Tanggal 24Dis - 29Dis 2012 Perjalanan terakhir MCo untuk penutup tahun 2012 ini... dan yang pasti selepas ini tidak dapat ditentukan lagi...
Siapa kata Sabah yang terkenal dengan jolokan "Negeri di Bawah Bayu" ini tidak menarik? Siapa kata Malaysia kekurangan tempat untuk melancong... Naahhh ini lah salah satunya destinasi yang menarik..
Kali ini MCo akan menceritakan perjalanan singkat dan ringkas ke Ranau, Poring, Kaki Gunung Mt. Kinabalu, Kundasang, Dairy Farm, Tamparuli, Keningau, dan Bingkor Lama. Semuanya adalah perjalanan yang yang tidak terancang daripada awal sebabnya MCo pada asal nya akan berkampung di Bingkor Lama sahaja, namun masa dan keadaan yang menentukan segalanya...
walaubagaimana pun, seperti yang lepas-lepas MCo tidak mahu mengulas panjang berkenaan tempat itu, dan semestinya ini adalah blog peribadi MCo sendiri, maka MCo lebih senang menceritakan perjalanan MCo sendiri.
Hari Pertama (24hb)
Bertolak daripada LCCT K.L. dan sampai di Airport sabah, sambil di tunggu oleh kawan MCo iaitu Yusri, kerana dia ada mengirim lada keropok...hehe...dan MCo telah dijemput oleh kawan MCo yang terlebih dahulu datang ke Sabah iaitu Farid.
kami bertolak daripada Kota Kinabalu (KK) jam 2.30petang dan sampai di Keningau dan seterusnya Bingkor Lama dalam pukul 6.30petang (+ -).
Kenapa Bingkor? Sebab MCo akan bermalam di rumah "Mumy" MCo sendiri... memandangkan malam ini kami ada dinner di hotel Perkasa. Keningau.. jarak antara Pekan Keningau dan Bingkor dalam lebih kurang 15minit memandu dalam jalan keadaan normal.
7 Malam kami (MCo, Mumy, Elfrina dan menantu Mumy) bertolak ke hotel perkasa untuk makan malam.
cerita ini hanya tamat di sini sahaja selepas makan malam..balik rumah, tidur.... MCo terlampau penat hari ini.
Hari Kedua (25hb)
Ialah hari Krismas bagi penganut Kristian, iaitu di sambut oleh keluarga "mumy" sendiri. Sambutannya seperti hari raya bagi penganut Islam cuma tiada angpow di berikan, cuma datang, ziarah dan makan...ramai juga saudara mumy yang datang, MCo cuma tumpang untuk sambutan itu.
Pada sebelah malamnya, mereka mengajak MCo untuk sambut krismas di rumah-rumah saudara mereka yang lain.
Hari Ketiga (26hb)
Hari Ketiga ini lah sebenar-benarnya MCo berkesempatan untuk menjelajah sebahagian Sabah dengan waktu, masa yang terhad. Walaupun singkat, ia amat berbaloi kerana banyak juga tempat yang dapat MCo kenali yang mana sebelum ini MCo tidak pernah menjejakinya lagi...
Kali ini, MCo pergi bersama dengan keluarga Farid dan isterinya, berserta abang ipar dan isterinya...serta anak masing-masing. Cukup untuk sebuah kereta Toyota Rush.
Seawal 11 pagi kami bertolak ke Ranau, dan mengambil masa lebih kurang 2 jam lebih dari Keningau, jalan yang berbukit dengan panorama indah, memang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.
Tempat persinggahan pertama kami ialah di Kolam air panas Poring, dan di sini juga MCo sempat menjejaki jambatan tergantung, dikhabarkan 500meter panjangnya.(kisah selanjutnya akan diceritakan melalui gambar-gambar).
Selepas itu, kami bertolak ke rumah penginapan kaki gunung, (Free of charge) sebab abang ipar kepada Farid adalah pekerja kepada Taman Sabah, oleh itu, dia dapat keistimewaan dalam hal ini, termasuk juga tiket ke Poring juga percuma.
Hari KeEmpat (27hb)
Kami daftar keluar rumah penginapan dan pusing-pusing di kaki gunung (Kinabalu) dan sempat lihat pintu masuk pendaki-pendaki gunung. Di sini MCo hanya bergambar dan kami tidak mengambil masa yang lama, selepas itu kami terus menuju ke Dairy Farm, di mana kawasan ternakan lembu, dan memperolehi susu segar, tapi sayang ketika itu, kami datang terlampau awal dan penyediaan susu percuma hanya di perolehi selepas jam 11 pagi. Namun bergitu, kawasan ini tidak ubah seperti berada di New Zealand, dengan permandangan menghijau yang memukau... eermm siapa kata Sabah tidak menarik?
Sejurus itu, kami pun berangkat ke Kundasang membeli sayur untuk buah tangan "mumy" di kampung... dan selepas itu kami berangkat ke Tamparulli, di katakan di sini terdapat satu "rumah terbalik" yang menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negeri, maka MCo sendiri ingin melihatnya...(apa-apa pun kisah selanjutnya akan diceritakan berdasarkan gambar)
Kami pulang ke Keningau melalui KK, dan singgah di KK untuk makan tengahari...
Jam 6.30petang MCo sampai di Bingkor Lama.
Hari Kelima (28hb)
Pagi, tiada apa aktiviti yang dilakukan disebabkan tengahari MCo terpaksa berangkat ke KK.
dalam pukul 12 tengahari, MCo berangkat ke pekan Keningau, dan menaiki bas jam 2 petang ke KK, dan sampai di KK lebih kurang dalam pukul 5 Petang, Check in hotel (La Viva Hotel) hotel berdekatan Centre POint.. waaahh terlampau banyak kenangan di sini...
Malam sedikit sedih lah sebab kawan-kawan yang MCo dijanjikan berjumpa tidak dapat hadir, rasa sunyi pun ada tapi di tutupi dengan menonton TV.... rasa penat? MCo tertidur sendiri.
Hari KeEnam (29hb) hari terakhir di KK
Pagi, MCo cuma berjalan-jalan berdekatan hotel dan pukul 1 tengahhari MCo berangkat ke airport. di airport Yusri a.k.a Gilos a.k.a Bad Gils... datang bersama isterinya....
aaaaaaaaaahhhh Flight Delay...semua delay.... ETD 4.10 tapi jadi ETD 5.00 dan kapal terbang singgah di Labuan dahulu....dan jam 8.40malam (campur tunggu bagasi) sampai KLIA...
nasib baik "Driver" MCo cekap.. MCo sempat sampai 9.30malam di Terminal bas Kajang.
Bergitulah perjalanan ringkas MCo di Negeri Di Bawah Bayu ini...Sabah destinasi MCo yang tidak tahu penghujungnya....
walaubagaimana pun, gambar-gambar ini mungkin sedikit tidak mengikut kronologi terutama di Mt. Kinabalu dan Dairy Farm.
Mco amat berharap, suatu hari nanti Sabah akan menjadi destinasi tetap MCo, tetapi boleh kah?? hanya "seseorang" di sana yang boleh tentukan... tetapi dengan izin yang Maha Esa.
apa-apa pun...jom kita explore gambar .... dan sekali lagi di ingat...gambar-gambar ini hanyalah simpanan peribadi MCo, secara amatur snap, dan sebarang penyalahgunaan untuk tujuan negatif adalah dilarang dan MCo tidak akan bertanggungjawab, dan sebarang rujukan ilmiah, MCo mengalu-alu kan.
Masa untuk Mendarat bersama Air Asia.... akhirnya sampai juga entah yang ke berapa di KK ini... tapi yang penting inilah tradeMark MCo yang kebanyakan ada di setiap gambar MCo.
Perjalanan daripada KK ke Keningau melalui Bukit/Gunung Manggis.. ini adalah jalan sebahagian, jalan juga berbukit-bukit malah ada yang sangat curang.
Melalui banjaran Crocker...dan MCo sengaja meletakkan gambar ini dalam "original size".... sebagai salah satu trademark MCo ke Sabah. dan gambar ini adalah pilihanya....
Salah satu panorama di atas bukit semasa dalam perjalanan ke Keningau... boleh di katakan antara puncak...
Jalan mendaki bukit...
Ok... habis habis gambar dalam perjalanan... jom MCo buka bab baru...ini adalah gambar semasa makan malam di hotel perkasa... dari kiri MCo, Elfrina, (menantu mumy) a.k.a Bie, dan Mumy.... RM50 untuk satu kepala... MCo tidak berapa pasti makan malam sempena apa, tapi yang pasti mungkin sempena malam krismas... semua ini adalah di tempah oleh keluarga/mentua farid. sebab setiap tahun mereka akan menghadiri makan malam ini.
Disamping itu, kami diberikan tiket untuk masuk, dan disertakan cabutan bertuah.... tapi malam ni MCo tak bertuah...hehehe... cuma bertuah dapat makan malam bersama-sama famili mumy...
Langkah awal...eermm kami tidak menunggu masa untuk penghabisan, tapi kami pulang lebih awal kerana bagi MCo mungkin tidak perlu untuk menghabiskan masa terlampau lama di arena tu.... dan sebelum pulang, MCo sempat bergambar dahulu.. 1, 2 ...kliikkk.... Empat gambar yang serupa tapi tak sama.... (klik pada gambar untuk besarkan)
hari ke 2 25hb.... MCo sempat pergi ke Pekan Bingkor, lebih hampir 1 km daripada rumah Mumy, dan sebahagian suasana di sini...
Dua gambar nostagia yang lalu, kesinambungan gambar yang lepas-lepas, dulu hanya anak kecil, tetapi sekarang sudah membesar.. MCo di khabarkan mungkin penghujung bulan Februari 2013, padi-padi ini sudah boleh dituai jika cuaca panas..
Dua gambar di atas adalah di pekan Keningau, iaitu petang 25hb...kami pergi membeli belah sikit untuk keperluan....
....dan sebetulnya, kami pergi membeli kek untuk "daddy" sempena birthdaynya pada hari ini... kedai roti ini terletak di pekan Keningau.
....gambar kesinambungan yang dulu...salah satu gambar di pekan basah Keningau....errmmm kelihatan dalam gambar?? Elfrina... sweet.... nak beli apa tu??
Pada malam 25hb tu.... dalam jam 9...kami pergi ke rumah auntie Elfrina... ada makan-makan juga... tapi MCo hanya minum...eermm minum tapai pun ada.... tapi MCo tidak sama sekali join....
...Dua gambar menceritakan banyak perkara.... bergambar dengan famili diaorang..wah..nampaknya hanya MCo seorang je lelaki dalam gambar tersebut.... ermm nak perkenalkan nama sorang-sorang... MCo minta maaf sebab dalam gambar tu..hanya 5 orang sahaja MCo dapat meneka namanya....ooopp bukan nama sebenarnya...tapi yang MCo kenal.... heheehe.... apa2 pun nampak sangat kontra nya.....
Satu snap yang rambang... salah satu gambar yang boleh dikategori juga selamba dan menarik.... ermmm satu gambar tapi masih ada beberapa cerita di sebaliknya....
Waahhh.... satu posing istimewa MCo.... dan gambar ini di ambil pada 26hb iaitu sebelum kami berangkat ke Ranau.... kenapa gambar ini? sebab MCo duduk di atas kerusi yang di olah oleh barang terpakai iaitu tayar..mungkin tayar lori atau bulldozer...
Panorama..di Pekan Ranau... kami singgah untuk makan tengahari sebelum perjalanan seterusnya....
....dan MCo sempat snap satu gambar.... berlatar belakangkan pekan Ranau ini.....
Jom masuk Poring.....MCo tidak berapa pasti berapa kah harga tiket masuk ke sini, tapi yang pasti kami masuk di sini percuma.... Kelihatan dalam gambar ialah MCo, Farihin, abang ipar Farid, dan isterinya, anak dan juga Lynn... jambatan menuju ke kawasan mandi air panas...
MCo dengan Farihin... masih di jambatan...
MCo bersama papan kenyataan taman rekreasi Poring ini.....
ini adalah sungai di mana jambatan yang dilalui oleh MCo pada gambar di atas itu...kelihatan jambatan tergantung, dan merupakan jalan lama..mungkin sudah tidak dipakai lagi.. setelah jambatan baru ini dibina.
MCo bersama abang ipar Farid...si Alwin (adakah betul ejaannya) bersama anaknya....
Salah satu penunjuk arah yang berada di Poring..... eeermm anda boleh baca sendiri...
MCo bergambar di punca air panas...pengujung di larang untuk merendang, "menceluk" tangan ke dalam kolam ini...boleh di katakan ia agak panas sedikit daripada kolam-kolam yang lain....tetapi MCo ada cuba juga untuk "menceluk" ok jer... nak rebus telur pun boleh sini...hehehe
salah satu..taman yang berada di dalam Poring.. tapi MCo hanya bergambar...
Dua gambar yang di snap secara rawak dan "candid"... jalan menuju ke puncak untuk menaiki "walking street" iaitu "jambatan tergantung"... berlumpur dan licin, memandangkan ketika itu hujan turun renyai-renyai..
Ilustrasi jambatan tergantung yang terdapat di Poring ini... dan ia dilukis didinding bersebelahan kaunter tiket.
Kaunter tiket ke "walking street"...dan kadar bayaran pun, MCo tidak tahu,... mungkin tidak sampai RM6.
Lima gambar di atas...ialah keadaan jalan untuk sampai ke "check point" pertama untuk menaiki jambatan tergantung itu...lumpur, akar kayu, berlompak dan licin...mungkin akan ada penambahbaikan pada masa akan datang...
Ini lah.. "pintu" permulaan untuk menaiki jambatan tergantung ini... dan setiap jarak antara "check point"...hanya dibenarkan 6 orang..... kelihatan sudah ramai orang menunggu giliran untuk menaiki jambatan tersebut.....
yaaahh...ini lah keadaan di jambatan gantung ini.... memerlukan 6 orang sahaja untuk melaluinya sehingga sampai ke "check point" seterusnya...
Pandangan daripada jambatan gantung.....
MCo sempat bergambar di jambatan gantung ini....
Nah sekarang giliran Farid dan famili melalui jambatan ini... gambar MCo diaorang tolong snapkan dan gambar diaorang MCo yang tolong snapkan....
Permandangan di Check point kedua daripada jambatan gantung ini... panorama yang menarik....dan agak tinggi...
nah...disana ialah Check point terakhir....dan merupakan... yang terpanjang antara check point... sekarang MCo siap sedia untuk melaluinya.....
ermmm..selepas melalui 500meter di atas pokok....masa untuk turun..dan jalannya masih sama seperti masa mendaki tadi..licin, berlumpur dan berlompak... kena hati-hati dalam perjalanan....
ya..ini lah yang terakhir, sepatutnya gambar ini diletakan di permulaan.... Titian Kanopi Poring...dan di situ dinyatakan kadar bayaran...jika MCo tersilap pada pandangan pertama tadi...maka ini lah pembetulan.. (MCo tidak akan edit apa yang MCo nyatakan pada awalnya).
Suasana di kolam air panas Poring... hari ni ramai orang datang... tapi MCo tak ada kesempatan mandi...sebab tidak membawa pakaian mandi...tapi MCo sempat (hanya) merendam kaki...selepas penat berjalan ke jambatan gantung itu...hehehe
...... Malam... kami menginap di rumah penginapan di kaki Gunung Kinabalu...dan ia masih lagi percuma buat MCo...sebabnya...telah dinyatakan tadi... abang ipar farid mendapat pakej ini secara percuma... bilik yang agak besar..dan tidak mustahil boleh memuatkan sampai 5 orang walaupun kadar sebenar hanya 3 orang (satu tilam tambahan telah di letakan dalam setiap bilik)...di lengkapi sinki, kendi, bilik air dengan water heater, plug yang banyak...cuma tiada tv....
27hb...Nun..sayuttt jauh kelihatan puncak Gunung Kinabalu.... gambar ini di snap daripada biara bilik MCo... dan gambar ini di rakam dalam lingkungan pukul 7-8 pagi...
ermm...sarapan MCo pada pagi ini..hanya 1 cup maggi dan air tongkat ali.... ermmm makanan ruji MCo jika ke mana-mana terutama ketika di luar negara.....
lagi pandangan Gunung Kinabalu..daripada Check point pertama (boleh di katakan) oleh para pendaki gunung....
MCo bergambar berlatar belakangkan "check point" tersebut... ada jual souvenir, dan membeli sijil pendakian..kalau tidak silap dengan harga rm5.
Poss istimewa dengan kebiruaan langit di kaki gunung....
lagi gambar Gunung Kinabalu....
3 gambar di atas... adalah gambar yang sama, dan masih ada cerita disebaliknya jika mahu.... tapi yang pasti, udara di sini sejuk, air seperti ais... udara yang segar...dan boleh di letakan dalam senarai tempat-tempat yang patut di kunjungi jika ke Sabah...
ermm ini lah papan petunjuk berkenaan dengan Gunung Kinabalu ini..... ringkas dan padat....
Bunga Seri Pagi...yang kembang di kaki gunung...
gambar bertentangan dengan gunung kinabalu....
Yessss... MCo dah sampai sini.... selesai satu lagi episod penjelajahan sabah oleh MCo maka selepas ini, MCo boleh abaikan tempat ini dalam destinasi seterusnya....kerana masih lagi banyak tempat lain di sabah yang patut MCo lawati... seperti Beaufout, Tenom, Kudat, semporna..tawau dan lain lain lagi....
Dua gambar di atas..ini lah pintu masuk para pendaki gunung...dan perlu menunjuka permit pendakian.. ia seolah-olah lesen bagi pendaki... dan orang biasa-biasa memang sama sekali di larang untuk masuk.
2 orang yang sedang memikul tong gas untuk memasak...dan perlu di bawa ke atas gunung... waaahh memang hebat dan tahan lasak... kalau MCo sememangnya tidak larat... tabeek pada diaorang.... ini lah dapat di nilai sendiri..bergitu susahnya untuk mencari sesuap nasi...
semasa menuju ke pondok Timpohon....ada satu kawasan persinggahan dan nampak santai...dan memang ia di khaskan untuk mengambil gambar...dan panorama sangat menarik.. sekadar gambar memang tidak banyak menceritakan segalanya...tetapi setiap gambar memang ada nilai nostagianya tersendiri....
Jalan yang menuju ke Pintu Masuk...ke Pondok Timpohon.
Sudah selesai di kaki gunung...jom kita pergi ke arena lain pula....haaahh inilah dia kawasan Dairy Farm...woowww permandangan yang cantik....
ini lah tiket untuk memasuki Dairy Farm.. dengan kadar bayaran RM4.00 seorang (dewasa) dan akan di sajikan dengan susu segar percuma....tapi mestilah pukul 11 pagi dan ke atas...tapi malangnya bagi kami hari tu..sebab sampai bergitu awal....
Salah satu padang ragut lembu-lembu...tapi tak ada pula kelihatan lembu-lembu tu...mungkin ia meragut di kawasan lain..... tapi memang cantik permandangannya...
di sini lah tempat utama untuk Dairy Farm ini...pejabat, kedai cendrahati, tempat pemperosesan susu dan lain-lain di tempatkan... MCo tak lepas peluang bergambar di sini yang berlatar belakangkan....Pejabat utama dan "milk processing plant".
Di dalam.... ermm MCo beratur nak beli ais krim..hehehe... perlu banyak "complain" sebab pembuat ais krim tu terlampau "slow"....
beberapa gambar lagi yang nampak menarik... wah seperti New Zealand...
MCo sempat bergambar di pintu masuk "Kundasang War Memorial" kadar bayarang masuk ialah hanya RM3.00..kata orang di atas sana (di dalam kawasan Memorial) mempunyai panorama yang sangat cantik, tapi kali ni MCo tiada kesempatan untuk masuk....MUNGKIN masa akan datang...tapi entah bila, tunggu lah masa yang menentukan.....
Selepas Kundasang... masa dalam perjalanan pulang melalui KK, kami singgah di Tamparulli seperti MCo ceritakan di awal tadi.... kami singgah di "Rumah Terbalik"... rumah ini memang dicipta khas oleh pemiliknya...dan telah menjadi tarikan pelancong...
kadar bayaran masuk ialah RM10.00 (ermmm bergantung kepada anda untuk menilai harga tiket masuk ini)...dengan bayaran RM10 itu, anda akan di bawa oleh pemandu pelancong yang disediakan...dan perjalanan di dalam rumah memerlukan 5 minit untuk keseluruhan "penjelajahan" di dalam rumah, dan kami (pelancong) di LARANG sama sekali untuk mengambil gambar di dalam rumah...jika didapati mengambil gambar.. maka denda RM100 akan di kenakan untuk setiap keping.... kami difahamkan semua benda-benda di dalam rumah ini ada terbalik kecuali 2 perkara sahaja iaitu air-cond dan CCTV.. (CCTV mungkin untuk merakam pada pelancong yang mengambil gambar).
suasana di dalam rumah ini.... sama seperti di dalam rumah-rumah kita...cuma perlu "dibayangkan" terbalik... di ibaratkan di rumah...ambik (snap) gambar dan perlu di "rotate"kan....
untuk itu...apa yang MCo cerita ini, MCo rasa anda semua dapat rasakan...keistimewaanya dan juga berfikir dua kali untuk datang ke sini lagi... MCo tidak mahu menyebarkan perkara-perkara yang negatif, tapi yang pasti Rumah Terbalik ini sememangnya ada uniknya tetapi ada orang berpendapat ia masih tidak berbaloi dengan kadar bayaran tersebut.
MCo sempat bergambar berlatar belakangkan Rumah Terbalik... gambar di pintu masuk...dan pemeriksaan tiket...
Ada sesuatu yang pelik pada papan plat ini? hehehe
Walaupun di dalam tidak boleh mengambil gambar..tetapi di luar rumah masih lagi boleh mengambil gambar...
Tempat khas untuk sessi bergambar....
Ya..bukan rumah sahaja yang terbalik..tapi Kereta pun terbalik..hehehee
Hehehe konon-kononya sekuat hulk...saje untuk berlibur dengan kereta terbalik ini....
Abang ipar Farid juga tidak mahu melepaskan peluang untuk bergambar mengangkat kereta....hehehe mungkin boleh edit untuk nampak lebih realistik...hehehe
MCo sempat bergambar di muka pintu depan hanya beberapa meter untuk masuk pintu utama.. lihat jauh nu...kereta sorong pun terbalik...
...dan inilah kesinambungan gambar yang di atas tu..... bila masuk je pintu utama tu...camera tidak lagi boleh digunakan...
hehehe... Farihin pembuka jalan..memukul Gong untuk laluan rombongan kami...hehehe
Pandangan Jauh...rumah terbalik....
Sebenarnya untuk gambar seterusnya ini adalah gambar ulangan.... tetapi dalam kategori yang berbeza...kenapa ia tidak disusun mengikut kronologi...sebabnya gambar ini adalah daripada samsung note kawan MCo iaitu Farid... sebab itu apabila di upload di dalam blog, gambar ini tidak letakan mengikut kadar waktu yang sesuai.... apa-apa pun ia tetap kesinambungan dengan gambar-gambar yang sebelum ini.
MCo dengan berlatar belakangkan gunung kinabalu... ya...cukup tinggi.... dan MCo teringat satu lagi... "anak kampung" versi utama... "Tinggi tinggi gunung kinabalu...tinggi lagi sayang sama "kamu"........" hehehee..
Tugu Gunung Kinabalu....
..dan ini lah gambar yang sepatutnya di atas....tetapi MCo malas untuk menyusunnya...ekoran gambar ini adalah daripada gambar hp kawan MCo..
Gambar dalam gambar...itu lah saja yang di ungkapkan...gambar ini adalah kesinambungan gambar di ataaaassss sana.....
Air terjun yang terdapat di Gunung Kinabalu...ini zoom in...
Lebih kurang pukul 6 petang kami sampai di Keningau, dan Farid memutuskan untuk menghantar MCo ke rumah "mumy" di Bingkor...sebelum sampai kawasan bingkor, MCo terperasan ada perkampungan muslim, walaupun di sekitar kawasan itu adalah majoritinya adalah penganut Kristian, MCo sempat lah Jamak Zuhur dan Asar di sini... Masjid Ukhuwwah Kampung Tudan Baru... ia terletak jalan menghala ke rumah "mumy".
Keadaan di dalam Masjid Ukhwwah kampung Tudan Baru.
28hb iaitu hari terakhir MCo di Bingkor Lama, gambar ini di snap dalam pukul 8 pagi..atau 7 pagi..ketika ini kebanyakkan orang masih lagi tidur...tapi MCo memang bangun awal-awal lagi...selepas subuh terus tak boleh tidur...
..dan gambar ini adalah gambar terakhir di Bingkor sekitar rumah Mumy... semasa dalam perjalanan ke hentian bas untuk ke pekan keningau... Sebenarnya jika realiti...gambar ini menunjukan panorama yang sangat menarik dengan pandangan perspektif nun jauh..yang nampak bukit...sesuai dengan lukisan zaman budak-budak... tidak sangka... MCo sendiri telah memasuki ruangan realiti walaupun ia hanya fantasi zaman lukisan kanak-kanak... MCo masih ingat.....
MCo sampai di KLIA tepat jam 8.10 malam...dan 8.40Malam baru dapat keluar dengan bagasi.....
....Dengan akhir ini... MCo tidak tahu, bila kah lagi dapat menjejakan kaki ke bumi di bawah bayu ini... memandangkan perjalanan MCo sudah menjadi ketidak pastian..samada ia akan berterusan atau memang ia tidak lagi ada dalam senarai destinasi MCo pada masa akan datang...biar lah masa yang menentukan...
Namun bergitu... di sini MCo sangat berbesar hati ingin mengucapkan berbanyak terima kasih terutama kepada Mumy dan Daddy (Danah Tuhai dan Jovelis Biong) serta terUtama Elfrina Jovelis serta keluarga-keluarga lagi yang dapat menerima MCo seadanya dan layanan yang istimewa yang selalu di perolehi... dan tidak lupa kepada Farid dan Isteri Lynn serta keluarga kerana sempat pinjamkan kenari...hehehe.. dan juga tidak lupa kepada sesiapa yang terlibat secara langsung semasa MCo di Sabah ini....
wasallam....
3 comments:
aku sokmo hok bagi komen dalam blog mung ni...
ajok la cik rosik sekali g saboh..naknyer ke dia...xdok doh gawai imigresen tepon dia..hahaha
Hehehe....rosek sibuk lening
terima kasih kepada en. rahmat..yang tidak henti2 memberi galakkan pembikinan blog ini....
Post a Comment