Sunday, September 2, 2018

Volkswagen AutoShow Kenyir Festival

Konvoi ke Kenyir Festival
31 Ogos 2018



Petikan berita :

 Festival Kenyir 2018 telah berlangsung selama empat hari bermula 30 Ogos hingga 2 September di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir.
Ia adalah anjuran Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) dan ia telah di anjurkan sejak tahun 2010 (kalau tak silap) dan ini kali ke lapan. Antara Tulang belakang utama bagi program ini Pengurus Kanan Korporat iaitu Zainuddin Md. Zaki menjelaskan pada tahun ini lebih banyak aktiviti yang di laksanakan dan salah satunya ialah Volkswagen Autoshow... jadi Kelab Volkswagen Klasik Terengganu (KVKT) macam rasa terpanggil untuk menyertai bagi menjayakan program ini.
Program ini sedikit sebanyak mempromosikan Kelab Volkswagen Terengganu.. selain promosi Tasik Kenyir itu sendiri samada dalam atau luar negeri.


Lain- lain
  di harap dengan Kenyir Festival ini akan memaparkan perkembangan terbaharu Tasik Kenyir disamping mempromosikan Zon Bebas Tasik Kenyir di mana jualan bebas cukai telah dilancarkan pada 1 Ogos tahun lalu.


Berkenaan KVKT pula...
memang kita dah rancang awal-awal, pihak AJK KVKT pun tak jemu-jemu mempelawa ahli-ahli join sama dalam program ini.. pihak penganjur memerlukan paling kurang 30 buah kereta.

dan yang berjaya dan bagi daya usaha dalam program ini ialah...
enarai terakhir KVKT ke Festival Kenyir 2018

1 - Hj Zakaria Ibrahim, ND 993, Beetle
2- Ahmad Maliki Sulong (Zainal),  WR2194, Kombi
3 - Mohd Azly Omar, CE 5499, Kombi
4 - Shahnun Said, CD 1078, Beetle
5 - M Hisyamuddin Abdullah, JK 9636, Beetle
6 - Hj Mamat Hj Hassan, ND 4567, Beetle
7 - Mohd Turmizi Awang, TR 496, Beetle
8 - Awang Hamat Daud, TA8415, Beetle
9- Mohd Biesyairi Saparuddin bin Mahadi, AM 575, Beetle
10- Muhamad Farid Bin Chik, NF2095, Beetle
11- Khairul Ihsan Bin Muhammad ( Awang ), PH 4880, Beetle
12- Yahaya bin sulong, TB 3589, Beetle
13- Wan Nashrul Nizam bin Wan Abdullah,  BN802, Beetle
14- Rozali Embong, TX 34, Beetle
15- Alif Alias, ALC 725, Syncro
16- Hj Mohd Salleh Ibrahim, BT 9616, Beetle
17- Nu’man Siddiqy bin Mohamad Azam, NB 6809, Beetle
18- Mohamad Masmadi bin Hami Yusri , JJ 9998 Beetle
19- Alif shazuwan bin mat saufi, JK 506, Beetle
20- Sahril Sidek, TA8630, Beetle
21-Yusri Sidek, TH 1802, Kombi
22- Zaki Baharun, RT 5242, Beetle
23- M Bukhari Iqbal  Adli (Kori) NB 389, Beetle
24- Nordin Abd Rasid, BU 7801, Beetle
25- Rameli Mamat, TB 839, Beetle
26- Al Bakaruddin Abu Bakar, TB161, Beetle
27- Hasnul Sham Mohd Hashim, CE 2055, Kombi
28- Logek Kapas/Amirul  WBX 60, Beetle
29- Mohd Safridin Sulong, AK 2255, Beetle
30- Sukri Radzali, PF 3919, Beetle
31- Syedi Amirul, WA 4595, Kombi

31 Ogos dengan 31 orang penyertaan, kira ok lah tu...
 
Gambar: Semua peserta KVKT seluruh Terengganu bergambar bersama pihak KETENGAH...
MCo nak sebut nama sorang-sorang takut tersalah...

seawal jam 7.30 pagi pada 31 Ogos 2018 (Jumaat) geng-geng Kuala Terengganu berkumpul di Caltex Station Bukit Jong... yang daripada Kemaman pun ada... dan yang pergi terus tanpa konvoi pun ada.. cuma kita dah set check point tempat berkumpul. Memandangkan pihak penganjur Kenyir Festival pun minta kita sampai awal, atleast pukul 9 pagi.

Jom kita tengok gambar  plak... ini pun secara rawak..



Bunting tentang volkswagen autoshow.... kira grand juga promosi kalau macam ini... nasib baik geng2 KVKT bagi sokongan untuk hadir... lagi pun pihak KETENGAH pun dah ada bajet untuk program ini.














Siap dengan banner lagi tu... ini kat khemah urusetia yang bertanggungjawab dalam menguruskan volkswagen autoshow ni.





Antara "kure" yang di pamerkan....
...dah nampak grand... jarang KVKT dapat kumpulkan sebanyak ini dalam satu masa, kira meriah juga bila berkumpul ramai macam ini...
best effort ni.. Awang dengan "jentera" dia... rela tutup kedai hari ni semata-mata nak datang event ini... next time boleh join lagi...
Antara orang kuat KVKT... susah juga kalau tak ada AJK pro-active untuk menjalankan program seperti ini...
ni Peserta daripada Kuala Terengganu, yang konvoi sekali daripada Caltex Bukit Jong....
Bila banyak-banyak macam ini, ramai lah orang berkumpul tengok... kombi.. memang menarik...
combination... beetle, transpoter , kombi, westfalia dan pelbagai warna...
Perkara biasa owner Westfalia ini sibuk sikit bila dah parking kombi dia macam ini.. memang jadi tumpuan....
"Volkswagen bus" dengan identiti berbeza... masing-masing ada kelebihan... masing-masing ada peminat, masing-masing ada ada pengikut.... yang pasti ia ada klass yang tersendiri... MCo? hanya mampu tengok je stakat ini..hehehe






Setiap kereta ada gaya "persembahan" tersendiri, bergantung kepada pemilik... warna yang berbeza semestinya salah satu memberi daya penarik kepada pengunjung.

Westfalia..




gerak-gerak... mula nak susun kereta ini..




Disamping autoshow... pihak KETENGAH juga mengajurkan kuiz yang dikelolakan sendiri oleh pihak KVKT kepada pengujung... Abang Yie jadi host dia.... 


Baru ada gaya pengacara... atau pembaca berita... dapat job lah lepas ni Abg Yie... hehehe
beratur dahulu sebelum masuk ke tapak pameran... atau tunggu yang lain-lain tiba, masuk sekali...




Bila petang, dah kira ramai yang datang ke tapak pameran ini.
aiii...snap gambar kereta ke orang sebelah tu? hehe


Peserta yang dapat jawab soalan kuiz, dapatlah cenderahati...
Masuk simpan ke Kenyir daripada Sg. Tong... heheeh masa ni kereta MCo tak buat "hal" lagi.. masih ok...




tempat berhenti no 2... masa ini lah kereta MCo dah tak boleh start...






awal pagi, semasa berkumpul di Caltex Bukit Jong... tunggu semua ahli yang bergerak daripada kuala Terengganu sampai... 8 pagi dah nak gerak...



Setiap peserta akan diberikan kupon makan, sehingga RM50 bagi sebuah kereta.... dan duit minyak RM100.00, berbaloi lah tu... sebab datang ini pun suka-suka dapat habuan lagi sikit-sikit....Nilai tu tak penting, yang penting semangat untuk hadir tu....bekumpul.




Meh citer pasal kereta MCo pula....

Setiap kali nak pi show... mesti kereta meragam...hehehe padahal sebelum ini sampai je kat Chemerong, Junket Kuantan, Autoshow Alor Setar, saja-saja jalan ke Rantau Panjang, Retro Kota Bharu,... tapi bila sebut je show berbayar, terus je meragam...hehehe




Biasalah.. sahabat MCo lah yang setia tengok kereta ni... tak kena air tangan orang lain lagi setakat ini... 










bukan setempat je kena...jalan dalam 500 meter....dah mati kereta tu... no choice lah..

Akhirnya... terpaksa di tunda... sahabat MCo kata, kereta tu dah tak boleh gerak, dan bising bunyi dalam engine...tahap kerugian memang tak tahu lagi...

kan jalan kena tunda tu...

Lain-Lain Gambar



Salah satu tapak jualan di Kenyir Festival ini, nak ambik banyak gambar pun.... sama je....






penemang MCo... sepanjang berada di Kenyir Festival ini... 
antara sahabat paling rapat sampai sekarang....












Banner memanah, salah satu aktiviti yang ada di Kenyir Festival ini... 
ni sebab "kak Mi" kebetulan tanya di mana ada kelas memanah? lepas tanya, terpandang ini.. tut tut, snap lah gambar satu... post kat dia... heehehehe














Agensi Pelancongan.. penerangan kat pelancongan Kenyir...













Kenyir Lake Festival Bunting.... salah satu cara promosi keseluruhan program ini.

















Poss istimewa daripada Sahabat MCo ni....

















MCo pun nak juga.... satu untuk teman di FB

Pakai Kelindan sekarang... drive dengan yakin bila ada orang sebelah...sebab kalau kereta rosak, ada orang boleh tolak...hehehehe

Akhir kata
Agak berbaloi join tetapi sangat terkilan sebab "jentera" MCo tidak dapat di "tayangkan" kerana masalah teknikal... NF hanya dapat join konvoi sekerap jalan sahaja... 
hopefully.... NF akan datang dapat konvoi dengan aktiviti KVKT.

sekian.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...