안녕하세요
annyeonghaseyo atau hello dalam bahasa korea.... itulah kata-kata pertama yang didengar, namun penyambut tetamu mereka di airport tidak semesra penyambut tetamu di Negara Lao PDR. Oklah MCo tidak mahu berceloteh panjang dalam intro ini, namun bergitu MCo akan menceritakan secara umum dan asas perjalanan MCo ke Korea ini.
Pertama, Penerbangan dengan Air Asia, hanya menghubungkan 2 bandar utama di korea iaitu Busan (Gimhae Airport) yang terletak selatan dan Seoul (Icheon Airport) yang terletak di utara (Bukan Korea Utara/ North Korea).
Kedua, Perkara wajib yang perlu jika melawat Korea, pertama T-Money atau Cash Bee (ia seperti card touch N Go atau debit card - kad ini adalah untuk tambang keretapi, bas atau pun beli tiket untuk masuk mana2 tempat) dan kedua ialah peta/map, kalau ada map untuk pelancong lagi baik, dalam kes ini ialah map train perlu ada di tangan dari semasa ke semasa. Jika lihat map laluan keretapi, mungkin nampak kecelaruan tetapi ia sangat mudah.
Ketiga, Korea ni sinonim dengan subway dan tangga. Kalau escalator rosak maka nasib lah kena naik dan turun tangga. selain itu, subway ni juga sinonim dengan banyak Line... contoh line 1, line 2, line 3 dan seterusnya..dan kena peka dengan railway yang perlu di ambik/ naik untuk ke destinasi.
Pengetahuan asas: Korea ini lebih utama barangan mereka, seperti talifon samsung, tidak boleh beli cash, tetapi kena beli secara ansuran, biasa kontrak 2 tahun, dan beli kena menggunakan i.d card, dan warga asing tidak boleh beli, dan satu lagi hanya 4 jenis model kereta import yang masuk ke Korea, Mercedes, BMW, Chervolet, dan Audi. Jarang penduduk yang pandai berbahasa Inggeris kecuali di Itaewon, di mana bandar ini terkenal dengan bandar warga asing, dan di sini ramai penduduk Islam dan makanan halal pun banyak.
waktu Korea ialah awal 1 jam daripada perkiraan di Malaysia, naik matahari dalam pukul 6 dan Maghrib dalam pukul 5 petang (lebih kurang). Matawang ialah Won, kiraan ringkas ialah Won10,000 bersamaan dengan RM30. Musim yang MCo lawati ini ialah Autunm atau musim luruh/gugur, Suhu di Busan dalam 12 Darjah cercius,dan di Seoul dalam lingkungan 8-10 darjah cercius. (autumn Ogos hingga November) Disember hingga Februari ialah winter/ musim salji. Selain itu, anda tidak perlu gusar, kerana Wifi ada di mana-mana dan boleh access melalui smartphone.
oklah, secara MCo menceritakan perjalanan MCo dan seterusnya cerita diterapkan melalui gambar2...wooww banyak gambar ni...dalam 200 lebih..tapi MCo tak letak semua.
31 Oktober 2013
Malam bertolak dari K.Terengganu ke LCCT
1 November 2013
1 pagi - bertolak dari LCCT ke Busan, dan sampai di Busan dalam 8.30 pagi. (waktu korea). Sampai di Gimhae Airport, MCo terus mencari T-Money, ia ada di jual di 7Eleven, dengan harga won2000, dan seterusnya boleh di topup di mana-mana stesen subway. Daripada Gimhae Airport MCo akan ke Seoul. Dari sini akan menceritakan secara terperinci bagaimana mahu ke Seoul melalui KTX (Korea Train eXpress). Untuk pengetahuan, tiket KTX MCo dah beli siap-siap secara online, atau boleh rujuk post MCo yang terdahulu. Dalam kes ini, seperti MCo nyatakan mesti ada 2 benda. iaitu T-money dan peta.
Aturan:
Keluar daripada "arrival hall" airport dan belok kanan selepas melepas 2 row jalan, berjalan dalam 50meter, ambik "light railway" daripada "stesen Gimhae International Airport ke (berhenti di) hentian Sasang. Daripada hentian Sasang, naik subway line 2, pergi ke hentian Seomyeon. Daripada hentian Seomyeon naik subway line 1, dan turun di hentian Busan (Busan Station). selepas keluar dari train, cari exit no 8. dan daripada pintu keluar itu lah akan nampak Station Keretapi Busan, dan dari sini lah perlu naik KTX untuk ke Seoul. Apa yang MCo cerita ini agak mengelirukan tetapi ia amat mudah. Perjalanan MCo melalui KTX ini ambik masa dalam 2jam30minit. Kelajuan boleh mencecah dalam 200km/j dan plus-plus, perjalanan tidak terasa sedikit pun gegaran kecuali ketika di hentian stesen2.
Di Seoul, MCo menginap di Seoul Backpackers yang terletak berhampiran dengan Myeong-dong (dikatakan tempat paling berkuasa di Seoul). Nak ke tempat Seoul Backpackers tu, ada 2 cara, pertama ambik subway line no 4, dan turun di hentian Hoehyeon, dan cari exist no 4. kalau nak berjalan kaki memerlukan masa 15minit iaitu daripada Seoul KTX station cari exist no 8. dan terus menyusur jalan besar sehingga sampai di hentian subway Hoehyeon exist no 4. dan belok ke kanan, jalan kaki dalam 20meter, akan nampak signboard "Seoul Backpackers".
Oklah MCo tidak mahu bercerita panjang semua tu, sebab jika ada peta/map, maka mudah hendak ke mana-mana berdasarkan peta itu, MCo bernasib baik tempat MCo menginap tu boleh pergi ke mana-mana sahaja.
Sampai sahaja di Backpakers tersebut, MCo tak berlenggah panjang, MCo pergi ke Gyeongbokgung Palace. (aturan- boleh rujuk peta. peta boleh di ambik di mana2, samada di stesen2 keretapi, airport, atau di hotel2- peta di sini bagi MCo wajib ada, bagi yang bergerak solo tanpa pakej macam ni.) Perlu di ingat, sesiapa yang berminat untuk melawat Gyeongbokgung Palace ni..hendaklah pergi sebelum pukul 3 petang, kerana tempoh tu dah di tutup, kalau datang awal, kalau beruntung, di dalam istana tu ada pertunjukan.
tapi pada hari MCo pergi tu, dah tutup, jadi MCo tidak dapat masuk ke dalam, sekadar bergambar di luar, dan diluar pintu istana tu juga, ada seperti pegawai istana. Ingatkan ia sebagai boneka, tetapi orang yang sebenarnya. Jadi MCo hanya bergambar di luar Istana itu sahaja. InsyaAllah mungkin ada peluang akan datang.
Petang, oleh kerana tiada tempat nak pergi, MCo ambik keputusan untuk pergi ke "Dongdaemun Market" untuk beli cenderahati, puas juga MCo berjalan untuk cari tetapi macam pasar untuk orang tempatan, di sini banyak jual baju, baju sejuk, stoking, dan penutup kepala, last-last terjumpa juga kedai yang jual baju, I Love Seoul. magnet freeze, dan key chain. Dapatlah baju won5,000, magnet freeze 4 unit won8000, tapi MCo dapat dengan harga won7,000 sebab beli banyak. Dongdaemun Market ni dengan dengan village Heunginjimun. daripada backpakers MCo cuma naik subway line no 4 dan berhenti di hentian Dongdaemun exist no 8 atau 9.
Manakala malam pula, MCo pergi ke Itaewon, di mana tempat yang penuh dengan orang Asing, tempat orang Islam, dan terdapat juga masjid, biarlah MCo bagi laluan macamana nak pergi ke Itaewon daripada Gyeonbokgung palace ni. Naik subway line 3 berhenti kat hentian Chungmuro dan naik railway line no 4 menuju ke Samgakji, turun dan transfer ke railway line no 6 dan turun ke Itaewon. (mahu detail tengok peta). Malam tu sempat lah MCo solat jamak di Masjid Itaewon, Seoul tu.
2 November 2013
MCo ke Nami Island.
Seawal pagi, dalam pukul 5 pagi, (pukul 6 dah nampak matahari). MCo bertolak ke stesen railway Yongsan, kerana di situ terletaknya stesen ITX, daripada Yongsan ini naik ITX ke Gapyeong. kalau tak mahu naik ITX, boleh naik subway, tapi banyak kali kena transfer line ke line lain. (harga tiket ITX dalam won4,100 tanpa tempat duduk, dan won4,800 dengan tempat duduk, kalau nak mudah, beli online seperti dinyatakan oleh MCo dalam post terdahulu). dan perlu diingat, tiket boleh di beli di kaunter dan juga di kiosk, cuma masalah ialah, beli di Kiosk di Yongsan tiada dalam bahasa Inggeris, dan perlu minta tolong orang tempatan (korean) yang beli kan, tetapi kiosk di Gapyeong untuk pulang ke Yongsan ada dalam Inggeris. Satu lagi MCo ingin jelaskan... perjalanan ITX ini mengambil masa dalam 1jam 58minit tepat. kehadiran/ketibaan train ini pun tepat juga, jangan lambat sedikit pun, sebab pintu ITX di buka dalam beberapa minit sahaja untuk penumpang masuk, tetapi jangan tersalah railway (subway), jangan bimbang bentuk ITX ni berbeza dengan railway subway ni, dan satu lagi, kalau anda tidak tahu sampai atau belum destinasi yang di tuju ialah dengan tengok masa...contoh daripada Yongsan ke Gapyeong ialah 1jam58minit, jika ITX tu berhenti di hentian, tepat waktu tersebut...kalau kurang atau lebih pun...dalam 2 minit sahaja... jadi itu lah stesen yang nak dituju.
Di sini, MCo nasihatkan, kalau hari minggu, pergi lah awal, jangan sampai jam 10 waktu tempatan, kerana ramai yang datang dan seterusnya ada yang beratur panjang samada beratur tunggu bas/teksi atau beratur naik boat di jetty..
Daripada station railway Gapyeong ni, perlu ambik teksi, dengan kadar bayaran won3,500, atau bas dengan won1,000 (tapi bayar melalui T-Money), jarak daripada stesen ke Jetti untuk ke Pulau tu lebih kurang 15minit. Sementara daripada jetti ke pulau Nami masa di ambik dalam 10minit.
Bayaran masuk ke Nami Island, termasuk tambang boat ialah won8,000 boleh di bayar menggunakan cash atau guna T-money.
Berkenaan Namimura, atau Nami Island. suhu sangat sejuk, masa ni MCo seolah-olah duduk dalam peti ais, tangan sakit, macam rendam dalam air batu, tetapi tempat memang cantik, dan menarik, memang tempat ni jadi tumpuan pelancong, dan Pulau ni memang sinonim dengan "Winter Sonata" drama korea pertengahan 2005 dulu. Malangnya, pertengahan di Pulau itu, hujan gerimis turun semakin lama, semakin lebat, hinggakan MCo sendiri terpaksa membeli baju hujan lutsinar dengan harga won2,000. Apabila hujan turun, suhu semakin turun, nak bergambar pun dah tiada mood, so MCo buat keputusan untuk pulang ke daratan, dan terus ke terminal/stesen keretapi Gapyeong.
Jam 1.44pm MCo naik ITX pulang ke Yongsan dan seterusnya MCo singgah pula di Namdaemun Market, shopping lagi..seperti pasar Dongdaemun, banyak jual baju, tetapi di Namdaemun ada kedai atau gerai boleh dapat baju 3 helai dengan won10,000. dan yang istimewa ada satu gerai tu, tokeynya boleh berbahasa melayu. untuk detail, MCo akan terangkan dalam gambar. Oh ya, pasar ni hanyalah seberang jalan di mana Backpackers MCo menginap..selepas shopping MCo pulang sekejap untuk makan dan solat. Dalam lingkungan pukul 4 petang, MCo keluar lagi untuk pergi ke Namsan Park di mana terletaknya Seoul N-Tower. Tempatnya juga dekat dengan Backpackers di mana MCo menginap atau dekat dengan hentian Hoehyeon subway line no 4., cuma perlu berjalan kaki. Untuk sampai ke Seoul N-Tower, kita perlu naik kereta cable, dengan kos pergi balik ialah won8,500. Eermm.... cerita di Seoul N-Tower nanti, biarlah MCo cerita berdasarkan gambar, tapi yang menariknya di sini lah terletaknya Love Lock Pack, di mana ada ratusan ribu mangga kunci yang di semat dengan love, kononya jika pasanga couple datang dan mengukir cinta mereka, dan mengunci, maka love mereka akan berkekalan.
Malam, MCo pusing-pusing di sekitar bandar Seoul, lihat2 lampu neon, dan cari pasar malam kalau ada...
Cerita lain, agak menarik. bagi muslim, memang agak sukar untuk cari makanan halal, kecuali di Itaewon, banyak restoran muslim di sana, tetapi anda jangan gusar, kalau rajin dan kreatif, anda boleh bawa sardin, atau serunding, atau bilik tin, sebab di Korea, di 7E ada jual nasi dengan harga 1 bekas won1,300. nasi ni di owen. dan makan.
3 November 2013
Masa untuk pulang ke Busan.
Seawal jam 6 pagi, MCo bergegas ke Seoul Railway Station untuk menaiki KTX dari Seoul ke hentian Busan. Tengahari MCo sampai ke Busan, dan untuk mempercepatkan perjalanan MCo ke Airport esok, MCo memutuskan untuk cari hotel di Sasang sahaja, sebab di Sasang ini hanya perlu naik light railway untuk sampai ke airport, dan tak perlu transit mana-mana line subway. Di sini MCo dapat motel dengan harga won30,000 berbanding won60,000 di Seoul. (lebih kurang won30k = RM90)
sebenarnya MCo dah penat pada hari ini, tetapi untuk manfaatkan perjalanan MCo, maka MCo memutuskan untuk pergi Yongdusan Park yang mana terletak menara Busan, dan pasar. Malangnya di Busan, MCo tidak dapat mencari pasar yang menjual souvenir, walaupun banyak pasar-pasar MCo pergi termasuklah underground market. Antara pasar di Busan MCo pergi ialah Jagalchi Market, Gukje Market, BIFF Square dan Fish Market. Malam sungguh penat. MCo tidur dengan lena, walaupun ada lah sekejap MCo pusing-pusing pekan Sasang ini.
4 November 2013
Pulang ke Malaysia
Flight MCo jam 10.35 pagi waktu tempatan dan kalau waktu Malaysia ialah jam 9.35. Perjalanan memakan masa 6 jam lebih..sampai di LCCT.
itulah serba sedikit berkenaan trip ringkas MCo, sepatutnya pergi dengan seseorang, tetapi malangnya, akhirnya MCo juga yang pergi.
dan seterusnya cerita MCo akan berdasarkan gambar-gambar, dan lagi, seperti yang lepas-lepas mungkin gambar tidak di susun mengikut kronologi dan gambar-gambar ini adalah hanya simpanan peribadi MCo sendiri. (klik pada gambar untuk besarkan)
Gambar pertama yang MCo ketengahkan ialah sebelum mendarat di Tanah Busan, ini dalam lingkungan pukul 5-6 pagi, kelihatan seperti matahari ingin terbit sedangkan bulan masih kelihatan.
Tanah Busan, seketika sebelum mendarat, kelihatan bangunan yang padat dan berwarna putih.
Kedai serbaneka 7Eleven yang berada di terminal "Arrival" Gimhae International Airport. Apabila keluar daripada Arrival hall, Ia berada disebelah kiri, Kenapa MCo gambarkan kedai serbaneka ini? Kerana di sini lah kebanyakan Pelancong yang pertama kali datang akan membeli T-money atau Cashbee dengan harga won2,000 dan boleh terus topup.
Inilah mesin untuk memeriksa 'balance' dan menambah nilai pada T-money tersebut, dan terdapat disetiap station railway, jarang sekali MCo melihat orang beratur untuk menambah topup, samaada terlampau banyak mesin ini atau mereka dah topup banyak dengan sekali gus.
Perjalanan Ke Seoul
MCo sempat snap untuk peta pertama laluan train di Busan sebelum dapat map sebenar di station railway seterusnya.
Sebelum sempat apa-apa MCo snap gambar dahulu di subway yang menuju ke Seomyeon, apa yang MCo ingin tunjukan ialah signboard arah di belakang tu....jika ke kanan ialah menuju di mana MCo start perjalanan ke Sasang, dan sekarang MCo sedang menunggu subway ke Seomyeon (Line 2) dan seterusnya ke Busan Station mengambil Line 1 (Orange Line)
Ini lah bangunan Busan Station, sebelum ini hanya tengok dalam blog orang lain, dan juga dalam internet page...jadi sekarang MCo sendiri dah jejak kaki sini...ok ok..cam cam tempat ni.. lain kali boleh kenal kalau pergi lain kali lagi.
Ini adalah halaman atau di hadapan Busan Station KTX, ermm... nanti gambar bangunan Busan Station tu akan ada di bawah nanti,
MCo sedang tukar e-tiket yang dibeli melalui online, kebiasaannya kita digalakan tukar awal sehari tiket tersebut untuk mengelakan kehabisan tiket, tapi hari tu kira ok lah..tiket masih ada.
...dan dapat tiket, dan 1 KR Pass, sebenarnya KR Pass ini dapat di gunakan selama 3 hari, kemana sahaja MCo nak pergi tapi dengan syarat dengan KTX sahaja...anda kata, MCo pergi Seoul pagi, petang balik Busan, esok pagi pergi Seoul lagi, petang balik Busan, itu pun kira boleh.
Penerangan tiket. Car no 11, (maknanya gerabak keretapi no 11, tempat duduk no. 1A.
kelajuan, MCo tak dapat agak, tapi agak laju, kerana masa yang di ambik dalam 2jam30minit sahaja. (depart 10.30, arrival 1.14pm)-waktu yang tepat.
berkenaan KR Pass ni kalau nak beli boleh lah rujuk post MCo yang terdahulu... atau klik je sini --> Beli KR Pass
inilah rupa Seoul Station, Tingkat atas, kalau nak exist kena turun bawah, seperti MCo cakapkan, nak pergi ke Seoul Backpackers, ada dua cara, pertama naik subway, kedua jalan kaki, tapi MCo lebih suka berjalan sahaja, dan memerlukan 15minit, oleh itu, MCo kena cari exist no 8 daripada station ini.
Jalan menuju ke Seoul Backpackers, setelah keluar exist no 8, penat gak berjalan, tapi tak apa lah..sebab tempat orang, bila lagi nak jalan, seperti MCo selalu cakap, bila nak travel, memang tak boleh miss 3 perkara, iaitu tenaga, masa dan wang.
yeaahh akhirnya MCo dah sampai di Seoul Backpackers, eermm tempatnya tercorot juga, tetapi ramai juga warga asing yang menginap di sini... kenapa? sebab diaorang iklankan backpackers diaorang di dalam internet berbanding backpackers lain. jadi tidak hairanlah, kebanyakan bilik jarang ada yang kosong.
Jom Kita Ke Gyeongbokgung Palace
MCo tidak mahu melengahkan masa, memandangkan waktu yang singkat, MCo tidak ambik masa yang lama di backpackers, selepas solat, MCo terus pergi ke Gyeongbokgung Palace, MCo mesti cepat sebab dikhabarkan ia tutup antara jam 3 dan 5 petang waktu tempatan. MCo bergambar di dalam stesen subway, iaitu permulaan ke pintu masuk Gyeongbokgung Palace. guna exist no 5 daripada subway.
MCo bergambar di pintu masuk sebelah timur (kalau tak silap - sebelah pintu keluar no 5 subway)
Di halaman Gyeongbokgung Palace, tetapi sayang sebab masa MCo sampai ni, Istana ni dah ditutup waktu lawatan, tak sangka pula hari ni ialah tutup jam 3 petang. so MCo tak dapat masuk dalam lagi.. mungkin akan datang.
MCo pun tak mahu lepaskan peluang untuk snap 1 gambar... suhu masa ni, agak sejuk juga...
antara gambar pintu gerbang istana yang sempat MCo snapkan.
MCo bergambar berlatar belakang kan pintu utama masuk Istana Gyeongbokgung. Errmm..MCo tidak mahu bercerita panjang tentang istana ini sebab infonya terlalu banyak di dalam internet. jadi mana-mana ja boleh baca.
.....Nah, 2 keping gambar seperti boneka, MCo ingatkan patung, tapi bila di amati ia memang real, ia seperti pegawai di Istana Negara juga, atau di London tu...cuma mungkin misai dan janggut tu palsu...hehehe walaubagaimana pun, ia tak seperti di London, dia ni masih mampu bergerak kalau ada kanak-kanak yang datang mengancau. Teriaknya atau gayanya sama seperti seorang pegawai istana zaman dulu.
Jalan dihadapan pintu masuk utama Istana Gyeongbokgung ni...sempatlah MCo snap kan, minta tolong orang snapkan..... hehehe
Jalan di keliling pagar Istana.....
Salah satu taman tepi pintu pagar Istana Gyeongbokgung.
Dongdaemun Market, Dongdaemun Shoes Market, Nampyounghwa Market, Dongqyeonghwa Fashion Town
Selepas pulang dari Gyeongbokgung Palace, MCo pergi ke Dongdaemun Market, tujuan utama untuk mencari cenderahati orang-orang di kampung dan untuk seseorang.... daripada Gyeongbokgung subway station line no 3 dan berhenti di hentian Chungmuro dan tukar ke Line no 4. dan berhenti di hentian Dongdaemun exist no 8 atau 9 untuk ke Dongdaemun Market, dan exist no 7 jika mahu ke Nampyounghwa Market, untuk pengetahuan stesen subway Dongdaemun ni adalah berhampiran dengan pintu gerbang Heunginjimun. Gambar di atas adalah exist no 9. jika pergi lurus akan jumpa Dongdaemun Market.
Kelihatan pintu gerbang perkampungan Heunginjimun. Jika exist 7 daripada Dongdaemun station. tetapi kalau naik subway line no 1. exist no 6. tapi masa MCo datang ni, stesen ni kawasan persekitaran masih 'undercontraction'. Oh ya, pasar ini adalah dekat dengan jalan Cheonggyecheon, salah satu jalan terkenal di tengah bandar Seoul.
Salah satu jalan ke pasar...
MCo berlatar belakangkan Nampyounghwa Market. Puas juga MCo mencari kedai yang jual souvenir ni...tetapi ini lah yang ada... jual baju sejuk....
MCo pun tak tahu apa nama tempat ni...tapi yang pasti ia berhampiran dengan pasar yang MCo pergi, tapi menarik tempat ni, ramai juga yang datang bergambar.
MCo sempat bergambar di jalan menuju ke Masjid Itaewon. sini suasana malam riuh sedikit sebab terdapat ramai warga asing, terutama daripada Asia Tengah, dan ternampak juga kelibat orang-orang daripada Malaysia. Untuk sampai di sini, anda perlu naik subway ke Itaewon dan keluar pintu no. 3 dan teruskan perjalanan, sehingga melepasi post polis, perjalanan terus sehingga anda akan ternampak kedai Mr. Kebab turkey, sebelah kanan. selepas kedai kebab tersebut ada lorong/jalan, dan terus ke masuk ke kanan, perjalanan sehingga 20meter, anda akan menampakkan menara Masjid di sebelah kiri.
Hah...ini lah map yang MCo sebut-sebutkan, iaitu railway route... ini wajib ada untuk mengetahui destinasi yang kita hendak pergi.... di hotel2 biasa map ini, kalau tiada, sila download dalam internet.
....dan kalau nak mudah lagi dan memperlengkapkan peta, ada tourist interest map ni lagi ok, sebab dia akan tunjuk lebih terperinci exist mana kalau nak pergi sesuatu tempat, dan yang utama dia 'show' tempat yang patut di pergi oleh pengujung atau pelancong luar.
Yang awal tadi, MCo tunjuk mesin untuk check balance dan topup T-Money, dan sekarang ialah mesin untuk tebus balik duit dalam kad tersebut, contohnya kalau pelancong lah,, kalau duit banyak lagi dalam kad, boleh tebus balik, mesin ini akan bagi balik duit sama jumlah baki dalam kad tersebut.
Destinasi ke Nami Island.
Gambar di Gapyeong Station, iaitu stesen di mana hendak pergi ke Pulau Nami, MCo naik ITX daripada Yongsan, dan dari sini perlu ambik taxi atau bas, seperti MCo nyatakan tadi, lebih baik datang awal.
Sebelum berangkat ke Pulau Nami, MCo sempat bergambar dulu di taman hadapan Gapyeong station tu... hehehe lagi pun tidak ramai orang...
MCo sedang beratur untuk tunggu turn taxi, masa ni kalau tak silap awal pukul 8 pagi tempatan, bas di fahamkan pukul 9 baru ada.
ini saja ja MCo ambik gambar dalam taxi, cuma nak 'show' meter dia, dari Gapyeong station ke jetti untuk ke Pulau Nami, won3,600. tapi MCo bayar won3,500 dia masih terima.
Ahahh... dah sampai pun ke permulaan pintu masuk ke jetti untuk ke Pulau Nami.... ok, tengok lah kosong ja kat dalam...tapi masa MCo keluar lebih kurang pukul 10 waktu tempatan.... penuh bas, sampai parking di luar... rasa-rasa ada puluhan buah bas.
Singboard....dekat kaunter tiket... mereka gambarkan Pulau tu sebagai republic, dan tiket adalah passport atau visa.
Ini lah bentuk tiket ke Pulau Nami, di situ ada tertulis visa fee Won8,000. dan dibelakang tiket ini ada peta ringkas Pulau Nami.
Boat untuk ke Pulau Nami, ramai juga boleh muat, dalam 200 orang macam tu lah kalau MCo tak silap, yang istimewanya... boat-boat ini di pasang bendera-bendera negara seluruh dunia, termasuk Malaysia. Perjalanan mengambil masa antara 10-15 minit. asasnya Pulau Nami ni bukanlah pulau yang terletak di tengah laut, tetapi di tengah sungai, kalau di Terengganu seperti Pulau Duyong.
Dua gambar MCo snap atas boat ke Pulau Nami. tengok lah gambar yang kedua tu, gambar bendera dengan lebih dekat, dan boat-boat ni ada 2, 3 bentuk sebenarnya, dan tidak sama setiap satu.
Gambar-gambar seterusnya ialah dalam kawasan Pulau Nami..... menarik dan cantik,...
Teringat drama terhebat korea dahulu....Winter Sonata, tapi itu musim winter, kalau autumn...Autumn in My Heart. Tengoklah persekitaran... memang tidak dinafikan kecantikan pulau ini.
Semua gambar di atas tu...biarlah tinggal kesan memori sahaja.....
yeah...mungkin ini cara mereka promosi negara Nusantara yang mana percakapan mereka boleh di katakan bahasa sama, tapi mana Brunei?
I love it.... i love you.... i love to come again....loving it...
yaahh ini lah satu lagi daya kreativiti mereka untuk menarik pelancong.... biarlah gambar yang membicarakan.
Semua gambar di atas, adalah di tengah-tengah laluan di Pulau Nami.
Kenangan bersama Winter Sonata...
MCo tidak mahu menghurai satu persatu gambar di atas tu, cuma menikmati apa yang MCo rasai....
secara ringkasnya... ini lah mesin untuk mengasingkan padi.. tuai kah? bukan... nak asingkan padi dengan jerami... secara manual..
Gambar terakhir...sebenarnya setiap laluan ini ada nama tersendiri, tapi MCo lupa, kerana masa MCo datang ni, MCo lupa untuk mengambil peta di pulau nami ni.... kecuali di tiket tu, tapi terlampau kecil.
Masa MCo melalui satu jalan di Pulau Nami ni... MCo terpandang satu kain rentang di mana sesiapa sahaja boleh menconteng dan meletakkan nama... agak menarik juga tu...lalu...
MCo pun menukirkan 1 nama di sini untuk kenangan, hanya orang yang berkenaan sahaja siapakah nama itu. hehehe
Time hujan gini, MCo malas nak berjalan, jadi MCo pun guna kemudahan yang ada di Pulau Nami ni..naik keretapi mini...
..dengan kadar tambang won2000 per person. nak kata mahal atau murah, terpulang lah...
Sempat bergambar dengan mereka-mereka ni...tapi MCo rasa, ini adalah pakaian untuk upacara ke agamaan mereka...tapi tak tahu juga, sebab ada antara mereka memegang alatan musiz. oooh masa ni dah hujan, MCo pun sendiri pakai baju hujan tu....
lagi gambar mereka.....
Akibat keadaan suhu yang sangat rendah di pulau ini, hinggakan tangan MCo sendiri kemerah-merahan...dan sejuk yang amat sangat, mereka ada menyediakan pembakaran untuk memanaskan badan, jadi MCo pun tak mahu lepaskan peluang...sejuk ooooo.....terketar-ketar...ini bukan musim salji lagi....
Masa balik, MCo sempat snap satu gambar boat yang sedang menuju ke Pulau Nami, ini lah bentuk boat dari jarak jauh.
....Yang menarik MCo ingin kongsikan dengan alat ini, rasa-rasa ini lah pertama kali MCo melihatnya, dia terdapat di Station Railway Gapyeong, ketika ini waktu hujan. MCo di fahamkan setiap kali musim hujan, alat ini dikeluarkan, mula-mula MCo tertanya-tanya apakah alat ini, memandangkan semua bahasa korea, hinggalah gambar kedua di bawah menceritakan segalanya.....
Sebenarnya alat ini adalah, untuk "membungkus" payung yang basah, dengan plastik dengan hanya memasukkan payung ke dalam lubang, sebelah kanan untuk payung panjang, dan sebelah kiri untuk payung lipat yang pendek. mudah..jadi di dalam station tidak adalah air yang menitik kan...bijak..bijak...
Snap 1 picture di station Gapyeong sebelum bertolak balik ke Yongsan. masa ni dah ramai yang datang untuk ke Pulau Nami, Sedangkan MCo dah nak pulang.
Lihatlah apa yang MCo cakapkan tadi, ketika ini dalam lingkungan jam 11 pagi, tengoklah berapa ramai yang beratur, ketika hujan pula tu, itu tidak termasuk yang masih berteduh di stesen Gapyeong ni.
MCo dah nak balik ke Yongsan, train kat tepi tu bukan ITX tetapi train atau subway atau light railway biasa. kalau nak datang ke Gapyeong ni boleh juga naik train ni, tapi cerewek sikit sebab perlu tukar-tukar line route. Kalau sanggup tiada masalah.
ini pun bukan ITX, ITX di tengah-tengah ialah gerabak 2 tingkat.....
Sekitar Myeong-Dong dan Namdaemun Market
Selepas balik dari Nami Island, MCo terus ke Namdaemun Market untuk mencari sedikit lagi souvenir kalau ada, walaupun banyak dah beli di Dongdaemun Market. Banyak kedai jual baju sejuk, sarung tangan, stoking, skaf untuk menghadapi musim sejuk nanti.
Salah satu kedai yang jual pelbagai aksesori wanita.... macam2 lah..MCo sendiri pun tak pandai nak sebut.
Tengoklah di belakang tu... ramai juga orang tempatan yang membeli belah sini, terutama cari baju sejuk...
...dan paling special di Namdaemun Market ialah gambar di bawah ni....
Kedai souvenir di Namdaemun Market....
One of Trademark MCo.... gambar bank di mana negara MCo pergi...
Sempat lagi bergambar di hadapan Woori bank.... hehe kenapa MCo ambik gambar ni? ok....di bawah MCo ceritakan..
Giliran Melawat Namsan Park
Nansam Park di mana terletaknya Seoul N-Tower. cara nak pergi ke sini ialah naik subway line no 4 dan berhenti di hentian Myeong-Dong exist no 3 atau 4. Jika berhenti di hentian Hoehyeon station, kena exist no 1, dan terus maju ke depan sehingga terjumpanya Woori Bank, selepas bank tersebut akan ada jalan ke kanan, dan gambar atas ini lah jalan tersebut, daripada Woori Bank tersebut anda akan nampak Seoul N-Tower tersebut, dan perlu melintas jalan...op op..ada laluan bawah tanah...jangan melintas macam tu ja....
Untuk pergi ke Seoul N-Tower ada 2 cara, pertama melalu jalan biasa, dengan kereta, dan kedua melalui cable car, jika melalui cable car mesti melalui jalan tangga dahulu....jadi MCo sempat bergambar di laluan itu, dengan berlatar belakangkan bandar Seoul, area Myeong-Dong.
Nak menaiki cable car, kena beli tiket dahulu...iaitu dalam won8,500 untuk dua hala... jika satu hala, dalam won9,000. ini lah bentuk tiket tersebut.
zoom in gambar tadi.....Seoul N-Tower....... tapi sayang MCo sampai sini dah gelap, ekoran beratur panjang nak beli tiket, nak naik cable car, maklumlah sini jam 5 matahari dah tak nampak... ramai orang kata, gambar di atas ini cantik kalau ambik pada waktu cerah.
Love Pad...apa itu love pad? biar MCo cerita ringkas mengenainya..... gambar di atas itu adalah hanya sebahagian yang ada...tapi sebenarnya ada ratusan ribu lagi di sekeliling Seoul N-Tower ni.
Love Lock Pad: kononnya bagi pasangan kekasih, pasangan suami isteri, bila datang sini, beli lah love pad ini...dan semikan kata-kata cinta..lepas tu kunci atau lock kan di mana-mana pagar di sekeliling Seoul N-Tower ni...semoga hubungan mereka terus berkekalan.... banyak lock ini di jual dengan harga paling kurang won15,000 (kalau tidak silap) - maka tamatlah cerita di Seoul N-Tower ni.
Cerita Asas
Secara asasnya, sebelum MCo datang ke Korea ni, dah buat kajian sikit, memang makanan halal susah, tetapi terbaik punya, sebab 7 Eleven di Korea ada jual nasi. (seperti dalam gambar), jadi MCo pun bawa sardin dari Malaysia, tapi pastikan tin sardin yang boleh di buka tanpa menggunakan alat pencopek tin.... harga nasi ni lebih kurang won1,300 satu bekas tu. Nasi ni pun sedap, boleh makan kosong macam tu pun ok. Sudu? MCo ambik di LCCT bawa daripada Malaysia... hehehe.
Seperti MCo nyatakan awalnya, tangga di subway ni tinggi-tinggi... seperti di gambar atas ni, kalau escalator rosak, maka nasiblah.. terjadi macam MCo sakit lutut, lepas tu turun tangga jalan kengkang...sampai orang tua pun boleh pintas MCo...hahahaaha. so bayangkan tangga setinggi ini ada 2 tingkat kena turun...hahahaa nasib lah....
Apa yang ada di dalam subway, sebagai langkah keselamatan mereka, Bersedia daripada awal....MCo pun malas nak cerita...maka anda klik pada gambar dan zoom in lah untuk tengok apa yang ada....
Malam...cari pasar malam..... hehehe....
ini lah keratan rentas subway untuk lebih memahami...tengoklah jarak permukaan jalan dan dalam subway tu.
Peta tourist.... ada ni lagi mudah...sebagai petunjuk nak pi mana2....
Apa yang MCo snapkan ni? meh nak cerita, nampak tak kotak2 tu? sebenarnya di dalam tu ada orang tidur, banyak juga stesen subway ada orang tidur macam ini, terutama di stesen Hoehyeon. mereka jam 10 dah tidur, dan bangkit dalam jam 5 pagi. Jadi di Korea pun ada gelangdangan, dan ada juga peminta sedekah,
Ini kawan yang MCo baru kenal di Seoul Backpackers, nama dia Lokki Ciputra, asal dari Surabaya Indonesia, dia ni pun suka travel alone macam MCo..hehehe, tapi kami hanya berkawan di situ, tidak mengikut beliau ke mana-mana, sebab MCo dah ada plan sendiri.
Pulang Ke Busan
Seawal pukul 6 pagi, MCo pergi ke Seoul Station, sekali lagi MCo perlu naik KTX, dan gambar di atas ialah KR Pass, dan KR Pass ni lah perlu di tukar di kaunter untuk mendapatkan tiket. KR Pass ni ialah untuk tempoh 3 hari dengan harga won75,000. (MCo ambil happy rail - untuk pakej). MCo ambil tiket jam 8 lebih...
Dalam lingkungan tengahari MCo sampai di Busan Station.... ini lah permandangan keluar foyer arrival hall stesen ni... tingkat atas.
Masa awal, MCo dah letak gambar ni...tapi sekarang zoom in sikit.... ini lah rupa sebenar Busan Station.
MCo sengaja snap gambar ni, sebab di dalam train pun ada orang minta derma, ada orang promosi kaset music jalanan, ada macam-macam ragam lagi. (zoom in untuk nampa jelas lagi)
Jom Jalan-jalan lagi di Pusat bandar Busan
Sesampai je di bandar Busan, selepas check in hotel, MCo terus mencari pasar, sekarang pasar yang di tuju ialah Jagalchi Market, Gukje Market dan BIFF Square. Seperti MCo ceritakan, MCo tidur di Sasang, untuk pergi ke tempat yang di tuju, MCo perlu naik Line no 2, turun di Seomyeon dan ambik Line no 1 dan turun di Jagalchi. kalau mahu ke Jagalchi perlu exist no 10. BIFF Square dan Gukje Market exist no 7, tapi akhirnya MCo pergi ke Yongdusan Park yang melalui pasar2 tersebut.
BIFF Square..tempat orang jual-jual dan shopping-shopping....
Ini lah kebab yang MCo suka....dia berada antara BIFF Square tu.... orang Turkey dan halal... harga won3000. Daging pun banyak, dan antara kebab termurah yang MCo jumpa....
Setelah puas bertanya orang, di mana kah Yongdusan Park, akhirnya MCo bertemu juga dek kerana di situ terdapatnya Busan Tower. Sebenarnya Yongdusan Park ini boleh di jejaki melalui Gwangbokro Fashion Street melalui Escalator yang tinggi....terletak di tanah tinggi dan terdapat Busan Tower yang menjadi ikon kepada bandar Busan ni.
ermm...secara ringkasnya ini lah peta rentas Yongdusan Park, rupa-rupanya MCo dah keliling satu bukit untuk ke taman ini...padahal ada escalator....penat juga berjalan kaki....
Ini lah laluan kereta untuk sampai ke puncak Yongdusan Park, selain melalui escalator.
MCo tak mahu cerita panjang...tulis panjang2 tapi ramai orang tak baca...hahaaha...tapi yang pasti 3 gambar di atas tu ialah... binaan yang ada di puncak Yongdusan Park tu.
...Tapi MCo mahu cerita sikit yang ni... sama di di Namsan Park Seoul, di sini tak ketinggalan Pad Lock, untuk pasangan kekasih....tapi masih mahu bercambah...tidak sebanyak di Namsan Park, Seoul...
Ohooo... 2 keping gambar pose istimewa dengan penjaga pelancong di Yongdusan Park ni.... sangat mesra...dia yang mari dekat MCo, mula2 MCo nak ambik gambar sama patung tepi tu...tapi dia tegur, lalu MCo kata nak bergambar...dia kata ok..no problem...dia ni cuma kerja part time je di sini...mungkin sebagai penyambut tetamu, atau pelancong.
...yang ini bukan saja-saja MCo snapkan...dua keping gambar di atas,.... pada mulanya MCo bertanya pada gadis korea yang MCo bergambar tu, di mana nak beli barang-barang murah, dan dia kata salah satu nya ialah underground market....dan ini lah underground market tu.... gambar pertama tu, jalan raya? ya betul, tetapi siapa sangka di bawah jalan raya tersebut terdapat pasar...dan gambar kedua tu lah salah satu pintu masuk ke underground market tersebut....
Fisher Market.... di sini kebanyakan jual ikan hidup... samada ketam atau sotong, semua hidup...termasuk juga ikan air masin seperti ikan kembung...juga hidup....
Malam...di bandar Busan.... wah banyak lampu neon..hehehe yang sebenarnya semua tu ialah restoran...kiri dan kanan....bukan disco, bukan pusat karaoker, bukan saloon,..bukan kedai2 kecil....tapi sememangnya restoran....
Salah satu souvenir untuk perokok...hehehe....
Akhir Sekali ku harap dapat datang lagi.....
Sebelum pengakhiran cerita blog ini, mai lah MCo saji kan sikit gambar-gambar menarik di Seoul untuk tatapan musim gugur ni... autumn in my heart... cantik lagi menguja.
Akhir kata, MCo sangat berpuas hati bila ke Korea ini, dan niat MCo memang mahu pergi lagi, Jika ada peluang, mungkin ini lah tempat terbaik bagi mana-mana pasangan untuk berbulan madu, tak kisahlah mana-mana musim, spring,summer, autumn atau pun winter, sebab tempat menarik, dan memang mendamaikan.
Gambar pertama yang MCo ketengahkan ialah sebelum mendarat di Tanah Busan, ini dalam lingkungan pukul 5-6 pagi, kelihatan seperti matahari ingin terbit sedangkan bulan masih kelihatan.
Tanah Busan, seketika sebelum mendarat, kelihatan bangunan yang padat dan berwarna putih.
Kedai serbaneka 7Eleven yang berada di terminal "Arrival" Gimhae International Airport. Apabila keluar daripada Arrival hall, Ia berada disebelah kiri, Kenapa MCo gambarkan kedai serbaneka ini? Kerana di sini lah kebanyakan Pelancong yang pertama kali datang akan membeli T-money atau Cashbee dengan harga won2,000 dan boleh terus topup.
Inilah bentuk T-Money tersebut, seperti kad touch 'n go, atau debit card. Tapi hari tu MCo cukup bertuah, kerana semasa mahu beratur beli T-money, MCo terserempak sepasang suami isteri yang mahu pulang ke Malaysia (Melayu). Lepas tu MCo pun tanya dia berkenaan dengan T-money ni, lepas tu dia kata, tak apa, ambik yang dia punya, jadi MCo tak perlu lah beli lagi. tapi guna yang diaorang ja. Lagi pun nilai yang tinggal tak seberapa, tapi berbanyak terima kasih pada diaorang,kalau di terbaca blog MCo ni.. sila contact MCo.
Inilah mesin untuk memeriksa 'balance' dan menambah nilai pada T-money tersebut, dan terdapat disetiap station railway, jarang sekali MCo melihat orang beratur untuk menambah topup, samaada terlampau banyak mesin ini atau mereka dah topup banyak dengan sekali gus.
Perjalanan Ke Seoul
MCo sempat snap untuk peta pertama laluan train di Busan sebelum dapat map sebenar di station railway seterusnya.
Sebelum sempat apa-apa MCo snap gambar dahulu di subway yang menuju ke Seomyeon, apa yang MCo ingin tunjukan ialah signboard arah di belakang tu....jika ke kanan ialah menuju di mana MCo start perjalanan ke Sasang, dan sekarang MCo sedang menunggu subway ke Seomyeon (Line 2) dan seterusnya ke Busan Station mengambil Line 1 (Orange Line)
Ini lah bangunan Busan Station, sebelum ini hanya tengok dalam blog orang lain, dan juga dalam internet page...jadi sekarang MCo sendiri dah jejak kaki sini...ok ok..cam cam tempat ni.. lain kali boleh kenal kalau pergi lain kali lagi.
Ini adalah halaman atau di hadapan Busan Station KTX, ermm... nanti gambar bangunan Busan Station tu akan ada di bawah nanti,
MCo sedang tukar e-tiket yang dibeli melalui online, kebiasaannya kita digalakan tukar awal sehari tiket tersebut untuk mengelakan kehabisan tiket, tapi hari tu kira ok lah..tiket masih ada.
...dan dapat tiket, dan 1 KR Pass, sebenarnya KR Pass ini dapat di gunakan selama 3 hari, kemana sahaja MCo nak pergi tapi dengan syarat dengan KTX sahaja...anda kata, MCo pergi Seoul pagi, petang balik Busan, esok pagi pergi Seoul lagi, petang balik Busan, itu pun kira boleh.
Penerangan tiket. Car no 11, (maknanya gerabak keretapi no 11, tempat duduk no. 1A.
kelajuan, MCo tak dapat agak, tapi agak laju, kerana masa yang di ambik dalam 2jam30minit sahaja. (depart 10.30, arrival 1.14pm)-waktu yang tepat.
berkenaan KR Pass ni kalau nak beli boleh lah rujuk post MCo yang terdahulu... atau klik je sini --> Beli KR Pass
inilah rupa Seoul Station, Tingkat atas, kalau nak exist kena turun bawah, seperti MCo cakapkan, nak pergi ke Seoul Backpackers, ada dua cara, pertama naik subway, kedua jalan kaki, tapi MCo lebih suka berjalan sahaja, dan memerlukan 15minit, oleh itu, MCo kena cari exist no 8 daripada station ini.
Jalan menuju ke Seoul Backpackers, setelah keluar exist no 8, penat gak berjalan, tapi tak apa lah..sebab tempat orang, bila lagi nak jalan, seperti MCo selalu cakap, bila nak travel, memang tak boleh miss 3 perkara, iaitu tenaga, masa dan wang.
yeaahh akhirnya MCo dah sampai di Seoul Backpackers, eermm tempatnya tercorot juga, tetapi ramai juga warga asing yang menginap di sini... kenapa? sebab diaorang iklankan backpackers diaorang di dalam internet berbanding backpackers lain. jadi tidak hairanlah, kebanyakan bilik jarang ada yang kosong.
Jom Kita Ke Gyeongbokgung Palace
MCo tidak mahu melengahkan masa, memandangkan waktu yang singkat, MCo tidak ambik masa yang lama di backpackers, selepas solat, MCo terus pergi ke Gyeongbokgung Palace, MCo mesti cepat sebab dikhabarkan ia tutup antara jam 3 dan 5 petang waktu tempatan. MCo bergambar di dalam stesen subway, iaitu permulaan ke pintu masuk Gyeongbokgung Palace. guna exist no 5 daripada subway.
MCo bergambar di pintu masuk sebelah timur (kalau tak silap - sebelah pintu keluar no 5 subway)
Di halaman Gyeongbokgung Palace, tetapi sayang sebab masa MCo sampai ni, Istana ni dah ditutup waktu lawatan, tak sangka pula hari ni ialah tutup jam 3 petang. so MCo tak dapat masuk dalam lagi.. mungkin akan datang.
MCo pun tak mahu lepaskan peluang untuk snap 1 gambar... suhu masa ni, agak sejuk juga...
antara gambar pintu gerbang istana yang sempat MCo snapkan.
MCo bergambar berlatar belakang kan pintu utama masuk Istana Gyeongbokgung. Errmm..MCo tidak mahu bercerita panjang tentang istana ini sebab infonya terlalu banyak di dalam internet. jadi mana-mana ja boleh baca.
.....Nah, 2 keping gambar seperti boneka, MCo ingatkan patung, tapi bila di amati ia memang real, ia seperti pegawai di Istana Negara juga, atau di London tu...cuma mungkin misai dan janggut tu palsu...hehehe walaubagaimana pun, ia tak seperti di London, dia ni masih mampu bergerak kalau ada kanak-kanak yang datang mengancau. Teriaknya atau gayanya sama seperti seorang pegawai istana zaman dulu.
Jalan dihadapan pintu masuk utama Istana Gyeongbokgung ni...sempatlah MCo snap kan, minta tolong orang snapkan..... hehehe
Jalan di keliling pagar Istana.....
Salah satu taman tepi pintu pagar Istana Gyeongbokgung.
Dongdaemun Market, Dongdaemun Shoes Market, Nampyounghwa Market, Dongqyeonghwa Fashion Town
Selepas pulang dari Gyeongbokgung Palace, MCo pergi ke Dongdaemun Market, tujuan utama untuk mencari cenderahati orang-orang di kampung dan untuk seseorang.... daripada Gyeongbokgung subway station line no 3 dan berhenti di hentian Chungmuro dan tukar ke Line no 4. dan berhenti di hentian Dongdaemun exist no 8 atau 9 untuk ke Dongdaemun Market, dan exist no 7 jika mahu ke Nampyounghwa Market, untuk pengetahuan stesen subway Dongdaemun ni adalah berhampiran dengan pintu gerbang Heunginjimun. Gambar di atas adalah exist no 9. jika pergi lurus akan jumpa Dongdaemun Market.
Kelihatan pintu gerbang perkampungan Heunginjimun. Jika exist 7 daripada Dongdaemun station. tetapi kalau naik subway line no 1. exist no 6. tapi masa MCo datang ni, stesen ni kawasan persekitaran masih 'undercontraction'. Oh ya, pasar ini adalah dekat dengan jalan Cheonggyecheon, salah satu jalan terkenal di tengah bandar Seoul.
Salah satu jalan ke pasar...
MCo berlatar belakangkan Nampyounghwa Market. Puas juga MCo mencari kedai yang jual souvenir ni...tetapi ini lah yang ada... jual baju sejuk....
MCo pun tak tahu apa nama tempat ni...tapi yang pasti ia berhampiran dengan pasar yang MCo pergi, tapi menarik tempat ni, ramai juga yang datang bergambar.
Berginilah keadaan di dalam train, mana-mana subway, kebanyakan korean ni asyik dengan talifon mereka, jarang dengar suara mereka berborak, kalau ada pun budak-budak sekolah, yang dewasa macam ini asyik dengan handphone. Yang pasti mereka tak ambik kisah apa yang orang lain buat, sehingga ada yang berpelukkan pun, mereka tidak kisah.
Jalan-jalan di Itaewon.
Jalan Menuju ke Masjid International Itaewon Seoul, Jalan-jalan di Itaewon.
Salah satu restoran yang famous di Itaewon, lokasi betul-betul laluan masuk ke Masjid Itaewon, dan memang restoran ni menjadi tumpuan setiap orang, dan gambar restoran ini banyak terdapat di blog-blog lain, hehehe secara tak langsung, blog MCo sendiri pun secara tak sengaja meletakkan gambar restoran ni... Restoran Siti Sarah, dan di jamin halal, Sebenarnya sepanjang jalan menuju ke masjid ini terdapat banyak restoran dan kedai-kedai yang dimiliki oleh orang Islam, kebanyakannya ialah dari asia tengah.
Inilah suasana malam sekitar jam 9 malam di Masjid International Itaewon Seoul, (Prince Sultan Islamic). MCo sempat jamak Maghrib dan Isya di sini, tapi masa nak wudhu' air sangat-sangat sejuk seperti ais. Dengarnya orang non-muslim pun naik di sekitar masjid ini, memandangkan masjid ini terletak di atas bukit, (tanah tinggi daripada kawasan sekitar) kerana ingin melihat permandangan kota Seoul, MCo tidak snap gambar persekitaran memandangkan camera handphone yang tidak clear, lagi pun pada waktu malam. sedikit info:
Masjid Pusat Seoul adalah masjid yang dibangun di daerah Itaewon, Seoul, Korea Selatan dan dibuka pada tahun 1976. Terletak di Hannam-dong, Yongsan-gu. Sebagai satu-satunya Masjid di Seoul,
dengan bantuan dari pemerintahan Korea dan kontribusi moneter yang besar
dari Arab Saudi dan negara-negara Islam lainnya.
Masjid ini
memiliki tiga tingkat, yang memiliki fungsi berbeza. Di lantai pertama
terdapat pejabat Federasi Muslim Korea dan ruang pertemuan, sedangkan
ruang solat berada di lantai dua dan tiga. Di tempat ini juga dibangun
sebuah madrasah yang dijadikan sebagai lembaga pendidikan Islam bagi
anak-anak, Pusat Penelitian Kebudayaan Islam dan Organisasi Islam
lainnya.
Keadaan dalam masjid International Itaewon, MCo pun tidak berapa pasti masjid ini dapat menampung berapa jumlah jemaah, ini adalah ruangan solat bagi lelaki manakala perempuan di tingkat bawah.
Rajah Masjid di muka pintu masuk masjid Itaewon ini. sebelum masuk boleh lah baca dahulu, tetapi rasa-rasa tidak perlu, kerana anda tidak mempunyai peluang untuk baca keseluruhan disebabkan 'space' untuk membaca tu tiada, sebab di tepi dinding ini terus jalan, di mana waktu sibuk, anda akan berhimpit dengan kenderaan.
MCo sempat bergambar di jalan menuju ke Masjid Itaewon. sini suasana malam riuh sedikit sebab terdapat ramai warga asing, terutama daripada Asia Tengah, dan ternampak juga kelibat orang-orang daripada Malaysia. Untuk sampai di sini, anda perlu naik subway ke Itaewon dan keluar pintu no. 3 dan teruskan perjalanan, sehingga melepasi post polis, perjalanan terus sehingga anda akan ternampak kedai Mr. Kebab turkey, sebelah kanan. selepas kedai kebab tersebut ada lorong/jalan, dan terus ke masuk ke kanan, perjalanan sehingga 20meter, anda akan menampakkan menara Masjid di sebelah kiri.
Hah...ini lah map yang MCo sebut-sebutkan, iaitu railway route... ini wajib ada untuk mengetahui destinasi yang kita hendak pergi.... di hotel2 biasa map ini, kalau tiada, sila download dalam internet.
....dan kalau nak mudah lagi dan memperlengkapkan peta, ada tourist interest map ni lagi ok, sebab dia akan tunjuk lebih terperinci exist mana kalau nak pergi sesuatu tempat, dan yang utama dia 'show' tempat yang patut di pergi oleh pengujung atau pelancong luar.
Yang awal tadi, MCo tunjuk mesin untuk check balance dan topup T-Money, dan sekarang ialah mesin untuk tebus balik duit dalam kad tersebut, contohnya kalau pelancong lah,, kalau duit banyak lagi dalam kad, boleh tebus balik, mesin ini akan bagi balik duit sama jumlah baki dalam kad tersebut.
Destinasi ke Nami Island.
Gambar di Gapyeong Station, iaitu stesen di mana hendak pergi ke Pulau Nami, MCo naik ITX daripada Yongsan, dan dari sini perlu ambik taxi atau bas, seperti MCo nyatakan tadi, lebih baik datang awal.
Sebelum berangkat ke Pulau Nami, MCo sempat bergambar dulu di taman hadapan Gapyeong station tu... hehehe lagi pun tidak ramai orang...
MCo sedang beratur untuk tunggu turn taxi, masa ni kalau tak silap awal pukul 8 pagi tempatan, bas di fahamkan pukul 9 baru ada.
ini saja ja MCo ambik gambar dalam taxi, cuma nak 'show' meter dia, dari Gapyeong station ke jetti untuk ke Pulau Nami, won3,600. tapi MCo bayar won3,500 dia masih terima.
Ahahh... dah sampai pun ke permulaan pintu masuk ke jetti untuk ke Pulau Nami.... ok, tengok lah kosong ja kat dalam...tapi masa MCo keluar lebih kurang pukul 10 waktu tempatan.... penuh bas, sampai parking di luar... rasa-rasa ada puluhan buah bas.
Singboard....dekat kaunter tiket... mereka gambarkan Pulau tu sebagai republic, dan tiket adalah passport atau visa.
Ini lah bentuk tiket ke Pulau Nami, di situ ada tertulis visa fee Won8,000. dan dibelakang tiket ini ada peta ringkas Pulau Nami.
Boat untuk ke Pulau Nami, ramai juga boleh muat, dalam 200 orang macam tu lah kalau MCo tak silap, yang istimewanya... boat-boat ini di pasang bendera-bendera negara seluruh dunia, termasuk Malaysia. Perjalanan mengambil masa antara 10-15 minit. asasnya Pulau Nami ni bukanlah pulau yang terletak di tengah laut, tetapi di tengah sungai, kalau di Terengganu seperti Pulau Duyong.
Dua gambar MCo snap atas boat ke Pulau Nami. tengok lah gambar yang kedua tu, gambar bendera dengan lebih dekat, dan boat-boat ni ada 2, 3 bentuk sebenarnya, dan tidak sama setiap satu.
Gambar-gambar seterusnya ialah dalam kawasan Pulau Nami..... menarik dan cantik,...
Teringat drama terhebat korea dahulu....Winter Sonata, tapi itu musim winter, kalau autumn...Autumn in My Heart. Tengoklah persekitaran... memang tidak dinafikan kecantikan pulau ini.
Semua gambar di atas tu...biarlah tinggal kesan memori sahaja.....
yeah...mungkin ini cara mereka promosi negara Nusantara yang mana percakapan mereka boleh di katakan bahasa sama, tapi mana Brunei?
I love it.... i love you.... i love to come again....loving it...
yaahh ini lah satu lagi daya kreativiti mereka untuk menarik pelancong.... biarlah gambar yang membicarakan.
Yang istimewa di Pulau Nami ialah, terdapat 1 restoran halal dan terdapat juga surau untuk orang-orang Islam untuk Solat, tetapi waktu MCo datang, tidak sempat solat sebab MCo sampai awal pagi, waktu pun belum sampai lagi, jadi MCo hanya mengambil gambar luaran sahaja;
Jom menikmati Autumn di Pulau Nami..heheheSemua gambar di atas, adalah di tengah-tengah laluan di Pulau Nami.
Kenangan bersama Winter Sonata...
MCo tidak mahu menghurai satu persatu gambar di atas tu, cuma menikmati apa yang MCo rasai....
secara ringkasnya... ini lah mesin untuk mengasingkan padi.. tuai kah? bukan... nak asingkan padi dengan jerami... secara manual..
Gambar terakhir...sebenarnya setiap laluan ini ada nama tersendiri, tapi MCo lupa, kerana masa MCo datang ni, MCo lupa untuk mengambil peta di pulau nami ni.... kecuali di tiket tu, tapi terlampau kecil.
Masa MCo melalui satu jalan di Pulau Nami ni... MCo terpandang satu kain rentang di mana sesiapa sahaja boleh menconteng dan meletakkan nama... agak menarik juga tu...lalu...
MCo pun menukirkan 1 nama di sini untuk kenangan, hanya orang yang berkenaan sahaja siapakah nama itu. hehehe
Time hujan gini, MCo malas nak berjalan, jadi MCo pun guna kemudahan yang ada di Pulau Nami ni..naik keretapi mini...
..dengan kadar tambang won2000 per person. nak kata mahal atau murah, terpulang lah...
Sempat bergambar dengan mereka-mereka ni...tapi MCo rasa, ini adalah pakaian untuk upacara ke agamaan mereka...tapi tak tahu juga, sebab ada antara mereka memegang alatan musiz. oooh masa ni dah hujan, MCo pun sendiri pakai baju hujan tu....
lagi gambar mereka.....
Akibat keadaan suhu yang sangat rendah di pulau ini, hinggakan tangan MCo sendiri kemerah-merahan...dan sejuk yang amat sangat, mereka ada menyediakan pembakaran untuk memanaskan badan, jadi MCo pun tak mahu lepaskan peluang...sejuk ooooo.....terketar-ketar...ini bukan musim salji lagi....
Masa balik, MCo sempat snap satu gambar boat yang sedang menuju ke Pulau Nami, ini lah bentuk boat dari jarak jauh.
....Yang menarik MCo ingin kongsikan dengan alat ini, rasa-rasa ini lah pertama kali MCo melihatnya, dia terdapat di Station Railway Gapyeong, ketika ini waktu hujan. MCo di fahamkan setiap kali musim hujan, alat ini dikeluarkan, mula-mula MCo tertanya-tanya apakah alat ini, memandangkan semua bahasa korea, hinggalah gambar kedua di bawah menceritakan segalanya.....
Sebenarnya alat ini adalah, untuk "membungkus" payung yang basah, dengan plastik dengan hanya memasukkan payung ke dalam lubang, sebelah kanan untuk payung panjang, dan sebelah kiri untuk payung lipat yang pendek. mudah..jadi di dalam station tidak adalah air yang menitik kan...bijak..bijak...
Snap 1 picture di station Gapyeong sebelum bertolak balik ke Yongsan. masa ni dah ramai yang datang untuk ke Pulau Nami, Sedangkan MCo dah nak pulang.
Lihatlah apa yang MCo cakapkan tadi, ketika ini dalam lingkungan jam 11 pagi, tengoklah berapa ramai yang beratur, ketika hujan pula tu, itu tidak termasuk yang masih berteduh di stesen Gapyeong ni.
MCo dah nak balik ke Yongsan, train kat tepi tu bukan ITX tetapi train atau subway atau light railway biasa. kalau nak datang ke Gapyeong ni boleh juga naik train ni, tapi cerewek sikit sebab perlu tukar-tukar line route. Kalau sanggup tiada masalah.
ini pun bukan ITX, ITX di tengah-tengah ialah gerabak 2 tingkat.....
Sekitar Myeong-Dong dan Namdaemun Market
Selepas balik dari Nami Island, MCo terus ke Namdaemun Market untuk mencari sedikit lagi souvenir kalau ada, walaupun banyak dah beli di Dongdaemun Market. Banyak kedai jual baju sejuk, sarung tangan, stoking, skaf untuk menghadapi musim sejuk nanti.
Salah satu kedai yang jual pelbagai aksesori wanita.... macam2 lah..MCo sendiri pun tak pandai nak sebut.
Tengoklah di belakang tu... ramai juga orang tempatan yang membeli belah sini, terutama cari baju sejuk...
...dan paling special di Namdaemun Market ialah gambar di bawah ni....
Kedai souvenir di Namdaemun Market....
Di Namdaemun Market, ada satu kedai tu, tokey dia boleh berbahasa melayu, kenapa? Dia kata, pernah tinggal lama di Indonesia, Mula-mula MCo terkejut juga bila dia panggil, "selamat datang, masuk-masuk pilih, beli sini tidak rugi"...hehehe... ini lah tokey dia, MCo sempat bergambar, gambar atas tu ialah gambar kedai dia.. oklah biar MCo bagi detail pasal dia. nama kedai dia Hang A sa, (Folkcraft, K-pop Goods). Nama tokey dia Yoo Cheng Kyoo, beralamat Outside #4, Daedo Market, #31, Namchang Dong, Jung Gu, Seoul, Korea, dan no telefonnya ialah 010-3215-8409. trademark kedai dia ialah cari Touris Information dan Arcade. dia ni pun cukup ramah, boleh lagi tawar menawar kalau pandai.
Masa nak balik hotel tu.... MCo terpandang kedai Kebab Halal... owner dia dari Iraq...hahaah harap2 bukan syiah, harga satu kebab kalau tak silap won4,000. Biasa lah...tiada apa nak makan, makanan halal susah nak cari, so kebab lah jadi mangsa.
Sempat lagi bergambar di hadapan Woori bank.... hehe kenapa MCo ambik gambar ni? ok....di bawah MCo ceritakan..
Giliran Melawat Namsan Park
Nansam Park di mana terletaknya Seoul N-Tower. cara nak pergi ke sini ialah naik subway line no 4 dan berhenti di hentian Myeong-Dong exist no 3 atau 4. Jika berhenti di hentian Hoehyeon station, kena exist no 1, dan terus maju ke depan sehingga terjumpanya Woori Bank, selepas bank tersebut akan ada jalan ke kanan, dan gambar atas ini lah jalan tersebut, daripada Woori Bank tersebut anda akan nampak Seoul N-Tower tersebut, dan perlu melintas jalan...op op..ada laluan bawah tanah...jangan melintas macam tu ja....
Untuk pergi ke Seoul N-Tower ada 2 cara, pertama melalu jalan biasa, dengan kereta, dan kedua melalui cable car, jika melalui cable car mesti melalui jalan tangga dahulu....jadi MCo sempat bergambar di laluan itu, dengan berlatar belakangkan bandar Seoul, area Myeong-Dong.
Nak menaiki cable car, kena beli tiket dahulu...iaitu dalam won8,500 untuk dua hala... jika satu hala, dalam won9,000. ini lah bentuk tiket tersebut.
zoom in gambar tadi.....Seoul N-Tower....... tapi sayang MCo sampai sini dah gelap, ekoran beratur panjang nak beli tiket, nak naik cable car, maklumlah sini jam 5 matahari dah tak nampak... ramai orang kata, gambar di atas ini cantik kalau ambik pada waktu cerah.
Love Pad...apa itu love pad? biar MCo cerita ringkas mengenainya..... gambar di atas itu adalah hanya sebahagian yang ada...tapi sebenarnya ada ratusan ribu lagi di sekeliling Seoul N-Tower ni.
Love Lock Pad: kononnya bagi pasangan kekasih, pasangan suami isteri, bila datang sini, beli lah love pad ini...dan semikan kata-kata cinta..lepas tu kunci atau lock kan di mana-mana pagar di sekeliling Seoul N-Tower ni...semoga hubungan mereka terus berkekalan.... banyak lock ini di jual dengan harga paling kurang won15,000 (kalau tidak silap) - maka tamatlah cerita di Seoul N-Tower ni.
Cerita Asas
Secara asasnya, sebelum MCo datang ke Korea ni, dah buat kajian sikit, memang makanan halal susah, tetapi terbaik punya, sebab 7 Eleven di Korea ada jual nasi. (seperti dalam gambar), jadi MCo pun bawa sardin dari Malaysia, tapi pastikan tin sardin yang boleh di buka tanpa menggunakan alat pencopek tin.... harga nasi ni lebih kurang won1,300 satu bekas tu. Nasi ni pun sedap, boleh makan kosong macam tu pun ok. Sudu? MCo ambik di LCCT bawa daripada Malaysia... hehehe.
Seperti MCo nyatakan awalnya, tangga di subway ni tinggi-tinggi... seperti di gambar atas ni, kalau escalator rosak, maka nasiblah.. terjadi macam MCo sakit lutut, lepas tu turun tangga jalan kengkang...sampai orang tua pun boleh pintas MCo...hahahaaha. so bayangkan tangga setinggi ini ada 2 tingkat kena turun...hahahaa nasib lah....
Apa yang ada di dalam subway, sebagai langkah keselamatan mereka, Bersedia daripada awal....MCo pun malas nak cerita...maka anda klik pada gambar dan zoom in lah untuk tengok apa yang ada....
Malam...cari pasar malam..... hehehe....
ini lah keratan rentas subway untuk lebih memahami...tengoklah jarak permukaan jalan dan dalam subway tu.
Peta tourist.... ada ni lagi mudah...sebagai petunjuk nak pi mana2....
Apa yang MCo snapkan ni? meh nak cerita, nampak tak kotak2 tu? sebenarnya di dalam tu ada orang tidur, banyak juga stesen subway ada orang tidur macam ini, terutama di stesen Hoehyeon. mereka jam 10 dah tidur, dan bangkit dalam jam 5 pagi. Jadi di Korea pun ada gelangdangan, dan ada juga peminta sedekah,
Ini kawan yang MCo baru kenal di Seoul Backpackers, nama dia Lokki Ciputra, asal dari Surabaya Indonesia, dia ni pun suka travel alone macam MCo..hehehe, tapi kami hanya berkawan di situ, tidak mengikut beliau ke mana-mana, sebab MCo dah ada plan sendiri.
Pulang Ke Busan
Seawal pukul 6 pagi, MCo pergi ke Seoul Station, sekali lagi MCo perlu naik KTX, dan gambar di atas ialah KR Pass, dan KR Pass ni lah perlu di tukar di kaunter untuk mendapatkan tiket. KR Pass ni ialah untuk tempoh 3 hari dengan harga won75,000. (MCo ambil happy rail - untuk pakej). MCo ambil tiket jam 8 lebih...
Dalam lingkungan tengahari MCo sampai di Busan Station.... ini lah permandangan keluar foyer arrival hall stesen ni... tingkat atas.
Masa awal, MCo dah letak gambar ni...tapi sekarang zoom in sikit.... ini lah rupa sebenar Busan Station.
MCo sengaja snap gambar ni, sebab di dalam train pun ada orang minta derma, ada orang promosi kaset music jalanan, ada macam-macam ragam lagi. (zoom in untuk nampa jelas lagi)
Jom Jalan-jalan lagi di Pusat bandar Busan
Sesampai je di bandar Busan, selepas check in hotel, MCo terus mencari pasar, sekarang pasar yang di tuju ialah Jagalchi Market, Gukje Market dan BIFF Square. Seperti MCo ceritakan, MCo tidur di Sasang, untuk pergi ke tempat yang di tuju, MCo perlu naik Line no 2, turun di Seomyeon dan ambik Line no 1 dan turun di Jagalchi. kalau mahu ke Jagalchi perlu exist no 10. BIFF Square dan Gukje Market exist no 7, tapi akhirnya MCo pergi ke Yongdusan Park yang melalui pasar2 tersebut.
BIFF Square..tempat orang jual-jual dan shopping-shopping....
Ini lah kebab yang MCo suka....dia berada antara BIFF Square tu.... orang Turkey dan halal... harga won3000. Daging pun banyak, dan antara kebab termurah yang MCo jumpa....
Setelah puas bertanya orang, di mana kah Yongdusan Park, akhirnya MCo bertemu juga dek kerana di situ terdapatnya Busan Tower. Sebenarnya Yongdusan Park ini boleh di jejaki melalui Gwangbokro Fashion Street melalui Escalator yang tinggi....terletak di tanah tinggi dan terdapat Busan Tower yang menjadi ikon kepada bandar Busan ni.
ermm...secara ringkasnya ini lah peta rentas Yongdusan Park, rupa-rupanya MCo dah keliling satu bukit untuk ke taman ini...padahal ada escalator....penat juga berjalan kaki....
Ini lah laluan kereta untuk sampai ke puncak Yongdusan Park, selain melalui escalator.
MCo tak mahu cerita panjang...tulis panjang2 tapi ramai orang tak baca...hahaaha...tapi yang pasti 3 gambar di atas tu ialah... binaan yang ada di puncak Yongdusan Park tu.
...Tapi MCo mahu cerita sikit yang ni... sama di di Namsan Park Seoul, di sini tak ketinggalan Pad Lock, untuk pasangan kekasih....tapi masih mahu bercambah...tidak sebanyak di Namsan Park, Seoul...
Ohooo... 2 keping gambar pose istimewa dengan penjaga pelancong di Yongdusan Park ni.... sangat mesra...dia yang mari dekat MCo, mula2 MCo nak ambik gambar sama patung tepi tu...tapi dia tegur, lalu MCo kata nak bergambar...dia kata ok..no problem...dia ni cuma kerja part time je di sini...mungkin sebagai penyambut tetamu, atau pelancong.
...yang ini bukan saja-saja MCo snapkan...dua keping gambar di atas,.... pada mulanya MCo bertanya pada gadis korea yang MCo bergambar tu, di mana nak beli barang-barang murah, dan dia kata salah satu nya ialah underground market....dan ini lah underground market tu.... gambar pertama tu, jalan raya? ya betul, tetapi siapa sangka di bawah jalan raya tersebut terdapat pasar...dan gambar kedua tu lah salah satu pintu masuk ke underground market tersebut....
Fisher Market.... di sini kebanyakan jual ikan hidup... samada ketam atau sotong, semua hidup...termasuk juga ikan air masin seperti ikan kembung...juga hidup....
Malam...di bandar Busan.... wah banyak lampu neon..hehehe yang sebenarnya semua tu ialah restoran...kiri dan kanan....bukan disco, bukan pusat karaoker, bukan saloon,..bukan kedai2 kecil....tapi sememangnya restoran....
Salah satu souvenir untuk perokok...hehehe....
Akhir Sekali ku harap dapat datang lagi.....
Sebelum pengakhiran cerita blog ini, mai lah MCo saji kan sikit gambar-gambar menarik di Seoul untuk tatapan musim gugur ni... autumn in my heart... cantik lagi menguja.
Akhir kata, MCo sangat berpuas hati bila ke Korea ini, dan niat MCo memang mahu pergi lagi, Jika ada peluang, mungkin ini lah tempat terbaik bagi mana-mana pasangan untuk berbulan madu, tak kisahlah mana-mana musim, spring,summer, autumn atau pun winter, sebab tempat menarik, dan memang mendamaikan.
24 comments:
Me also balik KL naik the same flight as u ...
ooh iya kah? then bila pergi lagi? -MCo- akan pergi lagi Februari tahun depan...
salam. boleh email hanna_56282yahoo.com. nak tanye soalan.
hanna_5628@yahoo.com. sorry typo
ok..MCo sudah emailkan..
bro..terbaik la..ko cerite detail gilak bah..huhu...psl KTX dr busan ke seoul tu amat lah membantu aku..ty bro!
hehe...sama2 kita cari pengalaman..sama2 kongsi....hehe
Salam...kak akan ke Busan pada 16 - 20/5/2014...blh share cuaca,pakaian n tips yg perlu semasa di sana...10q
wsalam.. kak Alwiyah Adnan... kalau ikut perkiraan tu.. kak pergi itu adalah pengakhiran musim bunga atau spring.... awal jun mungkin dah start summer...cuaca mungkin ke panas..suhu dalam lingkungan bawah 20 darjah cercius... eermm... nak kata sejuk, tak juga, nak kata panas pun tidak juga....baju boleh lah pakai yang santai... kalau pergi pakai pakej... ikut sahaja travel agent...kalau pergi sendiri... pengangkutan cuba naik subway...tapi dinasihatkan bawalah sekali map subway tu...tempat2 yang nak dilawati kalau tidak dirancang..seelok2nya tanya hotel atau tempat yang menginap..sebab mungkin mereka lebih memahami english... makan? bawalah sedikit makanan daripada Malaysia... sardin,bilik dalam tin, kerana nasi segera ada dijugal di 7Eleven. boleh hangatkan sahaja....

hai,,,boleh email itenary tak..sbb turun di busan jgk..and map tu leh dpt di airport tak?
email : nurulafyda@yahoo.com.my
i email to you already..... tq
hai boleh emailkan saya itenary saudara tak
hotel apa saudara tinggal di sasang
email: nhidayah_86@hotmail.com
done....
salam, nak tanya pasal KR pass tu. sy kurang jelas pasal boleh guna 3 hari, kebanyakan blog yg saya baca, mmg xde pon ckp psl KR pass. semua ckp guna KTX utk ke seoul atau tren biasa dan bas. boleh emel kan saya tak. saya akan ke busan dan seoul 18-22 oktober 2015. tq. emel: si_kechek@yahoo.com
ok...MCo akan emailkan... tetapi untuk makluman....KR Pass tu ialah... meaning Koreaa Railway Pass... (lebih kurang).... KTX tu... Korea Trans eXpress.... KR Pass ini ialah tiket kepada KTX tersebut... walau macamana pun...MCo ada ceritakan segalanya dalam post sebelum ini.
hai,,,boleh email itenary tak..sbb turun di busan jgk..and map tu leh dpt di airport tak?
sheda_mech1012@yahoo.com.my
hi sheda..actually saya tidak mempunyai iltenary yang detail pasal Busan, sebab saya di sana hanya transit sahaja... dan map tu memang terdapat di airport....
Salam. Boleh email nur_shazlyn@yahoo.com saya nak tanye beberapa soalan.
ok
Hai .. Nak tanya , kalau naik bas dari busan ke seoul boleh ke ? Brpe kosnya ye?
hi Sara LMH, kalau nak naik bas boleh dalam 4 jam juga tu... harga dalam hampir 40ribu won.....
blog awk sgt membantu..thanks bro...
enjoy your trip....
Post a Comment