Monday, December 16, 2013

Tanjung Balai, Karimun, Indonesia.

PERJALANAN SINGKAT KE KEPULAUAN RIAU, INDONESIA

Secara ringkasnya, biarlah MCo ceritakan secara ringkas geografi Kepulauan Riau ni, kedudukannya ialah di sebelah selatan Malaysia, dan berdekatan dengan Singapore, dan Kepulauan Riau ini adalah sinonim dengan nama Pulau Karimun, dan yang lebih terkenal ialah Tanjung Balai (Tg.Balai). Untuk sampai ke sini, daripada Malaysia ialah melalui boat, dan tempat yang paling orang Malaysia gemari ialah melalui Pontian, Kukup Johor. Kadar tambang ialah RM100 untuk dua hala, dan caj ialah RM20, jadi semuanya ialah RM120. Masa perjalanan ialah dalam masa 1 jam. Waktu yang ada ialah jam 8, 9, 10, 11, dan 12 daripada Malaysia. Manakalah berbeza daripada Indonesia.
Sebenarnya perjalanan ini sangat singkat, sangat pendek, dan sangat cepat, tetapi yang paling singkat ialah keputusan untuk datang ke sini adalah secara sportan, dan tiada perancangan yang rapi. Jadi semuanya dah jadi kelam kabut, tiada haluan yang tertentu dan juga gambar2 yang di ambil pun tidaklah banyak, hanya penceritaan secara langsung. Perjalanan kali ni, MCo bersama 2 orang kawan, iaitu Azmi dan Izhar (Aki).. mereka ni pun dah biasa dengan Tg.Balai, dan kira dah hardcore lah tempat ni...
Oklah, secara biarlah MCo hidangkan sedikit gambar yang tak seberapa..... (seperti lepas2 gambar sememangnya tak ikut kronologi)

 Ini lah pintu depan, jeti di Kukup untuk ke Tg. Balai.... Imigresen dan kastam Malaysia semua ada dalam bangunan ini, dan bergitu juga tempat membeli tiket.

 Dua keping gambar, sempat lah MCo bergambar...buat kenangan... untuk sebenarnya MCo dah 2 kali datang sini, tapi lama dulu...sama dengan rombongan guru.
 Gambaran dekat dalam terminal....tu ada orang tunggu untuk naik feri....
 ini lah bentuk boarding pass, tiket, dan boarding fee...
 Ini pandangan di atas boat/feri... boat ini boleh di katakan boleh di naiki oleh kira2 200 orang penumpang, (plus minus).... dan ruangan atas ini adalah untuk santai sahaja..manakala di dalam boat berhawa dingin.
 Tanah Riau....dah sampai lah ni......

 MCo sempat lah bergambar atas bumbung boat ini....
   
 Di kedai nasi padang.... MCo, Aki dan Azmi.... habis dalam rp245k juga ni...
 Ambik gambar posisi lain pula...gambar di ambik oleh Pak Agus..(pak supir kita orang)
 gambar kami bertiga di dalam flight.... KL ke Terengganu.... (gambar yang sememangnya tak ikut kronologi)

 Jom....get ready nak menjamu selera..perut dah lapar ni...ini hari mula2 sampai....

 Azmi.... gaya baru nak naik kapal terbang... bersedia nak terbang ke Tgg.... 14hb ni....
 sesampai di TGG....





 hari terakhir di Tg.Balai...lagi 30minit nak naik boat...so sempat lagi bergambar....
 Pejabat kesihatan ni dekat je dengan jeti feri tu..dan daripada belakang hotel Paragon...tempat orang shopping.... dan boleh ja jalan kaki ke jeti...... tapi MCo menginap di Aston Hotel....dengan kos rp435k lebih kurang rm120...kalau hotel Paragon...dalam rm60 sahaja...hotel ini sangat terkenal oleh orang2 rombongan daripada Malaysia...sebab murah, dan dekat dengan orang shopping....
 MCo dan Azmi sempat bergambar depan pintu masuk ke Jeti...
 tunjuk je lah tanda bagus...gambar pun dah full..bila pergi bertiga ni.... heheh
 beli air dulu...dahaga...sebelum naik boat...




 Oleh kerana batery hp dah habis.... maka kami pun cari lah plug untuk charge hp... malangnya semua tempat yang ada plug dah ada orang....termasuk lah di food garden.... tapi akhirnya...MCo terjumpalah plug ini.... nasib baik MCo bawa Extension plug....boleh lah sambung...maka kami lepak di sini lah sebelum berlepas ke TGG pagi esoknya....



 MCo dengan Aki.....
 MCo sempat lah shopping kasut....untuk buat pakai 'le'.... memandangkan kasut yang sedia ada....dah nak expired....
hehehehe...ok lah..letaklah gambar ni satu...tapi sensored...lah..masa di Aston hotel...ada lah mandi Jaguzi, mandi wap, dan sauna.... untuk pakej rp80k...untuk satu orang.... berapa lama pun boleh...

itu lah serba sedikit gambaran di Tg. Balai ni...lagi pun..MCo tiada mood sangat untuk menulis ni...waktu yang singkat....dan tiada perancangan yang rapi untuk ke sini permulaannya....


note: MCo datang ke sini...adalah disebabkan MCo tidak dapat ke Yangon, Myanmar pada 12hb tu..disebabkan masalah visa....barulah MCo tahu..Myanmar adalah satu2nya negara asian yang memerlukan visa.... so MCo telah kerugian tiket untuk kali ini...dan untuk pengetahuan..ini bukanlah kali pertama MCo terima nasib seperti ini....dahulunya ialah di china...disebabkan masalah visa juga...
sekian...

2 comments:

Wak Lat said...

salam dari seberang.,

tg balai 2017., ;p

dirafum MCo said...

Salam juga untuk Tiga Lalat...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...