Wednesday, December 18, 2019

Itinerary DIY TOKYO, JAPAN PERTAMA KALI

PERJALANAN PERTAMA KALI DI JAPAN
11 Dis - 16 Dis 2019
Lebih fokus kepada koleksi gambar semata-mata
Gambar pembuka dengan berlatar belakangkan Tasik Kawaguchiko dan Gunung Fuji. Hari ini bertuah kerana langit cerah dan dapat melihat dengan jelas Gunung Fuji.

Moshi-moshi....
Japan atau sebutan kita Jepun, bukanlah satu destinasi idaman sangat kepada MCo, tetapi hanya nak memperlengkapkan edisi Jelajah Asia.... dan perjalanan MCo kali ini adalah seramai 7 orang dan semua tiada pengalaman di Jepun terutama di Tokyo.... Maklumat untuk pergi ke sana hanya berdasarkan blog, Road To Japan (RTJ) di Facebook, pengalaman orang yang telah pergi dan kawan yang menetap di Japan.

Oleh kerana pertama kali pergi, kajian pun buat ala kadar.. jadi susunan itinerary yang dibuat agak "menjengkelkan" dan tidak memenuhi kepuasan yang maksima.... secara umumnya, kalau nak buat itinerary Japan ini, ia lebih kurang sama nak buat itinerary ke Korea... Tips dan mengapa nak ada itinerary? nanti last thread ini MCo akan cerita. 

Itinerary ringkas yang kami buat... tapi tak menyeluruh kerana hanya cover dalam "town" sahaja... (planing dulu, buat kemudian)

Hari pertama
  •  Narita Airport ke Tokyo Stesen ( yang ni kena naik Keisie Shuttle Bus - Tokyo Suttle) dengan kadar bayaran tiket 1000 yen... kalau ikut kira-kira hampir RM40 dan perjalanan pun sejam.
 Meh MCo cerita sikit bagaimana nak pi ke Tokyo daripada Narita Airport ini... ada 2 cari.. pertama keretapi, kedua bas.
  1.  Keretapi - Narita - Tokyo Station, dengan kadar bayaran 2000-2800 yen sehala dan agak leceh sikit sebab perlu tukar-tukar train dan memakan masa.
  2. Bas - Keisei Bus. boleh ambil bus ini di mana-mana di Narita, boleh tanya orang, atau masa beli tiket tu dah ada tulis no berapa, gate berapa tunggu..kadar bayaran 1000yen sehala. kalau daripada Tokyo ke Narita pun, MCo cadangkan naik bas juga, Stesen bus Keisei ada di luar Seoul Station (keretapi) ambil pintu keluar Yaesu. bas yang ada ialah Yaesu Kita Guchi, Keisei Bus Noriba (Keisei Bus) dan kadar bayaran pun 1000 yen. Walau pun di mana anda berada samada di asakusa, di shinjuku, shibuya... key dia ialah Seoul Station, maka naik lah subway atau teksi ke Seoul Station.
  • Tokyo Stesen ke Asakusa (hostel)
  • Asakusa, Sensoji Temple
  • Oshiage, Tokyo Skytree 
(Masa di Airport beli terus Subway pass selama mana nak berada di Tokyo, biasa yang ada fit 2 hari, 3  hari dan seterusnya... kalau nak berada di Tokyo ini, beli 2 keping iaitu untuk 3 hari. - kiraan jam contoh 2 hari (48jam)... kalau berkenaan harga pula, untuk 48 jam harga pass 1200yen ( RM48), kalau 3 hari (72jam) 1500yen (RM60)... semua RM yang ditulis itu adalah anggaran masa tukaran duit di Malaysia.

Hari Kedua

  • Mount Fuji (Perjalanan mengambil masa 1jam 40 minit dengan bas) jarak antara Tokyo ke sini lebih kurang 110km.


Hari Ketiga
  •  Shinjuku Gyoen National Garden
  • Shibuya Crossing 
  • Masjid Tokyo Camii Turkish
Hari Keempat
  •  Akihabara ( Electrik Town, Anime, Manga)
 Hari Kelima
  • Daiso
  • Book Store
  • Asakusa - Ueno
  • Tokyo to Narita
Menarik di sini ialah... di airport ada shuttle bas dan terus ke hotel, dari hotel terus ke airport.

Hari Keenam
  •  Depart Tokyo ke Kuala Lumpur.

 Lain-lain

Semua itinerary di atas di dalam pusat bandar, sebenarnya aktiviti dalam itinerary hari ke empat dan kelima tu boleh di satu kan... memandangkan ini kali pertama kami ke sini, maka itinerary kali ini banyak sangat kecacatan dan tempat yang boleh pergi tetapi tertinggal. Kami sebenarnya tidak follow 100% itinerary tu...
contoh2 tempat yang boleh letak dalam itinerary kalau bilangan hari lama di Japan ialah Gala Yuzawa Snow Resort, yang ini memang berjam jam kena naik transport daripada Tokyo. 

Jika nak jalan-jalan dan pusing-pusing bandar Tokyo ini.. lebih baik guna Metro and Toei Pass, tapi sekarang orang panggil Tokyo Subway Ticket. dengan tiket ini ia merupakan tiket untuk sebahagian besar subway di Tokyo dan paling berkesan dan mudah (satu tiket boleh guna banyak jenis subway iaitu gabungan setiap line metro/subway... ia sebenarnya hanya di jual kepada Pelancong iaitu masa nak beli kena tunjuk passport. Mana nak beli?  Biasa beli kat airport ( Visitor Information Center) - ini kat Airport Haneda. kalau kat Narita boleh beli kat Keisei Bus Ticket Counter)...


Thread kali ini pun, oleh kerana itinerary pun sehari boleh siap semua, maka sebagaimana thread ke Perth... begitu lah juga thread kali ini...  semua cerita just bergantung pada tempat tapi tidak berdasarkan hari.. nanti bercelaru pula.... dalam tu, nanti boleh la cerita macamana nak pergi sesuatu tempat (jika ada)... sebab Japan ini kalau ada rangkaian subway, ia mudah sebagaimana korea.

Daripada KL kepada Tokyo, Departure Hall.... MCo, Yie Sanah, Midi, Tarazi, Qusyari, Amir dan Hadi. Biasa jadi trade mark geng doktong.... sebelum berlepas ambil gambar sini dulu.... tengok geng2 lelaki travel 5, 6 hari dengan backpack je.... 

Bagaimana daripada Narita Airport ke pusat bandar Tokyo?


Bagi sesiapa yang belum tahu, Airport Antrabangsa Narita lebih kurang 60km daripada Tokyo..Maka kalau nak pergi ke Tokyo ada 7 kaedah... iaitu:- 

 1.   Bas
 

Bas Limosin – Tambang berharga 3,100 yen untuk perjalanan satu hala dan 4,500 yen untuk perjalanan dua hala. ManakalaTokyo Shuttle – Tambang hanya berharga 900 yen bagi mereka yang membuat tempahan tapi kalau walk in 1,000 yen. Manakala, tambang bas dari Tokyo ke Narita tanpa tempahan adalah 2,000 yen.Narita Access – Perjalanan satu hala menaiki Narita Access berharga 1,000 yen  bagi dewasa dan 500 yen untuk kanak-kanak.


note: MCo lebih detail cerita cara pergi dengan bas ini...sebab ini lah group MCo naik ke Tokyo.


Dalam kes ini, kalau daripada Narita Airport tempat tunggu bas memang mudah di cari, yang jadi masalah ialah untuk mark station bas daripada Tokyo ke Narita.

Ini lah dikira stesen bas shuttle daripada Tokyo ke Narita... dan agak tercorot sikit tempat ini...jadi kena betul-betul mark... bas daripada Narita memang berhenti di sini... jadi kena ambil tanda.



Jadi MCo snap lah gambar ini sebagai landmark kepada stesen bas tersebut...



Sama juga yang ini... bangunan ini sebagai petunjuk kepada stesen bas tersebut.




Manakala ini adalah pick stop bagi bas yang disediakan oleh mereka untuk pengangkutan daripada Airport ke hotel berhampiran airport... MCo telah booking Narita Tobu Hotel Airport, nak pergi sana memang agak jauh kalau berjalan kaki, jadi kena naik bas... jangan bimbang, bas ini free sahaja.





Ini adalah jadual perjalananan bas antara hotel dan airport.

2.  Kereta Api – Keisei Limited Express
 


Yang ini kena peka dan rajin mencari lah.... nak kena pindah dan transit.... secara umumnya ini lah Keisei Line iaitu kereta api yang mempunyai tambang termurah dari bandar Tokyo ke Narita. Kereta api ini bersambung dengan laluan kereta api bawah tanah Asakusa Toei dan laluan Yamanote serta  boleh dilalui dari pelbagai stesen di Tokyo.

3. Sky Access Express dan Skyliner






Bagi yang utamakan keselesaan, pengangkutan dengan Skyliner adalah pilihan antara terbaik.... Perjalanan Skyliner dari Narita ke Nippori atau Ueno hanyalah kira-kira 40 minit sahaja. Harga tiket untuk pengangkutan ini adalah 2,470 yen sehala tetapi jika beli secara online ialah 2,200 yen. Jadi sebelum datang Japan ni..survey dan beli lah secara online tiket tu...... lebih murah dan jimat. 

4. Narita Ekspress dan N’EX Tokyo


N’EX Tokyo memperkenalkan tiket perjalanan dua hala dari Narita ke Tokyo dan sebaliknya dengan harga 4,070 yen untuk dewasa dan 2,030 yen bagi kanak-kanak. Tiket ini boleh didapati di lapangan terbang Narita dan hanya ditawarkan kepada pemegang pasport asing yang mempunyai tempoh sah laku selama 14 hari. Tapi nak detail, sila lah layari laman web mereka.


5. Private Shuttle Mini-Bus
 
 
Shuttle bas ini antara yang termurah kalau dibandingkan dengan teksi iaitu harga lebih kurang 5,000 yen seorang, kalau bergerak dalam group yang dalam lingkungan 8-12 orang, rasa agak sesuai lah dengan pengangkutan ini. 


6. Teksi
Biasa ada 2 jenis teksi di airport ini... iaitu teksi standard dan teksi yang mengambil tambang tetap (Fixed fare taxi). kalau teksi standard kadar tambang ialah 20,000 yen manakala fixed fare taxi dalam 21,000 yen, dekat-dekat nak sama je dua2 tambang teksi ini.

Tapi kalau bagi yang suka privasi bolehlah naik teksi ini, tapi maksima untuk 4 orang sahaja.
Kalau nak ikut masa perjalanan ialah antara 60 hingga 80 minit bergantung keadaan lalu lintas.. dan jangan bimbang teksi ini ada 24 jam di airport... cuma kalau tengah malam tu ada tambahan kos... mungkin kerja lebih masa.

7. Suruh kawan mari ambil hahahaha... kalau diaorang ada kenderaan sendiri lah.... 
   
Kawaguchiko Lake and Mount Fuji


Bagaimana nak pergi ke Mount Fuji? Dimana pun anda berada di Tokyo, ambil subway dan tuju ke Shinjuku station kerana nak pergi ke Stesen Bas Shinjuku. Bas ticket boleh beli online. ini salah satu website nak beli tiket bas online --- tiket bas online to MOunt Fuji
Berhenti di Stesen Kawaguchiko


Kawaguchiko lake - Gambar view dan Panorama gunung Fuji dari jarak jauh.... agak cantik.
tapi kalau nak bermain main di kaki gunung fuji, kena berhenti di Stesen Mount Fuji.


Inilah Bus Terminal Shinjuku,

Untuk nasihat, kalau boleh kalau nak pergi mana-mana dengan public transport terutama bas ini, seeloknya pergi awal dan sampai paling kurang tepat pada waktunya... Jepun memang terkenal dengan ketetapan masa, jika lambat 1 minit pun mereka tiada konsider untuk tunggu... tetapi dalam kes kami ini, ada peristiwa yang mencemaskan kerana kami sampai sangat rushing hingga beberapa saat lagi bus akan bergerak, buktinya bila kami duduk di seat, bas terus berjalan, bila tengok jam, memang tepat-tepat waktu depart bus tersebut.. kalau terlambat sikit, maka kami terpaksa beli tiket bas baru jika masih teringin nak pergi ke Kawaguchi lake tu....

Tiket yang dibeli melalui online... jangan lupa print dan bawa... sebab dia tak akan bagi suppliment tiket... cuma guna yang ini..dan jangan lupa snap juga.. kot-kot tiket ini hilang... tapi kalau nak print tu jangan print satu je... B5 tu adalah terminal nak berlepas, kena tanya kat kaunter pertanyaan...

Sekitar gambar di Mt. Fuji

 
Bila sampai kat Kawaguchiko bus stesen tu (Fujikawaguchiko-Funatsu) terus je tengok map ini sebagai panduan... sebab kena beli tiket shuttle bas, sebab tak boleh pergi dengan jalan kaki.
 
Ini la map shuttle bas ke tempat-tempat yang nak tengok view sebagaimana map di atas tu... sekali tu ada harga sekali...Yang ini memang betul-betul berguna sebagai panduan.
 
Tiket nak sightseeing untuk satu hari tu.... sebab kami nak pergi kat tasik Kawaguchiko... dan sepanjang laluan itu ada tempat bus stop... dan kita boleh turun dan naik anytime dan any bus stop... sebab tiket tu memang untuk semua perjalanan di sepanjang tasik tu.

Selain datang dengan bas ke Kawaguchiko ini, tapi boleh juga datang dengan train seumpana ini... MCo cuma bergambar view sahaja bersama staff extrance train ini.
Saje bergambar... kita hanya boleh bergambar setakat ini sahaja jika tiada tiket dan kebenaran... tapi MCo minta kebenaran pegawai untuk bergambar ini.
 
 Inilah ikon terkenal Japan.. atau orang kata "trademark" Japan Gunung Fuji... gambar ini di Stesen Kawaguchiko...
Di perhentian terakhir jika naik shuttle bus...kat Kawaguchiko... nampak jelas gunung Fuji. Kalau tengok map tourist atas sekali tu... ialah hentian yang no 20. Map yang dipapar oleh MCo ini adalah daripada lensa kamera sendiri yang di ambil secara amatur... tetapi kalau dalam website2 banyak je, atau di station bus retro di sana banyak.

Nak dijadikan cerita, oleh kerana kami first time sampai sini, maka rugi lah tak ambil semua view sepanjang tasik Kawaguchi ini... jadi kami turun daripada bas kat bus stop no 13 dan terus berjalan kaki ke stesen yang last 20. jadi ini lah sebahagian view yang dapat di rakam dalam lensa camera... laluan yang memang teratur dan bersih.... pokok sakura yang melepasi waktu dingin sedikit lagi akan berdaun.

Gambar yang lokasi dekat-dekat sama yang di ambil daripada signboard yang ada di situ, iaitu gambar semasa musim bunga.. tengok lah bunga-bunga sakura....
Hari ini kami amat bertuah, kerana langit cerah dan nampak dengan jelas Gunung Fuji, sebab ada sesetengah orang yang berkunjung ke sini tidak nampak dengan jelas kerana tertutup dengan awan... sini walaupun nampak panas, tapi udara agak sejuk...

Sepanjang tasik juga perlu melalui jalan raya seperti ini... awas tiada jenjatas untuk melitas jalaraya seumpama ini...

 

 

 


Bila jalan kaki, banyak je idea untuk bergambar....banyak gaya, banyak posisi bergambar untuk mencari keunikan tersendiri.
Ini bukan sekadar berehat dan berhenti lelah, tetapi berhenti sambil makan tengahari, bekal memang bawa daripada hotel, maklumlah di sini memang tak ada makanan halal.... nasi beli di 7eleven, brahim's bawa daripada Malaysia dan juga sambal (serunding). Santai macam berpicnic pula..tak ada siapa yang ganggu....
















Persekitaran Asakusa


Bagi penggemar koleksi Hard Rock Cafe, Asakusa salah satu lokasi keberadaan Hard Rock Cafe ini... tak lah sebesar mana tapi cukup kalau nak tambah "batch" Hard Rock.... 
Oop! belakang MCo dan Tarazi tu.. ialah Ashraf, kawan kepada Tarazi, dah 2 tahun dia bekerja di Japan ini... dan pada "hari ini" dia yang jadi "tourist guard"... maklumlah dia boleh berbahasa jepun....
  Bersama dengan owner Hard Rock Cafe...
Sensoji atau lebih dikenali sebagai Asakusa Kannon Temple... gambar di atas adalah jalan sepanjang di Sensoji... antara tempat tumpuan pelancong, tapi tak sangka tempat yang kami menginap tu, memang dekat dengan tempat ini.
Inilah antara bangunan yang ada di Sensoji... sekadar untuk bergambar.

Waktu Malam.... adalah kami pergi bejalan-jalan balik malam, sempat lalu ikut sini....

Inilah bangunan utama Sensoji... tengok ramai sekali bergambar... tapi kami tak teruja sangat sebab hari-hari tengok ni... sebab antara laluan utama kami ke hotel... tengok lah sape yang bergambar tu....

 Nampak gambaran lebih besar sikit.... ada je pelancong luar dan dalam negeri melawat sini...siap ada lawatan sambil belajar budak-budak sekolah lagi tu.
Wanita dengan  pakaian tradisional Kimono... oopp!! kalau datang ke Sensoji ni ramai benar  wanita berpakaian seperti ini.... mula-mula memang MCo ingat memang hari-hari biasa mereka akan berpakaian seperti ini... tapi rupa-rupanya, kebanyakan bukan warga Jepun pun, tapi orang luar, macam sewa hanbok di Korea bila gi ke Gyeongbokgung tu... patutlah wanita ini bila nak ambil gambar depan dia tak mahu...
Nakamise Shopping Street.... hanya bersebelahan dengan Sensoji dan juga merupakan laluan utama kami bila balik ke hotel. Banyak juga souvenir yang dijual di sini, dan harga adalah standard dengan tempat-tempat lain.
 Ini adalah sebahagian souvenir yang ada jual...dan lain-lain tu macam biasa lah.
 Nakamise waktu tengahari..pun dah ramai orang... ini hari pertama kami di sini sambil mencari hotel...
 Waktu lewat petang lagi ramai orang berkunjung ke Nakamise Shopping Street ini.... kalau pukul 8-9malam dah tutup tempat ini.... biasa lah Japan... waktu pukul 10 tu dah senyap...
































































































Tamiya Playmodel Factory










































Masjid di Tokyo


Dalam bab ini, kami hanya melawat 3 buah masjid sahaja.. iaitu pertama di Asakusa, kedua di dan satu lagi Masjid Turkey ini atau dikenali sebagai Masjid Camii... iaitu masjid terbesar di Tokyo dan ia menempatkan kebudayaan Islam.
Secara asasnya... ia merupakan tumpuan umat Islam jika datang ke Tokyo ini... dan maklumat ringkas berkenaan masjid ini 



Alamat : 1-19 Oyamacho, Shibuya City, Tokyo 151-0065, Japan.
Waktu Operasi : 10 AM – 6 PM
Cara untuk pergi ke masjid ini:
1. Ambil Tokyo Metro Chiyoda Line atau Odakyu Line dan turun di stesen Yoyogi-Uehara.
2. Dari stesen tersebut, jalan mengikut Inokashira-dori selama kira-kira 5 minit untuk sampai ke Tokyo Camii.
































Masjid ini berada di bawah Yayasan Assalam, sebuah organisasi non-profit yang banyak menjalankan dakwah kepada orang tempatan dan mendirikan masjid untuk tempat berkumpulnya umat Islam di Jepun. Mereka mempunyai pusat komuniti di tingkat satu dan ruang solat di tingkat dua. Mereka juga menyediakan pendidikan dan sistem sokongan kepada saudara Islam yang baru dan orang-orang yang berminat untuk memeluk Islam , mengadakan kelas dan kuliah Islam dan juga membantu dalam proses pengebumian Muslim.
berdekatan dengan station Naka Okachimachi. 

Masjid Dar Al-Arqam , terletak di pusat bandar Tokyo telah ditubuhkan pada tahun 1998. Terletak berhampiran akatsuka dan memerluka 6 minit perjalanan dengan bas dari stesen Ginza. Bangunan empat tingkat ini mempunyai sebuah perpustakaan di tingkat bawah yang mana mempunyai pelbagai buku dalam pelbagai bahasa. Aktiviti utama Dar al Arqam Masjid adalah Solat lima waktu , Salat-ul-Jumma, Salat Taraweeh, melaksanakan Nikkah (perkahwinan) dan juga menguruskan jenazah. Selain itu, terdapat juga kelas Al-Quran untuk kanak-kanak dan dewasa.
 Nak datang sini kena berhenti kat station Asakusa dan berjalan kaki selama 10-15 minit.
Inilah gambaran dalam masjid Al-Arqam ini.. kecil tapi muat lah untuk solat jumaat 40 orang.

Kami datang awal.. tapi rupa-rupanya solat jumaat di Tokyo ini dilewatkan sikit, tunggu semua orang datang dulu...kalau ikut perkiraan di Malaysia ni,, Khatib dah baca khutbah.










































































































































Lain-lain Gambar



Ini adalah pass subway.. untuk 5 hari... iaitu satu untuk 3 hari dan satu lagi untuk 2 hari... pass ini tiada untuk 5 hari direct... lepas habis tempoh tu, maka ia tidak dapat digunakan lagi.



 
Sape-sape yang suka makan udong, boleh lah try... halal di sini. Naritaya Halal Ramen Shop...Nak datang sini boleh pergi ke Shibuya-Ku  - Udagawacho


Manakala ini pula ialah Ramen Halal... dekat dengan hotel kami menginap.. nak datang sini turun je subway di stesen Asakusa...dan tuju ke Senso-Ji Temple. Aissh ingat cerita Naruto plak....

Ni kedainya Narita Ya Halal Ramen Shop... jangan bimbang, orang yang tukang buat ramen ini pun orang Melayu Islam...

Gambaran sebahagian dalam kedai ramen ini.

Tukang buat ramen....
Nak naik subway, tak banyak beza mana dengan mana-mana negara...kena melalui gate seumpama ini, samada subway pass atau tiket atau mana2 kad pembayaran.
 
  Mesin untuk top up kad pass subway... ada banyak di stesen-stesen subway.

Sebagai wall screen handphone... sakura leaf and Mt. Fuji...

Suka MCo nak nyatakan sini...sengaja MCo snap gambar ni.... ini adalah salah satu gambar mesin-mesin vending yang ada di Japan ini.. dan... terlampau banyak... jalan 2, 3 langkah ada... kalau termiss masa jalan kaki... tak perlu "gostan" atau U-turn...sebab ada berpuluh-puluh lagi di depan....

100 yen bukan kecil nilainya.. jangan anggap macam di China atau Indonesia... 
 
 Yang ini agak kelakar juga.... di Jepun ni semua canggih sampai dalam tandas pun, kalau nak flush kena scan haba telapak tangan ini... tapi nak di jadikan cerita, selepas MCo buang air pastu nak flush.... berapa kali dah letak tangan tapi tak jalan-jalan... dan lah tak ada paip air  nak basuh.... tapi pakai tisu... dah lah... penuh dah tisu dalam mangkuk tandas... orang kat luar dah tunggu, jadi bila senyap je kat luar, MCo baru keluar.

Kalau ada sape2 yang ada hasrat nak bawa periuk dan beras untuk memasak tu di Japan.. kena fikir 2 kali, pertama kerana dah ada jual nasi macam ini di 7 eleven.... cuma panaskan melalui oven atau palling sengkek rendam je dengan air panas. kedua, nak bawa periuk dan beras tu agak sukar, lagi pun elektrik kat sini voltan dia renda...silap2 masak pagi, magrib karang baru masak.

Ini lah nasi selepas dipanaskan.... makan dengan serunding yang dibawa daripada Malaysia... ni masa pergi ke Mt.Fuji, beli je di 7e.. makan tepi sungai.


Tips dan Info


  1. Kadar tukaran matawang sekarang (Dis 2019) RM39.00 bersamaan 1000 Yen.
  2. Waktu Tokyo awal sejam daripada Malaysia.
  3. Jika pertama kali nak datang Tokyo atau Japan, Itinerary adalah penting, cara nak buat itinerary sendiri, first kena tengok map dan pengangkutan nak ke sesuatu tempat, tapi yang paling penting cuba lawat laman sosial atau blog sebagai rujukan.
  4. Jepun memang terkenal dengan ketetapan masa, jadi kita di sini sendiri perlu ikut corak mereka terutama untuk kejar subway atau pengangkutan awam.
  5. Jepun juga terkenal dengan subway-subwaynya... jadi banyak kaji subway map.
  6. Jika perasan, di bandar Tokyo tiada petrol Pump.... bila di tanya dengan orang sana, mereka memaklumkan bahawa semua stesen minyak berada di luar bandar.... jadi sape2 nak isi minyak kena keluar daripada bandar.. 

Bagaimana nak set Itinerary sendiri?
  • kena tahu tempat yang nak pergi biasa ni rujuk facebook, blog orang, cerita pengalaman orang.... 
  • Tengok Map Japan terutama di mana kita menginap, perlu tengok paling utama jarak tempat yang nak pergi tersebut.
  • selepas tengok map... tengok pula sistem pengangkutan iaitu bagaimana nak pergi ke tempat itu, dan compare juga jarak dan masa.
  • Tengok juga kadar bayaran tambang pergi dan balik... senang citer 2 hala.
  • tips pergi kalau 5 hari, pastikan pergi yang jauh dahulu pada hari pertama dan kedua atau ketiga..hari last atau 2 hari last itinerary berkisar town tour sahaja atau berdekatan hotel yang mana senang nak pulang ke hotel.
  • Kalau pilih destinasi jauh hingga 200km daripada hotel, pastikan ia nak buat day trip atau menginap di sana. dan Japan tepat waktu adalah penting untuk transport.
  • Kenapa perlu itinerary? pertama supaya kita tidak "terbabas" tempat yang nak pergi dan kepuasan jika dapat memenuhi..dan sebenarny key ialah JIKA pihak berkuasa Imigresen buat semakan atau inspection, dengan itinerary itu la menjadi bukti bahawa kita datang nak melancong bukan datang untuk kerja.... jangan lupa dalam itinerary itu lekatkan bersama-sama hotel booking dan tiket kapal terbang balik.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...