Monday, May 23, 2011

Lao PDR destinasi semata2 Melancong.

(19 mei - 21 mei 2011)

Laos, People Democratic Republic, merupakan sebuah negara yang terletak antara Thailand yang di pisahkan dengan sungai Mekong, dan Myammar, dan di utara negara tersebut ialah Vietname. mempunyai rata2 penduduk lebih kurang 7 juta orang. mata wang "kip" . usd1 bersamaan dengan 8300kip. atau rm1 bersamaan 2300kip. yang sukar di sini ialah makanan, non-halal food. walaupun ada 2 restoran yang di katakan halal, tapi bagi aku was was yang amat sangat. walau mcmana pun, enjoy da trip. negara sekarang seperti terengganu tahun 80-an dulu.. enjoy da photossss....

seperti yang lepas2 gambar2 ini juga tidak ikut kronologi...anda tahu kenapa....


sabbai dee, selamat sejahtera, sabbai de bor? apa khabar, itu lah kata2 awalan bagi orang sana untuk menyambut tetamu. pengisian foreigner form dalam flight.

gambar pertama, ini ialah pulut, hanya di makan begitu saja, oh my God, MCo tak tengok bagaimana orang sini memasaknya, aku di fahamkan, diaorang rendam beras tersebut seharian, iaitu malam untuk di masak pagi esoknya..nasi yang tak melekit. di letak khas dalam bekas yang di buat daripada anyaman daun apa ntah, kalau kat sini boleh dikatakan daun nipah.

Ini lah bekas tersebut, yang di dalamnya ada nasi pulut tersebut.

Ini antara restoran Halal di Ventiane, nama nya restoran Fathima. dan satu lagi restoran halal ialah restoran Nazim, juga berdekatan dengan restoran Fathima ini, dan sebenarnya kedua2 restoran ini adalah berdekatan dengan Sungai Mekong yang terkenal tu. berkenaan dengan restoran ni. gambar seterusnya akan di ceritakan.

MCo bergambar kenangan di persisir sungai Mekong. tengok tu sikit jer lagi senyum nak sampai ke telinga..kekekee

ini lah sungai Mekong, di seberang sana ialah Negara Thailand, iaitu utara Thailand wilayah Nong Khai. di katakan sungai ini di bahagian lain membahagikan 3 negara, iaitu Thailand, Myammar dan Laos.

Lagi gambar Sg. Mekong.

yess... akhirnya MCo sampai Mekong River Bank, dulu cuma tengok buka Geografi jer... iaitu antara sungai terpanjang di asia tenggara, sekarang dah berada di sana. tapi di sini cuaca panas lebih panas dari Malaysia...fuuhhh... berpeluh beb.

lagi lagi tebing sungai Mekong.

aikkk ada lagi... berapa banyak daaa...tp ini lain panorama. enjoy that photo...gambar ni di ambil sekitar pukul 1 tghari.( local time) - lewat 1 jam dari Malaysia Time.

Jom, kita cerita plak pasal restoran halal di Laos ni. seperti yang di ceritakan tadi, cuma ada 2 restoran halal di Laos. Restoran Nazim dan Restoran Fathima (dalam gambar) dan restoran Nazim hanya beberapa meter dari restoran ini, (gambar tidak sempat di snap).
MCo difahamkan kebanyakan orang di Malaysia, dua restoran ini lah halal, and Malaysian food, namun bergitu, was was MCo ada berkenaan dengan dua restoran tersebut, status halal nya yang paling utama. kedua2 restoran ini pemiliknya ialah India, (not Pakistan). di papan tanda terpapar perkataan "halal", namun kedai tetap jual arak. (sesetengah orang kata, di sini we terpaksa jual arak sebab itu lah untuk menarik pelanggan, terutama orang tempatan dan foreigner dari barat - sebab nak harapkan orang Islam, berapa kerap sangat yang ada dan datang. dan aku rasa kalau ada pun yang tinggal di Vientiane ni, mereka masak sendiri).
so back to topic. so dari pengamatan MCo lah..dan dari kaji selidik yang MCo sengaja buat2 pandai (hehehehe), maka aku memutuskan MCo really was-was nak makan di kedua2 kedai ini. for me not suggest untuk muslim. sebab2 nya ialah.
1. ownernya ialah India, and MCo tak tahu dia tu muslim or tak? (walau pun dalam kedai banyak stiker ayat al-Quran, gambar masjid, perkataan bismillah dsb). tapi chief pelayan di situ semua memakai rantai di leher, di dua2 kedai.
2. dalam menu, tiada masakan atau menu berasaskan 'daging lembu' dan bila MCo minta, memang dia kata tak jual lembu. so dari sini MCo was-was dah... then untuk menyakinkan. MCo pun try lah bertanya orang tempatan (lao) di sekitar, dia orang kata, " oooo dia orang ni memang tak makan lembu, agama mereka larang". so what do you think?? sehinggakan Bounxou pun anggap aku tak boleh makan lembu.
3. then untuk menyakin kan lagi, MCo pun pergi menjenguk dapur, eermmm amat mendukacitakan, sebab tukang masaknya ialah orang tempatan, orang Lao, tak kira lelaki atau perempuan. di mana orang perempuan bertudung? if Pakistan, maybe aku tak rasa was-was sangat. di kedua2 restoran adalah sama, di pintu dapur "for staff only". mengharamkan orang luar pergi ke dapur. ini lah persoalannya. makan ayam? siapa yang sembelih? who exactly owner ni? adakah dia Islam? but we have no choice... anda pilih, makan di restoran non-muslim tapi orang Islam yang masak atau di restoran ada perkataan halal dan di dakwa pemilik Islam, tapi non-muslim yang masak?

so, MCo banyak isikan perut aku dengan maggie yang di bawa dari Malaysia dan roti. ia tetap kenyang..dan sedikit buah2 an yang di beli.

lagi gambar restoran berkenaan.



Fathima restoran, Indian and Malaysian Food, halal food but MCo was-was nak makan and datang kali ke-2. kecuali makan nasi jer...

tutup kes pasal restoran. hah!! ini bangunan sengaja MCo snapkan..sebab di Laos di ibaratkan Terengganu pada zaman awal 80-an, tiada bangunan tinggi. so bangunan yang MCo snap ni adalah antara bangunan yang tertinggi di ibu kota Vientiane..dan tengok juga keadaan jalan, dan semak2 persekitaran, bukan nak mengejek, tapi ia mengambarkan banyak lagi ruang yang belum di terokai, namun ia tetap destinasi yang menarik yang patut ada dalam senarai list negara yang mesti di lawati.

jeng-jeng. ini ialah Patouxay, (Jeweller of Mekong River) salah satu mercu tanda terkenal di Laos. (actually MCo tak tahu sangat apa benda ni, sebab MCo pun tak sempat nak baca papan keterangan kat situ, kebetulan MCo sampai tu hujan sedang turun....)

ini watt, dekat dengan That Luang Stupa.

dan ini lah That Luang Stupa. MCo pun tak tahu apa benda ni..heheehe, MCo tak pergi dekat, sekadar bergambar jauh. lagi pun panas panas panas pada masa tu... jam menunjukan pukul 12 tengahari.


bergambar kenangan di sini. no more than that.

That Luang Stupa dari jarak jauh.

hah! cuba teka apa pak cik ni sedang buat?
sebenarnya gambar ni dekat dengan Patouxay tadi. bukan dia seorang je, tapi ramai, dia menawarkan pakej bergambar kenangan. eermm dalam rm10 untuk 4 keping gambar.. boleh dikatakan murah juga...

lagi bergambar kenangan dekat dengan Patouxay.

uiihhkss malas nak citer, hang enjoy lah dengan gambar2 ni....

bangunan bersebelahan dengan Patouxay. sebenarnya ialah kediaman menteri Lao

aikkk ada lagi gambar MCo kat sini... biasa lah, pergi sorang2, bergambar pun pakai hp, sorang2 ambil plak tu...


dan ini gambar di dalam Patouxay tu, kat atas, kat bawah tu ramai orang berteduh, siap ada jualan makanan lagi..sup sup sup... hehehe
masa mula2 sampai, tengok jalan basah tu..masih hujan.


sekitar ibukota Vientiane, keadaan kenderaan, jalan, kedai2 dan mcm2 lagi.

dalam Tut-tut masa nak pergi ke Patouxay. masa ni hujan...

auun pai talad.. mahu pergi pasar, jalan ni dekat dengan pasar dan supermarket diaorang. banyak tut-tut tu.... masa ni hujan renyai2. kat depan tu ada orang jual durian.
bergambar kat pasar berlatar belakangkan.. Lao Postal Saving Institute.... apa tu?? sini parking motor pun kena bayar tahu...walaupun ber plat kuning... hehehe kalau kat Malaysia plat kuning..harus lepas punya.... kekeke

ohoooi.. ini baru sampai pasar, bersama guide motor. dia yang bawa MCo pi pasar ni. sisouphannavong...itu kah nama dia..aaaah susah gak nak sebut.

erm macam biasa, trade mark. tanah Laos dari flight.

one more trademark dalam gambar aku, iaitu 'bank'. ke mana2 saja, gambar bank mesti ambil.

stadium national, MCo jalan kaki pusing2 sorang diri daripada hotel pagi tu.. nasib baik jalan tak sibuk, tapi panas.. jalan2 dengan kosong...huaaaahhh!!

bergambar kat stadium natioanal ler ni.... kontrol kontrol macho beb...tetap ambil gambar sorang2 dgn hp htc tytnn II ni..kekeke

ini ialah bentuk tut-tut yang terdapat di Lao, berbeza dengan Thailand. banyak bezanya... kereta pun driver di sebelah kiri. walaupun banyak peralatan di Lao ni di pengaruhi oleh Thailand. termasuk channel tv.

salah satu jalan di ibukota Vientiane. tengok rumah kedai, kenderaan, jalan dan lalulintas.

ini hotel tempat aku menginap. Seng Lao hotel. kalau tak silap MCo... kip 150,000.00 untuk dua malam.. murah..murah.. kalau ikut perkiraan MCo.. kip135k ialah rm50. dan satu lagi kemusykilan MCo yang belum terjawab dan lupa nak tanya... setiap bangunan sure ada bendera Laos dan bendera merah tu... nak tahu bendera apa tu? (sorry lupa nak snap gambar yang jelas). gambar tu ialah bendera soviet union. (russia ka?) why ler?

ini lah salah satu Watt yang MCo snap..actually banyak watt mcm ni di sini.. nak cari masjid, memang xde langsung, gereja pun jumpa gak sebijik.

lagi panorama street di ibukota Vientiane, kelihatan tut-tut menanti pelanggan.

ini gambar Watt (gambar belakang) yang pertama tadi. yang tadi tu gambar depan. ini yang belakang plak..kekekeke

suasana nak magrib, gambar di depan hotel aku menginap. jalan kebanyakannya ialah sehala.

gambar di ambil dari bilik hotel MCo menginap.

jalan menuju ke That Luang Stupa.

lagi gambar untuk tatapan. FaNgum Rd jalan bersebelahan dgn sungai Mekong.

hah! ni lagi gambar restoran halal yang was was tepi sungai Mekong.

dan ini ialah peta ringkas di mana hotel MCo menginap dan persekitaran, kalau kira hotel yang aku menginap tu tempat strategik. dan di biayai sepenuhnya oleh Natasha (isteri kepada Rosli) di lihat di peta tu.. kelihatan sg. Mekong dan jalan FaNgum Rd dan di situ lah terletaknya restoran Nazim dan Fathima. dan watt chanh lah yang aku snap tu...

so sekian dulu, secebis kenangan di ibukota Laos, Vientiane, biasa lah snap dgn gambar hp dan amatur sudah tentu banyak kelemahan, and tidak tahu yang mana perlu di fokuskan..serba sedikit dan pengalaman yang di kongsi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...