Tanggal 23 hingga 27 Januari 2025
Perjalanan Pertama tahun ini, dan penulisan pertama sejak meninggalkan arena blog selepas Covid-19. (yang lain-lain sebelum ini adalah penulisan yang "postdated" ke "backdated").
Awal tahun perjalanan yang dikatakan penuh barakah dan rare untuk kali ini, banyak coretan sebelum ini hanya tersimpan dalam benak kepala dan jarang sekali dihuraikan kepada yang lain. seperti biasa MCo gunakan langkah pertama pada tahun ini menceritakan perjalanan dan kembara seperti selalu...
Sebagaimana lepas-lepas MCo akan memberi sedikit itinerary, tips dan juga kaedah perjalanan. penulisan ringkas agar mudah faham, dan yang paling utama dan penting ialah cerita ini sebetulnya adalah untuk rujukan diri sendiri untuk masa depan, kalau ada yang terpias dengan penulisan ini, mungkin secara kebetulan... dan sebagaimana yang lepas-lepas juga MCo tak benarkan sebarang gambar ini untuk tujuan yang menyalahi undang-undang atau menyalahi hukum syara'.
Jom kita kembara..... mukadimah tak mau panjang-panjang...nanti boring tapi kena juga cerita serba sedikit.
Kembara Mencari Masjid dan idea ini diperolehi oleh seorang sahabat ride iaitu Fadzli... iaitu Ride Mencari Masjid untuk bersolat Tamam. (iaitu solat secara penuh bukan jamak dan qasar) tamam bersama kariah masjid setempat. Konsep kembara ini adalah seperti ini. Ride apabila sampai waktu solat tertentu, akan singgah mana-mana masjid terdekat daripada Subuh hingga Isya. Target boleh dikatakan 20 buah masjid perlu di singgah untuk memenuhi misi kali ini.
Route ringkas perjalanan kami untuk selesaikan misi bermula masjid Beijing, Rantau Panjang - Masjid Wadi Al-Hussein, Narathiwat, - Masjid Besar Pattani . Masjid Nurul Huda (Darul Salam),Chana Songhkla, - Masjid Islamiyah, Phattalung - Masjid Darul Islam, Phattalung, - Masjid Pusat Islam Nakhon si Thamarat, - Masjid Nurul-Ihsan, Koi Samui - Masjid Arkan, Koh Samui - Masjid Jamiatul Islam - Nakhon Si Thamarat - Masjid at Takwa, Na Sakon - Masjid Nur al- Muhajirim Songkhla, - Masjid Majjamu Muslim, Hatyai - Masjid Majmoh Hadyai - Masjid Ridhwaniyyah, Pattani, - Telaga Sheik Daud al-Fathoni - (surat hentian), rantau panjang, dan akhir sekali ialah Masjid Pantai Merang, Terengganu. Jentera ADV 160, Xmax dan RT3.sebelum tu mari kita berkenalan dengan team kita dahulu... nama diringkaskan hal-hal lain dirahsiakan.(konsep sama seperti penulisan MCo ride di Padang Indonesia... klik sini untuk tengok dan baca MCo ride Padang Indonesia
Li - Pencetus idea konsep ride kali ini dan terus diberi nama RCM, juga boleh dikatakan merangkap leader dan reader bagi ride kali ini.... dikategori sahabat baru MCo dan baru kenal pada hari kejadian.
Rizhan - juga di kategori sahabat baru dan mula kenal pada pertama, bermalam dirumahnya.Madi - Juga sahabat baru.... kenal juga pada hari kejadian.....dan akhirnya hanya MCo dan dia ride balik ke Terengganu dan menyambung tradisi di Masjid Pantai Merang.
Din - Sahabat lama ride, convoy semua dia... kira hardcore juga dalam kembara ini.... seingat MCo dia hanya sekali join ride team MCo, melainkan semuanya MCo yang join ride dan convoy dia.... MCo sendiri yang masih cetek dan dangkal dalam dunia ride ini... kali ini, antara penulisan blog dengan mengikut "ride orang lain".... biasa MCo akan cerita apa yang MCo rancang.
Hari Pertama
23 Jan 2025 - Khamis
10 Malam bertolak ke Machang, Kelantan, Menginap dirumah sahabat (Rizhan), ini pun sampai dalam pukul 1 pagi. Hujan tidak menghalang perjalanan.
Hari Kedua
24 Jan 2025 - Jumaat
seawal pagi sebelum subuh, bertolak daripada rumah Rizhan.
Solat jemaah di Masjid Beijing.
7.00 pagi masuk border dan cop passport
perjalanan di teruskan ke masjid Wadi Al Hussein - masjid 400 tahun untuk solat dhuha.
12.00 singgah makan di kedai sup Mok Su
1.00 solat jumaat di Masjid Besar Pattani.
4.00 petang, singgah masjid Nurul Huda di Chana, Songkhla.
7.00 malam singgah masjid Islamiyah di Patthalung.
8.00 malam singgah di Masjid Darul Islam di pekan Phattalung.
Check in hotel Merdelong (kos lebih kurang 600 baht)
Hari Ketiga
25 Jan 2025 - Sabtu
Solat subuh di Masjid Darul Islam
Bertolak ke Nakhon Si Tammarat dan Koh Samui
10.00 pagi solat dhuha di Masjid Majlis/pusat Islam di Nakhon
12.00 tghari makan durian di Khanom - Khuan Thong
12.30 tghari sampai di Jetty ke Koh Samui ( Amphoe Don Sak)
2.00 petang - baru boleh naik ferry
3.40 petang - sampai ke Koh Samui
5.00 petang - sampai masjid Nurul Ihsan Koh Samui.
6.00 petang - Check in hotel (400 baht lebih kurang sebilik)
7.00 petang - ke puncak Bo Phut - 0 KM koh samui... puncak bukit.
8.15 malam - Masjid Arkan. terletak di timur Koh Samui (masjid bangla)
Hari Ke-4
26 Jan 2025 - Ahad
Subuh di Masjid Nurul Ihsan dan sarapan
9.00 pagi mula naik ferry ke tanah besar
bertolak pulang dan misi seterusnya
12.00 Dhuha di Masjid Yama Atun Islam, Ban Pak Phaying Mu.
2.00 petang - solat zuhor di Masjid Attaqwa, Ban Na San Mu, Hua Sai.
6.00 petang - solat asar di Masjid Nur Al Muhajirin.
hari ini, group 5 orang berpecah dua.
group satu Fadzli dan Rizhan ke Pattani
group dua, Nordin, Madi dan MCo bermalam di Hatyai.
8.00 malam group satu di Masjid Nuruddeen, Nong Chik, Pattani
8.00 malam group dua di Masjid Majjamu Muslim Hadyai
9.30 malam group satu di Masjid Ridhwaniah, Pattani
Hari Kelima
27 Jan 2025 - Isnin
Group satu subuh di Ziarul Islam, Pattani
Group dua subuh di Masjid Mhad Ya Moh, Hadyai
10.00 pagi Group satu dhuha di masjid Al-Ajri Da'im, Yin-go Narathiwat.
12.00 tghrari Group dua, Telaga Sheikh Daud Al-Fathoni, Bara Hom, Pattani.
1.00 petang Group satu sampai border
5.00 petang, Group satu sampai rumah
6.00 petang - Group dua - border Thai-Malaysia (sg. Golok)
Group dua berpecah pula jadi, MCo dan Madi Group 3.
7.00 malam - Group 3 Masjid Pantai Merang
9.00 malam - MCo sampai rumah.
Note: Semua kiraan waktu adalah waktu Malaysia (Waktu Thailand dilewatkan 1 jam contoh, pukul 10 Malaysia, di Thailand ialah pukul 9)
selepas ini hari kedua dalam itinerary akan disebut hari pertama dan seterusnya.
Hari Pertama
Subuh di Masjid Beijing, Rantau Panjang.... lupa hari ini jumaat ada sujud sajdah... tapi masjid ni dah mula baca surah pendek, dulu agak panjang juga lah.... 5 buah jentera ready untuk berbakti pada tuanya memenuhi misi.....
vrooommm... jom... kita gerak ke Koh Samui sambil cari masjid... Perjalanan awal pagi yang mengasyikkan. (lokasi: ruangan beratur bermotosikal di Imigresen Malaysia, belakang tu ialah Rantau Panjang luar pagar Imigresen Malaysia.
Hari ini nampaknya tidak ramai sangat orang... semua proses berjalan lancar, cop passport, isi form customs dan lain-lain. Bergambar depan pejabat Imigresen Thailand. Sekarang tidak boleh masuk sebarangan seperti 5-6 tahun dulu, semua dikawal ketat.
Apa-apa pun selfie dulu sebelum perjalanan... cop sudah, form kastam sudah, tandas pun sudah, doa pun sudah... jomm....masuk dalam...
Macam biasa kalau kat golok ni, kalau dengan MCo memang kedai Jeraphan II ini lah di bawa makan pagi ke, tengahari ke....lauk pun banyak, dan agak murah juga, MCo kedai ni pun kerana Maarof yang bawa 15 tahun dulu. sini memang femes nasi Khomok... tapi MCo lebih memilih nasi putih.
Destinasi pertama ialah masjid 400 tahun, iaitu masjid Wadi Al-Hussein, yang terletak di Narathiwat iaitu 76 km daripada Sg. Golok dengan mengambil masa 1 jam perjalanan.
Kami solat Dhuha di sini... sebelum menerukan perjalanan mencari masjid untuk solat zuhur secara tamam. Kami tak ambil masa lama, sekadar solat dhuha 4 rakaat dan teruskan pejalanan.
Gambaran dalam Masjid... satu-satunya masjid yang kami jumpa menggunakan carpet, yang lain semua tiles/jubin tanpa karpet. Mungkin hanya ini sahaja masjid kayu yang ditemui, dan beralaskan karpet.
Ini adalah ruangan tambahan di belakang.
Sedikit sejarah berkenaan masjid ini.
Juga dikenali sebagai Masjid Telok Manok juga dipanggil Masjid 400 Tahun, kalau 100 ke hadapan, mungkin nama ini tukar lagi ke Masjid 500 tahun dan seterusnya adapun panggilan khusus ialah Masjid Wadi al-Hussein, Ia merupakan antara masjid-masjid tertua di Thailand. Terletak di Narathiwat di selatan Thailand, masjid ini digunakan hari ini oleh masyarakat Islam yang besar di kawasan itu. Masjid ini dibina pada 1634, dan merupakan Masjid kayu tertua di Thailand.
Legenda lain menyatakan bahawa masjid itu dibina oleh Wan Husein Az-Sanawi, seorang guru yang berhijrah ke Kerajaan Pattani, pada 1624. Al-Quran tulisan tangan itu dan pelan pembinaan masjid itu disimpan di dalam masjid itu sendiri.
Tengahari selepas makan di kedai Sup Mok Su, kami solat jumaat di Masjid Besar Pattani, masjid ini memang tidak asing lagi terutama daripada pelancong Malaysia. kalau nak google, cari sahaja masjid besar pattani. (Selepas solat jumaat, sekejap sahaja jemaah "menghilang", mungkin hari jumaat sibuk menguruskan kerja masing-masing.)
Asar solat berjamaah di Masjid Darul Salam (google search: Masjid Nurul Huda) di wilayah Chana, Songkhla. di sini bersebelahan dengan madrasah atau sekolah agama.
gambaran dalam masjid dengan kubah besar, antara masjid menarik juga dan besar.
Waktu Maghrib kami singgah di masjid Islamiyah, di Phattalung, daripada jalam besar kena masuk dalam sikit dalam 400 meter. Di sini pun ada madrasah, dan hampir kesemua jemaah tidak boleh bercakap bahasa melayu, kecuali seorang sikit-sikit (itu pun pelajar dari wilayah Yala).
Antara masjid boleh "dikatakan" bukan daripada mazhab Shafei, tapi tak tahu lah, daripada pembacaan, ikut Hambali, Basmallah di baca secara sir, akhir solat, tiada wirid, dan doa masing-masing, rata-rata MCo lihat tiada berdoa, selepas sembahyang, ada jemaah telah angkat punggung, manakalah imam hanya diam... akhirnya tengok tiada tadahan doa, lepas tu solat sunat 2 rakaat.
"muka depan" masjid untuk masuk ruangan solat.
Tok bilal sedang melaungkan azan Maghrib, ingatkan kami dah lambat, tapi masih sempat berjemaah bersama kariah masjid.
Sempat bergambar dengan jemaat atau pelajar-pelajar madrasah sebelum meneruskan perjalanan seterusnya untuk mengejar waktu Isya di pekan Phattalung.
Sempat Isya di Masjid Darul Islam di pekan Phattalung. Dengan masjid ini, maka selesailah hari pertama mencari masjid dan solat bersama Jemaah, setakat ini, Alhamdulillah, semua sempat beriman, bertamam, berjemaah, bersalaman, dan berukhwah.Letak sini agar ingat, ini lah hotel dimana kami menginap, dekat dengan masjid dan kedai makan muslim. lagi pun ia agak murah dan bilik pun agak selesa.
Hari Kedua
Hari kedua tujuan utama ialah menuju ke Koh Samui sambil cari masjid lagi.
Bermula subuh di masjid Darul Islam iaitu masjid sama yang solat isya semalam. selepas solat bersembang dengan imam, nasib dan bertuah dapat imam yang boleh berbahasa melayu. mengetahui tujuan kami, imam berbesar hati berdoa untuk kami, semoga perjalanan kami diberkati dan mencapai tujuan dengan penuh barakah dan selamat.
Bersama kami ialah 2 orang ride juga, daripada kelantan...
Gambar yang ada banyak cerita di dalamnya....
Akhir gambar di hadapan hotel, selepas ini kami akan membawa haluan masing-masing, 2 orang terus ke selatan, manakala kami terus ke utara.
Sebelum teruskan perjalanan, jumpa kedai muslim, isi perut dulu... makan apa yang ada.
Untung jumpa juga kedai muslim halal, walaupun gerai, di sini MCo nampak dalam perjalanan ni ada jumpa juga masjid-masjid kecil, jadi boleh di katakan kawasan muslim juga. errmmm tapi malangnya di sini pun penjual tidak boleh bercakap bahasa melayu.
Ini adalah jalan yang kami makan pagi tu, sebagaimana MCo bagitahu tadi, sepanjang jalan ini Ron Phibun - Hin Tok memang ada masjid-masjid, mengambarkan ada komuniti Islam yang ramai di sini.
Dalam perjalanan ke Koh Samui, berhenti di Masjid Pusat Islam di Nakhon Si Thammarat ini. Antara masjid moden dan cantik lagi besar, gabungan masjid dan pusat Islam.
Gambar bukti hadir...hahaha....
Sebagaimana masjid-masjid lain, walaupun se-gah ini, masih tidak menggunakan karpet sebagaimana masjid-masjid di Malaysia. Apa yang MCo jelaskan pada masjid Wadi al-Hussein tu, hanya masjid itu yang kami jumpa berkarpet.
Sebelum berangkat, bergambar dulu... nasib baik ada gambar daripada sahabat-sahabat, kalau daripada hp MCo sahaja, rasa tak larat untuk untuk ambil semua.
Special post daripada MCo, Jentera dan Masjid dengan panorama keseluruhan. yang atas tu gambar dekat menyebabkan tidak nampak sepenuhnya kubah di atas.
Semasa menghala, memang ada niat kalau jumpa gerai jual durian, mahu berhenti... nah dah boleh berhenti makan... tong tong lah 100 baht seorang...
Sibuk Li dan Madi guna google translate dan sedang tawar menawar harga durian. dikatakan 70 baht sekilo, isinya pun agak menawan.
Tengok isinya. makan 2 ulas sudah cukup kenyang...
Dapat makan 2 ulas seorang.... fuhh power.... tapi Wan plak tak makan durian... rugi ooo....
Yang tepi sekali tu padan tunjuk je buah durian,makan idaknya...hahaha...itu lah gambaran sebiji durian....agak berbaloi juga lah....
Ini adalah saja aksi selingan sepanjang ride, tak mahu straight sangat, tak ceria kata orang.
11.30 pagi waktu tempatan dah sampai ke jetti ferry untuk ke Koh Samui, ini adalah kaunter beli tiket. harga untuk 1 motor ialah 240 baht. Ferry di katakan ada setiap jam, cuma perlu cepat dan beratur ikut giliran.Selepas beli tiket, beratur atau di ruang menunggu untuk naik ferry... kalau ikut perkiraan kami ini... tepat-tepat 1 jam kami menunggu daripada beli tiket dan untuk naik ferry.
Waktu TempatanBeli Tiket 11.30 pagi
Naik Ferry 12.30 Tengahari
Sampai ke Pulau 2.35 petang.
Tapi dalam ferry agak selesa, ada ruangan berair-cond dan ada ruangan "open air" kat atas deck.
Ok. dah turun kapal..... sekarang misi seterusnya nak pergi cari masjid untuk solat zohor.... eermm gambar ini saja MCo nak letak sebab untuk bagitahu, kalau jalan hujung lagi jalan ni sebelah kanan akan ada kaunter pembelian tiket untuk ke tanah besar. Sebagaimana MCo jelaskan pada mulanya, tiket tidak dijual pada laluan masuk ke jetty tersebut.
Jalan di persekitaran Koh Samui... agak sibuk juga... banyak kereta dan motor, kedai baikpulih motor pun banyak di sini. sekali sekala nampak "orang putih" kendarai motor gi mari gi mari... menunjukan pulau ini memang menyediakan penyewaan motor.
Akhirnya berjumpa dan sampai di Masjid diperkampungan melayu di sini. Masjid Nurul Ihsan, Koh Samui, agak ramai juga di sini yang boleh bercakap atau berbahasa melayu. Dikatakan di sini juga menjadi tumpuan para tabligh. Masjid ini, orang luar pun boleh tidur, tidak seperti kebanyakan masjid, tidak dibenarkan warga luar untuk tidur. Cukup kuota... 5 orang dan 5 waktu.... Selepas solat zohor, makan sekejap dan kembali ke sini untuk menunaikan solat Asar. Masjid pun agak terhad di sini, entahlah MCo pun kurang pasti berapa jumlah penduduk Islam di sini... lain macam di Laos 10 tahun dulu, memang MCo selidiki pejabat agama untuk mendapatkan jumlah anggaran penduduk Islam di sana. Bila travel berkumpulan kena ikut secara berkumpulan.Kiranya misi hari ini dikira selesai, walaupun tidak mencapai target sepenuhnya. Gambar: pintu gerbang masjid. (Yang depan di belakang, yang belakang di depan)
Masa untuk mencari atau check in hotel. kebanyakan penuh... tapi kami usaha cari juga, murah dan pendalaman sikit pun tak apa.
Menginap di Hotel Samui Sabai, dalam 400 baht satu bilik. ni bergambar dengan owner/pengurus/pekerja hotel tersebut. check in dulu, then pergi pusing-pusing pulau dan sambung misi seterusnya pula.
Ride ke puncak Samui... ini adalah jalannya ber-tar dan tidak....
Boleh tahan dan agak mencabar perjalanan nak ke puncak 0 Koh Samui ini, tapi panorama indah dan agak menarik....... tapi tunggu lah malam nanti... mcamana mahu turun kalau tiada break.
Jam dan menunjukan waktu 5.51 ptg waktu tempatan, sekali sekala terserempak dengan penduduk tempatan, dan ada juga rider daripada Malaysia... jadi dalam fikiran MCo sudah tentu tempat ini juga menjadi tumpuan, walaupun MCo jarang bertanya tujuan utama di bawa oleh "leader" ride ini... bukan kali ini, tapi semua "ride" boleh dikatakan....
Dah sampai puncak, ambik gambar, tampal stiker... tapi tak letak banyak gambar di sini, kalau nak tahu macamana panorama sini, datang dan kunjung lah ke sini.
Walaubagaimana pun, kawasan ini tidak boleh bawa masuk motor antara jam 8 pagi hingga 3 petang, selepas itu boleh dengan banyaran 20 baht sebuah motor.
Belanja sikit permandangan dan panorama pada pukul 6 ini, kalau waktu Malaysia dalam jam 7 malam....
Turun daripada Puncak 0 Koh Samui tu tanah dah gelap, dengan keadaan curam yang mendebarkan, jadi untuk cari masjid berjemaah waktu maghrib agak kelam kabut... tetapi akhirnya jumpa juga masjid dalam pulau ni selain masjid Nurul Ihsan tu... masjid ini dipelopori oleh warga asing, iaitu Masjid Arkan. Gambar: sempat bergambar dengan Imam dan kariah masjid selepas solat Isya.
Nampak daripada gaya, mungkin daripada Bangladesh atau mungkin Rohingnya, India ada mungkin sikit-sikit, sebab tengok tok imam seperti baru sudah makan sirih. Bacaan dalam sembahyang, Basmallah Sir.... tapi masih bacaan doa bersama dan kuat, lebih menampakan pegangan mazhab Hanafi, dan agak lain sikit daripada masjid di Patthalung. Hari ini, terpaksa Jamak Takhir... solat maghrib selepas solat Isya.
Suasana diluar masjid, gambar penuh tiada. Masjid ini juga disediakan tempat pengajian untuk komuniti muslim di sini. kawasan yang sempit dan agak terpencil, dan antara masjid yang cukup daif, mungkin daripada dana sendiri.
Gambar: Din menceritakan keadaan "break tak makan" masa turun daripada bukit petang tadi... bahaya wooi... Li kata, motor ni memang standard gitu.... haahh gusar juga tu... dah lah gelap, curam pulak tu.. nak kejar ke solat lagi... dah lah, tersalah jalan pula.... tapi apa-apa pun lumrah orang ride.... pengalaman kena ada.... kalau tidak kosong... tak ada apa nak diceritakan, jadi boring.
HARI KETIGA 26 hb Januari 2025
Hari ke-3 hari Ahad, perkiraan hari kami akan kembali ke tanah besar dan terus ke Hatyai atau ke Pattani, sebab Isnin dijangka balik ke Malaysia, khususnya ke kampung halaman.
Subuh pada hari ini masih lagi di masjid yang sama semalam iaitu di Nurul Ihsan. sempatlah bergambar dengan salah seorang kariah masjid, dan boleh berbahasa melayu, sempat lah sikit cerita pengalaman beliau... kat dalam masjid masih ada lagi yang dengar kuliah atau bacaan hadis dalam bahasa thai, kami terpaksa gerak dulu... sebab perjalanan masih jauh dan masih panjang. Gerak mesti dengan langkah pertama daripada masjid ini.
Seperti biasa, selepas sarapan kami berangkat ke ferry pertama untuk pulang ke tanah besar.
Masa datang kami banyak masa dihabiskan dalam ruangan bawah berair-cond, tapi ketika pulang, kami lebih banyak berada di deck kapal dan bergambar.... berangin... dan ramai orang juga....
Ambil satu gambar angle yang menarik.... bye bye koh samui.... lepas ni boleh datang lagi... tapi entah bila boleh lagi.
Perjalanan diteruskan menuju masjid masjid lain untuk dhuha dan Zohor serta Asar.
11.04 am sampai di masjid Jamiatul Islam di Nakhon Si Thammarat, Dhuha di sini.
Gambaran ringkas dalam masjid, kami tak ambil masa yang lama di sini, qadar hajat, solat dhuha dan terus kan perjalanan seterusnya.
12.50 Lebih kurang sampai di Masjid Attaqwa, kawasan yang boleh dikatakan ada komuniti Islam yang agak ramai juga...terletak di Ban Na Sa Mu 7 dalam daerah Hua Sai.
Rasanya masjid ni baru lagi... sebab cari ikut google map pun tak jumpa, atau google map tak update langsung... berdekatan dengan masjid ini adalah Masjid Muslim Samakkhi (tidak ada dalam gambar)
Keadaan dalam masjid Attaqwa. kelihatan kemas dan menarik juga....
Dalam pukul 5 solat asar di Masjid Nur Al Muhajirin di Hatyai.
Ini adalah solat terakhir bagi kami berlima untuk satu kumpulan selepas ini, berpecah dua kepada iaitu grup 1. Li dan Rizhan ke Pattani, manakala grup 2 akan tinggal bermalam di Hatyai iaitu Madi, Din dan MCo sendiri.
Tetapi jejak kami atau misi kami tidak habis setakat masjid ini sahaja.
Waktu Isya kami bertiga di Masjid Majjamu, dalam pekan Hatyai, dan komuniti Islam pun agak ramai sini. Seperti yang lain-lain, masjid ini juga berada di tempat tercorot, tetapi agak besar juga.Di masjid ini kami terpaksa Jamak Takhir juga, didahului iktikad dalam masjid, agak ramai juga jemaah di sini.
Suasana di dalam masjid.
HARI KE-4 (HARI AKHIR)
Isnin 27hb adalah hari akhir kami Ride Mencari Masjid dan hari ini juga sempena hari Israk dan Mikraj iaitu bersamaan juga dengan 27 Rejab 1446H.
Suboh kami solat berjemaah di Masjid Majmoh di Hatyai juga, masjid terletak diantara lot-lot bangunan kedai di pekan Hatyai. (Masjid ini adalah biasa tempat berkumpul driver-driver tuk tuk muslim ketika solat fardu siang hari). Cuma ralat sikit, MCo lupa untuk ambil gambar luar masjid....
Disamping itu, komuniti di sini sedang giat mengumpul dana untuk menyiapkan masjid Sheikh Daud, ada orang kata ini adalah tapak asal, ada orang kata bukan, tetapi tapak baru untuk mendirikan masjid.
bergitu lah perjalanan kami hari akhir sehingga sampai sempadan dan sampai ke Terengganu.
Akhir sekali, MCo dan Madi solat di Masjid seberang Merang.
Hanya MCo sampai paling akhir di rumah dalam lingkungan jam 9.00 malam.
Lain-lain Gambar
Ride hari pertama dalam cebisan ringkas ke Pattalung
Ride hari kedua di Koh Samui
Cebisan Ringkas Koh Samui ke Hatyai - Pattani
Credit: kredit buat Li (Fadzli) untuk gambar ini.
Gambar-gambar ini diceritakan secara random dan tidak ikut kronologi, ia hanya cerita sampingan MCo dalam penceritaan keseluruhan. sebagaimana lepas-lepas ruangan ini lebih menyimpan maklumat kepada MCo sendiri bagi rujukan akan datang.
Kedai makan Bang Lee antara terfemes juga kedai ni, tetapi ini adalah pertama kali MCo sampai. Lokasi dia berdekatan dengan masjid Majjamu. Makan 3 orang dalam 450 baht.
Motor dalam ferry semasa pulang daripada Koh Samui, ruangan motor agak terhad, kerana kenderaan beroda 4 diberi keutamaan, kalau ada ruang-ruang kosong baru motor boleh masuk.
SeaHorse.... rasa nak gelak dulu... tapi apa-apa pun, bergambar dulu.....
Gambar yang ada cerita yang tersendiri....😝 - Hanya MCo tak masuk sebab dah ragu-ragu awal-awal....
Antara jam 11 malam di Koh Samui.... begini sunyi jalan... tapi ini adalah di side lain... kawasan bukan pusat perniagaan.
Kedai Halal di Koh Samui, masa kami sampai dah tutup pun sebenarnya, tapi bila tengok kami, diaorang buka balik.... Nanti sampai nak cari kedai... search sahaja Faria Halal Food. Sebenarnya banyak je kedai halal dalam ini. dekat perkampungan Islam sana pun banyak.
Dalam kedai... bukan apa, MCo mahu tunjuk stiker stiker rider kat belakang tu banyak, menandakan kedai ini memang menjadi tumpuan rider rider daripada Malaysia, eerrmm... MCo pun ada lah "tepek" satu... buat kenangan....
Special post buat Din di puncak borneo.... eeehh bukan di puncak Koh Samui.... menghadapi matahari jatuh. Ini boleh jadi panorama comel kalau pandai buat seperti MCo di Tanjung Genteng dulu....
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgAi1fGPMPwTqRq54Mzh_dB8yLJEAy-Gd5bSRP1Rt5faF03Yea_hWr0OHvUtiFDjaC1d4MVk_PMNWUJeyN28edUGTwwd5E-5a8fEjF7xnDzLVyXsQuXnuE_KQthgnfjlLQ3xZVyFBQLwCYC6M3jPFWz7Mo14YfWYU2l-BPEpL82SQW48nJgAU0Ohv4ZAg/w326-h435/49141724-9360-43b9-9370-9ec34f684459.jpg)
Khas untuk MCo sendiri, Penghargaan pada diri sendiri, Menilai pada yang pasti.
Keadaan kereta dalam ferry ke Koh Samui.
Ruangan deck atas ferry... menghala ke belakang (buritan kapal). Ramai je orang duk kat sini dan bergambar.
Ruangan tempat duduk dalam ferry yang berair-cond... tempat duduk pun secara random. ini ruangan tengah ferry, tepi tingkat pun ada.... buat masa ini tempat random, tak tahu akan datang macamana, mungkin jadi seperti keretapi kelas 3, mula-mula random tapi akhirnya pakai no seat juga.
Selfie dulu sebelum meneruskan perjalanan, lokasi di masjid Pusat Islam Nakhon Si Thammarat. Hari ini ok tiada hujan.... hari pertama ride kena hujan.... yang jiwa kental pasti sampai.
Saja nak tunjuk panorama semasa ride, tidak semua jalan sibuk... tapi begini lah lumrah ride di Thailand... kadang-kadang sunyi seperti ini, lenggang... tidak seperti Indonesia setiap jalan sibuk.
Jalan di Koh Samui
Pintu Gerbang belakang masjid Nurul Ihsan di Koh Samui
Ini adalah di Ban Sana dekat dengan Belakang masjid Samakkhi (dekat dengan masjid Attaqwa) belakang tempat menarik, ada nampak kincir angin, restoran, tapi nampak kesan ombak besar.
Panorama waktu matahari terbenam... atas puncak 0 Koh Samui.
Ini yang akan nampak bila sampai dan turun daripada ferry tanah besar ke Koh Samui. sebelah kiri untuk beli tiket pulang ke tanah besar.
Masjid Samakkhi.... sempat bergambar, tapi tak solat di sini....
Hua Sai - Na Saton.... kawasan ini memang kaya dengan kincir angin seperti ini, memang ada satu angle yang menarik kalau boleh ambil gambar.
Kebanyakan di Thailand masih menggunakan dobi seperti ini, ingat di Betong sahaja, tetapi di Koh Samui dan kawasan-kawasan sekitar masih lagi menggunakan mesin basuh seperti ini. tapi agak murah dalam 30 baht sekali cucian.
Manakala ini adalah customs form... borang ini adalah wajib sebenarnya berbanding insuran dan juga OT form... wajib tu dalam erti kata peraturan bawa masuk kenderaan ke Thailand. form ini free sahaja, tetapi perlu dipulangkan kembali. scan juga... kalau termiss, kalau melebihi had, maka 1000 baht akan dikenakan setiap hari sehingga 10,000 baht maksima.
Biasa tempoh yang diberikan ialah 30 hari, dan jika tidak dikembalikan dalam tempoh tersebut, kita pun tak boleh bawa kenderaan lain ke Thailand (misal kata, kalau kita tinggal kenderaan di golok, lepas tu nak bawa kenderaan kita yang lain ke golok).
Ruangan menunggu untuk ambik dan sign borang customs di atas tu... (Imigresen Golok)... tunggu nama di panggil.
Gambar last... sempat bertemu dengan ustaz Roqin kat kedai Abe Kie di Cherang Ruku... dah dalam perjalanan pulang ke Terengganu.
Tips dan Ringkasan
- Tukaran pada masa ini RM100 = 760 Baht.
- Departure card atau kad putih di Thailand telah dimansuhkan (hampir setahun yang lalu),
- Kenderaan ke Thailand agak ketat, isi borang OT, scan tidak seperti kita pernah pergi ke pekan golok 6 tahun yang lalu... boleh masuk seperti itu sahaja.
- Pangkalan Haram sungai Golok di tutup sepenuhnya pada masa ini.
- Selatan Thai kaya dengan masjid bersejarah.
- Perjalanan daripada Kuala Terengganu ke Koh Samui lebih kurang 800km satu hala.
- Panorama indah disempanjang jalan, kalau nak berhenti cari tempat sesuai.
- Google translate adalah medium sesuai untuk bercakap, gunakan teknologi yang ada.
- kadar petrol - 35.75 perliter untuk RON 97. MCo habis dalam hampir 1000 baht untuk isi minyak dalam Thailand sahaja. (Perjalanan Golok ke Koh Samui dan pulang ke Sg. Golok lebih kurang 1200 km).
- Jentera MCo RT3 dengan full tank 17 liter, isi di malaysia RM30 penuh, di thailand RM70 (600 baht) - lebih kurang.
- MCo habis berbelanja kali ini lebih kurang. termasuk makan (kumpul RM100), hotel, minyak, dll. Wajid RM400 semua... kalau termasuk lain-lain RM500.
- Pembelian tiket ferry, dari tanah besar ke jetty adalah laluan sama manakala daripada pulau ke tanah besar, pembelian tiket adalah tempat berbeza iaitu sebelum masuk jetty. ada di sekitar jalan utama lebih kurang 200 meter ke laluan utama jetty.
- 2 jam perjalanan atas ferry. ferry pun cukup lengkap, tandas, kedai, ruang duduk ber air-cond, dan open air di atas.
- Waktu solat ketika ini di Thailand (waktu tempatan) subuh:5.26 pagi, Zohor:12.32 tengahari, Asar: 3.54 petang, Magrib: 6.26 malam dan Isya: 7.34 malam.
- Boleh dikatakan zero orang boleh bercakap melayu daripada Phattalung ke Koh Samui.
- Ada gambar tidak berapa "proper" disebab pada awalnya MCo tidak berniat untuk menulis blog berkenaan ride ini, tetapi demi menjayakan kembali blog dan satu lagi, ini adalah pertama kali ride seumpama ini, maka MCo memutuskan untuk teruskan penulisan. - kalau tidak ada detail lagi.