Sunday, June 16, 2019

Jika 1 Hari di Bangkok, Thailand



 Boleh dikatakan tidak cukup sehari untuk berjalan-jalan di Bangkok... tetapi kali ini MCo akan cuba untuk pusing-pusing bandar Bangkok dalam satu hari... jom kita tengok map ringkas di bawah. Map ini sebagai panduan untuk memudahkan perjalanan dan perancangan sahaja...

Sebenarnya bila dah ada map maka perancangan jadi mudah, tak tidak perlu mengikut aturan sangat yang mana mahu pergi dulu atau kemudian, cuma perlu bezakan aktiviti malam dan siang. 
Maka di sini MCo boleh listkan sikit "ke mana" satu hari boleh melawat di Bangkok.

bagi Muslim, MCo galakan menginap di Regent Ramkamhaeng... sebab persekitaran yang "mesra" muslim, dan hotel menyediakan makanan halal... 

Makanan halal... ada di 68 street Ramkamhaeng... satu lorong dengan Jamiul Mosques... kalau jalan besar lorong setentang dengan  Post Office Ramkamhaeng.. atau lorong-lorong sebelah tu.. banyak gerai-gerai peniaga muslim.

Pilihan Pertama
1.  Sewa kereta dengan kadar 3000 baht (sepuluh jam)  pergi ke Lopburi (Ladang Bunga Matahari) iaitu arah utara Bangkok. - 2 jam perjalanan pergi dan 2 jam perjalanan pulang... tapi kena bertolak pagi.. atleast petang tu dah sampai kawasan bangkok balik.
2. 68 Street Ramkamhaeng. - makan sini

3. Siam Niramit theater atau Asiatique Water Front.

Pilihan Kedua
1. Sewa Kereta macam pilihan pertama tetapi pergi arah selatan dan pergi ke Maeklong Train station (jalan keretapi yang lalu atas pasar tu)... dan pergi ke Floating market, iaitu Damoen Saduak.
2. Siam Niramit theater atau Asiatique Water Front
3. Halal Food Street - dekat sahaja dengan Asiatique.

Pilihan ketiga (Dalam bandar bangkok sahaja)
1. Chatuchak Market
2. Pratunam
3. Sky Baiyoke Tower
4. Siam Niramit
5. Asiatique
6. Halal Street food

 Lopburi sun flower farm.... kena hadir sini kalau datang bangkok... ambik masa dalam 2 jam perjalanan daripada bandar Bangkok. tetapi tidak sepanjang tahun... cuma bulan November, Disember dan Januari sahaja yang ada....


Damoen Saduak Floating market... juga 2 jam daripada bandar Bangkok.... 



Maeklong Railway Market.. Maeklong Railway station... kalau pergi ke Damoen Saduak Floating market... boleh pergi sini sebab "sejalan" sahaja... namun keretapi ini tidak ada sepenuh masa... tapi ada jadual laluan dia...


Asiatique Water Front... ada roda feris tu... molek datang malam... dan dekat ni ada Halal Food Street untuk orang Islam...


Chatucak Market... sini macam-macam ada jual.. ada orang kata, pasar ini jualan dia adalah ikut tema hari... entahlah.. MCo pun tak berapa pasti.


Pratunam Market... dekat dengan Baiyoke Sky hotel.. kalau dah datang sini, rasa tak perlu ke Chatuchak Market... sini pun ada makanan muslim...


Baiyoke Sky Hotel.... boleh naik atas bumbung bangunan... dan tengok keseluruhan bandar Bangkok... dan roof tu boleh berpusing.... 

 Baiyoke Sky Hotel Fruit Buffet... ini lah keistimewaan Baiyoke Sky Hotel... ada makan buah buah ni sampai pecah perut... tapi ada bayaran... dahulu dalam 350baht seorang.


Show Teater... dengan kadar bayarang 1500baht seorang... sekali dengan buffet... 3D sangat menarik... 

info:

Kadar tukaran sekarang 18 Jun 2019 ialah
RM10 = 7.40baht...wang malaysia jatuh

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...