi dia tak join sepenuhnya... berakhir di Sawahlunto sahaja... tapi kalau dah bawa motor memang laju.... fuhhh power..
Hari Pertama 7 Sept 2018 (Jumaat)
Santai di Padang, melawat Masjid Raya Sumatera Barat, ke Pantai Air Manis (kisah Malim Kundang yang di sumpah jadi batu sebab derhaka kepada ibunya), hari ini tidak banyak sangat aktiviti, cuma shopping helmet dan pusing-pusing sekitar kota.
Gambar2 aktiviti hari pertama.
Hari Pertama yang menjadi Trademark kepada Padang... di sepanjang Jambak Sand Beach. tapi yang tepatnya ialah di Padangan Panorama Sunset di Pantai Padang.
Ni gambar kombinasi gambar pertama itu... kalau tak bergambar di sini... macam tak sampai lah di Padang... so snap berkeping keping untuk kenangan.
Yang ni terang sikit gambar...
Restoran nasi padang pertama, Lamun Ombak pada hari pertama sampai di Padang... dan tunggu lah selepas ini... pagi petang siang malam lah nasi padang...hingga balik Malaysia nanti... samada dah muak makan nasi padang atau rasa rindu pada Padang, Sumatera.
Ready untuk makan... biasa lah...sebelum makan bergambar dulu... Bismillah kemudian...hahaha..
Sebelum check in hotel, kita orang kunjungi dulu ke Pantai Air Manis...iaitu tempat lagenda kisah Si Malim Kundang (sama kisah dengan Si Tanggang)... iaitu yang di sumpah jadi batu.. gambar tu, ialah tiket untuk masuk ke area pantai tersebut bersama parkingnya sekali.
Bergambar di jambatan menghubung kawasan wisata tersebut... kalau tengok belakang MCo tu.. (tempat yang ada gerai2 tu) di situ lah tapak di mana Malim Kundang yang di sumpah menjadi batu.... dan kesan-kesan kapal.
Menurut cerita inilah Malim Kundang yang telah di sumpah oleh ibunya menjadi batu akibat menderhaka kepada ibunya. Gambar: nampak batu se akan-akan orang.. kepala, tangan, punggung yang posisinya "bersujud" memohon ampun pada ibunya.... kisahnya...
MCo pun bergambar dengan batu itu... di katakan tempat ini dah banyak kali di tengelami air, dan lumpur... sebab tu dah jadi tak nampak rupa...dahulu di katakan nampak jelas "pembentukan orang" batu ini.
Disamping batu yang menyerupai orang... lain-lain peralatan atau perkakasan yang berada di atas kapal turut menjadi batu... dengan kapal-kapal sekali.... sengaja snap candid diaorang ini... supaya tak nampak kosong sangat... Musket, Bani, Yie sanah dan Fariz...
cuma MCo hairan.... kenapa tempat lagenda ini dijadikan macam ini, maksudnya.. ada kedai, ada boleh duduk-duduk macam itu... adakah ia akan kekal sebagai sejarah? lagenda? dongengan? mistik? atau pelacongan semata-mata? MCo tidak tahu dan tidak dapat menjawab dengan tepat.
Pantai Air Manis ini sebenarnya besar dan panjang... maka perkhidmatan pengangkutan ini pandu sendiri disediakan dengan kadar bayarang 100,000 rupiah untuk satu jam.
Sekeping gambar Pok Ku... untuk kenangan di Pantai Air Manis... dengan berlatarbelakangkan pantai... trivia pada Engku Besar.
Hari Kedua 8 Sept 2018 (Sabtu)
Pada hari kedua iaitu hari dan mula nak ride...daripada hotel (motor memang sampai dah semalam).... kami akan bertolak.. ke Sawah Lunto... daripada Rangkayo Baso hotel padang ke Sawah lunto melalui Solok, jarak hampir 100km dan memakan masa normal antara 3 hingga 4 jam, tapi kalau dah banyak berhenti makan.. boleh capai 5 hingga 6 jam. Tetapi kami tidak melalui jalan langsung tetapi melangkau ke Bukit Cambai iaitu ke Tasik Atas, dan Tasik Bawah.... jangkaan akan ambik masa daripada sepatutnya.
Sepanjang Ride West Sumatera, kalau ada tempat yang cantik, tempat yang jadi landmark, trademark, kami berhenti untuk bergambar dan sebagai "tanda" check point.
Berhenti, bergambar, rehat.. resfresh body... dan susun motor... 'qadar hajat' jika perlu... tapi yang menarik... Pok Ku pantang tengok orang kayuh basikal... terus je tegur... tu dia sedang bersembang dengan orang tempatan.
Gambar posisi lain....
try zoom out...baru nampak rupa sikit....
Sepanjang Ride West Sumatera, juga melalui ladang teh, iaitu Jalan Alahan Panjang dan terus menuju ke Tasek Atas... Kadang-kadang pandangan tak ubah seperti di Cameron Highland.
Sekali snap seperti dalam lukisan....tapi MCo lebih suka upload gambar yang original tanpa sebarang edit... cuma silap gambar ini ialah ada sampah tu....
Gambar bersahaja....mesti Bani yang ambik ni... kena ada tema tersendiri bila dia ambil gambar... acah2 macam Cameron ke?
Berhenti berehat bergambar di sini, pantang ada yang lalu itu ada kaitan dengan ladang teh ini...terus je bergambar....Dalam gambar... dari kiri.. Pok ku, MCo, Yie Sanah, ust. Din, Oiskan dan Babu.
Tasek Atas... Bukit Cambai... hari gelap selepas hujan.... begini lah panoramanya... agak menarik... kalau edit, sure nampak macam bukan asean. Lama juga berhenti di sini kerana tunggu hujan berhenti.
Tepi tebing Tasek Atas... agak menarik... menurut orang tempatan... Tasek Atas ini ada kesinambungan dengan Tasek Bawah...dan paling dalam sehingga tiada siapa yang sanggup "terampung" di Tasek tersebut... kadang-kadang kalau ada orang lemas di Tasek Atas...akan di jumpai di Tasek Bawah.... Kalau nak tahu lebih lanjut berkenaan dua tasek ini... boleh wikipedia dalam Google.
Pandangan lain.... di Tasek Atas
Di Tasek Atas, ada perkhidmatan boat macam ini untuk bawa pelancong pusing-pusing tasek... tak tahu berapa harga....
Kesempatan ini... Fariz dan Pok Ku pun bergambar di tasek yang indah ini... dengan cuaca mendung.... hujan renyai-renyai kadang-kadanga... memang tempat bersantai petang-petang.
kemahh Ust. Din... berlatar belakangkan Tasek Atas....
MCo pun nak juga sekeping... sebagai kenangan di Tasek Atas....
Kombinasi...Jalan di persisiran Tasek Bawah... jalan satu lorong (boleh dikatakan)... bangunan tepi.... sebelah kanan ialah Tasek... MCo nak selfie tapi dah ada yang candid snap di sini. Daripada gambar atas.... sebelah tasek itu... ada juga orang bercucuk tanam secara komersial macam ini... dipercayai pokok bawang... dalam gambar, Fariz, Cik Tie, Tour guilde kita.. Doan, dan Alang Ina.
MCo dengan Alang Ina dan Cik Tie... bergambar berlatar belakangkan Tasek Bawah.... kalau siap pakai helmet gini... waktu kecederaan nak jalan dah ni...
Tasek Bawah.... Tengok air yang tenang... tiada sikit pun "kocakan" atau wave...
dikatakan penduduk tempatan pun tak berani nak buat sebarang "aktiviti" di tasik ini.... di sini kami hanya lalu sahaja dan berhenti sejenak untuk bergambar.
Perjalanan hari kedua ini... diselami hujan dan panas... kami sampai di Sawahlunto agak petang juga..dan menginap di Parai City Garden Hotel... berehat untuk next day ride.
Hari Ketiga 9 Sept 2018 (Ahad)
Selepas sarapan... dah kena mula bersiap.. masa ini memang tidak boleh main-main. Perjalanan kali ini daripada Sawahlunto ke Bukit Tinggi...jarak ialah dalam 85km kalau jalan normal dan mengambil masa 2jam lebih... tapi kami tak lah 2 jam sahaja... sebab kami melencong dulu ke Kelok Sembilan...dan melalui Telawi, dan Istano Beso Pagar Ruyong, Paya Kumbuh ke Bukit Tinggi menjadikan jarak perjalanan kami ialah 150km (plus minus) dan kalau masa normal ialah hampir 5 jam.
Tapi perjalanan kami lebih daripada 5 jam kerana beberapa faktor... iaitu hujan, dan banyak berhenti... kami sampai hotel di BukitTinggi pun dah malam sangat.
Pagi Team Ride West Sumatera dengan Surya Cutut... salah seorang marshall kitaorang... sebenarnya dia ikut daripada Solok lagi... dan dia guild sampai Sawah Lunto ini sahaja... Sempat bergambar dengan Jalur Gemilang dan banner Surya ni.
Bergambar dengan jentera masing-masing sebelum meneruskan perjalanan ke Bukit Tinggi.
Sebelum meneruskan perjalanan... kita akan tengok panorama di puncak Cemara.
Bawah Puncak Cemara tu... berhenti sejenak di Muzium keretapi Kota Sawahlunto ini... kebetulan ada budak-budak situ.. terus ajak bergambar.
Sementara bergambar... MCo pun tunjuk lah kat budak2 gambar yang telah di ambil tu.. tapi sorry lah..tak dapat nak buat kenangan pada kanak-kanak tersebut.... untuk simpanan MCo, dan biarlah blog ini menjadi catatanya.
Post istemewa buat Alang Ina... di Muzium Keretapi Sawahlunto.
ok... jom dah bergambar di stesen keretapi ini... kita nak pergi ke puncak Cemara pula.... jalan berliku.. di sini hanya gambar... kalau video kena tengok youtube lah...
Puncak Cemara... tempat orang melihat panorama seluruh kota Sawahlunto... dan tempat orang bersantai...agak menarik permandangan di sini... tapi laluan untuk sampai ke puncak ini agak berliku juga...
Bayaran untuk masuk mana2 wisata atau mana-mana tempat berbayar adalah termasuk di dalam pakej... jadi tak perlu bimbang sangat... walaubagaimana pun... kadar bayaran masuk tu...tak lah mahal sangat..kalau 6,000 rupiah tu... lebih kurang dalam RM1.80 je...
Bawah ni semua gambar MCo....
Bagus dah sampai sini.. next time InsyaAllah kalau ada rezeki.
Pandai snap picture... sure akan nampak menarik... tapi ini ala kadar je.
ini bukan just focus pada MCo tetapi pada pandangan belakang... apa yang MCo sebut tadi ialah... panorama kota Sawahlunto boleh terlihat di Puncak Cemara ini.
Sebab blog ini satu-satu album MCo yang di kira hardcore.. maka banyak lah gambar MCo di sini.. MCo kurang untuk upload gambar di Facebook kerana terlampau ramai yang tengok dan blog ini lebih privacy.
Ambil lah satu gambar Cik Tie... sengaja ambik gambar candid dan random yang termuat dalam blog ini.
Tak ketinggalan untuk Bani...
Ok...get ready... destinasi seterusnya ialah Makan.... hahaha.... tak lah.. check point seterusnya ialah ke Istano Beso Pagar Ruyong..akan melalui wilayah Telawi.
Bergambar last dengan Surya Cutut... sebab setakat ini je dia jadi marshall kitaorang...
selepas makan dia dah cau.
Yeah... dah sampai Istana Besar Pagar Ruyong, yang menjadi tema pada baju Ride West Sumatera kitaorang.
Inilah Istana Beso Pagar Ruyong..yang dikatakan mempunyai kesinambungan dengan Istana Sri Menanti di Negeri Sembilan... rekabentuk yang sangat unik, rekaan di zaman silam... dan dikatakan istana ini bukan yang asli lagi... kerana yang asli telah musnah terbakar... dan ini adalah yang ketiga...yang pertama dan kedua terbakar....
Pandangan depan Istana Beso Pagar Ruyong...
Di hadapan Istana ini ada juga maskot..kalau nak bergambar boleh tapi kena bayar lah... berapa kos tak tahu lah... boleh je bergambar untuk kenangan.. bayar sikit sikit tak apa...janji rezeki diaorang... kalau jumlah melampau boleh lah fikir dua kali...tapi MCo rasa tak lah mahal sangat... kalau niat sedekah untuk dia cari rezeki... kira dah beruntung dua belah pihak...just my 2cent...
Bergambar ramai-ramai depan Istana Besar Pagar Ruyong... hah...sekarang bersama taiko besar di Pagar Ruyong plak... dia plak yang guild kami... iaitu Vico Rusvico and the gengs.
Begini lah keadaan Istana Besar Pagar Ruyong yang tak kering dengan pengunjung... yang unik sini, boleh masuk dalam tanpa bayaran... bayaran untuk sumbangan sahaja.... memang menjadi tumpuan istana ini.
Pandangan sisi belakang Istana ini....
Mai kita masuk dalam plak... kita tengok macamana di dalam... oopp! nak masuk dalam kena tanggal kasut... plastik disediakan untuk letak kasut tanpa apa2 bayaran.. hanya sumbangan ikhlas sahaja di sediakan kotak kat tangga tu.
Kat dalam istana ni gambar MCo tak banyak... Ust. Din dalam istana... memang cukup lengkap dengan peralatan adat istiadat... tempat singgahsana Sultan/raja.Rekabentuk dalam istana... mempunyai 3 tingkat...
Ukiran pada dinding istana...
Seluruh dinding semua ukiran seperti ini.. walaupun ia bukan lagi asli, tetapi MCo percaya... rekabentuk dan corak maybe seakan sama asal, atau copy terus....
ni kira tiang seri terlalu banyak pada istana dengan kekuatan sokongan buatannya.
Termenung menunggu sidia kot..hehehehe
Bergambar dengan 'replika' Pembesar 4....
Bergambar akhir dengan Vico Risvico... selepas makan tengahari... selepas berhenti hujan... destinasi kami seterusnya ialah Kelok 9... jom.. vroommm.....
Inilah kelok 9... kami sampai sini dalam jam 4.20pm waktu tempatan..daripada Istana Besar Pagar Ruyong... hujan masih renyai2.... agak unik juga buatanya...
Puas hati dah..akhirnya sampai juga kami di sini... antara matlamat utama Ride West Sumatera.... senyum lah lebar sikit... next time nak sampai lagi sini... kumpul untuk trip ke 2...
Random possing... bersahaja tapi nampak great.... walaupun tak ada semua geng...tapi setiap orang ada cerita tersendiri yang orang yang datang dapat merasainya... ermm mana oiskan? Yie Sanah? dan Musket?
yeah.... MCo dah sampai sini... kelok 9 jalan baru...tu sedang tunjuk tu....
Bani dengan possing istimewa... hari selepas hujan... gambar tanpa edit... hari mendung tak nampak clear sangat.
Oiskan pun tak mahu ketinggalan...satu poss kat sini...
Babu dalam posisi lain dengan panorama lain...hahaha...sibuk cari line internet ke bang? hahaha... (sekitar jalan ini ada gerai jualan, menandakan kawasan ini memang menjadi tumpuan pelancong).
Ust. Din dengan gaya yang sama kitaorang...hehehe, sebab tempat ini je boleh dapat angle seperti ini...
Hari Keempat 10 Sept 2018 (Isnin)
Merupakan hari terakhir kami ride dan agak mencabar, jarak daripada Bukit Tinggi ke Padang melalui Puncak Lawang, Kelok 44, Sungai Limau, Kota Pariaman, Pantai Pariaman Tengah dan hotel Padang (Plan B hotel), dengan jarak 176km lebih kurang dan mengambil masa yang normal lebih daripada 5 jam.
Gambar map permulaan pada hari ke 4 Ride West Sumatera ini... iaitu map pada jalan Kelok 44.... cuma ralat sebab tak sempat snap gambar jalan ini... sebab itu sekadar map.. tengok lah keadaan jalan... jalan menurun daripada puncak lawang ke Tasik Maninjau... kejar masa dan tidak pick stop untuk berhenti ambik gambar...masing-masing laju untuk kejar masa....
Tengok map kelok 44 yang berliku, lebih hardcore daripada Mae Hong Song, Thailand.
Check point pertama selepas keluar hotel untuk ride ialah Tanah Panorama & Lobang Japan di Bukit Tinggi.
Serba ringkas, Lobang Japan ini ialah di mana terowong atau pejabat yang dilengkapi beret tentera, bilik meeting, bilik strategi, cukup lengkap dengan kelengkapan kehidupan. Ia merupakan peninggalan perang dunia ke 2 dan menjadi sejarah buat penduduk Indonesia khasnya di Padang ini.
Pintu masuk utama ke Lobang Japan dan Panorama.
kalau tak ada tanda arah macam ini mudah lah untuk panduan ketika ada dalam kawasan ini.
Salah satu permandangan daripada taman Panorama...
Kadar bayaran masuk ke Tanah Panorama dan Lobang Japan ini... tapi semua fee masuk ini termasuk dalam pakej dah...
Bunting yang mengalu-alukan kedatang pelancong....
kami hanya diperuntukan 15 minit sahaja di kawasan ini.. memandangkan ride panjang hari ke 4 ini... semua lawatan serba ringkas... tangga yang turun ke Lobang Japan... agak dalam. Pandangan daripada atas
Pandangan daripada bawah ke atas...
Ini gambaran lebih jelas... pandangan daripada atas...kena turun banyak anak tangga.
Laluan utama dalam torowong (Lobang Japan) yang dalam pembaikpulih.
Sangat luas di dalam... dengan pengudaraan yang baik.
Setiap Lobang mempunyai ruang-ruang seperti bilik... gambar di atas adalah kawasan bagi askar, dimuatkan katil-katil.
mempunyai banyak bilik-bilik seperti ini.
pada masa ini...kebanyakan bilik-bilik sedang dalam proses baikpulih...
Dapur, area penyelidikan...malah tempat pancung orang pun ada dalam torowong ini.
Destinasi kami seterusnya ialah ke Puncak Lawang... tempat yang paling indah dalam Ride West Sumatera ini...
Panorama indah di Puncak Lawang yang memang tak boleh di gambarkan dengan kata-kata.. jika datang sini baru tahu nikmat bagi orang-orang yang menghargai keindahan alam di bumi Padang ini.
Bila jiwa bersatu dengan alam.. akan nampak lebih keindahan... chewwahhh... sengaja ambik gambar Cik Tie ini... nampak panorama yang menarik.
Ni kira Check point pertama bila sampai ke Puncak Lawang ini.. bergambar dahulu...beberapa minit sahaja....
MCo pun tak lepaskan peluang untuk snap satu poss di sini...hehehe
Di puncak utama... (Agam-Tanjung Raya)...di sini cukup lengkap keperluan... tandas, gerai makan, gerai souvenir, tempat bergambar dan lain-lain.
di cipta khas untuk bergambar....
Sibuk Bani kali ini...jadi camera man... asyik sedang ambik gambar Kuchor... MCo tak berpeluang ambik gambar di sini.
Bergambar sebelum turun daripada puncak Lawang ke Kelok 44
Bergambar di Lubuk Basung... selepas pusing Tasik Maninjau dan tamat dah kelok 44
Masing-masing ada yang santai... isap rokok... check line intenet... dan ada yang bergambar.... berlawak jenaka pun ada....
Ok...ready dah nak jalan..... destinasi seterusnya ialah ke Kota Pariaman.
Akhirnya sampai juga di Kota Pariaman dalam jam 2.20pm.... agak panas hari ini..hari ke 4..setelah 2 hari menghadapi hujan.
bergambar Ust. Din tak mahu lepaskan peluang... at least ada bukti beliau dah sampai sini.
MCo tumpang selfie Yie Sanah..yang berlatar belakangkan pintu gerbang ini.... Dikatakan bahawa kota ini...tiada warga asing terutama yang berketurunan cina tinggal atau membuka perniagaan di sini.
Pantai Pariaman Tengah...tempat kami berhenti makan... menghadap Selat Mentawai
Akhir sekali... ini lah hotel kami menginap hari terakhir....Plan B Hotel, No.28, Jl. Hayam Wuruk No.Kel, Belakang Tangsi, Padang Bar., Kota Padang, Sumatera Barat, Indonesia
Dalam Lobang Japan... Cik Tie, MCo, Musket, Kuchor, Ust. Din dan Babu...
Di Pintu utama ke Lobang Japan... sedang tengok apa tu? sentuhan Bani....
Musket... special poss di Puncak Cemara.
MCo dan Kuchor... sibuk duk promosi minyak panas dia... tapi panas...letak belakang MCo pun dia tolong sapukan... sejuk-sejuk tak rasa dingin sangat.... di Kelok 9.
Cik Tie dan Alang Ina bergambar dengan Vico... di Istana Besar Pagar Ruyong.
Entah apa yang disembangkan oleh dua orang ini... hehee... berhenti sejenak... ambil peluang bertanya kalau tak tahu..hehehe....
Puncak Cemara..untuk lihat panorama sekitar kota Sawahlunto... Cik Tie, Alang Ina dan Fariz.
Oiskan...di Kelok 9... potrait mode iphone... ehehehe
sementara tunggu Oiskan, Babu, dan Musket entah ke mana... kami bergambar dahulu...dah nak gerak ke destinasi seterusnya ni...
ok..dah sedia nak gerak ni...
Bawah sana lah terletak Lobang Japan.. mai lah turun apa yang ada.... di Taman Panorama...
Jom turun...sementara tak ramai orang hari ini.....
Salah satu permandangan biasa di sekitar Padang... sawah padi yang menghijau... menarik...
Bukit Tinggi... kereta kuda kalau di Lombok dengan pony... di panggil Cidomo....
Bersahaja.... buat apa tu Bani? di Kelok 9...
Rumah tradisional... nampak usang tapi unik
Atas puncak Lawang....boleh bersantai dan beristirehat... boleh nampak awan lalu depan mata.
Barisan motor ride kami dan para marshall...di Pagar Ruyong Castle...
Pandangan daripada tingkap, di tingkat 2 Istana Besar Pagar Ruyong....
Peace daripada kami Cik Tie dan Alang Ina.... kami dah sampai sini..anda bila lagi?
Selamat datang...selamat meng"explore" tanah kami.. Solok to Sawahlonto.
Kelok 9 and MCo.... gambar di ulang-ulang....
akhirnya baju ini akan jadi lagenda.... Ride West Sumatera...
alaaaahhh adik..salah tunjuk jari tu... hahahaa kanak kanak di Muzium keretapi Sawahlunto.
Babu.... candid yang memuaskan..hehehe
Kuchor yang memang mencuri tumpuan Bani dan Yie Sanah yang suka menyangkat...hahaha... ada gaya tersendiri buat orang terhibur.
Sentuhan Bani... Vico dan team kami.. Cik Tie dan Alang Ina
Ketika berada di Istana Beso Pagar Ruyong... ada je bergambar bersama-orang yang memakai baju tradisional ni...tetapi MCo tak tahu... samada orang awam atau orang yang memang bekerja di situ.
Idonk marshall kita bersama dengan Fariz, Alang dan Cik Tie... masa berhenti hujan di Tasik Atas.
Musket di hotel Bukit Tinggi... Lima's Hotel
haiii mereka berdua yang banyak jadi tumpuan...sebab kira hardcore juga kerana hanya dia dua orang sahaja wanita yang join Ride West Sumatera ini....
MCo snap picture di Puncak Cemara, Sawahlunto...
Idonk... lead marshall.... just for your lead....
Bergambar cukup korum di Muzium Keretapi Sawahlunto.... from left: Bani, Babu, Oiskan, MCo, Alang Ina, Ust.Din, Musket, Fariz, Kuchor dan Cik Tie.
Ok jom gerak... hari dan nak sore ni....
Firstday masa mula sampai di Padang... Idonk sebagai ketua guild kita...singgah beli simcard dahulu... cheer sama Alang dan Cik Tie.
amboi... santai..biasa Bani lah yang jadi mangsa sebagai camera man...
Masing-masing nampak penat dah.... banyak sangat bergambar jadi nak senyum pun dah x larat...hehehe...
baru sampai airport Minangkabau.... masa ni masih ceria semua...tak sabar nak ride ni...tapi first day ni... aktiviti bebas dulu..... relax2...refresh tenaga....
nice...good.... thump up... Tasik Atas.... hari pun baru lepas hujan...
bergambar dengan anak-anak Sawahlunto...di Muzium keretapi....
Welcome to Kota Pariaman.... hari dah tengahari....jam pun dah menunjukan pukul 2.30pm
kanak-kanak dengan anak musang di Puncak Cemara
Selamat Datang ke Tanah Minang... lebih kurang... mengalu-alukan pelancong....
Sehari sebelum ride... singgah beli helmet dahulu...mana ada yang berkenan... hahaha tengok Kuchor...sibuk dengan hp dia.... orang lain sibuk dengan aktiviti lain...
antara helmet yang di jual di sini...
Oiskan... tulis partner dia sebilik.... sepanjang Ride West Sumatera...
Hotel pertama... Rang Kayo Basa.. macam maksud Hotel Orang Kaya Besar....
sementara tunggu lampu hijau...boleh sembang-sembang... snap picture... ni baru beberapa kilometer daripada hotel... dah start vroommm dah... dengan pilihan motor...ada scooter dan ada ber clutch
masing-masing sibuk dengan aktiviti masing bila jumpa tempat berhenti bergambar....
Pantang berhenti...terus je bergambar dan bersnap selfie
welcome to Sawahlunto
Ambik post istimewa ini buat MCo... di sign Sawahlunto
jam...dah pukul 5 petang... dah sampai sini... pukul berapa lah nak sampai hotel ni...
bila zoom out daripada gambar atas tu....
Turun daripada Puncak Cemara... adalah berhenti sekejap kat terowong ini....
Tugu Telawi... sementara tunggu yang rider lain isi minyak...kami di sini bergambar dahulu... seterusnya ke Istana Besar Pagar Ruyong...tapi akan melalui Telawi.
Istana Beso Pagar Ruyong .... snap sebelah sisi kanan (belakang)
sebelah sisi depan pulak...
Jalan masa hujan pun syok kadang-kadang.. tapi jangan hari akhir ride dah lah hujan... tapi kali ini Ride West Sumatera kebetulan hari akhir tu panas... pakai baju basah pun boleh kering.
Selamat tinggal Sawahlunto...ada rezeki berjumpa lagi....
Sebelum turun berpeluh peluh turun beratus anak tangga di bawah tu...baik bergambar dulu...sebelum muka ceria hilang seri nya...hahaha
Sungai di Lubuk Basung.... jernih...boleh je kalau nak mandi kalau tak malu...
Jalan merentasi sungai ini...Agam ke Lubuk Basung... MCo, Alang dan Cik Tie..
pantai berhenti di traffic light...hhehehe
Ni bukan masa nak balik..tapi masa baru sampai... berlatar belakangkan bangunan lapangan terbang Minangkabau...
Antara Jalan-Jalan yang di lalui
Tasik Bawah..Solok - Danau Kembar (8 sept 2018) 3.22 pm
kota Sawahlunto - Barangin (8 sept) 6.05pm
Padang Pariaman - Ulakan Tapakis (10 sept 2018) 4.21pm
Pariaman Selatan (10 sept 2018) 3.59pm
Padang Pariaman - Ulakan Tapakis - 10 sept. 4.14pm... jalan lencongan.
Pariaman Tengah - 3.57pm
Agam - Tanjung Raya (10 sept) 12.57pm selepas turun Kelok 44
12.51pm Agam - Tanjung Raya
Solok - Lembang Jaya
Lain-Lain Gambar
Berhenti di stesen minyak...boleh singgah solat dulu...
Marshall tempatan... daripada Sawahlunto untuk ke Bukit Tinggi... dia guild sekerap jalan sahaja....
Photo map dalam hp MCo...yang menarik...bila dah snap gambar.... terus terlekat pada map di dalam hp ni... mudah nak cari lokasi kan...
483.80km ini lah perjalanan sebenar kami Ride West Sumatera yang disukat dengan motor ini.... dalam purata 160km sehari ride....
Apa yang dijumpai sepanjang ride di West Sumatera ini...ada yang sempat di snap, ada yang tidak...ini adalah bawang.... untuk komersial...
Tengok dekat lagi...
Grabike... di Malaysia tiada...di Indonesia ada... setiap orang yang buat Grabike ni kena pakai baju seperti ini... sempat sembang-sembang dengan mereka....
antara helmet yang dijual di Padang.
kuih-kuih Padang
Satay Minangkabau
Teh Telor..... kata orang memang sedapppppp
Salah satu panorama yang di snap sepanjang Ride Wes Sumatera... kalau kira banyak sangat yang cantik-cantik....
sweet dan nice... dengan kanak-kanak yang jual kuih tu...Tasik Atas di Danau Kembar.
Apa yang disembang oleh mereka ini? asyik je....
Sebagaimana tips yang lepas-lepas.. jika menginap di hotel, jangan lupa ambil ini satu sebagai panduan jika keluar dari hotel bersiar-siar... takut sesat je....
Rumah tradisional di Padang...
Yang ini lagi kuno...hehehe... ini tandas yang di bawah ini adalah alur air.... kalau melabur terus masuk dalam... dengan tiada pintu setiap slot... terbuka semacam itu je... samada selera atau tidak.. begini lah keadaannya.
sign... Minangkabau International Airport.... Minangkabau? apa maknanya? ada orang kata... bertarung kerbau... Menang si Kerbau...
Snap daripada flight.. ready depart to Kuala Lumpur....
IDP... Lesen Memandu Antarabangsa... cara nak pohon, pergi je JPJ... RM150 untuk setahun... kalau di Thailand tak perlu pun...tapi di Indonesia kena berjaga-jaga sahaja lah.... kalau setiap bulan ride luar negara...berbaloi buat ini.
Tips dan info
- Kadar tukaran mata wang pada masa ini ialah Rp1,000,000.00 bersamaan RM287.00
- Daerah Padang, Minangkabau boleh dikatakan ada kesinambungan dengan Malaysia terutama di Negeri Sembilan.
- Hampir 95 peratus penduduk adalam muslim.
- Penduduk di sini amat mesra pelancong, ada rider tempatan sambut dengan penuh tidak terduga.
- Kebanyakan restoran halal di sini.
- Laluan perjalanan ride ini kebanyakan melalui kampung-kampung yang sibuk dan jalan yang kecil, agak mencabar daripada Mae Hong Son di Thailand.
- Kelok 44 antara cabaran.
- Samasa ride perlu berhati-hati, dengan binatang ternakan, binatang perliharaan seperti anjing atau anjing liar, kanak-kanak, budak sekolah, kereta atau motor yang keluar simpang tiba-tiba dan juga ranting-ranting kayu samada yang telah mati atau hidup...dan yang paling utama, jaga-jaga keadaan jalan yang berlubang.
- Seperti biasa jika konvoi dengan jarak dekat, pastikan kedudukan adalah zig-zag.
- Melalui Telawi... sangat menarik tetapi tiada peluang berhenti, di sini hobi penduduk tempatan ialah memburu babi dengan menggunakan anjing-anjing yang di bela... sangat ramai... boleh rujuk youtube untuk melihat aksinya...
Kos ride west sumatera indonesia 4n5d Secara kasar
Minimal 6 orang
Perhead 5jua rupiah
Pilion(pasangan)
Include:
#sewa kereta day 1 and last day
#sewa motor 3 hari (motor clucht 200cc dan 150cc/moto scooter 150cc mana suka sesuai permintaan)
#kos hotel 4 malam(sebilik 2 orang) *3/*4
#kos guide
#makan 4 hari(makan tengah hari dan makan malam)
#minyak motor selama ride
#tiket lawatan
Exclude:
#tiket flight pegi balik
#safety ride(jacket/glove)
#tali ikat beg atas motor
#coffe break selama ride
2 comments:
Salam...cmne nk contact bro?
wslam
by email
dirafum@yahoo.com.my
Post a Comment