Sunday, February 24, 2019

MISI CARI SUP YALA, THAILAND

YALA, Selatan Thai yang kaya dengan Makanan sedap

MCo kali ni... trip misi mencari sup di Yala... orang kata sedap sup di sini... orang kata giler apa hanya nak makan sup pergi sana... hahaha ini lah kita kata jalan-jalan cari makan...
sebelum ini sup femes ialah Mok Su Sup di Pattani dan kedai Sup di Palas... ini kalau pergi ke Hatyai dengan kereta...
tapi kali ini dengan keretapi.... sup femes di sini orang kata... kedai Sup Kedai Buruk....jom kita buru.... hahaha tapi apakan daya...tak jumpa kedai sup Kedai Buruk, tapi jumpa kedai Sup Lorong Surau... 

Thread kali ni.. bukan fokus sangat cari sup tu...tapi juga berkenaan perjalanan dengan keretapi... walaupun MCo dah ada cerita berkenaan perjalanan dengan keretapi ini... tetapi perjalanan ini penuh gelagat dan telatah... jom kita kongsi... hehehe

Perjalanan keretapi bermula jam 6.35pagi waktu tempatan dan mengambil masa selama 2jam atau 2jam 30 minit di stesen keretapi Yala.... dalam lebih kurang 8.40 pagi waktu tempatan. 

Keretapi seterusnya ke Hatyai ialah jam 11.30 pagi.... bermakna kita ada masa 3 jam lepak di Yala sebelum meneruskan perjalanan ke Hatyai.



Stesen keretapi sungai Kolok.... jam 6.00 pagi waktu tempatan... tak cerah sangat.... kalau waktu Malaysia dalam jam 7 pagi.
 
 Keretapi Ordinary... kerusi kayu..atau kelas 3... beli tiket... duduk mana-mana pun boleh...






Tiket ni adalah daripada Yala ke Hatyai.... harga dalam 23baht dan dalam lingkungan RM2.50 sehala... manakala...kalau daripada Sg. Kolok ke Yala dalam harga 22baht...dalam lingkungan RM2.40... jika Sg. Kolok ke Hatyai secara terus harga adalah dalam 42baht sahaja.. iaitu lebih kurang RM4.40 sahaja.  
ini adalah signboard di Yala... iaitu kalau hendak ke Sg. Golok... perlu naik keretapi dari arah "kanan" menuju ke Maiken, manakala kalau ke Hatyai... perlu naik keretapi daripada "kiri" iaitu ke Tase. Stesen Yala ni merupakan stesen keretapi kedudukannya adalah di tengah-tengah antaran Sungai Kolok dan Hatyai.

Panorama Kelas 3 (Ordinary train) Sg. Kolok ke Hatyai...
Sebelum sampai ke Yala... pasti akan melalui stesen Sungai Padi...
Stesen Tan Yong Mat.... antara stesen besar di Selatan Thai sebelum sampai ke Stesen Yala....
Lagi panorama di stesen keretapi Tan Yong Mat...
Stesen Salo Bukit Yuae Rae... mesti lalu jika naik train untuk ke Hatyai....
Pa Phai stesen...
Raman Stesen....


Itulah serba sedikit perjalanan daripada Sg. Kolok ke Yala... nah dah sampai ke Yala... Misi utama nak cari sup kedai Buruk dekat dengan stesen keretapi Yala, apa yang jadi buah mulut orang...diaorang kata sup situ memang sedap.. ni kita buat misi nak cari kedai sup. Tapi malangnya tak jumpa kedai sup tersebut...tapi jumpa sup kedai lorang surau.


Ini bukan kedai sup Kedai Buruk...tetapi kedai tepi kedai Sup Lorong Surau..... nampak pun macam sedap.
Inilah kedai Sup Lorong Surau....


Masa sampai kedai ini...kedai baru nak buka... jadi owner dia pun sedang bersiap-siap nak selesaikan semua keperluan tu....
InsyaAllah halal makan di sini... majoriti pun Islam...
 Kalau tengok bahan-bahan dia tak banyak macam kedai sebelah...tapi ramai orang datang sini, untuk makan...

untuk kenal Kedai Sup tu...senang sahaja... selepas keluar daripada stesen keretapi...terus ke Kanan... dan akan nampak bangunan warna warni tu... dan terus pergi ke bangunan tersebut...
Sehingga jumpa lorong ini.... masuk je lorong tersebut.
hehehe misi kali ini... MCo bukan keseorangan tetapi ditemani oleh sahabat sahabat...iaitu Yoyie, Nasir, dan Din... manakala sorang lagi tu... ialah "kawan baru" yang baru jumpa... dia ni kerja sebagai Polis Keretapi... eerrmmm kisah dia lebih lanjut..nanti....





ok... gambar last..dah habis makan... errmm kenyang, Alhamdulillah...


Misi seterusnya ialah ke Hatyai... kalau sape-sape nak datang sini... jangan lupa makan sup sini... antara yang sedap sini....
kalau naik kereta (bukan keretapi)....kedai Sup di Palas...samada tepi jalan, atau di stesen minyak PTT Palas...
dan kedai Mok Su di Pattani...


Special posse MCo kat stesen keretapi Yala...sementara tunggu keretapi ke Hatyai...

ini lah kawan baru Yoyie... nama dia dia ialah Ismail... dia ni sebenarnya orang Terengganu... kampung asal di Surau Hj Yaakop...kat Atas Tol, boleh cakap melayu...dan dia Kawin dengan orang Yala, Thailand.... dan menetap lama dah di Yala ini....
MCo dan nasir pun tak lepas peluang untuk bergambar dengan Pak Ismail ini.... nanti lain kali...boleh jumpa lagi....

Replika kepala keretapi di Hatyai Junction Railway Station.....

Nasir pun tak mahu lepas peluang nak 'gohek' keretapi ni...hehehe
Last... MCo... tengok ini... Yala... jangan tersalah pilih destinasi....
Tips
1. Kalau naik keretapi
Pagi samada dari arah sg golok ke hatyai atau hatyai ke sg gokok duduk sebelah kanan, supaya tidak kena cahaya matahari.
Sebelah petang duduk sebelah kiri

2. Jarak waktu Malaysia Thailand ialah, Malaysia awal 1 jam. contoh waktu thailand 7.00 pagi, maka waktu malaysia ialah 8.00 pagi.

3. Majoriti penduduk di sini adalah beragama Islam. 

4. Nilai tukaran matawang pada masa ini ialah 7.68baht bersamaan RM10.00

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...