Masa Yang Lama Tempat Yang Terhad
(14 Disember - 17 Disember 2012)
Ho Chi Minh, Dan Nang, Hanoi, Sg. Mekong, Cu Chi Tunnel, Saigon dan banyak lagi tempat-tempat yang sinonim dengan Vietnam... dan seperti yang lepas-lepas MCo tidak mahu bercerita panjang berkenaan dengan itu, kerana terlalu banyak info berkenaan dengan negara tersebut di laman-laman web lain, oleh kerana blog ini adalah secara koleksi peribadi MCo sendiri, maka MCo lebih berminat untuk menceritakan hal-hal yang berkaitan MCo sendiri di sini.
Secara ringkasnya MCo menceritakan perjalanan MCo dari LCCT airport ke Saigon Airport (Tan Son International Airport) di Vietnam dan kembali ke LCCT, Malaysia.
Hari Pertama (14 Disember 2012)
Agak lewat sampai di Ho Chi Minh, dalam lebih kurang pukul 8.30 malam waktu tempatan, dan anggaran dalam pukul 9.30 malam waktu Malaysia. Wah teruja juga bila sampai di SGN airport ni...sebabnya MCo dijemput oleh sekumpulan rakan-rakan Facebook, mereka ini semua masih belajar. kami tidak bercakap panjang memandangkan kesukaran bertutur dalam bahasa Inggeris. Selepas itu MCo mengambil Teksi (Vinasun) menuju ke hotel yang telah pun di "book" oleh pihak-pihak Koperasi Permin yang diketuai oleh Khairul.
Dipendekan cerita, akhirnya MCo sampai di hotel (Blue Wind Hotel) walaupun hotel asal ialah Boss Hotel, (akibat ada sedikit masalah teknikal, hotel terpaksa di pindahkan, Blue Wind ni agak jauh sedikit dengan Ben Thanh Market, Walau bagaimana pun, tetap enjoy berjalan kerana suasana di tempat orang amat berbeza dengan tempat sendiri. Maka sambil berjalan, sambil melihat persekitaran.
Hari Kedua (15 Disember 2012)
Hari Kedua, tidak banyak Aktiviti, MCo masih penat, dan masa banyak di habiskan di Ben Thanh Market, dan beli beli beli barang yang sepatutnya.
Malam, MCo berjalan-jalan pula di pasar malam yang bersebelahan dengan Ben Thanh Market tu.
(sebetulnya, MCo plan mahu ke Cambodia pada hari ini, tetapi ada sedikit masalah teknikal yang tak dapat di elakan, maka hasrat MCo terpaksa di batalkan)..mungkin akan datang..
Hari Ketiga (16 Disember 2012)
Seawal 8 pagi (waktu tempatan) MCo pergi ke Cu Chi Tunnel, melalui pakej hotel, harga VND190,000, dan tiket masuk ke Cu Chi Tunnel VND90,000. (kadar rate semasa pada masa ini ialah RM10 = VND 68,000 (lebih kurang)) jadi semua kos lebih kurang RM40.00. termasuk bas pergi balik, dan guild pelancong.
MCo tidak lah mahu bercerita panjang mengenai Cu Chi Tunnel sebab info berkenaan pun telah banyak di dalam website yang lain. Namun, MCo akan tetap menceritakan serba sedikit berkenaanya, tetapi hanya berdasarkan gambar-gambar sahaja.
Pakej Cu Chi Tunnel ini, MCo hanya ambil yang "half day" maka jam 3 waktu tempatan, MCo sudah pun berada di hotel, Petang, MCo bersiar-siar di persekitaran Ben Thanh Market dan bergambar, pusing-pusing hingga malam, sampai lah waktu jam 9 malam waktu tempatan.
Hari KeEmpat (17 Disember 2012)
Hari terakhir, bersiap-siap untuk ke Airport, sebab MCo perlu "check in" lebih kurang pukul 11 pagi dan penerbangan jam 1.25 tengahari waktu tempatan.
MCo sampai di LCCT lebih kurang pukul 5 petang, dan khidmat kawan baik MCo masih diperlukan..iaitu Nasir a.k.a Ahmad Albab.
Jam 10 malam ketibaan kumpulan koperasi di Terminal MAS.
Walaubagaimana pun, Trip ini tidaklah boleh dikatakan sepenuh enjoy, ini disebabkan kali kedua dapat, tidak banyak tempat yang "mengejutkan" MCo untuk dilawati.. apa-apa pun, berhibur dengan gambar-gambar yang sedikit sebanyak MCo snap melalui Samsung Note (sorry Cute HTC II mengalami kerosakan)
Inilah kawan-kawan MCo yang datang menjemput MCo...rasa gempak pula bila tengok mereka datang...heheehee |
Salah satu jalan daripada hotel MCo menginap ke Ben Thanh Market... snap secara random.
Apa-apa pun MCo snap satu gambar untuk kenangan, menuju ke Ben Thanh Market. Masa ini MCo berjalan keseorangan lagi, tidak mengikuti rombongan Koperasi Permin.
Pandangan jauh Ben Thanh Market di waktu pagi... tetapi malam tentu ia lebih meriah dengan suasana gerai-gerai jualan.
Tapak pasar malam...................... siang normal, malam akan bertukar wajah, seperti Petaling Street juga di Kuala Lumpur tu....
Tuong Tran Nguyen Han Square...suasana di waktu pagi... masa ini masih kurang kenderaan, bila petang nanti jalan ini akan menjadi lebih sibuk daripada ini.
MCo sempat bergambar berlatar belakangkan Tuong Tran Nguyen Han Square..
Pada 15hb tu.. MCo pergi ke Taka Plaza, tetapi kali ini MCo tersilap rotate untuk gambar ni... dan MCo malas untuk upload sekali lagi kerana ia sedikit rumit, lagi pun gambar daripada handphone perlu dipindahkan ke dalam laptop, lepas tu di edit menggunakan PC untuk kelancaran "typing skills"..... nak tak nak MCo biarkan sahaja gambar seperti ini. ini adalah pintu luar Taka Plaza, agak kecil daripada Ben Thanh Market.
Suasana di luar Taka Plaza.
Selepas puas pusing dalam Taka Plaza, tetapi tiada apa yang perlu di beli, MCo lebih gemar ke Ben Thanh, dan lebih banyak pilihan, untung-untung harga boleh dapat lebih murah. Jalan menuju ke Ben Thanh Market daripada Taka Plaza. Sebenarnya jalan-jalan ini boleh di cari dalam Google Maps, dan amat mudah, MCo pun dapat panduan daripada Google Maps yang dibekalkan oleh pihak Koperasi Permin. Cuma bezanya, MCo lebih gemar berjalan seorang-seorang dan tiada gangguan lain.satu snap di sini..untuk kenangan MCo untuk tunjuk ke orang kampung...terutama En. Rahmat yang tak jemu-jemu melayari blog peribadi MCo ini.... hehehe..oooPP..tumpang lalu... apa2 pun.. ucap tahniah kepada En. Rahmat sebab dapat famili baru.... tapi sorry bro..xde apa2 buah tangan dari Vietnam..datang sini pun dan seperti yang lepas2.. MCo cuma bawa 200 sahaja...
Kali ini, kewujudan restoran-restoran halal di Vietnam semakin banyak, seperti di dalam gambar ini, Kampung Melayu Halal Restoran, ia nampak sedikit ada prestij... dan restoran ini bersebelahan dengan Basiroh Restoran.
...tengoklah tisu pun ekslusif.... jadi makanan pun sedikit mahal...sebenarnya restoran Basiroh tu... tak perasan sebab ingatkan kedai jual pakaian..bila keluar daripada restoran Kampung Melayu ni..baru perasan..kedai makan Basiroh tu...
Salah satu jalan di tepi pekan Ben Thanh Market.
...Lagi gambar MCo berlatar belakangkan Tuong Tran Nguyen Han.
Selepas penat berjalan hari tu..masa untuk rehat..ini gambar MCo bersama "leader" kumpulan trip ini.. En. Khairul..dia lah yang banyak membantu mengenai selok belok perjalanan trip kumpulan nya.. MCo hanya sekadar menumpang dengan kelebihan yang mereka ada....
salah satu suasana di tepi Ben Thanh Market.... sekitar jualan buah..
Tiga gambar di atas.. MCo snap secara random untuk simpanan peribadi...
Penghujung pasar malam Ben Thanh... keadaan jalan...yang sesak...nung di depan Tuong Trang Nguyen Han.
MCo sempat bergambar di belakang kesibukan dan kesesakan jalan raya di tepi pasar malam Ben Thanh. ..... Meg u want to look my trade mark... here MCo show you...heheheheee
Suasana di pasar malam..sorry.. gambar tak beberapa clear...
MCo bersama-sama dengan En. Khairul di pasar malam Ben Thanh..... weeii banyak gak MCo shopping tu..dengan duit 200..hehehe
MCo bersama salah seorang Vietnamese...a.k.a Trang L.M. dan salah seorang rakan dalam FB yang sambut MCo di airport tempoh hari, kebetulan dia tinggal di sekitar HCM's dan berjumpa di pasar malam tersebut.
Antara lauk di restoran Basiroh, dan tidaklah nampak ekslusif namun ia murah sedikit berbanding restoran yang lain... kali ni MCo hanya bungkus dan makan di bilik, nampaknya ia lebih murah dan cepat... nasi lemak pun ada jual di sini...dan penjual pula boleh berbahasa melayu. Walaupun tidak banyak pilihan lauk-lauk tersebut, tapi lumrah la perjalanan... makan apa-apa sahaja, janji halal, penat semestinya ada... dan berhabis duit...
Sengaja snap gambar secara candid... makan saja apa yang ada untuk alas perut.... janji enjoy....
.... hari ke 3 iaitu 16hb Disember... MCo pergi ke Cu Chi Tunnel atau terowong Cu Chi atau Dao Cu Chi...masa perjalanan ke Cu Chi Region.
TTNH...
Ini adalah Tourist Guild kami.. MCo..nama Chon Wei... oleh kerana MCo pergi ke Cu Chi Tunnel sendiri.. maksudnya MCo ambil melalui hotel, maka dalam satu group MCo itu terdapat lah bermacam-macam orang...ada dari Singapore, Canada, Philipines, Sweden dan juga Japan.
Sebelum sampai ke Cu Chi Tunnel, rombongan kami singgah seketika di pusat kraftangan Vietnam...
MCo bergambar berlatar belakangkan orang buat kerja..hehehee
di beri penerangan proses pembuatan oleh guild di pusat kraftangan tu...
MCo sempat snap dengan pasu gergasi ni...harga? tak tanya plak....
Salah satu arca dan kraftangan buatan orang Vietnam.
MCo berlatar belakangkan ukiran di atas mozek....
di pintu luar pusat kraftangan...
Ini adalah permulaan pintu masuk ke Cu Chi Tunnel... pelancong "dihidangkan" dahulu dengan pusat pameran mini ini... dalam ni ada contoh-contoh senjata tinggalan lama masa perang vietcong dulu... dan ada senjata M-16 rampasan tentera america... AK47 yang digunakan oleh pihak vietcong.
nak cakap panjang pun malas... biarlah... MCo terus jer snap gambar kat atas tu... atleast MCo dah pun sampai ke sini...
Antara senjata yang dipamerkan.....
kami diberi penerangan ringkas oleh Chon Wei... sebelum menuju ke langkah seterusnya...
harga tiket untuk masuk dalam kawasan Cu Chi Tunnel ialah VND90,000 dan selepas menunjukan tiket tersebut, kami di beri satu stiker pelekat yang di lekatkan pada baju sebelah kiri.
salah satu bangsa pameran yang ada di dalam kawasan Cu Chi Tunnel (CCT)...ia boleh dikatakan sebagai rekabentuk markas vietcong dahulu... iaitu separuh ke dalam tanah.
Sebelum meneruskan visi atau trip, kami diterap dan diberikan sedikit taklimat mengenai CCT ni... kami difahamkan bahawa CCT ada 3 level... (MCo lupa kedalamanya.. cuma dapat ingat 10meter or 10 kaki untuk level pertama)...ia dilengkapi sistem pengudaraan, dapur, sekolah, pusat rawatan... dan CCT sepanjang 200 km plus plus...dan terus berhubung dengan Sungai Saigon...tapi kami akan diberi peluang untuk memasuki CCT hanya 100meter sahaja...dan CCT yang telah di ubahsuai untuk pelancong, di mana ia diperbesarkan sedikit untuk membolehkan pelancong yang berbadan besar melaluinya..
laluan ke "markas" CCT....
Salah satu jerangkap samar yang dibina oleh pihak Vietcong... buluh2 runcing....
ini adalah ruang masuk CCT dengan mengikut saiz yang sebenar..dan penutupnya ditutupi oleh lapisan daun-daun dan sukar untuk dikenalpasti.
Antara laluan masuk.. ke CCT... dan pelbagai bentuk....
replika vietcong dan diberi sedikit penerangan oleh Chon Wei...
Yang ini menarik.... seperti busut..nampak tak lubang.... ini ialah lubang pengudaraan untuk CCT... dibuat dan direka bergitu teliti sehingga susah nak kenal pasti lubang ini... seperti lubang biawak atau binatang-binatang lain... jika tikus memasukinya..maka tentera-tentera vietcong mendapat lauk istimewa...hehehe...
bekas kereta kebal pihak tentera amerika yang berjaya dimusnakah oleh tentera Vietcong...
MCo sempat bergambar dengan bekas kereta kebal ni..
kraftangan yang dibuat daripada kelongsong peluru....boleh dibeli tetapi tak boleh di bawa balik...hehee sure tidak lepas bawa dalam kapal terbang.
MCo bergambar di padang menembak....MCo tak ambik peluang untuk menembak sebab kena bayar kos peluru hidup... kalau tak silap... VND60k untuk 1 bullet... kena beli minima 10bullet...
Sepatutnya risalah ini MCo letakan di permulaan penceritaan mengenai CCT ini.....setiap orang akan dibekalkan dengan risalah ringkas CCT ini.
Ini lah laluan yang akan MCo akan masuk....
MCo di permulaan selepas stage pertama di dalam CCT dan perlu melangkah ke step seterusnya.
...dan inilah laluan yang terus akan masuk ke CCT.. tetapi telah diubahsuai sedikit...
Keadaan di dalam CCT...sebenarnya ia gelap....kalau ikut CCT yang sebenar, ia lebih kecil sehigga nak bangun seperti MCo buat ini pun tak boleh... dan dinding-dinding itu sepenuhnya tanah, tetapi telah di ubah suai dengan meletak simen....kalau musim hujan..terowong ini akan lembap dan sejuk dan bergitulah sebaliknya...100meter di dalam ini dah cukup menyeksakan bagi MCo, penat, sukar bernafas, gelap, sempit dan macam-macam lagi..
kata guild...ia memang kecil.. salah satunya ialah.. ia kaedah untuk mengutip senjata tentera amerika jika masuk...dengan M-16. Apabila tentera America masuk dengan senjata yang besar, senjata tersebut akan lekat...sebab laluan yang sempit, akhirnya askar america tersebut akan tinggalkan senjatanya dalam terowong tersebut...
Dua gambar di atas ini ...bukan laluan keluar terowong tetapi ia ialah tapak pelbagai pameran.. laluan keluar terowong adalah sama dengan laluan masuk...
Santapan ubi kayu...makanan ruji tentera vietcong.. kami di sajikan dengan makanan ni... bagi MCo dah biasa.. hehehe bagaimana dengan orang sweden, amerika, japan dan lain-lain.
Antara tinggalan perang tentera America..
ok.. akhirnya berakhirnya jelajah MCo di CCT...ini adalah pengakhiran...sedikit gerai menjual souvenir.
Petang 16hb selepas balik daripada CCT, MCo berjalan-jalan lagi petang itu di sekitar tempat tumpuan iaitu Ben Thanh Market.
Ermm... MCo mahu bercerita sedikit berkenaan ini... kalau dilihat, jalan penuh dengan kenderaan, jika ikut style Malaysia, memang kita tidak akan dapat melintas...oleh itu ikut lah style diaorang.... terus je melintas dengan berhati-hati, dan kenderaan yang melaluinya akan berhenti atau slow atau motosikal akan mengelak... walaupun kenderaan banyak, dan perjalanan traffic lancar tetapi ia tidak lah laju.
Gambar Candid En. Khairul dan antara peserta rombongan...
Dua gambar MCo snap di hadapan Ben Thanh Market di area bulatan dan dataran Tuong Tran Nguyen Han.
lagi gambar di Tuong Tran Nguyen Han.
1...2...3.. claackk..
random picture.....
Candid picture... MCo dan en. Khairul...
Dua gambar di atas tu...bukan lah nak fokus MCo sangat tapi ia fokus kepada latar belakang tu.....
...lagi gambar MCo dengan En. Khairul dan peserta rombongan lain....
hehehe...seronok tengok telatah en. Khairul tawar menawar dengan penjual ni.... petua nak beli sini..tawar harga separuh daripada harga yang diletakan dan beli seperti kita acuh tak acuh...dan jangan terlampau tunjuk yang kita sangat-sangat mahu benda itu (walaupun hakikatnya kita mahu sangat)...
Dua gambar atas.... random picture di waktu Mahgrib.... nampak langit yang cantik..Subhanallah....
Oleh itu.. MCo sendiri snap gambar sendiri... supaya tak ada orang kata, yang gambar di atas tu, MCo ambil dari internet...heheehe
Random picture...
Random picture
Random picture....
lagi suasana malam di tepi pasar malam Ben Thanh....
MCo sengaja snap gambar ni.. alahai susahnya nak mencari rezeki dan sesuap nasi..
ermmm this is not random picture.. sebenarnya sepatutnya MCo meletak gambar plug di negara-negara yang MCo lawati...ia nampak ringkas tetapi ia adalah satu yang penting...contoh untuk charge mobile phone... ini adalah plug yang berada di Vietnam, sama dengan Thailand. Laos, Philipinas...dan lain2 lagi di negara asean ni...
dan satu lagi..stiker yang ada atas plug tu...sebenarnya stiker yang dilekatkan pada baju MCo iaitu stiker di CCT.
17hb pagi.. ready to check in... Tan Son Airport.. ini gambar di snap masa di dalam teksi, masa nak pergi ke airport.
Sacombank...one of MCo's Trademark....
salah satu bangunan di sepanjang laluan MCo untuk ke airport...
Sengaja snap untuk tatapan dan rujukan akan datang...stesen minyak yang terdapat di Vietnam...
Dua gambar di atas...suasana di ruangan luar Departure section di Tan Son International Airport.... boring kan...sorang-sorang..so ambil jer gambar-gambar tu..
Now... terbang...bye bye Ho Chi Minh.... kembali ke Malaysia....
Serba ringkas mengenai perjalanan MCo ini....tidak banyak yang perlu di ukirkan..sebab mungkin ia akan jadi perjalanan yang berterusan jika mahu.... dan sebenarnya MCo amat berharap dapat pergi lagi ke Vietnam ini dengan seseorang yang istimewa...tapi boleh kah? mahu kah? dan ia tetap menjadi satu tanda tanya yang tiada kepastian....
apa-apa pun... MCo harap gambar-gambar ini sedikit sebanyak menghiburkan sepanjang baca blog ini..
dan terutama..tidak lupa en. Rahmat.... selamat membaca....
dan.. kepada E.J... harap dapat terbang sini sama-sama... tapi mungkin kah??
No comments:
Post a Comment