Tuesday, November 19, 2019

LAWATAN PERTH, AUSTRALIA


Lawatan Muhibbah Ahli Lembaga Pengarah Syarikat


Gambar: 14 November 2019 setibanya di Lapangan Antarabangsa Perth, Australia, kami dijemput oleh travel agent yang memang ada link dengan travel agent di Malaysia.


Perjalanan MCo kali ini tidak sebagaimana perjalanan yang lepas yang tidak mempunyai "protokol" tetapi kali ini semua berdasarkan pakej dan juga mempunyai jadual sendiri.
Jadi thread kali ini lebih fokus kepada himpunan gambar-gambar MCo dan lain-lain, 
tiada cerita terperinci sangat.. dan banyak cerita pun berdasar gambar-gambar sahaja.

 Itinerary ringkas ke Perth, Australia. Itinerary ini hanya sekadar panduan kepada sesiapa sahaja, jika ke Perth, tempat-tempat yang biasa orang lawati dan kunjungi..

Di Malaysia
13hb nov (rabu)
••••TGG-KUL
18:15 - 19:20

Hari pertama (perth)
14 nov (khamis)
••••KUL-PERT
00:05 - 05:35
Tiba di Perth
Sarapan
Blue boat house
Elizabeth quay and Barrack Jetty
Bell tower
Waretown branded outlet
Murray street shopping
Perth Mosque

Hari kedua
15 nov (Jumaat)
Sarapan
Caversham wildlife park
Margarate chocolate factory
Bosnia Mosque
Charcoal chicken
Fruit picking (strawberry)

Hari ketiga
16 nov (sabtu)
Sarapan
E shed market fremantle
Fremantle monument war memorial
Kailis fish and chips
Burns beach

Hari keempat
17 nov (Ahad)
Sarapan
Pinnacles dessert 200km from Perth City
Lancelin beach Park (Picnic lunch & Solat)
Lancelin sand Dunes (sand boarding)
Moore river santuary look out point

Hari kelima
18 Nov (Isnin)
03:00 check out hotel
Transfer to airport
••••PERT - KUL
06:50 - 12:25

Di Malaysia
18 Nov (isnin)
••••KUL-TGG
16:50 - 17:50

•••• Penerbangan

Jadi gambar-gambar nanti berdasar itinerary sahaja.

Caversham Wildlife Park

 Tempat ini adalah sebenarnya seperti "rumah" hidupan liar dan terletak di Taman Whiteman Barat Australia. Di sini ditempatkan haiwan-haiwan yang memang lumrah ada di Australia seperti Kangaroo, Koala, Possums, Wallabies, wombats, Tasmania Devils dan lain-lain. MCo bukan tahu sangat...tapi benda2 tu..kalau jumpa kat orang kampung depa panggil tikus kecil, tikus jinak, tikus besar, bapak tikus...hahahaha
yang bestnya tempat ini buka tiap-tiap hari dari jam 9.00 pagi hingga 5.30 petang dan semua pekerja kat dalam tu friendly.

jom kita tengok gambar bersama plak di Caversham Wildlife Park ni, biasa tradisi MCo gambar adalah random....


Gambar secara rawak..... sebagai pembuka cerita... di Caversham Wildlife Park (CWP), yang sempat ambil gambar...ambil lah... yang tak... gambar lain lah... kelihatan chairman, dato, Ceo group dan Sheikh.
Selamat datang ke CWP....
 ini memang idea Sheikh... MCo follow je... bukan kerana gaya atau tempat menarik untuk posse gambar...tetapi kerana signboard tu... kat lain xdok...hehe
Bersama Tour Leader dalam CWP ini... friendly..tanya lah apa-apa pun...selagi dia boleh jawab, dia jawab..cuma faham ke tak faham je lah... perempuan tu..bukan lelaki... kalau tak silap nama di Carrol... hehehe
Sheikh sedang gosok Koala... kita tak boleh pegang...dan kalau nak sentuh pun kena belakang telapak tangan sahaja..dan diberi beberapa minit sahaja.... tapi dalam gambar tu.. cara sheikh nak pegang tu salah.. nanti ada lah kena sound...hehehee
Ceo pun nak sentuh..semua orang diberi peluang untuk sentuh... macam sentuh karpet gak...
Chairman pun berpeluang nak sentuh koala ini.. jinak je... tak gelepar pun...hehe
bagi peluang ke PB pula....


Setiap area yang di dilawati di CWP ini... Tour Leader ini akan bagi penerangan, terutama berkenaan haiwan yang ada dalam taman ini... dan membuka peluang untuk kita tanya apa-apa sahaja...
MCo cuba gosok-gosok binatang ini.. pada mulanya memang ragu-ragu juga nak pegang binatang ini... ikut perkiraan kalau yang dewasa dan besar, kalau berdiri memang boleh sama tinggi dengan MCo malah maybe lebih tinggi...nak bertinju boleh lah kalau macam tu...ahaahaha
Gosok-gosok Kangaroo... dalam CWP ini... ini adalah antara Park yang dekat dengan Perth City untuk tengok Kangaroo secara live.. sebelum ini... hanya tengok dalam tv, dalam internet...dan gambar... kali ini..boleh sentuh2 sendiri... 
nak masuk sini kena ada tiket juga.. kalau nak murah cubalah survey kat application "klooks"
ni sikit kalau beli walk in
  • Adult (15+yrs) AU$30
    age 15-80
  • Child (3-14yrs) AU$14   


Infant (0-2yrs) Free
PB dengan replika Koala (sebutan orang aussie "Kuala (bahasa baku))... memang khas untuk bergambar... tapi dilarang panjat... 
Dr. Azman leka sedang gosok Kangaroo yang sedang berehat..."diaorang" ni tak kira tempat nak berehat dan landing, nak nak lepas makan... cuba tengok ekor nya.. lebih  besar daripada kaki... memang kekuatan lompatan dia power dari ekor.
Tear dan feed, makanan memang disediakan oleh pihak taman ini.. sape-sape je diberi peluang untuk bagi makan kepada binatang ini... jangan ragu-ragu.. 
Jangan berebut bagi makan... asalkan jangan kekoh jari dah lah... tak apa sini kangaroo jinak-jinak.. selagi kita tak wak 'ngasor' ke dia....
Aeey Pak Sheikh sedang panggil anak Kangaroo ke? nak bagi makan? hehehe actually haiwan ini bukan Kangaroo... tetapi salah satu haiwan dalam "family" Kangaroo iaitu Swamp Wallaby nama haiwan ini...
nak bergambar lah dengan anak kangaroo ini... 3 orang dengan sekor..hok lain duk jauh-jauh...
ini trick ja.. panggil bagi makan...sebab nak gosok belakang... kalau nak panggil macam tu memang tak mai lah binatang ni kat kita... kecuali kalau gi dekat dia..itupun kalau dia tak lari.
Salah satu suasana jalan dalam taman ini.. tidak semua jalan berturap, kadang-kadang kena lalu laluan 'wild' macam ini... 
Map CWP ini... agak besar juga... kalau nak duk satu hari pun boleh sini...tapi kalau 1 hingga 3 jam itu biasa, sebab alang-alang dah datang sini... dan bayar tiket agak mahal... so kalau spent masa yang pendek...macam tak berbaloi.... boleh nikmati kehidupan di sini.. kalau nak buat research pun boleh... hah duk lah situ berjam jam...hehehe



MCo bersama PB dan Dato' nak masuk kat Koala show plak... ini binatang terhad ni... antara Kangaroo... Koala juga menjadi "trademark" kepada Australia... binatang ini hidup dia boleh dikatakan 23jam sehari tidur...hahaha.... tapi MCo terlepas nak ambil semua gambar2 Koala dalam ni... sebab nak suruh korang semua pergi sendiri tengok... hahahaha


Kangaroo bertina.. sebab ada nampak karung anak dia bawah perut tu.....
Laluan awal dan akhir ke CWP ini... 


Kailis Fish and Chips

Salah satu destinasi kami di Perth.. Kailis Fish and Chips bbq cafe... dikabarkan sini telah dibuka sejak tahun 1920-an lagi.. ia menghadap waterfront dan sebilangan boat boat nelayan... halal? ikan... muslim travelbug yang letak dalam itinerary...halal la tu kot... kitaorang datang sini... tengok ramai juga orang Malaysia yang datang..
Sementara tunggu "meal" yang dipesan sampai..kita borak borak dan bergambar dulu.... 
Dato' join kami makan kali ini.. duk semeja dengan orang-orang muda... 
Ini salah satu menu... sayangnya MCo tak ambil banyak gambar hidangan dan menu ni... tapi korang cari lah sendiri dalam internet....
Dekat sini Kailis Fish and Chips ini.. macam depot pendaratan ikan lah... tapi detailnya MCo tak berapa tahu sangat...
Nak pi situ tak boleh... tapi sampai sini dah kira bersyukur dan bergambar ja lah... 
Bergambar menghadap bangunan Kailis cafe... tak boleh nak nampak terang sangat sebab matahari duk belah nung...hehehe
Lepas makan... kita bergambar pula selagi boleh...sebab bukan selalu datang sini...hehehe
....tak cukup satu... ambil dua sekali... bersama anak Dr. Azman sekali.... Amzar Aiman...


Lancelin Sand Dunes


Kalau datang Perth... anda kena masukkan sekali Lancelin Sand Dunes ini... agak menarik... dengan pasir putih yang seperti tiada penghujung...sangat luas... dan antara yang femes sini ialah sandboarding... macam meluncur atas pasir...yang kita dengar meluncur di air.. kemasukan sini hanya percuma, cuma ada firma berkaitan mengambil peluang untuk memulakan perniagaan iaitu pakej menyewa buggy, dan sandboarding ini free dengan peralatan...
yang nak main sandboarding ini... kena ambil papan luncur ini.. agak menarik, di sini, memang Perth langit yang memang pekat biru tidak mengecewakan bagi penggemar photo shooting.... apa-apa pun sebelum nak pi meluncur kena bergambar dulu... tengok gaya masing-masing macam pro ja... ambil dulu..nak main atau tidak itu no 2 hehehe..
kalau bagitau orang kampung.. meluncur atas pasir..agak kelakar... kerana lumrah meluncur membadai ombak di pantai... tapi ia agak menarik nak diketengahkan... nanti lah MCo cerita lagi... MCo ada upload video.. baru sedap nak cerita.
Amboi... ketawa riang nampak... Nuar dan Dato' gaya tu penting, macam pro.... tapi jangan fokus sangat orang depan ni.. kita fokus yang belakang pula... nampak tak buggy kuning tu... itu semua untuk disewa dalam beberapa minit.. boleh naik sorang je setiap buggy tu... manakala nampak mek salleh sorang tu pula.. dia tu lah drive yang nak naik buggy besar... 
MCo pun nak nampak macam pro juga lah.. walaupun tak pandai pun..yang penting kasut mesti sama...hahaha.... jom kita pergi meluncur.... (papan ini di belakang kita kena asah dengan lilin yang diberi... MCo pun lupa nak snap lilin tu.. biasa MCo tak miss ambil gambar gitu untuk buat jalan cerita....) tapi kali ini teruja lebih...sampai lupa daaaa...
fokus yang belakang pula... hanya yang join trip kami ni.. kalau ingat mesti kelakar... nak di jadikan cerita mak cik kat belakang tu lah yang sound Sheikh di Pinnacles Desert (kat batu-batu tertanam dan tercancang tu)... Sheikh telah panjat salah satu batu besar kat situ... Mak cik kat belakang tu sound... "Please respect the rock"....aahh something like that lah dia sound.... 
 Seronok main...tapi yang tak larat..kena naik atas... turun gelongsor.....
Nak main luncur pasir ni... kena panjat bukit pasir tu.. boleh dikatakan hampir 3 tingkat bangunan tinggi pasir tu.. lelah juga.. tapi dato' memang steady... MCo kalau 3 kali itu kira macam hardcore dah...tak mahu panjat kali ke 4, dah semput..tapi dato' ok je.. tenaga macam orang lebih muda.... agak seronok juga... nah tengok video di bawah ini.
Buat pertama kali thread MCo yang upload video... sebab kalau gambar jarang nak cerita secara detail.. kalau tengok video baru nampak real... ini adalah sebahagiannya sahaja.
Sewa dan naik.. dan pusing-pusing kat Sand Dunes ini... MCo tak pilih yang ini... sebab malas sangat nak ride... lagi pun MCo nak teman Dato dan Rosman dengan  pemandu mek salleh tu..hehehe

Walaupun ride di pasir...keselamatan perlu di jaga...helmet.. mesti pakai... 
Hah...kami  pilih yang ini.. bersama driver yang cun melecun tu... MCo rasa naik ini lagi berbaloi... bukan apa... sebab dia pergi lagi jauh di "padang pasir" ini.. berbanding kena ride sendiri tu...tapi dia bawa pun... bukan main laju.... sambil-sambil tu.. dato, bergambar lah sekeping...laaaa lupa plak nak tanya nama dia....
Walaupun laju...sempat lah berselfie... 
Masa dia bawa kami ronda-ronda tu.. MCo minta dia berhenti satu tempat... nak bergambar.. biar nampak macam duk di padang pasir.... tengok kat belakang... seperti tiada penghujung... agak menarik dengan langit yang biru... fuuuhhh cantik beb...
Oleh kerana hanya banyak MCo bersama Dato, jadi banyak plak gambar beliau dalam blog MCo ini....
Giliran MCo plak bergambar ni.. tengah padang pasir putih ni... comel come... hahaha
Malas plak nak letak caption... 
...last gambar dato lagi... eeh mana rosman? padahal penumpang 3 orang? baru perasan.. rosman ambil gambar dengan camera/hp dia...dan gambar tu dia tak share...jadi MCo tak ada lah gambar dia..so tak dapat nak access masuk dalam blog ini... sama lah juga yang lain-lain dengan buggy kuning tu... diaorang tak ambik gambar atau tak share..jadi tak ada lah sini.... 
Ini lah yang MCo cerita tadi... jika pelancong yang datang sini.. boleh sewa sandboard... kalau penduduk tempatan mungkin ada sendiri.. tapi kalau sewa untuk rides tu.. sandboard dapat free je... AU$20 tu boleh dikatakan darab 3 untuk dapat nilai dalam RM.


Blue Boat House

Blue Boathouse ini merupakan "mercu tanda" bagi yang datang ke Perth ini... banyak gambar-gambar menarik yang boleh di jadikan icon... entahlah MCo pun tak paham..."rumah" ini dinamakan Blue BoatHouse... tapi MCo adalah lah tau sikit berkenaan hal ini.. tapi bukan kenapa dia di namakan boathouse...hehehe
actually ia dikenali sebagai Crawley Edge Boatshed (boathouse) dan terletak di Sungai Swan di Crawley,  Perth ini, dan pemilik asal iaiah daripada Keluarga Nattras... dan dibina sejak tahun 1930-an lagi.
Actually MCo pun tak paham sangat kenapa ia menjadi tumpuan... dan ramai orang bergambar.... kalau survey dalam internet.. dan yang datang ke Perth... memang menjadi salah satu agenda dalam itinerary ini....
Bagi yang pro dalam photographer sure memang cun lah...dengan langit biru...kalau tak percaya search dalam internet, memang agak menarik... tapi yang pasti... ini gambar MCo ambil sendiri.
Gambar daripada sisi kanan pula... 
Inilah contoh photo-shoot.... kalau buat carian di internet... menarik kan? MCo tak dapat lah ambil gambar begini sebab ramai orang beratur tunggu giliran nak bergambar... plak tu sorang-sorang ambil masa paling kurang pun 15 minit... kami pun kesuntukan masa nak duk sini lama-lama.
Agak menarik juga.. nak gi Boathouse ini... parking pun ada bahasa melayu.... mengambarkan ramainya rakyat Malaysia datang sini... eehhh bukan rakyat Malaysia juga.. maybe Indonesia juga bisa ngerti ayat ini.
Jom pi sana... tengok ramai orang tu sedang bergambar... MCo pun nak juga.. 
Ingat ni.. King Park.. nak datang sini lain kali... boleh mark ini... tapi kat belakang tu, nak melitas jalan kena tengok kiri kanan...nampak lengang tetapi agak sibuk juga... hanya di sini kami park kereta.. belah sana memang tak boleh park macam di Malaysia.
... Tak boleh pi kat jambatan tu.. duk tepi pun jadi lah... asalkan gambar berlatar belakang Boathouse tu...
Ini lah MCo dapat snap paling dekat.... sebelah kiri ni...ramai lagi yang beratur nak tunggu giliran.
Cuba tengok tu..belakang MCo... berderet nak bergambar...ada yang over sampai lebih 30 minit... weeeh ingat sikit orang lain pun nak bergambar sebelum hari nak hujan...hahahaha
Parking atas bukit... bergambar dulu sebelum nak bergambar pi Boathouse....
gambar bersahaja ja... tempat ni lah yang tulis parking dalam bahasa melayu tu.... 
Masa ini... hanya kami je sebenarnya datang sini... Sheikh ada di hotel... manakala YB Chairman ke lain... sebab memang Perth ini "kampung kedua" dia.... 
eeehh ada black swamp lah dalam air tu... nak pi ambil lah... eehh Nuar kata jangan... nanti kena tahan....

Rainbow Container


Ia juga dikenali sebagai Rainbow' Marcus Canning dan telah dibina di antara jambatan di Rizab Pantai yang menghadap pelabuhan Fremantle. 

Arca yang berbentuk pintu gerbang ini mengundang pengunjung ke Fremantle sama ada mereka tiba dengan kereta api, kereta atau bot. Ia menghadap Sungai Swan serta pelabuhan kontena dan ia sebagai lambang seni warisan Fremantle serta warisan maritim.


Kalau nak datang sendiri ke sini... ingat lokasinya iaitu Pantai bersebelahan dengan Lebuh Raya Canning, menghadap ke Sungai Swan dan pelabuhan. Ia berjarak 1.6 kilometer dari stesen bas dan kereta api Fremantle. Terdapat banyak tempat letak kereta di East Street Jetty di Beach Street. daripada parking kereta boleh berjalan kaki singkat di belakang kafe atau anda boleh menyewa basikal percuma dari Pusat Pelawat Fremantle di dewan bandar.
Ini lah dia Rainbow container dengan 9 kontena dan didirikan dengan ketinggian 9 meter dan panjang 19 meter dengan berbentuk pintu gerbang....
Bergambar dulu... sama macam di Boathouse..orang lain takde... cuma Nuar dan Rosman entah ke mana.....
Kalau nak bergambar di sini...kena pandai ambil angle photo... kalau tak...tengok lah... MCo dan tutup sebelah kontena tu...
Inilah sungai Swam... dan belah sana ialah perlabuhan kontena... 
Swan River...dan tempat letak parking nak ke Rainbow Container tu....

Fremantle Monument War Memorial


Fremantle Monument War Memorial (FMWM) ini adalah salah satu monumen peringatan perang yang terletak di tanah tinggi Monument (Monument Hill) yang terletak di Framantle Australia Barat. Tapak ini terletak di High Street berhampiran pusat Fremantle, menghadap ke Pelabuhan Fremantle, dan ditubuhkan oleh Majlis Perbandaran Fremantle pada tahun 1928 untuk memperingati kerugian Perang Dunia Pertama, telah digunakan sebagai rizab awam sejak awal abad ke-19.
FMWM hanya sekadar menara seperti ini dan tertulis nama-nama prajurit perang... kalau kira umur dia ini lebih tua daripada umur kemerdekaan negara Malaysia...hehehe. Gambar di snap mengadap matahari.. so nak jadi nampak lebih clear...kena buat tenggelamnya matahari disebalik monumen ini.
ni gambar membelakangi matahari, jadi kalau ambil gambar jauh pun, boleh nampak terang monumen di belakang tu.. sebenar kawasan ini sangat luas...sehingga di rezabkan 11 hektar
Banyak betul gambar kami berempat ini... maklumlah guna hp MCo... jadi yang nak upload pun daripada hp sendiri... banyak gambar-gambar yang lain tak berapa nak share...jadi access pada gambar-gambar orang lain tu amat terhad.
Sebelah monumen tu.. adalah padang seperti ini.. kami diberi banner oleh pihak agent, sebab memang pakej termasuk dengan ini.
Bergambar tanpa banner pula... kat sini nak bergambar angle sangat terhad... seriously, tak ada apa sangat yang menarik di sini..cuma ia tanah tinggi, maka nampak lah sedikit persekitaran Fremantle ini.

Kings Park and Botanic Garden


Kings Park adalah taman seluas 400.6 hektar (990 ekar) yang menghadap waterfront Perth dan daerah pusat perniagaan Perth, Australia Barat.

Taman ini adalah campuran taman taman rumput, taman botani dan semak semulajadi di Gunung Eliza dengan dua pertiga daripada kawasan yang dipelihara sebagai hutan belantara tampak seperti asli. Tempat ini juga Menawarkan pemandangan dan panorama Swan River dan Darling Range, iaitu rumah kepada lebih daripada 324 jenis tumbuhan asli, 215 spesies kulat asli dan 80 spesies burung.

Ia adalah destinasi pelawat yang paling popular di Australia Barat, yang dilawati oleh lebih dari lima juta orang setiap tahun.

Selain kemudahan pelancongan, Kings Park mengandungi Memorial Perang Negeri, kelab Royal Park dan takungan. Jalan-jalan antara tempat itu dipenuhi dengan pokok yang dan plate individu yang didedikasikan oleh anggota keluarga terhadap mereka yang meninggal dunia dalam Perang Dunia I dan Perang Dunia II.

Taman ini juga kaya dengan fauna (kedua-dua asli dan yang diimport) dan pada bulan September setiap tahun Kings Park menjadi tuan rumah pameran dan pameran bunga liar terbesar di Australia - Festival Kings Park.


Diceritakan juga, taman ini dijadikan tumpuan kepada penganut Islam untuk dijadikan tempat untuk solat hari raya dan juga aktiviti riadah sosial lain.
 
Bergambar dulu sebelum melawat seluruh kawasan sini.. Western Australia Botanic Garden.. actually besar lagi belakang sana tu... tapi kami tak lah pergi sejauh itu..cuma "bermain-main" di halaman sahaja... sebab kalau kira hampir 1000 ekar, ia memang agak besar dan satu hari pun belum tentu habis pusing...
Masih tak cukup korum untuk bergambar...hanya satu gambar sahaja yang ada penuh peserta...iaitu gambar pertama dalam thread ini...
MCo bergambar dengan ALP...lagi dua tak ada.. .hehehe...
Ini bukan tumbuhan liar...tetapi memang di jaga rapi... dan siap bubuh nama lagi setiap jenis pokok...
Bukan itu sahaja... padang rumput seperti ini pun di jaga rapi... pemotong rumput pun dijaga dengan jentera... di katakan setiap pengunjung yang datang sini bersama "pet" terutama anjing... akan membawa sendiri satu bekas plastik untuk diletak atau kutip najis haiwan perliharaan mereka 'buang' di padang ini atau mana-mana tempat di sekitar taman botanic ini.
Lihatlah macam karpet je... pemotong guna jentera.. mesti kemas...
Chairman pah kuane...tak sempat bergambar... bergambar dengan 7 orang ni juga...
penat-penat jalan.. boleh lah rehat sejenak...gambar ini baru nampak chairman...
Antara pokok yang ditanam secara random di sini... beraneka jenis pokok bunga


Cantek... salah satu bunga yang ada di sini... Blue Cardinal Flower... 
Bergambar di memorial...yang ada plate2 nama negara, biasa negara bersekutu dalam perang dunia 1 dan 2.
MCo pun nak bergambar ini.. kalau pergi belakang kat tembok-tembok tu... akan tercatat nama-nama negara....termasuk negara Israel.
Permandangan daripada taman botanic ini... menghadap pusat perniagaan Perth... water front...
Bergambar kenangan dengan Dato di sini.. agak panas hari ini...

Sekitar Hotel Perth Town


Memang daripada malaysia pemiliknya.. ia sebagai cafe bagi kami, dan dekat dengan hotel di mana kami menginap.... alamatnya kalau nak cari ialah 113-115 Murray St, Perth WA 6000, Australia dan no telefonnya ialah +61 402 679 008
tapi sekarang kan zaman teknologi maklumat so boleh cari via map google.. dengan koordinat iaitu

31.9540° S, 115.8618° E

Gambar ini insan Dato' sebab masa ambil gambar tu, guna camera beliau... ni pintu masuk ke Insan Cafe.
Diluar Insan Cafe....lorong pejalan kaki.
Sedang kaut makanan... sengaja MCo tak mahu tunjuk menu...sebab menu dia sama macam makanan Malaysia... kalau malam boleh secara ala carte... kalau sarapan biasa mereka dah siap siap buat.
Makan-makan cafe... ini bukan di Malaysia... di Victoria Perth. salah satu tempat halal untuk makan... di sini owner dia orang Terengganu dan CEO G kenal dengan dia ini... kalau nak rasa makanan terengganu boleh lah, sedang berusaha nak bawa masuk nasi dagang... 

apa-apa pun di Perth ini tak lah susah sangat nak cari kedai halal...cuma kena cari dan kena rajin.. di sini MCo ada link blog orang lain untuk rujukan bersama... 10 tempat makanan halal di Perth. boleh lah klik situ... 

kalau duk dihotel sahaja... tak meriah.. tapi kat hotel di mana kami menginap tu agak sunyi walaupun dalam bandar... tapi malam-malam ambil peluang  untuk berjalan-jalan...  banyak lagi MCo jumpa tempat-tempat menarik yang boleh mengamit kenangan...tapi ini cukup lah satu....
 Ini betul-betul depan hotel kami menginap..agak sunyi.
 Salah satu bangunan yang dipenuhi lampu neon pada waktu malam di Perth

 Mari jalan-jalan malam... jumpa lah macam-macam panorama.....
 Daripada Insan Cafe tu...kalau pergi terus akan jumpa lah panorama seperti ini..dan banyak lagi tempat yang belum diterokai oleh geng-geng lawatan kami ini...
Sempat lah bergambar.... biar nampak gambar potrait lebih menarik.... di sekitar hotel kami menginap.
Ini betul-betul depan hotel... tak lah sibuk sangat... tapi nak melintas jalan kena ikut peraturan lampu isyarat.... dan yang pasti selipar jepun MCo tu ke mana mana.. 
Agak sunyi...tapi ini bukan lewat.. baru nak masuk pukul 10 malam di betul-betul depan Insan Cafe.... tapi kan... kalau dah subuh pukul 3.30 pagi.. mungkin pukul 10 malam ni semacam pukul 12 malam di Terengganu.
Ini pun depan Insan Cafe... pukul 8 pagi.. masih lengan... macam bandar mati... tetapi tak boleh kata juga...sebab maybe di sini bukan tempat tumpuan sangat... bukan ruang pejabat sangat.. kurang hotel...kurang premis komersial? sebab tu jadi kurang....


Fruit Picking
Petik buah strawberry... di bawah ini sekadar gambar sahaja... sebab kalau nak petik buah seperti ini, memang banyak negara yang menawarkan pakej... tetapi di sini... agak banyak dan buah pun agak besar lagi manis... bayar dalam AU$10 kalau tak silap sekali petik.... biar rumbu kotak pun tak apa...
ni kat Kien Strawberry Farm. ni alamat dia 362 Badgerup Rd, Gnangara WA 6077, Australia
Sambil petik sambil makan... tak kisah.. kalau tak kisah buah itu tidak di basuh... 
cantik lagi mempersona... manis, besar dan pokok pun buahnya lebat-lebat... maybe orang kurang datang kot... ada tu, MCo pernah pergi pakej petik strawberry di Bandung... buah sangat kecil, sedikit..dan masam... eermrmm sebab tempat tu ramai orang pergi... jadi buah pun kurang... kecil-kecil pun dah ada orang petik...
Penuh dah tu..jom balik lah.... bukan larat nak makan ni... 
Special posses... gambar di snap melalui kamera Samsung S10... live mode.
hehehe bukan MCo sorang satu kotak tu...tapi kutik dengan PB... tu tengok pokok...nampak menghijau...tetapi celahan daun memang  penuh kemerahan buah... 
Sedang kira buah ke tu? heheheh buah segar-segar memang syok nak kutip...
Tadi penuh..sekarang dah separuh..sebab separuh dah masuk dalam perut...hahahaha
Yang aktif petik buah strawberry ni...cuma 6 orang je sebenarnya... MCo, PB, Nuar dan Dato, lagi 2 orang Tour Guilde iaitu En. Esa dan Cik Jima.. jadi masa-masa kutip dan petik tu... sempat bergambar macam ini...hahaha... manakala tak ada satu pun gambar Nuar dalam ni...sebab dia tak share gambar pun masa dia sedang semangat petik buah...
Buah anggur yang tak matang... pun ada...tapi bukan untuk di petik, tapi tumbuh meliar ditepi pagar....
Buah strawberry yang belum di "rentus" daripada tangkainya... 
Ralekk dato petik buah tu... sempat snap...aeeeehh...banyak plak gambar dato dalam thread MCo kali ini? errmm sebab? sebab orang lain tak join dengan MCo, dan Dato ni mudah berkawan dan menghampiri dia... bergambar pun bersama, dia tak kisah...tiada protokol sangat... 
bukan sekadar gambar PB tapi tengok luas Kien Strawberry Farm ini.... owner dia cina kalau tak silap...
Petik jangan tak petik..tapi makan kena habis... PB dan Dato.. collect bersama tu... biar penuh satu kotak..... 
Last ada juga gambar Nuar... ini pun last, masa  proses nak bungkus bawa balik.... tadi masa petik buah, dia duk sibuk video live dengan famili di Malaysia... akibatnya dia tiada satu pun gambar di ladang strawberry ini.

Margarate Chocolate Factory Dan Morish Nuts
Lawati Margaret River Chocolate Company di Perth CBD, Swan Valley Perth dan di kawasan pedalaman Margaret River, di mana anda boleh menikmati sarapan pagi yang lazat dan makan tengah hari ringan serta pilihan kek, pencuci mulut, fondues coklat, minuman panas dan sejuk dan yang terbaik coklat panas di Australia Barat !. (kata-kata daripada website utama Margarate Chocolate ni)... 
yang ini pun MCo tak tahu nak mengulas panjang.. boleh je google....
Muka depan... The Margaret River Chocolate ... kalau nak tahu detail boleh lah search...
 Salah satu suasana dalam Margaret Chocolate ini... kiri kanan penuh coklat...
 Selain coklat yang di bungkus.. yang jual secara ala carte gini pun ada... dah ais krim pun ada jual... macam CEO G makan tu... ni special posse untuk beliau ni dalam Thread MCo.
Panorama disebelah Morish Nuts...
Boleh beli, boleh makan, boleh santai-santai bagi peminat coklat dan kekacang.
Morish Nuts... boleh beli kekacang sini...
Ni bangsal kilang Margaret Chocolate Factory... 

Antara coklat yang dijual di sini..kiri kanan ada jual coklat beb.. banyak..tak tahu nak pilih..dan lagi satu yang tak semangat..tak tahu tahap ke halalan nya.
yang ni dalam Morish Nuts....
Pandangan luar kedai ini.... 


Lancelin Beach Park


Memang terletak di Barat Perth, dan sangat mengujakan bagi penduduk disini terutama apabila tiba waktu matahari jatuh.... tengok gaya kehidupan masyarat di sini, santai dan terkenal dengan "bukit pasir" putih... tempat orang main sandboarding.... 
di sini juga boleh melihat dolphin kalau bernasib baik...tetapi bukan lah di tepi pantai tu... tapi di sini, kami hanya singgah untuk transit, makan, dan solat.... nak duk di tepi pantai dengan pasir putih tu...hanya seketika dan beberapa minit sahaja, itu pun atas bergambar seperti ini....

Lancelin Park..kat kami makan secara picnic.. dan bangunan yang nampak tu ialah tandas dan tempat mandi... belakang sana tu lah Lancelin Beach...
Sempatlah MCo bergambar begini berlatar belakang pantai dengan pasir putih yang lembut... kalau di Goldcoast dulu... pasir macam tepung gandum.
 Jajaran yang luas... memang mengasyikan...kalau petang maybe ramai yang datang bersantai... maybe kami datang ini belum tepat waktunya...
 Panorama di Perth memang tidak mengecewakan... hanya sekadar gambar begini menunjukan harmoni...tengok kebiruan langit memang tak dapat dinafikan keunikannya.

Tadi sebelah kanan..ini pandangan sebelah kiri pula.. panorama daratan, lautan, binaan...
Solat yang diimami oleh Sheikh.. pada awalnya nak hampar tikar di tempat teduh sikit, tapi ditolak oleh Sheikh... kami solat atas rumput sahaja... dan tiada seorang pun care tentang ini terutama penduduk tempatan.
kata pak ustaz, ini adalah kelebihan umat Islam, bila beribadat dibolehkan tanpa alas.... tetapi tidak pada umat sebelumnya..

Elizabeth quay and Barrack Jetty

Elizabeth Quay adalah projek pembangunan bercampur di pusat perniagaan Perth. Terletak di pantai utara Perth Water dan berpusat pada Swan Bells, ia adalah sebagai tanda penghormatan kepada Ratu Elizabeth II.
Sebenarnya ia tidaklah jauh sangat daripada tempat kami menginap kalau tahu jalan nak pergi... kalau berjalan kaki agak memenatkan juga...  
Elizabeth Quay Map...kadang-kadang ini pun penting supaya anda pergi di tempat yang betul dan tepat... kalau first time boleh lah spent masa sikit untuk lihat ini.... kalau nak gamble je... itu terpulang lah....
Special posse daripada Samsung S10 dalam mode Live Focus...
again..hehe. alang-alang datang sini... kita buat thread ini sebagai album gambar MCo. ni atas Elizabeth Quay Pedestrian Bridge.
Bergambar berlatar belakangkan Bell Tower... kalau daripada hotel..jalan ke depan sikit... akan nampak bell tower ini... sebab tu MCo kata kalau di hotel macam boleh capai ke sini jalan kaki... tapi yang pasti memang penat juga...hari ini dah lah sangat panas...
Special posse dengan TL kitaorang di Elizabeth Quay ini....
Bell tower... nak naik atas boleh, ada waktu tertentu tapi dikenakan bayaran..
Bersama Dato...
Bersama PB
Gambar gelung gelung kat belakang nampai kecil-kecil tu arca yang mereka namakan Spanda.
Gambar secara solo...ingatkan menara Maybank kat belakang tu.... hehehe
Setiap tempat di Elizabeth Quay diletakkan sign ini, semacam MCo bagitahu supaya pengujung dapat pergi ke tempat yang tepat.... sign ini adalah berdekatan dengan bell tower dan yang gambar pertama tu ialah di Pedestrian Bridge.

Guilderton Beach

Guilderton adalah sebuah bandar kecil kecil di utara Perth, Australia Barat di muara Sungai Moore di Shire of Gingin.

Ia pada asalnya dikenali sebagai Gabbadah, istilah Aborigin yang bermaksud "sebati air" sehingga ia diwartakan sebagai sebuah bandar pada tahun 1951. Mulut sungai secara teratur membuka dan menutup bergantung pada musim-musim, dan selang antara lagun tertutup dan muara pasang surut.

Pekan ini merupakan destinasi percutian popular bagi penduduk Perth, yang biasanya merujuknya sebagai Moore River.


Manakala Pantainya pula bermula di sebelah utara groyne dengan akses yang baik melalui tempat letak kereta, serta 4 akses WD ke pantai. Ia mengalir ke arah utara untuk 700 m ke arah sedikit infleksi pada patch calcarenite intertidal dengan calcarenite juga tersebar di sepanjang pantai. Gelombang rata-rata kira-kira 1 m dan boleh membentuk bengkak terhadap groyne dan di antara batu-batuan, khususnya semasa keadaan ombak yang lebih tinggi. Pada masa-masa lain rumput laut besar boleh mengumpul kedua-dua sisi groyne. Susuk bukit yang terbentuk dengan curam hingga 20 m kembali ke pantai


Map ringkas kedudukan Guilderton Beach ini....
Sheikh dan dato....
Sepanjang jalan tepi pantai tu.. memang ada laluan seperti ini....
padang tepi caravan park...
Kalau tengok map tu...ada tulis Guilderton Caravan Park... ni kalau buat aktiviti perkhemahan... ok juga ni...

Laluan nak gi ke gigi air... lalu kot sini....
jom pi sana plak...
Campuran teluk dan tanjung... kat sana...sebelah kiri nanti ada orang mandi...
Ini adalah salah satu permandangan yang dapat di lihat dalam masa perjalanan ke pantai ini... jauh mata memandang....

E Shed Market dan Fremantle Market

E Shed Markets adalah pasaran hujung minggu yang terletak di Victoria Quay di Pelabuhan Fremantle di Australia Barat. Ia ditempatkan di sebuah bangunan kayu bersejarah yang dikenali sebagai "E" Shed yang dibina pada tahun 1929 dengan lebih jauh di dermaga dan lebih dekat ke dermaga. Bangunan itu adalah salah satu daripada beberapa bangsal yang mempunyai pelbagai nama dan lokasi pada abad kedua puluh.

Shed asal "E" telah dirobohkan pada tahun 1929, dengan penggantiannya dibina di lokasi yang sama.

Pada tahun 1995 gudang ini dipindahkan dari lokasinya di samping sungai di Victoria Quay ke tanah kosong di belakang gudang B dan C.  



Di sini memang terkenal di kalangan pelacong sebab antara tempat murah membeli souvenir... harga pun boleh tawar menawar....
Bila dah sampai sini...shopping sikit souvenir untuk kawan, dan rakan-rakan di opis sana... harga boleh runding lagi kalau ambil banyak... kadang-kadang harga satu pakej boleh capai AU$2.95
Tertarikh dengan sign ini... kalau lapar.. kalau tak makan lagi... boleh singgah makan sini juga... makanan Malaysia tu... ada cop  halal tu...
berselfie dengan CEO G... kebetulan dia gi beli topi 'koboi' tu.... sini baju-baju pun banyak... ada bermacam-macam rekabentuk dan design.
 MCo padan pergi kedai ini ja... tak sempat pun nak tengok-tengok kat dalam E shed Market ini... kalau kira di sini dah ada semua apa yang kita nak..... lagi pun owner dia macam Cina Indonesia...boleh cakap melayu...pekerja dia pun orang Indonesia.
 Fremantle Market... ada barang souvenir di sini lebih murah daripada E Shed Market tu..tapi bilangannya agak terhad sebab kedai souvenir dalam ni agak kecil... tapi rata-rata ia agak murah sikit...
 Dalam Fremantle Market... jualan lebih tersusun sikit...
Ini sebelah lain pula pintu masuk ke Fremantle Market..
Masih dalam Fremantle Market... tak banyak yang kami boleh beli di sini...tapi boleh lah tengok suasana pasar diaorang...

Nambung National Park


Taman Nasional Nambung adalah taman negara di rantau Wheatbelt di Australia Barat, 200 km barat laut Perth, Australia dan 17 km di selatan bandar kecil Cervantes. Taman ini mengandungi Gurun Pinnacles yang merupakan kawasan dengan ribuan formasi kapur yang dipanggil pinnacles 
Pinnacles Gallery and Gift Shop sign sebelum nak pergi tengok The Pinnacles, dan ruang hadapan taman ini.. memang ada Gallery dan kedai souvenir... 

Jalan nak pergi ke The Pinnacles... dah ada batu-batu timbul tu... (tengok langit yang biru pekat yang cantik - memang Perth tidak "lokek" dengan panorama indah seperti ini)
Perjalanan perlu ikut laluan yang ditetapkan dah.. sebab batu tumbuh merata-rata... dan tidak mahu ia merosakan apa khazanah yang ada di sini....
Apakah The Pinnacles tu? hasil wikipedia... MCo dapat copy dan paste je....
Iaitu......
Kawasan itu mengandungi beribu-ribu tiang batu kapur yang dianggap telah lama wujud. Beberapa pinnacles tertinggi boleh mencapai ketinggian sehingga 3.5m di atas asas pasir kuning. Berbagai jenis formasi termasuk yang lebih tinggi daripada yang luas dan menyerupai tiang. 

ada juga batu-batu ini terbentuk kerana luluhawa dan juga faktor angin, hujan dan panas.

Pinnacles dengan puncak mirip dengan cendawan terjadi apabila penutupan calcrete lebih keras daripada lapisan batu kapur di bawahnya. Lapisan yang lebih rendah adalah lebih rendah dan berkurang pada kadar yang lebih cepat daripada lapisan atas meninggalkan lebih banyak bahan di bahagian atas puncak.

Ada juga batu-batu kecil yang menyerupai batu nesan yang pendek...


MCo bergambar dengan salah satu Pinnacles ini... kalau perhatikan lain-lain batu ini, semacam ada kulit kerang... masih banyak teori yang belum dirungkai di sini.. bagaimana ia terjadi, bagaimana dia wujud, apakah bahan yang menjadikan batu ini... ada orang kata di sini adalah dasar laut pada ribuan tahun dahulu.
Hari yang panas dan cerah, berdebu...tapi tiada lalat di sini... kawasan ini merupakan jadi salah satu trademark Perth sebenarnya...tapi agak jauh daripada Perth City... ni special posse buat MCo.... di The Pinnacles at Nambung National Park. Perth.
Sedang bergambar santai tu... siap Sheikh panjat batu tu.. dan naik atas lagi... di sini lah terjadi kisah di mana ada sorang mak cik minah salleh ni, sound kepada Sheikh.. "Please Respect that rock".....
Di sini sekadar bergambar... atleast telah sampai sini...tapi kalau orang yang mahir dan seorang photographer... sure pandai ambil angle gambar..
Hari ini CEO G dah balik ke Malaysia... jadi tinggal kami bertujuh ini sahaja meneruskan lawatan di Perth ini.... "Kami dah sampai"...... tajaan Muslimbugtravel (banner lah)...
Ini baru betul kombinasi... tanah, batu, pokok, dan kebiruan langit... yeah.. macam selalu MCo cakapkan.. ini lah kombinasi cantik dengan panorama yang susah nak dijangkakan.
JOm santai... entah bila lagi MCo akan sampai di sini lagi.....
 Bergambar dengan Dato' di tengah tengah batu menegak ini... kawasan ini agak luas juga.
Gaya macam nak pegang batu tu...hehehe asalkan boleh...
Desert View.... tidak jauh daripada The Pinnacles tadi...di sini nampak lah macam padang pasir... kena naik tempat tinggi sikit baru nampak sebahagian padang pasir ini.....
meh tengok sana..boleh pergi...tapi MCo tak pergi lah... masa dah suntuk..
 sekadar gambar... sama seperti di atas....
Pak Wan yang kiri sekali tu...dia kira co-pilot kepada en. Esa.. dia ni duk lama dah sini...dan ada "pertalian" dengan Insan Cafe, di mana kami makan pagi dan malam tu... gambar ini masa mula-mula sampai dan nak pergi ke gallery Pinnacles tu...
Desert view untuk MCo seorang sahaja....
The Pinnacles, Western Australia (Perth)...nak tahu lebih lanjut boleh lah search... sebab MCo pun tak tahu banyak tentang ini....
Di Souvenir Shop kat The Pinnacles tu... barang-barang agak mahal juga lah...tapi apa yang ada di sini...hanya ada di sini sahaja...
Pandangan daripada luar kedai Souvenir...dipenuhi hutan pokok renek macam ini....
ok...snap lah satu kat sini.....
Ruangan parking ke The Pinnacles Galleries.... luas.

St. Paul's Anglican Church
Ia merupakan gereja yang telah ditinggalkan, sehubungan dengan itu, pihak komuniti atau persatuan Islam di Perth ini mengambil inisiatif untuk menjadikan salah satu dalam dewan ini tempat solat jumaat... memandangkan masjid di sini agak terhad.
Pintu masuk ke Gereja ini... St. Paul's Anglican Church... dan setiap hari jumaat penuh lah dengan umat Islam, cuma waktu solat jumaat tu... di lanjutkan sejam daripada waktu asal, untuk memberi peluang umat Islam datang.
Atas inisiatif ini, pihak komuniti Islam ini... yang ingin "membangunkan" lebih banyak tempat solat di  Perth.. maka kad seperti ini memang diedarkan... bagi komuniti Islam di sini... memang di war-warkan tentang perkara ini... cuba tengok waktu solat tu... actually zohor ialah pukul 12.. apa-apa pun suka hati MCo nak dedahkan waktu solat di Perth pada waktu ini.. (ini adalah waktu lebih kurang... sebab waktu selalu berubah).
Subuh, 3.26 pagi
Matahari terbit. 5 pagi
Zohor 12.05 tengahari
Asar 3.45 petang
Maghrib 6.50 malam
Isya 8.20 malam
sedang hampar sejadah untuk siap sedia jemaah datang..pada ketika ini waktu pun pukul 12 tengahari.... dewan ini asal adalah tempat ritual penganut Kristian, tetapi telah di ubahsuai jadi seperti ini.
Jam dah melepas waktu 12 lebih... hampir pukul 1, tetapi orang seperti ini.. was was juga MCo.. mana tahu tak cukup 40 orang...
Tapi alhamdulillah... sebenarnya pada pukul 1 lebih tu memang ramai yang datang... dan penuh... jemaah pun majoriti nampak macam daripada asia tengah. Kali ini MCo berpeluang berjemaah Jumaat di Perth...tempat yang agak minoriti Islam.
Khatib sedang memberi kutbah Jumaat... khuyuk dengar..... dalam bahasa orang putih plak tu... tapi ini pengalaman MCo solat di gereja.. kalau di Eropah, dah lama perkara ini berlaku sebenarnya... ada gereja yang terus jadi masjid pun ada...
Gambaran diluar gereja... lambang salib pun dah dibuang...luar kawasan pun agak menarik, dengan rekabentuk lama.. 
kali ini CEO join kami bergambar sekali.. dah masuk group bergambar ini...hehe


Lain-lain Gambar



Ni masa mula-mula sampai airport Perth selepas cop passport.... eerrmm sekarang, xde cop-cop dah di passport ok... bagi sape-sape yang berangan nak kumpul koleksi cop di negara Australia ini.. jangan mimpi lah.. diaorang scan cop jari then scan muka..dah cukup.
Suka MCo nak ingatkan ini lah adapter di Australia..kalau yang dah ada international adapter tu...beres lah... ini nampak ringkas dan asas...kalau terlupa... korang tak dapat lah cas gadjet... bye bye lah...kalau power bank habis.
Rasa still nak keep buat koleksi baju seperti ini... dulu memang ada selalu beli, tapi dah bagi kat orang...kali ini nak beli satu untuk simpanan diri sendiri.

Kedudukan dalam van nak pi mai pi mai... dan van satu lagi oleh YB Chairman dan Dr. Azman.. yang lain-lain duk dalam van ini.. Jima yang jadi Tour Leader kitaorang.

Pandangan luar Bosnia Mosque... kat dalam MCo lupa nak snap picture. dan tak banyak MCo snap gambar di masjid ini.


Bagi penggemar freeze magnet... ini adalah salah satu.. harga pun boleh tahan... huhu...
 
satu bil banyak menceritakan segalanya... dengan harga... dengan tax... dengan nama kedai, dengan tarikh..dan lain lain...


Berjumpa dengan Mantan Pengerusi Fama iaitu Tan Sri Dato' Paduka Hj Badruddin bin Amiruldin... kebetulan beliau dan keluarga bercuti di Perth... dan sama-sama sarapan di Insan Cafe ini.. sambil-sambil berbual.
 
 Menarik...macam plastik...tapi ini real tahu... saja snap gambar... sebab terpegun.


Lada hijau..nampak mengiur kan... 
Apa istimewa gambar tayar ini menyebabkan MCo ambil gambar? siap nampak bayang MCo lagi sedang snap gambar tu.... Kalau anda nak tau...di sini, khususnya depan Insan Cafe, ada  parking, diberi percuma selama 30 minit...jadi penjaga atau penguasa parking akan datang check... dan diaorang akan conteng kapur (yang jalur warna kuning atas bunga tayar tu)... jika selepas 30 minit datang... masih ada maka menandakan kereta tersebut telah park kat situ lebih 30 minit.. so langkah seterusnya....saman? atau apa? kompaun...atau kena bayar parking....

Map Pelancong.. bagi yang nak backpack... agar senang nak buat kajian...

Last day...di airport Perth...kalau tak silap pukul 4 pagi rasanya...
Makan malam... di Insan cafe...breakfast dan dinner memang tak miss di sini.. lepas tu, malam tiada aktiviti sangat.. dan kedai makan pun tutup awal di sini.
Ini di kedai lain plak..iaitu Makan-Makan cafe...agak jauh juga dengan Insan Cafe... peniaga ini orang Terengganu...sini kalau nak rasa roti canai boleh lah... 
Kebetulan tokey kedai ini.. kenal dengan CEO, maka dah buat booking untuk esoknya... ada rangkaian business lepas ini...
Dekat hotel dekat dengan Insan Cafe tu..ada satu surau yang dalam satu bangunan... dan dia ini lah yang menjaga tempat solat ini.. boleh diibaratkan sebagai surau lah... dan komuniti Islam sini dalam usaha mengumpul dana untuk buat masjid.
Sekarang bergambar dengan MCo sambil hulur kurma.... yang atas tu.. bergambar dengan Sheikh..
 Inilah laluan ke surau berkenaan... tepi dengan Insan Cafe...
Ini lah yang MCo bagitahu tu... Perth City Mosque Projek... yang memerlukan dana AU$1.6juta.. 
 InsyaAllah kalau dana mencukupi dan projek berjalan lancar... "kita" akan mempunyai masjid baru di Perth nanti.. maybe bukan next year.. tapi still akan datang... InsyaAllah.
 Seperti gambar ini gambar sebelumnya juga memaparkan kaedah dana yang dikutip... di situ ada no akaun... boleh donate berapa nak... tak mampu AU$3.3k... RM3.3 pun ok.... rendah daripada itu pun ok... InsyaAllah.
Sarapan pagi.... diluar di Insan Cafe... lepas ni nak gi day trip plak... cafe ini buka pukul 10 pagi..tetapi oleh kerana joinventure dengan travel agent... maka cafe ini buka awal khas untuk sarapan  untuk kitaorang sahaja.

Berselfie dengan Tour Leader kitaorang Cik Jima...(asalpun daripada sabah).. selaku wakil daripada Muslimbugtravel.
 
 Dato pun nak sekali berselfie.. ini masa di taman botanic... kings park.

Last bergambar dengan CEO Group PMINT, dekat Fremantle Monument War Memorial.
Sekali sekala bergambar berdua dengan Chairman plak, susah nak tangkap bergambar ini...tunggu peluang  free terus je ajak, tapi kena tengok tempat juga nak bergambar...bukan nak bergambar di meja makan.....hehehe... ni kat Guilderton Beach.


Tips dan Info


  1. Yang join lawatan kerja ini ialah (nama-nama peserta tidak diperincikan sangat). iaitu, YB Hilmi (adun Manir merangkap Chairman syarikat dan Timb. Exco). W Adnan (CEOG PMINT), Sheikh Hanafi (Peg. Khas MB), Dato' Shukri (Bendahari Negeri), Naza (PB Syarikat), Anuar (PK Syarikat), Rosman (S/U syarikat), dan Dr. Azman (pakej sendiri tapi turut sama dengan kita orang.. Exco Kerajaan Negeri dan Chairman TADC).
  2. Kadar tukaran wang sekarang ialah Aud1=RM2.80
  3. Masa datang ketika ini, lalat memang ramai musim panas ini... terutama di airport masa mula-mula menjejakan kaki ke Perth.
  4. Sehingga kini dicatatkan terdapat 20,000 rakyat Malaysia overstay di Perth dan tidak dapat dikesan.
  5. Jika ke sini, mereka (rakyat Australia) tidak akan menyatakan anda sebagai pelancong tetapi semacam citizen mereka, kecuali anda pakai memang nampak terang-terangan seorang pelancong.
  6. Orang kata, Perth ini bandar orang pencen...slow and steady...tenang, jalan pun tak jem sangat.. santai...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...