Monday, October 10, 2016

JOM JALAN DI SIEM REAP, CAMBODIA



HIMPUNAN GAMBAR-GAMBAR DI SIEM REAP.
14hb - 15hb Oktober 2016

Siem Reap (Khmer: ក្រុង សៀមរាប, disebut [siəm riəp]; Thai: เสีย รา ) adalah ibu kota Siem Reap Wilayah di barat laut Kemboja, dan sebuah bandar peranginan popular sebagai pintu masuk ke rantau Angkor. (formerly known as Kampuchia)

Siem Reap mempunyai seni bina gaya-Cina penjajah dan di French Quarter Lama, dan di sekitar Pasar Lama. Di bandar, terdapat muzium, persembahan tarian Apsara tradisional, perkampungan budaya Kemboja, cenderamata dan hasil seni kraf tangan kedai, ladang sutera, padi sawah di kawasan luar bandar, perkampungan nelayan dan perlindungan burung berhampiran Tasik Tonle Sap.

Siem Reap hari ini-menjadi destinasi popular pelancong yang mempunyai sebilangan besar hotel, resort, restoran dan perniagaan berkait rapat dengan pelancongan. Ini kerana kedudukan Siem Reap berhampiran dengan kuil-kuil Angkor, yang menjadi tarikan pelancong yang paling popular di Kemboja.


Perjalanan kali ini, MCo tidak akan menceritakan secara khusus perjalanan MCo sebagaimana penulisan yang lepas-lepas.. kali ini semua penceritaan berdasarkan gambar-gambar yang tidak mengikut kronologi.
 Cukuplah di sini MCo jelaskan bahawa kami jalan-jalan di Cambodia ini selama 4 hari 3 malam... 2 hari 1 malam di Siem Reap, 1 malam di dalam bas... dan 2 hari 1 malam di Phnom Penh...
MCo dikira bertuah kerana di airport Mustafa telah jemput kami, dan hampir semua program di atur oleh beliau sendiri... biasa lah MCo ni malas nak survey banyak2...  
 
 OK dah sampai di Siem Reap International Airport ni.... suka sangat tu dah sampai... tak sabar nak menjelajah lepas ni..
 
 MCo pun nak bergambar solo sini.... 
 
 hai...Yie Sanah pun nak masuk juga bergambar....
Depart from KLIA 7.50 am dan Arrive di Siem Reap international Airport....dalam jam 7.50am (local time)... penerbangan boleh dikatakan mengambil masa dalam 2 jam setengah...
di Cambodia, khususnya di Siem Reap ini, sama dengan negara-negara asean lain, di banjiri dengan motor-motor cup seumpama ini, tetapi masih lagi tidak dapat menandingi Vietnam... tapi ini adalah lumrah negara-negara Asean ini.

Salah satu suasana jalan di Siem Reap, tak sibuk, dan juga tidak jem... kecuali kawasan berpusat betul-betul tengah pekan.
Jalan menuju ke Kampung Melayu Champa atau Stoung Thmey Village.... jalan kecil dan agak sesak.
Kampung Melayu Champ... kelihatan Masjid di Pekan Siem Reap ni... Masjid An-Nikmah, di Stoung Thmey Village... di sini lah terdapat banyak restoran halal dan juga penduduk yang beragama Islam... contohnya perempuan dalam gambar di atas, adalah penduduk tempatan, dengan mengenakan tudung... identiti global muslim.
Muslim Family Kitchen.. tempat kami sarapan dan makan di sini... tidak jauh daripada Masjid An-Nikmah... harga pun di kira berpatutan, please dont compare dengan harga restoran di Malaysia... 
Tempahan melalui Agoda.com The Moon Villa & Cafe.... 
 Kami dah booking hotel siap-siap melalui agoda.com so dapat special harga.. murah... memang solid sini... harga berpatutan... pelayan pun mesra, dan lokasi plak.. memang terbaik.. so kami sempat lah bergambar dengan salah seorang pekerja hotel di sini... hehe

Siem Reap Killing Field

Killing Field di Siem Reap ini tak lah sebesar sebagaimana di Phnom Penh, tapi ia tetap meninggalkan sejarah dan kesan kepada penduduk setempat.
Di sini kami singgah sekejap sahaja dan cerita pun secara ringkas dengan gambar-gambar yang di snap secara rambang.
Sedikit sebanyak... sign macam ni sentiasa ada... sesiapa yang nak tahu serba sedikit sejarah tentang Killing Field ni.. bolehla baca... untung kami, sebab ada Mustafa, dia lah yang cerita semua...tak perlu baca... hehe
Lagi... cerita-cerita dan gambar yang terdapata di sini...  di sini tak ada pemandu  pelancong secara khusus... maka kena baca lah...
Antara pemimpin tertinggi rejim Pol Pot (Khmer Rouge).... antara orang yang bertanggung dalam penyebab kematian orang-orang tak bersalah di Cambodia semasa era pemerintahan mereka.
Memorial...dan peringatan kepada semua rakyat Kemboja terutama keluarga-keluarga mangsa korban.
"benda ini" memang biasa jadi fokus utama di Killing Field, samada di Siem Reap atau di Phnom Penh... biasa di Siem Reap Killing Field terletak di Wat Thmey atau Tep Pothivong... tengkorak manusia yang ada tu, semua adalah yang benar, bukan replika, yang benar maksudnya sememangnya tengkorak tersebut adalah mangsa kekejaman dan mangsa pembunuhan semasa era pemerintahan Khmer Rouge.
 
 Bergambar dengan ni.. bukti kami bukan saja-saja rakam gambar tu..hehehe
 kami berempat.... Mustafa, MCo, Zikri dan Yie Sanah.....
Di Killing Field Siem Reap ni.. cuma ruangan macam ini lah... menceritakan sejarah mereka... so ruang sedikit masa, baca sejarah mereka... yang penuh titik hitam yang memilukan... sampai sekarang pun MCo masih terfikir, kenapa Pol Pot sekejam itu.

Pintu Gerbang utama untuk masuk ke "Killing Field" di Siem Reap... agak kecil sikit di sini jika di bandingkan dengan Killing Field di Phnom Penh.
Antara pasar yang kami jumpa..sekadar lalu je... bergini lah suasana di pasar, dan tak banyak beza dengan tempat-tempat lain. dan pasar ini memang khas untuk penduduk tempatan.
salah satu jalan yang berada di Siem Reap yang penuh dengan bar, lampu-lampu neon lebih menyerlah jika waktu malam...
Kebetulan kami sampai di Siem Reap ini hari Jumaat, maka ada kesempatan solat jumaat di Masjid Siem Reap ni... apa yang MCo nak kongsi ini ialah... Tulisan Jawi masih digunakan secara global di sini dalam membentuk identiti muslim, tapi yang menariknya ialah... MCo di fahamkan setiap masjid di sini akan menyediakan white board seumpama itu.. ia nampak normal tapi di sini, setiap imam dan bilal bertugas akan di tulis on the spot di situ... dan nama-nama ini akan berubah jika imam atau bilal lain yang bertugas... dan bergitu lah seterusnya.
Keadaand dan suasana dalam Masjid ini... sama macam di Malaysia... melayu Champ.. sinonim dengan Islam.... kalau tengok suasana ini... sebijik macam MCo berada di masjid masjid kampung di Malaysia.... khususnya tempat MCo sendiri....
Luaran Masjid An-Naekmah (Bukan Nikmah sebagaimana MCo tulis di awal tu)... waktu ni dah habis waktu solat jumaat.. 
 dah habis solat.. maka berebut-rebut lah nak balik... gambar di luar perkarangan masjid....
Mustafa sedang beli tiket untuk kami, 1. tiket bas (Siem Reap to Phnom Penh). 2. tiket masuk ke Culture Village.
Bila beli, akan dapat resit macam ni...ni kira agent lah... harga tetap sama, samada beli di sini atau di kaunter tiket Culture Village tu... cuma keistimewaan di sini (bagi orang tempatan), dapat kad macam dalam gambar di atas tu, kad itu jika kumpul, cukup kuota, dapat lah di tukar dengan barangan, jadi MCo bagi je kad tu ke Mustafa, biar dia yang kumpul, rezeki dia.... kami simpan pun nak buat apa kan... kan....

Culture Village

Cambodian Cultural Village (CCV) boleh dikatakan macam Theme Park dan di gabungkan dengan Muzium... kedudukannya di jalan Krong Siem Reap iaitu lebih kurang 6 km daripada bandar, dan kalau daripada lapangan terbang ke town, kita akan melalui kawasan ini... CCV ini telah di bangunkan sejak 22 September 2003 dan telah mendapat sambutan agak menggalakan di kalangan pelancong untuk mengetahui budaya Cambodia... agak seronok kerana kita dapat menyelami sejarah Cambodia secara life.
Pintu utama CCV, Sempat juga Mustafa dan kami ber Welfie..... kalau daripada jalan besar boleh nampak dengan jelas CCV ini.... jom lah kita masuk dalam....
Tourist Map..sebelum masuk boleh lah tengok-tengok dulu sini... lepas tu soal hati..larat ke tak nak masuk pusing-pusing dalam ni... ini style belajar University... kena kejar-kejar kelas... hehehe
 Tourist Map bila masuk Culture Village ini..so kita boleh lah tau..yang mana nak kena pi dulu.. kalau pergi dengan tourist guard... atau Mustafa ni..kita just follow je..tak perlu susah-susah tengok map ini... ia sekadar informasi....
Selain Map.. petunjuk ni pun berguna.... MCo pun tak mahu lah meleret-leret tulis... cukuplah kalau boleh baca ni...
 apa-apa pun snap dahulu satu... bagus dah nak masuk ni...
Apa-apa pun jom bergambar di pintu masuk ini..untuk beli tiket.... kiri kanan MCo ada patung tu... ia dikenali sebagai Guard of Khmer.
 
 JOm pi tengok apa yang ada kat kaunter tiket tu.... masih tak ada orang.... mungkin awal lagi kot....
Kaunter tiket, nampak tak ada orang.. ke awal sangat kami sampai.. actually kami dah beli awal-awal kupon tiket tu... cuma kat sini kami hanya ambik tiket masuk je lah.... harga sama sahaja, sebagaimana MCo post di awal-awal tu...
Sebelum beli tu..boleh lah baca papan kenyataan ini dulu... eermm MCo saja snap ini untuk pengetahuan akan datang... atleast boleh jadi tempat rujukan kan...
 
Jadual atau schedule perjalanan seharian di dalam Culture Village ni... kira tengahari sampai malam juga lah... kalau kena hari hujan, nasib lah.. sebab kebanyakan ialah persembahan outdoor....
Tiket masuk ke Culture Village ni... kami 3 orang... tapi Mustafa tumpang... caranya mudah, Mustafa tu di kira seperti "pemandu pelancong" kami... maka tiket biar di beli, dan biar dia pegang dan biar dia yang tunjuk kepada penjaga tiket, maka Mustafa akan dapat masuk free menggunakan pakej kami...
Start tour dalam CCV.. akan jumpa panorama ini... macam floating village plak...
..dan lagi... yang nampak rumah kecil-kecil tu... sebenarnya macam restoran.. setiap rumah kecil tu..satu meja makan....tapi macam tak berfungsi mana... tapi panorama ini agak menarik juga lah...
Persembahan di "China Village"... setiap persembahan ada nama-nama tersendiri... ini semua persembahan kebudayaan Chinese....
di pentas persembahan Kroeung Village.... iaitu Choosing Fiance... apakah itu? nanti MCo cerita...
Khmer Village.. iaitu persembahan Drum of Success Dancing....
Last Show.... Big Theater iaitu penceritaan The Greatest King Jayavarman 7....  macam Siam Niramit di Bangkok plak... ni boleh dikatakan kisah zaman pemerintahan beraja dulu...dan bagaimana mereka jatuh bangun dan sehingga terbinanya wat mereka.
Di akhir persembahan.... semua peserta turun dengan kereta berhias mereka...

Angkor World Heritage

Nak masuk kawasan Angkor World Heritage (AWH) ni kena ada tiket... dan AWH ni bukan ada satu Wat sahaja...  so setiap Wat kena tunjuk pass pelawat (tiket)... dan nak beli tiket atau pass tersebut bukan lah di kawasan-kawasan wat itu, tapi kompleks khas, dan agak jauh dengan AWH tu... kalau tak beli, dan terus pergi ke AWH, maka pegawai akan suruh berpatah balik suruh pergi beli pass tu dulu...
Jalan menuju ke Kompleks untuk beli pass masuk AWH atau tiket....
Kena masuk simpang ni...siap ada tulis tu Angkor Ticket Booth.....
Lepas tu... lalu ikut jalan ni... ramai orang luar datang atau lalu kawasan ini adalah kerana nak beli tiket tu....
 Kompleks Musuem yang bersebelahan dengan kompleks penjualan kaunter tiket ke Angkor.
 Pintu utama Angkor Panorama Museum, kami hanya bergambar sahaja, sebab nak berkejar ke Angkor Area plak...
 
 Gambar ke-2
 Asyik kami bertiga sahaja.. sekarang Mustafa join sekali... selfie sekali lagi mudah....
ok..dah masuk..jom beratur masuk dalam....
 
 Sebelum beli tiket...sebaik-baik baca ini lah dulu..sebagai info...itu pun kalau ada banyak masa... kalau dah MCo ambik gambar ini... so baca kat sini sahaja lah... sampai sana, tak perlu baca lagi....
 
 Kami datang.... dah siap senyum tu... bersedia sambut kitaorang untuk beli tiket... (sorry lah..gambar blur... hehehe)
Kaunter beli tiket...siap ada kamera tu. macam kat Imigresen plak....  satu orang di tempatkan di luar kaunter bagi membantu pelancong yang nak beli tiket ni...
Sempat juga Yie Sanah ambik gambar diaorang... iye lah.. kerja kat tempat macam ni, kena mesra kepada pelancong dan yang penting tak lokek dengan senyuman.
ini lah Tiket nak masuk kawasan Angkor World Heritage.. bukan untuk Angkor Wat Sahaja, tiket siap bergambar lagi tu... terlampau tinggi security tu, supaya tak ada orang lain yang guna tiket orang lain untuk kunjung tempat2 heritage mereka..
ni muka belakang tiket tersebut....  sebenarnya ia ada pakej, sehari harga lagi... dua hari.. tiga hari dan seterusnya....

Ta Prohm Temple
 Ia lebih dikenali sebagai Tomb Raider.... di mana tempat Angelina Jolie berlakon tu... kalau sebut Ta Prohm... ingat Tomb Raider.
Daripada tempat beli tiket... ini la laluan ke Tomb Raider... ada yang naik tuk-tuk, dan kereta, jalan kekampungan... dengan kiri kanan dipenuhi pohon-pohon.
Kanak-kanak Khmer yang menjual cenderamata di pintu masuk Ta Prohm Temple.. sempat lah MCo bergambar ceria dengan dia...sebenarnya ramai, tapi tak larat nak layan karenah mereka untuk beli souvenir dengan mereka... yang ni, nampak kesian, jadi MCo dah janji dengan dia, MCo beli jika dia tawarkan harga special setelah MCo selesai masuk melawat dalam Temple Ta Prohm tu.... 
boleh dapat.... USD2 dengan 7 magnet atau 6 magnet
Sign dalam Ta Phrom ni... perkara-perkara yang dilarang buat ketika di dalam Wat ini... tetapi di luar, MCo dah buat satu kesilapan... dalam klausa "Candy and give money to Children"... sebab MCo dah beli souvenir dengan mereka....
Antara monumen yang ada ketika jalan menuju ke tapak utama wat Ta Phrom....
Gambaran jauh tapak purba Ta Phrom ni.... wah macam excited je... sebelum ni tempat ni tengok dalam tv dan internet je...
Ta Prohm Temple, di kenali dalam filem Tomb Raider... lakonan Angelina Jolie... Temple ni lebih dikenali sebagai Temple Tomb Raider..... ini lah gambaran luaran temple ni.. kawasan Angkor ini memang lah terkenal dengan temple-temple.... mungkin suatu waktu dulu...kawasan ini tanah lapang... dan kini di makan usia menyebabkan banyak pohon-pohon tumbuh melata seperti dalam hutan pula.... maklumlah kebanyakan temple-temple ini wujud sejak kurun ke 7 masihi lagi....
Mungkin kerana ini salah satunya Wat ini jadi istimewa kerana akar-akar pokok
Sempatlah Yie Sanah berselfie... ini lah akibat kalau datang waktu pagi hawa ke tengahari sebab matahari menghadap kami bila bergambar, jadi bila bergambar tidak dapat mengatur angle yang sesuai...salah teknik, salah fokus, gambar pun jadi gelap.
Scene dalam Tomb Raider...  yang pasti temple tu lebih tua daripada pokok yang ada tu... sehingga boleh mencecah seperti itu..
Episod seterusnya.. menjelajah dalam lagi Ta Phrom Wat ini... banyak lagi bangunan purba ini...

Antara binaan di anggap binaan purba..yang terdapat di sini... eeerm memang purba lah kan..kalau di bina pada abad ke-7... 
(jangan tersilap dengan tanda "AWAS" di tepi tu... hahahaa - kata yie sanah, Zikri pakai baju AWAS kerana baju belang-belang putih dan merah)
Lagi panorama dalam Ta Phrom Wat ini.. penuh dengan pengujung...  memang lah kalau datang ke Kemboja ini, ini lah satu salah tarikannya...
memang ramai pengujung ketika ini... panas tapi oleh kerana rimbungan pokok-pokok menyebabkan tempat persekitaran menjadi redup dan sejuk... jadi panas tidak terasa sangat. ok lah.. MCo nak pergi sana plak... jom...
Mustafa dan MCo...
Gambaran dalam Wat ini... sebahagian sahaja.... nampak betul-betul lama tapi masih bertahan...
Salah satu struktur dalam binaan ini....
 
 Ini gambaran penuh... yang unik juga...
Setiap pengujung akan melawat ke sini melalui jalan-jalan yang di tanda dan di khaskan untuk bejalan, maka tak lah pengujung pergi sesuati tempat sesuka hati yang akan menyebabkan kerosakan pada artifak tersebut... so kami just follow je lah laluan tu.... bukan apa.. just nak bergambar je... no more than that...
Struktur seumpama ini memang banyak, dan sinonim dengan wat-wat yang berada di Cambodia ni... dan struktur ini di anggap sebagai imej Cambodia sendiri...
MCo dan Yie Sanah... tak sempat kontrol perut...dah kena snap.... bukan senang nak bergambar di sini.. kena beli tiket flight plak... kalau nak yang ke-2
masih lagi bergambar di dalam Ta Phrom..... 
 
 MCo dan Mustafa lagi... picture yang menarik juga.. gambar dalam gambar.... hehehe
dalam bab ini.. Mustafa pro dalam ambik angle gambar, sebab dia dah biasa.. bukan sekadar pemandu kenderaan, tapi secara tak langsung jadi camera man.... gambar dalam gambar ni...
Sudut lain gambar di Ta Phrom....
Pandangan jauh... depan sisi kanan Ta Phrom...
Pemuzik tradisional.. laluan masuk ke Ta Prohm Temple tu... tak kira orang mahu dengar atau tak... boleh derma...boleh beli kaset... they dont care... dan ahli-ahli nya ada yang terdiri OKU... kelihatan Yie Sanah sedang bagi derma tu...
Salah satu Wat yang ada di dalam Angkor Heritage.. tapi kami tak singgah untuk ambik gambar ini sahaja...., kalau pengunjung ambik pakej untuk 3 hari, boleh lah.. sedangkan kami ini satu hari sahaja...dan kejar trip untuk ke Wat-wat yang lebih femes...
Menarik dan unik... yang pasti jalan ini mungkin dah wujud ribuan tahun lalu.... sehingga kini di kekalkan.... siap ada jalan raya.. dengan "pintu gerbang" purba. Gateway to Angkor Thom.
Kelihatan bas melalui jalan bawah pintu gerbang purba ini.... untuk sebuah kenderaan sahaja yang muat... yang sebelah lagi tu..tunggu lah..bergilir-gilir.
Angkor Thom...

Angkor Wat

Mai MCo cerita sikit pasal Angkor Wat ni....... destinasi wajib kalau sesiapa yang datang ke Cambodia, khususnya di Siem Reap ini..


Angkor Wat adalah sebuah kuil di Kemboja dan monumen agama terbesar di dunia, dengan keluasan berukuran 162.6 hektar (1.626.000 m2; 402 ekar). Ia pada asalnya dibina sebagai sebuah kuil Hindu dewa Vishnu untuk Empayar Khmer, secara beransur-ansur berubah menjadi kuil Buddha ke arah akhir abad ke-12. Ia dibina oleh Khmer Raja Suryavarman II dalam abad ke-12 awal Yaśodharapura (kini Angkor), ibu kota Empayar Khmer, sebagai kuil dan makam akhirnya. Angkor Wat adalah satu-satunya warisan yang telah kekal sebagai pusat agama yang ketara sejak penubuhannya. Kuil ini di bahagian atas gaya klasik tinggi seni bina Khmer. Ia telah menjadi satu simbol Kemboja dan yang paling nyata ia diterapkan dalam bendera kebangsaan Cambodia.

Angkor Wat menggabungkan dua pelan asas senibina Khmer kuil: kuil-gunung dan kuil galleried. Ia direka untuk mewakili Gunung Meru, rumah para dewa dalam mitologi Hindu: terdapat parit dan dinding luar 3.6 kilometer (2.2 batu) segi empat tepat. Di tengah-tengah kuil berdiri menara quincunx. Tidak seperti kebanyakan kuil-kuil Angkor, Angkor Wat adalah berorientasikan barat. Kuil ini dikagumi kerana kehebatan dan keharmonian seni bina, banyak ukiran-ukiran, dan untuk pelbagai imej dewata menghiasi dindingnya.

Angkor Wat ni dah di warta kan oleh PBB UNESCO sebagai tapak warisan dunia... so semua yang ada dalam ni memang terpelihara sepenuhnya...

apa-apa pun bawah ini adalah sekadar gambar-gambar sahaja....
 
 Angkor Wat.... simbol Cambodia... akhirnya MCo sampai juga ke sini... 1st time..dan mungkin akan datang... boleh lah MCo datang lagi...
ke Angkor Wat... sebelum sampai ke binaan utama....
Gambaran daripada jauh... tengok ramai pengunjung.... termasuk lah kami sendiri.... tapi pelancong daripada barat ramai kali ini....
yeaaahh MCo dah sampai sini... anda? jom lah.. .tiket murah sekarang ni...
dan nak masuk laman utama ke Angkor Wat
Monumen atau binaan utama, femes dan asas kepada Angkor Wat ini... dan merupakan imej utama Cambodia..sehingga rekabentuk dan imej ini menjadi medan utama dalam bendera kebangsaan mereka....
... lagi lain sudut panorama gambar ini....
 MCo dan Yie Sanah bergambar di muka Angkor Wat.... 
 
 Angle lain plak..
ok.. wa masuk dulu lah... kata zikri... hehee
di dalam Angkor Wat....
Koridor.. Angkor Wat... ni dalam Angkor Wat dah.. ini bukan Istana ni... tapi Wat.... macam tempat ritual keagamaan hindu... tapi ia telah berubah kepada Buddha.
Menara Kanan Angkor Wat....
Pengujung boleh naik ke menara Angkor Wat ini melalui tangga yang telah di sediakan oleh pihak pemerintah... tangga tu je bukan binaan purba..yang lain semua artifak purba... tangga yang curang, agak letih juga lah.. kerana papan lantai tangga yang kecil dan curam.
sini pun ada had kalau nak masuk.. ikut giliran...tunjuk tiket...tak boleh pakai cap... tak boleh bising...
berginilah keadaan tangga dan di lihat daripada bawah.. .kalau gayat tak payah naik...duk je bawah... kebetulan hari ini panas plak..sabar je lah... naik tetap naik, sebab lepas ni tak tahu bila lah lagi dapat datang....
Gambar daripada atas pula pada tangga tu..tapi nampak Yie Sanah plak sedang sibuk ambik video....
Pandangan daripada Menara Angkor Wat.... ni panorama belakang...
Snap daripada Menara, nampak dalam dan luar Angkor...
Banyak dah Struktur yang jatuh dan rosak.. tapi keaslian binaan asas masih kukuh...
Gambaran laluan utama..... yang MCo awal2 bergambar tu... kecil je nampak....
 
Di dalam Angkor Wat ini, kira bertingkat-tingkat juga.... wooii apa lagi tu duk bawah... mai lah naik ni.. banyak lagi kawasan nak terokai ni...
 
terpengaruh dengan orang putih buat macam ni.. .jadi kami pun buat lah... gambar atas tu... atas di Angkor Wat...
Panorama daripada luar Angkor... kawasan persekitaran Angkor...

T-Galleria
 Antara Pasaraya yang berprestij tinggi di Siem Reap, barang-barang pun semua branded... dan owner dia adalah rakyat Singapore.
 
 Apa-apa pun... kena bergambar dulu di muka pintu shopping kompleks ini....
yang mahal nya kat sini ialah.. setiap kali nak masuk, terutama warga asing kena daftar masuk dulu.. rekod nama... siap kena tunjuk passport lagi tu.. kalau tidak, tak boleh masuk....

Bergambar di antara Angkor National Museum dan T-Gallerie....
 
 Bergambar sebelum ready untuk masuk ke T-Gallerie... tapi si baju Awas dah awal masuk nun...
Masa ni.. Zikri malas nak bergambar..so kami berdua je lah bergambar... tambah koleksi...
Just bergambar je...tak masuk dalam pun....pintu masuk ke National Museum.. Angkor.
Angkor National Museum, kami tak masuk... kami hanya duk diluar sahaja... sebab waktu ni..kami nak pergi solat Jumaat, kot tak sempat..cuma singgah sekejap selagi ada waktu...

Tonle Sap Sake Sunset

Welcome to Tonle Sap Lake (TSL)... memang mengalu-alukan kedatangan pelancong dan apa yang di tulis di tiket... Mai MCo cerita serba sedikit... 
 TSL terletak selatan bandar Siem Reap dan jaraknya adalah dalam 19km... di tasik ini ada perkampungan, atau kita lebih kenal dengan nama Chong Khneas.. atau Floating village... Jika musim hujan, air dalam tasik ini boleh mencecah 12,000 padu air, dan  boleh naik sehingga 12 meter... TSL merupakan tasik semulajadi dan dipercayai  terdapat lebih 200 spesis ikan mendiaminya...
Ramai pengunjung datang ke sini adalah semata-mata nak melihat dan merakamkan matahari jatuh (sunset). 
Salah satu jalan nak pergi ke Tonle Sap Lake...
 Parking di Tonle Sap Lake.. van-van yang ada tu..semua pelancong.... agak jauh juga lah daripada hotel kami tu... 19km kan...
Boat yang membawa pelancong ke Floating Village.... dan untuk tengok sunset.
dah hampir nak sunset tu....
suasana dalam bangunan di mana menempatkan kaunter tiket dan kedai2 souvenir.
Mustafa yang tolong beli tiket untuk kami... memandangkan orang tempatan..senang berkomunikasi...harga USD5.00 per head...
boat-boat dan rumah-rumah penduduk di sepanjang tebing tasik TSL...
lain-lain boat yang membawa penumpang/pelancong.....
Salah sebuah rumah di Floanting Village....
bergini lah sesuasana dan keadaan rumah-rumah di Floating Village... rumah ini boleh bergerak, dan berpindah-randah... ia tidak statik, majoriti penduduk di sini bekerja sebagai nelayan.
Sekolah di Floating Village.
Gereja... hampir kesemua penduduk di sini beragaman Kristian, dan hampir mencecah 1100 famili.
Kami hanya melalui rumah-rumah terapung ini kiri dan kanan...
Mereka boleh ubah..rumah mereka.. di mana mereka suka...
Sekolah, klinik, kedai, dan gereja... biasa di tempatkan berdekatan....
Panorama yang menarik yang di ilhamkan oleh Zikri.. walaupun idea ini tidak asing lagi... tapi this is point utama...
Seperti duduk di tepi pantai, seperti memandang laut.. tapi ini ialah Tasik... tasik yang terbesar di Cambodia....
sunset di TSL... 
 Imej keseluruhan tengok sunset kononya...
bertapa luasnya TSL ini...sehingga nampak seperti laut...
kecil-kecil dah mula pandai mengayuh... budaya sudah macam ini, sebagaimana Bajau Laut di Sabah...
Floating House at Floating Village.....
Port...tempat persinggahan...tempat orang tengok sunset...restoran... dan juga tempat jual souvenir... tapi selepas matahari jatuh tempat ini akan menjadi sunyi sepi....
Keadaan begini adalah normal di kawasan ini sebelum sunset... terutama hari minggu...
Atas restoran terapung ini... Floating Restaurant ni.. memang di dirikan base seperti ini... untuk orang ramai untuk menikmati permandangan dan panorama ketika matahari jatuh.. kalau datang tak ada orang.. memang lapang la sikit.
Sunset at Siem Reap with National Flag....
Sikit lagi nak mencecah kaki air tu.... tasik pun macam laut....
Floating House at Floating Village....  Panorama indah yang jarang MCo lihat... agak menarik juga lah... sebab rumah-rumah mereka tidak statik... boleh pindah randah....
MCo snap satu... untuk post kenangan....
MCo, Mustafa, Yie Sanah dan Zikri... berlatar belakangkan Floating House at Floating Village....
Dalam perjalanan...satu boat satu group.. kami 4 orang di ibarat 1 group juga lah ni....satu boat kecil seperti ini boleh memuatkan 10 hingga 12 orang....
Bergambar di dek boat.. tengok nu depan... Tonle Sap Lake jauh terbentang, macam tak ada daratan di hadapan.... just tasik... tasik terbesar di Cambodia...
Sempat Selfie... Mustafa memang pakar dalam selfie selfie gini... hehehe
dan lagi.. masih dalam perjalanan... masa yang  di ambik daripada jeti ke tempat di tuju dalam 30 minit dan lebih juga....
Rumah Ibadat, iaitu Gereja.. mengambarkan majoriti dan mungkin hampir keseluruhan penduduk di sini adalah beragama Kristian.
Sekolah... bersambung dengan gereja....

Panorama biasa di Floating Village... penduduk menjalankan ruting harian di sini dengan memasarkan hasil laut dan hutan di restoran terdekat... (kelihatan kanak-kanak mengendol ular sawa )
Sempat lagi Yie Sanah bergambar dan selfie dengan pilot boat...hehe
Kami di atas dek restoran... bersedia nak tunggu matahari jatuh...
Anak-anak buaya di bawah tu...dalam sangkar, bukan sekadar hiasan atau untuk tontonan pengujung tetapi ia merupakan hidangan pada restoran, bagi yang minat makan makanan eksotik macam ini.. sesuai lah datang sini... malah kat sini pun jual peralatan yang diperbuat daripada kulit buaya ni.
Cambodia - Kemboja atau nama dia dahulu Kampuchia.... dengan national flag berlambangkan Angkor Wat.... eermm akhirnya kami sampai juga di sini....
Sunset dah dekat, tapi kami masih bergambar di flag ini... sebab mana-mana pun sebenarnya boleh tengok sunset, tapi di Tonle Sap Lake ini di jadikan aset untuk pelancongan....
.... lagi...
satu lagi koleksi kami di sini... mereka tak ada gambar, maka boleh melawat blog MCo untuk upload kemudian.... Selepas matahari berlabuh, dan tak kelihatan lagi.. tempat ini akan jadi sunyi balik... sebelum gelap, boat-boat yang bawa pelancong pun berlalu pergi... menuju jeti....

KOLEKSI: Random Picture at Angkor and Culture Village.
Ruangan ini seumpama album MCo, kalau orang lain suka letak dalam FB, tapi MCo lebih suka simpan gambar dalam blog ini... tidak ramai yang dapat melihat dengan nyata, tidak ramai yang komen, dan yang paling penting, ia still tersembunyi... 
gambar di bawah ini mungkin ada yang sama dan rawak dan tak mengikut kronologi.

Sekadar Iklan sahaja... duk atas tuk tuk di Siem Reap... bukan berjalan pun....
Di Culture Village pada persembahan terakhir.... sempat bergambar para pelakon ini.. dan friendly... yang kelakor pun ada...
Bergambar dengan pelakon utama dalam slot atau tempat persembahan Choosing Fiance.... awek ini di katakan akan memilih salah seorang pengunjung sebagai tunang dia... tapi nasib baik dia tak pilih MCo, kalau tak masak lah MCo kena berlakon... (gambar ini di snap sebelum persembahan bermula)
Salah satu boneka yang mengenakan pakaian angsara tradisi dan tarian... ini boneka sahaja tau... bukan betul-betul...
 
 Tengok dekat sikit...
Dalam museum di CCV ini memang menceritakan kisah Cambodia..dan ketamadunan mereka di gambarkan dengan boneka-boneka seperti ini...
The King and Queen....
Seksi sangat boneka ini... nasib baik boneka sahaja..
Melayu Champ sebagaimana MCo jelaskan banyak kali... orang Champ di Cambodia memang satu kolompok yang majority beragama Islam... kalau nak di bandingkan dengan Laos dan Vietnam... Cambodia lebih ramai penduduk Islam... sebab itu, mereka ada "tempat" atau peranan dalam komuniti masyarakat Cambodia.... mereka hidup masih dalam rukun dan damai..
Cambodia zaman awal.... tapi sopan sikit... dah boleh tutup aurat...
Cambodia moden....  kalau tengok gambar belakang tu... ada boneka artis (bukan yang berpakaian seragam tu).. mereka ini boleh di katakan  penyanyi lagenda yang hidup pada zaman Pol Pot...dan yang sedihnya both of them... juga menjadi mangsa kekejaman regim Khmer Rouge....
Budaya Khmer..tanda salam dan hormat.... tapi Yie Sanah nak bertukar jadi Suria Baja Hitam lepas ni... hehehe
Berlatar belakangkan Mural sejarah Cambodia....
mini boneka
Setelah melepasi pintu utama CCV dan museum yang penuh boneka tu... adalah belakang kami bergambar tu... sebelum nak teruskan perjalanan, biasa pengunjung di bawa melawat museum yang penuh boneka itu dahulu...
Berlatar belakang "patung" yang femes di Cambodia tu....

close up....
Berlatarkan rumah terapung (kononya)... dan sebagaimana MCo nyatakan...ia just restoran.... tapi agak unik juga lah....
Khmer Village... di mana tempat akan berlangsung upacara perkahwinan adat Khmer....
yang ni.... nak masuk ke perkampungan mereka....
Gajah juga sinonim dengan Kemboja ini, dan memang "jentera" utama zaman kemboja kuno.... sejak zaman berzaman....
di persembahan pertama... mini studio.. mini showing.. sejarah ringkas Angkor.... Selfie.. Yie Sanah, MCo, Mustafa dan Zikri.
 bergambar dengan para pelakon-pelakon teater... kalau anda perasan..semua pelakon-pelakon ini adalah orang yang sama dengan persembahan-persembahan lain... errmmm dah kalis lah mereka ni...
Persembahan kedua... ke Kampung Khmer, nak tengok majlis perkahwinan mereka mengikut adat tradisi Khmer... yang specialnya.. pengantin lelaki akan di pilih di kalangan pelancong... bergitu juga dengan ibu bapa pengantin lelaki juga di pilih di kalangan pelancong... so jaga-jaga lah..kalau anda terpilih...
 Ini lah sebahagian adat mereka... yang MCo nak tunjukan ialah.. yang tengah tu.. ialah pengantin lelaki kononnya... dan dia tu pengujung pelawat lah...
Gambar di susun secara random... sama... untuk menambahkan koleksi...
Setiap slot atau tempat persembahan... sebelum bermulanya persembahan... mereka akan berkumpul seumpama ini... tunggu orang bergambar, tetapi... kena bagi tips lah sikit... USD1 dah cukup.. jangan bergambar saja-saja...
Ni... persembahan, sesi lakonan lah... dalam slot "pemilihan tunang" - Choosing Fiance..... dalam persembahan ini menceritakan salah satu kaum yang berada di Cambodia, di mana keluarga memberi hak sepenuhnya anak perempuan mereka untuk mencari pasangan hidup mereka... dan bapa akan menyediakan satu pondok kecil (di kenali Pondok Cinta) di tepi rumah mereka.
Pelakon utama, yang mana MCo bergambar pada mula-mula tu... dia ini di ibarat sebagai anak perempuan rumah yang akan memilih tunang lelaki... yang specialnya... tunang yang di pilih tu..bukan daripada kalangan pelakon, tetapi di kalangan pengujung atau pelancong yang menyaksikan persembahan mereka ini... so nasib lah kalau anda terpilih, kena berlakon la...
Bergambar sebelum persembahan.... tapi kena bagi tips juga....
Laluan ke tempat persembahan... nampak rumah atas tu.. belakang tu, adalah tempat persembahan tu...
Lepas satu persembahan... bergerak ke lokasi lain pula...untuk tengok persembahan lain... yang istimewa di sini daripada Siam Niramit... ialah...  sini kita yang pindah-pindah.. tapi Siam Niramit, pertas mereka yang berubah-ubah...
jom.. perjalanan masih jauh ni....
Persembahan seterusnya.. ialah di perkampungan China plak... sini pun syok, banyak persembahan di sini.. kebanyakan persembahan di sini ialah outdoor.... open air kalau gitu...
Bergambar di perkampungan Muslim... kalau kira lah.. kat belakang tu dia buat monumen Masjid, dan secara tak langsung kita boleh solat dalam tu...
ni.. persembahan terakhir.. dalam jam 9 malam juga.. masuk tadi jam 2 petang... kira dekat halfday tu... ni kira grand teater ni... menceritakan perkembangan tamadun Khmer daripada zaman kuno, dengan pertukaran banyak pemerintah dan raja....
Macam biasa lah.. lepas teater, ambik peluang lah bergambar dengan para pelakon...  ramai orang berebut-rebut bergambar tu..tunggu giliran...
...dan lagi.. bergambar.... ada macam-macam ragam dan budaya...



Pintu masuk ke Wat "Tomb Raider"....


Pokok yang berusia ratusan tahun... sangat besar...


salah satu yang unik... akar-akar pokok yang menyelit di Wat... salah satu tarikan.... ni yang buat hollywood berminat menjadikan lokasi ini sebagai salah satu scene dalam filem Tomb Raider tu...











Kebetulan masa kat angkor ni.. pelancong dari France kalau tak silap..dia minta tolong kami untuk ambik gambar dia... lepas tu tumpang sekali... dia kata mai lah kalau nak bergambar sama-sama..hehhe
Permandangan yang famous... dan trade mark kepada Cambodia...
Jangan hairan... dia ni peminta sedekah di jalanan di sempanjang ke Tapak Utama Angkor Wat... jangan terkejut.. sepuluh kali datang sini.. akan jumpa dia sepuluh kali juga...
Kami random ber picture.. jumpa orang terus ajak bergambar...hehehe

Yang ini pun ajak bergambar sekali... alaaaa... alang2 kan...









Pandagan daripada jauh.. berlatar belakangkan Angkor Wat.... agak panas dan berdebu ketika ini...
Salah seorang pemandu pelancong di Angkor Wat.. MCo just bergambar sahaja....
Penjaga tiket ke Angkor Wat... siap kena tunjuk tiket, dan tengok gambar pada tiket tu sama tak... uiihh ketat kawalan kat sini...






















Pokok besar ini, dengan akar2 lilit yang besar menghasilkan lubang seperti ini.. dan memang tempat bergambar lah ni.... Zikri pun tak mahu lepas peluang bergambar seperti kebanyakan orang.. hehehe



Panorama begini memang normal ketika nak masuk tadi... tapi kami dah janji nak beli masa keluar.. mereka akan serbu... bukan minta sedekah, tapi jual hasil mereka...dan di sini agak murah jika di bandingkan di tempat lain... boleh dapat USD2 dengan 6 unit.
MCo dah janji dengan adik ni tadi..nak beli ni... so beli lah juga.. agak murah juga di bagi pada MCo, tengok muka pun dah kesian...kira ok lah... dia cari makan kot sini...berapa sen sangat kan... daripada minta sedekah...





Begini lah kalau orang dah ramai... berbolok-bolok juga lah... tempat nak bergambar pun dah jadi kena ikut giliran... memang tempat ni dah jadi tempat utama untuk pelancong... memang dalam tiket Angkor tu... boleh datang banyak kali. so menyesal kalau tak datang sini....


















Ruangan ini cuma sekadar gambar-gambar, dan album... terlalu banyak gambar yang sama, dan terlalu banyak yang perlu di sisihkan... ambooii dah penat rasa... ini pun dah berminggu dan setting... nak tulis pun dah rasa janggal... sebab semua benda dah letak dalam kepala... nak recall balik la yang malas tu... dan jauh cerita tersasar...


Pasar Malam Siem Reap dan Lembu Bakar
Negara-negara Asia ni..  janggal jika tidak tiada pasar malam... jom sekarang kita meninjau pula pasar malam di Siem Reap ini...
Inilah pasar malam Siem Reap.. lokasi dia...di sepanjang jalan dekat kompleks beli tiket ke Angkor tu.
Pasar malam tepi jalan....sama di kebanyakan negara terutama Thailand... normal.. barangan pun murah-murah... 10000 riel untuk sehelai baju.
 
 Antara yang di jual di pasar malam ini... random snap.. eksotik food.. aaaeeeiiw... kalau sanggup makan... hehehe
 ni adalah penjual makana eksotik di atas tu... sempat berselfie lagi dengan dia... hehehe
Bukan mudah nak dapat makanan halal di Cambodia ini... kalau ada halal tu..tak tahu sedap ke tak sedap...tapi kali ini kami bertuah, tu yang seronok berkawan dengan orang tempatan seperti Mustafa ini.. .dia tahu di mana makanan sedap lagi halal... 
Kedai ini adalah berdekatan dengan pasar malam Siem Reap.. kalau nak tahu location dia... kalau ambik tuk tuk atau teksi lain...kata ja nak pergi ke kompleks beli tiket Angkor... kedai dia hujung sekali sebelah kiri.
Kali ini Mustafa jadi Chef...sebab dia tahu ramuan nak sediakan ini... ia macam steamboat juga... tapi ini makanan tempatan Cambodia..so diaorang lebih tahu macamana nak sediakan... memang tak rugi datang sini... sedappp beb...
Tengok tu makan pun tak sedar... banyak ramuan...

Lain-lain gambar

Macam negara-negara lain juga... kena isi arrival dan departure form ini....  ini pun siap2 di beri dalam kapal terbang....
 Cambodia.. lefthand drive.... sama macam Laos... di bawah pengaruh Soviet dan komunis kan.... (Kononnya)... so jalan pun terbalik juga lah...

Bagi penggemar Massage boleh lah cuba di Cambodia ini... agak murah juga...ada terjumpa foot massage hanya mengenakan caj USD2. tapi kebanyakan ialah USD5 tolak...
 
 Di Cambodia pun ada jual petrol macam ini... di kawasan-kawasan kampung di Siem Reap ini... mudah jumpa macam ini..
Senyuman Ikhlas.. demi sesuap nasi... ini lah wajah kanak-kanak yang menjual souvenir untuk pelancong..dan boleh di anggap murah kalau nak dibanding beli dipasar-pasar.
Ini adalah rumah urut yang terkenal di Siem Reap...oop..tapi jangan silap sangka..ini sah... dan kalau pergi urut sini... kena urut "berjamaah"... kalau pergi 4 orang.. maka di tempatkan kita 4 orang dalam satu bilik tu... 
 Di Seam Reap..boleh jumpa kenderaan yang modifield macam ni sebagai pengangkutan dalam bandar.... 
 
 Sunset di Tonle Sap Lake... tengok zikri dah buat symbol yang special that is symbolic too...

 ...dan MCo symbol pada bulan.... 
 
 Kami bertiga dah sampai di sini... Cambodia... dan khususnya di Tonle Sap Lake ini... bukan sekadar untuk melihat sunset, tetapi budaya yang unik memang selalu nak diterokai.
Gambar akhir: Simbol kebebasan.... dan lagenda... Cambodia di ufuk barat...

TIPS DAN INFO


  1. Di Cambodia mata wang utama ialah Riel dan US.Dollar... 1USD=4000rie dan 1000riel bersamaan dengan RM1.00. jika membeli barang harga USD4.25 maka... duit yang perlu di bayar ialah... USD4.00 dan 1000riel... 
  2. prefer guna USD kerana mudah, dan kalau tukar usd minta not kecil-kecil seperti usd1, usd5. boleh tukar di airport... hampir semua kedai dan urusniaga dalam USD.
  3. Secara ringkasnya...setiap orang untuk 2 hari 1 malam di Siem Reap, mereka hanya boleh habiskan RM200 sahaja secara maksima kalau berbelanja secara berhemah...
  4. Bagi yang pertama kali nak travel ke Siem Reap, di nasihatkan guna lah pemandu kereta/tuk tuk yang boleh berkomunikasi...(average tuk tuk sehari ialah usd30) di sini MCo suggest mustafa ---> transpot Siem Reap
  5. Siem Reap dengan tempat pelancongan yang terdapat banyak kuil-kuil... dan yang utama ialah Angkor Wat.
  6. penduduk Islam di sini lebih dikenali dengan nama "orang Champa"... atau melayu Champa. (Champ).
  7. Left side driver bagi kereta dan jalan raya.
  8. Di sini, undang bermotosikal agak ketat juga seperti Malaysia, kena pakai helmet dan tak boleh bonceng 3 orang... tidak sebagaimana di Thailand.
  9. Barangan di sini boleh di katakan agak murah juga, kecuali tempat yang menjadi tumpuan pelancong...
  10. Mitos lama - jangan jalan malam-malam di Cambodia kerana takut di rompak... sekarang masih lagi mitos, walaupun ia semacam mitos tapi perlu juga berhati-hati.
  11. Orang di sini masih di anggap masih mesra kepada pelancong.
  12. Ork-Kun dalam bahasa Malaysia "terima kasih".
  13. orang Cambodia sangat menghargai sesiapa orang asing yang bercakap Kemboja. 


6 comments:

Unknown said...

Salam sejahtera semua.....
Saya lah MUSTAFA yang abang FAREED selalu sebut di atas tu......
Saya dilahirkan di SIEM REAP ANGKOR pada tahun 1986 beragama ISLAM (melayu champa)
Saya pernah tinggal di MALAYSIA lebih kurang 7-8 tahun juga sebab tu la saya boleh bercakap bahasa melayu tu hihihi...
Di siem reap saya adalah seorang pemandu (tourist transport) kerata Lexus RX300..
Jika tuan2 dan puan2 travel ke siem reap memerlukan perkhidmatan saya sila hubunggi saya melalui Whatsapp +85570596040 (Mustafa)
Saya akan berusaha khidmat yang terbaik jika tuan2 dan puan2 menggambil perkihdmatan saya......
Yang Benar
Mustafa bin Abubakar

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

dulu2 masuk AW usd20,lening dgr kabor usd37 plop

TIARA TOURS said...

Mohon maaf Tuan & Puan, kami numpang promotion
Kami menawarkan Pakej Percutian ke Medan dan Danau Toba
Lake Tour 04 Hari / 03 Malam MYR 380 ( 10 orang )
Pakej kami design sangat murah dan berkualitas
FULL SERVICES
Hotel 3 Bintang
Makanan Halal
Driver humble
Pemandu Pelancongan professional

Sila contact Tiara Tours Indonesia
Jln. Panglima Denai No. 76 Medan, 20227
Licensed : 503/508.SK/IUP/BPW/MM/2011
Tel/Fax : +6261 - 733 59 765
Email : tiaratoursindonesia@gmail.com.
HP / WA +6281383535091
HP / WA +6285358982828
HP / WA +6285762820068

TERSEDIA LAYANAN SEWA KERETA DAN BUS PERSIARAN
Toyota Avanza (05 orang ) MYR 155 / Hari
Suzuki Eritga (05 orang ) MYR 155 / Hari
Inova Reborn (05 orang ) MYR 175 / hari
Isuzu Elf (11 orang ) MYR 235 / Hari
Toyota Hiace (11 orang ) MYR 320 / Hari
Medium Bus ( 27 orang ) MYR 500 / Hari

Note :
HARGA SEWA KERETA SUDAH TERMASUK : DRIVER AND PATROL

Unknown said...

Saya berada di Siem Reap. Saya ingin recommend seorang Driver tuk tuk beragama islam. Nama beliau adalah Muslim. Beliau blh bertutur bahasa melayu dgn fasih. Abang beliau ada restoran halal disini dgn harga makanan yg berpatutan. Seorang yg amat jujur. Beliau telah lindungi saya drpd scam di tasik tonle sap. Beliau caj 30usd shj utk service 2 hari dan bawa saya ke semua lokasi menarik di sini. Beliau juga kenal ramai peniaga2 disini dan bantu saya untuk menawar harga. Tuan2 blh hubungi dia ditalian +85599302210.

dirafum MCo said...

terima kasih atas info ini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...