Sunday, December 11, 2016

VOLKSWAGEN KLASIK LEPAK SANTAI

LEPAK SANTAI PANTAI MERDEKA, KEDAH

Tahniah kepada Kelab Volkswagen Klasik Negeri Kedah yang telah berjaya mengajurkan satu lagi program yang menghubungan semangat ukhwah antara pemilik-pemilik Volkswagen Klasik di seluruh negara. Sebagaimana Aircooled Junket di Pantai Balok, Pahang hari tu, LEPAK SANTAI, PANTAI MERDEKA ini adalah sama konsep, dan ia sememangnya mendatangkan banyak juga faedah kepada pemilik-pemilik Volkswagen Klasik ni..
Tahniah juga kepada Dato' Mohd Zul kerana bersungguh-sungguh menjayakan program ini... MCo salute juga pada beliau, berfikiran terbuka dan berjaya menghidupkan "brother hood" antara pemilik-pemilik kereta klasik ini... Beliau telah menjelajah seluruh negara demi menjemput semua pemilik-pemilik Volkswagen di negara menyertai program Lepak Santai ini...
Serba ringkas berkenaan Lepas Santai ini..dan juga komen MCo terhadap program Lepak Santai ini...
Antara perjumpaan santai terbesar pemilik Volkswagen Klasik di seluruh negara, tak kira warna kulit, agama, dan kenegerian, tapi sama-sama bergabung atas nama Volkswagen... dan jemputan ini tidak sahaja tertakluk kepada dalam negara malah daripada Thailand, Singapore, Indonesia turut di jemput.. malah mungkin dari negara mana-mana pun boleh menyertainya.. program seperti ini tidak menyekat mana-mana pihak untuk join... cuma MCo nak komen sikit je.. mungkin Nama "Lepak Santai" tu perlu di ubah kepada "penampakan" international sikit... mungkin dapat jadi nama rasmi program ini.... 
Program ini di adakan di Pantai Merdeka Kedah... tempat yang agak menarik untuk bersantai... dan program ini berlangsung pada 2hb hingga 4hb Disember 2016.
Penyertaan di anggarkan mencecah 200 buah kenderaan daripada pelbagai model Volkswagen Klasik....
Acara ini bukan sahaja  perjumpaan, tetapi ada gerai jualan, perkhemahan, T.T lepak, makan-makan, borak-borak, jualan-jualan berkaitan sparepart Volkswagen itu sendiri.. bergambar, fuuhh rasa rugi kalau tak join, di sini lah bermula bagi yang baru menceburi dalam dunia Volkswagen Klasik untuk cari idea untuk "mencantikan" kenderaan masing2... malah orang-orang di sini tak kedekut idea, dan ramah... we are brother.... kan kan...

Volkswagen Konvoi.

 2 Dis 2016 (Jumaat)
Daripada Terengganu... Kelab Volkswagen Klasik Terengganu (KVKT) turut menyertai program Lepak Santai ini..... iaitu sebanyak 18 biji kereta menyertai konvoi ini.... seawal jam 8 pagi 2hb Disember 2016 berkumpul di Padang Air, dan bergerak selepas sarapan.. walaupun hujan turun ada kala lebat, ia tidak mematahkan semangat kami ahli KVKT untuk konvoi ke Pantai Merdeka....sasaran perjalanan ialah selama 10 jam, tetapi tersasar kepada 14jam.. betul lah kata orang dulu-dulu... nak konvoi dengan kereta klasik..hati kena kental.... 

Banyak kali juga kami berhenti, makan dan solat, dan ada juga sesetengah kenderaan yang mengalami masalah teknikal, tapi kami sama-sama baikpulih setakat termampu.. bergitu lah semangat pemilik-pemilik Volkswagen ini... 

Jalan: Melalui Jertih - Tanah Merah - Machang - Jeli - Kuala Muda - Tikam Batu - Chalet Pantai Merdeka.

Dalam pukul 10 Malam sampai.... ada yang pergi register, ada yang balik ke Chalet, acara sebenarnya berkhemah di tapak Pantai Merdeka tu... tapi aturan tak lah bergitu "keras"... so semua geng2 KVKT tidur di Chalet yang di tempah awal2.

3 Dis 2016 (Sabtu)
Hari ini adalah aktiviti penuh di tapak Lepak Santai Pantai Merdeka... di sini lah banyak aktiviti yang di lakukan, memandangkan hari Sabtu, keadaan tempat tu sesak juga lah dengan kedatangan pelawat daripada luar... suasana ini bertambah meriah... acara hari ni sampai ke malam juga... tapi lewat malam, dah ada sesetengah orang dah berkemas terutama yang buka gerai jualan... sebab esok pagi mungkin mereka dah berangkat pulang, sama juga dengan team KVKT, seawal pagi kami dah plan nak konvoi bertolak pulang ke K. Terengganu.

4 Dis 2016 (Ahad)
Jam 7.30 pagi dah berkumpul dan bertolak pulang.... hampir 14jam juga perjalanan... pukul 10 malam sampai di rumah.
tapi konvoi kali ini berpecah kepada beberapa team, geng2 kombi berangkat ke Bukit Mertajam, dan balik ikut simpang Pulau, Gua Musang... ada sesetengah ahli dah berangkat ke tempat masing2... akhirnya tinggal geng2 "kure" 5 biji terus follow balik melalui kulim..
yang tinggal 5 biji tu.. yang MCo follow.. Bokeh Nordin, Cikgu Mie, ustaz Azizi, dan Abg Yie... akhirnya sampai di Bukit Bunga, Ustaz Azizi pohon bergerak dahulu ketika kami mengopi...

Random Picture
   
Banner berkenaan program Lepak Santai di Pantai Merdeka.... dan program ini telah di iklan sejak Junket di Pantai Balok lagi.... kami dah di mention hal ini awal... dan memang MCo berminat nak join kalau kena gayanya... akhirnya hasrat MCo tercapai juga lah.... 
 seawal 8 pagi berkumpul di Hentian Maidam Padang Air... ni di kira tempat Check in lah sebelum perjalanan....
selain itu, kami juga di "follow" sebuat Triton sebagai guard dan kot-kot ada kecemasan. 
 
 Antara kombi yang follow konvoi menyertai Lepak Santai di Pantai Merdeka....
 Sebelum berangkat, kami di berikan sedikit taklimat dan tatacara konvoi dan seterusnya bacaan doa semoga perjalanan kami selamat pergi dan balik dan diberkati....  semua ini diketuai oleh Abg Yie sendiri... sebagai ketua konvoi.... 
 
 ok kami dah nak gerak daripada Hentian Maidam tu... countdown dah lepas dah.. ni kira start engine dan jalan....
Sebelum bergerak konvoi...ni nak last check kira... dan atur orang...semua dah teratur...baru lah boleh jalan....
Sepanjang Konvoi... biasa lah naik air-cooler ni... tak boleh direct jalan tanpa henti... kadang-kadang kena berhenti juga.. untuk menyejuk engine.. tapi gambar di atas bukan itu semata-mata, tetapi tunggu peserta konvoi lain yang masih di belakang.
biasa hentian kami..check point di stesen minyak, sambil berhenti boleh isi minyak dan qadar hajat... itu je lah pointnya...
 
Keadaan langit yang mendung... terus sabar menunggu peserta berbaris untuk mulakan konvoi kali ini.
konvoi ini tak lah buat secara official sangat... maka boleh santai-santai...berhenti boleh sembang-sembang.
 
Hujan.... konvoi dalam hujan, cepat lah sikit engine sejuk... aircooler kan... tapi bagi kereta yang tiada wiper tu.. kira nasib lah... atau kereta yang bocor lantai tu... hehehe, tapi masalah juga kalau kereta yang tiada aircond.... apa2 pun kereta kure ni memang di cipta tak ada aircond, so tak ada masalah besar jika drive dalam hujan...ada lah lubang angin tu... yang buat cermin tak berwap-wap.
 
view daripada another car...yang bukan sama spesis yang turut sama menyertai konvoi volkswagen kali ini....
 
hujan lebat masih tak mematahkan semangat kami untuk konvoi ini... matlamat tu.. Pantai Merdeka.
 Permandangan yang biasa kita tengok kalau konvoi dengan kereta antik ni... tapi ada kawan-kawan, boleh cuba settlekan.... nampaknya kereta Man Yoko ada masalah dengan alternatornya... so terpaksa tukar bateri...
Petronas Pump di Jeli... berhenti isi minyak dahulu.... qadar hajat apa yang patut.... jam dah pukul 3.36pm
Biasa lah kalau dah berhenti... tengok apa yang patut.. kalau ada skru longgar, boleh tolong kemah kan... kalau kurang minyak hitam tambah.. kalau ada bunyi pelik-pelik tu pada engine... try selak bonet, tengok apa yang boleh di buat....
Banjaran titiwangsa.....
Sebenarnya berhenti seumpama ini amat bahaya kepada lalulintas, dan sedikit sebanyak mengganggu lalulintas... keadaan berkabus... tapi berhenti ni sekejap sahaja.... tunggu semua rombongan konvoi lengkap, lepas tu gerak.
Another view angle... panorama mode camera...
Follow my lead..hadooww.... heheehe. bila berhenti ambik peluang untuk snap gambar, kalau menarik boleh lah upload Instagram kan...
MCo di RnR Banjaran Titiwangsa...
random picture....
Nampak warna warni.... bila seorang bergambar...semua nak bergambar.... tapi awas juga.. lalu lintas tu.. mana tahu ada kereta laju...
Ok dah nak gerak ni... jam dah menunjukan 4.33pm dah... perjalanan masih jauh, tak tahu pukul berapa akan sampai ke tempat di tuju ini.

Di Tapak Lepak Santai

Panorama di mana MCo menginap... tepi laut juga ni... ni masa pagi 3hb.. waktu pagi.. air masih belum pasang lagi... nampak panorama menarik... pantang..nak bergambar terus lah ni.
MCo dengan salah satu kure yang unik... unik dengan corak dan colour di buat seumpama itu... di sini ada kategori suka lihat kure yang telah di restore dengan bergitu menarik, dan ada yang suka biarkan nampak origin.... terpulang pada empunya itu sendiri....
Suasana di tapak Lepak Santai...adan game untuk anak2 peserta.. .berebut kerusi... maknanya tak lah aktiviti untuk orang dewasa sahaja... sape2 pun terlibat dan join....
Transporter westfelia... yang menarik... gambar daripada belakang tapak perkhemahan....
masing-masing diberi kebebasan untuk memasak sendiri.. tapi gambar di atas itu ialah tapak Dato' Zul... tempat dia memasak, actually dia ada menyediakan makan tengahari untuk peserta.
keadaan tapak yang penuh dengan Volkswagen... kombi dan kure... pengujung luar pun ada... sebab ini kira macam pameran percuma... memang mengasyikan jika seseorang itu minat kereta klasik macam ini...
Safari....
Dato' Zul dan MCo, sempat merakam terima kasih pada Dato'... memang terbaik.. photo yang mempunyai klassnya yang tersendiri...
Bunting Lepak Santai.... VW we are brotherhood Malaysia... saya nak cadang kepada Dato' next time.. buat lagi.. insyaAllah nak join lagi kalau berpeluang, tapi kalau boleh nama program boleh di "international" sikit...  sebab nama "Lepak Santai" terlalu umum, dan sesiapa pun boleh pakai nama ini... kalau boleh guna nama yang volkswagen klasik je yang seswai... eermm just my cent.... tapi ikhlas nak bagitahu bunting tu memang menarik....
Salah satu yang unik.... bersih dan menjadi tumpuan...sampai kawan MCo yang tak minat kereta ini, tiba-tiba jadi minat bila tengok kereta ini... sorry tak ada gambar whole kereta... just sekadar ambik hud belakang engine sahaja.
...dan lagi....
ni kira macam parking yang tak register... waduuhh... biasa kalau masuk dalam, macam susah sikit nak keluar, maklumlah..kami daripada KVKT ini sewa chalet... so jauh juga dari tapak ini ke tempat menginap.. di sini juga tempat-tempat geng2 volkswagen buka "gerai" untuk jualan sparepart 2nd hand...
suasana belakang parking....


T3 Westfelia....

Kure dengan Khemah di atas... kalau di Junket 2016 kereta ini pun ada join.... kira unik juga lah kereta dia...
Cikgu Yusri dan President KVKT Tn. Haji Zakaria... sempat bergambar berlatar belakangkan kombi dan safari...
ok .. dah sampai..so bergambar dulu... tapi ini parking yang orang tak "register" ni... maksudnya kereta tak parking di tempat yang di khaskan untuk semua owner2 VW. kami sengaja parking luar, sebab mudah nak pergi mana-mana, lagi pun kami tidur bukan di sini... parking banyak.. so sangat mudah.. tempat strategik juga lah katakan.
Antara permainan yang di adakan di Lepak Santai ini.....
bergalok sambil makan tengahari.. abg yie, man yoko dan dato zul... bagus lah.. makan pagi di support... sampai makan tengahari... so jangan compare dengan aircooler junket.
Pintu Gerbang Lepak Santai 2016... tak tahu nama ini akan digunakan sebagai nama rasmi untuk tahun akan datang... atau setiap tahun akan berubah namanya....
baru buka kedai... ini semua barang-barang sama-sama sendiri je... diaorang ada barang nak jual dah tak guna... jadi satu orang wakil je jual... kumpul2 boleh lah setara ini... harga pun boleh runding...

Antara pengujung yang datang kat "kedai" geng2 KVKT... walaupun tak sebesar Azhar dan Nik Soh.. ia tetap menjadi tumpuan orang ramai.... barang rare katakan... biasa lah orang lebih berminat datang yang gerai kecil-kecil macam ni, sebab harga tak "keras"..boleh tawar menawar, dan yang paling penting tak mahal.
Makan sambil bersantai... di Pantai Merdeka tajaan Dato' Zul... MCo dan Zikri...
Antara ahli-ahli KVKT yang menyertai Lepak Santai Pantai Merdeka, dan yang penting orang-orang ini lah yang menyertai konvoi dari K.Trg ke Kedah ini... tapi yang tak termasuk ialah Nik Soh...duduk kiri sekali...hahaha.... biasa lah kami open.. brotherhood kan.. hehehe
Gerai jualan geng2 ganu kita....
dua biji volkswagen unik..kombi dan kure....
gambaran luaran... kalau kira persekitaran ini penuh dengan kenderaan berjenama volkswagen... sampai ke baju-baju pun cop VW... hehehe
Tomoi... antara aktiviti yang ada di sini... kan dah kata, tak rugi join ini.... macam2 ada...bukan sekadar volkswagen, tapi aktiviti bersukan pun ada...

MCo dan poster Lepak Santai... dan poster ini lah yang menjadi "kad" jemputan oleh Dato' Zul ke setiap negeri untuk menjemput owner2 atau kelab2 Volkswagen klasik seluruh negara... jemput by hand, so kena appriciate lebih ni...
Panorama di Juwita Chalet.... betul-betul hadapan chalet tersebut.

Konvoi Balik
Berhenti makan di Tikam Batu sebelum meneruskan perjalanan....
bergambar sebagaimana bergambar official lah macam ni... jam menunjukan 9.00 pagi... ni berhenti sambil tunggu geng-geng kombi.
Konvoi balik melalui Kepala Batas....
balik ini.. cuma 5 buah sahaja yang follow... yang lain-lain dah melata ke setiap pelusuk... hehe
Berhenti di RnR Kepah... jam dah menunjukan pukul 1.47pm. di sini lah kami makan tengahari, dan solat... plan pertama memang nak berhenti makan di puncak Titiwangsa, tetapi dah alang-alang berhenti di sini... eerrmm normal la, bila dah berhenti masing-masing buka bonet engine.. air cooler katakan...
MCo dan PF.... bergambar solo... sekali sekala bergambar dengan kure orang lain.
Sambil tunggu yang lain selesai.. check la apa-apa yang patut... sembang-sembang.

Meneruskan perjalanan.... hujan dan berkabus.... dah mencecah banjaran Titiwangsa... jam dan menunjukan 4.21pm
MCo di belakang... so jadi tukang snap gambar je lah...

konvoi lagi...
Keadaan seumpama ini lumrah.. kadang-kadang minyak habis... sebab penanda aras kandungan minyak dalam tangki tak bergitu proper... so pandai-pandai lah bajet.

Sementara geng-geng kure balik 5 biji.... geng2 kombi juga balik ke Terengganu melalui jalan lain... so masing-masing kongsi gambar...
Bukit Bunga...
Gambar Rare untuk geng-geng kombi... diaoran mengambil masa yang lama dalam perjalanan, so ini betul-betul drive yang santai...
Gambar yang mendapat pujian ramai.... kembali ke zaman silam...

Gambar-gambar lain

Malam sebelum hari esok untuk bertolak, Man Yoko, memang daripada Melaka nak pergi ke Pantai Merdeka tetapi melalui Terengganu, sebab ramai geng di sini.... so setting kereta dia di Padang Air ni... kira dah ok lah tu...
Dalam banyak-banyak kure... kure Abg Yie juga jadi pilihan untuk bergambar ini..... untung lah owner kure ni..kira berkat lah ni....
Ini dah kira biasa bagi pemilik Volkswagen Klasik ini... keadaan minyak hitam kena selalu waspada dan check.. dengan kata lain... mesti ada spare minyak hitam dalam kereta.. kalau kurang...tambah... mesti ada leaking. Sama lah juga dengan kereta MCo.... isi je pah ceroh.
ND dan NF dan Cat.... view dekat Bayu Chalet... 
Kure Man Yoko... dia pulang awal ke Melaka.... solo drive ni.... dan hati kental.... kereta dia ada masalah dengan alternator..so tak berapa selesa... apa-apa pun salut juga... dengan semangat untuk join dan konvoi sama-sama dengan KVKT.
 
Nak kira unik sikit gambar kali ini... selepas ini berkain pelikat di KOrea pula sebagaimana azam MCo tahun lepas... cuma tak pakai baju melayu je... Beettle and MCo.

Tips dan Info (Konvoi)
  1. Jangan terlalu laju dan terlalu perlahan
  2. ikut arahan ketua konvoi
  3. bila mana konvoi tidak bermakna anda boleh buat jalan raya tersebut laluan anda/peserta konvoi sahaja, tetapi masih tertakluk kepada peraturan jalan raya. 
  4. Bagi laluan kenderaan jika ada kenderaan nak memotong.
  5. jika kita di belakang sekali, jangan sesekali stress untuk kejar konvoi di hadapan.
  6. semasa berkonvoi mata terus juga tengok kiri kanan terutama dekat-dekat simpang, dan terutama juga jika konvoi di kawasan kampung, kerana ada sahaja kenderaan keluar daripada simpang secara tergesa-gesa.
  7. sebaik-baiknya kita tahu di mana "check point" seterusnya selepas berhenti, ini kerana mengelak sesat jika tertinggal di traffic light.
  8. jangan memotong tergesa-gesa terutama di kawasan bukit.
  9. Pastikan kenderaan elok, ini kerana jika kenderaan mengalami kerosakan, masalah juga pada orang lain, terpaksa baiki dan tunggu.
  10. bila berhenti di stesen minyak, jika orang lain dah isi minyak dan tangki kita baru habis suku, tetap kena isi hingga penuh juga, supaya mudah... kita tak tahu sejauh mana perjalanan di hadapan.
  11. Jika ada polis lalulintas, ikut arahan polis lalulintas dahulu melebihi arahan ketua konvoi.

2 comments:

jz said...

just sharing some extra shots here - https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10154801574478563&set=ms.c.eJxli7ENACAMwz5CTdJC~%3B78MWBjC4sGyEajsg6WeqqmBZ9hhRmRbQ~%3Bql~_BqYKcCuzHWbDQ0rHKc~-.bps.a.10154801571318563.1073741942.839708562&type=3&theater :)

dirafum MCo said...

TQ, nice shots bro....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...