Pembuka DIY Seoul Korea
Buat pertama kali catatan perjalanan MCo kali ini adalah hanya fokus pada 1 itinerary sahaja dengan kata lain hanya satu tempat penceritaan... mengapa? sebab boleh di katakan ini adalah kali ke 4 MCo ke Seoul dan semua jalan cerita adalah sama, itinerary adalah sama, tetapi kali ini agak berlainan kerana orang yang menyusun itinerary di mana MCo pun tak terfikir tempat tersebut.... namun.. ada lah sikit-sikit nanti MCo akan tempat-tempat lain berdasarkan gambar.....
.... dan MCo suka untuk terangkan macamana untuk melaluinya.
apa-apa pun biarlah MCo cerita ringkas pasal tempat MCo pergi ini, iaitu paling terkenal ialah Daegwallyeong Sheep Farm, atau Sheep Ranch, ada kat main ski di Yongpyong Resort, dan juga Alpensia.... tapi biasa orang akan buru 2 tempat ini lah..yang rata tempat bersalji jika musim dan Sheep farm samada bersalji atau tidak ia adalah tempat menarik...
Bagaimana untuk ke sini? (Hoengye)
hanya 1 sahaja MCo akan terangkan iaitu melalui bas, walaupun ada orang kata boleh melalui train. (ITX ke KTX)
Gambar Rawak Lain-Lain Tempat
Ini lah team kita just 3 orang sahaja... ni nak pergi ke Namsan Park.. naik kereta cable... kat atas tu ada N-Seoul Tower, dan tempat orang letak kunci banyak tu....
Ini ikon ewha Women University... nak datang sini... naik subway line hijau berhenti kat Ewha Women University.
N-Seoul Tower di Namsan Park, nak pergi sini turun kat stesen Myeongdong.
Nami Island...kalau pergi ke Seoul ini macam tempat wajib pergi... nak datang sini... paling mudah ialah ambil KTX atau ITX dan berhenti di Gapyeong Stesen then ambik teksi.
DAEHWALLYEONG, SHEEP RANCH
Fokus utama perjalanan MCo pada thread kali ini.... dan ia juga merupakan himpunan gambar-gambar...
Keluar pintu 2 di Gangbyeon stesen (subway) akan nampak bangunan ini... bangunan ini ialah Dong Seoul bus station.
Harga tiket samada ke Hoengye atau sebaliknya Dong Seoul (Eastseoul) ialah 14,600 won sehala... tiket ini adalah daripada Hoengye ke Dong Seoul bus station.
Di stesen bas Hoengye ni... ada map yang ringkas ini, ringkas tapi padat....jangan lupa snap juga gambar ini, kalau yang pergi secara DIY.
Ke DongSeoul waktu bas bergerak daripada Hoengye.... boleh je pilih waktu, kalau boleh terus beli bila sampai... bajet berapa jam nak stay di kawasan ini... ini untuk day trip lah.
Ok ini satu cadangan... kalau nak lebih rare... sewa la hotel di sini 1 hari..maka boleh lah pergi banyak tempat menarik seperti gambar di atas... sure, satu hari untuk day trip memang tak cukup masa...dan sangat rushing....
Ini untuk gambaran lebih detail...lihat map dan google map kalau bolehlah.
Jangan sebarangan masuk... semua ada fee... dan waktu...
Tiket masuk ke Sheep Ranch ini...
Kadang biri-biri... diluar salji... jadi berteduh dalam 'guk' lah....
Sebab musim salji, penuh salji turun pastu macam-macam idea lah...
Tulis nama ja... hahahaa (Ramai orang tanya rambut MCo... itu bukan rambut, dan bukan juga rambut palsu... itu adalah topi tahan sejuk, tapi kebetulan nampak macam rambut plak)
masa nak pi kat "ruang" sheep ranch tu... salji baru turun "halus-halus"... sebab tu nampak memutih campur tanah.
Laluan utama... ke sheep ranch...
Aini dan Yie Sanah... mendahului MCo pergi ke atas.. mereka lebih teruja... sebab MCo teruja kat tempat lain nanti...hahaha
Lepas ini adalah hanya gambar-gambar sahaja tanpa caption.
Masa ini salji dah mula turun....dan berangin... tapi tak lebat sangat...
Bukan sekadar gambar... tapi permandangan dan salji yang turun.... saja tidak dirakam melalui video.
Disediakan jalan/lorong seperti ini... untuk laluan "sehala".. jika lihat map di atas... boleh bayangkan jalan tersebut.
Kita buat lah macam dalam cerita Naruto...hahaa
Salji dah mula turun dengan lebat... bateri iphone pun cepat je habis bila sejuk ni.
Masa gambar ini di ambil sejurus angin salji yang sangat kuat.. sejuk sangat hingga macam sampai ke tulang sum-sum...
Penghujung perjalanan di Daegwallyeong Sheep Ranch ini.... habis satu round perjalanan... kalau rasa tak puas, boleh jalan lagi satu round.
cukup 2 jam di atas dalam perjalan pusing... tak larat sejuk dan berangin.... ini jalan menuju ke tempat permulaan...
YONGPYONG RESORT
Yongpyeong Resort adalah nama asas utama, tetapi secara khususnya boleh lah menuju ke Balwangsan Cable Car
Pintu depan kompleks Balwangsan Cable Car... dalam ini banyak kemudahan ada... store dan kiosk-kiosk makanan, tempat ini untuk bermainl ski.
Beli tiket untuk pergi ke puncak bukit Balwangsan.... kena naik kereta cable..
Wooww.. dataran tempat main ski tu.... ramai orang main...dari kecil sampai orang tua main...tapi sejuk memang yang amat lah... tak tahan...
Sepanjang naik cable car ini... lereng-lereng bukit tu ada je orang sedang bermain ski menuruni bukit Balwangsan ini.
Dah sampai puncak...angin kuat...salji tebal...sejuk melampau... tapi sorang-sorang je main sini... manakala 2 orang lagi berteduh dalam bangunan.
Sekadar gambar dan tiada caption yang boleh diungkap dengan kata-kata... cukup berkata Subhanallah... indah sungguh ciptaan Allah ini.
Angin dan salji yang kuat.. orang lain semua masuk dalam bangunan ini, kecuali MCo je yang teruja bergambar dan tengok keadaan keliling.
MCo berjalan seorang diri...masuk ke dalam hutan salji nung... agak menarik... masa ini salji turun lebat dan tiada orang pun....
Lain-lain gambar
Busan Jib... restoran Halal... terletak di Myeongdong..
Busan Jib ni... ada 2 tingkat, jangan masuk pintu ini, tapi naik tangga sebelah ke tingkat atas.
Antara menu di Busan Jib... tak boleh makan daging Wagyu di Japan hari tu, makan di Korea pula.
Di Gyeongbokgung Palace... jika mengenakan handbok tu...maka ia free je masuk dalam ini.... ok kita buat gaya sikit..... tu bukan ultraman ye...
Love key lock... untuk pasangan kekasih yang lock untuk cinta... pasangan akan tulis nama masing-masing di kunci dan lock.... ini di N-Seoul Tower...
Tourist Informer memang selalu ada di tempat yang jadi tumpuan pelancong... boleh tanya apa sahaja berkenaan "pelancongan" di Korea ini.. map pun ada di akan bekalkan... jangan tanya no telefon dia plak... dont worry, kebanyakkan mereka boleh speaking english.
Daripada airport Icheon ke Myeongdong (Jika hotel menginap di sini) boleh memilih bas... ingat no bas ini 6015, dan laluan dia adalah sebagaimana map bawah ni.
Ini sebagai panduan.... sila snap dalam telefon, kot-kot terlepas hentian....
Bergambar di Nami Island... ada kawasan yang dah kering salji..ada sesetengah masih ada bekas-bekas salji.
Tiket ke Gapyeong dengan ITX, ini tiket without seat 4,100 won.
Tips dan Info
Akhir Kalam.... Perjalanan tidak pernah selesai....
Buat pertama kali catatan perjalanan MCo kali ini adalah hanya fokus pada 1 itinerary sahaja dengan kata lain hanya satu tempat penceritaan... mengapa? sebab boleh di katakan ini adalah kali ke 4 MCo ke Seoul dan semua jalan cerita adalah sama, itinerary adalah sama, tetapi kali ini agak berlainan kerana orang yang menyusun itinerary di mana MCo pun tak terfikir tempat tersebut.... namun.. ada lah sikit-sikit nanti MCo akan tempat-tempat lain berdasarkan gambar.....
.... dan MCo suka untuk terangkan macamana untuk melaluinya.
apa-apa pun biarlah MCo cerita ringkas pasal tempat MCo pergi ini, iaitu paling terkenal ialah Daegwallyeong Sheep Farm, atau Sheep Ranch, ada kat main ski di Yongpyong Resort, dan juga Alpensia.... tapi biasa orang akan buru 2 tempat ini lah..yang rata tempat bersalji jika musim dan Sheep farm samada bersalji atau tidak ia adalah tempat menarik...
Bagaimana untuk ke sini? (Hoengye)
hanya 1 sahaja MCo akan terangkan iaitu melalui bas, walaupun ada orang kata boleh melalui train. (ITX ke KTX)
- Walau di mana anda berada ambil subway (line 2 - hijau) dan pergi ke stesen Gangbyeon.
- Exit pintu 2
- Seberang jalan akan nampak stesen bas (Dong Seoul)
- Beli tiket di Kaunter kata nak pergi ke Hoengye. Harga tiket untuk seorang ialah 14,600 won.
- Perjalanan lebih kurang 2 jam lebih tapi kalau keadaan jalan yang tak lancar boleh jadi 3 jam, dan sampai di terminal bas Hoengye.
- Bila sampai di stesen bas Hoengye ni ada 2 cara untuk ke Sheep Ranch, iaitu dengan bas, atau teksi... bas lebih murah, jika bas kena bertanya kepada yang berkenaan.
- JIKA daripada Sheep Ranch ke Yongpyong Resort, mesti ambil teksi, DAN sila ambil no telefon driver teksi tersebut... kerana daripada Yongpyong Resort tiada pengangkutan awam, jadi teksi yang menghantar tu terpaksa dihubungi balik untuk ke Hoengye bus station.
- ........."beli tiket balik ke Dong Seoul sejurus sampai... bimbang tiket habis" kecuali masa di stesen bas Dong Seoul beli tiket pergi dan balik.
Gambar Rawak Lain-Lain Tempat
Ini lah team kita just 3 orang sahaja... ni nak pergi ke Namsan Park.. naik kereta cable... kat atas tu ada N-Seoul Tower, dan tempat orang letak kunci banyak tu....
Kalau pergi Korea tak sah kalau tak pergi ke Gyeongbokgung Place... ini lah tiket dia, tapi sape-sape yang mengenakan Hanbok, boleh masuk free je dalam place ni.. maklumlah nak pakai hanbok tu kena sewa dengan kadar 10,000 won untuk 4 jam (lebih kurang RM30)... dan dinasihatkan nak datang sini datang awal...jangan time nak tutup dah pukul 5 tu... nak datang sini naik subway JIngga berhenti kat stesen Gyeongbokgung.
Ewha Women University, salah satu tempat menarik juga untuk bergambar.Ini ikon ewha Women University... nak datang sini... naik subway line hijau berhenti kat Ewha Women University.
N-Seoul Tower di Namsan Park, nak pergi sini turun kat stesen Myeongdong.
Nami Island...kalau pergi ke Seoul ini macam tempat wajib pergi... nak datang sini... paling mudah ialah ambil KTX atau ITX dan berhenti di Gapyeong Stesen then ambik teksi.
DAEHWALLYEONG, SHEEP RANCH
Fokus utama perjalanan MCo pada thread kali ini.... dan ia juga merupakan himpunan gambar-gambar...
Keluar pintu 2 di Gangbyeon stesen (subway) akan nampak bangunan ini... bangunan ini ialah Dong Seoul bus station.
Harga tiket samada ke Hoengye atau sebaliknya Dong Seoul (Eastseoul) ialah 14,600 won sehala... tiket ini adalah daripada Hoengye ke Dong Seoul bus station.
Di stesen bas Hoengye ni... ada map yang ringkas ini, ringkas tapi padat....jangan lupa snap juga gambar ini, kalau yang pergi secara DIY.
Ke DongSeoul waktu bas bergerak daripada Hoengye.... boleh je pilih waktu, kalau boleh terus beli bila sampai... bajet berapa jam nak stay di kawasan ini... ini untuk day trip lah.
Ok ini satu cadangan... kalau nak lebih rare... sewa la hotel di sini 1 hari..maka boleh lah pergi banyak tempat menarik seperti gambar di atas... sure, satu hari untuk day trip memang tak cukup masa...dan sangat rushing....
Ini untuk gambaran lebih detail...lihat map dan google map kalau bolehlah.
Kalau ke Sheep Ranch, mesti melalui "muka depan" kinci angin ini...jarang-jarang dapat lihat,... kali pertama MCo lihat masa di Australia hari tu...
Daegwallyeong Yangtee Ranch.... ini map ringkas dengan kata-kata "perangsang" kepada pengujung, harap yang datang tu teruja dengan permandangan yang cantik, tak kira lah apa musim pun... musim luruh ke, musim bunga ke atau musim salji ini... kawasan ternakan biri-biri ini memang menarik dan cantik. Tapi kebetulan kami datang ini, musim salji luruh.... teruja juga lah...
Jangan sebarangan masuk... semua ada fee... dan waktu...
Tiket masuk ke Sheep Ranch ini...
Kadang biri-biri... diluar salji... jadi berteduh dalam 'guk' lah....
Sebab musim salji, penuh salji turun pastu macam-macam idea lah...
Tulis nama ja... hahahaa (Ramai orang tanya rambut MCo... itu bukan rambut, dan bukan juga rambut palsu... itu adalah topi tahan sejuk, tapi kebetulan nampak macam rambut plak)
masa nak pi kat "ruang" sheep ranch tu... salji baru turun "halus-halus"... sebab tu nampak memutih campur tanah.
Laluan utama... ke sheep ranch...
Aini dan Yie Sanah... mendahului MCo pergi ke atas.. mereka lebih teruja... sebab MCo teruja kat tempat lain nanti...hahaha
Lepas ini adalah hanya gambar-gambar sahaja tanpa caption.
Masa ini salji dah mula turun....dan berangin... tapi tak lebat sangat...
Bukan sekadar gambar... tapi permandangan dan salji yang turun.... saja tidak dirakam melalui video.
Disediakan jalan/lorong seperti ini... untuk laluan "sehala".. jika lihat map di atas... boleh bayangkan jalan tersebut.
Kita buat lah macam dalam cerita Naruto...hahaa
Masa gambar ini di ambil sejurus angin salji yang sangat kuat.. sejuk sangat hingga macam sampai ke tulang sum-sum...
cukup 2 jam di atas dalam perjalan pusing... tak larat sejuk dan berangin.... ini jalan menuju ke tempat permulaan...
YONGPYONG RESORT
Yongpyeong Resort adalah nama asas utama, tetapi secara khususnya boleh lah menuju ke Balwangsan Cable Car
Pintu depan kompleks Balwangsan Cable Car... dalam ini banyak kemudahan ada... store dan kiosk-kiosk makanan, tempat ini untuk bermainl ski.
Beli tiket untuk pergi ke puncak bukit Balwangsan.... kena naik kereta cable..
Tiket kereta cable dalam 20,000 won untuk satu orang lebih kurang RM60.00
Ala-ala nak main ski lah ni...
Wooww.. dataran tempat main ski tu.... ramai orang main...dari kecil sampai orang tua main...tapi sejuk memang yang amat lah... tak tahan...
Sepanjang naik cable car ini... lereng-lereng bukit tu ada je orang sedang bermain ski menuruni bukit Balwangsan ini.
Dah sampai puncak...angin kuat...salji tebal...sejuk melampau... tapi sorang-sorang je main sini... manakala 2 orang lagi berteduh dalam bangunan.
Sekadar gambar dan tiada caption yang boleh diungkap dengan kata-kata... cukup berkata Subhanallah... indah sungguh ciptaan Allah ini.
Angin dan salji yang kuat.. orang lain semua masuk dalam bangunan ini, kecuali MCo je yang teruja bergambar dan tengok keadaan keliling.
Lain-lain gambar
Busan Jib... restoran Halal... terletak di Myeongdong..
Busan Jib ni... ada 2 tingkat, jangan masuk pintu ini, tapi naik tangga sebelah ke tingkat atas.
Antara menu di Busan Jib... tak boleh makan daging Wagyu di Japan hari tu, makan di Korea pula.
Di Gyeongbokgung Palace... jika mengenakan handbok tu...maka ia free je masuk dalam ini.... ok kita buat gaya sikit..... tu bukan ultraman ye...
Love key lock... untuk pasangan kekasih yang lock untuk cinta... pasangan akan tulis nama masing-masing di kunci dan lock.... ini di N-Seoul Tower...
Tourist Informer memang selalu ada di tempat yang jadi tumpuan pelancong... boleh tanya apa sahaja berkenaan "pelancongan" di Korea ini.. map pun ada di akan bekalkan... jangan tanya no telefon dia plak... dont worry, kebanyakkan mereka boleh speaking english.
Daripada airport Icheon ke Myeongdong (Jika hotel menginap di sini) boleh memilih bas... ingat no bas ini 6015, dan laluan dia adalah sebagaimana map bawah ni.
Ini sebagai panduan.... sila snap dalam telefon, kot-kot terlepas hentian....
Bergambar di Nami Island... ada kawasan yang dah kering salji..ada sesetengah masih ada bekas-bekas salji.
Tiket ke Gapyeong dengan ITX, ini tiket without seat 4,100 won.
Tips dan Info
- Kalau boleh menginap di mana tempat yang dekat kita nak pergi dalam itinerary dan mudah pengangkutan
- kalau naik subway beli lah T-money, mudah lagi pun kalau masih ada baki di dalam, boleh refund ambil cash.
Akhir Kalam.... Perjalanan tidak pernah selesai....
No comments:
Post a Comment