Dua Hari 1 Malam di Phnom Penh
16hb - 17hb Oktober 2016
Secara ringkasnya berkenaan dengan Phnom Penh (PP), ibu kota Cambodia/ Kemboja, kedudukan di persimpangan Sungai Mekong dan Sungai daripada Tasik Tonle Sap. Di tepi sungai, dipenuhi dengan taman-taman, restoran dan bar, dan Istana yang penuh dengan hiasan birokratik Kerajaan, Pagoda Perak dan Muzium Negara yang memaparkan artifak dari seluruh Cambodia.
PP ini adalah bandar kedua MCo dan rakan-rakan singgah sebelum kembali ke Kuala Lumpur... ini lah kebiasaan MCo satu negara 2 bandar utama.
Namun bergitu, kami di PP ini tak banyak tempat sangat berjalan, jadi gambar tak banyak tempat sebagaimana di Siem Reap..
Gambar pembuka: Choeung EK Monument di Choeung EK Genocidal Center. Ia merupakan tugu atau monument terletaknya tengkorak atau tulang temulang mangsa kekejaman era pemerintahan Rejim Khmer Rouge oleh Pol Pot.
tempat ini merupakan lapangan sebenar untuk pembunuhan, ia dikenali sebagai Killing Field dengan ribuan tengkorak dijumpai.
Mai lah MCo cerita secara ringkat mengenai ini.
Choeung
Ek ialah tapak bekas dusun dan kubur besar mangsa
Khmer Rouge - membunuh di antara tahun 1975 dan 1979 - kira-kira 17
kilometer (11 batu) selatan Phnom Penh, Kemboja, adalah paling
terkenal sebagai The Killing Fields, di
mana rejim Khmer Rouge yang dilaksanakan lebih satu juta orang
antara tahun 1975 dan 1979. kubur besar mengandungi 8,895 mayat telah ditemui
di Choeung Ek selepas kejatuhan rejim Khmer Rouge. Ramai yang mati disini adalah bekas tahanan politik yang telah dipelihara oleh Khmer Rouge di pusat tahanan Tuol Sleng mereka.
Hari ini, Choeung Ek adalah peringatan, ditandai dengan stupa Buddha. stupa mempunyai sisi-sisi kaca akrilik dan dipenuhi dengan lebih daripada 5,000 tengkorak manusia. Beberapa tahap yang lebih rendah yang dibuka pada siang hari supaya tengkorak boleh dilihat secara langsung.
Pelancong digalakkan oleh kerajaan Kemboja untuk melawat Choeung Ek. Selain daripada stupa, terdapat lubang yang mayat-mayat itu digali semula. tulang manusia masih dibiarkan dalam keadaan asal dijumpai di tanah.
Pada
3 Mei 2005, Majlis Perbandaran Phnom Penh ini mengumumkan
membangunkan memorial di Choeung Ek sebagai memperingati sejarah dan mangsa rejim Khmer Rouge.
Gambar secara rawak....
Restoran halal yang ada di Phnom Penh ini... tapi dah tutup... bukan tutup terus tapi dah pindah ke tempat lain....
berbeza di Siem Reap, di Phnom Penh kami lebih kepada menggunakan tuk tuk.. dan tuk tuk ini kami ambik secara rawak, tak kira sape-sape, dengan kata lain tak carta lah...kerana ia lebih murah dan harga boleh runding lagi... kalau boleh cakap Khmer lagi boleh murah kot.... bandar di Phnom Penh lebih sibuk berbanding Siem Reap.
Killing Field Cheoung EK Genocidal Center
Tempat ini dikatakan sebagai medan riwayat terakhir bagi tahanan di bawah rejim Khmer Rouge, sesiapa yang datang di sini boleh dikatakan tidak akan pulang lagi, atau dengan kata lain akan dibunuh di sini.. ini adalah antara padang pembunuhan terbesar yang di jumpai....
Jalan nak menuju ke Killing Field terbesar di Phnom Penh iaitu Cheong EK Genocidal Center... tengok lah keadaan jalan... walaupun jalan ini merupakan jalan utama tempat tumpuan pelancong, tetapi boleh dikatakan tiada penambahbaikan lagi....
Pintu masuk ke Killing Field, Choeung EK Genocidal Center... apa-apa pun masuk dulu...
Setelah membeli tiket dengan harga USD13 per head... akan diberi guild seperti ini... ada bahasa yang boleh di pilih, yang specialnya...dalam bahasa melayu pun ada.... so mudah lah.. cuma ikut je step step dalam tu....
Setiap orang pelancong yang memilih audio guild macam ni.. memang akan memakai seumpama ini.. dan setiap "stesen" akan menceritakan kisah-kisah atau sejarah di kawasan tersebut.... jom kita masuk dalam... kita menyelinap ke kawasan pembunuhan beramai-ramai ini pada era Khmer Rouge.
Sebelum mulakan perjalanan kat dalam tu.. berselfie dulu.... kat dalam tu tak lah besar mana, tapi kena ikut instruction dia dalam list guard yang di beri, kalau nak pergi tanpa step-step dia pun tak ada masalah... pilih je yang mana suka.
berjalan sambil dengan audio guild....
Kami akan dibekalkan ini dalam perjalanan masuk "menjelajah" killing field ini...
Rata-rata orang mengambil masa hampir 3 jam di killing field ini... bukan kerana tempat terlalu besar, tetapi ceritanya terlampau panjang sehingga kita leka mendengar apa yang tersimpan dalam audio itu, dan bukan itu sahaja, yang sebenarnya apa yang tersimpan di kawasan itu, anda akan rasa gentar, gusar, terpegun, hairan, sedih, penuh dengan tanda tanya.... this is very horrible story....
papan tanda ini dengan tapak asal/sebenar apa yang diceritakan itu...
Terkorang yang berada di dalam monumen EK ni... yang bertanda Merah tu adalah tengkorak Lelaki dan yang biru tu adalah Wanita.. tongkorak mangsa kekejaman Rejim Khmer Rouge.... dengan 3 juta yang direkod... entah berapa juta yang menjadi mangsa....
Antara senjata yang di gunakan untuk membunuh mangsa.. dan cara mereka membunuh dengan menusuk Bayonet ke kepala hingga menembusi tengkorak.
Oleh kerana pada zaman itu, peluru amat mahal.. maka mereka akan menggunakan apa sahaja untuk membunuh... termasuk parang ini... cangkul, belatang, malah pelepah2 pokok yang berduri.
Tengkorak yang pecah itu di percayai di tetap dengan belatang dan cangkul dengan kuat... dan setiap tanda-tanda pada tengkorak di tunjukkan dengan pentujuk-pentujuk peralatan yang membunuh.
Di bawah ini.. terdapat puluhan rangka..tetapi tidak di gali... tapi terus disemadikan di situ....
Lubang-lubang itu, adalah kubur-kubur yang menjumpai puluhan rangka mangsa pembunuhan....
Tempat MCo bergambar ini...adalah salah satu kubur besar tapi dibiarkan bergitu.. jika di lihat dengan dekat, akan nampak rangka manusia, tengkorak, gigi, pakaian.. itu semua adalah yang asal... sebab tu kerajaan Cambodia mendirikan laluan yang diperbuat daripada kayu itu, supaya pengujung tidak memijak kawasan kubur besar itu.
Laluan khas di mana pengujung mesti melaluinya untuk pergi ke step seterusnya... tak boleh melangkau di luar laluan ini...sebab semua kawasan ini adalah kubur...
Pakaian Mangsa kekejam rejim Khmer Rouge.. kalau perhatikan pakaian tu... akan ternampak pakaian perempuan malah pakaian kanak-kanak dan juga bayi.. ini menunjukan mereka membunuh tak kira umur, dan jantina... ramai orang tak faham, kenapa Pol Pot merasakan kanak-kanak itu pun musuh mereka yang patut di bunuh...
salah satu slogan Pol Pot yang farmous... "Baik tersalah membunuh orang yang tidak bersalah, daripada biarkan seorang musuh terlepas".
kat audio tu..tekan no 4.. maka setiap cerita mengenai tapak ini akan di ceritakan...
Pokok besar ini... di katakan di mana bayi dihempat ke pokok sehingga mati... selepas di hempat, mayat bayi tersebut akan di campak ke lubang kubur berhampiran.. kadang-kadang di hempat di depan ibu... kalau perhatikan dalam gambar, ada sign yang berwarna biru itu... dan bernombor... kalau dalam audio tu.. kita tekan no sebagaimana tertera pada sign biru tu.. maka audio akan memainkan suara mengenai tempat tersebut.. .eermm seriau dan seram sekali...
Laluan-laluan khas yang sengaja dibuat supaya pengujung ke sini tidak memijak kubur-kubur besar di bawah tu... kalau kelihatan lubang-lubang, itu adalah tempat penggalian yang menemukan ratusan tengkorak mangsa pembunuhan.
Muzium di Killing Field ini... menceritakan serba ringkas mengenai killing field ini, dan Rejim Khmer Rouge.
Keadaan di dalam Muzium....
Cukup terperinci, mangsa-mangsa mereka di rekod, dan siap dengan gambar sekali.
GENOCIDE TUOL SLENG MUSEUM
The Tuol Sleng Genocide Museum adalah sebuah muzium di Phnom Penh, dan ia bukan lah sekadar muzium tetapi tempat sebenar di mana berlakunya sebarang kejadian. Muzium ini adalah dahulunya adalah sekolah tinggi dan akhirnya menjadi penjara atau tempat terakhir tahanan sebelum mereka di bunuh. Penjara ini lebih dikenali sebagai Penjara Keselamatan S-21 (Security - 21) oleh rejim Khmer Rouge dari kebangkitannya dan mentadbir pada tahun 1975 hingga kejatuhannya pada tahun 1979. Tuol Sleng bermaksud " Hill of the beracun Trees "atau" strychnine Hill ". Tuol Sleng adalah hanya salah satu daripada sekurang-kurangnya 150 pusat pelaksanaan hukuman di negara Cambodia, dan seramai 20,000 banduan di sana kemudiannya dibunuh.
Pintu masuk Tuol Sleng Genocide Museum... dengan menampakan bangunan yang dahulunya ialah sekolah tinggi, dan pada zaman Khmer Rouge di jadikan "penjara", dan sekarang di jadikan museum.
Nak masuk sini pun kena beli tiket, tiket tu untuk memelihara tempat bersejarah ini... warga asing dalam USD6. tanpa audio.. audio ada.. tapi kami ambik yang murah-murah je.. nak jimat kos kata kan... tapi tak rugi lah datang sini..kecuali Zikri sebab dia tu anti sejarah... sekian.
Pandangan jauh kaunter tiket, dan sebelah kiri tu.. pintu masuk..tak besar mana muzium ni..sebab tapak ini merupakan tapak asalnya ialah sekolah tinggi dan di jadikan penjara oleh Khmer Rouge.
Dinding..dan lantai adalah asal.... tiada ubahsuai...
Pol Pot dan Rejim Khmer Rouge amat teliti dalam perekodan, ini lah buktinya.. dan ramai pengkaji, mengatakan sedemikian... sangat-sangat teliti sehingga maklumat orang yang akan di bunuh di tangkap akan mempunyai rekod terperinci malah gambar-gambar mereka juga di ambik... hebatkan... entah berapa juta gambar yang ada dalam simpanan mereka....
Sedikit Info berkenaan dengan Museum ini... sape2 yang tak ambik "audio guilder" tu.. boleh lah baca ni...
Antara nama-nama mangsa yang menjadi tawanan di sini.... nama mereka di ukir dan di catat sebagai penghormatan... di katakan, mereka yang di kurung di sini (S-21) antara orang-orang yang yang berkepentingan...bukan orang kebanyakan lah...
Tugu peringatan S-21 meninggalkan kesan pada keluarga mangsa.
National Palace... masa ni kami sampai dalam jam 1pm waktu tempatan, maka Palace ni ditutup seketika..dan dibuka balik jam 2 pm. tapi kami tak larat nak tunggu..so kami ke lain dulu.. apa2 pun snap lah sekeping di luar Istana ini.
PHNOM PENH MUSEUM
National Museum... di dalam ni menempatkan semua artifak purba Cambodia.... dan kebanyakan patung-patung sejak daripada abad ke 7 lagi... zaman kuno Cambodia... bagi sape2 yang tak minat hal-hal kuno seperti ini, maka abaikan lah tempat ini..tapi kalau alang-alang dah datang... baik pergi sahaja lah...
Tiket masuk ke Museum ini... Kami ambik tiket yang paling murah.... iaitu tiket tanpa audio.. (audio sebagaimana di Killing Field tu)... cuma USD3 per head.
Legends dalam muzium ni... ada baiknya, tengok ini dulu sebelum masuk dalam, atleast kita akan nampak gambaran di dalam, walaupun kita boleh masuk secara rawak pintu-pintu mana.
Sebelum masuk MCo bergambar dulu... disekeliling Museum ni penuh dengan tuk tuk... yang menunggu penumpang...
Pintu utama untuk memasuki dewan pameran utama....
Sebagaimana MCo katakan tadi... ini lah dalaman Museum ini, walaupun sebenarnya kita di larang untuk merakam gambar, tapi curi-curi ambik lah.... Yie Sanah sedang menghayati bahan bahan sejarah ini... dia kata, macam dok caye je patung ni patung lama... ntah-ntah dia sengaja buat... hahahaa
kebanyakan patung-patung dalam ini dibina sejak kurun ke-6 lagi...
CENTRAL MARKET
Central Market... dekat saja dengan tempat MCo menginap tu..... kalau nak beli cenderahati tu boleh lah di sini, harga pun boleh tahan murah asalkan pandai tawar menawar.
kiri dan kanan semua ada jual cenderahati... baju2... boleh je pilih2.. kat dalam kiri dan kanan tu masih banyak...
Di dalam bangunan utama Central Market ini....
kalau nak beli..fokus satu tempat sahaja dah cukup.. kalau survey banyak-banyak tempat kan pening plak...
Sedang deal nak ambik banyak barang-barang ni... yang ni special sikit..sebab boleh speaking, dan sikit-sikit cakap melayu...sebab tu lama sikit kami duk sini...
pujuk punya pujuk suruh beli tudung ni... sampai boleh tunjuk macam ni... tengok dia nak tarik pelanggan... tapi harga pun standard juga lah.... mana-mana negara MCo pergi... harga boleh di katakan normal.
Antara yang dijual....
haaii sempat lagi berselfie sambil shopping....
Phnom Penh International Airport.
Berlatar belakang tuk tuk airport... .
Lain-lain gambar
Bentuk tuk tuk di Cambodia.... berbeza dengan tuk tuk di airport tu....
Ini bukan saja berseloroh dua orang ini.. bukan menyamar... sebagaimana MCo nyatakan, bila datang ke PP ini, jangan lupa bawa mask... sebab jalan berdebu... kalau ambik tuk tuk, bergini lah keadaannya...
Mata Wang Cambodia.. Riel... kalau nak banding dengan malaysia... 1000 riel = RM1.00, 100Riel = 10sen.
Airport tuk tuk nampak lebih kemas... dan proper berbanding dengan kebanyakan tuk tuk di Cambodia ini... namun bergitu, tahukah anda. tuk tuk seumpama ini adalah sama dengan tuk tuk yang terdapat dan digunakan di Laos, dan utara Thailand.
di Airport PP, ada ruangan untuk solat bagi Muslim... ermm so jangan bimbang, jarang ada surat macam ini di negara non-muslim, kecuali Thailand.
Kebab Halal... owner dia daripada Turkey atau Lebanon... aah lupa plak... tapi harga agak Keras sikit lah.. tapi daripada tak ada makanan halal.. maka boleh lah makan sini...
Harga semua dalam USD, mudah nak kira.
Antara kedai makan di Phnom Penh yang kami jumpa... ini pun driver tuk tuk yang bawa....
Bergambar bertiga.. tapi blur sikit...
ini kalau nak detail berkenaan restoran halal tersebut... owner ni asal orang Malaysia... kahwin orang Phnom Penh, dan sekarang dah jadi rakyat Cambodia....
Lebih terperinci... siap ada map belakang business kad tu... tunjuk je ke driver tuk tuk, sure boleh cari tempat ni... masakannya pun, seakan sama dengan Malaysia.. of course tokey dia boleh cakap bahasa melayu.
Salah satu contoh plat kenderaan... kalau Siem Reap. akan ada word Siem Reap. kalau Phnom Penh... ada tulis macam tu..sama macam di Thailand....
begini lah sesetengah jalan di Phnom Penh... kalau hujan becak macam ini, kalau panas ia akan berdebu... debu lagi banyak bila kenderaan lalu lalang... jadi bawa lah mask jika bercadang nak pusing-pusing Phnom Penh dengan tuk tuk.
TIPS DAN INFO
- Phnom Penh banyak laluan dalam pembinaan jalan raya, jadi berdebu, dinasihatkan bawalah topeng/mask.
- P.P agak berpusat, dan tuk-tuk senang dapat... MCo ada kenal 2 orang driver tuk tuk dan teksi 1. Salleh no tel +85577949894 dan 2. ustaz Yahya +85517889234 tetapi ustaz Yahya ni dia tak bawa orang untuk booking 1 hari. average teksi di sini USD50 sehari.. agak mahal berbanding dengan Siem Reap.
- di P.P masih boleh guna USD.
- mempunyai 2 3 restoran makanan Halal... biasa driver tuk-tuk yang boleh berbahasa melayu, tahu di mana kedai tu.
- hotel banyak di sana, tapi nak selamat dan murah, guna agoda.
- paling idea perjalanan di sini ialah 3-4 orang... muat 1 tuk tuk... tapi 3 paling ideal.
- tuk tuk boleh tawar menawar... kalau teksi usd50, tuk tuk dalam usd20-usd30 sehari.