Tuesday, October 18, 2016

BAS DARIPADA SIEM REAP KE PHNOM PENH

Perjalanan daripada Siem Reap ke Phnom Penh.

Daripada Siem Reap to Phnom Penh atau sebaliknya sebenar boleh melalui 3 cara, iaitu dengan boat, bas, dan kapal terbang,... tetapi kali ini MCo lebih menceritakan perjalanan melalui bas.
biasa kebanyak pengembara akan guna bas atau boat.... tetapi jika nak murah mestilah dengan bas...
Biasa boat kos nya ialah boleh mencecah USD30 manakala bas USD12 hingga USD15... iaitu sleeping bas USD15.. kalau bas biasa dalam USD12 hingga USD13.
Perjalanan yang memakan masa 6 jam dengan mengharumi 320km agak panjang juga, maka jika ingin menjimatkan waktu, boleh mulakan perjalanan tengah malam, dan sampai ke destinasi awal pagi... jika ingin menikmati permandangan, boleh naik bas waktu siang... mungkin coming soon MCo akan menaiki bas waktu siang.

Antara salah satu bas milik TSS Transport Co. Ltd. (ini pun ambik daripada website diaorang).. luaran sahaja nampak 'tak' baru, tetapi kata dalam grand....
 Ini boleh dikatakan "stesen" bas.. TSS Transport... tapi kalau ikut perkiraan di sini seperti tiada stesen bas khusus...tapi bas akan ambik penumpang di syarikat masing-masing.. kalau nak lebih cantik, boleh search dalam internet..masih banyak yang grand....
 
 kedai di mana tiket bas di beli...
untuk gambaran yang lebih dekat...
 tekun menulis tiket bas... kat sini bukan hanya boleh beli tiket bas, tapi boleh juga beli tiket untuk Heritage/culture village...
 Mustafa yang tolong kami beli tiket ni... senang berkomunikasi... english pun boleh, tapi lebih mudah dengan bahasa tempatan...
  Rupabentuk tiket bas.. yang ni USD15 untuk sleeping bas...
 Konduktor tiket... sedang check tiket...

 Ini lah gambaran..... dalam sleeping bas...dengan katil ada bawah dan atas.... ini iklan je... tapi MCo duk bawah,.. jika banyak kosong kita boleh je tukar tukar katil... walaupun katil dia tak se emput sleeping bas Acheh - Medan, tapi ini agak selesa...


 Peta perjalanan dan laluan darat daripada Phnom Penh.... kalau kereta menunjukan hampir 5 jam perjalanan, tetapi bas mungkin lambat sikit....


Maklumat lanjut berkenaan dengan Bas ini boleh layari website mereka di ---> TSS BUS

Tips dan Info 

1. Kita tak perlu pergi ke stesen bas, tetapi wakil syarikat bas akan datang menjemput kita di hotel.- biasa dengan van.
2. Jika lebih daripada seorang menaiki bas, seelok-eloknya jangan semua tidur dengan lena... itu pun kalau boleh lah..sebab awas barang-barang berharga.... nanti ada yang kena curi...terutama duit, hand phone, camera, atau perkakas emas.
4. kat dalam bas, kena buang kasut dan selipar, dan semua tu dia akan bagi plastik untuk letak kasut atau selipar..
5. kalau ada pilihan untuk sleeping bas, pilih katil bawah.
6. bas non-stop, perjalanan tanpa henti selama 6 jam.
7. Kalau nak menikmati panorama perjalanan.. ambik bas siang, kalau nak jimat waktu berjalan, pilih bas malam, kalau boleh pilih bas paling lewat asalkan sampai ke destinasi, "tanah" dah cerah...kalau ambik jam 10 malam.. mungkin sampai destinasi jam 4 pagi...tempat sunyi.. kami ambik bas jam 12 malam (waktu tempatan- waktu Malaysia 1 pagi)..sampai di Phnom Penh jam 7 pagi... lebih kurang.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...