Monday, October 14, 2013

KR Pass Busan Ke Seoul dan Kembali

Kaedah Pembelian Tiket atau KR PASS Korea Train eXpress (KTX).

Di sini MCo ingin berkongsi sedikit untuk transit  antara Busan ke Seoul dan sebaliknya. Lebih menyenangkan kita membeli online kerana lebih murah, berbanding beli on the spot. Oklah biar MCo kongsikan website yang untuk booking online..tekan di sini ---> beli KR Pass dan anda akan dapat melihat semuanya.

Langkah 1.
Daripada Gimhae International Airport kita boleh menaiki Busan Light Rail sebelum mencapai station subway Busan untuk melanjutkan perjalanan ke Busan Station. Dalam hal ini anda semua hendaklah peka dengan bahasa Korea ini, dan banyak simpang siul nya.

Untuk ke station KTX,  daripada Busan Light Rail kita turun di station Busan, dan seterusnya harus keluar daripada terminal tersebut dan menuju ke saluran KTXnya, Untuk pengetahuan Station KTX bukan di station subway Busan. Di sini, selain tersedia train KTX, juga ada keretapi Mugunghwa, Saemaeul, Nuriro, dll. Semua keretapi tersebut mempunyai perjalanan daripada Busan ke Seoul, namun waktu tempohnya lebih lama, sekitar lima jam, padahal harga tiketnya hampir sama dengan KTX. Di Station KTX terus menuju ke Line 9 untuk terus  menuju ke gerabaknya/keretapinya. Di dalam keretapi, kerusi 2-2, beberapa bangku tersebut berhadapan. KTX sangat panjang, (388 meter panjangnya).

Langkah 2.

langkah dua, rasa-lebih memahami daripada pdf. yang telah disediakan.

klik di sini. http://www.hfsp.org/sites/www.hfsp.org/files/webfm/Communications/How%20To%20Book%20Your%20KTX%20Ticket.pdf

Langkah 3.

KR Pass adalah jauh lebih murah, dan perjalanan mengikut tempoh samada 2 hari, 3 hari dan seterusnya. KR Pass yang di beli haruslah ditukar kepada tiket di KTX Station. Pembelian KTX hanya boleh di lakukan dengan menggunakan kad kredit.

Langkah 4.

Jangan lupa beli "T Money" di airport station untuk pass menaiki subway daripada airport ke KTX station. Perlu di ingat, T Money perlu di topup cukup2.sebab di Seoul tidak boleh topup lagi, (sistem kad ini, beli di Busan, topup di Busan sahaja, beli di Seoul hanya topup di Seoul sahaja, namun bergitu kad ini boleh di guna di mana2 tempat di korea - ia seperti kad 'touch n go')

Langkah 5.

MCo cuba link kan kaedah dan penceritaan blogger2 lain untuk memudahkan... MCo tidak mahu mengulas panjang juga.

sini klik.

blog i love my life

di harap dapat lebih manafaat.

 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...